Cerpen : Terima Kasih Ibu

21 February 2010  
Kategori: Cerpen

15,750 bacaan 51 ulasan

Oleh : Kaira_syuma

“Apa? Kahwin?” Mizi bertanya bodoh. Wajahnya segera berubah warna.

“Yelah. Kahwin. Tak faham lagi? Nikah… ada isteri,” Puan Ramlah berkata senang sambil tersenyum.

“Mak dah ada calon untuk kamu. Nak atau tak kamu mesti terima,” Mizi terpinga-pinga.

“Mak!!!!! Mak nak kahwinkan saya? Dengan siapa?” Mizi kehairanan. ‘Mimpi apa pulak orang tua ni?’ Mizi berbisik sendirian. Dia terkejut bila ibunya menyuruh dia menamatkan zaman bujangnya. Selama ini, Mizi tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Berita yang disampaikan oleh ibunya itu sama sekali tidak terlintas difikiranya. Apatah lagi calon sudah ditetapkan. Seperti zaman dahulu kala pula.

“Mak….. zaman sekarang ni, mana ada orang kahwin ditentukan keluarga.

“Dengan anak Mak cik Gayah. Masih ingat tak, mak cik yang jual kuih kat kantin sekolah kamu dulu tu? Dia dah ada anak dara. Baru tamat tingkatan 6. Mak cik Gayah kamu tu, tak nak anak dia belajar tinggi sangat. Takut terikut-ikut budaya tak sihat kat bandar ni. Dia suruh mak carikan calon suami unuk anak dia. Mak suka budak tu. Baik, lemah lembut. Yang penting hormat orang tua. Cantik lagi tu,” Puan Ramlah memuji gadis yang diharapkan dapat menjadi sebahagian dari hidup anak bujangnya. Mizi mendiamkan diri sambil merenung kakinya. Kemudian dia memandang wajah tua ibunya yang menanti dengan sabar persetujuan darinya. ‘Mak ni. Buat muka kasihan pula,’ Mizi menggaru kepala yang tidak gatal.

“Perempuan tu setuju ye mak?” Mizi bertanya sambil wajahnya jelas kelihatan berat untuk menerima cadangan dari mak nya.

“Hal tu kamu jangan bimbang. Kalau kamu kata setuju, dia pun setuju. Dia tak kisah dengan sesiapa pun dia berkahwin, yang penting restu dari ibunya sahaja.” Puan Ramlah berkata dengan penuh semangat.

“Mak, kahwin tu bukan perkara mudah. Saya kena hidup dengan dia untuk seumur hidup. Mak tak takut nanti hidup anak tunggal mak ni menderita?” Mizi buat muka sedih.

“Mak nak tangok kamu bahagia. Sebab itu mak mahu jodohkan kamu dengan Suraya. Dia layak untuk kamu. Walaupun dia masih muda lagi, tetapi dalam hal-hal rumahtangga dia memang sudah bersedia.” Mizi mengeluh. Tidak tahu bagaimana lagi untuk menolak. Tuan Hanif geleng kepala melihat anak dan isterinya yang bersoal jawab.

“Ayah….. tolong Mizi.” Mizi menghampiri bapanya. Tuan Hanif hanya tersenyum.

“Memang dah sampai jodoh kamu Mizi. Ayah dah temgok budak tu, memang sesuai sangat untuk kamu.” Tuan Hanif turut memuji Suraya. Mizi geleng kepala.

“Lelaki macam kamu ni sepatutnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Kamu dah ada pendapatan sendiri, umur pun dah masuk 28 tahun. Ayah dulu kahwin masa ayah masih muda tau. Nak bagi makan isteri pun susah. Yelah, belum ada kerja tetap. Lainlah kamu tu, dah lama bekerja. Dah mampu dari segala segi.” Panjang lebar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hanif kepada anak tunggalnya itu. Mizi tunduk. Memang dia seorang yang Berjaya. Sebagai Arkitek yang disegani dalam syarikat besar milik seorang Datuk Sri di Malaysia, dia memang sepatutnya sudah berkeluarga. Rakan-rakannya yang sebaya sudah ramai yang berkeluarga.

“Atau…. Mizi dah ada calon?” Soal Puan Ramlah bimbang.

“Calon apa pulak ni mak. Siapa yang nak mengundi?” Mizi sempat berseloroh.

“Budak ni…. Calon isterilah. Mengundi pulak,” Puan Ramlah membebel.

