
Cerpen : Ku terima
Oleh : zigaki asrar
“Kerna terlalu leka dengan dunia, manusia sering membuat silap. Di sana sini keengkaran terjadi hanya kerana nafsu yang menjadi tuan. Bila terhantuk, baru tergadah..itupun andai secalit luka terkesan di dahi. Aduh…bilakah semuanya bukan lagi angan-angan?”
Dia menutup diari itu. Disimpannya antara celahan buku di rak kayu buatan tempatan. Alia melangkah perlahan ke arah verandah. Angin petang menampar lembut pipinya. Ibu dan ayah baru sahaja keluar menziarah saudara mereka yang dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Hmm…begitulah. Bila terhantuk, baru tergadah. Bila penyakit dah tersebar, baru nak heboh sana sini. Sedangkan mereka tak pernah menganggap ianya satu ujian atau satu bala dari Tuhan akibat kealpaan sendiri.
“Cintaku takkan pudar…mengharum dalam harapan…”. Irama lagu handphonenya teralun. Tertera nama Faris. Serba salah dirinya saat itu. Sudah berulangkali diberitahu agar jangan menghubunginya lagi. Tapi nampaknya lelaki ini takkan mudah berputus asa. Dia pun begitu, takkan mudah berputus asa. Terus Alia menekan butang “reject” dan menukar kepada profile silent. Biar berjuta kali Faris menghubunginya, dia takkan dengar. Lebih senang begitu. Lebih aman.
Dia tidak pasti apakah sebabnya Faris berterusan menghubunginya? Adakah kerana ingin menjelaskan sesuatu? Yang pasti, dia takkan mengundur langkah.
********
“Wei, yang kau asyik je mengelamun sampai tak dengar apa yang aku cakap ni apesal? Kau teringt kat sape? Buah hati kau?” sergah Malik tiba-tiba.
“Hahahaha…bukanlah. Aku mane ada buah hati la. Perempuan ni semua tak boleh pakai. Asyik je berkepit kalau dah sayang kat kita. Rimas la. Aku tengah imagine kereta idaman aku la. Bapak aku cakap dia nak beli kat aku kalau aku boleh grad this year.”
“Ye? Kau biar betul. Wah…baguslah. Boleh je aku tumpang dua kaki ni. Hehehe…tapi kan, kau tuh dah brape kali repeat. Boleh ke grad tahun ni? Hahahha…,” ketawa Malik terus meletus.
“Hei…ni aku la. Aqil Faris bin Tan Sri Hasyim la. Kalau aku nak sesuatu, aku pasti dapat punya. Time tuh, kau telan air liur jelah. Ade hati nak mengata kat aku. Kau pun same la. Hampeh!,” balas Faris.
“Hahahaha…aku same dengan kau sebab aku kawan dengan kau. Kau la sebabnya aku still di tokok lame tau…”
“Yelah tuh. Boleh blah la….,” mereka sama-sama ketawa. Petang itu cuaca tak panas sangat. Mendung di langit dan awan berarak perlahan. Melepak di café seusai kelas sudah menjadi rutin harian Faris dan Malik. Mereka berkawan sejak tingkatan 1 lagi. Dan sehingga kini masih menjadi teman akrab.
“Aku nak pergi basuh tangan jap. Kau tunggu aku kat sini ek. Jangan mengatal ngan perempuan plak. Bukannya aku tak tau kau tu buaya…”, ujar Faris berseloroh. Malik hanya mencebik.
“Riangnya hati aku hari ni. Papa dah janji nak belikan kereta idaman aku. Kalau la aku dapat, huh…best giler…,” hati kecil itu menjerit keriangan. Faris bersiul-siul sambil membasuh tangannya di sinki. Sesudah itu dia menapak semula ke arah Malik.
“Bodoh! Woi, kau buta ke?” sergah Faris tiba-tiba. Habis basah bajunya gara-gara terkena air sirap yang ditantang oleh seorang gadis. Dah la baju aku ni mahal, branded lagi. Bodoh punya perempuan!
“Maaf. Maaf. Saya tak sengaja,” berdebar hati gadis itu. Dia tak sengaja melanggar lelaki di hadapannya. Fikirannya asyik dengan soalan quiz pagi tadi. Soalan tu bukannya susah mana tapi kenapa dia seakan tak boleh jawab. Mungkin ada silap. Tapi apa?
“Woi! Mengelamun plak. Kau dah terbang pegi mana?! Ni, baju aku ni. Macam mana? Branded tau. Bukannnya murah cam baju kurung kau yang kuno tu,” lancar saja mulut Faris berbicara.
Semua mata memandang ke arah mereka. Alia menjadi malu. Pipinya kemerahan. Dia betul-betul tak sengaja.
“Kalau gitu, saya ganti baju awak ni ek. Sorry, I didn’t mean it. It just an accident…” ujar Alia perlahan.
“Ris, pehal ni? Wow, baju kau. Elok-elok warna putih, dah jadi macam corak plak..” tiba-tiba Malik muncul disisi Faris dan bersuara.
“Ni, perempuan tak guna ni. Habis dia rosakkan baju aku. Mana entah dia letak mata tu. Geram betul aku!” balas Faris tak puas hati.
Jiwa Alia tiba-tiba mengelegak. Sedapnya mulut dia panggil aku perempuan tak guna. Sabar…sabar Alia. Sabar itu separuh daripada iman.
“Kan saya dah cakap yang saya boleh ganti baju awak ni. Nah, ni business card saya. Ambil ni dan call saya bila-bila masa. I have to go now, ada class…,” setelah meletakkan card itu di atas meja, Alia terus melangkah pergi. Kelas Managementnya akan bermula sebentar lagi. Lagipun itu cara terbaik daripada dia memarahi lelaki itu.
“Woi! Blah macam tu je?”
“Dah la. Ni kan dia ade kasi business card dia. Nah, ambil and kau contact la dia. Mintak dia ganti baju yang lagi mahal lagi,” Malik memasukkan kad yang berwarna putih itu ke dalam poket seluar Faris.
Petang itu Faris terpaksa pulang ke rumah. Hilang moodnya nak ke kelas. Gara-gara Alia Qistina binti Mohamad Yusuf. Diletak kad itu diatas meja kayu berhampiran dinding. Entah mengapa dia betul-betul bencikan perempuan itu. Dah la rosakkan bajunya dan blah macam tu je. Malunya… nanti la aku call dia. Mintak dia gantikan baju aku ni. Then settle. Malas aku nak berurusan lama-lama dengan perempuan. Leceh.
Seusai mandi Faris merebahkan dirinya ke atas tilam. Tiba-tiba dia bangun dan mencapai kad putih di atas meja. Alia Qistina binti Mohamad Yusuf. Pengarah Lights & Deco. Sebuah syarikat hiasan lampu barangkali. Tapi nampak muda lagi. Takkan muda-muda dah ada syarikat kot. Nak kata dia ni anak Tan Sri macam aku, tak la plak. Anak Datuk ke? Tapi takde tulis pun kat sini. Lantak dia la. Yang penting baju aku mesti diganti. Bukannya aku desperate sangat nakkan baju tu. Cuma memang pantang bila barang aku terusik.
