Cerpen : Suci dalam debu

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

3,246 bacaan 15 ulasan

Oleh : zuarie

Haikal memerhatikan gelagat seorang gadis di depannya dengan penuh minat. Entah kenapa gadis yang bertubuh sederhana itu begitu menarik perhatiannya. Dia masih leka melihat si gadis yang sedang membelek bunga-bunga yang disusun indah di hadapan kedai bunga itu.
“Kal..!” Hampir sahaja dia terlompat apabila mendengar teguran dari Azrul.
“Kau ni kalu ye pun jangan la sergah aku macam tu..” Haikal menghadiahkan jelingan maut kepada Azrul yang terkebil-kebil memandangnya.
“Yang kau ni termenung depan kedai ni apehal pulak? Sampai terkejut aku tegur..apa yang kau tengok?” dengan wajah selamba Azrul melihat-lihat ke arah mata Haikal yang secara automatiknya mengerling ke kedai bunga yang terletak agak hampir dengan kawasan mereka berdiri.
“Tak de apa..aku terfikir sesuatu aje..jomlah ..” Haikal agak kecewa apabila gadis yang mencuri tumpuannya sebentar tadi telah tiada di situ. Dia ingin sahaja menjenguk ke dalam kedai bunga itu namun ditahan sahaja keinginannya. Dia tak mahu Azrul mengetahui niatnya. Malu!
******
“Rul..kau rasa kan..kenapa agaknya lelaki macam aku ni lambat kawin?” Azrul terbatuk-batuk akibat tersedak jus orennya apabila soalan itu menangkap ke gegendang telinganya. Muka Haikal dilihat seperti orang yang sedang menahan sembelit.
“Apa jenis soalan ni?” dia hairan memandangkan selama ini Haikal adalah manusia yang paling susah untuk berbicara perihal perkahwinan. Apa kena mamat ni? Hatinya tertanya-tanya.
“kau ni sejak tadi aku tengok lain macam aje..kena sampuk ke?” Azrul masih kehairanan. Tekaknya juga terasa perit akibat tersedak tadi.
“Lain aku tanya lain yang kau jawab.” Haikal yang agak emosi ketika itu menambahkan lagi kehairanan di benak Azrul.
“Ye la..kau cakap ngan aku sekarang..selama ni sape yang tak nak sebut pasal kawin?” Haikal hanya membisu sambil meneguk minumannya.
“Sekarang bila kau tanya pasal ni mestila aku hairan..” Azrul diam menunggu balasan Haikal. Hanya dengusan sahaja kedengaran dari sahabat baiknya itu.
“Ntahla Rul..aku sebenarnya tertanya-tanya..apa gunanya duit bergunung-gunung kalau tiada teman di sisi untuk menumpang kasih ..” Azrul mendiamkan dirinya, menyusun kata-kata yang munasabah untuk diperdengarkan kepada Haikal yang dirasakannya sedang bermadah bicara. Walaupun dia terasa agak lucu, namun ditahankan hasratnya untuk tersenyum apabila terpandang wajah keruh Haikal.
“Kau ada jumpa siapa-siapa ke yang buat kau jadi macam ni?” Haikal memandang Azrul dengan pandangan yang dirasakan agak lain pada penglihatan Azrul.
“Ah..lupakan aje lah..aku saja aje tanya..”
“Itulah kau.. tu la masalahnya kenapa sampai sekarang kau masih bujang..” Azrul geram dengan sikap Haikal. Dia juga hairan kenapa Haikal yang boleh dikatakan agak perfect itu masih membujang di usianya hampir mencapai 33 tahun.
“Kalau kau kawin, dah 4,5 orang anak kau dapat tau tak..” Azrul masih membebel. Haikal mengeluh sambil fikirannya terbang melayang mengingati seraut wajah.
*********
“Kenapa lambat..” Azira memuncungkan mulutnya sebaik sahaja soalan itu diajukan kepada Fakri. “Sori la..jalan sesak tadi..” Huh! Alasan yang sama. Azira hanya menggugam dalam hati. Sakit hatinya tak terkira setelah menunggu hampir dua jam di tempat pertemuan biasanya dengan Fakri.
“Selalu macam tu..entah apa yang dibuatnya..” tanpa disedari mulutnya mengomel tindakan Fakri yang dirasakan sungguh tidak bertanggungjawab itu.
“Kan i dah minta maaf tadi..” suara Fakri kedengaran agak keras. Sambil membetulkan duduknya dia memandang wajah Azira dengan perasaan marah yang menyusup ke tangkai hatinya. Aku ni dahla banyak masalah! Hatinya menggumam.
“U selalu lambat masalahnya..i ni dah jadi macam penunggu pulak kat sini..” Azira merasakan hatinya menggelegak kepanasan apabila mendengar pengucapan Fakri.
“Kalau u tak nak tunggu kenapa tak balik aje?” serta merta Azira bingkas bangun dan meninggalkan Fakri yang mendengus kasar. Hatinya sayu. Kolam matanya terasa panas namun ditahankan sahaja empangan matanya itu agar tidak pecah. Enggan mengalah pada perlakuan Fakri yang egois itu.
“Ira..!” kedengaran suara Fakri memanggilnya. Dia meneruskan langkah dengan laju tanpa mahu menoleh ke arah suara itu . Seketika dia terasa lengannya dirangkul kasar.
