
Pergilah Air Mata
11 January 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
32,555 bacaan 172 ulasan

Sebuah bala sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.
Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.
“Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh? Awak ingat, selama ni, saya selalu diam. Saya selalu mengalah awak boleh buat sesuka hati awak? Awak nak saya betul-betul benci kat awak ke? Okay. Awak dah berjaya. Tak suka awak buat saya macam ni! Tak suka, tahu tak?! Saya benci awak,”
“Kad kahwin awak. Kenapa suruh saya pilih? Pilihlah sendiri. Tak ada kena-mengena dengan saya. Kenapa awak cakap awak sayangkan saya, hah? Kenapa awak pujuk saya supaya balik pada awak, kalau awak cuma nak main-main? Saya ingat awak serius. Tapi, sekarang awak bagi saya kad ni? Untuk apa? Untuk tunjuk pada saya, awak berjaya sekali lagi lukakan hati saya? Awak memang jahat! Saya tak patut beri peluang pada awak. Saya memang bodoh! ,”
Akan kulepaskan jua air mata ini pergi jauh sejauhnya sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.
Penulis : Hanni Ramsul
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini














hi,,,,,,,,
Jalan citer memang best..mungkin citer ni ada berlaku..pengajarannya.jgn terrrrrlalu percaya pada org,mesti kene hati2 gak.apa2pun,saya suka watak ikmal.watak dayana mmg belambak sekarang…mujur si ayah tegas memainkan peranan dlm membimbing anak.badrul…..?hehehe….good.4 bintang setengah……tahniah pada penulis.