“Mana yang baik bagi mak. Mizi dah tak kisah lagi.” Mizi terus naik tangga menuju kebiliknya di tingkat atas.

‘Apalah orang kampong ni. Baru habis belajar, dah fikir nak kahwin. Tak pulak nak cari kerja untuk bantu orang tua mereka. Baik tak payah pergi sekolah,’ Mizi merungut. Dia menggeleng kepala mengingatkan bakal isterinya. ‘Tak sangka pulak perkahwinan aku di atur oleh keluarga. Kalau teman-teman yang lain tahu, tentu kena ketawa,’ Mizi merenung siling biliknya.

“Semoga dia baik seperti yang mak gambarkan. Tentu ada hikmahnya,” Mizi berdoa.

“Mak, betul ke ni? Saya boleh jadi isteri yang baik? Dia orang kaya. Nanti dibuatnya saya macam orang gaji, macam mana?” Suraya bertanya. Malam itu malam terakhir dia tidur bersama ibunya. Esok adalah hari pertunangan dan pernikahan dia dengan jejaka kota. Mak cik Gayah memeluk tubuh anak daranya.

“Kasihan anak mak. Mak yakin Su mampu jadi isteri yang baik. Dan lelaki tu dari keturunan orang baik-baik. Jangan risau sayang,” Mak Gayah membelai rambut lurus anaknya. Suraya memeluk erat tubuh ibunya. Majlis pertunangan dan pernikahan dijalankan serentak pada hari yang sama. Kehadiran keluarga Tarmizi yang terdiri daripada golongan berada. Mizi dan Suraya tidak pernah berjumpa atau berhubung sebelum hari perkahwinan mereka tiba.

“Aku terima nikahnya Suraya binti Azmin dengan mahar yang tersebut.” Dengan sekali lafas sahaja, Suraya sah menjadi isteri Mizi. Upacara pembatalan air sembahyang pula. Suraya nampak cantik dengan baju biru berlabuci serta kepalanya dilitupi kain tudung warna putih. Mizi pulak tampan dan segak sekali memakai baju melayu. Dengan sopan, Suraya menyambut huluran tangan oleh Mizi dan mencium tangan kasar itu. terasa begitu tenang jiwa mereka bila tangan saling bertautan. Mizi tergamam seketika saat tangannya dikucup lembut oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Giliran Mizi pula mengucup syahdu dahi Suraya. Suraya pejam mata saat bibir Mizi singgah didahinya. Agak lama mereka begitu kerana ada yang menangkap gambar mereka. Pada saat itu timbul satu perasaan halus dalam diri mereka. Mizi tidak menyangka gadis kampung yang dikahwininya itu cantik dan menawan. Jauh sekali dengan apa yang dibayangkan olehnya ketika ibunya menyuarakan tentang calon isterinya sebulan lalu. Majlis persandingan di buat sederhana pada keesokan harinya. Bagai pinang dibelah dua, pasangan pengantin duduk di atas pelamiin dengan wajah tenang. Pelbagai aksi dirakamkan selepas upacara menepung tawar. Senyuman tidak lekang dari dari bibir Puan Ramlah serta suami. Keadaan rumah agak sunyi setelah tetamu beredar. Yang tinggal hanya sanak saudara yang terdekat sahaja. Suraya menukar pakaiannya. Dia bergegas ke dapur membantu apa yang patut. Sementara di bilik tetamu, Mizi sedang tidur setelah penat menjadi raja sehari.

“Hai mak pengantin, dah mula bekerja ke? Berehat dulu. Temankan cik abang kamu tu,” Suara Mak su Timah kedengaran menegurnya. Suraya hanya tersenyum kecil.

“Tak pe mak su, biar dia berehat dulu. Lagipun saya tak penat. Kasian tengok mak su kemas rumah ni sorang diri,” Jawab Suraya sambil tangannya tangkas sekali mencuci pinggan mangkuk yang kotor. ”

Su, beruntung tau kamu dapat kahwin dengan anak aorang kaya ada rupa pulak tu. Hati-hati tau. Tentu ramai yang cemburu dengan nasib kamu tu,” Mak su Timah berkata perlahan.

“Pasti ramai yang berkenan kat dia tu,” Suraya mendengar dengan tenang. Walaupun hatinya turut merasa bimbang, tetapi dia cuba membuang perasaan tersebut. Dia cuma perlu berdoa semoga kehidupannya berjalan lancar dan kebahagiaan menjadi milik mereka.

