Cerpen : Rahsia Robotic Khayalan

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

2,711 bacaan 13 ulasan

Oleh : rkim

Sejenak mengimbau kenangan silam yang sering bermain di fikiranku.Bila agaknya rasa gusar ini harus berlalu.“Aku sudah tidak sanggup lagi menahan pilu yang selama ini ku rasa bagaikan dicucuk dengan sembilu,”desus Nabila sendirian.

Siang berganti malam,saat berganti minit,perasaan itu semakin membayangi fikiranku sehingga tidak lena tidur dibuatnya.“Ah!apa yang telah aku fikirkan ini,aku tidak mahu ia menganggu proses pembelajaranku nanti,”keluh Nabila lagi.

“Oh!baik aku bersiap dahulu untuk ke kuliah,nanti aku pula yang terlambat,”Berjalan aku sendirian tanpa kawan,sayu rasanya apabila melihat rakan-rakan yang lain berjalan bersama-sama manakala aku seolah-olah kera sumbang di sini.

“Nabila apa kau buat sampai lambat masuk kuliah,”kedengaran suara persis pensyarahku Encik Zabidi dari sudut pintu belakang.

“Saya…saya terlewat bangun tidur cikgu,”jawab Nabila sayu sambil diketawakan oleh rakan-rakan sekuliahnya.Apa salah ku di sini sehingga diperlakukan sebegini rupa,di mana lagi aku mahu meletakkan muka malu aku ini,di mana maruahku sebagai seorang makhluk Allah yang biasa,aku tidak sabar rasanya.

Menangis aku sendiri,aku teringat akan kata-kata ibuku“ingat,walau apapun yang berlaku jangan kecewa,kita harus sabar dengan dugaan yang di kurnia oleh Allah.”Aku terus bangun dari angan-angan ku,lalu ku lihat semua rakan-rakan lain telah berkeliaran keluar dari bilik kuliah dan menjerit meminta pertolongan,aku terpinga-pinga.Setelah itu alangkah terkejutnya aku apabila melihat seekor buaya di bawah meja Encik Zabidi.

Aku terus berlari sekuat hatiku keluar dari bilik itu,hatiku berdebar-debar bercampur duka.Selepas keadaan sekeliling reda,aku mula terfikir bagaimana agaknya buaya itu boleh masuk ke dalam bilik yang tertutup itu,kejadian itu menimbulkan tanda tanya bagiku.Aku mengambil keputusan untuk pergi menyiasat sendiri.

Keesokan harinya,ketika awal pagi aku terus menyelinap masuk ke bilik kuliah itu tanpa pengetahuan orang lain.Baru sahaja aku ingin memulakan penyiasatan,tiba-tiba pensyarah aku,Encik Zabidi datang.Aku mencari tempat untuk bersembunyi,tiba-tiba aku termenung,dalam fikiranku tertanya-tanya kenapa hari ini Encik Zabidi datang awal,selalunya dia datang selepas semua pensyarah-pensyarah lain datang.Keanehan Encik Zabidi menimbulkan syak wasangka.

Ternyata setiap hari selepas kejadian buaya itu,Encik Zabidi datang awal dan terus masuk ke bilik kuliahnya.“Ah aku harus mengetahui apa sebenarnya yang disorokkan oleh Encik Zabidi itu,aku harus beranikan diriku,”bisik hati Nabila dengan perasaan yang gelisah.

Petang itu aku sekali lagi menyelinap masuk ke bilik Encik Zabidi,alangkah malangnya setiap kali aku ingin masuk ke biliknya sering terhalang oleh pelbagai perkara,tiba-tiba ayah aku telefon aku dan menyuruh aku pulang sekarang,aku bingung untuk membuat keputusan,akhirnya aku terus pulang ke rumah seperti yang disuruh oleh ayah.
Sebaik sahaja aku membuka langkah untuk masuk,tiba-tiba kelihatan seperti Encik Zabidi sedang berborak sakan dengan ayahku.Dalam fikiranku terfikir sejenak,alamak habislah aku mesti dia kasi tahu ke ayahku pasal prestasi aku yang semakin merosot kebelakangan ini,apa yang patut aku lakukan.

Tiba-tiba aku mendapat idea yang mungkin dapat membantu aku untuk mengatasi masalah ini.

“Assalamualaikum,ha!ayah,Pak Cik Ramy sebelah rumah nak bercakap dengan ayah sebentar,”ujar aku setelah sebulat suara dengan Pak Cik Ramy.

“Oh kalau begitu saya balik dulu lah ya pak cik,takut menganggu nanti,”kata Encik Zabidi mengundurkan dirinya.“Baiklah cikgu,”sahut ayahku.Ahh,aku berasa sangat lega apabila berjaya mengatur strategi bagi menyimpan kukuh rahsia prestasiku di kolej. Aduhai,alangkah bersyukurnya aku,nyaris terkena tadi,uh kalau tidak dah terbongkar segalanya pasal aku,mesti aku kena hukum di ayah jika dia tahu nanti.Mengeluh panjang aku dibuatnya.

Eh!apa ini,aku hamper saja terlupa pasal strategi baru yang harus aku fikirkan untuk aku membongkar selok-belok berkienaan Encik Zabidi.Kali ini aku harus pastikan yang strategi aku mesti berbeza berbanding yang sebelumnya.

