Cerpen : Cikgu@Ibu Guru

20 February 2010  
Kategori: Cerpen

4,687 bacaan 17 ulasan

Oleh : dr.rock

“Wawa, jangan menyanyi dekat dapur.Nanti dapat suami tua”,marah mak bila aku mula memulakan kelas vocal tanpa cikgu di dapur.

Aku buat-buat tak dengar.Nanyian di bibir aku kuatkan.Lagu Dendang Perantau kuat aku lagukan.Emak menggelengkan kepala melihat reaksi aku yang degil macam tak bertelinga.

“Isk, makin tegur dek orang,,makin dia buat.Memang menguji kesabaran mak betul.Nilah telinga yang tak dengar kata, biar dia rasa!”,bebel mak sambil menarik telinga aku.

Aku menjerit kesakitan.Salah aku juga, tak dengar kata mak.Nasib la badan!

“Ala mak.Tak payah nak percaya dengan semua kurafat karut-marut tu.Orang zaman dulu buat pantang-larang bermacam-macam ni sebab nak mendisiplinkan orang je.Bukannya betul pun”,bentak aku,meluahkan rasa tak puas hati akan larangan emak.

Macam-macam tak boleh.Ini tak boleh, itu tak boleh.Apa ke jenis pantang larangnya pun aku tak faham.Berikut adalah larangan keras di rumah aku.Dan aku, malas nak patuh…langgar selagi boleh langgar.

1.Jangan makan banyak tempat, nanti nikah banyak.

2.Jangan menyapu sampah waktu malam,nanti jatuh miskin

3.Jangan melalak di dapur, nanti dapat suami tua

4.Jangan duduk berjuntai kaki atas tangga, nanti nikah lambat.

Mak marah dengan kedegilan aku.Kata mak, kalau dah jadi betul-betul apa yang dia larang tu, jangan nak menyesal pula.Dan aku, tak ada kerja nak menyesal.Sahut jelah cabaran pantang larang berzaman silam ni.Baru la menarik sikit kisah hidup aku.Menarik..tertarik lagi.

—————————————————

“Cikgu, ayah saya nak jumpa cikgu petang ni.”.

Pesanan dari Airina membuatkan aku masih menunggu di bilik guru.Menunggu kehadiran ayah kepada anak murid aku yang satu ni.Airina yang selalu menimbulkan kekecohan di sekolah.Mengambil barang-barang kawannya tanpa keizinan, tak buat kerja sekolah, stoking tak pakai.Macam-macam la.

Berhadapan dengan Airina memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Abang dan kakak Airina yang belajar di tahun 5 dan 6 sudah banyak kali aku panggil bertemu denganku.Mahukan penjelasan akan kenakalan Airina.Tapi tindak balas mereka cukup menyebalkan perasaan aku.Tak ada respon sama sekali.Ibaratnya, aku bercakap dengan tunggul.Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.Aduh, semua ahli keluarga membelitkan fikiran aku.

“Assalamualaikum cikgu Warisya”,tegur satu suara dari luar.Aku menjawab salam yang dihulur dalam hati.

Aku yang sedang asyik menanda buku murid tahun 3 menangkat kepala, mahu melihat siapa gerangan yang datang.Seorang lelaki segak berpakaian pejabat muncul di depan mata.Dan pantas aku mengagak siapa yang datang.Tentu bapanya Airina, Azmin dan Aisyah yang datang bertemu dengan aku.

“Minta maaf cikgu.Saya lambat sikit sampai, ada hal di rumah tadi.”,jelas lelaki tersebut akan sebab dia datang lewat dari masa yang aku tetapkan di surat kelmarin.

Raut wajah keletihatanjelas terpancar.Mungkin penat seharian bekerja barangkali.Walau apapun kisahnya, ada soal yang lebih penting harus aku bicarakan.Soal Airina yang memeningkan kepala.Soal Airina yang tak pernah sunyi membuatkan kelas 3 Anggerik riuh dengan rungutan.Dan kerana rungutan itu juga, aku meminta Tuan Hisyam datang bersemuka dengan aku.

————————————————————-

“Airina dulu tak nakal macam ni Cikgu.Saya pun pening kepala bila abang dan kakak dia merungut.Malu dengan perangai adiknya”,luah Tuan Hisyam bila aku pertanyakan soal Airina.

