Cerpen : Hanya Dia Di Hatiku

6 February 2010  
Kategori: Cerpen

6,885 bacaan 19 ulasan

Oleh : Yen

Andai takdir itu mampuku ubah, apakah aku hanya mampu tunduk dan duduk tanda kalah? Kalah pada sebuah harapan yang kubina setinggi gunung? Rebah di tengah jelapang kasih yang kubajak tanpa kenal lelah saban waktu? Namun akhirnya aku tewas juga. Aku terpaksa berkorban! Argh!
Kenapa harus begini? Haruskah aku merintih disini? Kenapa masih ku renungi jalan hidup yang sudah tersurat kini atau adakah aku masih menanam setitis harapan di tanah yang sudah kutahu tahap gersangnya?

Bertapa bodohnya aku menuruti semua kemahuan ayah dulu? Membiarkan sang ayah menyusun setiap rentak hidupku yang bakal aku lalui, membiarkan ayah yang menjadikan masa depanku umpama pertaruhan, di antara bahagia dan derita? Diantara hidup dan mati? Ah! Tapi aku sendiri yang rela! Rela menghadiahkan sebuah nilai pengorbanan hanya untuk membahagiakan Abang Idham, Syafiq dan Afiqah… Di saat begini, tidak adil bagiku menyalahkan ayah atas semua yang terjadi!

Angah? Aku tidak mengerti tentang kehilangan Angah yang tiba-tiba. Meninggalkan suaminya Abang Idham dan anak kembarnya Syafiq dan Afiqah. Sungguh teganya Angah meninggalkan sebuah keluarga yang dibinanya atas dasar cinta! Meninggalkan semua beban keatasku!
**********************************************************************

Setahun yang lalu…

“Dia yang cabar saya mak! Dia yang minta saya tuk lepaskan dia. Dia mahu bebas, tak mahu hidup dengan tanggung jawab!” suara abang Idham lemah waktu itu. Dia tunduk merenung lantai. Wajahnya tampak sunggul ketika membawa Syafiq dan Afiqah pulang kekampung. Umi dan ayah terkejut besar. Hampir menitis air mata abang Idham melihat mahligai cinta yang dibina tidak sampai kelangit tujuh! Perceraian bukanlah suatu perkara yang main-main. Mendengar Angah dan abang Idham berpisah membuatkan keluargaku termasuk along sekeluarga menjadi nanar seketika. Aku lebih-lebih lagi. Pelik benar dengan sikap Angah yang rapat denganku suatu ketika dulu sudah jauh berubah.

Dia berpelajaran tinggi, seorang yang berkelulusan PhD namun dimana dia letakkan akal, akhlak serta budinya? Sejak Angah menjawat jawatan yang lebih tinggi disyarikatnya, sikapnya terus berubah. Keegoannya semakin menjadi-jadi. Kerana keegoaanya inilah yang menyebabkan tiang arasy bergegar! Sanggup Angah memilih cara hidup bebas, membiarkan dirinya tenggelam bersama air syaitan, hanyut dibawah kerlipan lampu kelab malam! Membiarkan abang Idham serta si kembar terumbang ambing tanpa perhatian dan kasih sayang?!. Kejam!

Kekejaman Angah inilah aku harus berada disini. Disini, didalam sebuah pengorbanan yang menyebabkan aku terpaksa tanpa rela melepaskan semua keinginanku untuk megecapi sendiri apa yang ku mahu! Aku menjadi sandaran ayah dan umi agar menggantikan tempat Angah yang sudah lupa diri. Along juga berpihak dengan keputusan kedua orang tua kami. Demi Tuhan, tanpa sekelumit cinta terhadap lelaki itu, aku pasrahkan diri mengheret kaki menapak kealam rumah tangga dengan harapan besar agar cinta diantara kami tumbuh seiring dengan perjuangganku memikul tanggung jawab yang besar. Aku dipertanggungjawabkan untuk membahagiakan si Kembar, Syafiq dan Afiqah sekaligus juga abang Idham.
**********************************************************************

Kenapa harus sekarang? Kalau dulu angah bagai helang yang bebas diangkasa, membelah awan nan luas sambil megah menebarkan sayapnya, tapi kini angah hadir didepan kami seperti merpati yang patah sayap, menanti masa untuk segera dirawati serta dimasukkan kedalam sangkar indah dirumah. Ah! Di saat jiwa aku sudah terisi sepenuh nya dengan sayang dan cinta seorang suami, lalu bayang angah kembali mencari?