“Aaa..” Azira menjerit kecil apabila dirasakan tubuhnya ditarik dengan kasar. Kedengaran sebuah kereta membunyikan hon yang kuat ke arahnya.
“Ira..! u okey?” Fakri menarik tubuh Azira dari pegangan seorang lelaki yang entah dari mana munculnya.
“Apa yang u buat ni? Kalu ye pun u marahkan I takkan lintas jalan pun tak nak tengok kiri kanan?” Azira menahan airmatanya dari gugur apabila dirasakan suara Fakri itu menembusi gegendang telinganya dengan kasar. Jantungnya masih berdenyut kuat menahan rasa terkejut akibat hampir dirempuh kereta dan sekarang Fakri kekasihnya itu pula sedang memarahinya.
Matanya melilau ke arah lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya tadi. Dia malu apabila Fakri menegurnya begitu. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
“Cik tak apa-apa?” Azira hanya mengangguk sambil menundukkan wajahnya. Airmatanya hampir-hampir menitis.
“Terima kasih..” dia meneruskan langkahnya tanpa memandang wajah kedua-dua lelaki itu lagi.
“Ira..tunggu dulu..” Fakri masih mengejarnya. “I okey..tak payah ikut i..i nak balik..” Azira masuk ke perut keretanya dan meninggalka Fakri yang masih memanggil namanya.
********
Haikal tekun melakukan kerjanya tanpa sedikitpun terganggu. Namun secara tiba-tiba mindanya mengingati seraut wajah sugul yang terlayar jelas di ruang matanya. Hatinya gembira apabila disedari gadis yang diselamatkan dua hari lepas adalah gadis yang sama ditemuinya di hadapan kedai bunga tempoh hari. Ira namanya. Namun bila terpandangkan mata yang berair itu ingin sahaja dia membelasah lelaki yang dianggap teman lelaki gadis itu. Cemburunya terbit. Aneh!
Masih dirasakan lagi kelembutan telapak tangan Ira. Entah kenapa hatinya seperti dipalit rindu. Puas cuba dihilangkan bayangan itu namun dia gagal. Parah macam ni. Dia kan dah ada pakwe. Hatinya menggumam.
********
“Awak jangan risau..kita tetap akan bersama selama-lamanya..” Haikal terlentuk mendengar suara lembut itu di cuping telinganya. Dia merangkul kemas tubuh Elena dalam dakapannya. Cintanya menggunung. Rindunya tak terkira. Kiranya Elena adalah cinta sejatinya!
Seketika dia tersedar. Elena telah tiada. Telah pergi bersama waktu yang bergerak. Meninggalkan dirinya terdampar lesu keseorangan. Membilang waktu bilakah kecewanya akan berlalu.
Haikal hampa..kisah cintanya tiada penghujung. Elena mungkir janji. Walaupun kehidupan mereka sudah seperti suami isteri, hakikatnya Elena masih tegar meninggalkan dirinya! Atau adakah kerana dosa yang saban hari dilakukan maka sekarang dia menerima balasannya?
*********
“Encik..” Haikal menoleh. Benarkah ini? Wajah manis itu terlayar di tubir matanya. Dia gugup. Renungan si perawan itu telah menembusi jantung hatinya. Kenapa??
“Encik yang selamatkan saya hari tu kan..?’’ Azira memandang Haikal dengan pandangan yang redup. Bibirnya mengukir senyuman manis. Menampakkan lesung pipit di pipi kanannya yang putih bersih sekaligus mencampakkan Haikal ke alam yang penuh dengan keindahan. Anehnya perasaan bila bersama gadis ini! Haikal cuba menahan gugup.
“Err..ye..” Haikal menggelabah. Apa kena aku ni? Haikal terkejut sebenarnya apabila mendapati gadis yang sengaja dicarinya di kedai bunga itu sememangnya bekerja di situ. Dia tak menyangka mereka akan bertemu sebegitu rupa. Terbau-bau haruman dari tubuh Azira mengundang debaran di hatinya.
“Sebagai tanda terima kasih, apa kata saya belanja encik minum?” Haikal diam.
“Bos tak marah ke?”
Azira tersenyum menampakkan lagi lesung pipitnya. Mata Haikal jatuh pada lekukan itu. Manis!
“Bos tak marah..lagipun boleh minta kawan tolong cover..so boleh tak?” Azira merenung mata Haikal.
“Err..boleh..” Azira ketawa kecil memandang wajah Haikal yang kemerah-merahan itu.
“Nama saya Nur Azira..panggil Ira..” Azira memperkenalkan dirinya selepas memesan minuman. Matanya melirik memandang Haikal. Dia senang melihat telatah lelaki itu.
“Err.. saya Haikal..Mohd Haikal bin Iskandar..panggil Kal je..” Haikal membalas renungan mata Azira yang lembut menyusup ke tangkai hatinya. Sememangnya hatinya telah jatuh kepada gadis itu!
Sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin mesra. Namun, Azira melayan Haikal seperti biasa walaupun kadangkala mereka seperti bermain mata. Azira tak mahu menduakan Fakri walaupun lelaki itu ternyata semakin melemaskan dirinya. Terasa Fakri seperti lagi seperti dulu. Sentiasa ada sahaja alasan bila diajak berjumpa.

