
Cerpen : Bicara Cinta untuk Ibu
Oleh : Hurinkaduk91
Redup petang itu tidak dirasainya kerana sakit di hatinya lebih parah dari ketenangan alam itu. Telinganya masih lagi berdesing. Kata-kata penghinaan itu tergiang-giang menjadi melodi lagu telinganya di sepanjang jalan itu.
“Sedarlah diri tu sikit! Dahlah miskin, anak luar nikah! Kau memang tak tahu malu, ada hati nak bercinta dengan anak aku! Tengok kau pun dia dah jijik! Manusia yang tak sedar diri! Berambus kau dari rumah aku! Jangan kau berani pijak kaki kau atas rumah ini,!” jijik Puan Zuraidah melihatnya. Semuanya gara-gara dia meluahkan rasa yang telah lama bermukim dalam hatinya kepada anak gadis Puan Zuraidah, Balqis Batrisya. Wajahnya seindah nama yang diberikan oleh orang tuanya.
Airil tunduk mendengarnya. Tidak melawan, rela dihina begitu. Walaupun hatinya bagaikan disiat-siat direndahkan sebegitu. Dia juga manusia yang punya perasaan, sama seperti Puan Zuraidah, punya harga diri walaupun dia lahir dari rahim wanita yang tidak dinikai dia redha akan takdir untuk dirinya.
Balqis Batrisya memandangnya pilu, walapun hatinya tidak rela melihatnya Airil dihina begitu, namun dia tidak mampu melawan. Silap-silap tangan ibunya naik ke pipinya. Dia kenal siapa ibu dan ayahnya. Pantang dilawan pasti tangan akan sampai ke tubuhnya. Dia sudah penat disakiti kerana berkawan dengan Airil. Dia mahu akhiri semua itu agar Airil tidar terus dihina dan dibenci orang kerana status dirinya.
“Airil pergilah! Selamat tinggal,” ucap Balqis Batrisya. Airil memandangnya lama. Ada kesedihan dimatanya. Bibirnya kelu. Hatinya berbicara dalam kebisuannya.
‘Balqis, aku terlalu mencintaimu, namun aku tidak layak mengapai cintamu kerana statusku dan darjatku. Selamat tinggal saying! Semoga kau berbahagia selalu,’
“Pergi! Apa kau tidak dengar kata aku?” marah Puan Zuraidah. Airil mengundur, lalu berpaling keluar dari istana milik Balqis Batrisya.
‘Airil, maafkan aku!’ ucap Balqis dalam hatinya.
Airil bergerak longlai ke jalan besar. Langkahnya dihitung zikir dan istighfar, sedar bahawa cinta manusia tidak kekal, cinta manusia tidak semestinya memiliki diri orang yang dicintai tapi berbahagia dengan kebahagiaan orang yang dicintai.. dia akur bahawa cinta manusia kadang-kadang membawa derita. Tapi dia pasti cinta kepada Pencipta adalah yang hakiki.
Tasbih zikir bergema memenuhi ruang hatinya, mengubat kelukaan dan kerendahan darjat dirinya. Kesabaran tunjang keimanan seseorang. Namun, bila dia teringat kata-kata itu, ada ngilu di hatinya,
‘Ya Allah! Aku tidak pinta dilahirkan untuk dihina begini! Hina aku di pandangan mereka tapi hina aku lagi dipandangan MU yang maha Hakiki kerana aku cuba duakan Engkau dengan cinta yang sementara, dan aku lalai dalam menanam benih cinta untukMu dan RasulMu! Ampun kan aku ya Allah! kepadaMu hamba berpaut, janganlah Kau jauhkan aku dariMU….’
Dia tiba di perkuburan yang mana disemadikan jasad seseorang yang melahirkannya ke dunia ini seminggu yang lalu. Dia akan pergi berhijrah, hijrah untuk memajukan dirinya, dan hijrah demi janjinya pada ibunya.
Dia masuk dan melalui lorong-lorong bertanah merah sambil memberika salam kepada penghuni-penghuni disitu. Mati itu pasti, kerana satu hari nanti dia juga akan mati dan setiap manusia pasti akan merasainya. Dia berhenti didepan pusara ibunya. Pokok-pokok kemboja segar berbunga, beralun lembut menyambut kedatangan anak yang soleh ini, anak yang sentiasa menjadi pautan si ibu ketika masih hidup dulu.
Dia mencabut rumput yang mula tumbuh selepas hujan dua tiga hari yang lepas. Dia menyapu dedaun kerning yang melata di atas pusara ibu yang dicintai. Dia mengerluakan senashkah Yasin dan meghadiahkan buat ibunya. Serak basah suaranya melantungkan kallimah-kalimah suci buat penghuni-penghuni kubur itu. Bagaikan semua tumbuhan mendengar alunan kalimah itu dengan khusyuk.
Seusai itu, dia berdoa, demi kesejahteraan ibunya di alam sana, moga dipermudahkan ibunya menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir. Titik demi titik air jernih membasahi tapak tangannya.
“Ibu air mata ini bukan air mata penyesalan kerana Airil dilahirkan tapi air mata ini adalah hadiah buat ibu untuk menghilangkan dahaga ibu di alam sana. Airil akan sentiasa ingat pada ibu. Pengorbananmu ibu akan Airil balas, Airil akan tunaikan janji Airil pada ibu. Ibu semoga bahagia di alam sana… ibu Airil akan dating lagi, jangan bimbang ibu, Airil akan sentiasa hadiahkan doa dan ayat-ayat suci untuk ibu sehinggalah Airil bersama ibu nanti.. ibu tunggu Airil, ye! Assalamualaikum ibu,!” Airil mencium pusara itu. Lama.
Dia bangun, meninggalkan pusara itu. Angin-angin sepoi-sepoi bahasa meniringi pemergiannya dan bunga kemboja beralun-alun lembut bagaikan tangan ibu melambai kea rah anaknya yang menjauh itu.
***Padi-padi tumbuh menguning tanda sudah masak. Kelihatan ramai petani mula memerah keringat mengutip rezeki. Kereta Iswara berwarna blue black meluncur perlahan. Kiri-kanan sawah padi yang sudah menguning, begitu indah sekali.
‘Padi dah masak! Tentu atuk dan nenek akan turun ke sawah, tapi harap-harap mereka sudah sampai ke rumah,’ doanya dalam hati. Dia membelok keretanya setelah sampai ke destinasinya. Iswaranya bergerak perlahan memasuki halaman rumah yang masih kukuh walaupun sudah berpuluh tahun usianya. Airul senyum sendiri. Tidak sabar bertemu dengan mereka. Datuk dan neneknya memang tidak tahu kedatangannya, sengaja ingin member kejutan.
Pak Kassim keluar dari bangsal apabila mendengar bunyi kereta di luar. Dia menjengah. Dia terkejut. Airul, cucunya yang satu itu. Kedatangannya selalu mengejutkan. Iswara itu berhenti dan keluarlah cucunya. Pak Kassim mendekati. Airul senyum lalu mendapatkan datuknya.
“Assalamualaikum… tuk!” Airul menyalami tangan yang membesarkannya.
“Waalaikumussalam… Irul! Ya Allah, kenapa balik tak bagitahu?” tanyanya. Tubuh cucunya dipeluk lama. Ada kerinduan dalam pelukan itu, pada anaknya yang telah lama menghilang. Airullah penganti anaknya.
“Saje, tuk! Nak kejutkan atuk!”jawab Airul senyum melihat gelagat datuknya. Dia kemudian tercari-cari seseorang. Pak Kassim senyum melihatnya.
“Mana nenek, tuk?”Tanya Airul apabila neneknya tidak diketemui. Selalunya Mak Habsah akan bersama suaminya dibangsal. Tapi hari ini, kelibat neneknya masih belum ditemui.
“Jom kita naik dulu! Nenek kamu demam,”beritahu Pak Kassim. Airul terkejut mendengarnya.
“Terukkah, tuk?”Tanya Airul cemas. Bimbang keadaan neneknya.
“Taklah! Demam rindukan cucunya,”jawab Pak Kassim selamba. Tiada kebimbangan pada wajah itu. Airul menarik nafas lega.
Pak Kassim dan Airul masuk ke bilik tidur neneknya. Airul melihatnya neneknya sedang tidur. Dia merapati tubuh kurus itu. Perasaan bersalahnya menebal kerana menyebabkan orang tua itu kerinduan sehingga demam.
“Nek! Maafkan Irul!” katanya perlahan. Dahi berkedut itu dicium lama. Dia tidak mahu menganggu tidur nenenknya. Pak Kassim terharu melihat cucunya.
‘Ahh! Dia persis Maisarah’ Pak Kassim bagaikan melihat Maisarah pada cucunya. Betapa dia binggung dimana Maisarah ketika ini. Sudah berpuluh-puluh tahun, sejak dia menghalau anak itu keluar dari rumah dan sehingga kini penyesalan itu bagaikan mengekorinya. Hadirnya Airul mengubat rindu mereka pada anak bongsunya itu.
