
Novel : Cermin 13

Oleh : Hasrudi Jawawi
Novel thriller yang pasti menyeramkan hidup anda. “Kuseru kuasamu Datanglah Kau Padaku”
SELEPAS mendapat mesej dari Hasrul, Sem terus menemui abang angkatnya itu sesegera yang mungkin. Selesai sahaja waktu sekolah, dia terus menuju ke Sazila Café. Seragam pengawas sekolahnya masih tersarung di tubuhnya. Sazila Café yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya menjadi lokasi tempat mereka bertemu hari ini.
Dari jauh Sem sudah dapat melihat Hasrul sedang duduk sendirian di salah satu meja yang ada di luar restoran itu, di temankan oleh secawan kopi. Sem melambai Hasrul dari jauh sebelum dia melangkah menghampiri meja.
“Sorry bang. Sem lambat sikit.” Pohon Sem lalu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi yang berhadapan dengan Hasrul. Diletak bag sekolahnya di sebuah lagi kerusi kosong yang ada di sebelahnya.
“Tak apa. Aku faham. Budak sekolah kan? Kekadang tu… cukgu kelas lepaskan pelajarnya lambat.” Hasrul cuba memerli.
Sem hanya tersengih. Beberapa saat kemudian, sorang pelayan restoran datang dengan membawa buku manu lalu dihulurkan pada Sem. Sem sedikit teragak-agak untuk mencapai buku manu itu.
“Kau orderlah makanan dulu. Aku tahu kau baru balik sekolah. Mesti kau tak lunch lagi kan? Order je, aku belanja.” Jelas Hasrul biasa.
Sem hanya mengangguk. Selepas beberapa saat, dia selesai membuat pesanan. Pelayan tadi meminta buku manunya semula dan berlalu meninggalkan Sem dan Hasrul berdua-duaan di situ.
“Apa hal abang nak jumpa Sem? SmMSnya… bunyi macam ada sesuatu yang penting nak di sampaikan?” Tanya Sem terus ke titik mula soalan.
Hasrul menghirup air kopinya dan kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari bag sandangnya. Ianya berupa sepucuk sampul surat. Di keluarkan isi sampul surat itu lalu di hulurkan kepada Sem. Sem mencapai kertas-kertas itu dalam keadaan terpinga-pinga.
Sem manatap apa yang tercetak di atas kertas bersaiz A4 putih itu. Ada gambar sebuah baglo. Sem masih tidak memahami apa tujuan Hasrul memberi gambar-gambar dan artikal-artikal itu.
“Apa ni bang?” Tanya Sem terpinga-pinga.
“Itulah kisah sejarah banglo kawan baik kau tu.” Jawab Hasrul sambil mengarahkan telunjuknya pada artikal yang ada di tangan Sem ketika ini. Kawan baik Sem yang di maksudkan adalah Dewi.
Sem kembali meneliti gambar-gambar itu. Sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat banglo yang di diami oleh Dewi sekarang. Jika apa yang di tunjuk oleh Hasrul itu adalah gambar banglo Dewi sekarang, ini merupakan kali pertama dia melihatnya.
“Oh ye ke? Sebenarnya, Sem pun tak pernah tengok banglo tu lagi.” Jelas Sem sambil tersengih sumbing.
“Kalau dia duduk banglo yang di pinggir bukit tu, inilah banglonya.” Jelas Hasrul yakin.
Perbualan mereka tergendala seketika bila pelayan tadi tiba-tiba muncul sambil membawa pesanan Sem. Pelayan itu meletakkan jus tembikai dan sepotong kek cokelat di atas meja. Beberapa saat kemudian, pelayan itu kembali masuk ke dalam restoran semula.
“Hai, lunch makan kek?” Tanya Hasrul hairan.
“Alas perut je. Nanti, balik rumah makan yang berat pulak.” Jawab Sem tersengih manja.
Hasrul hanya tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.
“Abang buat research fasal banglo tu?” Tanya Sem sekadar meneka-neka.