Haikal tersenyum-senyum. Dia baru sahaja pulang dari menghantar Azira ke rumahnya. Kereta gadis itu rosak dan dia meminta bantuan Haikal. Itu yang membuatkan Haikal gembira. Mindanya terlayar kepada kejadian yang dirasakan begitu manis telah berlaku kepadanya sewaktu singgah mengambil angin malam di sebuah kawasan persiaran bersama Azira.
“Ira, kenapa tak panggil Fakri datang ambil awak?” Haikal memberanikan dirinya bertanya. Dalam diam dia mahu mengetahui perasaan gadis itu.
“Dia busy..always and always busy.. saya pun dah malas nak ambik tau..kenapa? Awak tak suka ke saya minta tolong awak?” Redup mata Azira mengundang satu perasaan yang aneh di hati Haikal.
“Eh..tak lah..saya lagi suka..” Seketika Haikal tersedar dia terlepas cakap apabila Azira menghadiahkan jelingan manja kepadanya.
“Kenapa awak suka?” terasa seperti Azira sengaja ingin menduganya.
“Er..sebab saya rasa suka bila keluar ngan awak…rasa selesa..” Haikal jujur mengakui. Sememangnya itu yang dirasakannya.
Azira hanya diam. “Fakri selalu sibuk. Tiada masa ngan saya..kadang-kadang saya dilayan seperti bukan kekasih dia..bila dia nak marah, dia marah aje..saya ni dah jadi macam patung agaknya bagi dia..” Ada nada sayu kedengaran. Haikal agak terkejut dengan pengakuan itu.
Dia memandang wajah bersih Azira. Mata Azira dilihat berkaca. Sedihkah dia?
“Dia pernah cakap yang saya tak pernah faham dia..padahal saya dah buat macam-macam untuk pertahankan hubungan kami..saya sabar dengan segala kerenah dan panas baran dia..tapi apa yang saya dapat..?” Azira menitiskan airmata. Hatinya sayu tak terkira. Sayangnya pada Fakri menggunung, namun pengorbannnya seperti telah dipersiakan.
Haikal memandang airmata Azira. Terasa ingin sahaja diseka airmata itu namun dia tahankan sahaja keinginan itu. Tetapi entah kenapa tangannya seperti bergerak sendiri. Saat wajah Azira diusap, mata gadis itu yang berkaca memandangnya. Kedua-duanya beradu pandangan, menerbitkan debaran di hati.
Azira mahupun Haikal hanya mampu terdiam. Hanya tangan Haikal yang masih menyapu sisa air mata Azira.
*******
Azira mendengus apabila kelihatan kelibat Fakri menuju ke kedai tempatnya bekerja. “Ira..boleh kita bincang?” Fakri membuntuti Azira sehingga ke bahagian dalam kedai itu. Kebetulan pekerja lain telah keluar. Hanya mereka berdua sahaja di situ. Pelanggan juga tiada.
“Bincang apa lagi.. u kan sibuk je..hari ni takde keje ke?”
“U jangan la perli I pulak.. I datang nak berbaik ngan u..tak nak gaduh-gaduh..” Azira tidak menyahut apa-apa. Dia meneruskan kerja menggubah bunga dengan laju. Hatinya mengomel. Sakit hatinya masih berbekas. Fakri yang berdiri di belakangnya tidak diendahkan.
“Ira..” Fakri memeluk pinggang Azira dari belakang.
“Apa u buat ni..” Azira mengelak apabila dirasakan Fakri seperti ingin mencium pipinya. Dia tak rela tubuhnya disentuh Fakti. Entah kenapa dia langsung menyampah melihat riak wajah itu.
“U ni kenapa..sejak akhir-akhir ni macam dah tak suka i?” Fakri melepaskan tubuh Azira.
“U yang tak suka i..” Azira membalas. Dia cuba bergerak ke hadapan kedai namun dihalang oleh Fakri.
“I tau u ada pakwe lain kan sekarang..” Azira memandang Fakri dengan pandangan yang tajam.
“U jangan nak tuduh i bukan-bukan ok. Selama ni i tak pernah curang dengan u..” Azira merasakan hatinya sakit seperti dicucuk sembilu dengan tuduhan Fakri.
“U ingat I tak nampak u keluar dengan sape semalam?” Azira mendiamkan diri.
“Jadi u tuduh I curang la? Hanya sebab I keluar minum dengan lelaki lain dan bukan u?” Azira benci melihat mimik muka Fakri yang tersenyum sumbing itu.
“Baik u balik aje lah Fakri..” Azira melangkah namun ditahan lagi oleh Fakri. Tangannya digenggam kemas dan pinggangnya dirangkul.
“Apa u buat ni? Ada orang datang nanti..” Azira tak senang dengan tindakan Fakri. “Kenapa? U takut boyfriend baru u nampak?”
“U jangan nak mengarutlah! Lepaskan i sekarang..” Fakri sebaliknya memperkemaskan pelukannya ke tubuh Azira. Tangan Azira digenggam dan dia cuba mencumbui bibir gadis itu. Azira tertoleh-toleh cuba mengelak perbuatan itu.
“Lepaskan i la Fakri..u dah gila ke??!” Dia dapat merasakan lehernya dicium dengan kasar. “Fakri! Lepaskan!” ternyata Fakri semakin menggila. Entah apa yang merasuknya hinggakan dia bertindak mencium wajah Azira bertubi-tubi.
“Lepas..!” Azira memukul bahu Fakri namun sia-sia sahaja. Bencinya menggunung kepada lelaki itu. Sial!
“Aku kata lepaskan aku..Tolong..” Suaranya tenggelam apabila bibirnya dipagut oleh Fakri. Azira tak mampu melawan kegilaan Fakri. Pinggangnya terasa seperti hampir patah.Hanya tangannya sahaja yang masih memukul-mukul bahu lelaki itu sambil airmatanya mengalir laju. Fakri ternyata semakin menggila. Dia merangkul tubuh Azira dan masih mencumbui gadis itu walaupun dipukul bertubi-tubi oleh Azira. Azira merasakan tubuhnya rapat di dinding. Dia gagal berbuat apa-apa. Hanya airmatanya sahaja yang mengalir laju.
“Woi!!” kedengaran satu suara menjerkah kasar. Serta merta Fakri melepaskan Azira dari rangkulannya.
Azira terduduk bersama tangisannya. Haikal berang. Dia mara menuju ke arah Fakri dan tanpa sempat dielak oleh Fakri, satu tumbukan singgah di pipi lelaki itu. Fakri terdorong ke belakang.
“Kurang ajar..!” Haikal merasakan Fakri seperti anjing jalanan. Dia menarik kolar baju Fakri dan cuba melepaskan tumbukan kedua namun terlambat kerana perutnya telah ditumbuk oleh Fakri. Haikal terduduk dan cuba melawan namun Fakri telah melarikan dirinya. Jahanam!
“Haikal..!” langkahnya untuk mengejar Fakri mati apabila kedengaran suara Azira. Dia berpaling dan dilihatnya Azira terduduk di dinding kedai sambil menangis teresak-esak bersama rambutnya yang agak kusut. Hati Haikal sakit sesakit-sakitnya!

