
Cerpen : Satu Yang Sejati
Oleh : Hurin Ahmad
Bab 1
Sekali lagi air matanya tumpah, menangisi nasibnya yang tak menentu halanya. Dia terpaksa akur dengan keinginan terakhir ibunya. Maimunah telah terlantar di hospital selama tiga hari dan dikhabarkan bahawa dia mengidap kanser otak. Tubuh tua yang terbaring lesu itu terus membujuk dirinya agar menyetujui cadangan itu.
Sehari sebelum mendapat tahu berita tentang penyakit ibunya, dia telah diputuskan oleh Azman. Hidupnya terasa bagai orang yang jatuh ditimpa pokok, lebih sakit daripada ditimpa tangga. Tiada harapanlah Maimunah untuk melihat anak daranya itu naik pelamin sebelum dia menghembus nafasnya yang terakhir.
Gadis yang masih bengkak matanya itu termenung kaku memandang keluar tingkap kedai makan kesukaannya, Sushi Tei. Kata-kata ibunya tadi masih terngiang di kotak ingatannya.
“Mia, mak nak sangat tengok kamu kawin, nak, jangan lah tunggu lama-lama, takut mak tak sempat tengok..”, suara tua itu terdengar sayu.
Mia tersedar dari lamunannya apabila dia terserempak dengan seorang jejaka yang sangat dikenalinya, seorang waiter yang sudah tidak asing baginya, Jojo!
“Tolonglah, demi mak aku”, Mia merayu kedapa teman baiknya yang perwatakannya agak feminine sebagai seorang lelaki itu. Jojo berkeras menolak cadangan Mia yang dianggapnya konyol itu. Namun Mia sudah bertekad untuk melaksanakan misinya itu.
“You ni, I juga yang kena tanggung akibatnya nanti”, Jojo mengingatkan lagi, “lagipun, Auntie Mai tu mummy you, you mana boleh tipu, you jujur ajelah”
“Mana boleh! Mak pasti sedih bila aku tak dapat tunaikan keinginan dia tu, dahlah aku putus dengan Azman pun dia tak tau..”, Mia mengimbau saat-saat lukanya ditinggal sang kekasih yang sangat dicintainya itu.
“You buat apa fikir banyak pasal si Azman tu?! Dia kan dah mempermainkan you “, Jojo menyambung hujahnya, “tak faham betul aku”
“Haa, susahkan? Itulah sebabnya aku perlukan jasa budi kau tu, tolonglah ye? Jadilah suami palsu kepada aku ni. Aku kasi kau ganjarannya nanti, yerk??”.
Jojo akhirnya kehabisan kata seraya itu dia menganggukkan kepalanya sambil menganggkat tangannya tanda menyerah.
“Let the game begin!”
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Jojo diubahsuai oleh Mia menjadi 100% lelaki sejati hanya dalam masa setengah bulan. Malahan, cara percakapan dan kelakuan Jojo yang ala-ala mak cik tu pun telah diubah. Maimunah pula berkenan betul dengan Jojo yang dipanggil sebagai Jeff itu.
Jojo dengan nama sebenarnya Jeffri itu sesuai sangat dengan cita rasanya tentang menantu yang diidamkan-idamkan oleh Maimunah. Dalam kesakitan yang dialaminya itu, dia berasa lega kerana dia yakin bahawa Jeff adalah lelaki yang baik, yang pantas untuk menjadi pendamping hidup anak tunggalnya, Mia. Tambahan pula Jeff memberitahunya bahawa dia tulus mencintai anaknya dan berjanji akan menjaganya sepenuh jiwa dan raga.
Maimunah tersenyum sendirian menggambarkan kebahgiaan yang akan dicapai oleh anaknya. Terasa segala bebenannya terlepas. Dia telah menyatakan kepada Jeff semasa waktu melawat tadi agar cepat-cepat menikah dengan anaknya. Pemuda itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
“Mia, you yakinkah semua ni akan berjaya? Lama-kelamaan, I rasa tak sampai hatilah tengok mak tu”, Jeff telah terbiasa memanggil Maimunah sebagai ‘mak’, rasa ganjil pula bila panggil Auntie. Dah tuan punya badan yang suruh.
“Apalagi aku, lagilah aku tak sampai hati, kan aku anaknya”, balas Mia, “aku hanya mau tengok mak bahagia hingga saat-saat terakhir hidupnya, biarlah bila perkahwinan kita ni palsu, asal zahirnya nampak nyata, cukuplah..”, lalu dia keluar ke muka pintu.