Kenapa angah? Kenapa dia perlu hadir di ketika aku dan Abang Idham serta si Kembar, Syafiq dan Afiqah sudah membuang jauh segala luka, derita serta kekecewaan lampau? Peristiwa semalam masih terbayang jelas didepan mataku…

¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬

“Abang dari hospital. Angah kemalangan,” hampir terlepas gelas yang berisi oren itu dari pegangganku.

Ternyanta nama Angah sudah terlalu asing bagiku sejak aku bersuamikan abang Idham tapi nama itu masih segar di ingatan abang Idham. Adakah selama ini dia masih mengingati angah? Masih menginginkan angah? Lalu dimana aku akan dicampakkan? Semudah itukah permainan alam? Semudah itukah hatiku dilukai, hatiku merintih pedih.

Suara emak pula kedengaran, “Angah masih lagi sebahagian dari kita Mira” Entah mengapa kata-kata itu yang terkeluar dari mulut umi setelah beberapa detik aku berdiam diri. Ya, Mira mengerti umi. Kalimat itu hanya terluah di dalam hati. Dia darah daging ku. Tapi patutkah aku berkorban lagi untuknya? Apalah erti sebuat pengorbanan??

Entahlah.. kenapa semua ini harus terjadi kepada diriku? Kenapa baru sekarang?
**********************************************************************

Ku lontarkan segala rasa cemburu dan curiga. Pantas saja aku mempercepatkan langkah. Aku berhenti sejenak. Demi Tuhan, mahu saja aku menjagi orang yang kaya deangan ketabahan saat ini. Melihat Angah yang terlantar, melihat umi yang menagis teresak-esak dan akhirnya melihat jemari Abang Idham yang bertaut erat dengan jemari Angah yang kaku, aku jadi nanar.

Apakah kewujudan, pengorbanan serta kasih sayang dan cintaku didunia ini tidak dihargai? Malam itu aku hanya bertemankan airmata. Airmata yang tidak pernah berhenti mengalir sejak pagi tadi. Aku tidak mampu terlelap. Seharian aku menanti kedatangan sang suami yang tidak pulang hanya kerana menemani angah dihospital. Tersirap darah ku disaat umi menyatakan hasrat Abang Idham.

Demi tuhan, jika aku tahu aku akan menempuhi semua ini dari dulu lagi, aku akan awal-awal lagi menolak permintaan ayah dan umi. Tapi apa dayaku? Aku hanya insan biasa yang mudah dilukai.

“Angah dah sedarkan diri semalam, doktor kata angah boleh pulang hari ini” Kata-kata umi itu hanya menghiris hatiku bukannya mencalit sebuah senyuman dibibirku! Umi yang seakan-akan mengerti perasaanku mengenggam erat tangan ku. Airmataku kutahan. Aku harus tabah tidak boleh menyerah kalah.

Sebentar kemudian, angah sampai bersama abang Idham, aku masih diam tanpa kata. Sepi. Itulah perasaan ku ketika ini. Abang Idham hanya bercakap dengan ku ketika angah sedang tidur.

“Emosinya tak boleh diganggu, Mira. Abang harap Mira faham mengapa abang rahsiakan perkahwinan kita” Hanya itu? Hanya itukah yang terluah dari bibir abang Idham? Selama dua hari aku menanti kata-kata rindu dari mulutnya namun hampa. Aku hampa! Cintaku hanyut di tengah lautan sepi, melayari bahteranya sendirian tanpa seorang kekasih hati mengendalikan bahteranya..

**********************************************************************

Ayah kelihatan lebih ceria semenjak angah kembali kepangkuan keluarga. Maklumlah angah anak kesayangan ayah dan umi suatu ketika dulu. Sudah makankah aku? Sihatkah aku? Argh! Soalan seperti itu sudah tidak terlontarkan dari mulut ayah dan umi mahupun abang Idham.