*********
“kau biar dia macam tu aje?” Azrul membulatkan matanya.
“Habis kau rasa apa aku patut buat? Pujuk dia? Cakap jangan nangis? Macam tu?” Haikal mngeluh.
Azrul menggeleng. “Bukan salah dia kan..”
“Ntahlah..malas aku nak fikir. Balik tido lagi baik..”
“kalau kau suka dia, bagitau aje..” Azrul kecut apabila Haikal tiba-tiba bangun sambil memandangnya.
“Err..aku bagi cadangan aje..”
“Aku tak nak fikir pasal perempuan lagi!” Haikal meninggalkan Azrul yang termanggu-manggu.

***********
Sebaik sahaja tubuhnya direbahkan, ingatan tentang peristiwa petang tadi terlayar di birai matanya. Dia nampak dengan jelas apa yang berlaku. Dia nampak Fakri mencium bibir Azira! Hatinya tak dapat menerima hakikat itu. Kenapa!!
Dia marah..marah yang teramat. Walaupun dia tahu Azira adalah mangsa, namun gadis itu juga menerima tempias marahnya. Perempuan sama sahaja!

Azira menangis semahu-mahunya sebaik sahaja Haikal berlalu meninggalkan dirinya begitu sahaja. Pandangan mata Haikal terhadapnya seperti dia yang bersalah. Aku benci kau Fakri!
Tak disangka sama sekali Fakri sanggup memperlakukan dirinya sebegitu rupa. Selama ini Fakri menghormatinya. Tapi kenapa dia jadi begitu tiba-tiba? Azira merasakan hatinya telah tawar terhadap lelaki itu. Kecewanya memuncak. Malunya pada Haikal tuhan saja yang tahu. Dia yakin Haikal nampak segalanya!
Azira mengaku hatinya seperti telah terpaut kepada Haikal. Namun, dia tak mahu meneruskan perasaan itu memandangkan Fakri masih bersamanya. Dan dia enggan menjadi kekasih yang curang. Tetapi setelah apa yang Fakri lakukan terhadapnya, dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka. Haikal..kenapa semua ni mesti berlaku..hatinya merintih. Dia kecewa apabila Haikal meninggalkan dia menangis sendirian selepas Fakri pergi. Kenapa? Akukah yang bersalah?
********
Haikal bingung. Dia tak dapat menerima kenyataan dengan apa yang dilihatnya. Setelah perpisahan terjadi antaranya dengan Elena, dia nekad untuk meninggalkan cara hidup silam. Dia ingin kembali ke pangkal jalan. Dan dia hampir berjaya. Tekadnya juga dia mahukan seorang isteri yang bersih pada penglihatannya. Dan bila matanya melihat sendiri Azira dicium Fakri, hatinya hancur. Walaupun bukan salah Azira, namun dia enggan menerimanya. Baginya Azira juga bersalah!
“Kal, kau tau tak yang kau tak patut buat Ira macam tu..” Azrul cuba memujuk Haikal supaya menemui Azira. Dia yakin Azira adalah perempuan yang telah diciptakan untuk sahabatnya itu.
“Kan aku dah cakap aku tak nak ada kaitan ngan dia lagi..?” Haikal bosan. Dia rindu kepada Azira tetapi dia tak mahu meneruskan perasaan itu.
“Kenapa kau jadi macam ni? Kalau nak kata dia salah, langsung tak aku rasa..jadi apa masalahnya?”
“Aku tak nak perempuan yang aku tengok dah disentuh orang kau tau tak??!!” Haikal berang. Dia marah tetapi pada siapa? Pada Azira, Fakri atau pada dirinya sendiri?
Azrul tersenyum sumbing.
“Kal..kal..Entah apa yang kau fikir aku pun tak tau lah..” Azrul menggeleng kepalanya.
“Kau tau tak..kau cakap kau tak nak perempuan yang dah disentuh orang..tapi kau pernah fikir tak yang kau dulu tu macamana?” Azrul memberanikan dirinya. Dia geram dengan kelakuan Haikal yang seperti tak sedar diri. Haikal memandang Azrul dengan pandangan yang tajam.
“Kau dulu tu lagi teruk..kau sendiri tau kan kau dengan Elena macam mana? Kau rela sedangkan Azira dipaksa.”
Haikal bingkas bangun. “Kau jangan nak ungkit pasal dulu ok!” Haikal merasakan Azrul terlalu celupar.
“Tengoklah..kekurangan kau, kau langsung tak nampak..Kal..aku sebagai sahabat kau nak cakap kat kau satu perkara.”
“Kau dengan Elena dulu dah macam laki bini..korang hidup macam tu 2 tahun Kal..2 tahun..kau ingat kau layak buat Azira macam tu?” Azrul betul-betul bengang dengan sikap Haikal. Walaupun dia hanya sekali pernah berjumpa dengan Azira, namun hatinya yakin Azira bukanlah jenis perempuan seperti Elena. Justeru, dia sanggup bergaduh dengan Haikal demi menyedarkan Haikal tentang sikapnya yang sungguh tak masuk akal itu.
“Azrul! Kau jangan nak melebih pulak. Hal aku dengan Azira biar aku yang setelkan. Kau tak payah masuk campur!” Haikal menggenggam penumbuknya. Kalau tak difikirkan Azrul itu temannya sejak zaman persekolahan, sudah lama penumbuk itu hinggap di muka Azrul. Serentak itu juga, dia meninggalkan Azrul yang juga sedang menahan marah.
*******
“Apa kau nak lagi?!” Azira menjerit nyaring sebaik menerima panggilan dari Fakri. Bencinya meluap-luap kepada lelaki yang telah menjatuhkan maruahnya di depan Haikal itu. Fakri juga nampaknya tak berani bersua muka dengannya. Hanya menelefo sahaja untuk memujuknya.
“Ira..i minta maaf..i tak sengaja..please maafkan i..” Azira muak mendengar pengucapan itu. Baginya tiada maaf untuk Fakri. Dia merasakan kehormatannya telah dicabul oleh lelaki yang sangat dikasihinya sendiri. Apalagi dalam keadaan terang dan dipaksa seperti itu.
“Sudahlah. Mulai hari ni jangan ganggu aku lagi. Hubungan kita putus!” Azira menangis saat menuturkan kata-kata itu. Sayu hatinya melepaskan ikatan yang selama ini terjalin. Dua tahun bukanlah tempoh yang singkat bagi gadis sepertinya. Hancur hatinya apabila hubungan yang selama ini begitu dijaga akhirnya terlerai jua.
“Ira..i sayangkan u..i..” Klik! Azira enggan mendengar suara itu lagi. Bimbang pendiriannya goyah. Fakri telah meragut kepercayaan dan keyakinannya dalam sekelip mata. Tewas jua aku! Hatinya merintih. Marah pada diri sendiri yang masih tegar menangis untuk lelaki seperti Fakri!
Sebulan berlalu..
Haikal resah di pembaringannya. Sejak pertengkarannya dengan Azul tempoh hari, mereka langsung tidak berhubung. Azira juga tidak ditemuinya. Pernah sekali Azira menghubunginya namun dia enggan menjawab panggilan itu. Hatinya berbelah bagi. Rindunya begitu mendalam namun pendiriannya menghalang melakukan tindakan seperti yang hatinya inginkan. Ternyata egonya begitu tinggi.

