Cerpen : Kau, kau atau dia?

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

2,764 bacaan 11 ulasan

Oleh : teratai putih

“Dah kena tukar malam ke?aduh..kenapa cepat sangat ni?”aku betul-betul tidak puas hati dengan berita yang baru aku terima sebentar tadi. Baru 5 hari pakwe aku ni masuk syif siang, sekarang dah kena tukar syif lagi. Berita ini sekaligus mengingat kan aku bahawa aku bakal ditinggalkan lagi. “Ala..kejap je la..nanti ada masa abang cari la Ma erk..Ma tu..jangan nak nakal-nakal tau..nanti Abg cubit kuat-kuat.” “Ermm..ok la kalau macam tu..abg pun sama tau..jangal nak gatal-gatal lak..abg, milik Ma sorang je..sampai bila-bila.” Seperti biasa, aku juga yang akan mengalah memandangkan waktu kerja pakwe aku yang sorang ni tak sama macam orang lain. ” Ok la Ma, abg nak siap-siap dulu ye sayang. Nanti kita “gayut ” lagi. Bye”

=============================

Jam menunjukkan ke angka 10 malam. Dalam keadaan mata yang masih lagi segar bugar ni, aku tercari-cari kerja yang boleh dibuat memandangkan “pakwe technician” aku ni terpaksa tukar syif minggu ni. Tuut..tuuut..menandakan isyarat mesej masuk. Dalam diam aku memuji makluk yang baik hati sudi teman kan aku time-time genting macam ni. ” Hai syg..syg tgh buat pe tu? Dh tdo lum?Pcik rndu kt syg ni..” Aduh..mamat ni lagi..aku terus menekan punat reply..”Ma dh otw nk tdo..nti, klu de msa kta msg lg k..Ma tdo dlu..nite pcik boroi..” Aku sebenarnya tidak sampai hati untuk melayan kerenah mamat ni. Kadang-kadang aku rasa macam nak je aku terus terang kat dia yang aku dah de pakwe. Tapi, boleh ke dia terima? Buat kesekian kalinya, handphone ku berbunyi lagi.”Ma dh xnk lyan Pcik lg ke?pe slh pcik?slh ke pcik syg n cnta kn Ma?Ma cinta pertama pakcik..pcik xleh idup tanpa Ma.. Ma tlg la fham..jgn nak seksa pcik..” Aku hanya membiarkan sms dari pak cik boroi ku tu tanpa berbalas. Aku tak sangka, perkenalan setahun lalu jadi begini akhirnya. Kalau dulu, dia jarang ambil tahu pasal diri aku. Untuk komitment pada pelajaran katanya. Status student telah membuatkan aku dan dia jarang berhubung. Aku di UUM dan dia di UTHM. Utara vs selatan. Walaupun usia kami sebaya, tapi aku labih suka memanggilnya pak cik. Dah jadi kelaziman, semua kawan-kawan yang aku kenal menerusi yahoo messenger akan dapat title tu.

—————————————————

“Along..laptop dah siap ke belum? Orang dah boring duk bilik sorang-sorang ni..Macam tak de keluarga..Hidup sebatang kara..Along bz sangat ke?”. Along je satu-satu nya member aku yang pakar dalam bab-bab teknologi walaupun aku sepatutnya lebih arif dari dia memandangkan kos yang aku ambil memang dah menepati tema. “Eeeeeeee…nanti orang baiki la..orang banyak kerja sekarang ni..sabar cikit tak leh ke?” Along mula menunjukkan tanda-tanda perang akan bermula..”Ermm..tak pe la..orang nak tido dulu..Along buat la kerja Along yang banyak tu..maaf gangu..Assalamualaikum” ku talian di matikan. Masih ku ingat pesanan dari Along yang melarang aku mematikan talian tiap kali aku merajuk. A’aaah..peduli apa aku, pe nak jadi pun jadi la..pasni aku dah tak nak layan dia lagi dah..tapi..laptop aku dengan dia macam mana? Aduh..macam mane nak dapat balik laptop aku tu. Tak kan nak pecah masuk dalam rumah dia pulak..ermm..tak pe lah..kalau di ada rasa tanggungjawab mesti dia akan cari aku untuk pulangkan balik harta aku tu..baik aku tido je..lagi best..tapi sebelum tu..