Faris mendail nombor yang tercatat di kad itu. Beberapa saat kemudian panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum, hello?” Faris terkedu seketika. Suara itu tiba-tiba kedengaran sungguh lembut.
“Hello? Nak cakap dengan siapa?”
“Hello. Ni aku,” ujar Faris. Lama dia terdiam.
“Aku? Sape aku? ” Alia bingung seketika.
“Aku ni, yang kau tumpahkan air atas baju aku siang tadi. Ingat lagi tak? Ke kau sengaja nak buat-buat lupa pulak?” sengaja Faris bersuara tegas, melindungkan gentar yang tersembunyi.
“Owh, awak. Taklah. Tak lupa pun. Cuma tak sangka secepat ni awak akan call. Maafkan saya atas kejadian siang tadi. Macam ni, baju tu saya boleh ganti. Awak berikan saiz baju yang awak selalu pakai and I’ll buy it for you. White t-shirt, right?”
“Ingatkan dah lupa tadi. Saiz aku? Kalau baju tu tak muat ke, besar ke, macam mana?” tegasnya lagi.
“Sebab tu la saya cakap saiz yang awak selalu pakai. Memang la semua baju tak sama ada yang lain sikit. Nevermind, jenama apa t-shirt tu? Nanti saya carikan. Tapi kalau nak dapat petang esok payah jugak la. Sebab saya busy dengan kuliah. So, maybe hujung minggu ni saya pergi beli. Awak takde masalah kan? Sure bukan sehelai tu je baju yang awak ade kan?,” ujar Alia panjang lebar.
“Crocodile. White. Size….jap, aku tengok. L kot,”
“Kot? Hmm…takpelah. Nanti saya gantikan. Maaf ya. Ok, Assalamualaikum..,” terus talian dimatikan. Faris tersenyum sendiri mengingatkan Alia. Gadis itu seakan mengelamun ketika melanggar dirinya. Tapi walaupun payah untuk diakui, tetapi Alia kelihatan sungguh ayu. Baju kurung berwarna hijau dengan bunga-bunga kecil berwarna kuning dipadan dengan tudung labuh berwarna kuning cair. Wajah gadis itu nampak tenang. Tak kelam-kabut ketika meminta maaf dan tak marah ketika dia menghinanya. Hina? Tiba-tiba Faris bangun dan mundar-mandir. Serba-salah dirinya. Dia telah menghina seorang perempuan dan hinaan itu tak dibalas langsung.
“Argh, lantak la. Dia yang salah. Bukan aku. She deserves it!,” pekik Faris. Cuba menyelindungkan perasaannya.
“No way. This is not a love. I’ll never fall with a girl like that!,” pekiknya lagi.
Petang beberapa hari selepas itu Faris dan Malik menanti Alia di café berhampiran fakulti mereka. Suasana yang hingar-bingar menambahkan sesak di dada Faris. Entah mengapa dirasakan tidak tenang hatinya. Seakan-akan berdebar-debar. Tapi mengapa?
“Wei, aku tengok kau ni semacam je, apesal? Duduk tak diam macam cacing kepanasan. Bukan kepanasan dah tu, tapi macam kena bakar. Apesal?,” soal Malik yang sejak tadi memerhatikan gerak Faris.
“Eh? Aku? Mane ade. Ni haa, tempat ni kan agak panas. Tu lah aku jadi macam cacing kena bakar ni…,” balasnya pantas.
“Kau biar betul. Aku dah kenal kau lama la. 2, 3 hari ni aku nampak kau lain semacam. Kadang-kadang duk termenung sampai apa yang aku cakap pun kau tak dengar dah. Kau ade problem ke?”
Syukur sungguh di hati Faris saat itu dikurniakan teman sejati seperti Malik. Sahabat sejati sukar dicari, pabila hilang pasti rasa sedih dan sepi. Dia tersenyum sendiri.
“Wei! Aku tanya kau senyum pulak. Apa kena dengan kau ni?,” sergah sahabat itu.
“Haha…takde papelah. Aku ok je. Macam kau tengok la. Masih hidup ni haa…,”
“Cess…eh, tu. Dia dah datang,” Malik menunjuk ke arah seorang gadis berbaju biru air. Tenang wajahnya, sopan langkahnya. Gadis itu menapak ke arah Faris dan Malik yang berada di hujung café.
“Maaf sebab lambat. Ada kelas tadi. Ni, baju awak. Tengok la ok ke tak,” Alia menghulur paper beg berwarna coklat ke arah Faris. Tiada segaris senyuman atau secubit kemarahan. Hanya suasana yang biasa. Seolah-olah gadis itu tidak berperasaan. Segera Faris menyambutnya. Dikeluarkan t-shirt putih itu dan diukur di badannya yang tegap.
“Erm, nampak cam ok je ni,” ujar jejaka berambut gaya artis korea itu.
“Kalau gitu, baguslah.”
“Rasanya tak perlu la aku nak ucap terima kasih kan? Sebab ni memang salah kau. Ye tak?”
“Pinggan tak retak nasi tak dingin. Awak tak hendak, saya pun tak ingin. Ok, saya pergi dulu,” ucap Alia bersahaja. Kakinya ingin melangkah tetapi panggilan lelaki itu mematikan hasratnya.
“Hei.”
Alia berpaling.
“Saya ada nama. Dan nama saya Alia Qistina. Ye, ada apa Encik Faris?”
“Pape la. Ni, kenapa kau bagi benda alah ni dekat aku?” soal Faris sambil mengeluarkan kopiah berwarna putih daripada paper bag di tangannya.
“Owh. Benda alah tu namanya kopiah, kalau awak tak tahulah. Dah puas saya cari, rupa-rupanya ada kat dalam beg tu. Erm, takpelah. Awak ambil jelah. Tu abang saya punya. Dia ada banyak dah kat rumah.,” jelas Alia.
“Sape cakap aku nak benda ni?”
“Takde sape cakap pun, saya bagi. Ok lah, saya pergi dulu. Siiru ‘ala barakatillah.. Assalamualaikum…,” dan Alia terus berlalu.
“Ambil jelah benda tu. Kalau kau tak nak, buang je. Abis cite. Dah, jom blah. Aku dah lapar ni. Kita makan kat restoran kat Seksyen 3 ek,” Faris hanya menjungkit bahu dan disimpan kopiah itu di dalam paper bag bersama bajunya. Dalam hatinya perasaan mula bercampur baur. Namun cuba diselindungkan. Hairan bermukim di mindanya. Bagaimana Alia boleh mengetahui namanya sedangkan dia tidak pernah memberitahu namanya kepada gadis itu.
Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Perasaan itu masih tidak hilang dari dirinya. Semakin ingin diusir, semakin perasaan itu membelenggu. Entah mengapa dia sering memerhatikan Alia. Setiap saat pabila terluang, pasti dia akan sengaja menyorok berhampiran kereta Alia. Hanya untuk melihat gadis itu. Tidurnya tidak lena apabila teringatkan gadis itu. Apabila bertemu secara kebetulan, Alia hanya senyum. Senyum yang biasa dihadiahkan kepada orang-orang lain. Seakan mereka tidak pernah berkenalan. Walau amat perit, tetapi Faris cuba berlagak tenang. Dia juga berpura-pura tidak mengenali Alia.