“Erm, saya minta maaf kalau soalan saya ni agak kurang sopan.Kalau boleh tahu, sejak bila dia berubah jadi macam tu?Mungkin ada masalah dengan abang dan kakaknya barangkali”.

Tuan Hisyam mendiamkan diri.Memang aku akui, baru kali ini Tuan Hisyam muncul di depan muka aku.Walaupun dah banyak surat yang aku minta Airina sampaikan, baru kali ini Tuan Hisyam jumpa jalan nak ke bilik guru.Kalau tidak ada surat dari pengetua, barangkali Tuan Hisyam masih sibuk dengan urusan pejabatnya.

“Sebenarnya, antara adik-beradik yang lain, Airina la paling baik dan mendengar kata.Tapi sejak ibunya tak ada, dia mula buat perangai.Tak mahu dengar cakap langsung.Saya pun dah pening cikgu!”,tambah Tuan Hisyam.

Tambah Tuan Hisyam, dia memang kurang faham perangai dan soal mengambil hati anak-anak.Semuanya diserahkan pada isterinya.Bila ajal menjemput, dia hilang arah.Tak tahu apa tindakan paling tepat untuk mendidik anak-anak.Nak dimarahi, takut ada yang ambil hati.Nak dirotan, takut dikata tak berperasaan.Mungkin kerana kesibukan dengan urusan kerja yang tak pernah selesai, perhatian pada anak-anak terabai.

“Airina kalau dekat rumah tak pernah buat perangai.Agaknya dia takutkan saya kot.Saya terkejut juga bila dapat surat dari cikgu tempoh hari.Sampai guru besar pun masuk dalam kes anak saya ni.Bila saya marahkan dia, dia tunjukkan semua surat yang cikgu kirimkan pada saya.Memang geram saya dibuatnya”.

Penjelasan Tuan Hisyam aku sambut dengan anggukan kepala.Benarlah tekaan aku.Bapa tunggal ini terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga anak-anaknya terabai.Tapi kalau sampai surat-surat aku disorokkan, memang ada yang tak kena ni.

“Semua surat saya tak pernah sampai dekat Tuan Hisyam?Atau dia pernah nak sampaikan tapi Tuan Hisyam takde masa untuk dia?”,soalku kembali.

Agak tegas dan berunsur provokarif.Biarkan dia terasa, biarkan dia sedar akan tanggungjawabnya yang lebih berat kini.Tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu kepada 3 permata hatinya.

Tuan Hisyam tertunduk memandang meja.Cuma sebentar tapi kemudian, dia angkat muka.Dia bersuara, mengakui kelalaiannya dalam hal yang satu itu.

“Memang saya tak ada masa.Sibuk dengan kerja.Cikgu tahu jelah, saya ni kurang arif bab-bab mengambil hati anak ni.Semalam saya dapat surat tu dari pada Aisyah.Aisyah yang memaksa saya pulang ke rumah.Ugutnya, kalau saya tak balik malam tadi.Mereka adik-beradik akan lari dari rumah.Kerana itu, saya tinggalkan kerja..saya luangkan masa buat mereka”,cerita Tuan Hisyam panjang lebar.

Aku mati kata mendengar ceritanya.Sampai begitu sekali lekanya dia dalam perihal seorang bapa.Akhirnya, dia meminta aku mewakili, membantunya dalam memerhatikan anak-anak.Sebagai matanya ketika anak-anaknya bersekolah.Apa yang membuatkan aku lebih terkejut bila dia meminta aku mengajarkan anak-anaknya di rumah.Lebih tepat lagi, aku dibayar gaji membantu anak-anaknya meningkatkan prestasi di rumah.Satu kejutan kepada aku.Dan aku dihargai kerana dia mempercayai aku dalam urusan mendidik anak-anaknya.

————————-

Permintaan Tuan Hisyam aku maklumkan kepada emak.Seperti dugaan aku, ceramah emak pasti panjang lebar.Berkisar soal status aku sebagai bujang terlajak, peringatan agar tak terlebih mendidik anak-anak murid aku.Bimbang aku jatuh hati pada sosok Tuan Hisyam lagi.Tahan jelah telinga, Wawa oi!