Mana handphone aku ni..haaa jumpa pun kau..hehe..macam biasa la..mesej pakwe aku dulu sebelum nak beradu..baru la leh lena diulit mimpi..Merajuk dengan Along je..dengan pakwe aku tak..Masuk kali ni dah 14 miss col dari along. Sengaja aku biarkan panggilan dan mesej dari nya tanpa balasan tanda protes dengan layannya tadi. Time-time aku nak tido aku selalu je muhasabah diri aku ni. Aku tak sangka, dalam diam aku dah jadi playgirl rupanya. Sedikit pun tidak ada niat dihati untuk aku mempermainkan hati lelaki. Usia percintaan ku yang sudah pun mencecah 4 tahun sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku kekasih yang setia. Keterbatasan waktu dan jarak yang jauh tidak sedikit pun mengugat kasih sayang aku padanya. Malahan, aku tidak lagi seperti dulu. Yang sentiasa mengharapkan komitment darinya. Aku belajar untuk memahami keadaan dia. Apakah tidak layak untuk aku untuk bergelar “Awek Terbaik?”.

==================================

Hari minggu pastinya menjanjikan semangat baru. Lebih-lebih lagi, pakwe aku dah start kerja siang balik. So, ini bermakna aku tidak lagi keseorangan.

“Ma, abg dah kerja siang ni. Pasni abg temankan Ma tiap-tiap hari k..cian kt syg abg ni..asyik kena tingal je sorang-sorang. Abg akan ganti balik masa yang abg tak de tu k.”

“nak..nak..abg dah tinggal kan Ma seminggu kan?Ma nak sejam je untuk sehari yang abg tinggal tu. So, abg terpaksa ganti balik 7 jam gayut tanpa henti malam ni…ada berani?and..sebelum terlupa..1 jam lagi extra untuk hari ni..total 8 jam bersih..sekarang baru kul 10 kan?awal lagi..hehe..sengaja aku kenakan dia…

“Mesti la boleh..abg pun rindu sangat kat Ma..Masa abg tak de..Ma de gatal-gatal tak?Tarmizi pe cerita?Azli lak pe berita? Ada kuar dengan sape-sape tak masa abg tak de?” Bertubi-tubi soalan kuar dari mulut nya..

“ye la tu..dah tahu sangat dah..kalau sejam leh gayut dengan abg pun dah dikira lama sangat dah pun. Ermmm..macam biasa la.. Tarmizi dengan caranya..tiap masa duk merayu dengan Ma..Ma marah pun dia wat tak reti je..belajar tinggi..tapi susah nak faham bahasa malayu” teringat aku setiap kali aku memarahinya..Bila kata dia tak faham bahasa, dia cuma mengiayakan je..pastu mesti dia akan cakap..dia memang tak faham..sebab tu la SPM dia dapat A1..Faham benar aku akan maksudnya. Aku tahu, dia mempunyai latar belakang akademik yang tinggi. Memang jauh beza nya dari aku..Dari segi paras rupa,boleh tahan. Kulit yang cerah, bibir yang merah tanpa tanda dia seorang perokok dan di tambah pula dengan sepasang lesung pipit..Cuma satu je..ketinggian dia..lebih kurang macam aku je..sederhana..dan badan yang sedikit berisi..sebab tu la aku panggil dia Pak Cik Boroi..hehe..zalimnya aku…

“Hello..hello..Ma..Ma dah tido ke?sayup- sayup ku dengar nama ku di panggil. Dah jauh aku berkhayal rupanya..

Pagi itu aku bangun agak lewat memandangkan cuti hujung minggu . Aku terfikir-fikir apa yang patut aku buat untuk mengisi hari cuti ini..dan tiba-tiba handphone ku berbunyi..

“hello,assalamualaikum”aku mula berbicara.

“Waalaikumussalam..cepat la turun..orang dah ada kat bawah ni..nak bagi laptop”

“ermm..dah siap ke? Tanya ku hairan. Baru malam tadi aku merajuk dengan Along, pagi ni dah pun siap. Hehe..Memang tepat pada masa nya.

“dah siap ke? Seperti biasa, along akan ulang balik kata-kata aku. Geram benar aku akan hobinya yang satu ni. Sengaja merosakkan mood aku yang tengah baik ni.