Azira redha dengan apa yang dihadapinya. Dia menerima perpisahannya dengan Fakri. Namun, dia terkilan apabila Haikal terus tidak mahu berjumpanya lagi. Apa salah aku? Dia bingung. Kadangkala ada deruan rindu menyapa hatinya saat dia melihat teddy bear pemberian Haikal sewaktu hubungan mereka masih baik. Yang anehnya, dia langsung tidak merindui Fakri. Sangkanya, dia akan sengsara dengan perpisahan itu. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dia lebih terseksa apabila Haikal tidak mahu meneruskan perhubungan mereka meskipun hanya sebagai kawan.
Haikal mengintai ke ruang kedai itu. Dilihatnya seorang gadis sedang leka membersihkan kedai bunga itu.
“Ya encik..nak beli bunga?” Gadis itu tiba-tiba menegurnya membuatkan Haikal hampir melatah.
“Err..tak..saya..saya nak jumpa Azira..er..dia ada ?” Haikal merasakan mukanya merah. Gadis itu merenungnya seketika.
“Cik Azira tak ada..dia bercuti..encik ni sape?” Haikal mengerutkan keningnya. “Cik Azira?” Soalnya seperi orang dungu.
“Ye..Cik Azira..dia pemilik kedai ni..encik tak tau ke?”
Haikal hanya tersenyum tawar. “Awak tau mana dia pergi?”
“Dia tak bagitau la pulak..dia cuma cakap cuti seminggu.” Gadis itu membalas.
“Er..tak pelah..” Dia bergegas meninggalkan gadis itu yang terpinga-pinga. Sebaik sahaja kakinya berada di depan kedai bunga itu dia mendongakkan kepalanya. KEDAI BUNGA AZIRA. Laa.. macamana aku boleh tak perasan? Hatinya mengutuk dirinya sendiri yang dirasakan sangat tidak peka.
Azira..mana kau pergi?
Haikal tak dapat melelapkan matanya. Rindunya kepada Azira semakin mencengkam hatinya sejak akhir-akhir ini. Dia bimbang andainya Azira bersama Fakri lagi. Cemburunya meluap tiba-tiba. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Sememangnya Azira adalah mangsa. Kenapa harus ditambah lagi beban gadis itu? Dia menyesal dengan tindakannya. Mindanya kembali mengingati detik-detik pertemuannya dengan Azira.
“Kal..kenapa awak masih bujang?” teringat perbualannya dengan Azira ketika mereka berada di Tasik Titiwangsa seminggu sebelum peristiwa di kedai bunga itu berlaku.
“sebab..tak jumpa wanita yang benar-benar saya cari..” Haikal membuang pandang pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main.
“Wanita yang macamana tu? Rasanya ramai yang sudi kalau awak tak jual mahal..hehe.” Azira tertawa sendiri.
“Oo..awak perli saya ek..?” Haikal membalas senyuman Azira. Hatinya senang melihat bibir itu mengukir senyum.
“Mana ada..mengata aje..” Azira ternyata memiliki personaliti yang menarik. Haikal sememangnya telah jatuh hati kepada gadis itu.
“Hmm..sebenarnya wanita macam mana awak cari?” Azira masih belum berputus asa.
“Wanita macam…macam Nur Azira binti Abdullah..” Haikal melirikkan pandangannya kepada Azira. Gadis itu kelihatan agak terkejut, namun cuba mengawal mimik mukanya dengan mengukir senyuman.
“yelah tu..”Azira terasa mukanya merah. Entah kenapa hatinya berdebar-debar melihat lirikan mata Haikal. Terasa sampai ke hatinya. Cepat-cepat dia mengalihkan ingatannya kepada Fakri.
“Tapi nak buat macamana..awak dah berpunya..” Sekali lagi Azira kelihatan terkejut.
“Saya gurau ajelah..”Haikal tak sanggup meneruskan kata-katanya. Bimbang Azira akan menolaknya. Jadi, dia lebih rela mengatakan itu hanyalah gurauan. Azira hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Haikal kembali ke alam realiti. Rindunya kembali menerpa. Azira harus dicari.Berkali-kali nombor telefon Azira dihubungi namun gagal. Mungkin Azira telah menukar nombornya. Bencikah dia padaku? Haikal gusar. Seketika tangannya mendail satu nombor.
*******
“Rul..aku nak minta maaf pasal hari tu..” Haikal merenung wajah Azrul, sahabat yang sentiasa ada bersamanya dalam apa jua situasi.
“Aku mengaku memang aku salah..aku salah dalam membuat keputusan untuk mendirikan pendirian.”
Azrul hampir tergelak mendengar ayat itu. Entah kenapa Haikal kadang-kala suka menggunakan ayat yang puitis.
“Emm..aku faham..aku pun minta maaf jugak..sebab cakap macam tu hari tu..aku tak patut campur hal kau..” Azrul ikhlas menuturkan perkataan itu.
“Rul, apa yang kau cakap tu betul..aku memang tak sedar diri..” Haikal merasakan harapannya seperti telah tiada. Dia takut untuk berhadapan dengan Azira. Bimbang dengan penerimaan gadis itu terhadapnya. Kadang-kala apabila bertemu Azira, dia seperti dapat merasakan gadis itu juga menyimpan perasaan terhadapnya. Jika benar begitu, tentu sahaja tindakannya menjauhkan diri dari Azira telah melukakan hatinya. Dia bimbang Azira membencinya. Dia benar-benar mencintai Azira!
“Kal..sebenarnya pendirian kau tak salah..kau berhak tentukan ciri-ciri wanita pilihan kau..Cuma apa yang tak betul bila kau buat keputusan salah dalam keadaan yang salah dan pada orang yang tak bersalah..kau fikirlah..tentu kau faham maksud aku..” Azrul menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya itu. Simpatinya tumpah melihat wajah keruh Haikal. Haikal hanya mengangguk. Hai..nasib baiklah aku dah kawin..hatinya berbisik.
********
“ira..” Azira mendongakkan kepalanya. Wajah tenang Haikal muncul di layar matanya.
“Boleh keluar sekejap..” Haikal menarik nafas lega apabila gadis itu mengangguk. Lama ditunggu kepulangan Azira. Dia begitu tak sabar untuk bertemu buah hatinya itu. Terasa masa begitu lambat berlalu.