“Tuk!” Pak Kassim tersedar dari lamunannya. Airul memandangnya pelik. Pak Kassim mengukir senyuman.
“Kita keluar! Biarlah nenek rehat dulu,”ujar AIrul. Pak Kassim beriringan dengan Airul keluar dari bilik itu.
“Irul, cuti berapa hari?”Tanya Pak Kassim. Airul bekerja di sebuah syarikat yang termasyhur, dan memengang jawatan yang agak penting, jadi agak sulit untuk dia meminta cuti.
“2 minggu tuk!”
“lamanya!”
“Kebetulan, Irul baru selesai projek besar, jadi bos bagi cuti panjanglah, tuk! Lagipun, Irul dah lama tak balik kan! Jadi Irul baliklah kesini, untuk menghabiskan cuti disini,” kata Airul panjang lebar. Pak Kassim mengangguk faham.
“Rezeki Irul! Padi tengah masak,”
“Emm.. tak sabarnya nak turun bendang dengan atuk,” bicara Airul lagi. Pak Kassim menepuk bahu cucunya. Bangga mempunyai cucu sebaik Airul.
“Tuk! Irul minta maaf kerana mengabaikan atuk dan nenek,” ucap Airul tiba-tiba. Pak Kassim kaget. Cucunya mudah terasa hati seperti ibunya.
“Tak pelah, Irul! Kami senang kalau kamu balik tiap minggu, itu sudah cukup…. Irul kamu persis ibumu,”ucap Pak Kassim. Airul terkesima mendengarnya. ‘Ibu’
“Ye ke, tuk?”Tanya Airul. Bersinat matanya apabila dikaitkan dirinya dengan ibunya yang hanya kenal melalui sekeping gambar.
“Ye, Cu! Kamu memang seperti anakku, Maisarah!” Pak Kassim menyapu matanya yang kelihtan berair. Airul kaget. Dia benar-benar ingin bertemu dengan ibunya, tapi dia takut untuk menayakan di mana ibunya berada, takut dimarahi oleh atukknya, keranas ketika kecil, sudah kerap kali dia dimarahi oleh datuknya.
“Tuk! Irul rindukan ibu, tuk! Walaupun Irul tak dapat merasa kasih sayangnya tapi Irul bersyukur atuk dan nenek sudi memelihara Irul. Tuk irul nak sangat jumpa ibu, tuk!” kata Airul penuh emosi. Pak Kassim merasa bersalah yang amat.
Peristiwa Maisarah dihalau keluar dari rumah mula bermain-main di memori. Bagaikan flashback kejadian yang mengubah hidupnya.
“Keluar, anak derhaka! Inikah balasan kamu sebagai anak untuk kami, Sarah!” Pak Kassim menahan marah. Dia cuba bersabar. Namun, perbuatan Maisarah tidak mampu dimaafkan. Maisarah telah menyapu arang pada mukanya. Mak Habsah menangis tersedu-sedu memeluk, anak bongsunya.
“Ayah! Maafkan Sarah, Yah! Sarah dipaksa!” pohon Maisarah. Dia memeluk kaki ayahnya, namun Pak Kassim menarik kembali kakinya . Maisarah jatuh tersembam.
“Kamu memang tak tahu malu, Sarah! Kenapa kau balik jika kau hanya ingin melukai hati kami, Sarah?”Tanya Pak Kassim lagi. Maisarah menangis disitu. dia tahu pasti orang tuanya akan mengamuk sakan kerana perbuatannya namun dia terpaksa melakukannya, semuanya kerana Rashid, kekasih pertamanya, sanggup memperkosakannya.
“Ibu! Maafkan Sarah bu! Sarah tak bersalah ibu!” Maisarah memohon maaf dari ibunya. Namun Mak Habsah terus membisu. Maisarah memandang ibunya dengan pandangan yang sedih. Dia kenal perangai ibunya. Diamnya tanda marah dan tidak menyetujui perbuatan anaknya.
“Sarah! Baik kau pergi dari rumah ini! Abang tak percaya kau sanggup buat macam ini! Kami hantar kau belajar tinggi-tinggi hanya untuk memalukan kami ke!!”marah Malik, abang sulung Maisarah.
“Abang! Sarah minta maaf, bang!”
“Maaf tak dapat mengubah balik apa yang berlaku, malu abang pada orang kampong, mana abang nak letak muka ini, sarah!” Maisarah menangis tersedu-sedu mendengarnya.
“Sudahlah, Malik! Halau budak itu pergi. Aku tak nak tengok mukanya lagi!!” kata Pak Kassim. Maisarah terkejut mendengarnya.
” Ayah! Tolong jangan halau saya pergi ayah! Ampunkan sarah ayah” Dia cuba mememeluk kaki ayahny tapi tak berjaya. Malik menarik tangan adiknya kasar. Maisarah meronta-ronta cuba mendapakan ibunya, namun ibunya tidak datang mendapatkkannya. Mak Habsah diam ditempatnya.
Maisarah dihalau keluar. Pintu depan ditutup rapat. Maisarah menangis tersedu-sedu diluar rumah dalam kegelapan malam. Tiba-tiba pangkal rahimnya terasa sakit akibat melahirkan anak milik Rashid. Luka jahitan itu terbuka. Sakitnya menyengatkan. Dia menangis tersedu-sedu. Guruh tiba-tiba berdetum. Hujan mula turun renyai-renyai, lama-lama bertukar lebat.
Mak Habsah terkejut medengarnnya. Hujan lebat diluar, dan anaknya berada dalam hujan. Dalam hatinya terbit rasa kasihan kepada anaknya namun luka dihatinya kerana perbuatan Maisarah lebih besar dari itu.
2 hari selepas itu, seorang bayi yang masih kecil diletakkan di hadapan rumahnya. Dia terkejut mendengar tangisan bayi itu. Anak Maisarah, sekali dengan surat beranak berbinkan Abdullah. Hati Pak Kassim mula merasa sayu melihat anak kecil itu. Dia mengangkat bayi itu ke pangkuannya. Dia menangis tersedu-sedu. Mak Habsah menyertai suaminya juga terkesima melihat bayi itu. Ada surat diselitkan. Malik membacanya, rasa bersalah kerana menuduh adiknya bukan-bukan, tapi yang sebenarnya Maisarah dirogol. Tapi penyesalan itu sia-sia, Maisarah meninggalkan mereka dengan cahaya matanya untuk dijaga.
Tangisan bayi itu tiba-tiba kedengaran kuat. Menangisi nasib diri yang ditinggalkan ibu.
“Tuk! Tuk!” panggil Airul. Pak Kassim terkejut. Dia memandang Airul. Rasa bersalah masih utuh. Bayi yang dikendongnya dulu, kini dihadapannya membesar menjadi lelaki yang boleh diharapkan.
“Tuk tak apa-apa?”Tanya Airul. Dari tadi dia melihat datuknya mengelamun panjanga. Dia mula risau apabila wajah datuknya berubah muram.
“Tuk, tak apa-apa Irul! Kamu pergilah rehat, tentu kamu dah letihkan!”ujar Pak Kassim, tidak mahu membimbangkan cucunya.
“Iyalah, tuk! Irul ke tanah dulu, nak ambil beg pakaian,” pinta Airul. Pak Kassim mengangguk. Airul turun ke halaman rumah dan membuka bonet keretanya untuk mengambil beg pakaiannya.
****Airil menemui Ustaz Yusuf sebelum dia berangkat pergi. Ustaz Yusuflah yang sentiasa memberinya kata-kata semangat dan mengajarnya ilmu agama. Dia menumpang kasih dengan Ustaz Yusuf. Ustaz Yusuf banyak membantu dia dan ibunya, begitu juga dengan isterinya, Ustazah Yusra. Airil bersyukur kerana Allah menghadirkan mereka untuk membantu mereka berdua ketika dalam kesusahan.
“Assalamualaikum…… ustaz!” ucap Airil di hadapan rumah Ustaz Yusuf dengan harapan Ustaz yusuf ada.
“Waalaikumussalam…. Eh Airil! Cari siapa?”Tanya Ustazah Yusra. Airil senyum kepada Ustazah Yusra.
“ustaz ada, ustazah?” Tanya Airil.
“Dia ada! Airil tunggu sebentar ye! Ustazah panggilkan,” pinta Ustazah Yusra lembut. Airil mengangguk.
Ustazah Yusra hilang dalam rumahnya kembali meninggalkan Airil sendiri di tanah. Dia menhampiri wakaf yang dibina oleh Ustaz Yusuf dibawah pokok yang rending itu. Airil melabuhkan punggunya. Menanti Ustaz Yusuf keluar, mindanya mengelamun mengingatkan keadaannya kali pertama bertemu dengan Ustaz Yusuf. Comot, penuh kotoran pada mukanya, dan bengkak tanda dipukul. Ustaz Yusuf terkejut melihanya. Airil memandang berhati-hati,khuatir dirinya dihina lagi, tanpa berlengah dia lari dari situ. Ustaz Yusuf tidak sempat berbicara apa-apa melihat budak yang comot itu pergi.