Rahsiaku tiada siapa yang tahu kecuali umi. Aku mengandung! Mengandungkan anak abang Idham. Entah, hatiku kosong ketika doktor mengesahkan kandungan ku sudah menjangkau usia dua bulan. Ah! Didunia ini aku masih punya umi, Syafiq dan Afiqah yang seakan faham dengan penderitaan ku!

“Mama, kita makan sesama ya?” ajak Syafiq petang itu. Afiqah disisinya hanya mengagguk.

“Syafiq, mengapa pangil Mak usu mama?” soalan yang terlontar dari mulut angah mengegarkan seluruh urat nadiku.

Untung Umi menjadi penyelamat keadaan. Umi menyatakan bahawa si Kembar itu sudah terbiasa memanggilku mama semenjak angah tiada. Ah! Aku sudah muak denga segala sandiwara dan pembohongan ini! Mahu saja aku meluahkah segala rasa yang terbuku didalam hati ini!!
**********************************************************************

“Mama, Iqa dah lama tak lihat mama dengan papa. Kenapa mama? Mama gaduh ke dengan papa? Iqa rindu tidur dengan papa dengan mama” tanganku berhenti dari menyuapkan nasi kemulut Syafiq. Mahu saja ku mebalas setiap patah kata yang dilontarkan dari mulut Afiqah tapi sudah terlambat. Angah sudah berdiri di pintu dapur. Matanya tajam menikam wajahku lalu badan angah jatuh terkulai di lantai dapur tidak sedarkan diri.
______________________________________________________________________

“KAU! Kau memang sengajakan mengajar Syafiq dan Afiqah berkata begitu depan angah?!” abang Idham marah padaku. Sangkanya aku yang menyuruh Afiqah berkata begitu. Inginku balas tapi hanya tamparan yang ku terima. Perit! Memang perit!

“Tak puas kah kau melihat angah terbaring lesu di atas kati itu! Kau memang tak faham Mira!! Segalanya berpunca dari kau! Kau yang membuatkan angah kembali sakit! Ingat! Selepas ni aku taknak lihat muka kau dirumah itu lagi!” Abang Idham melepaskan semua beban kesalahan keatas ku. Aku tidak bersalah!! Aku yang malu di tengking di tengah hospital itu terus berlari meninggalkan suamiku yang jelas masih mencintai bekas isterinya.

Dirumah aku dimarah lagi oleh ayah. Ayah juga menyalahkanku begitu juga alaong yang terus datang kerumah setelah diberitahu khabar tentang angah. Dunia tidak adil padaku! Haruskah aku mengalah pada takdir? Hanya umi satu-satunya harapanku. Hanya umi yang mengetahui segala kebenaran. Ketika umi mahu menerangkah segalanya, ayah menengkingnya. Itulah kali pertama ku dengar ayah menengking umi hanya kerana angah anak kesayangannya!! Aku? Siapa aku ayah? Adakah aku masih kau anggap sebagai anakmu? Aku sedih melihat umi yang diam seribu bahasa.

Malam itu aku nekad! Aku nekad untuk meninggalkan rumah yang tersergam indah yang penuh dengan kenangan manis mahupun pahit. Tidak ku hiraukan lagi nasihat umi menyuruhku tinggal disitu maklumlah aku berbadan dua. Tidak juga ku hiraukan lagi suara tangisan si kembar menyuruhku jangan pergi.

Ketika ku melangkah keluar along berkata “heh.. baguslah! Tak payah lagi menyusahkan keluarga kita!” ayah hanya mengiakan ayat yang terkeluar dari mulut along. Menyusahkan keluarga? Siapakah yang menyusahkan keluarga selama ini? Angah bukan aku! Siapakah yang berkorban selama ini? Aku!
**********************************************************************

Setahun berlalu…

Berita kematian angah seminggu setelah aku pergi meninggalkan rumah, baru ku tahu hari dua minggu lalu. Itupun setelah berbulan lamanya aku tidak menghubungi umi. Banyak cerita sedih yang diceritakan umi. Segala makan pakai abang Idham tidak lagi terurus dan umi menyuruhku kembali. Mana mungkin ku kembali! Sudah cukuplah pengorbananku selama ini… sekarang biarlah aku bahagia sendiri bersama cahaya mataku, Ahmad Ilham. Bukannya aku tidak rindu pada umi, tapi mahukah abang Idham dan abah menerima ku kembali. Pasti mereka juga menyalah kan aku tentang kematian angah! Ah sudahlah…

Lamunan Mira terhenti apabila Asif rakan sepejabatnya menyapanya. Dia ingin mengajak dia makan malam di secret recipe malam itu. Asif, memang aku tahu niat Asif yang sebenarnya! Dia takkan berhenti untuk memikat hati ku. Aku sudah serik untuk bercinta lagipun aku….