Hasrul hanya mengangguk sambil menjuihkan bibirnya.
“So, apa yang abang dapat dari research abang tu?” Tanya Sem lagi sambil menyuap secebis kek cokelat yang di pesan tadi ke dalam mulutnya.
“Dari apa yang abang dapat…” Hasrul mencapai semula gambar dan artikal yang diberi pada Sem tadi. Di tatap isi yang ada di dalam helaian itu.
“Banglo tu sebenarnya milik sebuah keluarga pendatang asing dari Indonesia 10 tahun lalu. Nama keluarga tu keluarga Makojiwo. Isterinya bernama Tatty. Mereka ada tiga orang anak. Dua lelaki dan yang bungsu adalah perempuan.” Jelas Hasrul panjang lebar.
“Keluarga Makojiwo? Kalau itu banglo milik pedatang asing …macam mana ibu kawan saya tu boleh beli banglo tu?” Tanya Sem musykil.
“Ya, memang banglo tu milik keluarga Makojiwo. Tapi… sepuluh tahun lalu, mereka sekeluarga telah di tangkap oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mereka sekeluarga tidak ada dokumen yang sah menetap di Malaysia. Jadi, mereka semua terpaksa di hantar pulang ke nagara asal mereka.”
“Dah tu, anak merekakan lahir di sini kan? Takkan tak boleh jadi warganegara Malaysia kut?” Tanya Sem beria.
“Seperti yang aku cakap tadi. Mereka sekeluarga tidak ada dokumen yang sah.”
“Dah tu, banglo tu macam mana pula?”
“Banglo tu, pihak kerajaan Malaysia telah rampas sebab dibina di atas tanah kerajaan. Lima tahun kemudian banglo itu telah di jual pada sebuah syarikat swasta. Lima tahun kemudiannya baru ada pembeli, iaitu ibu kawan baik kau tu.” Jelas Hasrul teratur mengikut apa yang telah dia baca mengenai sejarah banglo itu.
“Kenapa kerajaan tak robohkan je banglo tu?”
“Sebab kawasan itu tak strategik langsung untuk didirikan kawasan perumahan atau apa-apa sahaja pembangunan. Dahlah jauh dari bandar. Jalan untuk ke sana pun terpaksa melalui jalan-jalan kampung.”
Terangguk-angguk Sem cuba memahami penerangan Hasrul itu.
“Jadi, apa kaitan dengan kawan Sem tu.” Tanya Sem terpinga-pinga. Dia masih belum dapat menangkap masud sebanar apa yang cuba Hasrul sampaikan padanya.
Hasrul mengelurkan lagi isi sampul surat tadi, lalu dihulurkan sekeping lagi kertas kepada Sem. Sem mencapai kertas itu lalu di tatap apa yang tercetak di atas kertas itu. Gambar sebuah cermin berbingkaikan ukiran kayu berwarna emas dan gambar seorang wanita. Sem meneliti dalam-dalam gambar itu.
“Isteri kepada Makojiwo adalah penganut ilmu hitam. Dia telah memuja cermin itu untuk melariskan perniagaan suaminya dan menghapuskan semua musuh peniagaan suaminya.” Jelas Hasrul mengenai gambar itu.
“Ini pula gambar-gambar mangsa-mangsa yang telah mati akibat sihir perempuan tu.” Jelas Hasrul lagi sambil menghulurkan lagi sekeping gambar-gambar mayat yang mati di dalam keadaan yang amat mengerikan.
Mangsa berjumlah lapan orang semuanya. Mangsa pertama mati akibat terjerut leher akibat terjatuh semasa mmenyidai pakaian yang telah dicuci. Mangsa ke dua mati di langgar kereta. Mangsa ke tiga mati akibat letupan gas ketika memasak. Mangsa ke empat mati akibat lemas selepas jatuh ke dalam perigi.