Dia kenal siapa kanak-kanak itu. Airil anak Nur yang tinggal dihujung kampong agak jauh dari rumah jiran-jirannya. Dia banyak mendengar cerita tentang dua beranak itu tapi dia sendiri tidak pasti benar atau tidak. Lalu dia mengambil keputusan untuk menemui dua beranak itu bersama isterinya kerana dia ingin membantu mereka.
Beberapa hari kemudian, rumah Nur didatangi tetamu yang tidak mereka jangkakan. Kebetulan Airil berada di rumah, dia demam kerana terkena hujan semalam.
“Assalamualaikum…..” ucap Ustaz Yusuf dan Ustazah Yusra bersama. Keadaan disitu sunyi sepi dan dilingkungi denngan semak-samun menimbulkan kebimbangan di hati mereka.
“Waalaikumussalam….” Jawab satu suara. Keluarlah seorang wanita yang bertudung hitam. Dia mengerut dahi. Terkejut dengan kedatangan tetamu yang dianggap baik oleh penduduk kampong itu.
” Apa khabar?”Tanya Ustazah Yusra. Dia menghulurkan tangannya. Nur ragu-ragu untuk menerimanya. Namun dicapai juga salam yang dihulurkan. Ustazah Yusra seraya memeluk wanita itu. Nur kaget menerimanya. Air matanya ditahan.
“Masuklah, ustazah, ustaz! Rumah buruk aje!”jemput Nur tetamunya. Ustaz dan Ustazah tida menolak. Ruang tamu itu dijengahnya. Mereka duduk di atas tikar yang sudah lusuh. Nur kaget.
“Ustaz, Ustazah! Duduklah disini… situ kotor,”ajak Nur selepas menghampar tikar yang masih lagi baik berbanding tadi.
“tak pelah, Nur! Kami duduk di sini aje,” ujar Ustazah Yusra. Ustaz Yusuf mengangguk setuju. Namun Nur memaksa mereka katanya segan tetamu datang tidak dilayan dengan baik. Mereka akur mendengarnya.
“Ustaz, Ustazah, duduklah dulu! Saya sediakan minuman dulu,”
“Tak payahlah, Nur! Kami tak nak menyusahkan Nur,” larang Ustazah Yusra.
“Taka pa, Ustazah! Lagipun rumah saya kekurangan tetamu…”jawab Nur menghadiakan senyuman buat mereka. Ustazah Yusra terkesima mendengarnya. Ya Allah! Rahmatilah keluarga ini! Doa Ustazah Yusra dalam hati.
5 minit kemudian, Nur keluar dengan sedulang minuman dan sepiring ubi bakar yang baru dibakarnya untuk meraka dua beranak. ‘tak pelah rezeki mereka,’kata Nur dalam hati.
“Minumlah, Ustaz! Ustazah! Maaflah, Cuma ubi bakar aje…,” Nur mempersilakan mereka berdua.
“Terima kasih, Nur! Kami ini menyusahkan Nur pula,”ucap Ustazah Yusra pula. Nur Cuma senyum. Ustaz menyicip sedikit air di cawannya dan meletakkannya kembali. Dia tercari-cari seseorang dirumah itu, namun tidak ditemui.
” Maaf, Nur! Mana anak Nur?” Tanya Ustaz Yusuf kehairanan.
“Ohh! Airil! Ada ustaz kat dalam, dia tengah ti …dur..”kata Nur nada perlahan. Ada kebimbangan pada nada suaranya.
“Kenapa dengan Airil, Nur?”Tanya Ustaz Yusuf lagi tidak puas hati dengan jawapan Nur. Dia tahu Nur risaukan anaknya.
Nur diam membisu.
“Nur! Kenapa dengan Airil, Nur?” Tanya Ustazah Yusra penuh sifat prihatin. Nur tunduk, malu dengan mereka. Malu dengan dirinya sendiri.
“Airil demam, Ustaz!” jawab Nur pendek. Ustaz Yusuf terkejut mendengarnya.
“Boleh kami lihat dia, Nur?”
“Boleh! Marilah!” Nur membawa mereka masuk ke bilik yang satu-satunya dirumah itu. Sebuah tilam yang agak besar muat dua orang didalam bilik itu. Airil sedang tidur di atas tilam itu. Nur duduk disebelah anaknya. Mengentus rambut belahan jiwanya.
Ustaz Yusuf menghampiri tubuh anak itu. Dia menyentuh dahi Airil. Tangan terjentak ke atas.
“Kenapa, bang?”Tanya Ustazah Yusra.
“Anak nie demam terlalu kuat! Begitu panas tubuhnya,” beritahu Ustaz Yusuf. Ustazah Yusra pula menyentuh dahi anak itu. Sama seperti suaminya. Panasnya terlalu kuat.
“Nur, kenapa tak bawak Airil ke klinik?”Tanya Ustazah Yusra. Nur diam. Air matanya mula menitis.
” Jom, kita bawak Airil ke klinik! Keadaan Airil agak teruk,” ajak Ustaz Yusuf. Nur masih diam.
“Ustaz, biarlah! Airil akan sembuh juga,” kata Nur. Ustaz Yusuf terkejut mendengarnya.
“Nur! Kita tak boleh biarkan keadaan anak awak macam nie. Awak sayangkan budak nie?”Tanya Ustaz Yusuf. Nur mengangguk.
“Tapi, kami tak punya wang untuk membayar rawatan Airil,” beritahu Nur. Tangisannya mula tersedu-sedu. Ustazah Yusra merapati ibu tunggal itu. Dia memeluk Nur.
“Nur, jangan bimbang! Kita bawak Airil dulu ke klinik!” pujuk Ustazah Yusra. Nur mengangguk. Petang itu juga, Airil dikejarkan ke klinik. Kata doctor, kalau AIril lambat dihantar keadaanya tentu dalam bahaya. Nur menangis lagi, memarahi dirinya kerana tidak menjaga belahan jiwanya dengan baik. Nur menangis lagi melihat anaknya terbaring lemah dengan tiub air di sebelahnya.
“Airil!” panggil satu suara. Lamunannya terus hilang. Wajah ibunya berlari-lari ke ruang memori lalu dikuncinya.
“Ustaz!” Airil menyalami tangan lelaki 40an itu. Ada ketenangan pada wajahnya.
“Ada apa Airil datang?’ Tanya Ustaz Yusuf lembut.
“Sebenarnya, ustaz saya nak berhijrah ke Bandar!” beritahu Airil jelas sekali pada pendengaran Ustaz Yusuf. Ustaz Yusuf terkejut. Tidak menyangka Airil akan pergi juga.
“Kamu nak kemana, Airil?”Tanya Ustaz Yusuf ingin tahu. Anak muda di depannya memandang lama. Memikir kata-kata ustaz yang dirasakan benar. Kemana dia harus pergi?
“Biarlah kaki ini melangkah sendiri, Ustaz! Dia tahu arahnya..”jawab Airil tidak mahu memikirkan kemana dia akan pergi.
“Airil, kamu kena ada matlamat dan tujuan untuk berhijrah, maka kamu akan dapat apa yang kamu niatkan,”beritahu Ustaz Yusuf pula. Dia tidak mahu Airil pergi hanya untuk melarikan diri dari takdir hidupnya. Tiada guna terus melarikan diri.
Airil lama diam berfikir kata-kata Ustaz Yusuf merangkap tuk gurunya. Memang benar kata-kata ustaznya.
“Saya ingin tunaikan janji saya pada arwah ibu, ustaz!” Ustaz Yusuf kaget. Airil dipandangnya penuh kasih.
15 tahun dia melhat Airil membesar di depan matanya, penuh dengan semangat dan kesabaran anak muda itu menghadapi setiap cemuhan orang terhadap dirinya dan keluarganya. Bagaimana Airil mampu menjaga ibunya memang dia tidak sangka, Airil anak yang bertanggungjawab, dia mahu anak-anaknya mencontohi anak muda itu. Walaupun kadang-kadang kesempitan hidup memaksa mereka berlapar berhari-hari itu tidak melemahkan semangat anak muda itu datang menagih ilmu dengannya, dan berusaha untuk mengembirakan hati ibunya.
“Airil pasti dengan keputusan Airil?”Tanya Ustaz Yusuf lagi. Ustazah Yusra turun dengan sedulang air untuk mereka berdua. Dia meletakkan dulang itu di atas pangkin. Dia duduk disisi suaminya. Turut memandang Airil.