“Ha, jangan kamu tu nak menggatal-gatal dengan dia.Kalau dia nak menggatal, biarkan dia.Tapi kamu tu beringat sikit.Tanggungjawan kamu tu mengajar anaknya, bukan bapanya.Jangan suatu masa, sampai dekat telinga emak kamu mengajar dia berkasih sayang.Bercinta-cintan bagai!”.

Ceramah emak aku sambut dengan ketawa besar.Tak patut emak mengandalkan aku boleh jatuh hati dengan duda anak tiga tu.Sedangkan Aidil yang handsome tu pun aku boleh tolak, inikan pula Tuan Hisyam.Walaupun ada rupa, tapi aku tak berkenan la dengan dia.Tak bertanggungjawab langsung soal anak.

“Wawa tahu la mak.Jangan risau, Wawa ajar anak dia je.Yang penting duit masuk.Dia bayar Wawa pun mahal mak.Lepas la nak bayar kereta bulan-bulan dengan duit dia tu!Senang sikit hidup Wawa lepas ni”,cerita aku pada emak.

“Mak tak kisah ke duit tu.Mak kisahkan kamu.Mengajar anak-anak dia dengan ikhlas.Bukan sebab duit tu.Sebab apa-apa pun, ilmu yang bermanfaat tu….

“Akan kekal pahalanya hingga bila-bila”,sampukku sebelum emak habis berbicara.Emak ketawa di hujung talian.

Insyaallah, tanggungjawab mendidik mereka akan aku laksanakan sebaiknya.Moga Airina akan berubah.Azmin dan Aisyah akan berjaya.Dan aku, aku akan mengenali dan memahami erti kehilangan pada mereka.

————————–

Usai solat Magrib, aku bergegas ke rumah teres dua tingkat di Taman Indah tak jauh dari rumah aku.Biarpun kepenatan, aku harus melaksanakan tanggungjwab yang diamanahkan.Tambahan pula, aku terasa terhutang dengan Tuan Hisyam kerana telah menjelaskan bayaran tuisyen anaknya untuk sebulan ke depan.Nak tak nak, aku gagahkan diri.Aku kuatkan hati.Moga dipermudahkan jalan aku.

“Cikgu, abang belum balik lagi.Tak tahu kemana.Petang tadi lepas latihan, abang balik dengan kawan-kawan dia.Dah puas cari tapi semua orang tak tahu!Cikgu boleh tolong carikan abang”.

Itu kata-kata aluan ketika aku tiba di rumah ini.Muka Aisyah cemas.Airina juga.Aku maklum Azman mengikuti latihan bola baling petang tadi kerana aku yang menjadi jurulatihnya.Dan malam ini, nampak gayanya kelas Matematik kepada mereka terpaksa dibatalkan.Tak kena gaya. Malam ni ada kelas Jejak Kasih pula.Ya Allah, besarnya dugaan hidup.

Puas aku mencari ke rumah kawan-kawannya.Dari sebuah rumah ke sebuah rumah.Puas juga aku menyoal siasat Hamdi, Arif, Rizman dan Aiff.Tapi seorang pun tak tahu kemana perginya dia.Rasanya kepenatan siang tadi makin berganda-ganda dengan kehilangan Azman pada malam pertama aku bertugas sebagai guru tuisyen di rumahnya.Akhirnya kami pulang ke rumah.Biarpun Airina sudah menangis bimbangnya abangnya, aku membawa mereka pulang.Mahu mencari jalan keluar dan penyelesaian terbaik bagi masalah ini tentunya.

“Aisyah tahu kemana Azman selalu pergi selain rumah kawan-kawan dia”,soalku pada Aisyah yang menyabarkan Airina.

Aisyah diam, berfikir sejenak.Tak lama kemudian, dia terjerit.Panik juga aku dibuatnya.

“Abang bergaduh dengan ayah malam tadi.Dia kata, dia akan lari dari rumah kalau ayah kena pergi seminar dekat JB hari ni.Tapi abang tetap pergi juga.Aisyah rasa abang tekad larikan diri cikgu!Maybe dia pergi masjid dekat kubur ibu, Cikgu”.