Mangsa ke lima mati akibat terkena renjatan elektrik. Mangsa ke enam, mati akibat di libas bumbung zink rumah selepas di tiup angin dan menyebabkan kepalanya bercerai dari badan. Bangsa ke tujuh mati di hempap pokok tumbang. Dan mangsa terakhir mati akibat di patuk ular tedung selar.
Sem terkejut melihat gambar-gambar itu. Terlalu trajis melihatkan kesemua mangsa-mangsa yang mati akibat sihir isteri Makojiwo itu. Berkerut-kerut dahi Sem melihatkan gambar itu. Tiba-tiba sahaja selera makannya hilang selepas melihat gambar-gambar itu.
“Jadi apa maksud gambar-gambar ini dengan banglo tu?” Tanya Sem yang masih tidak memahami apa yang cuba Hasrul sampaikan padanya.
“Isteri Makojiwa telah memuja cermin itu. Cermin itu sudah disihirkan. Khadam peliharaannya hidup di sebalik cermin itu. Apa yang si pemuja inginkan yang berkaitan dendam, pasti khadam yang dipeliharanya itu akan melunaskan dendamnya. Sepuluh tahun lalu, kisah cermin tu memang popular. Cuma sekarang ianya sudah lenyap di telan waktu.
Aku rasa, kawan kau juga, telah memuja cermin tu. Sebab tu apa yang dia niat pada orang yang dia benci tu bakalan terlaksana. Sihir dari cermin itu yang telah menunaikan hasrat kawan baik kau tu.” Jelas Hasrul cuba membuat Sem memahami apa yang cuba dia ingin sampaikan.
Terbeliak biji mata Sem bila mendengar penjelasan Hasrul itu.
“Takkanlah cermin ni masih ada di banglo tu lagi? Takkan emak Dewi tak pernah baca artikel ni? Kalau dah tahu rumah tu bahaya kenapa perlu dijual? Robohkan sajalah,” Tanya Sem bertalu-talu sekadar ingin memastikan apa yang menjadi kemusykilan ketika ini.
“Sebab tulah aku nak jumpa kawan kau tu. Aku nak tanya dia sama ada, di rumah dia ada atau tidak cermin seperti di dalam gambar itu.” Jelas Hasrul sambil memuncungkan bibirnya ke arah gambar cermin yang masih pada tangan Sem.
“Sem dah cuba ajak dia sabtu ni untuk berjumpa dengan abang. Tapi… dia ada hallah bang.” Jelas Sem hampa. “Lagi pun Sem takut dia tak nak jumpa abang kalau dia tahu abang nak jumpa dia sebab nak bincangkan hal ni. Mungkin perkara-perkara ini akan menakutkan dia nanti.” Jelas Sem lagi sekadar meluahkan apa yang menjadi kegusarannya ketika ini.
Hasrul mengeluh halus lalu mengelamun sektika. Cuba menukar strategik baru untuk menyelesaikan masalah yang di alami oleh Dewi ketika ini.
“Kalau macam tu, apa kata kau datang rumah dia dan cuba cari cermin ni. Ada atau tidak cermin macam ni?” Pinta Hasrul sambil menunding jari ke arah gambar cermin tadi.
“Nantilah Sem cuba minta dia ajak Sem ke rumah dia. Tak pun, nanti saya cuba minta tolong kawan Sem. Dia perempuan, mungkin lagi senang untuk dia ke rumah kawan Sem tu.” Jawab Sem yakin.
Hasrul hanya angguk akur.
SELESAI sahaja Dewi menunaikan solat zohor, dia terus melangkah turun menuju ke meja makan. Memang sudah menjadi kebiasaannya akan mengambil makanan tengah harinya selepas solat zohor. Hari ini Mak We masak sambal tumis ikan bilis, keluban daun salam dan pucuk ubi masak lemak. Baunya amat menyelerakan.
Selepas sahaja Dewi melabuhkan punggungnya, lekas Mak We menyenduk nasi ke atas pinggan Dewi.
“Mak We makanlah sekali.” Ajak Dewi mesra.