“Insya Allah, Ustaz! Doakanlah saya, ustaz! Ini kali pertama saya akan pergi ke sana untuk tempoh yang lama dan tak tahu bila pula saya akan pulang ustaz. Benarkanlah saya pergi ustaz, ustazah demi mencantumkan kembali salasilah keluarga ibu, mencari indentiti saya sebagai seorang anak yang dilahirkan tanpa bapa ini,” jelas Airil pasti.
Tiada keraguan dalam kata-katanya. Tekadnya bulat demi janjinya pada arwah ibu. Tidak lupa asal dirinya, hinanya di mata manusia namun dimata mereka Airil anak yang baik, di mata Allah Airil sama dengan manusia lain.
“Kalau begitu keputusan Airil kami doakan Airil selamat dan jangan lupa kirimkan khabar Airil disana! Ingat, Airil walaupun ibumu sudah tiada, tidak bermakna Airil dilarang datang ke sini, kami akan menunggu Airil,” ustazah Yusra berkata dalam sebak. Sedih hatinya mengenangkan nasib anak muda itu. Jika dulu, merekalah tempat dua beranak itu mengadu, tapi kini tinggal Airil seorang diri lalu untuk apa lagi dia berada disini.
“Ustazah jangan risau! Saya lahir di sini. Saya akan kembali juga ke sini biarpun hanya jasad sahaja,”janji Airil. Ibunya disini, dia akan kembali satu hari nanti.
Ustaz dan ustazah terkesima mendengarnya. Kata-kata Airil terkesan di hati mereka ‘ biarpun hanya jasad sahaja’. Hidup atau mati, Airil akan ke sini jua… tempat belahan jiwanya berada. Lama mereka membiarkan kesunyian alam menguasai keadaan. Dalam hati masing-masing ada kasih dan sayang terhadap sesame mereka.
“EH! Abang, Airil jemputlah minum! Abang saya ke atas dulu nak masak. Airil makan kat sini, ye!” ajak Ustazah Yusra dengan harapan Airil akan bersetuju. Anak muda itu mengangguk. Ustazah Yusra tersenyum riang.
Petang itu, selepas selesai solat Asar, Airil datang lagi menemui ibunya buat kali terakhir. Diari ibu dalam gengaman beserta senashkah Yassin hadiah buat ibunya. Kalam Allah itu dia mulakan dengan Al-Fatihah. Alunan ayat suci al-Quran meresap dalam jiwanya.
Doanya panjang. Lama dia menekup wajahnya. Merah matanya, bergetar bibirnya. Ada sendu disitu. ada rasa kehilangan pada wajah muram itu. Berat hatinya untuk meninggalkan pusara itu.
“Ibu! Airil akan pergi untuk tempoh yang lama! Ibu jangan risau Airil akan kembali jugak kerana hati dan jiwa Airil telah dicuri oleh ibu, kan! Ibu Airil akan tunaikan impian ibu. Airil akan cari mereka biarpun mereka tidak kenal Airil cukuplah mereka bahagia dengan kehadiran Airil nanti ye bu! Doakan Airil bu.. biar Airil bersama ibu semula untuk selama-lamanya,” tangannya mengengam erat batu nisan itu. Terukir nama indah ibunya.
‘Nur Maisarah Kassim’
5 September 1965 – 10 September 2009
Kakinya melangkah meninggalkan pusara cintanya itu. Ada ngilu di hatinya. Dia memandang lama buat kali terakhir pusara itu dari luar pagar. Hatinya berbisik cinta buat ibunya.
Ibu,
Aku terlalu cintakan dirimu,
Pergimu merangut sekeping hati ini,
Terus kau simpan buat selamanya bersamamu..
Ibu,
Cintaku padamu biarlah bersama akhirnya,
Kerana cinta sesama insan melukakan aku akhirnya,
Namun cintamu membawa kepada keredhaan yang pasti,
Ibu,
Aku cintamu,
Lalu janjimu ku Akan tunaikan,
Dan akhirnya aku Akan kembali kepadaNya
Untuk bersamamu…….
Biar ku simpan duka dan suka bersamaku untuk
Mereka yang kau sayangi
Ibu,
Airil Akan kembali membawa cinta Airil kepada ibu…
Selamat tinggal belahan jiwaku…
Angin sepoi-sepoi bahasa melambai anak muda itu. Pokok-pokok beralun lembut menghantar langkah anak muda itu. Bagaikan berkata: ibumu akan menunggumu disini bersama kami…
*** Airul termenung di jendela. Langit dipandangnya, mencari bintang-bintang, namun ciptaan Allah itu malu untuk timbul. Hatinya kesayuan tiba-tiba. Ada ngilu tapi dia tidak tahu kenapa… perasaan itu kerap datang sepanjang dia berada disitu. Gambar ibu dipandang lama. Ada kerinduan disitu. Ada kesayuan disitu.
‘Ibu kenapa ibu tinggalkan Irul, bu! Irul rindukan ibu! Ibu dimana?’ hatinya berbicara pilu.
‘Siapa ayah Iru bu?’ kenapa ibu dan ayah tinggalkan Irul disini?’
‘Siapa Irul sebenarnya ibu?’ namun jawapan bagi persoalan itu bagaikan tergantung.
Sejak kecil, atuk dan neneklah yang menjaganya, merawatnya ketika sakit. Bila ditanya tentanng ibu, wajah datuk dan nenek pasti berubah dan dia akan dimarahi oleh datuk kerana bertanyakan hal itu. Dia tidak berani bertanyakan perkara itu lagi.
Namun, bila datuknya mengatakan dia seperti ibunya, dia menjadi penasaran untuk berjumpa dengan wanita yang melahirkannya. Tapi, datuk tidak memberitahu apa-apa pun tentang wanita itu. Dia lihat ada kesayuan dan kesedihan pada wajah tua itu.
Kadang-kadang datang perasaan benci terhadapa ibu dan ayahnya kerana meninggalkannya disni, menyebabkan dirinya di ejek oleh teman-temannya hingga dia pernah bergaduh dengan mereka. Hatinya jadi sakit mendengar cemuhan mereka.
“heh! Airul tak de ibu, tak de ayah! Hah! Hah! ” kata Ramli dan teman-temannya. Mula-mulanya dia boleh tahan namun lama-lama nalurinya terdera. Dia bingkas bangun dan menumbuk budak gempal itu. Ramli mengaduh sakit. Dia memandang Airul marah. Dia dan teman-teman memukul Airul sampai Airul merengkot sakit. Puas hati mereka. Airul pulang dengan wajah yang penuh lebam. Merisaukan datuk dan neneknya.
“Irul!”tepukan di bahunya mengenjutkannya. Datuk di belakangnya. Airul pantas menyimpan kembali gambar itu. Dia memandang datuknya. Esok dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Cutinya sudah habis.
“Kenapa termenung nie?”Tanya datuk. Airul dan Pak Kassim duduk di sofa. Mak Habsah datang dengan sedulang air untuk mereka bertiga.
“Tak de apa-apalah tuk!” jawab Airul menyembunyikan hal yang sebenar.
“Nenek dah sihat ke?”Tanya Airul lembut. Mak Habsah duduk disampingnya. Mak Habsah senyum memandang cucunya. Namun matanya mula bergenang. Esok Airul akan pergi tinggalkannya semula. Cuti 2 minggu itu dirasakan cepat berlalu, dia tidak puas lagi memandang cucunya. Hatinya terlalu rindukan anaknya, Maisarah.s
“Nek kenapa nie?” Tanya Airul apabila melihat neneknya menangis begitu. Hatinya sayu memandang mereka berdua.
“Nenek kamu sedih sebab esok kamu dah nak pergi, jadi dia tak sanggup berpisah dengan kamu!” kata Pak Kassim.
“Irul! Tak payah pergi lah! Kerja lah kat sini!” cadang neneknya. Airul terkejut mendengarnya. Dia Cuma senyum.
“Nek! Irul akan balik tiap minggu kan! Nek, Irul Berjaya sekarang niepun sebab nenek dan atukkan. Nanti Irul telefon nenek selalu,’janji Airul.
Mak Habsah mengesat air matanya. Entah kenapa dua tiga hari ini, dia sering bermimipikan Maisarah. Entah dimana anaknya berada ketika ini.. entah hidup atau mati dia juga tidak tahu. Dia dah lama maafkan anaknya, kekesalan merangut ketenangannya pergi. Jadi, Airullah penganti rindunya kepada Maisarah. Saat dia melihat Airul, wajah manis Maisarah menjelma pada wajah Airul sambil tersenyum kepadanya. ‘ Ya Allah! Di manakah anak ku?’bisiknya.
***Airil tiba di Kuala Lumpur pada waktu Subuh. Dia solat di masjid berdekatan. Dia membawa barang keperluannya. Dia akan mulakan harinya dengan mencari kerja dan rumah sewa. Dia tahu agak lama dia akan tinggal di situ untuk tempoh yang lama, namun dia tidak menyesal dengan keputusan kerana dia tahu satu hari nanti dia pasti akan pulang semula ke daerah kelahirannya.
