Cerpen : Terima Kasih Guru

20 February 2010  
Kategori: Cerpen

18,219 bacaan 14 ulasan

Oleh : Umie Nadzimah

Perubahan yang ketara.

Siapa aku? Aku anak kepada seorang Tan Sri yang penduduk Taman Cendana banggakan. Papa memang seorang yang baik dan prihatin terhadap semua orang. Papa tak pernah kisah, sama ada orang yang dia bantu itu, kaya atau miskin. Tapi aku, aku sombong. Aku bangga dengan diri aku. Sebabnya? Sebab, aku lahir sebagai anak yang bakal memiliki semua harta yang akan ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapaku. Aku tamak. Tapi, segalanya berubah selepas aku tidak lagi memegang status anak tunggal. Dua bulan lepas, mama melahirkan seorang lagi zuriat untuk papa. Pada awalnya, memang tidak dinafikan, aku tak boleh terima kedatangan adik. Tapi, dengan berkat doa ibu bapaku, aku berubah. Mama dan papa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengubah sikapku. Aku berubah ketika aku dihantar berkursus di Asrama Ad-Din, yang merupakan sebuah asrama yang menempatkan ribuan anak yatim di negeri kelahiranku ini. Pada waktu itu, aku dipaksa berkawan dengan mereka yang bukan setaraf denganku. Aku semakin bongkak. Suatu petang, sewaktu semua peserta kursus beriadah, aku mula menunjukkan kehebatanku. Aku menunggang basikal yang terdapat di situ. Aku tunjukkan kepada semua yang berada di situ, bahawa aku boleh melakukan aktiviti yang lasak. Malang tak berbau, basikal yang kutunggang terlanggar pasu dan aku terjatuh. Kepala aku berdarah teruk. Apa yang dapat aku lihat ketika itu, sesuatu yang membanggakan. Anak-anak yatim itu bekerjasama membantuku. Aku terharu. Malam itu, aku cuma berehat di bilik. Seorang daripada pelajar di asrama itu menemaniku. Sekali lagi aku tersentuh. Mereka tetap berkawan dengan aku walaupun, aku telah berlaku sombong terhadap mereka. Pada majlis penutupan kursus, papa dan mama turut bersama kami. Mama tersenyum ketika aku meminta adik daripada dukungannya.
“Along dah berubah. Terima kasih mama.” aku berbisik.
“Alhamdulillah.” mama meraup mukanya tanda kesyukuran. Papa cuma memerhatikan gelagat kami. Aku mendukung adik dan mendapatkan rakan-rakanku.

Kehadiran orang baru.

Hari ini, hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti. Aku duduk seorang diri di dalam kelas, sedang rakan yang lain bercerita tentang masa cuti mereka. Aku tak punya kawan. Rakan sekelasku? Mereka tak sukakan aku. Sebab perangaiku yang dulu. Hatiku mula memberontak. Aku mahukan kawan, aku perlukan kawan. Aku merintih sendiri. Kuasa Tuhan, tiba-tiba..
“Assalamualaikum.” Cikgu Azilla, guru baru di sekolah kami masuk.
“Waalaikumsalam.” kami menjawab serentak.
“Saya Cikgu Azilla, guru kelas kamu yang baru. Cikgu harap kamu boleh berikan kerjasama pada cikgu.” kata cikgu sambil tersenyum.
“Argh, malaslah.” seorang daripada kumpulan tadi menjawab kuat. Maklumlah pelajar kelas akhir.
“Insya-allah cikgu. Saya akan bantu mana-mana yang patut. Saya Adieyb, Ahmad Muadzam Hafidz Adieyb Fitri.”
“Muadzam Hafidz Adieyb Fitri? Anak Tan Sri Nizam Farith?”
“Ya saya.”
“Saya panggil awak? Nama panjang sangat.” Cikgu Azilla berseloroh.
“Cikgu boleh panggil saya Adieyb.” Adieyb tersenyum.
“Oh, okey. Thank you Adieyb.”
“Eleh, konon je tu. Cikgu, tengoklah, dua tiga hari lagi, mesti cikgu kenal siapa dia yang sebenar.” Husin, ketua tingkatan kami menjerit, diiringi gelak tawa rakan-rakan yang lain. Cikgu Azilla hanya menggelengkan kepala, aku pula tertunduk malu.
Seminggu bersama guru kelas yang baru, kami dihadiri pula dengan seorang kawan baru. Kawan yang aku kenali ketika bersama-sama menghadiri seminar untuk pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang meningkat dan kursus yang diadakan di Asrama Ad-Din dahulu. Seperti biasa, rakan sekelasku cemburu melihat aku mendapat rakan baru.
“Amri, kau silap pilih kawanlah, joinlah kitorang. Budak ni, sombong je dapat harap.”
“Aku kenal dia bukan baru hari ini, tapi aku kenal dia dah lama, dan dia dah berubah. Kalau kau orang terus pulaukan dia, macam mana dia nak tunjukkan perubahan dia pada kau orang? Cikgu Zilla pun bantu dia, sebab tu dia semakin meningkat. Kau orang, bila lagi?” Amri benar-benar marah, dia tercabar. Pantas aku pujuk Amri, Cikgu Zilla turut mengusap belakang Amri.
“Sabar Am. Cukup. Biarlah apa dia orang nak kata dekat aku.”
“Kau dah lama tanggung benda ni sendiri, biar sekarang aku tolong kau. Aku cabar kauorang, ujian kali ni, kalau keputusan kau orang tak dapat kalahkan kami, kau kena terima Adieyb. Setuju?” tiada jawapan.
“Kalau kau tak terima, kau dikira kalah.” Amri menambah lagi.
“Okey. Aku terima. Tapi, kalau kitaorang berjaya, kau kena raikan besar-besaran. Boleh?”
“Boleh. Aku boleh raikan kejayaan kau. Kalau kau mampu. Dengan satu syarat, kau berhenti ganggu Cikgu Zilla, aku dan Amri.” aku pula menyampuk.
“Okey. Aku setuju. Jom!” setelah mereka melangkah, aku, Amri dan Cikgu Zilla meneruskan perbincangan kami.