Tersentak aku mendengarkan tutur kata Aisyah.Sampai begitu sekali konflik antara mereka.Teruk juga.

“Aisyah call ayah kamu.Beritahu dia abang kamu hilang.Lebih tepat kalau katakan dia larikan diri”.

Aisyah mencapai telefom bimbit yang aku hulurkan padanya.Tak lama kemudian, dia bercakap dengan penerima panggilan.Suaranya kuat.Bertingkah dan marah pada reaksi Tuan Hisyam yang hendak tak hendak mendengar kata-katanya.

“Ayah, Kakak tak tipu.Serious, abang hilang.Dah malam macam ni pun tak balik lagi.Ayah kena balik juga”.

Kemudian Aisyah diam.Tak lama kemudian, dia mendengus geram.

“Takkan cikgui nak carikan abang.Dah tu, ayah tak risaukan anak ayah.Ayah, duit tu boleh cari.Tapi kalau abang takde, siapa nak ganti”.

Diam lagi.Tak lama kemudian, Aisyah menangis.Aku terpaku dengan apa yang aku lihat di depan mata.

“Kalau macam tu, ayah jangan harap dapat tengok anak-anak ayah lagi lepas ni.Kenapalah Allah tak ambil kami semua macam ibu.Ayah memang sellfish.I hate you!”.

Punat merah di telefon di tekan.Aku mati akal.Telefon aku suakan kepada Aisyah tapi pantas juga Aisyah menolak.Dalam teragak-agak, akhirnya panggilan dari Tuan Hisyam aku terima.

“Kakak, i’m so sorry.Ayah dah on the way balik ni.Duduk dekat rumah.Minta cikgu tolong temankan.Jangan buat apa-apa lagi.Jangan report polis atau apa-apa.Just stay at home ok!”.

Pesanan Tuan Hisyam tegas di telinga.Bimbang dan cemas akan berita yang disampaikan.Bapa mana tak risaukan anak kan?

———————

Aku menemani Aisyah dan Airina di rumah.Bayang Tuan Hisyam dan Azman masih belum kelihatan.Aku ikhlaskan hati biarpun tak sanggup rasanya berada di sini lagi.Tersepit dengan kisah dalaman rumahtangga mereka.Dari tak tahu, satu persatu rahsia tersingkap dan sampai ke pengetahuan aku.

“Abang memang tak ngam dengan ayah.Pendek kata, kami semua memang ayah tak berapa nak kenal.Semua ibu yang uruskan sebelum ni.Bila ibu tak ada, Mak Mah yang uruskan kami.Ayah balik sekejap,kasi duit lepa tu keluar lagi!”.

Mak aih,memang hidup ala bank negara.Takkan sekali pun tak ada hati nak luangkan masa dengan anak-anak.Memang teruk betul ayah macam ni.

“Sebelum ibu takde lagi macam tu.Ingatkan lepas ibu pergi, ayah berubah.Tapi makin menjadi-jadi.Kami ni ibarat anak tiri dibuatnya cikgu.Ayah tiri pun ada masa dengan anak-anak tiri dia.Sayang lebih pada ayah sendiri.Macam ayah Nazmin”,ulas Airina pula.

Terlopong mulut aku mendengar cerita mereka.Dan lebih terlopong lagi bila hampir jam 10 malam, Tuan Hisyam muncul di muka pintu.Bukan keseoarangan, tapi bersama Azman yang kusut masai.Pening!

———————

“Minta maaf cikgu.Lain yang diharap, lain pula jadinya.Sekali lagi, saya minta maaf’.

Aku diam.Kata-kata maafnya tak akan mengembalikan kasih sayangnya pada Azman,Aisyah dan Airina.Bukan maafnya yang ingin aku dengar.Aku mahu dia berubah menjadi bapa penyayang.Menyayangi anak-anak, mengenali perwatakan mereka dan memahami ketiga-tiganya.Aku tarik nafas perlahan.Dalam ketakutan, au hamburkan rasa geram di hati akan sikapnya.

“Tuan Hisyam sepatutnya minta maaf dengan anak-anak Tuan.Bukan dengan saya.Sebab Tuan Hisyam banyak bersalah dengan mereka.Tak bagi perhatian.Tak tunjukkan kasih sayang.Tak pernah bertanya tentang mereka.Buat mereka macam anak angkat.Hamburkan dengan harta benda tapi tak sekali pun Tuan cuba selamu hati mereka.Tuan lebih seronok beranakkan duit dari ada anak yang bernyawa”.

