Novel : Benci Tapi Sayang 1

2 February 2010  
Kategori: Novel

3,709 bacaan 9 ulasan

Oleh : Shinija_Zahara

BAB 1
“Aku tak nak budak ni..!! Dia adalah lambang kehancuran hidupku setelah menjadi isteri kau. Tunaikan janji kau, Najmi. Kau dah lupa apa yang ungkapkan sembilan bulan lepas? Talak akan jatuh sebaik sahaja aku melahirkan anak kesayangan kau. Baik kau pergi dari sini sebelum aku bunuh budak ni!! Pergi!!!”

Tuan Najmi hanya mampu terdiam. Sedih hatinya tidak terkata. Tidak mungkin bias dijelaskan dengan perkataan. Hanya Tuhan yang mengetahui perasaannya saat itu. Tidak sampai sehari anaknya dilahirkan, isterinya telah menghalau mereka berdua dari banglo dua tingkat itu. Nampaknya, wanita itu benar-benar mahu dia dan puteri yang baru dilahirkan itu pergi dari hidupnya.

Tuan Najmi pasrah. Dia tidak tahu bagaimana kehidupan anaknya kelak. Bagaimana anaknya ingin membesar tanpa susu ibu yang melahirkan..? Pada waktu yang sama dia kesal dengan sikap isterinya. Sampainya hati wanita itu. Walau dia sedar di hati wanita itu tiada langsung perasaan kasih terhadapnya, sekurang-kurangnya izinkan anak yang baru lahir itu menyusu untuk beberapa hari.

Tuan Najmi menikahi wanita itu atas kehendak keluarga. Namun sayangnya, mahligai yang dibina tidak seindah impian yang sering diangan-angankan. Wanita yang dikahwininya itu tidak menyintai Tuan Najmi seperti mana dia menyintai dan mengasihi si isteri. Dua tahun mereka berkongsi hidup namun kehidupan mereka tidak bahagia. Isterinya selalu menguji kesabaran Tuan Najmi sebagai seorang suami. Lelaki itu pasrah. Dia sudah terlalu penat mengejar cinta isterinya walaupun dia tahu dia sudahpun kecundang di tangan teman lelaki isterinya. Pernah dia menyalahkan diri kerana terlalu mengikut kata keluarga. Wanita itu tidak akan dikahwini andaikata dia tahu isterinya sudah mempunyai kekasih.

Tuan Najmi kesal. Namun, penyesalannya sudah tidak berguna apabila dia melihat isterinya berdua-duaan dengan seorang lelaki. Hatinya benar-benar terluka. Dalam amarah yang menyala, dia menyentuh isterinya tanpa rela. Akibat perbuatannya, termeterai sebuah perjanjian di antara mereka berdua setelah isterinya didapati hamil. Sebaik sahaja isterinya melahirkan anak yang dikandungkannya, serta-merta talak akan jatuh dan hubungan mereka sebagai suami isteri berakhir di situ.

Tuan Najmi melepaskan keluhan berat. Anak kecil yang lena di pangkuannya dipandang sayu. Serta-merta air matanya menuruni lekuk pipi. Maafkan papa, sayang. Papa tak minta semua ini berlaku. Tapi apa yang boleh papa buat sekarang hanyalah berserah. Papa tahu puteri papa seorang yang kuat. Walaupun mama tak sayangkan sayang, papa janji.. Selagi papa bernyawa papa akan jaga sayang… Berkali-kali dia mengucup pipi puterinya itu.

“Naj, abang halalkan makan minum Naj selama kita bersama. Dan abang maafkan segala kesalahan Naj selama ini. Abang harap Naj juga boleh maafkan abang. Abang nak Naj tahu yang abang tidak pernah menyesal memiliki bayi ini. Terima kasih sebab sudi melahirkan zuriat abang. Lagi satu… abang harap Naj bahagia bersama dengan orang yang Naj sayang. Moga Naj menjadi seorang isteri yang solehah suatu hari nanti.”

