Novel : Dilaila 3

10 February 2010  
Kategori: Novel

571 bacaan 3 ulasan

Oleh : April

i want nobody nobody but you ! I want nobody nobody but you !

Lagu dari kumpulan Wonder Girls itu bergema dibilik Laila. Dia yang ketika ini membersihkan diri turut menyanyi kecil mengikut lirik lagu tersebut. Dia keluar dari kamar mandi sambil menari – nari mengikut rentak lagu. Hatinya berbunga riang. Dia menguatkan volume lagu sambil mengelap rambutnya yang basah. Kemudian dia membuka almari pakaian sambil membelek2 baju yang ingin dipakainya. Ermmm, nak pakai apa ni? Kan nak tengok wayang ja. Simple je la. Dia segera mengeluarkan seluar jeans princess kegemarannya dan blouse ROXY warna pink.

Telefon bimbitnya berdering. Dia mencapai telefon HTCnya. Suziela, nama teman baiknya tertera di skrin. Dengan pantas dia menekan butang hijau.

“Yups !” dia memulakan kata.

“Eh ko dah siap ke ni Lel? Aku dah berkarat tunggu ko ni” kedengaran suara Suziela merengus.

Laila sengih. “Rileks la zie. Jap lagi nak siap la ni. Sapa drive ni? Aku ke kau?”

“Aik? Kan semalam cakap ko yang nak drive. Dah la lambat bangun, sekarang dah nyanyuk pulak dah”

Laila ketawa “Ok dear.. janganla marah. Tak baik untuk keanjalan kulit.”

“Banyak la anjal kau sana! Cepat sikit. Yakin je ko drive, sure tak da JPJ.” Suziela meyakinkan Laila.

“Ok set. Bye!” dia mematikan panggilan dan bergegas mamakai baju. Sebelum keluar sempat dia membelek2 dirinya sendiri. Nice! Setelah merasa puas hati dengan penampilannya, dia keluar menuju ke bawah. No lipstick, no makeup. Laila kini sudah meningkat remaja. Kecantikan semulajadinya cukup terserlah biarpun tanpa mekap. Dengan kulit putih gebu, tinggi lampai cukup membuatkan dia diminati ramai lelaki disekolahnya.

Perlahan – lahan dia menuruni tangga menuju ke bawah kerana takut disedari mumynya. Dia mencari kunci kereta Honda Type R mumynya yang kebiasaannya diletakkan di meja telefon. Setelah melihat kunci itu berada disitu, dengan cepat dia menyambar kunci itu.

Sebelum masuk ke perut kereta dia memandang sekeliling mencari kelibat mumynya. Tiada. Line clear! Matanya bersinar.

Puan Zainab yang sedang menyiram bunga di taman mini terdengar deruan enjin keretanya. Laila!! Esh ! geram betul dengan budak ni. Sudahlah belum ada lessen, berani2 bawa kereta.

Dia masuk ke dalam rumah lalu mengambil telefon bimbitnya kemudian mendail nombor anak gadisnya itu. Namun panggilannya tidak di jawap.

“Kenapa mumy?” Zachrul Azwan, abang Laila yang hendak menuju keatas menyapa mumynya.

“Adik kamu tu la, dia bawa lari keta mumy lagi. Sudah la tak ada lessen berani2 pula tu bawa kereta. Kang kena saman, baru padan muka.” Zainab merengus. Bukan sekali dua keretanya itu dibawa Lari oleh Laila. Namun baiknya pula Laila tidak pernah terserempak dengan JPJ. Timbul rasa menyesal dihatinya kerana mengajar Laila memandu kereta. Sekarang, senang2 sahaja Laila membawa keretanya. Dia mencuba lagi apabila panggilannya tidak dijawap laila.

