Cerpen : Volkswagen Biru

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

5,680 bacaan 35 ulasan

Oleh : mia natasya

Mia bergegas bersiap untuk kepejabat. Hari ini dia terlewat bangun lagi. Tanpa sarapan terlebih dahulu, Mia terburu-buru ke porch car selepas mengunci pintu rumah. Sebaik memasuki perut kereta Suzuki Swift, matanya hampir terjojol melihat sebuah Volkswagen biru yang hampir out of services elok terparkir dihadapan pagar rumahnya. Tiba-tiba temperature darahnya naik mendadak.

“Eii bodoh mana yang sedap-sedap parking kereta buruk depan rumah aku ni? Tengah-tengah aku nak cepat dia buat hal. Geramnya!!” Mia memukul stering kereta beberapa kali untuk melepaskan geram. Tanpa berfikir panjang Mia terus menekan hon beberapa kali bertujuan memanggil pemilik Volkswagen biru mengalihkan kenderaannya. Hanya itu saja cara yang dapat dilakukan memandangkan dia tidak pernah melihat Volkswagen biru itu disekitar taman perumahannya.

Bunyi hon bertalu-talu yang membingitkan telinga telah menarik perhatian beberapa jiran sekeliling Mia. Namun Mia langsung tidak mengambil port dengan jelingan-jelingan tajam jiran tetangganya yang mulai hot dengan bunyi hon yang mengganggu sistem pendengaran mereka. ‘Ah peduli apa aku. Selagi si bodoh tu tak keluar selagi tu aku tekan hon ni. Siapa suruh cari fasal dengan Mia Natasya. Huh!’ Gumam Mia.

Selang beberapa minit, muncul seorang lelaki bertubuh tinggi dan berambut kerinting dari rumah hadapan. Lelaki itu mengangkat sebelah tangan sebagai tanda maaf kepada Mia yang masih duduk didalam kereta. Sejurus lelaki itu mengalihkan Volkswagen biru tersebut, Mia terus menghampiri lelaki yang masih dalam keadaan mamai. Baru bangun tidur barangkali. Fikir Mia.

Mia bercekak pinggang dihadapan lelaki itu. Belum sempat lelaki itu membuka mulut meminta maaf, Mia lebih cekap menyemburnya dulu. “Hei kau ni bodoh ke hah parkir kereta buruk kau tu depan rumah orang? Kau ingat rumah aku ni tempat pelupusan besi buruk ke?” Melengking-lengking suara Mia memarahi lelaki itu.

Lelaki itu tergamam seketika. “Sebab kau, aku lambat pergi kerja. Lain kali kalau kau parking Volkswagen buruk kau tu depan rumah aku. Aku tak akan teragak-agak bakar kereta tu. Huh!” Mia terus berlalu pergi tanpa memberi peluang lelaki itu membela diri.

Lelaki itu masih lagi terpinga-pinga seorang diri. ‘Mak oii garang nak mampus perempuan ni. Sampai nak bakar-bakar kereta kesayangan aku. Ni semua mesti kerja si Adil. Yang dia pi parking depan rumah orang pasal pe? Saja nak dajalkan aku la tu. Cis!’

*****************************************************

Sudah hampir seminggu Kenji menyewa di Taman perumahan Muhibbah bersama tiga rakannya yang lain. Minggu hadapan dia bakal memulakan pekerjaan baru di salah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Jadi Kenji mengambil kesempatan hari minggu begini dengan membasuh Volkswagen biru kesayangannya. ‘Biar bersih dan berkilat. Baru bangga nak tayang depan orang ramai. Kih..kih..’ Kenji tersenyum seorang diri.

Sesekali Kenji bersiul-siul mengikut rentak lagu yang kuat berkumandang dari corong radio Hi-Fi Sony milik Bob. Siulan Kenji mati sebaik terpadang sekujur tubuh perempuan yang berdiri tercegat dihadapan rumahnya. Kalau tak silap dia itu perempuan yang mengamuk dengannya beberapa hari lepas. ‘Apa nak lagi perempuan ni? Jangan-jangan dia rasa bersalah. So.. dia datang nak minta maaf?’ Bisik hati kecil Kenji. Entah mimpi apa yang mendorong gadis itu datang kesini. Namun dia melangkah jua ke arah perempuan yang berambut ikal itu.