Mengapa harus berpura-pura, Mia? Tanya Jeff sendirian sejurus kelibat Mia sudah tidak kelihatan lagi.
Bab 2
Sekali lagi ucap puji kesyukuran ke hadrat ilahi tidak lekang dari bibir kering milik Maimunah. Akhirnya, Mia dan Jeff selamat diijabkabulkan. Acaranya diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana kesihatan Maimunah yang tidak mengizinkan. Pada malam itu, Maimunah pulang ke istana besarnya bersama anak dan menantunya. Mia sudah memaksa Maimunah untuk berehat di hospital sahaja, namaun Maimunah enggan. Gembiranya dia apabila menentunya itu berpihak padanya.
“Ambil lauk tu lagi Jeff”, kata Maimunah dengan suaranya yang agak serak
“Masih banyak ni mak, dah cukup”
“Jeff ni malu je mak, makannya boleh tahan banyak juga”, sampuk Mia
“Eh, kau ni Mia, tak baik tau buat suami macam tu”, Maimunah menasihati anaknya yang terlepas kata itu, “panggil Jeff aje pula tu, tak sopan, kan Jeff?”
“Tak apa mak, mungkin Mia belum biasa lagi”
“Tak boleh biarkan macam tu aje Jeff, beruntung kamu punya suami macam Jeff ni Mia”, Maimunah berkata lagi, “jangan dipersiakan, panggil suami tu kena elok, panggil ‘abang’”
Mia terbatuk mendengar penjelasan ibunya itu lantas tetawa kecil. Mungkin berasa malu juga kena panggil Jeff dengan panggilan itu. Maimunah menggeleng-gelengkan kepalanya memerhatikan kelakuan anaknya itu.
Kedua-dua manusia itu terasa janggal kerana terpaksa tidur sekamar. Mia yang dari tadi duduk di birai katil hanya duduk membisu. Dia sedar bahawa di dalam alam perkahwinan, hari itu adalah malam pertama bagi semua pasangan. Setelah agak lama mengkaku, Jeff berdiri mendekati katil. Mia sudah mandi peluh, takut dirinya diapa-apakan.
“No worries, nak ambil bantal je”, kata Jeff sambil mencapai sebiji bantal, “I’m gonna take the couch”
Mia tersenyum bodoh, malu juga dia kerana sempat berfikiran yang bukan-bukan. Dia sudah lupa tentang Jojo, yang dia tahu, lelaki yang berada beberapa langkah dihadapannya itu ialah Jeff, 100% lelaki. Setelah mendengar kata-kata Jeff tadi, dia bernafas lega. Mia berbaring di atas tilam yang empuk itu, “Good night.. Jojo”.
“Mak ni, kan masih terlalu awal nak beli barang untuk baby”, rungut Mia yang sudah kelelahan berwakaf di dalam The Mall Gadong.
“Kita kena sediakan awal, kan ni untuk cucu mak yang pertama, jadi mesti special!”, jawab Maimunah ibarat orang yang sihat walafiat.
“Mak, Jeff tak lama lagi datang jemput kita ni, nanti terpaksa pula dia tunggu lama-lama, kan kesian dia mak, dahlah dia banyak urusan”, pujuk Mia.
“Ye tak ye juga, okay then”
Mia dan Maimunah berlalu keluar dari shopping complex membeli belah yang tampak agak lenggang pada hari itu, maklumlah bulan tualah katakan. Tanpa sedar, mereka telah diperhatikan oleh tiga orang lelaki dari kejauhan. Serta merta, terasa beg tangan milik Mia dan Maimunah diragut oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali itu.
Mia masih sempat bergelut dengan seorang lelaki yang meregut begnya. Lantas lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau kecil yang disembunyikan di dalam jaket kulitnya. Mata pisau itu sempat menghiris tangan Mia. Maimunah yang melihat kejadian itu lantas berteriak.
Satu tumbukan hinggap ke wajah lelaki yang melukai Mia. Jeff kelihatan segak sambil melawan lelaki-lelaki jahanam itu satu-persatu hinggalah datang beberapa orang security menangkap si pencuri.
Di dalam kerisauan, dia bersyukur kerana tidak terluka dalam kejadian tadi, bahkan Jeff juga beruntung kerana tidak menerima satupun pukulan percuma dari lelaki-lelaki tadi. Hanya saja anak kesayangannya itu terluka hasil pergelutannya dengan pencuri tadi kerana enggan melepaskan beg tangannya. Maimunah merenung wajah menantunya yang pucat kerisauan. Andai Jeff tadi datang terlambat, tak tahulah nasib mereka beranak. Kebetulan pada hari-hari begitu, shopping complex di situ sangat sunyi.