Malik seakan dapat membaca gelora hatinya. Tapi sahabatnya itu hanya mendiamkan diri. Tidak pernah bertanya walau sepatah. Mungkin kerana dia tahu Faris tidak akan pernah mengakui hal itu. Terdetik juga rasa hairan. Kenapa Faris boleh jatuh hati (mungkin la kot, sebab Faris tak pernah mengakuinya) dengan gadis seperti Alia. Memang Faris agak terkenal di fakulti kerana kedudukannya sebagai anak Tan Sri dan juga mempunyai wajah yang tampan serta gaya yang tersendiri. Dengan semua itu Faris mampu memiliki gadis yang lebih baik daripada Alia. Alia hanya seorang gadis yang kekampungan. Wajahnya tak sejelita mana.
Faris tidak pernah berkawan atau berkenalan dengan mana-mana gadis walaupun ramai yang tergila-gilakannya. Entah mengapa bagi Faris, perempuan hanyalah menyusahkan. Sejak awal perkenalan mereka memang Faris cukup pantang dengan kaum Hawa. Tapi kenapa Faris boleh menyukai (yelah kot…sebab Faris tak pernah berbicara hal itu) Alia?
Di suatu petang yang hening di atas sebuah bukit yang amat menyenangkan…
“Faris, boleh aku tanya kau satu soalan?” soal Malik.
Faris memandang sahabatnya. Dan kemudian dia mengalih pandangan ke arah pemandangan yang amat indah dihadapannya. Dia mengangguk.
“Kau dah jatuh hati ke dengan budak tu?”
“Budak mana?” soalnya bersahaja tanpa memandang Malik.
“Ala, yang nama Alia tu. Sebab aku nampak kau lain macam je. Suka termenung, lepas tu….entahlah. Kau dah lain la.”
Faris hanya membiarkan persoalan itu.
“Kalau betul la kau dah fall kat dia, cakap je. Aku takkan gelak la.”
“Sebenarnya aku pun tak tau. Cuma aku suka tengok dia. Macam ada ketenangan bila aku tengok dia. Tapi aku pun hairan jugak, macam mana la aku boleh fall kat dia…”
“Owh. Kiranya betul la kau dah jatuh cinta ni?”
“Taklah…,” Faris cuba menafikan.
“Tapi aku pun hairan jugak, macam mana la aku boleh fall kat dia…bukan kau sendiri ke yang mengaku?” Malik tergelak. Lucu bila melihat sahabatnya itu menjadi malu. Tak pernah dia tengok Faris sebegitu.
“Wei, malu la aku. Dah la. Aku mengaku yang aku dah jatuh hati dengan dia. Dengarlah wahai dunia, AKU MENCINTAI ALIA!,” Faris menjerit sekuat hati. Suaranya menjadi semakin sayup.
“Hei, ape la kau ni. Kenapa?”
“Kenapa apa?” Faris memandang Malik. Penuh tanda tanya.
“Kenapa kau boleh fall kat dia?”
“Aku pun tak tau. Aku sebenarnya tak suka perasaan ni. Sebab tu la aku cakap perempuan ni leceh. Alia tu nampak biasa saja. Tapi aku pun tak tau kenapa aku boleh suka kat dia. Padahal berlambak lagi perempuan yang cantik dari dia. Entahlah. Alia macam tu, aku macam ni. Kami tak sama. Aku tak layak dengan dia. Dia baik, aku ni jahat,” luahan jujur daripada seorang lelaki yang mencintai Alia.
“Selama aku kenal kau la, tak pernah aku tengok kau macam ni. Apesal cepat sangat kau putus asa ni? Kan kau pernah cakap yang kau akan dapat apa yang kau mahukan. So? Anak Tan Sri Hasyim dah menyerah? Malu la sikit oii….”
“Kau tak faham la Malik..”
“Cuba cakap apa yang aku tak faham? Yang aku tau, cinta tu tak salah. Aku tak pernah pun gelakkan kau sebab suka dekat Alia. Aku sentiasa support kau. Jangan mudah menyerah la kawan. Kau try la dulu…”
“Habis, kalau dia reject aku?”
“Faris, kau kan tau kisah aku dengan Natasha. Mula-mula dulu dia tak pernah nak terima aku. Tapi aku tak pernah give up. Akhirnya dia terima jugak aku. Memang la kau rase benda tu macam payah. Tapi, believe me….bila kau rasa payahnya nak dapat sesuatu, kau akan lebih menghargainya…”
Faris memandang sahabat baiknya. Benar, Malik tak pernah menyerah dalam memikat Natasha. Malik benar-benar berusaha dengan sepenuh hati. Natasha seorang gadis yang periang dan antara yang terpandai dalam kelas mereka. Rupanya juga boleh tahan. Gadis berkaca mata itu mempunyai lesung pipit yang sentiasa kelihatan di wajahnya setiap masa. Rambutnya panjang hingga paras bahu. Hitam bersinar. Bibirnya berwarna merah jambu dan hidungnya mancung. Dia seorang yang up to date dengan fashion terkini. Tidak hairanlah kenapa Malik boleh menyukai Natasha.
Tapi percintaan mereka agak pelik. Hanya berjumpa ketika kelas dan tidak pernah keluar dating. Malik lebih banyak menghabiskan masa bersamanya. Tapi tak tahulah kalau mereka selalu keluar malam. Cuma sekadar yang diperhatikannya, Malik tidak pernah menunjukkan keromantikannya terhadap Natasha. Lain orang, lain caranya.
“Jauh termenung nampak?” tegur Malik mematikan lamunannya.
“Takdelah. Eh, kau faham tak maksud “Siiru ‘ala barakatillah”?”
“Erm, setahu aku la….aku tak pernah pun belajar Bahasa Arab ni. Sape cakap benda tu?”
“Alia.”
“Wah, sejak bila pulak dia cakap dengan kau?”
“Alah, yang masa dia kasi t-shirt akt aku dulu tu…”
“Oh. Ingat lagi ye? Hebat betul penangan cinta ni….,” Malik tergelak besar.
“Dah la. Jangan gelakkan aku lagi. Tumbuk karang kang…”
“Hahaha….bahagianya aku kalau boleh penumbuk kau. Yelah, setahu aku orang yang tengah dilamun cinta ni, segala benda yang dia buat, confirm tak jadi punya…sebab didepan mata hanya nampak orang yang tersayang je…”
“Eh, betul ke gitu?”
Malik ketawa terbahak-bahak sambil menepuk bahu Faris membuatkannya bertambah kebingungan. Petang itu menyaksikan satu lafaz kata daripada Faris. Hatinya kini terasa sedikit tenang. Tapi mungkin akan lebih tenang seandainya cinta itu dilafazkan terhadap Alia. Mungkinkah Alia akan menerimanya?
Pagi itu dia hadir awal ke fakulti. Kelasnya akan bermula jam 12 tengahari. Tetapi dia ingin bertemu dengan Alia, untuk menyatakan isi hatinya. Perasaannya bercampur baur. Resah hatinya, gelora jiwanya, hilang tumpuan fikirannya…
Dia terlihat Alia dari kejauhan. Segera dia menapak ke arah gadis itu.
“Alia,” panggil Faris.
Alia memandang jejaka dihadapannya. Langkahnya terhenti. Apa hal pulak dia ni? Ada yang tak kena ke?