“Sedari nak apa datang ni?” Tanya Kenji dengan suara seromantik mungkin. Adat la tu.. yang cantik dipandang, yang huduh dikeji.

Mia tersenyum kecil. “Saya datang ni nak minta tolong.. Sedare boleh tolong saya tak?” Pinta Mia dengan sopan. Nadanya amat berlainan dengan minggu lepas.

Kenji hampir tergoda mendengar suara Mia yang lemak merdu disukai ramai. “Boleh-boleh! Saya sanggup tolong apa saja. Just say it my dear..” Kenji mula menunjukkan gaya-gaya kasanova of the year.

“Boleh tak tolong….. Tutup radio kau orang!! Memekak tau tak! Aku nak tidur pun tak senang. Kau ingat kau sorang je yang ada radio hah?” Suara Mia sudah bertukar nada. Dari nada balada kepada nada Heavy Metal. Kenji terkulat-kulat melihat perubahan karekter Mia yang tidak semanja kucing parsi lagi. ‘Apa dah jadi ni? Sakit mental ke perempuan ni?’

“Erk.. Saya-” Belum sempat Kenji menghabiskan kata-katanya, Mia sudah memotongnya. “Lagi sekali kau buat hal bukan takat kereta kodok dan radio kau je aku bakar. Tapi dengan rambut Croissant kau tu sekali aku bakar. Huh!” Mia terus pergi dengan langkah deras.

Kenji tercengang-cengang. ‘Aik apa salah aku? Balik-balik aku gak yang dipersalahkan. Bukan aku yang pasang radio kuat. Mangkuk betul la! Tak boleh tahan aku macam ni. Perempuan tu memang dah gila! Tak fasal-fasal rambut aku yang macho ni terbabit sama. Owh i hate girls’ Kenji membebel seorang diri.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. “Woi kau pe hal membebel sorang-sorang? Tadi aku nampak kau borak dengan makcik laser depan tu. Apa dia nak?” Tegur Bob yang bertubuh gempal. Kenji menjeling tajam ke arah Bob.

“Apa lagi dia nak. Semua ni kau punya fasal. Sebab kau pasang radio kuat-kuat, aku pula yang kena sound dengan perempuan sewel tu. Bengang aku.” Kenji meluahkan ketidakpuasan hatinya. Sebaliknya Bob tergelak besar. Lucu melihat muka bengang Kenji. Dia sudah masak benar dengan perangai garang tak bertempat jiran perempuan mereka itu. Kalau dulu sebelum Kenji menyewa bersama mereka, lagi teruk mereka dikerjakan dengan perempuan ganas itu. Siap kereta mereka kena calar lagi.

“Yang kau gelak ni fasal pe? Pergi slow kan radio kau tu sebelum dia bakar Volkswagen dan rambut macho aku ni.” Ujar Kenji seraya menghilangkan diri didalam rumah. Moodnya mahu membasuh kereta sudah hilang.

*****************************************************

Mia Natasya tak habis-habis menyumpah dari tadi. “Bodoh punya kereta. Time-time macam ni gak kau nak meragam..” Mia terbongkok-bongkok melihat apa kerosakan enjin keretanya walaupun dia tidak tahu satu apa pun tentang kereta. Selama ni pun dia main lenjan je pakai kereta. Tu yang agaknya kereta yang baru dipakai tiga tahun cepat meragam.

Jenuh memikirkan masalah kerosakan keretanya, Mia bercadang untuk menaiki teksi atau bas saja. Masalahnya ada ke perkhidmatan awam melalui jalan ni? Dari tadi menunggu jangan kata bayang, asap bas atau teksi pun dia tak nampak. Nak cari bengkel pun bukan boleh siap on the spot. Sedang Mia mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya tiba-tiba muncul sebuah kereta proton waja berhenti di hadapan keretanya. Mia tersenyum senang hati. ‘Setel masalah aku’. Bisik hati Mia.

Seorang lelaki separuh abad keluar dari perut kereta itu. “Kenapa ni cik? Kereta rosak ke?” Soal lelaki itu sambil menjenguk-jenguk bonet kereta Mia yang terbuka luas. Pantas Mia mengangguk. Harapannya cuma satu. Lelaki itu sudi membawanya ke Syarikat Azmar Corporation kerana dia ada satu mesyuarat penting.

