Cerpen : Coklat

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

2,898 bacaan 29 ulasan

Oleh : Najah Ahlami

Zandra Aziela mengatur langkah pantas menuju ke sekolah. Pengawas bertugas telah memberi amaran supaya semua penghuni aspuri mengosongkan asrama dengan segera. Sepanjang perjalanan ke sekolah, Zandra Aziela teringat kejutan yang dibuat oleh adik-adik dormnya sempena hari jadinya yang ke-17 pada hari ini.

“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to kak Ziela, happy birthday to you.” Dorm Alfa Bestari dihingari tepukan dari ahli-ahlinya.

Zandra Aziela tersenyum tatkala sebungkus hadiah diunjukkan padanya. Dia dihujani ucapan selamat hari jadi disamping kad-kad ucapan yang direka sendiri oleh ahli-ahli dormnya yang terdiri daripada pelajar-pelajat tingkatan 1.

“Kak Ziela, happy birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki.” Afiqa menghulur tangan seraya bersalam dengan Aziela. Perbuatannya dituruti oleh ahli-ahli dorm yang lain seperti Syira, Rafidah, Syaza, Finaz, Siti, Nurul, Nor dan Mahirah.

“Bila korang bungkus hadiah ni?” Aziela bertanya.

“Time prep.” Syira, Finaz dan Afiqa menjawab serentak.

“Terima kasih ye korang. Dah pukul 12 lebih ni. Gi la tidur.”

“Ok, kitorang pun dah ngantuk.” Siti menyahut.

“Good night Kak Ziela.”

Aziela mengukir senyum. ‘Budak, budak…’

Setibanya di tingkatan 5/3 Delta, loceng menandakan waktu perhimpunan pun berbunyi. Zandra Aziela meletakkan beg dan bergegas ke perhimpunan.

Selesai perhimpunan, Zandra Aziela berasa sedikit terkejut apabila melihat papan hitam yang tertulis;

‘Ziela, Happy birthday, hadiah nanti.coz tak cukup budget!’

Aziela ketawa. Dia memadam tulisan di papan hitam. Malu rasanya jika pelajar putera membacanya. Sekali lagi Zandra Aziela dihujani ucapan selamat hari jadi, tetapi kali ini dari rakan-rakannya pula. Seketika kemudian kedengaran derapan kasut Cikgu Zaini, guru matapelajaran Matematik Moden Tingkatan 5/3 Delta. Mereka bangun memberi salam. Seperti biasa, pelajar putera yang hanya terdiri daripada 5 orang itu masuk setelah pelajar puteri selesai membaca doa.

“Baiklah pelajar. Latihan semalam sudah selesai? Jika tiada masalah, kita buka tajuk baru hari ni. Iaitu Matriks!”

Ketika Zandra Aziela hendak mengeluarkan buku teks yang tersimpan di dalam meja, satu bar coklat bersaiz kecil jatuh ke lantai. Salwa Syuhada, kawan karib Zandra Aziela yang terlihat insiden itu bertanya.

“Siapa bagi?” Aziela tersenyum sambil berterima kasih kepada Salwa. Salwa hairan.

“Kenapa terima kasih?”

“Eh, bukan ko yang bagi ke?”

“Kan aku dah tulis kat papan hitam, tak cukup budget.” Salwa menjawab sambil ketawa kerana Aziela telah tersalah teka.

“Abis tu?” Aziela bengang

“Aziela, Salwa! Ada apa-apa masalah ke?” Cikgu Zaini bertanya. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Spontan mereka menggeleng sambil tersenyum malu.

“Siapa yang bagi ek?” Aziela bertanya kepada Salwa selepas tamat waktu subjek Matematik Moden. Salwa sekadar mengangkat bahu. Aziela tidak puas hati.

“Kau biar betul. Entah-entah memang kau yang bagi. Saje je nak merendah diri…”

“Merendah diri pekebendenya. Aku memang tak ada duit.” Aziela membelek-belek coklat yang masih tidak diketahui pengirimnya itu. Tiada nota atau tanda pemberian sesiapa

“Aku rasalahkan, orang yang bagi ni mesti secret admire kau.” Aziela memandang Salwa.