“tengok tu, jangan la ikut”

“tengok tu, jangan la ikut” ulang nya kembali.

“Along dah siap format laptop orang ke?” aku bertanya lagi sekadar ingin kan kepastian. Sikap along yang suka main-main sedikit sebanyak membuat kan aku lebih berhati-hati setiap kali membicarakan hal-hal yang serius. Bimbang jadi mangsa usikkan nya.

Along dah siap format laptop orang ke?”ajuk nya lagi..

“aduh, Along..” panggil ku perlahan.

“aduh,Ma…” ulang ny kembali

“huh…” aku hanya mampu mengeluh melayan kerenah along yang sengaja mencari pasal dengan aku.

“huh..” sayup-sayup terdengar suara nya turut meniru keluhan aku tadi.

Aku mula naik angin dengan cara along. ” tak pe lah, orang ada kerja ni. Assalamualaikum..

“jap lah..laptop ni nak bagi along ke?”

“abis tu.. yang Along duk main-main je dari tadi tu kenapa?ingat orang tak geram ke?” aku mula meluahkan rasa tidak puas hati ku. Rasa nak sekeh-sekeh je kepala tu. Biar dia tahu tinggi atau rendah langgit ni.

“yelah-yelah..orang mintak maaf ye bucuk. Malam tadi merajuk..huhu..tak malu.”

“Along jahat. Saje je nak kenakan orang kan?”

“Dah tahu Along ni jahat, kenapa nak kawan jugak dengan Along?”

“Sape kata nak kawan?orang nak cakap je lah”..tiba giliran aku pula untuk mengenakan dia.

“ye la..masa ni kita cakap je dulu pastu nanti mesti berkawan kan?pastu, lama-lama jadi sayang..last sekali kita kawin kan?”..nak kawin ngan Along tak?” soalnya tanpa selindung..

“tak nak lah..orang dah de pakwe lah. Dah lah Along tunggu 5 minit k… Kejap lagi orang turun..assalamualaikum”..aku bersiap secepat yang boleh. Kalau boleh, aku tak nak Along tunggu lama-lama. Tapi silap dia jugak, sape suruh tak bagitahu awal-awal nak datang.

==============================

Tahun berganti Tahun dan kini genaplah 4 tahun usia percintaan aku..

“Ma, abg dapat offer sambung belajar ..Abg rasa abg nak terima la…Lagipun bukan senang nak dapat peluang ni..Kalau lepaskan, abg takut akan menyesal..abg dah lama dah duk Klang. Abg nak duk dekat dengan Ma lak pasni”..dapat ku bayangkan betapa girang hati nya pada hari ni..

“Bagus la..abg dah lama abaikan Ma kan..tiap kali abg kerja malam, Ma tinggal sorang-sorang. Tanpa sebarang berita. Kadang-kadang Ma terfkir betul ke Ma ni ada pakwe..” aku mula meluahkan apa yang terbuku di hati selama ni.

“Abg mintak maaf Ma. Tapi ini lah diri abg. Abg harap Ma boleh faham dengan keadaan abg. Abg nak Ma tahu, bahawa walau sesibuk manapun abg..abg tetap sayang kan Ma, rindukan Ma..setiap masa dan ketika.. Ma sabar erk..Abg dah cuba yang terbaik untuk hubungan kita.”

“Ermm..tahu..Ma boleh faham..kalau tak, takkan la kita boleh bertahan selama bertahun-tahun. Dah la..jom la tido..nanti lewat lak nak bangun pagi esok..jom..jom..” sengaja ku alihkan tajuk perbincangan sebentar tadi.

——————————————-

“Ma, pak cik dapat offer untuk interview kat UITM Terengganu bulan depan. Ma doakan pak cik Berjaya erk. Nanti boleh lah Pak cik jumpa Ma selalu. ”

“Ye ke?Insyallah..tapi..Ma tak nak jumpa Pak cik hari-hari lah..Ma nak dating dengan pakwe Ma je tiap masa..” luah ku tanpa berselindung.