“Tak apalah Cik Dewi. Mak We nak siapkan kerja-kerja di dapur. Tak siap lagi.” Itulah alasan yang Mak We kerap gunakan bila Dewi mengajaknya makan bersama.
Semenjak Dewi berpindah ke rumah ini, susah benar dia ingin melihat senyuman Mak We. Mukanya sentiasa muram dan kelihatan sedikit menyeramkan. Dewi cuba mendekati kehidupan orang tua itu, tapi orang tua itu seolah-olah melarikan diri dari. Bila Dewi ingin menolongnya di dapur, lekas sahaja orang tua itu memaksa Dewi supaya jangan susah-susah untuk menolongnya.
Dewi akur setiap pemintaan Mak We yang menyatakan dia tidak biasa di perhatikan semasa membuat kerja. Dia lebih suka menyendiri. Tanya sepatah jawab sepatah. Kadang kala Mak We hanya mengangguk dan menggeleng sahaja. Mak We di lihat lebih rapat dengan Pak Mat, pemandunya. Tapi perangai Pak Mat dan Mak We sama sahaja, dua-dua pendiam. Maklumlah, suami isterilah katakan.
Dewi menyenduk lauk pucuk ubi masak lemak ke atas pinggannya. Di tuang kuahnya yang kekuning-kuningan itu ke atas nasi supaya lebih berkuah. Kemudian, dia menyudu pula sambil tumis ikan bilis yang jelas kelihatan ikan bilisnya seekor-seekor di sebalik cili giling. Dan akhir sekali di sudu beberapa sudu keluban daun salam yang menjadi kegemarannya.
Keluban daun salam ini popular di negeri Johor. Ulam daun salam di gaul dengan kelapa parut yang di tumis dengan beberapa biji bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah yang di kisar, melazatkan lagi ulaman itu. Selain daun salam, daun pegaga, pucuk paku rebus dan pucuk ubi rebus juga boleh di gunakan. Jika di utara tanah semenanjung, ianya kelihatan seperti kerabu. Bezanya, keluban ini tidak di letak buah-buahan, kacang dan budu. Rasanya juga berbeza.
Berselera Dewi menyuap makanannya ke dalam mulut. Dalam masa lima belas minit dia sudah menghabiskan makanannya. Selesai sahaja dia mencuci tangan, Mak We cepat-cepat mengemas meja makan. Dewi mencapai tisu yang ada di tengah-tengah meja. Dilap mulutnya. Beberapa saat kemudian, dia melangkah menuju ke ruang tamu.
Di capai alat kawalan jauh televisyen. Ditekan butang ‘onn’, tertayang sebuah sinetron Indonesia di saluran TV3. Sinetron yang bertajuk ‘Bawang Merah Bawang Putih’ itu sedikit pun tidak menarik perhatian Dewi. Kisah dua remaja yang berebut harta dan lelaki membuatkan dia bosan. Kisah yang di anggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Si putih tuli walaupun di dera oleh si merah yang kononnya jahat. Tapi, di biarkan sahaja siaran itu tertayang di hadapannya.
Fikiran jauh menerawang. Wajah Andy mengisi segenap ruang mindanya. Ini kali pertama dia merasakan rindu yang mencengkam sanubarinya. Mengingatkan nama Andy, wajah itu datang menyerikan pandangannya. Kenangan manisnya keluar bersama Andy kelmarin masih segar di ruang minda.
Senyuman Andy, gelak tawa Andy, kegarauan suara Andy dan ketampanan wajah Andy mengetarkan jiwa wanitanya. Indahnya perasaan ini dirasakan. Seolah dia tidak mahu lagi hidup berjauhan dengan Andy. Ingin sahaja Andy sentiasa di hadapan matanya. Membelai kasihnya yang ikhlas untuknya.
“Dewi.” Tiba-tiba suara Andy menjelma dari belakang.
Lekas Dewi menoleh. Bibirnya mengukir senyuman melebar bila melihat wajah Andy mucul di hadapan mata.