Hari itu, dia berpuasa sunat hari khamis, jadi dia tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat makan. Dia berlegar-legar mencari rumah sewa dikawasan perumahan itu. Namun, dia tidak Berjaya, waktu matahari semakin tinggi. Kepanasan di Bandar besar itu tenyata berbeza di kampong, namun disabarkan dirinya dengan ujian sekecil itu.
Azan Zohor berkumandang mengajak ummat Islam menyerahkan diri kepada yang Maha Esa. Airil sgera ke masjid yang berdekatan. Wuduk diambilnya dengan sempurna. Dia masuk ke masjid. Tiada ramai orang yang ada Cuma yang tua-tua kubur kata mari, rumah kat pergi sahaja yang memenuhi itupun sikit tak sampai satu baris sof. Imam sudah bertakbir. Airil lantas menyertai sof dan berniat mengikuti Imam dihadapannya.
“Assalamualaikum warahmatullah..”
“Waalaikum warahmatullah…” Airil menyapu wajahnya. Zikir Imam diikuti perlahan. Seusai itu, Imam berdoa dan dia mengaminkan doa Imam..
“Ya Allah! Berkatilah kami! Ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, serta umat Islam! Ya Allah, Kau tabahlah hati kami menghadapi ujian dan dugaan hidup ini, dan janganlah Kau bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami tanggung, kami redha dengan takdirmu, Ya Allah selamatkanlah kami didunia dan di akhirat. Amin ya rabbaalamin…”
“Amin…” doa Imam diaminkan kerana dia juga merasakan seperti itu juga. Dia menyalami tangan para jemaah yang hadir bersama. Airil berehat sebentar diruang solat setelah semua jemaah beransur pulang. Dia menarik nafas lega selepas dapat berehat.
Airil tidak menyedari bahawa dia bukan seorang diri di dalam masjid itu, setelah mendengar seseorang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran, barulah dia menyedari ada insan yang bersamanya. Dia diam sambil mengamati bacaan al-quran itu. Sungguh merdu suaranya, puji Airil. Dia menyandar sambil memejam matanya. Dia terlena akibat kepenatan berjalan pada hari itu seharian.
Airil bangkit dari pembaringan apabila jam locengnya berbunyi. Pukul 4.00 pagi. Dia bingkas ke perigi dan mandi sepuas-puasnya walaupun kedinginan air itu hingga ke tulang sum-sum. Kesegaran terasa. Dia mengambil wuduk dan naik ke atas. Dia memakai pakaian solatnya dan berTahajud. Selesai solat Tahajud, dia bangkit lagi dan solat Taubat dan Hajat dan di akhiri dengan witir. Keheningan pagi itu membuatkan dia tenang berdoa dan memohon keampunan pada Allah akan dosa-dosanya. 5 september itu adalah tarikh dia dilahirkan. Dengan termetrinya tarikh itu bermakna umurnya meningkat.
“Khok! Khok! Khok!” batuk-batuk keras kedengaran di dalam bilik. Airil bingkas mendapatkan ibunya dikamar yang satu itu. Airil duduk di sisi ibunya. Nur tunduk menahan perit di tekak. Batuknya bertambah kuat. Airil semakin bimbang. Dia segera ke dapur, mengambil segelas air untuk ibunya dan ubat ibunya.
“Bu! Bangun bu! Minum air nie,” Airil membantu ibunya bangun. Nur bangkit. Airil meletakkan gelas dibibir pucat itu. Nur minum dengan perlahan. Selepas itu, Airil mengerluakan beberapa biji kapsual. Nur mengambilnya lalu disuakan ke mulutnya dan minum air sekali lagi.
“Ibu! Ibu tak apa-apakan?”Tanya Airil prihatin. Nur senyum hambar.
“Ibu tak apa-apa, sayang!” Airil menarik nafas lega. Nur senyum. Airil membalas senyuman ibunya.
“Sayang!” Tangan Airil dicapainya. Airil memengang erat tangan ibunya.
“Ya, bu!”
“Selamat hari lahir sayang!”ucap Nur. Nur mencium dahi anak muda itu. Air matanya menitis. Airil permata hatinya, Airillah tempat dia mengadu, tiada rahsia antara dia dan Airil. Wajah Airil disentuh lembut.
Airil memengang tangan ibunya yang mendarat dipipinya. Dia mencium tangan itu. Lama. Nur merasakan tangannya basah. Dia mengangkat wajah itu, merah mata Airil dibasahi air jernih. Nur memeluk anaknya lama.
“Ibu, terima kasih!” balas Airil. Dia membiarkan air matanya mengalir. Nur melepaskan pelukan itu dan tangannya mendarat di wajah Airil, menyapu air mata anak lelakinya itu.
” Selamat hari lahir Aizat!” Airil senyum mendengarnya. Bisikan itu hanya didengar olehnya. Nur juga senyum. Masing-masing membayangkan Aizat bergelak ketawa bersama teman-teman menyambut hari lahir bersama datuk dan nenek.
“Semoga sayang dan Aizat dilindungi Allah selalu!” doa Nur.
“Amin…” Airil merebahkan kepalanya pada riba ibunya. Nur membelai anaknya. Lama. Senyum.
Airil merasakan tubuhnya digoncang. Airil membuka matanya. Seorang lelaki tua memandangnya aneh. Ibunya hilang entah ke mana. Airil beristighfar panjang menyedari bahawa dia sedang bermimpi. Mukanya basah, Airi tergamam. Ahh! Aku menangis dalam tidur! Apa pulak yang difikirkan oleh orang tua tu nanti. Malunya’ bisik hatinya.
“Anak, tak apa-apa ke?”Tanya lelaki itu. Airil senyum.
“Saya tak apa-apa pak cik! Maaflah kalau saya menganggu pakcik!” ucap Airil. Dia membetulkan duduknya. Lelaki itu senyum melihatnya. Anak muda itu dipandang lama. Airil berasa tidak selesa dipandang begitu. Jam ditanganya dikerling. 2.30 petang. Lamanya aku tidur, rungutnya dalam hati.
“Anak ada masalah ke?” Tanya lelaki itu. Airil diam.
“Tak de pak cik!” jawab Airil pendek. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu dengan masalahnya.
“Anak baru sampai dari kampong ke?”Tanya lelaki itu tepat mengena.
“Err… Emm pak cik saya baru sampai, sekarang saya tengah cari rumah sewa pakcik,” kata Airil tidak mahu membohongi orang tua itu. Dia tidak di ajar untuk itu. Lelaki itu senyum mendengarnya.
“Anak nak kemana-mana ke selepas ini?”Tanya lelaki itu.
“Tak tahu lagi! Sebentar lagi saya akan pergi,” jawab Airil ramah.
“Pak cik siapa?”Tanya Airil tiba-tiba. Lelaki itu ketawa mendengarnya. Tidak terlalu kuat tapi enak didengar oleh Airil. Dia senyum.
“Pak cik, Saiful, panggil Pak Saif!” Airil menyalami tangan lelaki yang kelihatan seperti 50an.
“Kamu nak?”
“Ohh saya, Izzat Pak Saif!” Airil menggunakan nama pertamanya. Dia akan menjadi sebahagian dari sejarah hidup Airil nanti.
“Izzat, umur berapa? Kenapa datang ke Bandar besar ini?” Tanya Pak Saif ingin tahu. Airil ragu-ragu menjawabnya.
“Maafkan Pak Saif kerana cuba ambil tahu,” pohon Pak Saif apabila menyedari kelancangannya. Airil pula jadi segan.
“Tak pe! Saya baru 25 tahun, Pak Saif! Saya datang ke sini kerana ingin menjalani hidup baru kat sini,” beritahu Airil.
“Kamu masih muda, nak! Sama baya dengan anak Pak Saif, tentu dia gembira dapat kenal dengan kamu,” kata Pak Saif. Airil senyum mendengarnya.
“Saya pun tak sabar nak berjumpa dengan anak Pak Saif,” balas Airil senang begitu.
Mereka bercerita sampai ke petang. Pak Saif banyak bercerita tentang dirinya, Airil mendengarnya dengan khusyuk. Pak Saif bak anak kecil berjumpa dengan ibunya bercerita tentang keluarganya. Airil menjadi iri mendengarnya. Bagi Airil belum sampai masanya untuk bercerita tentang dirinya, status dirinya. Satu hari nanti mereka akan tahu juga jika jodoh mereka panjang.
Selesai solat Asar, Pak Saif mengajak Airil ke rumahnya. Airil ingin menolaknya kerana dia tidak mahu menyusahkan orang tua itu. Namun, Pak Saif bijak memancingnya. Kata Pak Saif, dia sebenarnya mencari orang yang sudi menyewa rumah lamanya. Airil terpaksa bersetuju kerana Pak Saif berjanji harga sewa rumah itu boleh dikurangkan lagi.