“Mak su doakan sahaja kebahagiaan kami berdua ye. Tapi kalau jodoh dengan dia tak panjang nak buat macam mana mak su. Semoga kami dapat mengharungi dugaan dan cabaran hidup, ye,” Suraya memeluk tubuh tua itu.

“Dah jadi isteri orang, jangan masih perangai macam budak-budak.” Mak su Timah menolak kepala Suraya.

“Cerita karton tak pernah tinggal, bila lagi nak buang tabiat tu. Hairan suami kamu nanti,” Mak su Timah membebel.

“Eh…. Mana boleh, serita karton tu dah sebati dengan Su tau, kalau dia sayangkan Su, dia mesti terima kebaikan dan keburukan Su. Dia kena terima hakikat yang isteri dia ni masih mentah dan budak lagi,” Suraya tersengih.

“Kamu ni kan. memang tak pernah berubah. Mulai sekarang, kamu kena jadi lebih matang. Kamu dah jadi isteri orang. Ingat tu. Jangan ingkar perintah suami tau,” Pesan ibunya.

“Ala… mak janganlah susah hati. Sampai saatnya nanti, Su berubah lah.” Suraya memeluk ibunya.

“Ha… tengok. Masih sempat lagi nak bermanja,” Suraya mencebik.

“Su belum puas lagi bermanja dengan mak, mak dah suruh Su kahwin,” Suraya berkata perlahan.

“Masih marah? Kalau kamu tak berkahwin sekarang, lambat laun kamu kena juga berkahwin. Masa tu nanti, entah sempat atau tidak mak tengok kamu bersanding,” Suara Mak Gayah sedih. Suraya memeluk ibunya.

“Mak janganlah menangis. Su gurau aje tadi. Tentu mak dah buat keputusan yang terbaik untuk Su. Terima kasih mak,” Suraya memeluk ibunya dengan lebih erat.

“Ermm… mulai sekarang Su bukan budak lagi,” Katanya sambil mencucuk pinggang mak su dan ibunya. Suraya berlari mengelilingi meja makan bila orang tuanya membalas. Tanpa sedar Suraya tersepak kaki meja dan hampir jatuh. Mujur badannya di sambut oleh seseorang. Suraya terkejut dan memeluk erat tubuh yang sedang memeluknya itu. suraya asyik mendengar denyutan jantung orang yang sedang memeluknya itu. Suraya mendongak, wajahnya serta merta merona merah apabila menyedari dia sedang memeluk Mizi. Dengan cepat Suraya menolak tubuh Mizi. Mizi tersentak.

“Apa yang gembira sangat Soalnya perlahan sambil duduk di kerusi makan. ‘Aihhhh.. tadi bukan main kecoh mulut dia. Sekarang diam macam batu pulak,’? Mizi berbisik sendirian. Matanya terus menatap wajah putih bersih itu. kecantikan asli. Mizi leka seketika.

“Tu… isteri kamu tu, perasan diri dia masih muda. Umur dah nak masuk 20 tahun, masih tengok cerita karton,” Jawab Mak Gayah sambil tersenyum melihat muka Suraya yang mencuka itu.

“Mak!!!!” Suraya membentak. Mizi tergelak besar. Suraya memberi jelingan tajam ke arah Mizi. mizi menggunakan peluang itu untuk menyelami hati gadis yang sudah menjadi isterinya itu. ‘Terima kasih mak. Sebab jodohkan Mizi dengan Suraya. Mizi akan bahagiakan dia,’ Mizi berbisik di dalam hati. ‘Ya Allah ya Tuhan ku, kalau dia adalah jodohku, aku berserah padamu. Dan bukakan pintu hatiku untuk menerimanya dalam hidupku,’ Doa Suraya dalam hati. Hampir 5 minit berlalu, Suraya melarikan pandangan. Mizi tersenyum menang. Suraya memandang sekeliling. Hanya mereka berdua di dapur itu. Azan Magrib kedengaran dari masjid berdekatan. Mereka beredar menuju ke bilik untuk menunaikan solat Magrib.Kali pertama berjemaah sebagai suami isteri, mereka agak kekok. Penghuni lain rumah tersebut sembahyang di masjid. Kadua-dua orang tua Mizi sudah pulang selepas majlis selesai petang tadi. Suara dan Mizi masing-masing mendiamkan diri sambil menonton tv sementara menunggu masuk waktu Isyak. ‘Alamak!!!! Shin Chan lah, macamana ni?’ Suraya menggosok tangannya. Matanya liar mencari alat kawalan jauh. Matanya memandang ke arah Mizi yang memegang alat kawalan jauh tersebut. Suraya menggaru dahinya sambil matanya mencuri pandang wajah Mizi. ‘Nak panggil dia apa? Nanti dia ketawakan aku.’ Suraya berbisik sendirian. Mizi juga gelisah. Dia juga meminati karton Shin Chan. ‘Ah..lantak dia nak ketawakan aku, yang penting aku dapat tengok Shin Chan.’ Suraya batuk kecil.