“Saya nak cakap sikit dengan awak boleh tak?”
Alia merenungnya. Jarak mereka mereka 2 meter tapi dia masih dapat mendengar kata-kata itu dengan jelas. Saya? Hmmm….apa kena pulak dengan dia ni? Dah buang tabiat ke? Tak pernah pun guna saya bila cakap dengan aku.
“Maaflah. Saya ada kelas 5 minit lagi. Terpaksa pergi dulu…,” Alia berterus-terang.
“Kejap je. 5 minit, boleh?”
“If awak mintak 5 minit, macam mana saya nak hadir ke kelas on time? Masa tu amat penting tau tak. Takkan la saya nak bazirkan 5 minit semata-mata nak dengar awak cakap. Nak cakap apa pun saya tak tahu. Nak hina ke, marah ke….saya tak pasti. Yang pasti saya dah bazirkan 2 minit sebab cakap dengan awak ni. Saya kena pergi dulu…,” Alia tergesa-gesa menuju ke kelasnya. Faris hanya memandang hampa. Sedikit terasa hatinya apabila Alia menyindir. Tapi takpe, masih ada masa lagi.
Berhari-hari Faris cuba mendekati Alia. Namun langsung tidak berkesempatan. Alia seakan-akan mengelak daripadanya. Hampir sahaja dia berputus asa tetapi Malik sering memberi dorongan kepadanya.
Petang itu dia bertekad mahu jumpa Alia dan menyatakan isi hatinya. Alia sedang menuju ke arah kereta Myvi putihnya.
“Alia!”
Alia menoleh. Dia mengeluh kecil. Apahal la budak ni? Tak faham bahasa ke? Malas aku nak jumpa dia. Aku dah la busy nak ke syarikat ni. Hmmm…biarlah aku bagi dia peluang nak cakap banda yang dia nak cakap. Nanti dia takkan ganggu aku lagi dah.
“Ada apa? Penting sangat ke hal yang awak nak cakap tu?”
Faris menghentikan langkahnya di hadapan Alia. Nafasnya tercungap-cungap. Penat dia berlari mengejar Alia.
“Saya cintakan awak…” lelaki itu berterus-terang. Alia hanya memandangnya tanpa sepatah kata. Budak ni betul ke tak? Ke ada tercabut fius kat mana-mana ni?
“Listen here. I don’t want to waste my time just to listen that nonsense, ok? So, if you don’t mind, I want to go back right now,”
“No, that’s not a nonsense. It’s true. Saya dah jatuh hati dekat awak..”
“Takde la pulak saya nampak hati awak kat atas jalan ke, dekat dengan saya ke, kat mana-mana ke…. Benda macam ni bukannya boleh main-main. Cukuplah Encik Faris. Sape yang tak kenal dengan awak yang suka main-main tu? Sekarang ni nak kenakan saya pulak?” balas Alia jujur. Memang Faris agak terkenal dengan perangainya yang tak pernah serius dan suka main-main. Faris merenungnya. Gadis itu mula merasa tidak selesa. Mata itu seperti ingin membahamnya.
“Aku cakap, aku dah jatuh hati dekat kau la. Susah sangat ke nak percaya? Kau nak suruh aku buat macam mana lagi? Dah banyak-banyak perempuan yang nak dekat aku, kat kau jugak aku jatuh hati. Bukannya salah aku. Ni haa, kau tanya sendiri hati aku ni. Aku pun tak tahu kenapa dia boleh suka dekat kau. Yang merananya, aku! Tau tak?” Faris cuba mengawal perasaan marahnya. Agak geram apabila Alia hanya memandang enteng perasaannya.
Alia hanya memandang Faris. Pandangannya kosong. Benar, andai Faris terjatuh hati padanya, itu bukan salah lelaki dihadapannya ini. Tapi baginya ada perkara yang lagi penting daripada cinta. Lagipun dia masih belajar.
“Ok, so, awak nak saya buat macam mana? Terima awak? Begitu saja? Maaflah, saya tak dapat terima awak. Bukan saya reject awak, tapi saya tak boleh terima. Saya hargai perasaan awak dekat saya. Tapi percayalah, cinta bukan segalanya…,” luah Alia. Pantas dia memasuki keretanya dan menghidupkan enjin. Faris tidak menghalangnya. Hanya sekadar memandang kereta itu bergerak pergi. Sedih hatinya.
Hari-hari terus berlalu dan dia tidak jemu untuk memenangi hati seorang gadis yang dicintainya. Walaupun agak meletihkan dirinya, namun Faris tidak pernah menyerah. Cuma sekarang ini perasaannya bagai terhiris-hiris. Sakit hatinya melihat Alia bergelak ketawa dengan seorang lelaki di Mid Valley. Lelaki itu nampak seperti sebaya dengannya. Dia tidak tahu apa-apa. Yang pasti dia amat sakit hati dengan gelagat mereka.
“Patutlah kau tak nak terima cinta aku. Rupanya kau sibuk bercinta dengan jantan entah datang dari mana ni. Kau cakap cinta bukan segalanya, tapi sekarang ni mengalahkan orang dah berkahwin. Memang kau tu tak layak untuk dicintai. Cakap lain, buat lain. Menyesal aku jatuh hati dengan kau,” luah Faris geram. Alia terkedu. Entah dari mana Faris datang dan tiba-tiba muncul. Pandangan Faris saat itu amat menakutkan. Alia tidak bersuara apa-apa dan Faris terus berlalu. Berlalu membawa hati yang hancur.
“Siapa budak tu?”
“Dia satu fakulti dengan Lia. Biarkanlah dia tu. Nanti la Lia jelaskan dekat dia,”
“Nak jelaskan apa pulak? Bukannya kita buat salah pun. Abang cuma keluar dengan adik abang sendiri, salah ke?”
“Memang la tak salah, bang. Tapi takut dia sebar fitnah apa pulak. Susah Lia nanti…”
“Yelah. Suka hati Lia la. Ni ada mood lagi ke nak shopping?”
Alia tersenyum dan terus mengangguk. Abangnya baru sahaja pulang dari Madinah dua hari lepas. Hampir setahun mereka tak bertemu. Kebetulan hari itu hari minggu, sengaja diluangkan masa untuk bersama abang tersayang. Jauh di sudut hatinya dia merasa susah hati. Hati mana yang tak sedih bila mendengar orang yang disayangi meluahkan kata-kata sebegitu terhadapnya. Perasaannya sudah terusik dengan kesungguhan Faris. Tapi, cinta bukan segalanya…
“Faris.” Langkah Faris terhenti. Dia melihat Alia dihadapannya. Untuk apa kehadiran gadis itu pada petang yang mendung tika ini? Untuk menambahkan rasa mendung di hatinya. Mungkin dia gembira melihat aku begini. Terseksa kerana dia. Ah, pedulikan! Dia punyai kekasih hati yang mungkin amat disayanginya. Kalau tidak, dia takkan menolak aku. Aku tahulah aku ni tak layak nak dibandingkan dengan lelaki tu.
Faris terbayangkan wajah lelaki yang bersama Alia tempoh hari. Wajahnya nampak bersih. Sebaris gigi yang putih tersusun cantik terserlah apabila lelaki itu ketawa. Lesung pipit di pipi kirinya turut kelihatan. Lelaki itu bert-shirt hitam digandingkan dengan seluar slack berwarna khaki. Kopiahnya berwarna hitam. Amat sesuai digandingkan pasangan itu. Sama-sama kelihatan Islamic. Memang selayaknya Alia memilih dia, bukan aku.