“Muka macam aku ni mana ada secret admire. Aku yang jadi secret admire adalah.”

“Kau tak nak ke coklat tu!”

“Ish…Tak kan lah tak nak. Dah la Cadbury, Black Forest plak tu. Favourite aku ni.” Aziela menjawab sambil membuka balutan coklat itu. Tanpa mereka sedari, gelagat mereka diperhatikan oleh sepasang mata.

Seminggu selepas itu, Zandra Aziela sekali lagi terperanjat apabila satu lagi bar coklat bersaiz kecil berada di dalam mejanya. Kali ini dia bingung. Dia memberitahu Salwa akan hal itu.

“Sal, aku takut budak ni salah orang lah…”

“Tak kan lah dia salah orang. Lagipun dah dua kali dia bagi kat meja kau.”

“Tapi aku serba salah lah…Urrmm..kau rasa budak puteri ke budak boys yang bagi?”

“Entahlah. Kau dah tanya budak dorm kau?”

“Dah…Diorang mana berani nak masuk kelas Form 5 sesuka hati. Tak pasal-pasal kena cop nanti.”

“Sal, aku nak suruh kau tanyakan Syahdan boleh tak?”

Baru sahaja Salwa Syuhada hendak membuka mulutnya, Zandra Aziela pula melarang. Salwa berasa hairan.

“Tak yah la. Malu plak aku. Kang ta pasal-pasal satu batch budak boys tau cerita aku.”

“Eleh, kau sebenarnya segan dengan budak baru tu kan? Cakap je la Ziela, dah lama aku kenal kau. Eh, entah-entah budak tu yang bagi kau kot,” Salwa sengaja mengusik Aziela.

“Wei, mana kau tahu! Kalau aku minat pun, bukannya dia nak pandang.”

“Mana lah tau kot-kot kau bertepuk sebelah tangan. Try la tanya,”

“Kau gila ke? Jatuh la saham aku beb…Ni dah kira kes perigi cari timba ni. Merepek je le kau ni.” Aziela menggeleng. Salwa terus mengusik. Aziela yang sememangnya tidak betah diusik, lebih-lebih lagi hal-hal berkaitan hati dan perasaan.

Hari tersebut merupakan hari ke-3 sejak sesi persekolahan tahun 2005 dibuka semula. Tingkatan 5/3 Delta didatangi seorang kerani bersama seorang pelajar lelaki. Para pelajar kelas itu kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin menyedari kedatangan orang baru ke kelas mereka. Guru pada waktu itu yang kebetulan guru tingkatan kelas tersebut, mempersilakan pelajar tersebut masuk serta mengucapkan terima kasih kepada kerani yang menghantar pelajar itu.

“Nampaknya kita ada orang baru. Baiklah, sila perkenalkan diri anda.” Pinta Cikgu Hayati. Pelajar tersebut berdiri di tengah-tengah bahagian hadapan kelas.

“Nama saya Mohd Zikry Fahmi b. Mohd Zakaria. Berasal dari Pulau Pinang. Sebelum ni bersekolah di Sek. Men. Keb. Al-Mashoor, Pulau Pinang.” Zikry diam seketika.

“Birthday bila?” Hafizah bertanya. Kelas hangar seketika. Sambil tersenyum, Zikry menjawab.

“26 Mei 1988 kat hospital Pulau Pinang.”

“Ok, ada apa-apa lagi? Kesian Zikry, penat dia berdiri.” Cikgu Hayati bertanya. Semua pelajar diam.

“Baiklah Zikry, terima kasih kerana sudi memperkenalkan diri awak. Awak boleh duduk sebelah Azhari. So, pelajar lelaki kelas ni dah bertambah menjadi 6 orang. Cukup-cukup untuk seorang lelaki, 3 orang perempuan ye,” Ustazah Hayati berseloroh. Kelas dihingari tawa para pelajar.