“Apa Andy buat di sini?” Tanya Dewi tersekat-sekat. Jantung tiba-tiba berdebar laju, ingin tercabut di rasakan.
Andy melangkah menghampiri Dewi lalu melutut di hadapannya.
“Dewi, sudikah awak jadi teman wanita saya?” Andy melamar Dewi seromantik yang boleh sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah yang entah dari mana datangnya kepada Dewi. Senyuman Dewi semakin melebar luas. Tidak menyangka Andy akan melamarnya ketika ini.
“Betul ke apa yang saya dengar ni?” Tanya Dewi seolah tidak percaya sambil mencapai bunga mawar yang di hulur oleh Andy tadi.
“Betul sayang. Saya cintakan awak.” Jelas Andy lagi lalu di capai tangan Dewi dan dikucupnya mesra.
Hati Dewi bagaikan melayang dan terbang di awang-awangan. Bahagia rasanya bila mendengar kata-kata lamaran Andy tadi. Dia mencium bunga mawar pemberian Andy tadi.
“Kenapa bau bunga ni busuk?” Rungut Dewi manja.
“Sebab… ini bunga tahi ayam…ha…ha…” Jawab Andy sambil mempertawakan Dewi sekuat hatinya.
“Tuk! Tuk!” Lamunan Dewi terhenti apabila pintu di ketuk kuat dari luar. Lekas dia berpaling ke arah pintu utama banglo itu.
“Aku berangan ke?” Dewi tertanya sendiri sambil tergelak.
Dewi melangkah menuju ke pintu utama. Dikuak daun pintu. Hairan, tiada sesiapa di luar. Dia melangkah keluar mencari siapa yang mengetuk pintu. Dilihat kereta ibunya tiada. Mungkin Pak Mat ke kedai runcit untuk membeli barangan metah untuk makan malam nanti. Dewi berandaian.
Dewi kehairanan. Siapa yang mengetuk pintu tadi? Selepas mencari-cari sekilas, namun si pengetuk pintu tidak di temui di situ, dia kembali melangkah masuk ke dalam banglo.
Memeranjatkan! Bila dia menoleh ke daun pintu, dia terlihat secebis kertas tertampal di permukaan daun pintu. Dewi melangkah mendapatkan cebisan kertas itu. Ada tulisan di atas permukaan kertas itu.
‘Tolong jauhkan diri awak dari Andy. Dia bukan lelaki baik untuk awak sukai. Dia memikat awak hanya atas dasar ‘taruhan’ sahaja. Selepas dia berjaya memiliki hati awak, Andy akan tinggalkan awak tanpa belas kasihan’
Dewi terkejut bila membaca ayat-ayat yang tertulis di atas permukaan cebisan kertas itu. Dia kembali mencari-cari kelibat manusia yang menampal cebisan kertas itu. Dilihat ke arah pintu pagar rumah, tiada sesiapa. Malahan, pintu pagar sedari tadi memang sudah terbuka. Dia kehairanan, siapakah yang telah menghantar cebisan kertas itu?
Setahunya, tiada siapa yang tahu dia tinggal di banglo ini kecuali Sem, Siti dan Andy. Tidak mungkin Sem, sebab Sem memang tidak pernah tahu jalan untuk ke banglo ini. Siti. Mustahil Siti, sebab Siti dan Sem masih belum tahu akan hubungan intimnya bersama Andy. Andy. Mustahil Andy yang menghantar sesuatu yang berbentuk ugutan, yang membabitkan dirinya sendiri?
Siapa sebenarnya yang mengirimkan cebisan kertas ini? Bolehkah apa yang tertulis di atas kertas ini disahihkan? Benarkan apa yang cuba disampaikan kepadanya melalui cebisan kertas itu? Tiba-tiba kepercayaannya pada Andy seolah goyah. Kerinduannya terhadap Andy tiba-tiba dipertikaikan.