“Awak ok ke?” soal Alia yang tiba-tiba sudah berada semester darinya. Ok? Tak ok la! Sedap-sedap je dia boleh tanya macam tu. Tak nampak ke aku ni macam mana?
Alia memandang lelaki dihadapannya. Fikirannya kelihatan amat berserabut. Rasa bersalah terbit dari hatinya.
“Boleh tak awak luangkan masa sekejap? Saya nak cakap sikit,”ujar Alia setelah pertanyaannya tak dijawab. Faris memandang sepi.
“Untuk apa aku bazirkan masa dengan kau? Kau kan sayang sangat dengan masa kau tu,” tiba masanya untuk memulangkan buah paku keras kepada Alia.
“Erm, saya minta maaf. Kalau awak tak nak, takpelah. Saya tak nak paksa,” balas Alia. Dia agak terasa dengan kata-kata Faris. Tapi, biarlah. Andai itu keputusan Faris, dia terima. Alia cuba mengukir senyuman dan terus melangkah.
“Kejap!”
Panggilan itu menghentikan langkah Alia. Alia tersenyum….
“Apa dia? Cakaplah..” Faris bersuara lembut.
“Pertamanya, saya minta maaf sebab awak jadi begini. Maaf sebab buat awak terjatuh hati dekat saya. Kedua, lelaki yang hari tu…abang saya. Dia baru balik dari oversea. Dan ketiga, saya bukannya tak ehem ehem kat awak. Cuma ape la ada pada saya ni. Saya ni gadis biasa saja..”
Faris mengerutkan keningnya. Semua kata-kata Alia difahaminya cuma…
“Ehem ehem? Mende tu?”
“Erm…..” Alia terasa malu untuk mengucapkannya.
“Itulah. Benda tu…”
“Benda apa? Kau ni cakap biarlah terang sikit. Dah la tengah mendung ni, cakap pun nak berselindung lagi. Apa yang sebenarnya?,” Alia memandang Faris.
“Awak ni tak boleh ke cakap elok-elok? Senang sangat nak naik angin. Dah la cakap kasar. Kalau saya dah tak suka kat awak, awak jugak yang rugi,” luah Alia. Hatinya agak geram dengan perangai Faris. Mudah sangat marah. Entah apa la yang mak dia makan masa mengandungkannya. Eh, ape la aku ni. Tak elok cakap macam tu.
“Dah tak suka? Means?” Faris cuba memahami kata-kata Alia. Alia tertunduk malu.
“Yes!” Lelaki itu melompat tinggi. Hatinya keriangan, jiwanya seakan ingin terbang. Pengakuan tanpa bicara itu amat ditunggunya.
“Alia, saya minta maaf sebab berkasar dengan awak. Saya Cuma sakit hati sebab awak nampak mesra sangat dengan abang…”
“Abang? Siapa abang awak? Dia abang saya, tau tak?”
“Hehehe…nanti jadi abang saya jugak..”
Jarak mereka masih semeter. Faris tersenyum lebar, Alia cuba menyembunyikan senyumannya. Satu pengakuan dan satu ikatan bagai terjalin tanpa bicara.
Percintaan antara mereka terjalin sudah beberapa bulan. Kalau dulu Faris mengatakan bahawa percintaan Malik dan Natasha pelik, hubungannya dengan Alia lagi pelik. Alia sudah menyatakan awal-awal yang dia tidak mahu berduaan dengan Faris atau bertemu dengannya. Mesej pun kadang-kadang sahaja. Itupun Faris banyak menerima mesej berunsurkan tazkirah daripada Alia. Pada awalnya agak payah untuk dia menerima keadaan itu. Dia inginkan pertemuan selalu. Dia ingin berbicara selalu dengan Alia. Tapi lama-kelamaan dia makin memahami Alia. Dia juga merasakan perubahan pada dirinya.
Tikar sejadah yang tidak pernah dibentangkannya sejak akil baligh mula menjadi tumpuannya jika ada waktu terluang. Dia tidak lagi keluar untuk lepak. Kadang-kadang masa yang ada digunakan untuk menelaah buku-buku yang diberikan oleh Alia. Buku-buku seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Mencari Damai, Minda Super Muslim dan lain-lain banyak mendidik dirinya. Pelajarannya juga bertambah baik. Ada peningkatan dalam setiap quiz yang diberikan oleh pensyarah.
“Wei, aku nampak kau dah banyak berubah la sekarang. Ni mesti gara-gara Alia ni. Hebat betul awek kau tu…”
“Cakap tu biar elok sikit. Bukan awek la…tapi muslimah sejati. Lagipun, zaman dah berubah, dunia dah maju. Kita jugak perlu berubah. Tapi biarlah perubahan yang positif dan dilakukan ikhlas kerana Allah. Tanpa ikhlas, setiap amalan pun tak guna…” ucap Faris panjang lebar.
“Terima kasih ustaz Faris. Ana dah insaf sekarang… sob…sob…sob…” Malik menangis olok-olok. Dua sahabat itu tergelak.
“Hahaha…ape la kau ni. Aku cakap benda yang betul la. Zaman jahiliyah aku dulu tu memang kelam. Aku ni jahat. Tak pernah nak solat. Tak pernah nak cakap elok-elok dengan orang lain, mudah naik marah…”
“Siapa cakap kau tu jahat? Setahu aku la…kau tak hisap dadah pun, hanya smoking. Kau tu pun bukan kaki perempuan, walaupun kau boleh buat macam tu kalau kau nak. Kau tu sahabat terbaik aku, tau tak? Always be there when I need you… Baguslah kau dah berubah macam ni. Aku ni, nak jugak. Tapi tunggu la hidayah dariNya,”
“Alia pernah cakap, hidayah tu kita kena usaha untuk cari, bukan hanya tunggu. Takkan boleh kalau tak berusaha…,”
Malik tergelak kecil.
“Yelah, aku tahulah. Kau ni asyik je sebut nama Alia. Tersedak dia karang. Kelmarin, semalam, pagi tadi, “Alia pernah cakap…” je. Dah tak de orang lain ke kau nak sebut?”
Faris tersipu malu. Alia banyak menasihatinya.
“Eh, kiranya kalau kau pass sem ni, kau dapat la kereta idaman kau kan?” tanya Malik tiba-tiba.
“Yup, betul. Toyota Vios Ex Edition yang baru keluar tu, berwarna hitam. Fuh…hebat la… Kau tau tak yang Ex Edition tu boleh pecut macam kereta lumba? Sebab ada speedy shift control. Best gile kalau aku bawak kereta tu..”
Malik hanya menggeleng. Cuma yang ni je Faris tak berubah. Yang dia tau hanya lumba dan pecut.
“Assalamualaikum. Awak ni Faris kan?”
“Waalaikummussalam.” Siapa la pulak dia ni? Tiba-tiba datang tegur aku pulak. Seperti pernah kulihat wajahnya, tapi di mana ya?
“Saya Khairul Atiqi, abang Alia Qistina.”