Dia menggenggam tangan menantunya itu agar menghilangkan serba sedikit kerisauan yang menggunung di hati Jeff. Maimunah rasa bersalah.
Bab 3
Sudah seminggu berlalu, Mia sudah beransur pulih dan mulai bekerja semula. Maimunah dan Jeff gembira sekali. Mia masih ingat akan kata-kata Jeff yang membuatnya bingung dengan perasaannya sendiri. “Lain kali kalau nak jalan-jalan tu, bagitau I dulu, buat risau macam nak rak aje”. Suara kebimbangan Jeff itu melekat di kepalanya.
“Nanti balik office, cepat-cepat pulang yerk?”, tiba-tiba kepala Jeff menjengul dari pintu kamar mereka. Mia cepet-cepat menganggukkan kepalanya sambil menutup bahagian dadanya, malu kerana dirinya masih berkemban. Terdengar suara Jeff tertawa di luar.
Petang itu, Mia menerima panggilan dari hospital. Dikhabarkan bahawa ibunya pengsan setelah jatuh dari tangga. Lantas, Mia mempercepat langkahnya menuju ke kereta untuk pergi ke hospital.
Matanya memandang sayu ibunya yang terlantar lemah. Doktor mengatakan bahawa ibunya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Namun hatinya tetap pilu, teringat penyakit mematikan yang dihidap oleh ibunya, dia menangis di sisi Maimunah hingga terlelap.
Sudah 2 jam dia menanti, namun kelibat yang dinanti-nanti belum juga kunjung tiba. Jeff menunggu dengan sabar. Telefon bimbitnya berdering lalu diangkatnya tanpa memeriksa siapa gerangan yang membuat panggilan. Setelah mematikan talian dia bergegas mendapatkan kunci kereta.
Setiap bait wajah Mia dan Maimunah bermain-main di kotak fikirannya yang masih terbelenggu.
Dia mengerti akan kelakuan Mia yang lupa memaklumkan dirinya tentang keadaan mertuanya itu. Jeff memerhatikan wajah isterinya yang jelas kelihatan lepas menangis. Mungkin bimbang sangat akan keadaan ibunya. Kesal juga dia kerana Pak Karjo, pemandu kereta mereka tidak memberitahunya awal-awal lagi. Jeff memunajatkan rasa syukur kerana ibu mertuanya itu tidak apa-apa. Cuma pengsan sahaja.
Jeff menuju ke almari kecil yang terletak berhadapan dengan katil pasien. Dia mencapai sehelai selimut yang tersusun rapi lalu menyelimuti tubuh isterinya yang kurus itu. Lalu dia mengambil tempat di sebelah Mia sambil menghayati setiap corak ukiran wajah insan yang semakin disayanginya itu kemudian mengalunkan ayat selamat hari jadi ke telinganya. Tanpa disedari dia akhirnya turut terlelap sama.
Mia menguap sebangunnya dia dari tidur. Sejurus terpandang wajah Jeff yang terlena, dia teringat akan kata-kata Jeff pagi tadi. Arghhh. Menyedari adanya sehelai selimut yang menutupi tubuhnya, dia semakin rasa bersalah. Pasti Jeff. Lantas, dia berdiri lalu meyelimuti tubuh yang entah pernahkah dianggapnya sebagai seorang suami.
Setelah mencuci muka, Mia menuju ke rumahnya untuk mengambil beberapa perkakas keperluan ibunya. Dia ingin ibunya dirawat di rumah sakit agar penjagaan yang rapi akan diberikan kepada insan yang begitu disayanginya itu. Takut kejadian yang sama akan terulang lagi apabila ibunya bebas untuk ke mana-mana.
Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja. Lilin yang mungkin sudah terpasang, kini sudah padam. Jeff kah yang sediakan semua ni? Tapi untuk apa? Sekali lagi dia teringan pesan suaminya itu, “Nanti balik office, cepat-cepat pulang yerk?”. Mia memerhati ruang makan dengan teliti. Mia mendapati sebuah kotak kecil di atas kerusi makan yang biasanya diduduki oleh Jeff. Lantas dia membukanya perlahan. Seutas rantai yang berbuahkan bentuk hati. Hati wanitanya tersentuh. Matanya menangkap sebuah nota kecil.
‘Selamat Hari Jadi yang ke 25 tahun, sayang.