“Sebenarnya pakcik nak tumpang tanya ni. Cik tahu tak macam mana jalan nak pergi ke Segambut?” Soalan lelaki itu menyebabkan Mia tercengang. What the hell? Pakcik ni berhenti cuma nak tanya jalan je?? Cis! Mati-mati aku ingat kan nak tolong aku. Ni dah terbalik. Dia pula yang minta tolong aku. Pakcik ni pun agak-agak la.. saje je nak menambahkan ketansionan aku! Nasib baik orang tua. Kalau tak dah lama kena fire dengan aku.

Nak tak nak Mia menujukkan juga jalan ke segambut. Selepas lelaki tua itu berlalu pergi, Mia duduk melangut disisi keretanya sambil mengesat peluh yang merenik di dahi dan lehernya dek kerana bahang matahari. Namun tiba-tiba matanya menatap kelibat Volkswagen biru dari jauh. ‘Macam kenal je Volkswagen warna biru tu.’ Bisik hati Mia. Volkswagen biru itu semakin menghampiri lalu perlahan-lahan berhenti di hadapan kereta Mia. ‘Alamak itu volkswagen budak tu! Malu aku kalau budak tu tahu!’ Bisik hati Mia. Mia berpura-pura tidak memandang lelaki itu yang datang menghampirinya. Saat ini dia terasa mahu menyorokkan wajahnya yang cun. Tapi dah terlambat..

“Kereta cik rosak ke?” Pertanyaan Kenji tidak disahut. Mia hanya menundukkan wajahnya. Dahi Kenji berkerut-kerut. ‘Apa kena perempuan ni? Bisu ke?’ “Cik saya tanya ni. Kereta rosak ke? Nak saya tolong?” Soal Kenji sekali lagi. Mia mula rasa gelisah. Nak tak nak dia mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya Kenji sebaik melihat wajah perempuan yang tidak disukainya. Sumpah kalau dia tahu kereta ini milik perempuan itu, mati hidup balik pun dia tidak akan berhenti menolong. Hatta melalui jalan ini pun dia tidak mahu. Tapi apa boleh buat. Tak akan dia nak main cabut. Tak gentlemen langsung. Lebih-lebih lagi bila melihat muka seposen perempuan tu. Hilang seketika marahnya pada perempuan tu.

“Erk aku tak tau repair kereta tapi aku boleh tolong call kan pomen suruh datang tengokkan kereta kau.” Ujar Kenji dalam nada serius. Kenji terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Tak lama kemudian dia berbual seketika dengan sesorang yang dipanggil Ah wong. Selepas Kenji menamatkan perbualan matanya dipusat semula pada Mia.

“Aku dah call pomen. Kejap lagi dia datang. Tapi aku tak rasa kereta kau boleh siap hari ini. Kau nak pergi mana? Aku boleh tolong hantarkan.” Pelawa Kenji ikhlas.

“Naik Volkswagen tu ke?”

“Yelah. Habis takkan nak naik kapal selam.” Sindir Kenji berbaur gurauan. “Tapi kalau kau tak nak naik pun tak apa. Yelah kereta aku ni kan buruk.. tak macam kereta orang tu..” Kali ini Mia kalah. Dalam keadaan darurat begini dia tiada pilihan. Volkswagen pun Volkswagen la Mia.. Dalam terpaksa Mia naik jua Volkswagen biru yang selama ini dikutuk-kutuknya. Ni kalau budak office tahu ni malu 40 hari aku. Getus Mia.

*****************************************************

“Hish mana dia ni. Lambat betul la.” Rungut Mia. Beberapa hari ini Mia terpaksa menumpang Kenji ke tempat kerja kerana keretanya masih belum siap dibaiki. Namun itu bukan bermakna Mia dan Kenji sudah membuat genjatan senjata. Tak lama kemudian Volkswagen biru memasuki perkarangan pejabat Mia.

“Sorry aku lambat. Ada keje sikit kat office tadi.” Ujar Kenji dari dalam kereta. Mia menarik muka 14. Hisy kalau kereta aku tak tersadai kat bengkel lagi tak ingin aku nak tumpang volkswagen buruk dia. Dah la panas tak ada aircond.