“Terima kasih, Pak Saif! Budi baik Pak Saif sekeluarga saya kenang selalu,” ucap Airil selepas bertemu dengan keluarga Pak Saif. Anak lelakinya yang sama umur dengannya, Syukri memang seorang yang mudah mesra dengan orang. Airi senang dengan Syukri.
“Izzat! Kamu jangan risau, kami sentiasa alu-alukan kamu kemari,” jawab Syukri. Anak muda yang berkulit kuning langsat itu senyum melihat kerendahan diri Airil.
Syukri menepuk lembut bahu Airil. Airil senyum kerana Syukri adalah kawan yang baik. Nampaknya dia sudah punya kenalan yang baik. Allah benar-benar membantunya. Alhamdullilah, ucapnya.
Tidurnya malam itu dirumah sewanya lena kerana mengenangkan budi baik keluarga Pak Saif yang satu dalam berjuta di Kuala Lumpur, agak payah menjumpai keluarga seperti tuan rumahnya.
Dia bermimpikan ibunya. Dia bercerita pada ibunya hingga ke pagi dalam mimpi.
*** Airul ralit membaca dokumen di tangannya. Dia tidak menyedari seseorang didepannya.
“Ahh!” Dokumen ditanganya terjatuh kebawah. Airul tunduk mengambilnya akan tetapi
“Aduh!” kepalanya terhantuk dengan sesuatu. Airul menggosok dahinya. Dia terkejut melihat seseorang berada dekat dengannya. Airul tergamam. Matanya betul-betul mengadap sepasang mata yang indah itu.
Lama mereka bertatapan begitu. Airul memuji kecantikan mata itu. Tiba-tiba Airul tersedar. Dia tersentak dan segera menjauhkan diri dari pemilik mata itu.
“Maafkan saya!” ucap Airul. Dia tunduk mencapai failnya dan sebuah buku bersamanya di lantai. Buku siapa nie?
“Saya pun minta maaf!” ucap si gadis itu. Airul terpegun lagi. Gadis itu memandangnya. Wajah itu sungguh cantik. Secantik matanya, puji Airul dalam hati.
“Tak apa! Bukan salah awak! Saya yang ralit membaca tak sedar ada orang di hadapan,” jelas Airul. Tidak mahu si gadis dihadapannya merasa bersalah.
“Saya pun begitu!”
“Maksud awak?” Tanya Airul tidak faham. Gadis itu ketawa perlahan.
“Itu buku saya! Saya pun sedang membaca tadi,” beritahu gadis itu jujur. Airul baru mengerti. Dia menyerahkan buku itu kepada gadis.
“Jadi, kita sama-sama salah ye!”ujar Airul. Gadis itu mengangguk.
“Apa kata, kalau kita pergi lunch sama-sama untuk tebus kesalahan ini,” ajak Airul ikhlas. Gadis itu tidak menolak. Mungkin berfikiran sama dengannya.
“Saya Airul! Awak?”Tanya Airul ketika mereka beriringan ke restoran berdekatan.
“Saya Ain Husna! Panggil aje Ain” Ain senyum kepada Airul. Setelah mendapatkan meja mereka, Ain dan Airul masing-masing memesan makanan kegemaran.
“Boleh kita berkawan?”ajak Airul. Ain diam. Airul gelisah tiba-tiba bimbang Ain akan menolak. Dia sebenarnya sudah jatuh cinta pandang pertama pada Ain tapi dia tidak mahu meluahkannya lagi. Dia ingin mengenali Ain lebih dekat lagi.
“Kenapa diam? Ain tak sudi berkawan dengan saya?” Tanya Airul lagi. Ain mengeleng.
“Jadi kenapa?”
“Saya sudi berkawan dengan awak! Saje je nak menguji ikhlas ke tidak awak nak berkawan dengan saya,” kata Ain nakal. Airul menarik nafas lega.
“Lulus ke tidak?”Tanya Airul. Ain ketawa mendengarnya.
“Tentulah lulus, kalau tidak kenapa saya setuju tadi,” jawab Ain senyum senang. Mereka bertukar-tukar nombor telefon.
Petang itu Airul merasakan hari yang indah baginya kerana dapat berkenalan dengan Ain, pemilik mata yang cantik itu. Dia sedar kehadiran Ain amat bermakna baginya. Dia ingin mengenal Ain dengan lebih mendalam lagi. Esok dia akan mengajak Ain untuk makan tengahari dengannya. Tentu Ain akan bersetuju nanti.
*** Ain senyum memanjang. Rashid pelik melihat anaknya yang senyum sendirian. Dia menepuk lembut bahu anaknya. Ain terkejut. Lamunannya berlarian menuju ke memorinya.
“Eh ayah!”
“Kenapa dengan kamu nie? Ayah tengok mengelamun lepas itu senyum sorang-sorang pulak,”Tanya Rashid pelik. Ain memaut manja tangan ayahnya.
“Tak de apa-apalah ayah!” jawab Ain manja.
“Yeke! Ayah tak percaya! Atau Ain dah jatuh cinta?” teka Rashid. Ain terkejut. Dia tunduk. Tekaan ayahnya tepat mengena.
“Tak lah!” dalih Ain. Dia tidak pasti.
“Baguslah kalau gitu! Tak sabar rasanya ayah nak jumpa dengan bakal menantu ayah,” kata Rashid lagi. Ain mula merengek marah. Rashid ketawa melihat gelagat anaknya.
*** Airul memandu dengan kelajuan yang sederhana. Ain disebelahnya dipandanga sekilas. Malam itu, Ain memakai gaun berwarna pink dan hitam, begitu cantik sekali hingga membuatkan Airul bertambah sayang pada kekasihnya.
Ternyata, luahan cintanya 5 bulan yang lalu, diterima oleh Ain. Ingatkan dia Cuma bertepuk sebelah tangan. Ain akhirnya menyambut cintanya. Ain membalas renungan Airul. Senyuman manis hinggap dibibir Ain.
Airul membelok keretanya ke restoran yang ditelah dipersetujui oleh Ain tadi. Airul segera meletakkan keretanya di tempat yang disediakan. Airul cepat-cepat keluar dan membuka pintu untuk kekasihnya. Tangannya dihulurkan, Ain menyambutnya. Kebahagian jelas terbayang di wajah mereka. Mereka beriringan masuk.
“Silakan masuk, tuan!” jemput penyambut tetamu itu.
“Terima kasih!” ucap Airul. Ain senyum. Mereka dibawa ditempat yang sudah ditempah oleh Airul. Mereka duduk mengadap air terjun dan agak jauh dari pelanggan lain. Airul menarik kerusi untuk Ain.
“Thank you!” Ucap Ain. Airul senyum. Dia duduk menghadap Ain.
“Ain nak makan apa?”Tanya Airul. Senyum penuh makna.
“Apa-apa aje!” jawab Ain. Dia serahkan kepada Airul.
Airul memanggil pelayan dan membisikkan sesuatu padanya. Ain mengerut dahi.
” Airul nak buat apa?” Tanya Ain ingin tahu. Airul senyum lagi. Ain rasa berdebar.
“Happy birthday to you!” ucap Airul. Ain terkejut mendengar. Kek bertingkat dua disorong kepadanya. Dan kemudian gesekan biola berkumandang melagukan lagu hari jadi. Pelanggan lain sama-sama menyanyikan lagu hari jadi bersama-sama. Ain gembira. Kejutan ini benar-benar tidak disangkakannya. Macam mana dia boleh lupa hari jadi.
“Terima kasih, sayang!” ucap Ain. Ain meniup lilin. Tepukan gemuruh kedengaran. Airul senyum senang.
“Ain!”
“Ya!” Airul duduk di hadapan Ain. Ain terkejut. Dia tidak sangka Airul akan berbuat begitu.
“Will you married me?” Tanya Airul. Ain terkejut. Airul membuka kotak kecil itu. Sebentuk cincin didalamnya. Ain memandang sekeliling. Ramai yang memerhatikannya. Dia sungguh tak sangka kejutan Airul. Mukanya merah.
“Ain, sudikah kau menjadi suri hidupku dan ibu pada anak-anakku?”Tanya Airul lagi.
Ain bangun. Dia mengapai tangan Airul. Airul bangun.
“Saya sudi!” Airul menyarung cincin itu ke jari Ain. Tepukan bergema. Airul benar-benar romantic. Hari itu akan menjadi kenangan yang indah baginya. Ain dipeluk oleh Airul. Muka Ain merah, malu bercampur gembira.
Ucapan tahniah dari pelanggan itu untuk Airul dan Ain bertalu-talu. Airul benar-benar gembira kerana Ain sudi menerima lamarannya. Hidupnya akan lengkap dengan kehadiran Ain dalam hidupnya.
‘Ya Allah! Kau rahmatilah kami!’ doa Ain dalam hati. Dia akan menjadi isteri kepada Airul.
*** Didalam bangunan tersergam besar. Syarikat L&R Holdings.
“Izzat!”