Berbagai alasanku beri namun tidak munasabah baginya. Lalu dia menyuruhku membawa Ilham sekali dan berlalu meninggalkan aku. Asif kau tak faham aku! Terpaksalah aku datang malam ni dan cerita segalanya.
**********************************************************************

“Mira! Katamu cinta perlu bersyarat, Kalau Puteri gunung Ledang mahukan jambatan emas dan jambatan perak yang menghubungkan Melaka dengan Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk dan hati kuman, setempayan airmata dan air pinang muda, semangkuk darah Sultan Melaka dan darah Raja Muda sebagai syarat peminangannya untuk Sultan Mahmud Syah, lalu apakah syarat yang harus aku penuhi untuk mendapatkan cintamu Mira?!”

“Sif! Sudah beribu kali ku katakan, meskipun kau berjaya memenuhi semua syarat yang ku berikan, meskipun sejuta kali kau merayu untuk menjadi pendamping hidupku dan Ilham, aku tidak akan menerimamu Asif!”

“Tapi..”

“Sudahlah Asif! Kau patut tahu satu perkara lagi. Aku bukan janda tapi suamiku mengantung perkahwinan kami! Kalau kau bicara tentang nafkah? Memang dia masih beri aku nafkah tapi melalui akaun bank meskipun nafkah yang diberinya hanya cukup untuk seorang tapi aku tetap bersyukur dia maish ingat aku Sif! Dia memang tidak pernah tahu kehadiran Ilham. Maaflah aku harap kau faham,Sif! Aku nak balik. Selamat tinggal”

Kelu lidah Asif mendengar kata-kata Mira sebentar tadi. Sangkaannya selama ini salah! Dia hanya melihat Mira berjalan keluar sambil mendukung Ilham keluar dari situ.

**********************************************************************

“Mama!”suara jeritan kanak-kanak tersebut seperti pernah kudengar.

Ah! Mungkin orang lain. Lantas ku ayun kakiku dengan pantas takut tidak ada teksi malam-malam begini.

Jeritan itu makin ku dengar malah semakin hampir. Lantas aku menoleh. Aku terkejut bukan kepalang. Ku lihat Afiqah berlari-lari kearah ku. Di belakangnya turut berlari Syafiq dan….

Tanpa ku sedar Afiqah sudah berdiri dihadapan ku, menagis teresak-esak sambil mengatakan dia rindu kepadaku begitu juga Syafiq. Hatiku sayu melihat kesedihan si kembar. Ku lihat abang Idham hanya berdiri mungkin tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Beberapa minit kami semua diam, suara abang Idham memecah kesunyian.

“Mira, abang.. abang minta maaf Mira! Abang tahu abang salah menuduh Mira waktu tu.. waktu tu abang buntu Mira! Cinta pertama abang terlantar sakit sebabtu abang tak dapat kendalikan keegoan abang! Please Mira, forgive abang… kembalilah hidup bersama abang.. kalau tak pun kesiankan anak kita”

Aku terkejut. Anak kita? Bgaimana dia tahu Ilham tu…

“Maaf abang dah lama tahu Mira! Umi yang bagitahu. Please jangan berdiam diri begini Mira. Ia hanya akan menyeksa perasaan abang!”
Kulihat si kembar mereka juga mengangguk. Mungkin bererti mereka ingin aku kembali. Ah! Mahukah aku kembali kepangkuan abang Idham?? Mungkin aku bisa menerimanya kembali dahulu tapi sekarang? Sudah setahun peristiwa itu berlaku tapi kenapa baru sekarang dia mencariku? Tapi aku masih isterinya yang sah lagipun ada Ilham yang mengikat kami berdua untuk terus bersama? Aku tidak pernah membencinya walau dia pernah menyakitiku.