Aku mengambil keputusan untuk memulakan penyiasatan itu pada waktu rehat.Aku benar-benar tidak sabar untuk menyiasatnya.Keesokan harinya,ketika waktu rehat aku terus bergegas ke bilik kuliah untuk memulakan penyiasatan.Kali ini penyiasatan aku Berjaya tetapi aku tidak menemui sebarang bukti yang mengatakan buaya putih yang masuk ke dalam bilik kuliah itu hanyalah robot semata-mata.

Aku berasa tidak puas hati,aku berazam dan bertekad untuk menyiasatnya lagi sehingga aku mendapat semua bukti itu.Kali ini aku meminta pertolongan sepupu aku Lina untuk bersama-sama membantu aku dalam penyiasatan ini.

“Aku harus berjaya dalam penyiasatan kali ini,”bisikku sayu dalam mindaku.

Hari seterusnya,aku dan Lina memulakan penyiasatan itu pada waktu rehat,aku dan Lina menyelinap masuk ke dalam bilik itu sekali lagi.Aku yakin bahawa penyiasatan aku akan membuahkan hasil sebagai bukti kukuh terhadap kejadian hari itu.

Aku berasa bahawa ada kelainan pada penyiasatan kali ini,entah mengapa dingin salju menusuk ke dalam fikiranku,ah!apa yang aku ayik berangan ni.Aku menampar diriku sendiri supaya tersedar dari angan aku ini.

Terdampar dari sudut meja,terlihat kelainan yang berpunca dari satu cebisan kertas tertampal pada hujung meja Encik Zabidi.Aku lebih mendekatinya sementara Lina menjenguk-jenguk keluar supaya tidak siapa yang mengetahui akan penyiasatan ini lebih-lebih lagi Encik Zabidi.

“Apa!seruku…ahh tak mungkin,aku menafikan bahawa Encik Zabidi yang aku kenal selama ini merupakan seorang pereka cipta malahan seorang professor yang pernah ditangkap 5 tahun lalu.

Kalau diikutkan banyak lagi data-data Encik Zabidi yang ingin kubaca,tetapi sebahagian daripada kertas itu telah terkoyak.Kini baru aku tahu yang Encik Zabidi merupakan seorang tahanan polis yang telah melarikan diri ke sini 5 tahun lalu.

Asyik memikirkan keadaan ini aku tidak sengaja telah menekan satu butang kecil yang terdapat berhampiran kertas yang telah kubaca tadi.

Kringg…kringg,loceng itu berbunyi,tiba-tiba aku terpandang ada satu pergerakan dari arah dinding bilik kuliah.Aku memberanikan diri bersama Lina cuba mendekati kea rah pergerakan itu.Tiba-tiba muncul satu lembaga yang bewarna putih dan berekor.Aku terhenti dan terdiam sebentar.

“Eh Lisa,inilah buaya yang aku ceritakan kepada kau itu hari,buaya inilah yang menakutkan semua orang dalam kuliah hari itu,”ujarku kepada Lisa.

Tiba-tiba aku berasa aneh terhadap buaya itu,aku terlihat seperti ada satu komponen yang bertulisan di atas tubuh buaya putih itu.Perasaan ingin tahuku makin marak,aku mengambil keputusan untuk mendekati buaya itu dengan lebih dekat lagi.

Aku membaca apa yang tertulis pada komponen itu,alangkah terkejutnya aku apabila semua pelajar di kolej ini hanyalah sebuah robot yang telah dikawal oleh buaya putih ini.Rupa-rupanya buaya itu muncul ketika kuliah itu disebabkan oleh kecuaian Encik Zabidi sendiri kerana tersilap memprogramkan buaya itu sebelum memulakan pengajaran.

Ternyata sangkaanku tepat.Tiba-tiba lampu bilik kuliah terpadam.Kelihatan seperti ada bayang orang melintas dari sudut pintu masuk ke bilik ini.Aku menyalakan lampu suluhku dan menyuluh kea rah bayang tadi.

“Oh,Encik Zabidi rupanya,ada apa cikgu datang ke mari,”tanyaku dalam kepura-puraan.

“Kamu jangan buat-buat tanya saya,saya dah tahu yang kamu telah mengetahui segala rahsia saya yang tidak pernah terungkap selama ini,kamu akan terima padahnya,”gertak Encik Zabidi.

Gementarku makin terasa.Aku bersama Lina menafikan bahawa aku tak tahu apa-apa pasal Encik Zabidi.

Penafian ku terbongkar apabila Encik Zabidi ternampak kertas yang aku pegang di tanganku.

Aku dan Lisa melarikan diri,tapi sebaik sahaja kami melarikan diri,semua pelajar di kolej itu keluar menahan kami di pintu keluar bilik kuliah itu.
Akhirnya Encik Zabidi tertangakap oleh perangkapnya sendiri.Kesemua robot-robot yang direkanya telah rosak dan meletup.Kami bersyukur kerana terselamat dalam tragedy ini.
Pengalaman ini benar-benar mencabar.Inilah pengalaman yang paling mengerikan buat aku dan Lisa.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Rahsia Robotic Khayalan”
  1. amy lee davis says:

    cam karangan budak skolah jew..anyway, good try..:)

  2. ikan bilis says:

    lambat sgt la cite ni…

  3. agus says:

    tak ada keterujaan untuk membacanya,cerita datar aje,tak faham pun iya..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"