Pedas kata-kata itu.Muka lelaki berusia 37 tahun itu merintik merah.Terkejut dan marah dengan kata-kata aku sedemikian rupa.Dia terdiam sebelum membalas ceramah free dari aku.

“Saya bayar awak untuk ajar anak saya.Bukan mengajar saya.Jangan masuk campur hal keluarga saya.Cikgu masuk rumah saya,tolong tulikan telinga..bisukan mulut dan butakan mata.Kalau ada sekali pun, silap saya.Saya akan ubah sendiri.Saya tak perlukan nasihat percuma dari awak.Sekarang awak boleh balik.Tapi ingat hutang mengajar anak saya selama sebulan yang belum langsai tu!”.

Dia mengugut aku dengan wang ringgit.Aku tak gentar.Mataku mencerlung kearahnya.

“Hutang saya, saya tak lupa.Tapi saya nak ingatkan Tuan hutang tuan terhadap anak-anak, terhadap isteri Tuan.Hutang kasih sayang, perhatian, pemahaman, cinta dan kebahagiaan.Hutang Tuan lebih berat dan akan dipersoalkan di akhirat.Ingat Tuan, anak-anak akan menuntut hutangnya di Padang Mahsyar nanti.Hutang tanggungjawab yang selama ni terabai”.

Aku membalas geram.Bingkas aku berlalu masuk ke kereta.Pantas juga dia menghalangi jalan aku.

“Yang kau sibuk sangat kenapa?Tugas kau jadi cikgu anak aku.So, teach them.Bukan aku!”.

Ego benar lelaki di depan aku ni.Dan beraku dan kau bahasanya.Geram..

“Disebabkan saya cikgu, saya bertanggungjawab untuk mendidik.Mendidik siapa sahaja yang tak betul.Termasuklah Tuan.Kalau tuan tak mahu terima, tuan tak payah terima.Tapi selagi saya mampu mendidik, saya akan tegur segala kesilapan Tuan.Kerana saya seorang cikgu di Malaysia! saya IBU GURU di Indonesia.Jadi tanggungjawab saya jadi cikgu, ibu dan guru kepada mereka”.

Tegas dalam getar aku berkata-kata.Aku masuk ke dalam kereta.Dan kata-kata terakhir sebelum aku berlalu membuatkan dia bingkas masuk ke dalam rumah.Pintu ditutup kuat,cukup membuatkan aku tersentak.Dari ekor mata, aku perasan ada tiga pasang mata yang menyaksikan peristiwa tadi dari tingkat atas.Rasa bersalah mencengkam, tak seharusnya peristiwa begini jadi tontonan mereka.Maafkan cikgu!

—————————–

“Cikgu, saya nak minta maaf.Disebabkan saya, semua orang susah hati.Tak pasal-pasal juga cikgu kena marah dengan ayah minggu lepas”.

Kata maaf lahir dari mulut Azman setelah seminggu peristiwa itu berlalu.Mungkin sebelumnya aku bersikap serius membuatkan mereka tak berani bersuara.Bila dah hampir seminggu,barulah hal ini dibangkitkan.Mungkin kerana sudah mengenal perwatakan aku yang sebenarnya .Aku tersenyum sumbing mendengar bicaranya.Bukan ayahnya yang memarahi aku tapi aku yang dirasuk hantu.Masuk dalam hal keluarga dia tak pasal-pasal.Memang aku tak berhak menegur dia.

“Takde apalah.Biasa je semua tu.Erm, ok.Hari ni Azman buat soalan gerak gempur Matematik ni.Ni soalan untuk Aisyah dan untuk Airina, kertas ni.Sekarang, Cikgu bagi masa 30 minit selesaikan 10 soalan ni.Lepas ni, cikgu periksa dan ajar kamu seorang demi seorang ok!”,dalihku.

Aisyah mengeluh melihat aku acuh tak acuh membicarakan hal semalam.Kalau dilayan, makin menjadi-jadi ceritanya.Entah keburukan apa pula yang terkeluar gamaknya.Biarlah rahsia mereka tetap jadi rahsia.