“Rileks la mumy, tak ada JPJ pun pagi2 macam ni. Lagi pun kan adik terror drive. Zack naik atas dulu ye,” Zachrul ketawa sambil mencium pipi mumynya sebelum naik ke atas. Zainab kembali ke taman mininya untuk meneruskan kerjanya apabila panggilan tetap tidak berjawap.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kereta Honda TYPE R hitam itu menelusuri Coastal Road menuju ke Kim Park, kawasan mall yang memang popular di kalangan pelajar2 untuk bersantai ketika hujung minggu. Kereta Laila menuju ke basement untuk memparkir keretanya. Setelah memastikan kedudukan keretanya baik, dia mematikan enjin.

“Jom!” Laila dan suziela keluar dari perut kereta menuju ke lift. Ketika pintu lift hendak tertutup, satu tangan menahan pintu itu dari terus tertutup. Laila yang ketika itu menyandar membelakangi pintu hampir terjatuh namun sempat di sambar oleh empunya tangan yang menahan pintu lift itu.

“Hey ! Apa pegang2 ni?” Marah Laila. Raez yang segera melepaskan pegangan itu menyebabkan punggung Laila menyentuh lantai.

“Aduh!” Laila mengaduh kesakitan. Suziela yang tadi hanya terkedu melihat adegan kurang romantik itu tertawa apabila melihat Laila terjatuh. Namun dia segera membantu temannya itu berdiri.

“You ask me to let you go. So I did,” jawap Raez selamba tanpa meminta maaf. Comelnya minah ni.Dia memerhati wajah Laila dengan penuh minat namun di sembunyikannya dengan menunjukkan wajah selamba.

“What the hell!” Laila mendengus lalu membelakangi Raez. Suziela melemparkan senyuman kearah Raez. “Sorry, dia memang mcm ni” Raez hanya senyum. Handsome! Detik hati Suziela. Laila membulatkan matanya kearah Laila memberi tanda dia kurang senang Suziela menegur Lelaki itu. Temannya itu hanya tersengih.

“Tak apa, saya faham sangat.” Balas Raez. “By the way, nama saya Evan Raez. Just call me Iz.”

“Ada aku nak tahu?” Belum sempat Suziela membalas Laila bersuara.

“Aku tak cakap pun dgn kau, aku cakap dengan dia ni” Raez segera menghulurkan tangan kearah Suziela, sengaja hendak menyakitkan hati Laila.

“Err..” Suziela terpinga2. Alamak, dia salam aku. “Suziela. Panggil ja Suzie.” Dia menyambut huluran tangan Raez. Laila menggigit bibir menahan geram. Eee.. nak ja aku rebus mamat ni! Annoying betul!

“Ooo, sweet, macam orgnya juga. Kalau SENYUM lagi sweet. Tak baik marah2 di pagi2 yang indah macam ni,” Raez menyindir

TING !! lift berbunyi apabila sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

“Jomlah zie, sengal rasanya lama2 dalam lift ni” Laila segera menarik tangan Suziela keluar dari Lift itu. Raez hanya ketawa.

“Suzie, pesan dengan kawan awak tu, jangan marah2, nanti orang tengok suma lari. Macam harimau” sempat dia menyindir Laila. Laila segera berpaling dan menghadiahkan satu jelingan tajam.

Raez hanya sengih. Cantik! Dia marah pun masih cantik. Dia menjeling lagi cantik. Kalau dia senyum rasanya lagi lagi lagi cantik.. Raez tersenyum. Tapi garang semacam. Huh !

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Suasana kelas 4 mekanikal yang bising terus senyap apabila Cikgu Maslina masuk ke dalam kelas. Laila ketika itu sedap tidur tidak menyedari kehadiran cikgu maslina. Suziela segera mengejutkan Laila. Dia terpisat2 sambil menggosok matanya. Kelihatan seorang pelajar lelaki disebelahnya. Cikgu memberitahu dia adalah pelajar pertukaran dari Singapore. Setelah memperkenalkan diri, dia diarahkan duduk di meja belakang Laila.

