Novel : Cinta kontrak 1

8 February 2010  
Kategori: Novel

114,737 bacaan 68 ulasan

Oleh : nurul ain syuhada @ aleeya natasya

1
Aku hanya manusia biasa. Yang lahir dari keluarga miskin. Bapaku seorang nelayan yang bernama Zulkifli. Manakala ibu, hanyalah suri rumah yang mengambil upah untuk membasuh pakaian penduduk kampung. Ala.. macam dobi la katakan.. Nama ibu, Nur Aisyah.
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal! Tapi aku tahu, hati dia baik. Namanya Zariff Iskandar. Aku sering memanggilnya nasi kandar! Adik perempuanku yang bongsu sangat comel! Namanya Nur Alina Antasya. Aku juga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Alisyah. Perangainya sebijik macam singa betina! Garang nak mampos!! Aku lupa untuk memberitahu namaku.. aku.. Nur Alia Airysha.
21 Disember 2009
“Alia, tolong ibu kejap!” nyaring suara ibuku memanggilku. Baru nak belajar buat diari. Walaupun umur aku dah menjangkau 19 tahun, tapi perangaiku tak ubah seperti kanak-kanak sembilan tahun. Aku menutup perlahan diariku.
“Tolong apa, bu? Kak long mana?” soalku.
“Kak Long pergi tolong ayah kat laut. Yang awak tu, terperap dalam bilik buat apa?” soal ibu.
“Lia baru nak belajar tulis diari.” Aku menarik muncung panjang. Kakiku pantas bergerak menuju ke sinki. Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan ‘operasi pinggan kotor’. Ibu menggeleng melihat gelagatku. Aku seorang yang ceria. Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku, tapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari. Biarpun niat dihati ingin marah, tapi aku tetap akan senyum. Mungkin kerana itu, adik-adikku amat rapat denganku berbanding kak long.
Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff. Aku tertanya-tanya apa yang begitu melucukan Zariff. Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dalam dapur. Sisa tawanya masih tidak habis. Aku menggeleng.
“Asal dengan Zariff ni? Ketawa macam hantu je.” Usikku.
“Kak ngah, macam mana Zariff tak ketawa? Tengok diari siapa entah ni?” Zariff mengangkat buku berwarna kuning air dihadapanku. Mataku membuntang. Walaupun tanganku tidak lagi dibilas dan dipenuhi dengan sabun, aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan adikku. Zariff pantas berlari mengelilingi meja makan di dapur. Aku cuba mengejar. Habis lantai dipenuhi dengan sabun.
“Alia! Zariff! Sudah-sudah lah tu! Kamu berdua ni, macam budak kecik. Seekor dah umur 19 tapi macam sembilan tahun. Yang seekor lagi dah 17 tahun, nak masuk 18. Tapi perangai macam budak tadika!” aku dan Zariff sambil berpandangan. Aku memerhatikan punggung Zariff manakala Zariff memerhatikan punggungku.
“Ibu, takde ekor pon kat belakang kitorang.” Serentak aku dan Zariff berkata-kata. Dari luar, aku mendengar dekahan suara tua ayah dan suara ayu kak long. Ibu mengetap bibir.
“Zariff!! Lari cepat! Magma dah nak meletus!! Selamatkan diri!” aku terus menarik lengan Zariff dan berlari keluar dari rumah. Dengan hanya berkaki ayam, aku dan Zariff menjejak tanah. Ibu melontarkan selipar pada kami. Kami seakan beruk yang mengelak kiri dan kanan!!
“Kak long!! Tolong la kitorang!” Zariff memohon.
“Malam ni, korang, jangan harap nak makan! Pandai-pandai la korang buat unggu api kat luar tu. Jangan masuk!” Kak long terus menutup pintu. Aku terkejut. Marah giler kak long ni! Kitorang gurau-gurau je.
Aku dan zariff menyarung selipar di kaki. Kaki kami pantas menuju ke tepi laut. Di dalam perjalanan, aku terserempak dengan Alina. Alina yang sedang berjalan kaki terkejut melihatku.
“Kak ngah dengan Alang nak pergi mana?” soal Alina.
“Tepi laut. Nak membawa diri. Kami diusir dari rumah. entah la.. apalah salah kami.” Zariff berdrama. Meluat aku melihatnya. Tapi terasa seperti ingin ketawa ketika melihat wajah Zariff. Asalnya nak buat muka kesian, tapi aku tengok macam muka beruk makye je. Hahahaha!!
“Kena usir? Betul ke kak ngah?” soal Alina seakan tidak percaya.
“Percayalah sangat kat nasik kandar ni! Menipu je tau!” solorohku. Alina yang bagai nak tercabut nyawa menumbuk manja lengan Zariff. Takut jugak kalau Alang dengan Kak ngah kena halau. Siapa nak tolong aku dari ‘singa’ kat rumah tu? Fikir Alina.
“Kak ngah!! Jangan la panggil orang nasik kandar! Nama orang Iskandar la! I.S.K.A.N.D.A.R, Iskandar.” Zariff menyebut satu persatu ejaan namanya. Aku dan Alina ketawa mesra.
“Nak join!” ujar Alina.
“Jom lah.” Zariff menarik lengan Alina. Seronok jugak dapat adik-adik macam ni. Nak jadikkan kawan pon boleh, nak jadik lawan pon boleh.
Setelah sampai di persisiran pantai, aku dan adik-adikku mengambil tempat di sebatang kayu yang hampir reput.
“Kak ngah, sedapkan angin laut ni? Lembut je.” Seloroh Alina
“Lina penah makan ke angin laut ni? Kak ngah tak pernah sebab takut bila kak ngah bukak mulut, pasir yang masuk! So, kak ngah tak tau la samada sedap atau tak.” Ujarku selamba. Alina menarik muncung panjang. Zariff ketawa terkekek-kekek.