“Ada apa..” lirih suara Azira menyoalnya. Haikal serba salah.
“Mana awak pergi seminggu ni?” Haikal berbasa-basi. Dia curi-curi melihat wajah polos Azira. Tiada lagi senyuman menghiasi bibirnya. Tiada lagi lekukan lesung pipit yang comel di pipi gebu itu. Haikal mengeluh kesal.
“Penting ke mana saya pergi…” Azira menundukkan wajahnya. Entah kenapa hatinya benar-benar sayu. Hampir sahaja airmatanya menitis. Dia sendiri keliru. Kenapa aku macam ni??
“Ira..saya minta maaf..saya..” Haikal gagal menghabiskan ayatnya. Tak tahu caranya untuk menjernihkan keadaan.
“Tak apalah..awak tak pernah buat salah kat saya..orang lain yang salah..” suara itu begitu mendatar. Haikal merasa terpukul.
“Kalau tak ada apa lagi..saya balik dulu..” Azira ingin bingkas. Namun ditahan oleh Haikal.
“Ira…dengar penjelasan saya..please..” Haikal separuh merayu. Dia enggan melepaskan Azira pergi tanpa menjelaskan perkara sebenar. Azira hanya membatukan diri.
“Dulu Ira pernah tanya saya kenapa saya tak kawin kan..sebenarnya.. dulu saya dah hampir nak kawin ngn kekasih saya…Elena namanya…tapi tak sampai sebulan sebelum majlis pertunangan kami berlangsung, dia lari bersama lelaki lain..” Haikal menghela nafasnya. Tak sangka kisah itu akan diungkit semula. Azira memasang telinganya. Hatinya terdesak untuk mengetahui rahsia hidup lelaki bertubuh tegap itu. Dia gagal menolak perasaannya lagi!
“sebelum ni kami dah hidup bersama kat oversea..serumah..selama dua tahun..” Haikal tak berani melihat reaksi wajah Azira. Azira ternyata terkejut dengan pengakuan itu.
“Saya ingatkan dia takkan berubah hati dah..tapi nampaknya dia tak kisah langsung..lepas dia pergi, saya balik Malaysia..ini adalah tahun ketiga saya bekerja kat negara ni..tiga tahun saya enggan buka hati kat mana-mana perempuan..sebab semua yang saya jumpa tak macam perempuan..semuanya kaki clubbing..sedangkan sejak hari pertama Elena putuskan hubungan kami, saya dan buat pendirian…yang saya takkan jatuh cinta pada mana-mana perempuan yang saya nampak pernah dicium oleh mana-mana lelaki…” Haikal menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan.
Dia mengerling memandang Azira. Azira masih kaku.
“Saya dah bertaubat dan saya dan janji kat diri saya..saya takkan ulang lagi cara hidup lama..saya hanya mahukan seorang perempuan yang saya rasa tak pernah dicium oleh mana-mana lelaki..saya tau memang pelik..tapi itu yang saya nak..tapi nampaknya Tuhan nak menguji saya..Dia temukan saya dengan Ira..saya mengaku..saya memang cinta kat awak, Ira..” Azira terkejut dengan pengakuan Haikal. Bibirnya langsung terkunci.
“Saya jatuh cinta pandang pertama…dan masa peristiwa kat kedai tu berlaku, saya betul-betul kecewa..saya tak tau kenapa saya dapat rasakan hubungan awak dengan Fakri memang takkan bertahan..dan saya dah bersedia untuk berada disisi awak..tapi saya tak sangka peristiwa tu berlaku..dan saya…”
“Dan awak tak leh terima kan?” Azira memotong percakapan Haikal.”Awak tak boleh terima apa yang awak tengok kan? Seba tu awak tinggalkan saya macam tu aje kan..?” Haikal merenung wajah Azira. Dilihatnya bibir gadis itu bergetar. Hatinya pedih. Terasa sakit bila melihat kesedihan di tubir mata Azira.
“Ira…memang saya tak dapat terima..tapi..”
“Sudahlah Haikal..saya bukan perempuan yang awak cari..masih ramai lagi perempuan suci kat luar sana tu..” Azira bingkas bangun. Haikal bergegas menghalang pergerakan gadis itu.
“Ira..saya tak pertikaikan kesucian awak..jangan salah faham..saya cuma..”
“Cuma apa? Jijik bila tengok Fakri cium saya? Macam tu? Tak apalah..tak payah beri penjelasan apa-apa..lagipun..saya tak cintakan awak..” Azira berlari meninggalkan Haikal. Tangisannya pecah. Hatinya betul-betul sakit. Rupanya Haikal tak seperti yang disangka! Kenapa luka ini terlalu berbisa??
Haikal hanya berdiri melihat pemergian Azira. Hatinya kosong. Cinta yang baru ingin berputik layu sebelum masanya. Saya tak cintakan awak. Saya tak cintakan awak. Terngiang-ngiang ayat itu di pendengarannya. Kecewanya menggunung!

