Pergilah Air Mata

11 January 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

34,654 bacaan 176 ulasan

Sebuah bala sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

“Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh? Awak ingat, selama ni, saya selalu diam. Saya selalu mengalah awak boleh buat sesuka hati awak? Awak nak saya betul-betul benci kat awak ke? Okay. Awak dah berjaya. Tak suka awak buat saya macam ni! Tak suka, tahu tak?! Saya benci awak,”

“Kad kahwin awak. Kenapa suruh saya pilih? Pilihlah sendiri. Tak ada kena-mengena dengan saya. Kenapa awak cakap awak sayangkan saya, hah? Kenapa awak pujuk saya supaya balik pada awak, kalau awak cuma nak main-main? Saya ingat awak serius. Tapi, sekarang awak bagi saya kad ni? Untuk apa? Untuk tunjuk pada saya, awak berjaya sekali lagi lukakan hati saya? Awak memang jahat! Saya tak patut beri peluang pada awak. Saya memang bodoh! ,”

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi jauh sejauhnya sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Penulis : Hanni Ramsul
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

176 ulasan untuk “Pergilah Air Mata”
  1. RIN says:

    Wow, mmg best karya Hanni Ramsul! Cayalah teruskan berkarya. Tak sabar tunggu next novel, PAM dan Biarlah YM Berbicara mmg menarik, susah nak berhenti bila start baca… cerita best, bahasa menarik, tak kesah la kalau buku tebal pun, boleh buat kita rasa gumbira, sedih dan jiwang berbunga2. Bila baca mcm diri sendiri lak dok dlm novel tu hehehe… :razz:

  2. Chikjon says:

    Ni lagi satu novel favourite aku….syabas…lepas baca Biarla YM Berbicara, memang tertunggu gak next novel Hanni Ramsul, first day masuk MPH kat GE Mall aku dh rembat sebuah…memang best, tak nyesal…best giler… :smile:

  3. fabulous mammamia says:

    tebalnya buku nie..on the way nak baca buku nie…
    apa-apa pun best la gak skit

  4. gemini90 says:

    best citer ni…feeling…
    suka cerita hanni ramsul…
    teruskan berkarya…
    xsbar tngu novel beliau seterusnya…. :razz:

  5. SUE says:

    mmg best gler novel ni..x menyesal beli nvel ni..now waiting 4 da next novel by hanni ramsul

  6. nursyieha says:

    assalamualaikum….sye syorkn bg mereka yg lom li novel ni….kene li gak,…sebab rugi klu x li…best gile novel ni…walau pn tebal…jalan cite nye sangt menarik… puas ku membacenye dalam mse 5 jam…ape2 pn x sabar menanti karya yg terbaru by hanni ramsul…..saya menanti…buat tebal2 ek…hehehe <3<3<3<3<3

  7. fawa says:

    novel ni memang best. sabrina memang pmpn yg baek and badrul adalah lelaki yg paling romantik skali after die syg kt sabrina. yaAllah. kan best kalau dpt suami mcm badrul. hahaha. =) hanni ramsul memang pilihan saya. :smile:

  8. Linda Paimen says:

    memang best…
    terbuai perasaan…
    tabik springggg kat kak hanni ramsul.
    caya lah!!!

  9. mimi says:

    citer ni best gler r….
    bley air mata mengalir tnpa disedari…
    jln cerita mnarik..

  10. bunga says:

    x sbr nk baca novel ni…prnah baca novel biarlah ym brbicara n mmg best sgt2…tahniah utk penulis yg sgguh brbakat… truskan usaha anda! ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"