Eh? Kalau tak silap aku.. dia ni la lelaki dalam lif hari tu. Laila memang yakin dialah lelaki itu. Evan Raez. Namanya meniti diminda Laila. Suziela sudah terkedek2 menegur Raez. Laila yang tidak berminat segera membuka bukunya. Pura2 menyibukkan dirinya.

“Hai.. tak sangka kecil sungguh dunia,” Laila yang mendengar sindiran Raez segera mengeluarkan mp4 dari begnya. Malas nak dengar. Baik aku dengar lagu lagi best. Terhibur juga hati aku yang menderita tengok muka dia ni. Eh? Kenapa aku marah betul dengan dia ni? Ah! Whatever lah.

Raez tersengih melihat perlakuan Laila.. Menyampah betul minah ni dengan aku. Dia ketawa dalam hati. Tapi taka pa.. Suatu hari nanti, ko pasti akan rapat dengan aku juga.

Tiba waktu rehat, Laila dan Suziela menuju ke pondok tempat mereka selalu menghabiskan waktu rehat. Sedang mereka menikmati sandwich yang mereka beli di kantin sekolah, Raez menghampiri mereka berdua.

“Hai!” Raez menyapa mereka berdua. Suziela segera tersenyum namun Laila tetap dengan wajah selamba terus menikmati sandwichnya.

“Hai Raez,” balas Suziela. Ee.. Zie ni kan, kalau Raez ni, laju ja dia. laila memijak kaki Suziela. Namun Suziela hanya ketawa kecil. “Awak tak makan ke?” Suziela bertanya pada Raez.

Raez hanya tersenyum. “Tak, saya tak makan. Nak diet”

“Hehe, yela tu. Lelaki tak sesuaiii diet2. Betul tak lel?” Suziela memandang Laila. Namun tiada respon dari temannya itu. Amboi2.. Bukan main lagi 2 ekor ni. Aku sepak kang baru tau. Laila menggerutu dalam hati. Raez mengambil tempat di depan Laila. Namun Laila melarikan pandangan kearah lain. Suziela hanya tersengih melihat gelagat mereka berdua. Ni apahal plak duduk depan aku ni. Laila memasang earphone mp4nya dan berlagak seperti Raez tiada di depannya. Raez memandang Suziela yang hanya menjungkitkan bahu.

“Awak apahal renung2 ni?” Laila mula tidak selesa apabila direnung lama2 oleh Raez. Gulp! Lemah lutut juga dengan renungan mamat ni. Dia menyimpan Mp4nya di poket.

“Nama awak siapa? Kita belum berkenalan lagi” Raez senyum memandang Laila namun laila memandang kearah lain. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya. Jual mahal la pulak minah ni. Tapi cute! Nurhana Dilaila. Cantik nama tu. Macam orangnya juga. Tapi garang nak mampos! Dia sebenarnya sudah mengetahui nama Laila tetapi sahaja hendak mengusiknya. Laila berpaling dan memandangnya tajam. Terkesima seketika Reaz dengan pandangan tajam dari laila. Dia dapat melihat anak mata laila yang berwarna coklat cair itu. Seketika dia menikmati ciptaan indah yang berada di hadapannya.

“Nama saya Laila! Puas? Lepas ni jangan ganggu saya lagi boleh tak?” Laila segera berlalu meninggalkan Suziela dan Raez yang terkulat2 memandangnya. Raez memandang Suziela.

“Kawan awak tu garang betul”

Suziela ketawa. “Dia ok laa.. Cuma maybe dia tak da mood. Paham2 la orang perempuan ni.” Dia tersengih2 memandang Raez yang tak menangkap maksud kata2nya. “Jangan ambil hati yek. Ok la, saya nak balik ke kelas” Suziela menapak meninggalkan raez.

Tak sia2 aku datang ke negara ni. Raez senyum gembira.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Dilaila 3”
  1. shiela says:

    Nice story!
    cepat-cepat sambung ok. :grin:

  2. EKIN says:

    best !! :grin:

  3. sweetpop says:

    ermm.. ok laa
    cerita cinta remaja

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"