Cerpen : Mimpi Eman

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

2,637 bacaan 17 ulasan

Oleh : Fatihah

Semalam aku bermimpi, ada dua ekor ular mengelilingiku, dua-dua sama panjang, sama besar, cuma ular yang kedua datang lambat dan menangis kerana ular yang pertama sudah membelitku hingga ke leher! Ya Allah! Astagfirullah……………….
Aku bangun, membasuh muka, berteleku di dalam bilik air untuk seketika. Sungguh seram, menakutkan, menggerunkan dan menggelikan bila mana ku ingat kembali kerana dengan haiwan itulah yang paling aku…………… eeeeee semua ada, geli, takut……… nasib baik Maslina yang tidur disebelahku tidak terjaga dengan dengus kesahku!
Esoknya aku menceritakan kisah mimpiku kepada abang Hanif, abang angkatku yang sudah ku anggap seperti abangku sendiri. Sudah lebih lapan tahun aku mengenalinya, sejak di sekolah menengah yang mana ketika itu, abang Hanif adalah guru praktikal di sekolahku.
“Ada orang nak masuk minanglah tu……….” Aku mengeluh kecil dan gurauan itu sungguh tidak dapat aku terima.
” Orang serius lah…… malaslah nak cakap, lagi pun orang ni kan kecik agi, baru lepas akil baligh,” Abang Hanif ketawa besar.
” Lepas akil baligh apanya, dah lebih suku abad” Aku hanya mengeleng kepala dan meneguk air dihadapanku, sambil rakaman mimpi semalam masih berputar. Ahhhh…. Payah sungguh nak hilangkannya…… bukankah mimpi itu mainan tidur?
” Esok orang nak balik kampung, Achik ada nak pesan apa-apa?” Abang Hanif termenung sejenak. Sejak mula kami kenal, itulah panggilan yang meniti dari bibirku kepadanya, sama seperti panggilan ahli keluarganya! Kan itu lebih mesra dan menandakan hubungan adik abang kepada kami? Jawapan yang selalu ku berikan apabila ada kawan-kawan yang menegur panggilan mesraku, kerana……. Achik kan cikgu aku, sepatutnya, aku panggil….. Cikgu! Hi hi hi……
“Wei, pesal senyum laks? Seronok ada orang nak masuk minang ke?”
“Ler….. tak teringin nak kawin lagilah. Orang tanya ni….. nak kirim apa-apa ke, tak nak kirim duit ke kat mami…….” Abang Hanif senyum. Mami dan papa dah jadi seperti keluarga abang Hanif juga. Maklumlah, keluargaku cuma tiga, papa, mami dan aku! Ooooppppssss….. ada satu spesies lagi…… Laila…… kucing siamku!
“Orang lupalah….. ada meeting, Nanti kalau ada apa-apa, Achik call orang….. kalau takut abih kredit, sms je, mmmm orang chau dulu, kim salam kat kak Sumi, lama tak jumpa, orang wenduuuuu…..” Aku bergegas menghabiskan sisa minuman di dalam gelas dan mengangkat lap top lalu berjalan laju kearah pejabatku. Sebelum melintas jalan, aku sempat mengerling kearah abang Hanif, jejaka manis berlesung pipit yang bakal menamatkan zaman bujangnya dua bulan lagi. Abang Hanif hanya melambai kecil kepadaku dan bangun dari kerusi, gerai persinggahan kami setiap hari Khamis, kerana hari Khamis saja, sekolah pulang awal, pukul 1.20, masih sempat makan tengahari bersamaku.
Malam itu aku bermimpi lagi. Mimpi yang sama dan ia seolah benar-benar berlaku! Ya Allah….. aku begitu takut sehinggakan tidak dapat melelapkan mata!
“Wei….. bangun sembahyang Subuh!” Suara Maslina yang perlahan sikit dari penggera kebakaran di pejabatku menyebabkan aku tersentak lalu bangun terduduk!
“Aku cutilah…..!”
“Up…. Sorry! Kau tak bagitau pun!” Aku hanya memandang lesu wajah bersih Maslina, yang sudah hampir dua tahun menjadi rakan sebilik merangkap rakan seapartmen!
” Aku nak balik kampunglah Lina……….”
“Baru minggu lepas kau balik, banyak duit sangat ke?” Ayat perli itu sudah biasa ku dengari kerana kebiasaannya, Maslina lah banker terbaik yang pernah ku temui dalam hidupku, bila-bila masa boleh buat loan dan bila-bila masa boleh bayar loan! Yang pasti, aku setia pada janji, kalau aku kata bayar dua haribulan, tepat dua haribulanlah aku bayar, mungkin sebab itulah dia percayakan aku!