“Banyak la kau punya maaf. Aku ni dah macam patung liberty tunggu kau tau!” Ngomel Mia. Geram dengan sikap Kenji yang tidak menepati masa.

Kenji menggaru-garu kepala. ‘Banyak songel betul la perempuan ni. Dah la tumpang aku, aku tak claim duit minyak pun. Pastu nak tunjuk ek pulak.’Sungut Kenji dalam hati.

“Kau ingat Volkswagen aku ni boleh speed laju-laju ke. So faham-faham je la. Sekarang kau nak naik ke tak? Kang aku tinggal kau kat sini tau la.” Tanpa membuang masa Mia terus masuk kedalam perut kereta. Bimbang jika Kenji benar-benar mengotakan kata-katanya.

“Kenapa kau sayang sangat dengan Volkswagen buruk ni? Ni kalau tolak kat kedai besi buruk pun diorang reject tau. Tak ada value. Kau kan kerja bagus. Beli je la kereta-kereta import.” Kenji menjeling tajam kepada Mia yang duduk disebelahnya. Ikutkan hati mahu saja dicili-cilinya mulut si Mia.

“Mulut kau ni memang puaka betul la. Kalau kau nak tahu volkswagen ni ada banyak sentimental value tau. Ni warisan turun-temurun. Kau apa tau. Lagi satu, buruk-buruk kereta aku ni pun tak kuat meragam macam kereta orang tu.. harap kereta je canggih tapi hampeh. Nak buat apa.” Perli Kenji selamba. Biji mata Mia terjegil memandang Kenji. Mahu ditelan-telannya lelaki berambut kerinting itu.

Kesudahannya mereka berdua sekadar mendiamkan diri sehingga sampai di Taman perumahan Muhibbah.

*****************************************************

Hari ini genap seminggu Mia menumpang Volkswagen Kenji. Mulai besok Mia akan pergi kerja sendiri kerana Suzuki Swiftnya sudah siap dibaiki. Entah kenapa Mia terasa lain macam. Mia menoleh kesebelah tempat pemandu. Kenji tampak fokus memandu. Baru dia perasan Kenji memiliki sepasang mata yang agak sepet dan hidung yang mancung. Rambut kerinting langsung tidak mencacatkan wajah kacak Kenji. ‘Boleh tahan gak mamat ni. Kenapalah aku tak perasan sebelum ni ek..’ Bisik hati nakal Mia.

“Apasal tenung muka aku? Aku tahu la aku ni jejaka handsome semalaya.” Ujar Kenji tanpa memandang Mia. Muka Mia serta-merta bertukar merah. Malunya..

“Erk mana ada aku pandang kau. Kau ingat kau handsome sangat ke?” Ucap Mia dengan suara tinggi demi untuk menutup perasaan malu dan gugup. Kenji ketawa besar.

“Eleh yelah tu.. Ngaku je la cik Mia oiii.. Aku tahu kau dah syok dengan aku kan..” Usik Kenji. Suka dia mengayat perempuan yang mula mencuri hatinya dalam diam.

“Boleh blah. Kau bukan taste aku okey.. Sebelum cakap tu pergi tengok muka kau kat cermin.” Ujar Mia lancang. Pada hal dalam hati hanya tuhan saja yang tahu bagaimana kuatnya debaran didadanya. Ah kenapala aku selalu sakitkan hati dia..

Dalam diam Kenji hampa dengan jawapan Mia. Nampaknya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mia benar-benar bencikan dia. Mungkin tempoh seminggu ni tidak membawa makna apa-apa pada Mia. Mujur dia tidak meluahkan perasaan hatinya. Kalau tidak malu dia satu Taman Muhibbah. Kenji terus melayan perasaannya manakala Mia terus dihimpit perasaan menyesal sehingga tidak sedar Volkswagen itu sudah berhenti dihadapan rumah mereka.

*****************************************************

Kenji membuat keputusan untuk berpindah dari Taman Muhibbah hari ini. Puas dipujuk Bob dan Adil supaya terus tinggal bersama mereka. Namun keputusannya muktamad. Biarlah dia membawa hatinya yang kecewa jauh-jauh. Selagi dia duduk disitu kenangan bersama Mia akan terus menghantui dia. Lebih-lebih lagi Mia cuma tinggal berdepan dengan rumah bujangnya. Buka pintu je dah nampak orangnya. Mana boleh tahan beb. Jiwa kacau..