Setiap detik waktu I bersama you, adalah saat-saat yang paling berharga bagi I’
Terasa air hangat menitis deras di pipi gebu milik Mia. Dia semakin bingung dengan Jeff. Bukan, dia bingung dengan perasaannya sendiri!
Bab 4
“Mia, I perlukan something”
“Apa tu? Cakaplah”
“I perlu money”
“Gaji awak sebagai pengarah tu tak cukup ke? Kalau tak, I naikkan pangkat awak lagi”
“Bukan macam tu Mia, lagipun itu dah tak betul dengan syarat kawin kita”
“Tak apa, I dah cukup bersyukur sangat sebab awak dah mau menjayakan perkahwinan palsu ni demi membahagiakan mak”
“Cling!”, suara piring jatuh bergema
Mia dan Jeff memusingkan kepala melihat sumber suara yang mematikan pembicaraan mereka tadi. Rona wajah Maimunah berubah pucat. Terkejut, kecewa, hampa, lantas sekujur tubuh tua itu jatuh tergeletak di bumi.
Doktor mengesahkan bahawa Maimunah telah mengidap serangan jatung. Seharian kedua-dua manusia itu membisu seribu kata. Tubir air mata Mia sudah kering setelah puas menangis sepanjang hari. Jeff cuba untuk menenangkannya namun segala usahanya sia-sia sahaja. Malah herdikan, hinaan serta caci-maki yang diterimanya dari mulut wanita itu.
“Tak cukup lagikah segala keperluan yang telah aku berikan selama ni?! Kau nak berapa lagi?? Kau puas tengok mak aku macam tu hanya kerana wang? Aku tak sangka kau setamak ni Jeff! Ambillah segala harta yang aku miliki, asal kau kembalikan kebahagiaan mak aku yang telah kau ragut tu!”
Jeff tidak mampu melawan lemparan kata-kata pedas itu. Bukan kerana mengakui kebenaran kata-kata Mia. Tapi hatinya ibarat dihiris dan maruahnya diinjak dengan fitnah dari isterinya. Namun dia pasrah, mungkin salahnya juga kerana bertanya tidak tepat pada masanya. Dia mengerti akan perubahan sikap Mia yang drastik itu. Jeff cuba mengawal emosinya. Serta merta dia lupa akan masalah yang ditimpa oleh keluarga sepupunya yang memaksa dirinya untuk meminta bantuan dari Mia. Jeff larut akan kesedihan yang terjadi.
Bab 5
Maimunah merenung siling kamar di mana dia di tempatkan. Tak sangka pula pembohongan yang dilakukan menjadi nyata. Kerana keinginannya yang membuak-buak, dia lupa memikirkan perasaan anaknya. Sekarang, dia dah dapat balasannya, dirinya yang sebenarnya sihat walaafiat kini mengidap penyakit jantung.
Maimunah mengingat lagi kata-kata Jeff yang datang melawatnya tadi pagi.
“Mak, Jeff minta maaf. Jeff mengaku, yang kami hanya pura-pura menikah, Jeff tak pernah sentuh Mia sekali pun. Mia berjanji akan memberi Jeff pekerjaan apabila Jeff sudi kahwin palsu dengan dia, dia nak mak bahagia sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, cukuplah secara zahir perkawinan kami nampak nyata. Mak jangan salahkan Mia, semuanya salah saya mak. Mia hanya nak mak bahagia. Tapi Jeff ikhlas menyayangi mak dan Mia. Jeff tulus.. mencintai Mia”, Jeff menceritakan dari A hingga Z, kemudian Jeff menghulurkan beberapa sampul surat besar berisi sejumlah wang hasil gaji yang diterimanya, “mak, Jeff tau, Jeff ni tak layak dimaafkan, tapi Jeff minta maaf kat mak dan Mia. Jeff, minta diri dulu”
Ketukan pintu yang bergema melenyapkan lamunannya. “Mak..”
Mia melangkah masuk lalu mendakap ibunya, “Mia minta maaf mak.. Mia boleh jelaskan..”
“Tak perlu, mak dah tahu semuanya. Mak pun nak minta maaf”
“Mak tak perlu minta maaf, Mia faham keinginan mak nak tengok Mia kawin”, ucap Mia sambil menangis.