Patutlah seperti pernah berjumpa dengan lelaki ini. Dia yang keluar bersama Alia beberapa bulan lepas.
“Owh.. Ada hal penting ke awak datang jumpa saya?”
“Kalau boleh, saya nak cakap sikit dengan saudara. Boleh kita ke restoran di hujung bangunan ni? Rasanya agak senang berbicara di sana,” Atiqi memberi cadangan.
Faris mengangguk dan menuruti langkah Atiqi. Hatinya tertanya-tanya tujuan abang Alia datang menemuinya. Mungkinkah ada sesuatu? Hatinya mula rasa tidak enak.
“Sebelum saya berbicara lanjut, saya nak tahu sejauh mana hubungan awak dengan adik saya,Alia,” soal Atiqi. Dia memandang tepat ke arah Faris.
“Erm…,” Macam mana nak cakap ni?
“Saya dah tahu yang awak kamu berdua tengah bercinta. Cuma saya nak tahu sejauh mana dan seserius mana awak dengan adik saya,” ujar Atiqi lancar.
“Saya memang serius dengan Alia. Saya inginkan jadikan dia suri saya..,” balas Faris jujur.
Atiqi memandang lelaki dihadapannya. Matanya kelihatan tidak menipu. Sedikit sebanyak dia punyai ilmu untuk mentafsir seseorang. Semuanya dipelajari ketika di sekolah menengah dan di Madinah. Bukannya ilmu untuk suka-suka, tapi digunakannya hanya apabila ada hal penting. Seperti sekarang. Soal perkahwinan bukan soal yang mudah dan ringan. Mampukah Faris membimbing Alia dan menjadi seorang ayah yang boleh dicontohi oleh anak-anak mereka kelak?
“Ada seekor rusa yang amat cantik dan cerdik. Dia berkawan dengan seekor harimau. Walaupun ibu si rusa telah melarang rusa tersebut, dia tetap terus berkawan dengan harimau tersebut. Baginya harimau itu sahabat baiknya dan tidak akan memakannya. Suatu hari si harimau ingin bertemu dengan keluarga si rusa. Atas dasar persahabatan mereka, si rusa membawa si harimau bertemu keluarganya. Keluarga si rusa agak ketakutan kerana menganggap si harimau akan memakan mereka. Tetapi si rusa menjelaskan bahawa si harimau tidak akan memakan mereka. Ibu si rusa menghidangkan pelbagai jenis makanan kepada si harimau. Tetapi semua itu tidak menepati selera si harimau. Dia mula mengidam untuk makan daging rusa. Akhirnya semua keluarga si rusa termasuk si rusa tersebut menjadi korban si harimau…”
Faris mendengar cerita tersebut penuh perhatian.
“The End.” Ucap Atiqi. Faris mengerutkan keningnya. Sedikitpun dia tidak memahami kata-kata lelaki berkopiah di hadapannya. Apa kena-mengena rusa, harimau, aku dan Alia pulak? Hatinya tertanya sendiri.
“Faham ke?” soal Atiqi. Faris menggeleng.
“Rusa itu ibarat Alia dan awak adalah si harimau. Kedua-duanya berlatar belakangkan suasana dan kehidupan yang berbeza. Tidak mungkin si rusa mampu untuk masuk ke puak harimau, begitu juga si harimau. Andai ada mehnah dan tribulasi, sudah pasti si rusa menjadi mangsa harimau…”
“Mehnah dan tribulasi? Saya tak faham.”
“Mehnah dan tribulasi itu adalah cabaran. Andai kata kamu berdua ingin mendirikan rumah tangga, kamu perlukan lebih daripada cinta. Mampukah Faris menjadi ketua keluarga yang akan membimbing Alia dan anak-anak ke arah kejayaan dunia dan akhirat? Kalau ada cabaran yang terpaksa dihadapi, saya tidak mahu adik kesayangan menjadi mangsa Faris lantaran kekurangan ilmu agama…”
Faris terdiam mendengar kata-kata Atiqi. Rupanya inilah tujuan sebenar Atiqi, ingin memisahkannya dengan Alia. Tapi tidak semudah itu untuk dia menyerah. Belum sempat dia membalas, Atiqi terlebih dahulu berkata-kata.
“Maafkan saya andai kata-kata tersebut terlalu berterus terang dan menyakitkan hati saudara. Saya seorang abang dan Alia itu satu-satunya adik perempuan saya. Dia paling disayangi dalam keluarga kami walaupun dia bukan anak bongsu. Saya tak sanggup melihat hidupnya terumbang-ambing apabila berkahwin dengan saudara. Cinta itu tidak salah, tapi couple itu haram. Saya yakin Alia tidak bercouple seperti remaja lain pada zaman sekarang. Saya yakin dia amat menjaga ikhtilat dengan saudara. Andainya saudara cakap saudara akan belajar demi Alia, tapi sampai bila Alia harus tunggu saudara? Nafsu itu musuh insan, khuatir kamu berdua akan menjadi mangsa. Alia perlukan seorang lelaki untuk membimbingnya, bukan dia yang membimbing lelaki itu. Saya harap saudara faham. Saya terpaksa pergi dulu, malam ini saya ada ceramah di Masjid Mawaddah. Kalau senang, datanglah. Assalamualaikum…..,” Atiqi berlalu pergi meninggalkan Faris.
Malam itu Faris tidak dapat melelapkan matanya. Dipusing sebelah kanan, wajah Alia terbayang. Dipusing sebelah kiri, wajah Atiqi menjelma. Hatinya resah. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Atiqi. Dia hanya insan biasa. Ilmu agama hanya secangkir dijiwanya. Tapi dia tidak sanggup melepaskan Alia. Baginya Alia cukup sempurna. Takkan dia mampu untuk melepaskan Alia? Tanpa disedari ada titisan hangat mengalir dipipinya…
Hari itu Alia melangkah ke fakulti seperti biasa. Ramai yang melalui fakultinya yang menjadi jalan perantara bagi fakulti lain. Dia tercari-cari Faris yang selalunya akan berada berhampiran dengan café. Tapi sejak dari pagi tadi hingga sekarang, bayangnya langsung tidak kelihatan. Sihatkah dia? Atau ada sesuatu yang terjadi kepadanya? Tapi takkan dia langsung tak cakap dekat aku? Seribu soalan melanda dirinya. Fikirannya runsing memikirkan Faris. Sejak dua tiga hari ini Faris sering mengelak darinya. Entah apa yang berlaku, dia juga tidak tahu. Cuma Abang ada khabarkan kepadaku yang dia ada berjumpa Faris beberapa hari lepas, katanya hanya perbualan biasa antara lelaki.
Tidak mahu segalanya menganggu dirinya, lantas langkah diatur kekeretanya. Ada pertemuan dengan seorang pembeli daripada luar Negara pada hari ini. Walaupun Alia masih belajar, namun jiwanya cukup matang. Segala urusan di kedai tidak akan diabaikan, begitu juga pelajarannya. Sebenarnya dia tidak mahu menyambung pelajaran, hanya ingin membuka kedai lampu berbekalkan modal yang diberi ayahnya. Tapi ayah tetap menggesa supaya dia menyambung pelajaran. Kata ayah, para pekerja akan lebih menghormatinya dan ilmu perlu ditimba selagi boleh.