“Stay la sini bro.. tak akan sebab putus cinta kau nak bawa diri. Tak macho betul. Lagipun bunga bukan setangkai.” Pujuk Adil lagi.

“Betul tu. Elok gak kau tak ada apa-apa dengan dia. Kalau kau kawin dengan dia alamat kena queen control la kau. Kau cari perempuan lain je la.” Bob menyokong kata-kata Adil. Kenji mendiamkan diri. Malas mahu melayan kata-kata Bob dan Adil yang langsung tidak membantu. Cakap je pandai. Dulu diorang putus cinta lagi teruk. Siap melalak-lalak mengalahkan orang perempuan.

“Dah la korang tak payah cakap apa-apa lagi. Daripada korang membebel macam orang biul baik korang tolong aku masukkan barang-barang aku dalam kereta.” Seperti kerbau dicucuk hidung, Bob dan Adil mengangkat barang-barang Kenji yang boleh tahan beratnya.

Sedang mereka bertiga memasukkan barang-barang Kenji kedalam kereta, Mia yang dari tadi mengintai dari sliding door rumahnya datang menghampiri. Entah kuasa apa yang membawa Mia kepada mereka. Mia berdehem beberapa kali. Kenji, Adil dan Bob terkejut beruk seketika. Lebih-lebih lagi Kenji. Sudah beberapa hari dia tidak berhubung dengan gadis itu sejak kali terakhir gadis itu menumpang dia.

“Err nak pergi mana bawak barang banyak-banyak ni?”

“A..aku nak pindah rumah.” Ada riak terperanjat pada wajah Mia.

“Pindah rumah? Kenapa?” Tanya Mia tidak puas hati? Adakah disebabkan dia?

“Tak ada ap-”

“Dia kecewa dengan cik Mia sebenarnya.” Potong Bob. Pantas Kenji menendang kaki sasa Bob. Terjerit-jerit suara Bob menanggung kesakitan. Adil sekadar menonton. Tu la sibuk lagi hal orang.

Mia terpempan. “Betul ke cakap Bob tadi?” Mia inginkan satu kepastian.

“Apa yang betul?” Soal Kenji agak bingung.

“Betul ke kau suka aku?!” Kali ini suara Mia lebih kuat.

Kenji terdiam sejenak. “Kalau aku suka kau pun, kau bukan-”

“Aku suka! Aku sukakan kau.” Pintas Mia. Mulut Kenji melopong.

“Hari itu kau cakap aku bukan taste kau..”

“Saje je aku cakap macam tu. Aku kan perempuan… Sengal!” Bidas Mia. Akhirnya mereka berdua tertawa bahagia.

“Tapi ada satu syarat! Sesiapa yang nak jadi awek aku dia kena terima Volkswagen aku sekali. Kau sanggup ke?” Dahi Mia berkerut. Lalu dia menggangguk seraya tersenyum. Kenji meraih tangan Mia lalu dikucupnya lembut tanpa mempedulikan mata Bob dan Adil yang hampir juling melihat aksi Don Juannya.

“Nampaknya kena angkut balik la barang-barang tu semua..” Ujar Bob lemah.

Dulu aku memang benci tengok Volkswagen biru dan tuannya sekali. Tapi siapa tahu, akhirnya benda dan orang yang aku benci tu menjadi benda dan orang yang paling aku sayang.. CINTA KAMI BERMULA DALAM VOLKSWAGEN BIRU.

-TAMAT-


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

35 ulasan untuk “Cerpen : Volkswagen Biru”
  1. arieka^jasmin says:

    suka citer ni..
    best..
    ayat yg sempoi…
    tapi menarik…
    teruskan usaha anda..

  2. wada says:

    ahax…x bleh bla tol cik mia niy….
    tp writter..
    nk ckp..
    story ni bce pon x boring..

  3. seseorang says:

    alo lo2 sweet sngtttt….. :oops:
    bes la citer ni…
    all d best 4 the writer :smile:

  4. Nur Dara Adalia says:

    :mrgreen: kakaka… :mrgreen:

  5. Dyla Adila says:

    :oops: malunya… suke suki ak d wt ny…hahahahaha…….. :grin:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"