“Lina, walaupun angin laut ni, adik kata ‘sedap’, tapi bagi Alang, angin laut ni amat pahit.” Tiba-tiba Zariff berubah menjadi serius. Ada nada sedih di setiap ayatnya.
“Kenapa?” aku dan Alina serentak bertanya. Zariff memandang kami bergilir-gilir.
“Memang sebelum ni Alang tak pernah cerita kat Kak ngah dengan Lina. Tapi sekarang, Alang rasa, baik Alang cerita. Lagipun cerita dah lepas. Dulu, Alang pernah couple dengan sorang budak ni. Dia satu sekolah dengan kita, Lina.” Jelas Zariff.
“Satu sekolah? Lina pernah jumpa dia tak? Lina kenal dia tak?” soal Alina.
“Pernah. Lina ingat tak, Alang pernah perkenalkan Lina kat seorang kakak, nama dia Liana?” Zariff menyoal Alina. Aku mendengar setiap butir bicaranya.
“Kejap-kejap, Kak ngah rasa, Kak ngah kenal la.” Ujarku. Aku, Zariff dan Alina dulu bersekolah di tempat yang sama.
“Yang putih-putih tu kan? Ala, muka dia cute-cute sikit. Lembut je orangnya. Betul tak?” sambungku.
“Ha! Dia la tu!” Zariff mengiakan. Kelihatan hanya Alina seorang yang masih mencari-cari siapa gerangannya.
“Dulu, Alang okey je dengan dia. Lepastu, ada pulak seorang mamat ni, baru masuk sekolah. Kelas sama dengan Liana. Liana jatuh cinta pulak dengan mamat tu! Lepas Kak ngah berhenti sekolah, mamat tu jadik ketua pengawas untuk tingkatan 5. Memang la, Alang pon tak nafikan muka dia memang teramat hensem. Walaupun dia dah tau Alang dengan Liana time tu memang boleh dikatakan lovely couple lah, tapi dia still nak mengorat Liana. Geram betul Alang!”
“Alang! Lina kenal ketua pengawas tu. Abang Ariff, kan? Sekarang baru Lina ingat siapa kak Liana. Dia sekarang makwe abang Ariff kan? Diaorang memang loving gler la Alang! Sweet giler bila tengok dorang dating belakang sekolah.” Celoteh Alina. Zariff mengangkat kening. Aku menampar paha Alina, manja.
“Lina ni! Alang putus cinta dengan kak Liana, dia seronok pulak tengok kak Liana couple dengan orang lain!” marah Zariff. Zariff menarik muncung panjang. Itulah adik-adikku. Tak lari dari menarik muncung. Berjangkit dengan aku kot!
“Sambung la lagi, Alang.” Ujarku tidak sabar.
“Ha, lepastu, Liana ajak Alang jumpa dekat tepi pantai. Mula-mula kitorang dating, seronok je. Lepastu, Ariff datang. Dia duduk bawah pokok, tak jauh dari tempat kitorang duduk. Liana pandang Ariff. Ariff macam tengah tunggu Liana je, Alang tengok. Tiba-tiba, Liana cakap, angin tepi pantai ni lembut. Tapi, tak selembut hati dia untuk Alang. Hati dia terlalu lembut untuk Ariff. Terus dia mintak break. Alang tak sempat nak cakap apa-apa pon, dia terus lari kat Ariff. Ariff pegang tangan dia, lepas tu dorang blah macam tu je.” Air mata zariff bertakung. Aku tahu, Zariff sedih. Hatinya terluka. Bukannya dia tiada rupa. Kalau lah Zariff bukan adikku, pasti aku juga sangkut kat dia. Banyak lagi perempuan yang lebih lawa yang datang ke rumah semata-mata nak jumpa dengan Zariff. Tapi, hati Zariff begitu keras. Kini, baru aku tau kenapa hatinya begitu keras. Hati dia perit, seperit hati aku. Aku terdengar sedu-sedan Alina.
“Kenapa ni, Lina?” soalku.
“Cerita Alang mengharukan! Sedihnya Alina dengar.” Air mata Alina merembes keluar.
“Adik! Macam budak kecik la! Dah 16 tahun, tapi perangai macam budak tadika!” Zariff mengfotokopi ayat ibu sebentar tadi. Aku melihat Zariff mengusap air mata Alina. Adik-adikku sungguh mesra. Aku seronok dapat keluarga macam ni!
“Dah petang la, jom balik!” ujarku.
“Bukan Kak long kata, kita tak boleh balik?” soal Zariff.
“Angah!! Alang!!! Angah!! Alang!!” aku mendengar suara kak long terpekik terlolong memanggil nama kami. Kami tersenyum. Sayang jugak kak long kat kitorang.
“Kak long!” Alina menjerit memanggil kak long.
“Alina! Alang! Angah! Kat sini korang? Puas kak long carik tau! Penat kak long. Kak long ingat korang dah hilang. Risau kak long.” Ujar kak long. Kami berdakapan. Air mataku tidak dapat ku tahan. Kak long tak pernah menunjukkan kasih sayangnya pada kami. Dia terlalu ego untuk semua itu. tapi, hari ini, aku dah nampak kasih sayang kak long kat kitorang semua.
“Kak long kata, tak boleh balik rumah, so kitorang duduk kat sini la.” Kataku.
“Kak long gurau je la! Mana ada kakak yang sanggup tengok adik-adik dia buat unggun api kat luar rumah. nanti mesti muka Alang hitam. Nak buat unggun api tak jadik-jadik.” Gurau kak long.
“Muka Alang yang putih ni, takkan dicemari oleh warna hitam tu, okey! Alang pandai buat unggun api tau. Jangan pandang Alang sebelah mata.” seloroh Zariff.
“Kak long ada dua belah mata, buat apa nak susah-susah pandang sebelah je? Kak long bukan pirate yang hilang sebelah mata.” Lawak selamba kak long membuatkan kami tak berhenti ketawa ketika pulang ke rumah. aku bersyukur lahir dalam keluarga ini. Biarpun hidupku tidak dipenuhi dengan kemewahan harta, tapi aku mewah dengan kasih sayang keluarga.