“Mira… takpelah. Tapi abang hantar Mira balik okey? Tapi abang mohon Mira fikirkan hubungan kita Mira” abang Idham berhenti merayu setelah aku diam membisu.

Afiqah dan Syafiq lantas meraih tanganku sebelah kiri dan menarikku perlahan kearah kereta abang Idham yang tidak jauh dari situ. Abang Idham mengambil Ilham yang berada dalam dukungan ku lalu mengucup kedua belah pipi anak kecil yang belum pernah disentuhnya itu.

Terselit rasa simpati terhadapnya. Ilham juga tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah, kejamkah aku ingin memisahkan seorang ayah dari anaknya? Aku tidak tega tapi mampukah membina hidup baru dengan abang Idham?

Didalam perjalanan pulang ke apartment ku, abang Idham tidak putus-putus menyalahkan dirinya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dia juga mengatakan rasa cintanya terhadap angah kembali mekar semasa angah sakit tapi dia sungguh kecewa kerana kematian angah bukan kerana kemalangan tersebut tapi kerana angah menghidap penyakit HIV/AIDS. Umi tidak pernah memberitahuku tentang itu. Sanggup angah melakukan perkara terkutuk itu? Masya Allah!
**********************************************************************

Keeseokan harinya, abang Idham dengan sikembar datang ke apartment ku. Menyesal juga aku ikut abang Idham semalam dan sekarang aku tidak lagi dapat menyembunyikan keberadaanku. Aku juga sebenarnya sudah cair dengan rayuannya semalam. Begitulah aku mudah cair dengan pujuk rayu abang Idham. Tapi sengaja aku menayangkan muka selamba setiap kali dia ingin mengajak ku keluar. Biarkan saja dia rasa bersalah.

Suatu hari ketika dia membawa aku besama anak-anak keluar dia sengaja membesarkan volume radio yang memainkan lagu rindu setengah mati dari kumpulan D’masiv

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu

Aku hampir menitiskan airmata ku mendengar bait-bait lagu tersebut seakan-akan faham dengan isi hati abang Idham sekarang ini. Benar kah dia merinduiku? Atau akukah yang terlalu ego untuk melupakan kenangan lalu meskipun tidak terselitpun sekelumit rasa benci terhadap abang Idham.

***
Malam itu ketika dia menghantar aku dan Ilham pulang, aku sudah membuat keputusan muktamad.

“Abang tak nak tidur di sini malam ni?” Selamba aku bercakap dengan wajah manja yang biasa ku tayangkan suatu ketika dahulu. Dia yang terkejut pantas menoleh kearah ku. Aku hanya tersenyum.

“Sayang tak marahkan abang? Dah maafkan abang?”

Aku hanya mengangguk. Di lantas mengucup dahiku sambil berbisik ‘ I love you’ . Si kembar di belakang yang mendengar butir percakapan kami ketawa riang kerana malam ini mereka akan tinggal sebumbung lagi dengan mamanya seperti dahulu. Si kecil Ilham hanya mengeliat dalam dukungan ku seakan mengerti kegembiraan si kakak dan abang.

**
Selepas menidurkan Syafiq, Afiqah dan Ilham aku duduk di sofa bersebelahan suamiku yang selalu ku rindu. Dia lantas merebahkan kepalanya di pangkuanku. Aku hanya tersenyum melihat aksi manjanya. Ish tak pernah berubah!!

“Sayang besok kita balik?”aku terkejut mendengar soalan yang lancar keluar dari mulutnya. Aku sememangnya bercadang ingin pulang tapi mampukah ayah menerimaku kembali? Aku rindukan ayah dan umi.

Idham yang seakan mengerti segala persoalan yang bermain di benakku hanya tersenyum. ” Ayah tak marahkan sayang lagi. Dia menyesal dan kecewa bila dia tahu angah melakukan perkara terkutuk tu tapi itu semua sudah lepas. Sekarang dia mahu sayang kembali. Along pun rasa bersalah kerana menghalau adik sendiri. Kita balik ya?”