” Tak payah nak berlagak baik lah.. Pergi!!!”

Dengan langkah longlai, Tuan Najmi meninggalkan kamar mewah yang menjadi tempat persemadian cintanya selama ini. Destinasinya hanyalah satu. Najmuddin.. aku perlukan pertolongan kau.

Tuan Najmi merebahkan badannya ke sofa. Dia memerlukan sedikit rehat. Badannya benar-benar keletihan ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang begitu sarat di benaknya.

” Mi.. Macam mana boleh jadi macam ni? Aku tengok kau dengan Naj okey saje. Macam tak ada masalah. Macam mana boleh bercerai-berai?”

Tuan Najmi yang baru sahaja ingin melelapkan mata bangkit semula. Dipandang kusut wajah abang kembarnya.

” Semuanya dah berakhir, Din. Naj tak pernah cintakan aku. Apa yang kau lihat semuanya palsu belaka. Semua tu hanyalah drama bagi menutup hakikat sebenar rumah tangga kami.” Tuan Najmi melepaskan keluhan berat. Tanpa berselindung dia menceritakan satu-persatu rahsia yang tersembunyi di sebalik sandiwara yang mereka berdua mainkan.

” Aku tak sangka Naj boleh jadi macam tu. Aku tahu korang berkahwin atas pilihan orang tua kita tapi aku tak sangka Najmah sanggup membuang anak kau.” Tuan Najmuddin mengeluh berat. Dia bersimpati dengan nasib adiknya itu. Sememangnya dia membangkang keputusan Tuan Najmi untuk menikahi wanita pilihan keluarga. Bukan adiknya tidak mempunyai teman wanita namun semuanya berubah tatkala ibu bapa mereka bertekad untuk mengahwinkan Tuan Najmi dengan anak kenalan mereka. Tuan Najmuddin kesal. Keputusan itu membuatkan hidup adiknya merana.

Lantaran perkahwinan Tuan Najmi, Tuan Najmuddin turut terheret ke alam perkahwinan. Demi adiknya Tuan Najmi, dia sanggup menikahi teman wanita adiknya setelah lelaki itu memintanya untuk menjaga dan membahagiakan wanita bernama Sarah Najwa.

” KAU tak sihat ke, Mi? Aku tengok muka kau pucat semacam je. Aku hantar kau ke klinik okey..?” soal Tuan Najmuddin setelah beberapa hari Tuan Najmi menumpang di rumahnya. Dia benar-benar khuatirkan kesihatan adiknya itu.

” Sebenarnya.. aku sakit,Din. Aku ada kanser otak tahap kritikal. Kalau aku pergi hospital sekalipun, nyawa aku takkan dapat diselamatkan.” Ujar Tuan Najmi perlahan. Terduduk abang kembarnya tatkala kata-kata pengakuan itu keluar dari bibir pucat Tuan Najmi.

“Humaira macam mana, Mi? Kau perlu teruskan hidup demi memastikan Hannan selamat dan membesar dengan baik. Aku khuatir, Mi. Aku takut kalau-kalau Najwa tak nak susukan Hannan lagi setelah kau tak ada. Kau pun tahu kan, Najwa masih marahkan kau gara-gara peristiwa lalu.” Tuan Najmuddin benar-benar buntu. Bukan dia tidak sudi menjaga anak saudaranya itu, namun dia dapat merasakan isterinya tidak akan menerima anak itu. Sekarang, isterinya yang menyusukan Humaira tapi esok-esok? Tuan Najmuddin tidak pasti. Najwa masih marahkan Tuan Najmi kerana berkahwin dengan wanita pilihan keluarga.