Dia cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Dia perlu mensahihkan apa yang tertulis di atas cebisan kertas itu. Jika apa yang di tulis itu benar, pasti dia akan kecewa dan dia tidak akan sesekali dapat memaafkan Andy kerana mempermainkan perasaannya. Beberapa saat kemudian dia melangkah masuk ke dalam banglo dengan perasaan tertanya-tanya. Siapakah yang mengirim cebisan kertas itu? Apa tujuan dia?
DEWI menghenyakkan tubuhnya di atas tilam. Cebisan kertas yang diterimanya ntah dari siapa petang tadi, masih di tangannya. Di baca ayat-ayat yang ada di permukaan kertas itu berulang kali. Pening kepalanya memikirkan apa tujuan pengirim mengirimkan kertas ini kepadanya.
Yang membimbangkannya lagi, adakah ayat-ayat di atas kertas itu betul? Benarkah Andy sekadar ingin mempermainkan perasaannya? Adakah kebaikkan Andy padanya selama ini hanya sekadar taruhan sahaja? Mengapa dia perlu melalui semua ini?
Dewi semakin tertekan bila pelbagai persoalan yang bukan-bukan semakin menujah-nujah ruang mindanya. Tiba-tiba perasaan rindunya yang sebelum ini menebal pada Andy kian menipis selepas dia menerima cebisan kertas itu.
Siapakah pengirim cebisan kertas ini? Apakah tujuan pengirim mengirimkan padanya? Adakah si pengirim ingin mebantunya… atau menghancurkan perasaannya. Dia perlu siasat terlebih dahulu sebelum dia mempercayai 100% isi kandung cebisan kertas itu. Dia tidak mahu berat sebelah. Dia mesti mendengarkan dari pihak Andy juga.
Tapi, jika apa yang tertulis di atas kertas itu adalah benar, sudah pasti ia satu tamparan hebat untuk Dewi. Andy telah mencuri hatinya. Andy telah terpahat di dalam sanubarinya. Rindunya hanya milik Andy seorang. Jika Andy hanya sekadar ingin mempermainkan perasaannya, dia pasti bakalan kecewa yang amat sagat.
Dewi semakin gelisah dan dibelenggu kerungsingan. Cebisan kertas itu betul-betul membuatan dia lelah untuk bernafas. Hatinya sudah mula merintih sedih. Hanya tinggal tunggu air matanya sahaja untuk mengalir. Tapi, tanggapannya pada cebisan itu yang Andy hanya sekadar ingin mempermainkannya semakin menebal.
Dia cuba mengabaikan kewujudan cebisan kertas itu. Dia kembali menatap apa yang tertulis di atas kertas itu. Ah! Dia tidak boleh untuk mengabaikan apa yang tertulis di atas cebisan kertas itu. Dia tidak boleh. Perasaannya tidak seteguh yang di sangka untuk menaggung kerungsingannya ketika ini.
Perasaan rindunya pada Andy bertukar-tukar dengan perasaan benci bila ayat-ayat yang ada di atas cebisan kertas itu kembali mengiang-ngiang di kepalanya. Dia perlu bertanyakan hal ini pada Andy sendiri. Dia perlu mendapatkan penjelasan daripada Andy. Segala persoalannya mengenai Andy perlu di tanyakan sendiri pada Andy untuk mendapat jawapan yang pasti.
Tapi… Jika khabar ini membuatkan Andy tiba-tiba marahkannya bagaimana? Ianya akan mengeruhkan hubungannya bersama Andy yang baru ingin bermula. Argh! Ingin pecah rasanya kepala Dewi ketika ini. Pening!
Dia takut hal ini bakalan merubah perasaan Andy terhadapnya. Tapi…jika dia tidak bertanyakan hal ini pada Andy, dia juga akan terus di belenggu kerungsingan kerana tidak mengetahui kesahihan sebenar ayat-ayat yang ada di atas cebisan kertas itu.