“Errrr…. Awak. Pinjam remote kejap,” Suraya memberanikan diri. Mizi terkejut.

“Ahhhh. Apa dia?” Soalnya gugup.

“Tu…Remote,” Jawab Suraya sambil muncung mulutnya menunding ke arah tangan Mizi.

“Nak tengok cita apa?” Mizi bertanya sambil tersenyum.

“Adalah…” Suraya terus merampas remote dari tangan Mizi.

“Minat Shin Chan jugak,” Soal Mizi sambil tersenyum.

“Kenapa?” Soal Suraya pulak.

“Abang minat jugak,” Mereka berdua tersenyum. Mereka terus leka menonton cerita yang mereka sama minat.

“Su…” Suraya mendongak memandang wajah Mizi. Ketika itu Suraya sedang melipat pakaian.

“Ye?” Suraya menyahut lembut. Mizi tersenyum. Hatinya memang sudah terpaut dengan kelembutan serta kesopanan Suraya.

“Ermmmm… Kenapa Su terima lamaran mak abang?” Mizi sabar menanti jawapan dari mulut Suraya. Padanya, penerimaan Suraya terhadap pinangan keluarganya, seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Suraya tunduk sambil bermain jari-jarinya.

“Sebenarnya, Su… Su sayang sangat pada mak dan ayah awak. Mereka baik terhadap keluarga Su. Su tahu keluarga yang baik tentu anaknya juga baik.” Suraya menjawab perlahan. Mizi angguk kepala.

“Bagaimana jika abang bukan lelaki yang baik?” Mizi bertanya spontan. Suraya mencari anak mata suaminya. Mencari kepastian di wajah itu.

“Mak awak seorang yang baik, dan dia percaya yang anaknya adalah lelaki yang baik. Sebab itulah dia menjodohkan kita berdua,” Mizi tersenyum senang.

“Errr… Awak pulak? Kenapa awak setuju dengan cadangan orang tua awak?” Suraya pula bertanya.

“Zaman sekarang, lelaki sudah tahu hala tuju masing-masing. Tentang jodoh dan kehidupan mereka adalah ditentukan oleh mereka sendiri. Su hairan kenapa awak sudi terima orang kampong macam saya ni. Tidak berpendidikan ni?” Mizi tersenyum. ‘Cerdik jugak budak ni,’ Mizi memandang wajah bersih tanpa make up itu.

“Boleh tak, Su biasakan diri panggil abang dengan panggilan yang lebih mesra. Panggil hubby ke, sayang ke. Kalau susah sangat, panggil abang je. Baru mesra,” Mizi duduk di sebelah Suraya sambil mencapai tangan Suraya. Suraya tersentak dengan tindakan berani Mizi.

“Tapi…” Mizi menutup mulut Suraya dengan tapak tangannya.

“Panggilan yang mesra akan mengeratkan hubungan suami isteri. Abang terima Su, seperti kata Su tadi, mak seorang yang baik. Mustahil dia hendak memusnahkan hidup anak tunggalnya. Pilihan seorang ibu adalah yang terbaik. InsyaAllah. Kita harus berterima kasih pada mereka kerana menyatukan kita,” Mizi membelai pipi Suraya. Suraya terpaku bila diperlakukan sebegitu oleh Mizi. Pertama kali dalam hidup dibelai oleh lelaki.

“Su pernah bercinta?” Suraya terkejut.

“Apa?” Soalnya pelik.

“Maksud abang, Su pernah dicintai dan menyintai?” Mizi menanti dengan sabar jawapan dari bibir merah itu. Suraya geleng kepala.

“Su tak nak tanya abang pulak?” Mizi mengusik isterinya. Jelingan manja dihadiahkan kepada Mizi. Mizi tergelak.