” Aku tahu, Din. Kesudiannya untuk menyusukan Humaira beberapa hari ini sudah cukup buatku. Andai kata setelah aku pergi, Najwa tidak mahukan anakku ini.. Kau serahkanlah pada sesiapa yang boleh dipercayai. Aku dah siapkan segalanya. Aku dah sediakan wasiat untuk Humaira. Apabila dia berkahwin kelak, wasiat itu akan dibacakan. Orang yang menjaga Humaira pun akan ada ganjarannya.”

” Aku minta maaf jikalau aku tak mampu untuk menjaga Humaira.”

Tuan Najmi hanya melemparkan senyuman. Tanda dia memahami keadaan kembar yang telah banyak membantunya setelah kedua orang tua mereka meninggal dunia. Tuan Najmuddin yang menyaksikan jatuh bangunnya sepanjang hidupnya.

Beberapa hari kemudian, ternyata umur Tuan Najmi tidak panjang. Tepat jam 6.00 pagi, dia kembali ke rahmatullah di sisi abangnya, Tuan Najmuddin. Bening pagi itu seakan mengerti kehilangan orang yang tersayang dari sisi Tuan Najmuddin. Anak Tuan Najmi juga seakan mengerti hidupnya kini sebatang kara setelah satu-satunya insan yang menyayanginya pergi menghadap Ilahi. Anak kecil itu tidak habis-habis menangis sebaik sahaja jenazah Tuan Najmi dikebumikan.

Tuan Najmuddin dibuai perasaan berbelah bahagi. Dia tidak tahu apakah yang patut dilakukan agar semua insan yang disayanginya bahagia dan jauh dari kesengsaraan. Najwa mula menunjukkan kehambarannya terhadap anak buahnya, Humaira. Tidak cukup dengan itu, Najwa turut bersikap hambar dengannya gara-gara dia memujuk isterinya supaya menganggap Humaira seperti anak mereka sendiri. Malangnya, Najwa tidak bersetuju dan mengatakan Humaira adalah anak kepada wanita yang merampas lelaki yang dicintainya dulu. Walaupun pada waktu ini dia telah menyerahkan hati dan perasaannya kepada Tuan Najmuddin, mustahil untuknya melupakan kisah yang menghancur luluhkan perasaannya suatu ketika dahulu.

” Humaira, maafkan pak cik…”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Sayang 1”
  1. Siti Soleha Yahaya says:

    walaupun pendek je permulaan ini….tp telah jalinan cerita ini menyentuh hatiku. Bagus Shinija.

  2. panda says:

    alaaa…cian humaira..

  3. Noorhayati says:

    Salam…sedih dan hiba citer nih..amat menyentuh perasaan saya..huhuhu..tak sabar nk tunggu sambungannya…cpt samb yer…

  4. kaira_syuma says:

    salam, sedih gler citer ni…huhuhuh…ada blog tak…cepat la sambung..

  5. mrs.bear says:

    napew cite ni terlalu straight to the point?Xde unsur suspens pun.Humaira tu heroin ker?Budak tu besar tak nanti?Nama ayah Humaira,Najmi tapi asal yer panggil bini yer Naj? :oops: :razz: :sad: :shock: :shock: :cool: :???: berapa orang nama Naj?Huhu… :mrgreen:

  6. shinija_zahara says:

    thanz sbb komen..komen anda insyaallah dpt m’perbaiki penulisan sy..tq.. ;-)

  7. azy says:

    sambung cepat..best..

  8. myra says:

    sedih…sedih…smbng cpt2 ek aj2 fighting… :grin:

  9. nad says:

    adoi…cite ok, cm best, tp pening bab bace name watak, semue nk dekat2. mak humaira name naj, exmakwe najmi=najwa, name najmi n najmudin. sape plak hannan? hannan tu humaira ke? penulis maaf ye kalo sy tegur, kalo buat la name watak biar berbeza gile, jd xde la sy pening bace… tp jln cite mmg best, awal2 lg dh sedih…mesti byk dugaan hidup humaira tu nnt dibenci ngan mak saudara sndiri. pepun tahniah olahan yg menarik..wat yg tbaik ek.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"