Dewi mencapai bantal. Cebisan kertas tadi di letak di atas meja soleknya. Kepala dihenyak di atas permukaan bantal. Macam-macam persoalan menujah-nujah ruang midanya. Terasa berdenyut-denyut urat saraf kepalanya memperoses segala jawapan untuk segala persoalannya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Andy. Dia juga tidak sanggup untuk terus dipermainkan oleh Andy.
Tanpa disedari oleh Dewi, tiba-tiba cermin soleknya bergoyang perlahan dengan sendiri. Terasa seolah ada angan sempoi-sepoi memenuhi ruang bilik itu. Angin itu melintasi tubuh Dewi. Pantas Dewi menegakkan badannya. Mata melilau melihat seluruh pelusuk sudut bilik tidurnya.
Kejadian yang hilang sebulan lalu berulang kembali. Tiba-tiba perasaannya bertukar menjadi cemas dan takut. Kekalutan mengenai hal cebisan kertas tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dilihat jam pada skrin komputernya yang ada di sebelah kiri katil, telah pun menunjukkan pukul 10 malam. Matanya terus melilau ke sana sini.
Dewi bangun dari baring dan mendudukkan diri. Matanya masih meliar melihat keadaan biliknya. Kedingin angin mula hilang. Keadaan kembali sunyi sepi dan tenang seperti sebelum ini. Hanya kedengaran bunyi dentikkan jarum saat jam meja yang ada di atas meja soleknya sahaja.
Dewi kembali membaringkan tubuhnya dalam keadaan ketakutan dan cemas. Matanya terbeliak dan melilau ke sana sini tanpa ada arah yang tetap.
“Dewi…” Namanya diseru. Sayup-sayup kedengaran di hujung pendengarannya. Lekas Dewi membangunkan dirinya dalam posisi duduk.
“Siapa?” Dewi memberanikan diri bertanya. Perasaan takutnyalah yang memberanikan lidahnya menanyakan solan itu. Mata terus melilau ke sana sini.
“Dewi…” Suara itu memanggil lagi.
“Kau siapa?! Baik kau keluar kalau kau berani!” Bentak Dewi sekuat hati. Perasaan takutnya terus mencengkam perasaan beraninya untuk dia bersuara menanyakan pertanyaan itu dengan nada yang cukup tinggi.
Kedengaran pula suara seorang wanita sedang mentertawakanya. Suara itu juga sayup-sayup sahaja kedengaran.
“Kau siapa ha? Baik kau pergi! Jangan ganggu aku lagi!” Bentak Dewi lagi. Suara itu samakin galak tertawa.
“Pergi!!” Kali ini Dewi mejerit sekuat hatinya lalu menghenyakkan kepalanya di atas bantal lalu ditutup telinganya dengan bantal.
Beberapa saat kemudian, suara itu hilang dari pendengaran. Keadaan kembali tenang. Dewi memejamkan matanya di bawah bantal. Tidak sanggup untuk mendengar hilai tawa suara ntah siapa tuannya itu. Peristiwa yang di anggap sudah lenyap berulang semula. Dia tidak tahu sama ada apa yang berlaku ini mainan perasaannya atau ianya benar-benar berlaku.
Dewi kembali mengalihkan bantal yang menutup telinganya tadi. Dilihat seluruh sudut biliknya. Sama seperti tadi. Tiada apa-apa yang berubah. Dia menoleh ke arah tingkap pula. Masih tertutup rapat. Dia menghela nafas lega. Dengan perlahan dia mengiring mengadap komputernya. Dia melelapkan mata untuk tidur. Tapi matanya dengil untuk terlelap.
Kerungsingan mengenai cebisan kertas petang tadi tiba-tiba menerkam ruang mindanya semula. Dia kembali gelisah. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Bertanyakan pada Andy atau tidak? Persoalan itulah yang masih tergantung jawapannya. Dalam kerungsingan itu akhirnya dia terlelap tanpa disedari.














eeee..xsuke duk sorg2..
kalo kne cmni..mmg statik da..
xgerak2..hehe
alamak seram la plak..

hantu 2 kacau dia je la..