Dalam diri terasa amat bersyukur mempunyai seorang ayah yang berhati besar. Ibu turut memahaminya. Walaupun bergelar Datuk dan Datin, tetapi mereka jarang meminta orang memanggil mereka dengan gelaran itu. Dia juga tidak suka mendedahkan identiti ibu dan ayah yang tersayang. Cukuplah rakan-rakan tahu dia mempunyai ibubapa yang berkedudukan besar, bukan Datuk. Nanti terasa janggal pula.
Seminggu berlalu, kini Faris merasa lebih aman. Jiwanya lebih tenteram. Dia sudah beristikharah beberapa hari dan jawapannya tetap sama. Walaupun wajah itu agak kabur dalam mimpinya, tapi dia yakin bahawa itu bukan Alia. Gerak geri mereka tidak sama.
“Faris, awak sihat ke? Dah lama saya tak nampak awak…,” suara itu kedengaran agak sedih. Mungkin terasa dengan tindakan Faris. Mana tidaknya, lelaki yang dicintai seakan menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia tahu itu hak Faris, tapi andainya itu masalah besar bagi Faris, dia turut ingin membantunya. Wajah lelaki dihadapannya kelihatan amat tenang. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
“Alhamdulillah, saya sihat..” balasnya.
Masing-masing menyepi. Alia hanya memandang ke arah kasutnya. Terasa Faris terus merenungnya. Malu terbit daripada hati kecilnya.
“Alia, saya ingin bincang sesuatu.” Suara itu mendatar sahaja. Tapi kedengaran agak penting. Hati Alia mula meresah.
“Apa dia?”
“Saya rasa, ada baiknya kalau perhubungan kita setakat ini sahaja,” terasa berat untuk dilafazkan ucapan itu. Berkali-kali dia berlatih agar kelihatan tenang dihadapan Alia.
“Maksud awak?,” jiwanya bagai dilanda ombak tinggi. Meruntuhkan benteng-benteng semangat yang dibina.
“Maksud saya…kita break up,”
“But, why?,” mata itu mula berkaca. Tidak sanggup Faris melihatnya.
“Saya…saya rasa mungkin kita tiada jodoh. Biarlah. Anggap saja selama ini kita jahil…,”
“Can you give me a strong reason why we should end up here? Like this?,” terus saja Alia memotong percakapan Faris.
“Erm…..,” dia tidak tahu bagaimana ingin dijelaskan. Hakikatnya dia terasa amat tidak layak untuk terus bersama dengan Alia. Kesian Alia andainya mereka berkahwin. Dia tidak tahu bagaimana ingin mentadbir keluarganya menjadi Baitul Muslim. Selama mana Alia sanggup menunggu dirinya melengkapi diri dengan ilmu? Mungkin mengambil masa yang agak lama dan akan menimbulkan fitnah terhadap dirinya dan Alia. Dia lebih risaukan Alia, dia sayangkan Alia.
“Saya tak tahu. Tiada penjelasan,” ucapnya. Entah bagaimana terlahir ucapan itu.
Alia terus meninggalkannya tanpa sepatah kata. Terlihat air mata itu mengalir dipipi Alia. Remuk hati Faris saat itu.
“Alia, maafkan saya. Walaupun saya ingin menjadi sebahagian daripada hidup awak dan diri awak, tapi saya insan biasa. Saya banyak salah dan saya jahil. Awak tak layak hidup dengan saya. Saya tak tahu adakah saya mampu membahagiakan awak di dunia dan akhirat. Maafkan saya, Alia. Kerana cintanya saya terhadap awak, saya tak sanggup kita terlepas cintaNya kerana kejahilan saya…,” hati kecil itu berbisik perlahan.
**********
Faris mencuba sekali lagi. Alia masih tidak ingin menjawab panggilannya. Dia hanya sekadar ingin menjelaskan sebabnya. Agar Alia tahu dia terpaksa. Tapi bila difikirkan, untuk apa Alia tahu? Entahlah…akhirnya Faris pasrah. Segera dibuang simcard itu. Bagai membuang jauh-jauh kenangan antara dia dan Alia.
Walau berbatu sekalipun kau melangkah
Walau berjuta musim berganti saban waktu
Walau seribu kali kau ingin melupakannya
Hakikatnya tiada pernah terganti
Umpama bayang-bayang yang tidak pernah lekang
Daripada jasadnya…
**************
“Kak, sedapkan suara hafiz ni? Masa dia melagukan surah ad-dhuha, lagi sedap…”
Alia mendengar sahaja suara itu melagukan surah Al-Fath. Kedengaran sungguh tenang dan mengasyikkan. Seakan-akan hafiz itu menghayati sepenuhnya apa yang dilafazkan. Sejak akhir-akhir ini hafiz itu makin dikenali. Dia akan muncul seketika antara program untuk melagukan surah-surah yang dihafalnya. Semuanya diucapkan dengan penuh kesyahduan. Khabarnya hafiz ini baru pulang dari luar Negara, menuntut ilmu Qiraat dan ukhrawi di bumi Anbia’. Sepupunya, Aisyah, amat menyukai suara hafiz itu. Dia hanya sempat mendengarnya tanpa mengetahui siapakah gerangan pemuda itu. Sentiasa tidak berkesempatan kerana tarikh perkahwinannya bakal menjelang dua minggu lagi.
“Kak Alia mengelamun ke mana?”
Alia hanya tersenyum dan menggeleng. Suara itu masih kedengaran.
“Aisyah tak pergi tengok ke?”
“Takpe, Aisyah dah selalu tengok dah. Kali ni biar Aisyah tolong akak siapkan hantaran ni. Kenapa akak tak tempah je? Kan senang?”
“Aisyah, walaupun sesuatu itu kita inginkan, tapi hakikatnya yang merasa lebih tau baik buruknya. Walau akak nak je tempah, tapi kalau buat sendiri, lebih terasa…”
Aisyah mengangguk.
“Kerana ini yang hanya membuatku dapat merasakan suasana menjadi bakal pengantin, setelah kau pergi tanpa sepatah bicara…,” hatinya berbisik. Sayu bertandang seketika.
Lima tahun berlalu. Segala cabaran dan dugaan yang mendatang amat mematangkan dirinya. Walau berliku hidup terpaksa ditempuhi, tetapi dia kini mampu mengukir senyuman. Serasa dirinya seolah-olah telah lengkap. Mungkin belum lengkap sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya hidupnya tidak sia-sia. Dia punyai sesuatu yang amat berharga.
Hari itu dia menerima jemputan untuk bertarannum di sebuah rumah milik seorang keluarga yang berada. Walau debar di hati sudah tidak menentu, tapi entah kenapa dia masih punyai kekuatan dan ketenangan untuk melangkah ke rumah itu.
“Assalamualaikum ya ustaz…”
“Waalaikummussalam. Usahlah berustaz-ustaz dengan saya. Baru setahun jagung pak cik…”
Lelaki separuh abad itu ketawa kecil. Kemesraan terjalin antara mereka. Beberapa topik hangat tentang masa kini menjadi isu perbualan mereka.
“Alhamdulillah….anta kini dah Berjaya. Kagum ana dengan anta..”