“Ya Tuan! Ada apa?” Tanya Airil. Tuan Lokman dipandangnya. Airil sabar menanti arahan.
“Saya nak awak berjumpa dengan wakil dari Syarikat Harmony Sdn. Bhd. Bincang tentang projek yang akan kita dengan syarikat mereka,” arah Tuan Lokman. Airil mengangguk.
“Baik tuan!”
“Nie profil berkenaan mereka. Saya harap yang terbaik dari awak Izzat!”
“Insya Allah, tuan! Saya akan buat yang terbaik,” janji Airil. Dia menyambut fail yang diberikan oleh majikannya.
“Saya keluar dulu!” Airil keluar setelah anggukan Tuan Lokman.
Airil kembali ke mejanya. Dia membuka fail itu. Dia membaca profil yang disediakan. Dia merangka-rangka apakah yang ingin dibincangkan bersama wakil syarikat itu dalam kepalanya.
“Izzat!” terkejut Airil mendengarnya. Hafiz tersengih memandangnya. Airil memandangnya tajam.
“Kau nie! Kalau aku ada penyakit jantung, tentu aku dah masuk kubur, tau!” marah Airil. Hafiz sengih.
“Sorilah, Zat! Aku tengok kau mengelamun, aku kejutkanlah!” jawab Hafiz. Airil mencari-cari dalam mindanya idea-idea yang baru sahaja muncul.
“Aku bukan mengelamun. Tapi aku tengah merangka perkara yang aku nak bincangkan dengan syarikat Harmony esok. Kau nie… mujur tak hilang.. kalau tidak aku godeng kau nanti,” beritahu Airil. Dia mencapai kertas dan pen lalu mencatat kembali rangkaannya takut hilang semula.
“Sori ok! Aku tak tahu!” jawab Hafiz dengan muka kasihan.
“Yelah tu! Macam aku tak kenal kau!” tegur Airil semula.
“Hafiz yang kau kacau Izzat tu kenapa?” Tanya Karmila. Airil senyum mendengarnya.
“Sukalah itu ada yang membela,” sindir Hafiz.
“Dengki ke?”
“Tak kuasa aku! Jom pergi lunch, aku dah lapar nie,” ajak Hafiz.
“Eh! Dah pukul berapa nie?”Tanya Airil. Hafiz mengeleng-mengeleng melihat gelagat sahabatnya.
“Kau niekan, dah pukul 1.00! kak Mila tengoklah buah hati kak nie, kerja tak ingat masa,” adu Hafiz pada ibu beranak dua itu. Airil ketawa mendenganya. Airil bangun dan mendekati Hafiz.
“kau nie kan!” Airil menyekeh kepala Hafiz. Karmila ketawa melihatnya. Airil berlalu ke meja Karmila.
“Jom Kak Mila!”ajak Airil. Karmila pantas mencapai beg tangannya.
“Nak kemana tu?” Tanya Hafiz. Hafiz menggosok kepalanya.
“kata nak pergi makan, yang kau tercegat kat situ kenapa?” kata Airil ketawa melihat Hafiz.
Karmila juga ketawa melihat Hafiz dikenakan oleh Airil. Hafiz senyum lalu meyertai mereka berdua. Hafiz sempat menampar bahu Airil membalas sekehan Airil tadi. Airil ketawa sahaja. Dia tidak kisah tentang itu. Setahun bekerja dengan mereka, Airil semakin rapat dengan mereka. Mereka tempat Airil menghilangkan resah dan gelisah hatinya.
*** Airil pantas bergerak. Semua kertas kerja sudah dimasukkan kedalam begnya. Dia segera masuk ke kereta second handnya. Keretanya bergerak meninggalkan bangunan syarikatnya.
Dia membelok keretanya ke bangunan syarikat Harmony Sdn. Bhd. Airil memangkirkan kereta di hadapan bangunan itu. Jam ditangannya melewati nombor 12. Airil segera masuk ke bangunan itu.
” Assalamualaikum… cik!”
“Waalaikumussalam, apa yang boleh saya bantu?” Tanya penyambut tetamu itu.
“Saya nak jumpa Encik Airul!” beritahu Airil tujuan kedatangannya. Penyambut tetamu itu mengangguk.
“Siapa encik?”Tanya Hasni.
” Izzat!”
“Helo! Encik Airul! Encik Izzat dah sampai!”
….
“Hmm! Baiklah encik!”
“encik Izzat! Encik Airul tunggu encik di bilik mesyuarat tingkat 2. Silakan,”
“Terima kasih!” Airil segera beredar dan menuju ke lif. Butang tingkat 2 ditekannya.
” Assalamualaikum… maaf! Saya lambat sampai!” ucap Airil menyedari kelewatannya. Airul mengangguk.
“Waalaikumussalam…. Silakan encik Izzat!”
“Terima kasih, encik Airul! Boleh kita mulakan?” Tanya Airil. Dia sudah bersedia. Airul terkesima. Pemuda didepannya Nampak bersemangat. Walaupun dia lewat sampai tapi dia tidak rehat lama-lama.
“Boleh apasalahnya!” Airil bangun dan menerankan rangka-rangka kertas kerja yang disediakan. Maklumalah, dia bukan begitu lama dalam bidang ini, jadi dia agak cemas sedikit, namun isi dalamnya Airul kelihatan tertarik.
Setengah jam kemudian, perbincagan mereka tamat. Airul bersetuju untuk bergabung dalam projek yang disediakan oleh Syarikat L&R Holdings. Airil berjabat tangan dengan Airul. Mereka sama-sama tersenyum. Airul mengiringi Airil keluar. Mereka berjabat sekali lagi.
“Alhamdulillah!” ucap Airil setelah berada didalam keretanya. Ternyata perbincangan dengan pengurus muda itu dipermudahkan oleh Allah. Tetapi Airil terkesan sesuatu sejenak memandangn raut wajah Airul. Ibu! Wajah ibu menghiasi wajah Airul. Apakah! Tak mungkin.
*** Pak Saif dan Mak Maria sedang minum di beranda. Kereta Airil masuk ke kawasan rumah mereka. Airil keluar mendapatkan mereka.
“Assalamualaikum…..”
“Waalaikumussalam… Izzat! Naiklah! Lama tak jumpa kamu!” Airil senyum dan menyalami tangan lelaki itu. Tangan yang sama sudi menghulurkan bantuan.
” Apa khabar mak cik?” Tanya Airil berbasi-basi.
“Mak cik sihat! Kamu pulak, mak cik tengok semakin kurus,” kata Mak Maria. Airil ketawa mendengarnya.
“Saya sihat mak cik! Biasalah mak cik sibuk sikit!”jawab Airil senyum lagi. Pak Saif mengeleng mengenangkan anak muda ini seorang. Kuat bekerja seperti Syukri.
“Pak Saif! Syukri mana?”Tanya Airil.
“Dia kat mana lagi, kerjalah Izzat! Sibuk seperti kamulah!” ujar Pak Saif. Airil ketawa mendengarnya.
“Biasalah Pak Saif, orang bujang… lagipun Syukri kan kerja sendiri, tentulah dia sibuk,” kata Airil menenangkan sahabatnya. Pak Saif mengangguk. Mak Maria meminta diri ke dalam. Airil memerhatikan kawasan rumah itu, masih tidak berubah. Sama seperti kali pertama dia sampai dulu.
“Pak Saif, nie duit sewa untuk bulan ini!” Airil menghulurkan segulung wang. Pak Saif mengambilnya.
“Kamu nie, Izzat! Kalau kamu tak de duit, bayar lewat pun tak pa!” kata Pak Saif. Anak muda ini selalu bayar awal bulan. Tidak mungkir janji. Tak pernah dia tengok anak muda menjolikan wang gajinya untuk perkara yang bukan-bukan.
“Tak pelah, Pak Saif! Lagipun, saya tiada tanggungan… saya tak mahu berhutang,” ujar Airil.
“Yelah! Kamu nie degil juga orangnya,” kata Pak Saif. Airil hanya senyum mendengarnya.
“Pak Saif! Hujung minggu ini saya nak ke luar daerah!”
“Berapa hari kamu pergi?”Tanya Pak Saif.
“Insya Allah 3 hari aje,” beritahu Airil.
“Hati-hatilah Izzat!” pesan Pak Saif seperti seorang ayah yang bimbangkan anaknya.
“Insya Allah, Pak Saif janganlah risau! Saya balik dulu,” ujar Airil. Dia menyalami tangan orang tua itu.
Kereta Airil perlahan keluar dari halaman rumah Pak Saif. Pak Saif memandang lama. Dia pasti dengan perasaannya Airil menyembunyikan sesuatu darinya tapi dia tidak mahu mendesak lagipun Airil hanyalah penyewa rumahnya.
*** Airul mengerlukan telefonnya. Nombor Ain ditekannya. Lama menanti akhirnya diangkat jua.
“Assalamualaikum… sayang!”