Ketiga-tiganya tekun menyelesaikan tugas.Aku meninggalkan mereka di ruang tamu.Mahu ke dapur, menyiapkan minuman.Untuk mereka dan lebih pada aku sendiri.Ceh, buat macam rumah sendiri dah.Memang sengal.Aku menyanyi kecil,menghiburkan hati.Langgar pantang emak sekali lagi!Kalau dilarang, itulah makin dilanggar.Degil betul aku ni ye.

“Anak dara tak elok menyanyi dekat dapur.Nanti nikah dengan orang tua!”.

Suara garau itu menampar gegendang telinga.Lagu dimulut mati.Aku pantas mengacau minuman di depan mata.Tapi permintaanya membuatkan aku terpempan.Dia ingat aku orang gaji apa?

“Alang-alang dah buat air,tolong buat Milo panas untuk saya sekali.Terima kasih”.

Dia pantas berlalu.Bila memikirkan kata-katanya yang lembut dan sesuai dengan protokol aku, aku membancuh Milo untuknya.Lemah sikit kalau orang minta tolong dan ucap terima kasih ni.Dan itulah yang aku terapkan kepada murid-murid ku di sekolah.Dan tak sangka, ada murid tua yang mengikut rentak ajaran aku.Berkesan la kiranya.Cayalah Cikgu Wawa, You ROCK!

——————————–

Rutin aku berjalan seperti biasa.Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat aku akan datang ke rumah Tuan Hisyam.Mengajar anak-anaknya bermula jam 7.30 malam hinggalah jam 10 malam.Kalau tak ada hal yang tak dapat dielakkan, aku akan mengalih jadual ke waktu yang lain.Tapi tugasan itu harus aku selesaikan.Kerana bayaran bulan ke dua telahpun aku terima.Bukan itu sebab utamanya.Yang paling pentung, aku ingin anak-anak murid ku ini punya orang yang mendengar masalah mereka.Berkongsi suka dan duka.

Selama hampir dua bulan ini, aku sudah arif perangai sebenar Azman.Abang yang penyayang tapi suka mengenakan adik-adiknya.Aisyah yang cepat marah tapi rajin bercerita dan Airina yang cukup manja.Bila melihat telatah mereka, cemburu pula rasanya dengan teman-teman yang dah berumahtangga.Ingin rasanya aku mencurahkan rasa sayang kepada anak sendiri.Tapi difikir-fikir, mungkin pantang emak ada benarnya.Kerana hingga kini aku belum pun punya calon untuk dijadikan suami.

“Tulah, siapa suruh langgar pantang larang lagi!”,marahku pada diri sendiri.

Mata aku ralit memerhatikan mereka di depan mata.Hari ini, aku mengajar mereka menulis karangan yang baik.Tugasan Azman lebih kepada UPSR, Aisyah untuk peperiksaan tengah tahun dan Airina, pengenalan cara membuat karangan dengan baik.Tapi panggilan Airina yang manja membuatkan jiwa aku terusik malam itu.

“Ibu..Ina dah siap.Ibu nak periksa?”.

Aku tersentak tapi pantas Airina ketawa.Terpinga-pinga aku dibuatnya.

“Ina gurau je.Kalau tengok cerita Indonesia tu, dia panggil dia Ibu Guru.Jadinya, Ina nak panggil Cikgu macam tu juga.Sebab Cikgu adalah ibarat pengganti Ibu pada kami dan guru selama-lamanya”.

Senyuman tersungging di bibir mendengarkan penjelasannya.Lega.Mujur la budak-budak ni tak berniat nak beremakkan aku.Kalau tidak, aku lari balik kampung.Tak sanggup aku bersuamikan MR.D anak 3 ni!

“Kalau orang berumur ni selalunya kahwin dengan orang tua.Kalau tidak pun dengan duda.Sebab tulah, Mak Lang suruh kamu nikah awal.Kalau sekarang ni, tunggu jelah pinangan MR.D mana-mana”.

Fuh, jauhkan la ayat-ayat promosi mak saudara aku tu dari jadi.