“Ma ni kenapa?sengaja nak sakitkan hati pak cik kan?Ma dah tahu pak cik sayangkan Ma kan..yang Ma duk citer pasal pakwe halimunan Ma tu kenapa?Ma nak seksa pak cik kan?Kalau betul lah Ma ni dah ada pakwe, mesti Ma takkan terperap je kat bilik..mesti Ma dah keluar dating hari-hari kan?Aduh..tolong lah Ma..tolong jaga cikit hati pak cik..” jelas kekesalan dari hujung suaranya..

“Pakwe Ma duk jauh lah..kat Klang..jarang boleh jumpa..kerja ikut shif..sebab tu lah Ma tak keluar dating..faham?

“Hehe..betul ke ni syg?Terima kasih..”

“Aduh,bukan pak cik lah..dia pun kerja kt Klang cam Pak cik..sebaya dengan kita..pun orang Terengganu..”Aku dah tak tahu macam mana lagi nak explain kat dia..terlalu banyak persamaan antara mereka berdua..Aku tahu, dia menganggap lelaki yang aku maksud kan tadi adalah dia.hanya keluhan yang mampu ku luahkan saat ini.

“Pak cik tetap takkan percaya..Dah lah..Pak cik rindu sangat kat suara Ma yang manja ni..pak cik tak nak kita gaduh disebabkan pakwe halimunan Ma tu..ntah kan wujud, entahkan tidak..”

“Huh..ok lah pak cik..Ma dah ngatuk..Ma tido dulu..pakwe Ma dah pesan suruh tido awal malam ni..assalamualaikum”……….tuuuuuutttttttt…aku matikan talian tanpa sempat dia menjawab salam ku tadi.. Jauh disudut hatiku. Sedikit pun tak terniat untuk aku mempermainkan perasaan nya. Dah banyak usaha yang aku lakukan untuk membuatkan dia melupa kan aku..Namun semuanya sia-sia..

Teringat aku akan kata-kata nya tempoh hari..

“Pak cik sayangkan Ma sebab Ma ni manja. Bila dengar je suara Ma, Pak cik rasa cam semua Masalah pak cik dah hilang.. Ma dah jadu ubat untuk segala penyakit t yang datang kat Pak cik..Ma kuat merajuk…yang tu lagi pak cik suka..pendek kata, semua yang ada pada Ma pak cik suka..walaupun Ma ni tak cantik..tak pernah nak jaga hati pak cik..tapi tak pe..pak cik terima” luah nya dengan nada sayu.

“Dah tahu Ma ni tak cantik, kenapa pilih Ma?Tak pandai nak jaga hati pak cik kan?”
“memang Ma tak cantik..tapi Ma cute…cute sangat..macam baby..Ma kan baby pak cik..Ma bukan tak pandai nak jaga hati pak cik..tapi Ma sengaja kan?”

“Ma tak boleh terima pak cik lah..

“tak pe lah Ma..pak cik tahu..cinta tak boleh dipaksa..tapi..pak cik nak Ma tahu..Pak cik tetap cinta kan Ma sampai bila-bila..tak mudah untuk pak cik melupakan cinta pertama ni..”terdengar esakan dari hujung suaranya..

—————————————————————————————————————————————–

Seusai menunaikan solat isyak, aku mula bekira-kira untuk tido. Sejak aku mula menjalani latihan industri di negeri darul iman ni, kehidupan aku sedikit sebanyak telah berubah. Aku terpaksa menyewa sebuah bilik untuk memudahkan aku berulang alik ke tempat kerja. Kesempatan cuti hujung minggu aku gunakan untuk pulang ke rumah. Waktu malam lazimnya akan aku habiskan dengan melayan kerenah Along. Macam-macam topik diutarakan sehingga kadang-kadang mencetuskan pertengkaran kecil. Situasi inilah yang membuatkan aku makin rapat dengan insan yang bernama Azli atau lebih mesra dengan panggilan Along. Aku mencapai handphone dan terus ku dail no nya…

“hello..along..along buat pe?”

“Orang baru pas makan. Tak sempat nak makan tadi. Assigment banyak. Esok dah nak kena hantar. Ma dah makan ke? Tanya nya lembut..

“belum..orang nak diet..badan dah naik ni”.. balasku.

“tak payah ngada-ngada nak diet lah..makan je..nanti kalau sakit kan susah..dah la duk sorang..cepat pergi makan..kalau nak gemuk,biar je lah gemuk..nak ke kalau kurus, tapi ada penyakit..nak?” Along memula kan khutbahnya..