“Waalaikumussalam…. Airul!” jawab Ain. Dia senyum mendengar suara kekasihnya.
“tengah buat apa?”Tanya Airul.
“Tengah bercakap dengan Airullah!” seloroh Ain. Ketawa Airul bergema dalam telefonnya.
“Amboi sejak bila pandai bergurau nie!”
“Sejak kenal Airullah!” jawab Ain pula. Ain berguling di atas katilnya.
“Sayang!”
“Hmm…”
“Hujung minggu nie, Airul nak balik kampong! Nak bincangkan tentang pertunangan kita,” beritahu Airul. Dia sudah tidak sabar nak mengikat tali dengan Ain.
“Bila Airul nak datang merisik?”Tanya Ain juga tidak sabar untuk hidup bersama Airul.
“Insya Allah! Minggu depan! Ain rasa bagaimana?”Tanya Airul ceria.
“Nanti Ain bincang dengan ayah dan mak! Tapi…”
“Ada apa sayang?” Tanya Airul ragu mendengar suara Ain yang kedengan aneh.
“Ayah nak jumpa Airul dulu, bagaimana?”
“Begini, lepas Airul pulang dari kampong, Airul datang jumpa ayah Ain, ok!”
“Hmm… baguslah kalau gitu! Airul hati-hati ye ketika memandu…” pesan Ain.
“Sayang jugak Ain kat Airul ye!”
“Mestilah… Airul kan…” terhenti Ain berkata. Pipinya merah. Kalau Airul ada didepannya, mesti Airul ketawa melihat wajahnya.
“Airul… apa Ain…”
“bencilah Airul nie! Ok Assalamulaikum… klik” Airul tergamam. Namun seulas senyuman terbit dari bibirnya.
“Waalaikumussalam…. Bye sayang!”
*** Airil menyapu peluhnya yang menitis. Dia memandang disepanjang jalan namun tiada kereta yang berhenti. Malang nasibnya kerana keretanya mati di tengah jalan. Mujurlah tiada kenderaan di belakangnya ketika keretanya tiba-tiba berhenti. Letih dia menolak keretanya ke tepi.
Airul memandu dalam kelajuan sederhana. Tiba-tiba dia lihat ada seseorang yang sedang melambai agar keretanya berhenti. Airul dalam dua. Nak berhenti atau tidak. Tapi, rasanya kereta orang itu rosak, apasalahnya dia menolong.
Kereta Iswara hitam itu berhenti di bahu jalan. Seseorang keluar dari kereta itu. Airil bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menolongnya. Kalau tidak bermalamlah dia disini kerana kereta tunda akan datang esok pagi.
Ternyata dunia ini kecil. Dia tidak sangka akan bertemu dengan Airul. siapa sangka memang dia ada ingatkan Airul.
“Assalamualaiku… eh Encik Airul!” Airil terkejut melihat gerangan orang yang membantunya.
“Waalaikumussalam… encik Izzat! Macam mana boleh bertemu disini?”
“Dah takdir barangkali, jumpa Encik Airul disini,” ujar Airil sopan. Memang dia tidak menyangka akan bertemu Airul disini.
“Kenapa dengan kereta Encik Izzat?”Tanya Airul.
“Panggil aje saya Izzat!” kekok dia mendengar orang memanggilnya encik.
“Saya pun begitu panggil Airul sahaja,” Airil senyum mendengarnya.
“Entahlah Airul! Tiba-tiba aje dia mati sendiri. Dah nasib saya nak buat macam mana!” kata Airil rendah diri. Airul senyum mendengarnya.
“Izzat nak ke mana?”Tanya Airul. Mungkin dia boleh tumpangkan pemuda itu.
” Saya nak ke Kuantan!” ujar Airil.
“Eh! Kebetulan saya pun nak kesana! Apa kata Izzat tumpang aje saya, bagaiman?” pelawa Airul.
“Tak menyusahkan Airul ke?”Tanya Airil semula, kalau boleh dia tidak mahu bebankan pengurus muda itu.
“Taklah! Lagipun perjalanan ke sana agak jauh! Kalau ada teman berbual kan tak boringlah,” kata Airul senang dengan Airil. Nampaknya Airil tidak mempunyai peluang lain. Dia akur.
“Terima kasih, Airul sudi tumpangkan saya!” ujar Airil. Airul yang sedang memandu hanya senyum riang.
“Sama-sama. Tak kisahlah! Lagipun destinasi kita kan arah yang sama,” kata Airul pula. Airil ketawa mengingatkannya.
“Izzat ke sana buat apa?” Tanya Airul tiba-tiba. Airil diam seketika. Mencari-cari jawapan terbaik.
“Ada urusan keluarga!” jawab Airil pendek. Airul memerhati Airil agak sulit untuk memberitahu tujuannya.
“Ye ke! Mungkin saya kenal saudara Izzat kot!” seloroh Airul pula mengejutkan Airil.
“Mungkin! Siapa tahu! Airul kesana pula kenapa?”
“Ohh! Kampong halaman saya!”jawab Airul riang. Airil mengangguk. Apakah petanda itu memang betul? Ibu, Airil dah sampai ke kampong ibu’ bicara hatinya.
“Izzat nak turun di mana?”Tanya Airul.
“Di hotel yang terdekat, boleh!”
“Boleh! Tapi bagaimana kalau Izzat tinggal aje kat rumah saya?” Airil terkejut dengan perlawaan itu. Airul memang baik orangnya. Kereta terus bergerak.
“Hah! Tak pelah Airul! Saya tak nak menyusahkan awak!”jawab Airil pantas. Dia sudah banyak menyusahkan anak muda itu. Cukuplah hari ini aje!
“Tak lah Izzat! Lagipun rumah saya itu bukannya jauh sangat dari hotel awak, kalau awak tinggal kat rumah saya, jimat belanja,” pujuk Airul lagi. Entah kenapa dia berasa selesa bersama Airil. Tanpa Airil sedari, Airul sudah membelok keretanya ke halaman rumahnya.
“Tapi, Airul…”
“Ok! Izzat dah sampai pun di rumah saya,” ujar Airul. Airil terkejut. Airul memang sengaja memerangkapnya.
“Macam mana?”Tanya Airul sekali lagi. Airil mengeluh pendek.
“Terima kasih sekali lagi, Airul!” ucap Airil. Airul Cuma mengangguk. Airul tersenyum riang keluar dari kereta. Manakala Airil kelihatan ragu-ragu untuk keluar. Ada sesuatu perasaan dihatinya apabila pemandangan halaman rumah Airul. Serupa dalam diari ibunya. Hatinya berdebar-debar. Apakah aku telah Berjaya temuinya? Semudah ini, Ya Allah!’
“Tuk! Nek! Rindunya!” Airul memeluk mereka erat. Airil cemburu melihatnya. Hatinya menangis hiba.
“Izzat! Jom kenalkan atuk dan nenek saya!”kenal Airul. Airil merapati orang tua itu. Hatinya berlagu pilu.
” Assalamualaikum.. pak cik! Mak cik!” Airil bersalam dengan mereka berdua. Hatinya masih lagi ragu-ragu.
“Waalaikumusslam, cu! Kawan Irul ye?” Tanya Mak Habsah. Airil mengangguk.
“Tuk, Nek! Izzat akan tumpang rumah kita hari nie, bolehkan nek?” Tanya Airul. mak Habsah senyum.
“Boleh, irul! Jemputlah Izzat naik ke rumah!” ajak Pak Kassim. Dia gembira melihta Airul pulang membawa teman. Cucunya jarang membawa pulang kawan, tapi hari ini hati mereka berdua rasa rapat dengan kawan cucunya.













cerita xabis………penat je feeling..huhuhu…
salam…
maaf kpd pnulis,pda pembacaan sy,
agak sukar untuk memeahami cerpen ini…
mgkn krn susunan kronologi yg agak mengelirukan…
& mgkn jga krana nma yg hmpir srupa @ terlalu byk watak…
pape pun,
truskan berkarya…
eh cerpen ni bukan dah klua ker…aku dah penah bace cite ni…klo ikutkan cite panjang lagi…tapi xhabis gak coz x de kesudahan lagi cite aril n irul yang blm tau keadaan yang sebenanya yang dia orang adik bradik….please la smbung betul2 bukan buat ulangan semula da tu x habis plak tu….

wei
ko nie
ak rse dh ke sengkekan idea lor
ad ke patoy ciplak dr cerpen tasbih cinta buat belahan jiwa
prove it u can u do it a cerpen
not to copy in another people cerpen
crita ni tergantung…
sia2 je pnjg…
salam…maaf…sy xbrape fhm crite ni…sgt mngelirukn…rasenye mcm ade trtukar namaa…susunan crite sy kurg fhm…
bagus.. i like..these karya bagus…teruskan..berkarya lah lagi..good..selamat mencuba lagi..
cuba baiki lagi…jalan cerita sudah elok…semoga berjaya