“Assalamualaikum.Anak ayah buat apa hari ni.Maaf ayah balik lambat.Ada majlis sikit dekat masjid tadi”.

Sapaan Tuan Hisyam menyentakkan lamunan aku.Dia melemparkan senyuman pada aku.Aku membalas.Tak baik sombong dengan majikan.Dia pantas duduk di meja tidak jauh dari anak-anaknya.Itu rutinnya sejak dia meminta aku membuat air Milonya dulu.Pulang lebih awal ke rumah, kerjanya dibawa pulanng ke rumah.Ketika anak-anaknya melakukan kerja sekolah, dia menyelesaikan kerja-kerjanya yang tertanggguh.Satu perubahan besar yang tak aku sangka setelah peristiwa aku naik hantu kelmarin.Aku ralit memerhatikannya hinggalah dia mengangkat muka.Tepat memandang aku.Nak cover malu punya pasal, terkeluar satu permintaan dari aku.

—————————————–

“Tuan Hisyam, sempena cuti minggu depan, saya nak minta cuti mengajar anak-anak Tuan”.

Dia menganggukkan kepala.Dalam hati, berdebar betul rasanya.Kalaulah dia tak bagi, bercuti dengan anak-anak dia la jawabnya.Tak bestnya

.

“O..ok.Awak nak kemana?Lama nampak gayanya cikgu nak bercuti.Penat mengajar anak-anak saya yang nakal ni ye?”,soalnya kembali.

“Ayah ni, mana ada Ina nakal.Kita orang la anak murid terbaik kan Ibu…Guru”,sampuk Airina tiba-tiba.

Aku perasan wajah Tuan Hisyam berubah bila Airina memanggil aku begitu.Tapi pantas dia mengawal dirinya.Dia berdehem dua, tiga kali.Anak-anaknya mentertawakan gelagat ayahnya.

“Ayah…Ibu Guru tu maksudnya Cikgu.Tulah, balik petang lagi.Dah tak tahu drama Indonesia yang Ina tengok tu!”.Rungutan Airina mengundang ketawa Tuan Hisyam.

“Ok..nanti ayah balik awal.Musim cuti ni, ayah tengok dengan Ina.Erm, cikgu nak balik kampung ye.Sampaikan salam saya pada anak-anak pada keluarga cikgu.Saya terhutang budi pada cikgu!Insyaallah, saya akan kenang sampai mati”,ujar Tuan Hisyam setelah ketawanya reda.

Aku menganggukkan kepala.Hutang budi di bawa mati!Boleh la

“Ayah, abang tahu satu perkataan ni.Dia kata kalau hutang budi, zaman sekarang ni bukan bawa mati.Tapi tergadai body.Ayah nak gadai body dekat Cikgu tak?”.

Soalan Azman sedemikian rupa membuatkan aku menggigit bibir.Ada ke patut dia cakap macam dekat aku.Nak kena sental dengan lesung batu budak ni!Aduhai, geramnya.Aku angkat kaki bila ketawa Aisyah dan Airina turut ketawa melihat muka aku yang dah merah. Gamat di ruang tamu dengan tawa mereka.Tak boleh dilayan sangat dia orang ni.Over pula jadinya!

——————————-

Satu kejutan bila melihat Tuan Hisyam dan anak-anaknya datang ke kampung aku setelah dua hari aku di sini.Emak bising dengan kedatangan tetamu yang tak diundang itu.Kalau emak risau dikata orang, aku lebih lagi.Rasa nak berlari ke hutan rasanya.

“Ibu Guru tak mahu jemput kami masuk!”,gurau Airina bila aku diam tak berkutik di depan rumah.

Aku mempersilakan mereka masuk.Emak menyuruh aku melayan tetamu biarpun aku kekok dengan kedatangan mereka.Tak menyangka dan aku tak rela mereka bertandang ke sini.Bila aku ditinggal anak-anaknya berdua sahja di beranda, aku angkat kaki ke dapur.Tak selesa.

“Kalau segan dengan saya, tolong panggilkan emak Cikgu Wawa ke depan.Boleh saya berkenalan dengan emak IBU GURU”,pesannya sebelum aku melangkah laju meninggalkannnya.