Aku hanya mampu mengangguk. Memang dia seperti dulu. Penyayang, baik dan faham semua yang tersirat dihatiku. Malam itu kami semua tidur dengan nyenyak.

Keesokkan paginya, abang Idham membantuku mengemaskan barang ku yang hendak ku bawa pulang. Barang ku hanya sedikit yang kubawa semasa keluar dari rumah dulu yang selebihnya seperti sofa dan televisyen bukan milikku. Itu milik apartmen itu sendiri.

*****
Ayah memelukku erat. Berkali-kali dia meminta maaf kepadaku dan meluah kan segala kekesalan yang bermukim dihatinya. Umi yang melihat hanya mampu mengeluarkan airmata. Selepas memelukku, ayah mendukung Ilham, dibawanya masuk kedalam. Memang selama ini ayah menantikan kepulanganku hanya aku yang terlalu takut untuk pulang. Aku takut mungkin aku akan terus di benci jika aku kembali. Tapi sekarang segalanya sudah nyata.

Ku lihat abang Idham melirikku dari jauh. Aku faham maksudnya itu.Aku tayang muka selamba dan menjelingnya. Ah! Pasti dia merajuk.. biarlah… sekarang aku bahagia. Mempunyai keluarga yang lengkap dan bahagia penuh dengan kasih sayang dan cinta. Tidak sia- sia pengorbananku selama ini. Tidak sia-sia aku mengalah pada takdir. Ada hikmah di sebalik semuanya. Ku pandang suamiku yang mungkin melayan rajuk lalu tersenyum kearahnya, dia membalas senyuman ku tidak jadi merajuk. Ah… bahagianya hidupku, hanya dia dihatiku!

Karya terdahulu:
:: HACKS 1437
:: Hati ini Milik Awak!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

19 ulasan untuk “Cerpen : Hanya Dia Di Hatiku”
  1. nanie says:

    nape nk maaf an??wujudkan manusie sebaik mira 2 kt dunie ni??
    n ade ke ayh sekejam 2..benci nye laki x gune cm 2..die confuse ngn dri sndri…
    *marah*..

  2. Eiymah fahimah says:

    Nice story..good job

  3. miss_cairo says:

    geram btl kat idham..tak suka laki gitu..
    respect la klu ad wanita sebaik mira tu kt dunia ni..

  4. pinkrose_gurlzzzzzzzzzz says:

    bodoh nyer mira tu……………..kenapa die leh terime balik idham tu??????????setelah teruk die dilukai..disakiti…………dgn begitu mudah die menjadi lemah dan menerima kembali idham dlm hidup die…………..

  5. YeN says:

    Hehe salam wat pembaca semua..
    saya sebenarnya sebagai seorang penulis pun sakit hati lah time buat ceta nie.. tapi tak tahu macam mana endingnya.. sebenarnya cerita nie saya nak buat endingnya mira dengan Asif tapi saya terfikir pulak nanti cerpen nie panjang betul macam novel sebabtu saya buat ending dia macam tu je. sorry lah ek.. walau bagaimana pun terima kasih atas comment2 diatas ;)

    Nantikan lagi cerita seterusnya.. yang nie saya pastikan endingnya tak menyakitkan hati pembaca walaupun ceta nie ada setengah orang cakap lain daripada yang lain.. saya akan tetap usahakan untuk membuat satu cerpen yang boleh buat pembaca sekelian merasa sedih dan gembira pada masa yang sama..

    Okey lah terima kasih ye semua atas sokongan dan komen anda :)
    salam
    YEN

  6. leen says:

    best gle! tp patotnya mira x terima balik ilham tu. bia padan sikit dengan muka dia.

  7. huriiin says:

    yo yen! :mrgreen: cerita yang menghayat hati, sempat lagi ku menangis waktu di sekolah pasal membaca cerpen mu ne (Y)

  8. kukulala says:

    Sedihnyer….wa..wa.. Ok la tu.. semuanya kerana sayang.. Bagus la balik kpd suami, lainla dan berpisah..Kalu tak de pahit..tak de la manisnya Teruskan berkarya..

  9. Ryhannah89 says:

    huhuhu,,,, nice story,,(^^)… trharu sy membacanya,,, tahniah,,,,

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"