“Sebelum kita bernikah, hanya seorang wanita dalam hidup abang. Dia wanita yang paling abang sayang sampai sekarang. Kasih sayang abang padanya tidak akan berubah. Dan abang berjanji akan menjaganya seumur hidup abang.” Mizi berkata yakin sekali. Suraya tunduk. Perlahan tangannya ditarik. Terasa air mata hampir jatuh menitis di pipi.

“Kalau awak sayangkan dia, kenapa awak setuju dengan cadangan mak awak?” Soal Suraya sedih.

“Kalaulah saya tahu, saya takkan setuju. Saya tak rela merampas kebahagiaan orang lain,” Suraya menggosok matanya. Mizi selamba sambil mencari anak mata Suraya. Suraya pula berusaha melarikan wajahnya dari menjadi tatapan Mizi. Mizi menarik kembali tangan Suraya.

“Su menangis?” Soalnya lembut.

“Mana ada,” Suraya berdalih.

“Abang tahu Su sedih. Sebenarnya wanita itu adalah mak abang sendiri. Dia yang abang maksudkan. Dan sekarang, ada tiga orang wanita lagi dalam hidup abang. Mak mertua abang, mak su Timah dan yang paling penting isteri abang ni,’ Mizi memeluk tubuh Suraya sambil mengucup dahinya lembut. Suraya pandang wajah Mizi mencari kebenaran pada apa yang diucapkan oleh Mizi. Mizi angguk kepala. Akhirnya Suraya tunduk malu. Perlahan bibir nipis itu menjadi sasarannya. Suraya tersentak bila bibirnya diragut lembut. Teresa seram sejuk badannya bila Mizi menciumnya.

“Assalammualaikum,” Meraka berdua terssentak. Mizi membetulkan baju masing-masing sebelum menjawab salam dari maknya.

“Waalaikumsalam,” Mereka menyahut serentak.

“Mak? Kata nak sembahyang kat masjid?” Suraya bertanya kepada ibunya.

“Selepas magrib tadi, mak balik, dah tak tahan lagi. Sakit perut ni,” Mak Gayah terus ke dapur. Suraya tergelak.

“Apalah mak ni. Buat lawak pulak,” Suraya mengekotri ibunya ke dapur.

“Apa pulak buat lawak? Mak sakit perut ni. Malas nak layan kamu. Kamu berdua sudah makan?” Soal Mak Gayah sambil menekan perutnya.

“Belum mak. Baru abis tengok Shin Chan,’ Suraya tersengih.

“Bertuah punya budak. Suami kamu tu lapar barangkali. Itu pun nak di suruh?” Marah ibunya.

“Kejap lagilah mak. Abang Mizi belum lapar,” Suraya menjawab sambil berlari ke ruang tamu bila tangan ibunya hendak mengetuk kepalanya.

“Kenapa dengan mak?” Soalnya lembut sambil menarik tangan Suraya supaya duduk disebelahnya.

“Mak sakit perut,” Jawabnya sambil tergelak.

“La… tak baik tau gelakkan orang tua.” Mizi menegur sikap isterinya. Suraya masih tersenyum.

“Mak tak apa-apa. Dia dah biasa dengan anaknya yang nakal dan comel ini,” Suraya menjawab bangga. Mizi geleng kepala.

“Nampaknya abang pun kena biasakan diri dengan isteri yang nakal dan comel ni,” Mizi memeluk Suraya penuh kasih sayang sambil mencium pipi Suraya.

“Ehemmm. Kalau ye pun nak bermesra, masuklah dalam bilik korang tu,” Mereka berdua tersentak dan berpaling. Mak su Timah sedang menyaksikan adegan panas mereka. Mereka berdua tertunduk malu. Jam di dinding menunjukan hampir pukul 11 malam. Suraya sudah mengantuk. Seharian melayan tetamu membuatkan badannya letih.

“Mengantuk?” Mizi berbisik di telinga Suraya. Suraya angguk kepala sambil menggosok matanya. Mizi mencubit hidung Suraya sambil tergelak. Lucu melihat wajah kelat itu.

“Mak, mak su, kami masuk tidur dulu ye. Tengok Su ni, tertidur pulak dia,” Mizi membimbing tangan Suraya lalu di bawa ke bilik mereka. Sebaik sahaja badannya berada di atas katil. Suraya terus memeluk bandal peluknya dan tidur dengan nyenyak sekali. Mizi tersenyum melihat gelagat Suraya yang masih keanak-anakan itu. Mizi berbaring perlahan di sebelah Suraya sambil merenung wajah tenang itu.