Emak aku panggil ke depan.Emak mencebik mulut bila aku memaksanya berbual dengan Tuan Hisyam.Katanya segan sebab tak berpakaian bagus.Berbau asap kerana baru selesai membakar sampah.Tapi bila aku mengugut dia akan dikutuk orang kampung kalau aku yang melayan Tuan Hisyam, akhirnya emak akur.Emak melangkah lambat-lambat ke luar.Aku mengikutinya dari belakang.

“Tuan Hisyam, saya nak tengok budak-budak sekejap.Borak la dengan mak ye.Nanti saya datang lagi!”,ujarku laju.Dia menganggukkan kepala.

Bila aku kembali bersama anak-anak muridku, emak tersenyum manis.Cukup membuatkan aku bingung.Tapi pantas pula Aisyah dan Airina menolakku ke kerusi sebelah ayahnya.Aku termangu sekali lagi.

“Alhamdulillah..akhirnya jodoh Wawa sampai juga mak.Mak tak kisah dengan status Hisyam, asalkan dia menyayangi Wawa dan boleh bahagiakan Wawa, mak terima.Sekarang terpulang pada Wawa macammana”.

Aku terpempam mendengar kata-kata emak.Aku mengalihkan pandangan pada Tuan Hisyam, kemudian kepada anak-anaknya di depan mata aku.Semuanya melemparkan senyuman manis.Akhirnya, aku membuka mulut sebelum menyatakan persetujuan.Walaupun aku senang dengan lamarannya yang sudah berubah laku kepada bapa mithali, masih ada persoalan yang merungkai fikiran.Aku mahukan penjelasan.

“Kenapa saya?”.

Tuan Hisyam tersenyum.

“Sebab Warisya cikgu di Malaysia, Ibu Guru di Indonesia.Warisya cikgu,ibu dan guru kepada kami semua.Bukan anak-anak sahaja, saya juga!”.

Dan kata-katanya disambut tepukan gemuruh anak-anaknya.Gembira benar kerana impian mereka beribukan aku jadi kenyataan.Melihat wajah kegembiraan emak, aku hanya tersenyum malu.Tapi serta-merta aku teringatkan kata-kata emak suatu ketika dahulu.

” Wawa, jangan menyanyi dekat dapur.Nanti dapat suami tua.Wawa,jangan duduk depan tangga, nanti nikah lambat”.

Aku memandang Tuan Hisyam.Dia memandang aku pelik.Tangan aku masih sibuk mengira usia yang dah sekian lama aku pandang sepi.Tangan menghitung…Ya Allah, dah masuk 32 tahun.Tanpa sedar aku terjerit.Semua mata berpaling kearah aku.

“Mak..menyesal Wawa langgar pantang dulu.Dah nikah lambat.Wawa dah 32 tahun mak!”.

Emak ketawa kuat mendengar nada suaraku yang tak tentu arah.Tuan Hisyam hanya tersenyum.Senyum lagi!

“Tak kisah la berapa usia Warisya, Warisya akan jadi Cikgu dan Ibu Guru saya selamanya.Insyaalllah!”.

Mendengar kata-katanya aku terdiam.Melihat senyumannya, tiba-tiba rasa malu.Tak pasal-pasak terdeclare umur yang selama ni aku rahsiakan.Tapi kata-katanya yang terkakhir menampar kuat rasa hati.Rasa bahagia bertandang.Cikgu dan Ibu Guru Selamanya..Ya,itu aku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Cerpen : Cikgu@Ibu Guru”
  1. sham says:

    citer cikgu jatuh hati pd mak/bapak pd anak murid biasa terjadi.tapi citer best….best….tahniah.

  2. asiza says:

    haha..sakit perut gelak
    nice story…trus kn usha anda
    hemm tp tul ke ek..pantang larang 2..
    boleh pakai lg ke haha…

  3. A.1 says:

    lawak tolllll
    besttttttt

  4. naraMie says:

    hahahahhaha..lucunya…
    best sgt2 citer nie..
    truskan bkarya kpd pnulis.. :grin:

  5. naquiah says:

    serius giler punye best dr rock

  6. affan says:

    thniah!

  7. hera says:

    huwa… takottt!!
    seb bek rumah aku tak de tangga!
    tapi bab nyanyi tu lomah sikit
    itu hobi aku, dus!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"