Azira menangis semahu-mahunya. Selepas pertemuan tadi, dia terus pulang ke rumah. Haikal benar-benar telah melukakan hatinya. Terasa dirinya seperti perempuan murahan. Aku tak bersalah. Kenapa aku yang kena terima kesannya? Kenapa? Dia masih menangis saat telefonnya berdering. Murah sungguh airmatanya untuk seorang lelaki bernama Haikal. Dia enggan menjawab panggilan itu walau siapapun pemanggilnya. Dia tak mahu sesiapa pun mengganggunya saat itu.

********
‘Nur Azira..sudikah awak menjadi isteri saya?Pertama dan terakhir?’
Azira terkejut membaca SMS dari Haikal. Dia kenal nombor itu. Gilakah?Ingat aku ni apa? Dia geram dengan sikap Haikal.
“Hello…” Haikal menjawab tenang.
“Awak ingan awak tu sape? Ingat saya ni apa? Senang-senang ajak saya kawin? Awak ingat saya ni anak kucing tepi jalan?” Azira merasakan Haikal seperti mempersendakannya. Kalau diikutkan hatinya, dia mahu mencakar-cakar mulut lelaki itu. Biar dia rasa!
“Sape cakap saya main-main?”
“Sudahlah Haikal..saya tak cintakan awak tau tak..saya tak nak…” Azira tak dapat menghabiskan ayatnya apabila telinganya menangkap bunyi hon kereta. Apabila diintai ke luar tingkap, kelihatan Haikal sedang berdiri di depan pintu pagar rumahnya. Biar betul!
“Tolong turun kejap..saya nak bagi sesuatu kat awak…” Azira berfikir untuk seketika.

“Kal…Kal…tolong jangan buat Ira macam ni..please..” Azira memanggil nama Haikal sambil menangis. Airmatanya mengalir laju.Tangannya menggenggam tangan Haikal dengan kemas. Haikal hanya diam. Matanya terpejam rapat.
“Kal…”
“Cik..tunggu kat sini okey…” Azira menangis teresak-esak apabila melihat tubuh kaku Haikal ditolak ke bilik pembedahan.
“Azira..!” Azira menoleh dan melihat Azrul bersama isterinya datang menghampirinya. Dia segera berlari mendapatkan Syafika, isteri Azrul sambil menangis teresak-esak.
“Ira..apa yang berlaku..” Azrul memandang Azira yang sedang menangis di bahu isterinya.

“Apa lagi awak nak ni..?” Azira turun juga berjumpa dengan Haikal. Namun dia enggan membuka pintu pagarnya.
“Ira…saya serius tadi…sudikah Ira jadi isteri saya? Yang pertama dan terakhir..?” Haikal meredupkan matanya. Mengharap pengertian dari Azira.
“Saya tau Ira cintakan saya..” Azira memandang wajah Haikal. Hatinya terluka dengan pengakuan Haikal sebentar tadi tentang kisah lalunya dan juga tentang pendiriannya itu.
“Awak jangan nak perasan.. saya tak cintakan awak..”
“Kalu awak tak cintakan saya, kenapa awak menangis sebab saya? Kenapa awak datang jumpa saya? Kenapa awak masih nak layan saya?” Haikal mengasak Azira dengan persoalan demi persoalan.
“Pergilah Haikal..saya tak suka tengok awak..pergi..” Azira merasakan dadanya berombak.
“Ira..saya akan pergi kalu awak cakap awak tak cintakan saya sambil pandang mata saya..” Haikal mencari jalan. Dia yakin Azira mencintainya.
Azira memandang matanya. “Saya..tak cintakan awak..” Azira melafazkan ayat itu tanpa menoleh ke arah lain..tepat ke matanya. Haikal terdiam. Masing-masing terdiam.
“Saya memang berpendirian seperti yang saya cakap tadi…tapi saya sedar yang saya betul-betul cintakan awak bila awak dah tak ada depan mata saya..sebab tu saya cari awak..saya ikhlas ingin menyunting awak sebagai suri hidup saya..tapi nampaknya saya salah perhitungan…saya hanya bertepuk sebelah tangan…tak apalah..” Haikal mengambil sesuatu dari koceknya.
“Ini sebenarnya untuk lamaran tadi..tapi saya harap awak dapat terimanya juga…sebagai hadiah perkenalan kita..ambillah…” Haikal menghulurkan kotak baldu berisi cincin itu kepada Azira. Hatinya sayu. Azira tidak beranjak. Hanya matanya sahaja yang merah. Ada air yang nampaknya akan mengalir dari situ.
“Awak tak sudi kan…ok lah..saya balik dulu…” Haikal berpusing dan melangkah lesu mendapatkan keretanya di seberang jalan. Tiba-tiba..
“Haikal….!” Sebaik sahaja tangannya memegang pintu kereta, kedengaran namanya dipanggil.
“Saya sudi…!” Kelihatan Azira berdiri tanpa pagar besi lagi yang menjadi penghalang antara mereka.
“Saya sudi jadi isteri awak..pertama dan terakhir..” Bersama deraian airmata Azira menuturka kata-kata itu. Cukup jelas di pendengaran Haikal. Haikal seperti tidak percaya. Dia melangkah menghampiri Azira. Tiba-tiba…

Azrul bersandar di dinding hospital selepas menghubungi keluarga Haikal yang berada di Johor. Sementara menunggu keluarganya tiba, mereka bertiga akan bergilir-gilir menjaga Haikal. Haikal dirempuh sebuah van sewaktu sedang melintas jalan. Kecederaannya parah. Dia tidak sedarkan diri dan masih berada dalam wad ICU. Azira dilihatnya hanya menangis. Mujurlah ada Syafika yang menemaninya. Tak jemu-jemu dia menyatakan kekesalannya. Dia menyalahkan dirinya di atas tragedi yang menimpa Haikal.