Genap seminggu kami menghadapi ujian, keputusan daripada guru pelajaran telah pun diperoleh. Papa dan mama bangga dengan keputusan aku dan anak angkat baru mereka Tengku Amrillah. Tanpa aku sangka, Amri yang aku kenal rupanya berdarah diraja. Husin dan rakan-rakannya yang lain terpaksa menerima aku sebagai kawan mereka. Setiap hari aku belanja mereka makan. Dan akhirnya, mereka dapat menerima aku seadanya. Cikgu Zilla dan guru-guru lain memberikan kami tunjuk ajar.
Suatu petang, sewaktu perbincangan diadakan, Cikgu Zilla pitam. Aku risau akan keadaannya. Aku segera mendail nombor telefon papa. Lima minit kemudian, papa dan mama tiba di sekolah, kami menghantar Cikgu Zilla ke hospital. Doktor mengesahkan Cikgu Zilla menghidapi penyakit bengkak hati. Dia meminta aku merahsiakan penyakitnya. Aku mulanya membantah, tetapi oleh sebab dia perlukan bantuan, aku meminta izin daripadanya untuk memberitahu papa mengenai penyakitnya. Setelah aku merayu, akhirnya dia bersetuju.
Aku masuk ke bilik doktor, aku bertanya tentang penyakit Cikgu Zilla yang aku dah anggap seperti kakakku sendiri. Kata doktor, Cikgu Zilla perlukan seorang penderma organ, tetapi setakat yang telah sudi menderma, semuanya tidak sesuai. Aku tawarkan diriku. Tanpa disangka, organ aku sesuai untuk Cikgu Zilla.
Tiga hari berikutnya, kami dimasukkan ke bilik pembedahan. Semuanya berjalan lancar. Sejurus sebelum Cikgu Zilla dibedah, dia meminta doktor yang merawat kami menyampaikan sepucuk surat kepadaku. Aku agak terkejut dengan surat tersebut.

Adieyb,
Terima kasih kerana mengajar saya erti sayang terhadap pelajar dan orang yang patut kita sayang. Saya sedar, siapa saya sebenarnya, saya tak layak menerima kasih sayang daripada kamu semua.
Mungkin, saat awak membaca surat ini, saya dah pun tiada lagi di sisi awak. Maafkan saya andai banyak perkara yang mengguris hati semua telah saya lakukan. Mengertilah, tiada guru yang bencikan pelajarnya, dan tiada guru yang mahukan kegagalan untuk anak muridnya. Buatlah yang terbaik untuk PMR awak tahun ini. Jangan lupa, doakan kebahagiaan saya disini.
Adieyb,
Sampaikan salam sayang saya pada rakan-rakan awak juga kedua-dua ibu bapa awak.
Assalamualaikum.
Always love,
Cikgu Zilla.

Sejurus itu, aku terus meraung. Aku menangis. Aku cuba berlari mencari Cikgu Zilla, tapi aku ditahan.
“Papa, bawa along jumpa Cikgu Zilla. Along sayang Cikgu Zilla pa. Please pa.”
“Papa faham, sayang. Percayalah, papa akan bawa along jumpa dia. Along rehat dulu.” erat pelukan papa. Aku tak pernah dipeluk begini. Aku berasa tenang.
“Along nak jumpa cikgu.” suaraku semakin sayu, titisan air mata papa menitik pada bajuku.
Ketika berhadapan dengan jenazah Cikgu Zilla, Husin memujukku.
“Adieyb, sabar, okey.”

Kini, setahun berlalu, kehadiran Cikgu Azilla yang baru, mengisi kekosongan hatiku. Pesan daripadaku untuk semua, sayangilah guru anda. Tiada guru yang tidak sukakan pelajarnya dan tiada keberkatan ilmu, jika kita membenci guru.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Cerpen : Terima Kasih Guru”
  1. entah sapa aku says:

    sedap sangat cerpen ini….panjang tapi padat…..boleh sedia cerpen lain pulop..

  2. ain says:

    best la….sye bnyak bce awk pnyer cerpen nagn n0vel….sye akn mneyambut ary gru ary isnin..s0 sye tngh cri…yg mne pling sdih atau lwk tntang ary guru….

  3. syasya says:

    hurm….bestnyer

  4. AisyaQeef says:

    ummm, kak penulis cerpen, berapa patah perkataan semua sekali dalam cerpan ni?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"