“Berjaya? Masih banyak lagi yang perlu ana pelajari, belum dikira berjaya. Anta sihat? Sudah lama kita tak berjumpa. Syukran ya akhi…”
“Alhamdulillah, ana sihat. La baksa. Ana yang patut minta maaf daripada anta. Maafkan ana atas kesilapan ana…”
“Tak perlu. Ana yang terkhilaf. Kalau tidak anta yang tegur ana, sudah tentu ana takkan menjadi seperti ini..”
Faris dan Atiqi berbual beberapa ketika. Benar, kalau tidak kerana teguran Atiqi, sudah tentu dia takkan menjadi seorang hafiz seperti ini. Dia membawa diri ke Mesir kerana ingin melupakan Alia dan juga mempelajari apa yang dia tidak ketahui sebelum ini. Alhamdulillah, berkat usahanya, dia mampu menguasai ilmu bertarannum. Tambah pula dia punyai asas-asas dalam nyanyian kerana pernah ikuti beberapa kelas nyanyian di ibu Negara.
Kepulangannya kali ini kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan Alia. Atiqi sudah awal-awal lagi menghantar emel kepadanya. Beberapa hari dia merasa hidup ini amat sukar, namun berkat ilmu yang dipunyainya, dia mampu berdiri di halaman rumah Alia pada ketika ini.
Pabila kerinduan itu bertandang
Perasaan itu makin menghimpit hati
Seakan kuingin rebah tidak berdaya
Hanya bisikan kasihMu yang tidak pernah padam
Menjadikan diri ini masih mampu berdiri…
“Akak, kenapa hafiz tu ada kat rumah ni? Abang Atiqi panggil dia ke?”
“Erm, entahlah. Mungkin kawan abang Atiqi kot. Kan abang Atiqi banyak kenalan…”
“Wah…bestnya. Boleh la Aisyah kenal dengan dia…”
“Amboi, jangan nak menggatal la. Silap-silap dia dah ada isteri dah..”
“Mana ade. Dia muda lagi la, sebaya ngan akak,” ujar Aisyah. Matanya masih memandang Faris yang leka berbual dengan tetamu yang datang. Senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya.
“Eh, banyak pulak yang Aisyah tahu pasal dia. Rajin ye korek pasal orang lelaki ni. Ingat, kena jaga adab-adabnya..”
“Ye, Aisyah tahu la. Saje je korek pasal dia…,” suara itu kedengaran hampa. Aisyah duduk di sisi Alia. Mak andam sedang mendandan pengantin itu. Baju pengantin berwarna hijau kekungingan menjadi pilihan. Solekannya sederhana dengan sapuan bedak tipis dan secalit gincu. Itupun Alia yang inginkannya. Dia tidak mahu kelihatan terlalu menarik perhatian dan hanya inginkan kesederhanaan. Aisyah kelihatan agak muram.
“Kenapa dengan adik akak ni? Sedih pulak ke? Oklah, ceritalah pasal hafiz kesayangan Aisyah tu..”
Aisyah tersenyum.
“Nama dia Aqil Faris. Dulu dia tinggal kat KL….”
Kata-kata Aisyah hanya berlalu begitu sahaja. Hanya sepotong nama itu yang membuatkan dia terkaku. Aqil Faris. Masakan dia akan melupakan nama itu. Patutlah selama ini dia seakan mengenali suara itu walaupun tidak pernah melihat tuannya. Patutlah dia merasa amat dekat dengan lelaki itu. Suara itu tidak pernah lekang daripada mindanya. Sebelum Faris meninggalkannya, lelaki itu sempat menyanyikan sebuah lagu buatnya. Kaset itu diperoleh daripada Malik. Katanya itu adalah kata-kata terakhir yang ingin Faris ucapkan buatnya.
It never crossed my mind at all
That’s why I tell myself
What we had has come and gone
You’re better off with someone else
It’s for the best, I know it is
But I see you
Sometimes I try to hide
What I feel inside
And I turn around
You’re with him now
I just can’t figure it out
Tell me why
You’re so hard to forget
Don’t remind me
I’m not over it
Tell me why
I can’t seem to face the truth
I’m just a little too not over you
Not over you
Memories
Supposed to fade
What’s wrong with my heart?
Shake it off, let it go
Didn’t think it be this hard
Should be strong
Moving on
But I see you
Sometimes I try to hide
What I feel inside
And turn around
You’re with him now
I just can’t figure it out
Tell me why
You’re so hard to forget
Don’t remind me
I’m not over it
Tell me why
I can’t seem to face the truth
I’m just a little too not over you
Maybe I regret
Everything I said
No way to take it all back
Now I’m on my own…
Air matanya seakan ingin menitis. Dia memandang Faris dari kejauhan. Lelaki itu sudah banyak berubah. Kelihatan makin matang dan wajahnya kelihatan bercahaya. Mungkin nur daripada kalamullah.
Seandainya Faris mampu berkeadaan sebegitu, bermakna dihatinya aku sudah tiada. Bermakna aku harus melupakannya juga dan jangan pernah menghidupkan kenangan yang sudah lama aku kuburkan. Mungkin ini takdir yang tertulis antara kita.
Pernikahan aku dengan sahabat baik abang Atiqi adalah sesuatu yang tidak pernah kuduga. Tetapi aku bersyukur kerana Khusyairi adalah dia yang mencintaiku keranaNya. Tidak pernah melebihkan aku daripadaNya dan ibubapanya. Menghormati ibubapaku lebih daripada aku menghormati mereka. Maka, segalanya antara kita telah ternoktah disini. Aku menerima Khusyairi sebagai teman hidupku dan kau adalah sebahagian daripada warna yang tercoret di atas kanvas hidupku.
Majlis pernikahan itu selesai dengan jayanya. Faris mengucapkan syukur yang tidak terhingga buatNya. Mungkin dia terlepas muslimah sebaik Alia, tapi dia bukanlah yang terbaik untuk Alia. Dan keadaan dirinya membuatkan dia perlu melangkah lebih jauh. Andai itu jodohnya buat Alia, dia redha.
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya
Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
-THE END-














ermm,,nice story..
t0uching
cinta xsmstnye mmliki
a lot 0f moral values..
study w0rd arab jgk..huhu~~
ya Allah sgt2 bermkne cerite seperti ni..
ase teringin merubah diri saya jadi muslimah hebat seperti alia..
tp x tw nape perkara seperti ni seperti sgt sush uttk di buat..
huk3..
thniah penulis .
i luve dis cepen soo much..
good story…
menulis smbil berdkwah…
buat kita insaf dan bermuhasabah diri…
salam.

terima kasih kepada semua yang mmberi komen..
apa yg baik, dijadikan tauladan. yg buruk, dijadikan smpdn. wallahua’lam..
alhamdllh..syabas pda penulis…mgo Allah meberkti usaha anda n slmt ju jaya…salam
bes crpen nie..ad pngisian tntg Islam..
gud job zigaki asrar…
keep it up!!!
cerita yang bagus,membuatkan pembaca insaf dan memahami apa itu cinta.terima kasih penulis.semoga anda berjaya.
memang bagus a citer ,
terharu
sedih laa…!!!
btw,
gud job writer!
Salam. Saya tak berapa suka dengan permulaan cerita, tapi saya sangat suka di pertengahan dan akhir cerita. Tahniah pada penulis