“Abang akan berusaha membahagiakan Su,” Bisik Mizi perlahan sambil mengucup pipi Suraya. Mizi akhirnya terlelap.

Paginya, Suraya merasa panas dan terasa seseorang sedang menghimpitnya. Dengan pantas Suraya menolak tubuh orang yang sedang memeluknya dan menjerit memanggil ibunya. Mizi yang sedang lena serta merta duduk sambil memasang lampu bilik mereka. Bimbang akan keselamatan isterinya.

“Kenapa Su?” Mizi cemas.

“Haaa… eh.,… Siapa awak?” Soalnya gugup. Mizi memandang pelik wajah isterinya. Pintu bilik terbuka, dua wajah tua yang penuh tanda tanya memandang mereka berdua.

“Kenapa pulak ni Su? Kenapa kamu menjerit tadi. Mizi, kenapa dengan isteri kamu tu?” Soal Mak Gayah hairan serta bimbang.

“Entah mak. Tiba-tiba menjerit. Terkejut saya dibuatnya,” Mizi menggosok matanya yang masih mengantuk.

“Errr. Maaf. Sebenarnya…. Su lupa yang Su dah kahwin.” Suraya menjawab gugup.

“Apa?” Serentak mereka bertiga bertanya. Mak Gayah dan Mak su Timah geleng kepala. Kemudian mereka berdua beredar meninggalkan pasangan muda itu. mizi merenung wajah Suraya yang sedang tunduk membisu.

“Su ingat abang ni perogol bersiri?” Soal Mizi perlahan. Suraya angguk kepala.

“Maaf. Su lupa yang awak ni suami saya. Saya lupa yang kita dah kahwin semalam. Lagipun, saya baru jumpa awak semalam, jadi saya belum biasa,” Jawabnya perlahan.

“Tak mengapa. Su belajar sedikit demi sedikit. Biasakan diri,” Ucapnya perlahan sambil tangannya memeluk pinggang Suraya. Suraya tersentak tetapi tidak menolak.

“Sekarang dah tahu yang abang ni suami Su,jadi jangan menjerit lagi ye,” Mizi mengucup pipi Suraya. Suraya angguk kepala. Mizi semakin berani. Kini bibir merah itu menjadi mangsa ciumannya.

“Su sudi jadi sebahagian dalam hidup abang?” Soal Mizi lembut sambil bibirnya menjalar di sekitar leher dan bahu Suraya.

“Ermmmm,” Suraya tidak mampu bersuara bila menikmati belaian dari lelaki yang bergelar suami. Mereka hampir hanyut namun Suraya segera mengingatkan suaminya.

“Errr… abang…. Subuh tinggal sikit lagi. Nanti terlepas pulak,” Suraya menolak tubuh Mizi yang memeluk erat tubuhnya. Mizi belum bersedia untuk melepaskan gadis kesayangannya.

“Kita sembahyang dulu ye?” Pujuk Suraya lembut sambil tersenyum manis ke arah suaminya.

“Lepas sembahyang nanti, Su janji akan jadi milik abang sepenuhnya,” Suraya tersenyum. Mizi angguk kepala. Mereka menunaikan Subuh bersama.

“Betul Su dah bersedia?” Mizi bertanya sambil merenung wajah Suraya yang sedang berbaring itu. Suraya angguk kepala.

“Semoga ini permulaan bagi kita bina hubungan yang bahagia dan semoga ianya berkekalan,” Mizi mengucup bibir merah milik isterinya. Cinta hadir tanpa mereka sedari. Allah sudah tentukan jodoh setiap manusia. Dan terimalah pasangan kita dengan perasaan ikhlas. Kerana kita akan merasa nikmatnya hubungan itu. Kerana segalanya atas restu Allah s.w.t. Cinta selepas berkahwin adalah yang terindah kerana perasaan cinta hadir dalam hubungan yang halal. Apabila cinta berada di tahap yang membuatkan keinginan untuk memiliki pasangan kita hadir, tiada batas bagi mereka yang sudah berkahwin untuk saling bersentuhan bagi mencurahkan rasa cinta mereka.

p;s…tqvm pd yg sudi membaca cerpen ni..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

51 ulasan untuk “Cerpen : Terima Kasih Ibu”
  1. yeen says:

    nice story…go0d job..family is everything..love our family..^_^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"