Di suatu sudut, Zandra Aziela sedang memerhati Zikry Fahmi. Dia sungguh tertarik dengan perwatakan pelajar baru ini. Zikry Fahmi berkulit cerah, ukuran tinggi yang ideal dan berambut lurus menarik perhatiannya. Wajah Chinese looknya mencairkan hati Zandra Aziela. Salwa yang menyedari gelagat Aziela menegur.

“Oiitt, termenung ke?” Aziela terkejut. Dia menjeling Salwa.

“Owh…tengah tengok Zikry ye…” Salwa meneka. “Aku cakap kat dia yang kau nak kenal, boleh?” Salwa mengusik.

“Ah, jangan mengada-ada! Buat malu aku je. Dia baru sehari kat sini. Tengok lah dulu behaviour dia cam ne.” dalih Aziela.

“Ok la…tapi kalau kau betul-betul suka, cakap kat aku tau! Aku nak jadi orang first yang tau pasal korang,” angan Salwa.

“Eh, kau ni dah lebih sudu dari kuah nampaknya.” Aziela mematikan anganan Salwa.

“Yela…eh, jom pergi kantin. Laparlah…” Ajak Salwa.

“Jap, aku nak letak buku kat belakang dulu.” Ketika Aziela berpusing dan baru sahaja hendak membuka langkah, dia telah terlanggar seseorang. Apabila menyedari itu adalah Zikry, dia cepat-cepat menundukkan wajahnya dan terus menuju ke ‘locker’nya di belakang kelas. Jantungnya berdegup kencang. Dia bersyukur kerana tidak memandang ke wajah lelaki itu dan sekadar melihat ‘name tag’ nya sahaja. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan hatinya semakin terpaut kepada Mohd Zikry Fahmi b. Mohd Zakaria.

“Hei, tengah buat pe ni? Penat aku tegur. Tak de respond pun.” Salwa mencubit pipi Zandra Aziela. Aziela mendengus keras. Lamunannya mati tiba-tiba.

“Ni mesti ingat kat Zikry ni. Tak pun terkenang insiden hari first dia kat sini.” Wajah Aziela merona merah.

“Ha… kan betul! Terror tak aku teka. Kau kata nak tengok behaviour dia kan? Ni dah masuk 3 bulan dah. Tak kan tak tau lagi perangai dia macam mana.” Salwa melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi Aziela.

“Dia kan dah ada couple…”Aziela bersuara perlahan.

“Mana kau tahu tu couple dia? Aku tak nampak macam couple pun. Yang aku nampak si Zulaikha tu yang over. Zikry nya biasa je.”

“Biarlah diorang. Malas aku nak layan.”

“Ceh, malas nak layan konon! Habis, perasaan kau tu siapa nak layan?” Aziela bungkam. Salwa serba salah.

“Ziela, jangan lah ambil hati. Tapi serious aku cakap, kau dengan Zikry memang sepadan. Kawan-kawan lain pun cakap macam tu.” Aziela terperanjat.

“Kawan-kawan lain? Oii, kau jaja cerita aku ke?” Nadanya sedikit marah.

“Tak lah…ala, biasalah mulut orang perempuan… ada je cerita yang nak di elaborate…termasuklah memadankan pasangan yang matching macam kau dengan Zikry tu.” Salwa senyap bila Zikry memasuki kelas. Zandra Aziela menoleh. Zikry memandang mereka sambil tersenyum. Aziela dan Salwa saling berpandangan. Zikry senyum pada siapa? Kedua-duanya tidak pasti.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Kini Zandra Aziela perasan satu perkara berkenaan coklat yang dikirim oleh pengirim misteri itu. Setiap kali selepas ‘outing’, pasti ada coklat di bawah mejanya. Aziela yakin pengirimnya adalah lelaki berdasarkan satu nota yang ditinggalkan di bawah sampul plastic mejanya, beberapa minggu yang lalu.

‘Sorry, kali ni tak ada coklat. Budak boys tak outing sebab ada gotong-royong’

Zandra Aziela dan Salwa Syuhada pernah berusaha mencari pemilik tulisan pada nota tersebut, tetapi hampa. Mereka membuat kesimpulan bahawa pengirim coklat itu menggunakan tulisan orang lain untuk merahsiakan identitinya. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak mengendahkan siapa pengirim misteri itu. Bagi Aziela, coklat yang diterimanya setiap kali ‘outing’ itu adalah rezekinya.