” Aku heranlah Eman, duit gaji banyak-banyak tu kau buat apa? Asyik miskin memanjang! Hutang apa yang banyak sangat perlu kau bayar tu?” Aku akan tersengih saja tanpa komen setiap kali mulut kecil comel itu bergerak tanpa henti selama beberapa minit! Entahlah, aku pun tak tahu kemana hilangnya duit gaji itu, selain bayar ansuran kereta, sewa rumah, bagi dekat mami, dan potong gaji untuk Tabung Haji! Baki lagi seribu tu…… bukan banyak sangat seribu kat Kuala Lumpur ni, aku shopping dua jam habislah……..
“Kau nak ikut?”
“Ikut pergi mana lak ni?”
“Ikut balik kampunglah, ala…. aku ada duitlah, semua aku tanggung!” “Bukan sebab tu, aku kena kursus, kat Langkawi, sampai Selasa depan, aku pun rindu kat mami, lama tak jumpa….. kirim salam je lah!”Aku mengangguk lagi!
Aku meletakkan beg sandang yang berisi dua helai t shirt dan sehelai jeans hitam. Balik dua hari saja, tak perlu bawa baju banyak-banyak! Pintu ‘sportage’, kekasih hati ku, ku tutup perlahan.
Lagu ‘Lonely’ bergetar di dalam poket seluarku.
” Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam, ha Nurul, minggu ni balik tau, ada surprise untuk Nurul ” Suara mami yang girang seperti biasa, bakal menceriakan lagi perjalanan pulangku.
“Ni, orang nak baliklah ni, mami masak kurma ayam kat orang tau!” Senyuman yang ku bawa dari selepas bercakap dengan mami masih bersisa tatkala……. brek ku tekan sampai rapat dan ku cuba mengelak tapi…………………. Ya Allah! Kelam……..
“Dik…. dik….” Suasana kelam kabut di sekelilingku masih asing….. dadaku terasa sakit, senak….. Ya Allah….. apa yang terjadi…….. ada darah di stereng kereta….. dan mulutku payau…….. se ‘macho’ seorang gadis bernama Nurul Aiman, akhirnya pengsan apabila darah menitik dari mulut……
“Mami……” Wajah mami dan papa kelihatan, tatkala mata yang amat berat ini terbuka! Wajah Maslina dan seorang lelaki asing……..
” Nurul accident betul-betul kat simpang keluar dari apartmen, tapi sikit je……”
Aku mengangguk. Aku melihat sekeliling, di dalam bilikku? Kenapa bukan kat hospital? Tak boleh cuti jugak nampaknya untuk hari Isnin!
“Lama ke orang pengsan?” Maslina mengangkat tiga jari, menandakan tiga jam. Aku cuba bangun tapi sakit didadaku masih terasa. Kalau sakit macam ni, boleh mintak mc tiga empat hari lagi ni! Senyum kecil spontan tercetus dari bibirku.
“La….. mami punyalah risau, cepat-cepat datang, dia boleh senyum pulak!” Mami sudah mula berceramah sambil membetulkan plaster di pipiku.
” Lambat jugak nak sembuh ni, tak sempat hujung bulan depan,”
“Ish awak ni, kesitu pulak, bagi lah anak kita rehat dulu!” Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. Maslina senyum, dan lelaki asing berkumis dan berjambang yang dijaga rapi itu juga senyum….. dan bila dia senyum….. seperti ‘dejavu’ pulak, macam pernah nampak!
” Kenapa ni mami, papa?” Mereka mengelengkan kepala lalu menyuruh aku berehat, lalu meninggalkan ku bersama Maslina saja di bilik. Kalaulah tak kerana sakit di dada dan pedih luka bekas jahitan di pipi dan dahiku, sudah lama aku bangun dan bersoal jawab dengan mereka!
“Siapa tu Lina?” Maslina senyum.
“Takkan kau tak kenal bakal suami kot!”
“Bakal suami mana pulak ni, kau jangan main-main……” Aku mengambil ubat dari tangan Maslina dan menelannya pantas.
“La….. mami bagitau, doktor Rezal, dua pupu kau tu, bakal suami kau…… hujung bulan depan nak langsung……… ish….. macho gila……. wei…….” Suara itu mula pecah pecah di gegendang telingaku…… kata-kata abang Hanif tatkala aku menceritakan mimpiku, mula terngiang-ngiang…………. mami, orang tak mahu kawin…………………..! Pandangan tiba-tiba kelam……. suara Maslina memanggil mami dan papa mula sayup……. gelap gelita!
Itu cerita dua bulan lepas! Kini aku terdampar di pulau ini…. keseorangan! Hanya seorang yang mengetahui tentang aku di sini…….. abang Hanif! Anak derhaka kah aku? Surat cuti tanpa gaji untuk majikanku, surat selamat tinggal sementara untuk mami dan papa dan surat minta maaf untuk Doktor Rezal yang masih sanggup menunggu keputusanku kerana dia masih menyayangiku, katanya…… semuanya aku poskan sahaja! Semuanya datang secara tiba-tiba dan akal warasku, hati perempuanku walaupun sekelumit, tersentuh jua!