“Arghhhhhhh…dah..dah..orang dah makan lah. Mana ada istilah diet dalam hidup orang” aku berterus terang sebelum Along memanjangkan lagi hujahnya itu.

“haaaa..tahu pun. Ni baru cikit..along kan pernah jadi komandor..komandor tak de perasaan tau..kalau rasa nak marah, dia marah je..tak kira lah sapa-sapa pun”.

“dah la..Along dah mula la tu..dah mula nak cakap besar kan?jadi komandor lah..jadi tok iman lah..macam-macam along boleh jadikan? Along pernah jadi komandor kan?pastu kena pecat sebab ditangkap kat masjid gara-gara curi selipar jepun kan?dah lah..dah basi dah cerita tu..”sengaja aku mengingatkan kembali kata-kata yang dah basi di teliga ni. Cerita ciptaan dia yang entah kat mana dia dapat pun aku tak tahu.

“hehe..tahu tak pe..orang malas je nak cerita kehebatan orang ni. Takut nanti ada orang jelous je..”

“Along memang..tak abis-abis nak cakap besar kan?”

“Kenyataan lah”

“Ermm..ye lah tu. Along kan hebat”..aku mula mengalah.

Sayup-sayup aku terdengar satu suara yang meniru kata-kata ku tadi. ” Ho..ho..Along hebat. Merry christmas..ulang suara tadi berkali-kali. Aku mula pelik. Tu bukan suara Along. Tapi macam mana orang tahu ayat tu?

“Alonnnnnnnnnnnnggggg!!!!” aku mula hilang sabar.

“ye saya. Boleh saya bantu?” Along berlagak selamba. Seperti tiada apa yang berlaku.

“Along jahat. Along wat loudspeaker erk?”

“tak lah, mana ada”

“kalau Along tak buat, macam mana kawan Along boleh dengar?..teliga dia brand pe?cap kuali?

“Along wat loudspeaker cikit je lah. Ni kenapa garang sangat ni? Period ke?”

“Eeeee..napa tak bagitahu dulu?malu lah kawan Along dengar. Tak pe lah, orang dah ngatuk ni. Orang tido dulu. Assalamualaikum. Geram benar akan sikap Along kali ni. Aku merajuk lagi. Aku sendiri pun dah tak ingat ni dah kali keberapa aku merajuk dengan Along. Yang pastinya, cara ni dah sebati dengan aku.

==========================

Kali ni aku betul-betul nekad. Aku perlu betulkan kembali keadaan yang dah sedia parah ni. Masalah yang dicipta oleh aku sendiri. Abg, Along atau tarmizi? Aku perlu memilih salah seorang dari mereka bertiga. Aku redha seandainya aku dipersalahkan. Memilih untuk kebaikan bersama. Dan keputusan aku adalah muktamad. Along ,menerima keputusan aku dengan hati yang terbuka. Tarmizi pula pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Sempat dia berpesan padaku ” pintu hati pak cik sentiasa terbuka untuk Ma. Cari lah pak cik jika Ma rasa tak bahagia dengan keputusan yan Ma buat sekarang. Jaga diri baik-baik my love”. Dapat ku dengar nada sebak dari kata-kata nya. Dan keputusan aku adalah dulu, kini dan selamanya.

——————————————–

Petang yang mendamaikan. Dengan angin yang sempoi-sempoi bahasa membuatkan hati ku tenang. Ditambah lagi dengan kehadiran si comel pengikat kasih antara aku dan suamiku kini. Setelah dua tahun berlalu, aku kini sudah berjaya memegang jawatan surirumah sepenuh masa. Aku terpaksa melupakan Ijazah sarjana muda teknologi maklumat demi menumpukan perhatian pada suami dan anak tercinta. Along pula baru telah sebulan membina mahligai bersama pilihan hatinya..dan Pak cik boroi ku hilang tanpa sebarang khabar berita. Dari jauh aku sentiasa doakan kebahagian nya bersama insan lain…..


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Kau, kau atau dia?”
  1. :) says:

    ak stju ngn ……
    cm syok sdri pon ad gk. .
    myb ko 1st tme wt crpen. .
    urm. .xtaw nk ckp pew. .
    btw jgn ptus asa. .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k