Pada satu minggu ‘outing’, Aziela terfikir untuk menyelitkan nota di bawah mejanya. Rancangannya agar ‘secret admire’ nya. Dapat mendedahkan identiti sebenarnya kepada Aziela. Malangnya setelah ‘outing’, tiada coklat yang diterima dan nota itu tidak berbalas. Sekali lagi Aziela hampa. Namun apa yang memeranjatkan nya ialah orang yang lain memberinya nota bertulis :

Hai, pekabo?

Kita dah lama kenal. Tapi nak kenal lebih dekat, boleh?

-MZF-

Dengan mudah Aziela dapat mentafsir bahawa MZF itu adalah M. Zikry Fahmi. Tetapi dia kurang yakin dengan tafsiran itu. Jadi dia telah memberitahu Salwa.

“Aku pun rasa dia orangnya. Tulisan dia pun sama. Kan kau pernah tandakan kertas dia masa Ujian ari tu.” Aziela cuba mengingati. Kemudiannya dia mengangguk setuju. Jauh di sudut hatinya gembira kerana inilah yang ditunggu-tunggu sejak kemunculan Zikry dalam hidupnya.

Pada waktu rehat, Aziela mengajak Salwa menemannya bertemu Zikry. Kebetulan pula, semua pelajar Tingkatan 5/3 Delta keluar berehat. Yang tinggal hanyalah Zikry, Aziela dan Salwa. Zikry pula seperti telah mengetahui kewujudan Aziela dan Salwa di situ.

“Dah dapat ke note tu?” Zikry bersuara menggetarkan jiwa Aziela.

“Dah, tapi betul ke? Macam tak percaya je!” Aziela memberanikan diri bertanya. Salwa hanya melihat gelagat Aziela yang malu-malu kucing. Kalau diikutkan hati, ingin dihamburkan segala rasa lucu di hatinya ketika itu. Tetapi ditahankan supaya Aziela tidak patah semangat.

“Apasal lak tak percaya? Dah lama saya bagi hint yang saya suka kat awak.”

“Hah!” Aziela dan Salwa terkejut. Zikry pula hanya mempamerkan senyumannya. Kemudian dia membuka beg dan mengambil satu bar coklat Cadbury bersaiz besar dan diberikan kepada Aziela.

Aziela dan Salwa berpandangan sesama sendiri.

Sekian

Terima kasih kerana membaca.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Cerpen : Coklat”
  1. Ahmad muaz mohd iszeham says:

    perbaikikan lagi..cerita nie simple.buat yang terbaik lagi..

  2. iswanfi says:

    hmmmm…..pendek benor cita ni..
    boleh dikmbangkn lg spya mnjd lbih mnarik.. :roll:

  3. michiko says:

    konfuse arr..
    takkan lah si zikry tu bg first coklat..
    diakan blom daftar lagi..
    anyway,gud job..try again…

  4. mrs.chrisbr0wn94 says:

    karya awk okey.. ;-)
    mcm mna si zikry bgi tue coklat sdgkn dia kn student bru kt skull tue..
    but anyway, u did a good job..keep it up!!! :?: :?:

  5. epy_elina87 says:

    hohoho…
    best2….
    tp pndk sngt….
    klu di smbngkan mst best…..

  6. niena says:

    hahahahaha….ad ke ptut zkry 2 bwt cm2??
    xrmntik bt0l r….
    ttbe je ngku g2….
    ap kes???!!!

  7. ash says:

    simple..
    kalo pnjg lg msti bes.. :lol:

  8. ADIYA says:

    looo napenye? pendek btl citenye..
    kalu panjagkan cite mst ok cikt..
    tp mcm tergantung je citenye..
    dh la to tiba-tiba je zikri mgaku dia yg htr coklt to semua..
    pe pn try lg yee nice job..smga berjaya.. :razz:

  9. missfiza says:

    2r..ttbe je zikri 2 ngaku dy bg coklat…
    xsaspen r..hehe~~

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"