Seminggu berlalu..
Azira terlena di sisi Haikal. Tiba-tiba dia merasakan ada pergerakan di kepalanya.
“Haikal..Haikal..” Azira memanggil nama Haikal apabila dilihatnya Haikal membuka separuh matanya.
“Kal…awak dah bangun..” Azira menggenggam tangan Haikal. Tiba-tiba dada Haikal berombak. Azira panik. “Kal..Kal..!” segera ditekan suis di kepala katil Haikal. “Kal…Ira kat sini..” Azira menangis melihat Haikal yang seperti bersabung nyawa.”Kal..”
“Cik..tunggu kat luar..” Jururawat mengarahkan Azira untuk keluar. Kebetulan Azrul bersama Syafika datang. Mereka bersama-sama menunggu doktor memaklumkan keadaan Haikal. Azira pucat apabila doktor mengatakan Haikal mempunyai peluang yang tipis.
“Dia perlu melalui malam ini untuk sembuh..kami dah cuba sedaya upaya..berdoalah semoga dia kuat..”
*******
“Kal…tengok ni..apa Ira pakai ni..Ira pakai cincin lamaran Kal tu..Ira terima lamaran Kal..Ira terima Kal..Ira cintakan Kal..Kal tau kan..sebelum ni pun Ira memang dah jatuh cinta kat Kal..please kal..tolong jangan tinggalkan Ira…”
Azira menangis teresak-esak. Sebak hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Malam itu dia akan bersama Haikal. Dia mahu menemani Haikal. Dia mahu Haikal tahu dia mencintainya. Teramat cinta!
“Kal…cincin ni betul-betul muat kat jari Ira..pandai Kal pilih…nanti bila Kal dah boleh bangun..kita kawin ye..Ira akan jaga Kal..Ira takkan tinggalkan Kal…Kal janji jangan tinggalkan Ira k…janji ye…” Azira gagal mengawal perasaanya. Dia memeluk Haikal bersama tangisan yang semakin mendesak dadanya. Dia tak sanggup kehilangan Haikal. Tak sanggup sama sekali. Ya Allah..tolong sembuhkan Haikal.Hatinya merintih sayu..
Haikal tiba-tiba bergerak. “Kal..!” Azira pantas menekan suis memanggil doktor. “Kal..Kal..” Haikal sekali lagi seperti bersabung nyawa. Doktor tiba dan terkocoh-kocoh memeriksa keadaan Haikal.
“Haikal…!” Azira memanggil nama Haikal bersama tangisan yang seakan tidak mahu reda apabila melihat raut wajah doktor yang keruh memadangnya.

*********
Azira merenung cincin di jarinya. Dua bulan sudah peristiwa dan tragedi berlalu. Meninggalkan trauma yang bukan sedikit. Diamat-amatinya cincin di jarinya. Hatinya gembira kerana cincin itu berada di jarinya. Walaupun apa yang telah berlaku sememangnya boleh mencabar kewarasannya.
“Hai..buat apa tu..” sapa satu suara. Azira berpaling. Tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Masih seperti dulu.
“Ingatkan seseorang..”
“Sape..?”
“Mohd Haikal bin Iskandar.”
“Sape tu..?” Masih nak tanya ke? Azira diam. “Sape Haikal tu?”
“Suami saya la…” Azira menghampiri pemilik suara itu dan mencubit lengannya.
“Aduh!..apasal cubit orang ni? Dah tak sayang ke ? Mentang-mentang la dah dapat…”
“Hei…apa la cakap macam tu… tu la diri sendiri pun tak kenal sangat.” Azira menyandarkan kepalanya ke bahu Haikal.
“Saja nak uj Ira..” Haikal mencium ubun-ubun isterinya itu.
“Abang…terima kasih sebab masih hidup…”Azira merenung wajah Haikal.
Masih diingati malam itu. Sangkanya Haikal akan meninggalkan dirinya. Namun, ternyata umur Haikal masih panjang. Dia betul-betul bersyukur. Walapun Haikal masih berkerusi roda sewaktu pernikahan mereka sehinggalah ke saat ini, dia tetap bersyukur kerana dapat hidup bersama lelaki itu. Tambah menggembirakan apabila doktor memaklumkan bahawa Haikal memerlukan rawatan yang berterusan selama enam bulan sahaja untuk sembuh sepenuhnya.
“Salah satu sebab abang kuat ialah Ira..abang tak mahu tinggalkan keluarga dan Ira..dan abang bersyukur sebab Allah masih izinkan abang untuk terus hidup dan menikmati kehidupan bersama isteri pula..abang bersyukur..” Haikal meraih tangan Azira dan mengucupnya.
“Abang betul-betul cintakan Ira..”
“Ira pun cintakan abang..” Satu kucupan singgah di dahi Azira. Lambang cinta Haikal buat Azira.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Suci dalam debu”
  1. nuriz says:

    ending best..
    pnuh tnda tnya..

  2. adiela says:

    citer yg bgus…

  3. billynain says:

    penceritaan yg teratur
    penggunaan bahasa yg bagus
    jln cerita menarik
    dialog yg mengesankan
    best!
    congrates writer
    keep writing n all the best for you

  4. niena says:

    hmm….n0t bad…
    endng p0n ok gk…
    s0, kp it on wrter….

  5. gardisc89 says:

    arghh..sweetnyer..sgt bst..gud luck 4 ur next cerpen k..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"