Pasir itu ku kuis dengan reranting pohon ru yang gugur. Di sini sunyi, angin laut yang berhembus, ombak yang menghempas dan aku tidak pernah setenang ini.
Lagu ‘Tiada Lagi Tangisan’ bergetar dari dalam poket jeans lusuh ku.
” Nurul, merajuk lagi dengan mami? Mami tak akan paksa Nurul kawin, Nurul baliklah, mami rindu, papa pun, Laila pun asyik mengiau saja, balik ye sayang!” Lambang gagang telefon warna merah ku tekan. Suara mami hilang. Ada air yang bergenang, sudah lama air ini tidak membersihkan mataku, kecuali ketika kedudukan ‘contact lense’ ku tidak tepat, atau ada habuk yang menjengah mata!
Kali terakhir aku menangis, ketika tingkatan 5, ketika Doktor Rezal menghantar poskad bertulis ringkas dari United Kingdom,
‘Nurul sayang, abang minta maaf, abang sunyi dan abang dah jumpa orang lain disini, jaga diri, belajar rajin-rajin’ dan selepas itu aku ponteng sekolah seminggu, bengkak mata ku tidak mahu surut, sehinggakan papa mengesyorkan doktor pakar mata, kerana aku terkena sakit mata yang serius! Aku bangkit dari rasa kecewa dengan ‘Nurul Aiman’ yang baru, yang macho dan berjanji tidak akan menangis lagi!
Tiada siapa yang tahu, waima mami dan papa sekalipun!
“Eman!” Aku berpaling kearah suara yang memanggil.
“Achik? Buat apa datang sini?”
“Bimbangkan Eman le……”Aku meneruskan perjalanan melalui gigi air….. dan hujung ombak membasahi kaki seluarku. Kedatangan abang Hanif telah ku jangka. Dia tak akan betah membiarkan aku di sini keseorangan.
“Orang dah besar, baik Achik bimbangkan kak Sumi, tak berapa hari lagi kan?” Senyum nakal, ku sedekahkan kepada abang Hanif yang masih serius.
“Eman?”
“Apanya?”
“Kita duduk kat kerusi tu,” Aku mengangguk dan membuntuti abang Hanif ke kerusi batu.
Ada sesuatu yang gundah, ada sesuatu yang resah…….
“Kenapa Achik? Tak cukup duit ke nak kahwin?” Dia mengeleng.
“Tak jadilah Eman! Semua dah batal…..”
“Pihak kak Sumi batal? Ish….. ada boy friend lainlah tu…..”
“Bukan….. Achik yang batalkan…..”
“Kenapa pulak? Kak Sumi tu cantik, lemah lembut, cikgu macam Achik gak…. apa masalahnya?” Abang Hanif memandangku tajam. Pandangan yang tak pernah diberikan atau pun aku tak pernah terperasankan sebelum ini. Tanganku di raih pantas, sehinggakan aku terkedu.
“Sebelum ni, Achik dah rasa, tapi Achik ingatkan itu cuma rasa dari abang kepada adik, tapi, Achik rasakan yang lain…… dan Achik tak boleh terima orang lain, dan Achik tak boleh terima orang lain memiliki Eman, Achik cemburu sangat…….” Mataku masih tak berkedip, tanganku masih digenggamannya dan ………. adakah hatiku juga di genggamannya?
“Eman ingat tak mimpi Eman tu?” Aku mengangguk.
“Abang lah salah satu dari ular tu…..” Aku terkedu lagi. Mungkin benar mimpi ku itu, atau mungkinkah satu kebetulan….. Cuma yang aku tak pasti, abang Hanif ular yang membelitku atau yang menangis…….


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Cerpen : Mimpi Eman”
  1. xyda says:

    apesal t`gantung???
    nk ader yg 2nd kew???
    pepapn gud job!!!

  2. yani says:

    la t’gantung plak,sambung cepat sikit nak tau juga ular yg mana pilihan Eman. :lol:

  3. nuriz says:

    yelah tergantung…
    citerkanla smp habis,

  4. fatiah says:

    aik, nape mcm xtmt aje cite nie?…

    tpi overall ok ar, best

  5. erica71 says:

    aik…dah habis?xsempat nak feeling la :x Achik ular yg mana satu yek?

  6. Que_Lyana says:

    Salam.
    1) penyusunan ayat bagi betul ye
    2) kemaskini penggunaan tanda baca
    3) perjalanan cerita biasa saje, tapi oklah
    3) Tahniah! teruskan berkarya

  7. billynain says:

    teruskan usaha
    plot tak berapa kemas,
    bahasa dh okey tp kena perbaiki lg
    overall okey…but mana penamat cerita?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"