“Dah nak maghrib baru nak balik? Nak kena budak-budak ni!” ibu mencapai penyapu lidi di belakang pintu. Kami berempat yang belum pun lagi menapakkan kaki kami yang cantik ni ke dalam rumah, penyapu lidi pulak nak singgah kat kaki kami.
“Ibu!” jerit Alina. Lantas ibu terkejut.
“Kenapa?” soal ibu terpinga-pinga. Ibu meletakkan penyapu lidi di atas lantai dan terus mendapatkan Alina.
“Tikus belakang ibu!” jerit Alina kuat. Lantas ibu meloncat turun ke bawah. Wajah ibu pucat. Hahahaha! Ibu takut tikus! Itulah kelemahan ibu. Lantas kami berempat berlari masuk ke dalam rumah. ibu tercegat di bawah memandang kami dengan penuh rasa hairan. Selalunya, Alia dengan Alisyah punyalah kecut bila nampak tikus. Ni kenapa tak takut pulak.
“Abang! Abang!” jerit ibu memanggil ayah.
“Kenapa? Apa awak buat kat luar tu? Dah maghrib ni. Masuklah!” ayah terkejut melihat ibu berkaki ayam berada di luar rumah.
“Alina kata ada tikus.” Terketar-ketar bibir ibu. Ayah menjungkit kening. Sah-sah kena tipu hidup-hidup!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

68 ulasan untuk “Novel : Cinta kontrak 1”
  1. angah says:

    best giler novel ni….kawan saya suke giler bace…sbb name hero tu name boyfriend…sweet giler??

  2. Kawan makwe HM says:

    Ada orang tu dengki sebab tak de nama pakwe dia dalam novel ni.. Hahahahha

  3. angah says:

    mamy x kesah lah danny klu x de name dia pon…mamy pon x m’harap kan sgt dia tu….dia kan dah ramai awex..kan danny kan..

  4. maisara says:

    sedap giler novel ni..:)

  5. izzati says:

    It is the beas

  6. Cinta kontrak nie best la layn 5 kli pn x boring.^-^

  7. eiyfa says:

    Best gile crite nim .. dh due kli khtam bce novel nim :-)

  8. rani says:

    bagus lucu ceritanya keren dehh :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"