“Bukan tu, nak.. Sebenarnya, mak tak ada penyakit kanser, semua tu pandai-pandai mak aje supaya Mia mau kawin secepatnya. Sekarang ni, mak dapat penyakit jantung betul-betul pula”, jawab Maimunah sambil tergelak sedikit. Dia mengusap kepala anaknya itu lalu menepis air mata yang mengalir
“Jeff tu lelaki baik.. dia tulus tau. Nah”, Maimunah menghulurkan sampul surat yang berisi wang. Dia telah menceritakan apa yang telah diungkapkan oleh lelaki yang bernama Jeff, “Itu gaji Jeff selama ni, dia tak gunakan sesen pun. Kejar dia bila Mia sayang dia, mak tak paksa”
Lagi-lagi Mia dipermainkan oleh perasaannya sendiri.
Bab 6
“Jeff!”, Mia menjerit memanggil nama itu berulang kali. Harapannya seakan-akan putus setelah mengetahui bahawa Jeff telah mengundurkan diri dari pekerjaannya. Sakitkah hatinya padaku? Tolong jangan! Rintih Mia di dalam hati.
Mia sudah habis akal untuk mencari keberadaan Jeff yang telah membawa diri. Serta-merta dia teringat saat-saat Jeff masih dengan imej ‘Jojo’nya. Saat-saat dia bertungkus lumus merubah penampilan lelaki itu.
“Click!”, Mia memetik jarinya, “Sushi Tei!”
Tangan itu dirangkulnya erat. Jeff tersentak melihat Mia yang sudah berada di sebelahnya. Para pelanggan yang duduk di sekitar situ hanya melihat kelakuan mereka.
“Mia, I kerja ni”, bisik Jeff
“Kenapa awak berhenti kerja? Kenapa awak tinggalkan rumah?”
“Kerana asalnya itu bukan milik I”, kata Jeff perlahan
“Bagaimana dengan I??”
Jeff terdiam sebentar, “I hanya suami palsu you, I tak layak terima semua tu”
“Jangan bagitau I yang perasaan awak tu palsu juga..”, jawab Mia dengan air mata yang sudah mulai bergenang di tubir matanya, “apa ertinya bila awak sanggup merubah diri awak demi I? apa ertinya bila awak sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan I? apa ertinya bila awak rela lama menanti I dengan sabar hanya untuk ungkapkan kata ‘selamat hari jadi’? mengapa awak marah bila I sebut nama lelaki lain di depan awak?? Dah tak ada makna lagikah semua tu? Cukuplah awak buat I merana macam ni”
“Bila you dah sering melanggan di sini, bila you ajak I kawin palsu, bila you marah dan caci I..”, kata-kata Jeff terputus, susah hendak diungkapkan perasaannya itu, “..I hairan betul.. apa agaknya jampi yang you pakai?”
Mia tidak mengerti, lantas dia hanya membisu menanti butir-butir bicara yang seterusnya dari bibir milik lelaki yang telah mencuri hatinya itu.
“I hairan sangat, walau apa-apa pun yang you nak, bagai robot, I turutkan. I hairan sangat, walau setelah apa yang you lakukan pada I, bagai orang sinting, I relakan. I hairan sangat, mungkin ini yang orang kata cinta mati kot?”
“Abang Jeff, I..”, hati Mia mula berbunga.
“Ye lahh, I tau you nak kata you cinta I”, tahu akan gelora yang bermain di jiwa gadis idamannya itu tatkala menyebut perkataan ‘abang’ untuk kali pertama kepadanya.
“Perasan!”
“Kita kawin lagi ekk?”, Mia mengangguk malu, seraya itu tepukan gemuruh bergema dari pelanggan-pelanggan kedai Sushi Tei, memenuhi setiap dimensi ruang kedai itu, menyirami kebahagiaan pada dua insan yang tidak lama lagi akan menjadi satu. Satu tanpa kepalsuan. Satu yang sejati.













niceeeee
sweet….
x sngka mak dia pun main pranan dl pmbhngan…
ehehehhe…
tp crta ni best..
best……
sweet citenye..
xpatot tol la mk die..
kire ok la 2, mak nipu, ank pon nipu..
huhuhu…
HAHAHA…
NICE STURY…
SIMPLE BUT NICE…
TERUSKAN USAHA ANDA…
I LIKE UR WRITING,KAIRA_SYUMA
aikk??! agaknya ada kesilapan di sini. cerpen ni adalah karya saya. :/
cerita nie cm besa je…ending x menarik sangat…pengarang perlulah la memperbaiki karya penulisan agar lebih menarik ag….pe2 pon teruskn usaha….caiyok3
nice story…….
good job
bgus… anak menipu… mak menipu… hahhahah… klako…