Novel : Episode 1437 2

11 February 2010  
Kategori: Novel

1,446 bacaan 8 ulasan

Oleh : aerolit_gurlz

3 bulan setengah hari sebelum itu

Along yang sedang sibuk mengoreng daging burger ayam tersentak apabila sikunya dicuit oleh Angah.Along pandang Angah sekilas,sambil membuat isyarat muka tanda’nak apa?’.Angah menjuihkan bibirnya,membuatkan Along semakin mengerutkan dahi.

“Apa?”soal Along sekali lagi.Kali ini,suaranya terkeluar.

“Tu..”Angah juihkan bibir sekali lagi.

“Tu tu..apa kau ingat ni latihan juihkan bibir ke?Cakaplah..kenapa?”.
Angah buat muka seposen.Tak pasal-pasal kena fire dengan Along.

“Yang kau tu..dah aku tunjuk dekat situ,tak reti-reti nak tengok ke?”soal Angah pula.

“Eh-eh..ada salahkan aku pula.Kau tak nampak ke aku masak daging burger ni?Karang..kalau hangit,kau juga yang membebel macam orang tua tak cukup gigi”.

Angah mencebik.Terkena aku lagi sekali!.

“Tu..apasal dengan Kimi tu ha?Lain macam je seposen dia punya muka?”soal Angah.

Along pandang ke hadapan,tempat di mana Hakimi,rakan mereka sedang duduk.Memang sah tengah duduk termenung.

“Mana aku nak tahu,ingatkan aweks lah tu”ucap Along.

“Ingatkan aweks,apasal muka monyok macam itik tertelan kasut je”gumam Angah.

“Kau pergilah tanya.Kalau kau tanya aku,sampai esok malam pun aku tak tahu jawapannya”getus Along.

Terus Angah melangkah ke arah Hakimi.Bahu Hakimi ditepuknya kuat,menyebabkan dia tersentak.

“Apasal ni bro..ada masalah ke?Muka lain macam je aku tengok”.

“Kau skodeng aku ek?”soal Hakimi sambil tersengih.

“Hekeleh..kau ingat kau tu Jeniffer Lopez ke aku nak skodeng.Apasal ni?Story biskut mery cicah aiskrim sikit”.Kerusi plastik ditarik berdekatan dengan Hakimi.

Hakimi meraup mukanya,lalu mengeluh.

“Uiskk..berat masalah kau tu”tutur Angah menyebabkan Hakimi mengerutkan dahi.

“Aku tak cerita lagi,mana kau tahu masalah aku berat ke ringan?”soal Hakimi tidak puas hati.

“Alah…aku dengar kau punya mengeluh tu pun,aku dah tahu.Konfem berat tahap masalah dunia ni kan?”.

“Aku ada masalahlah Ngah”.

Angah terdiam.”Apa masalah kau?”soalnya.

Sekali lagi keluhan dilepaskan.Mak aihh..bapak segala masalah ni.Angah mengerutkan dahi.

“Mak aku suruh aku kahwin”luah Hakimi perlahan.

Angah ketawa kecil.”Small problemlah weh.Mak kau suruh kau kahwin..kau kahwin ajelah.Itupun nak mengeluh sampai lima enam kali ke?Bikin serabutlah kau ni”.

Hakimi mendengus.Geram mendengar ketawa Angah.

“Kau ingat kahwin ni,permainan kahwin macam zaman budak-budak dulu ke?Ni kahwin betul-betullah.Yang nak kena buat kenduri kahwin segala,kena jabat tangan tok kadi.Nak kena tanam dalam diri,sikap tanggungjawab”.

“Eh..mana ada aku main kahwin-kahwin waktu aku kecik-kecik dulu”tutur Angah.Terasa yang bahunya dilibas dengan kain daripada belakang.Terus dia menoleh.

“Haa..baguslah!Kawan ada masalah..kau boleh buat loyar buruk dekat sini.Itulah..waktu kecik suruh belajar pandai-pandai,kau lari masuk dalam bendang.Sekarang..kan dah tak tertunai impian nak jadi lawyer.Yang aku mampu buat,loyar buruk.Sampai loya aku nak dengar loyar buruk kau tu”bebel Along.Angah mencebik!Ada aje Along ni nak enter condition.Tadi sibuk sangat nak goreng daging burger.

“Kau kenapa Kimi?Dah mak kau suruh kau kahwin..kahwin ajelah.Nak kata kau tak ada duit,aku rasa kau lagi berduit daripada kami ni.Nak kata kau tak ada rupa,adalah sikit-sikit rupa macam lelaki idaman Malaya tapi rupa aku lagi banyak.So,apa masalahnya.Takkan kau ni..tettttt”.

Hakimi pandang wajah Along yang kini mengambil tempat di sebelah Angah.Adik dengan abang sama aje.Suka ambik kesimpulan tak berasas.

“Banyaklah kau punya tettt..Memanglah mak aku suruh aku kahwin,tapi masalahnya,aku mana ada calon”.

Serentak Along dengan Angah mengerutkan dahi.

“Kau tak ada calon?”soal Angah pelik.

Hakimi menganggukkan kepalanya.

“Eh..kau biar betul.Takkan kau tak ada aweks?”soal Along pula tidak percaya.Masih berbunyi soalan yang serupa,Cuma ayat aje yang lain.
Sekali lagi Hakimi menganggukkan kepalanya.

“Dah tu..yang handphone kau asyik berbunyi 24 jam tu..yang tangan tak henti-henti balas message tu,kau message dengan sape?Sampai nak terseliuh jari-jemari kau menekan keypad tu”.

Hakimi memegang dahinya.”Aku message dengan kawan-kawan akulah.Kawan-kawan memang banyak,tapi tak ada yang steady lagi.Entahlah weh..aku tak ada nafsu dekat perem..”

Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya,terus Along dan Angah bangkit daripada tempat duduk.Hakimi terpingga-pingga.

“Mak aku cakap weh..nabi tak mengaku umat kalau suka dekat kaum sejenis”ucap Angah perlahan-lahan.Dia mengeliatkan badannya beberapa kali,tanda kegelian.Janganlah si Hakimi ni nafsunya sonsang.

Along mengangukkan kepalanya.”Betul…kau jangan buat hal Kimi.Kau tu ada rupa,duit..kereta,rumah..semua lengkap.Takkan nafsu kau boleh songsang pula.Aku jujur cakap..aku sukakan perempuan aje.Cinta dan hati aku hanya untuk kaum Hawa aje”.

Hakimi rasa macam nak jadi Incridible Hulk dekat situ.Dia pandang wajah Along dan Angah bergilir-gilir.Masing-masing dengan riak muka yang sukar nak digambarkan.Tapi,yang pasti,konfem dua-dua orang geli.

“Woi..apalah korang ni.Ingat aku ni tak ada iman ke?Aku pun tahulah,Nabi tak mengaku umat kalau suka dekat kaum sejenis.Aku cuma..Isk!Senang cakap,aku belum jumpa lagilah dengan heroin love story aku”.

Along dan Angah masing-masing urut dada,tanda lega.

“Aku tahu..saja je nak test kau tadi”ucap Angah sambil tersengih.
Hakimi mencebik.Ada aje alasan nak cover balik.

“Along..Angah”jerit Acik kuat menyebabkan perbincangan mereka terhenti.Kelihatan Acik menuju kalut ke arah mereka.

“Along..Angah”panggil Acik mengah.

“Oit..kau kenapa?Kena kejar dengan anjing?”soal Angah pelik.
Acik mengelengkan kepala.”Aku ada benda nak tunjuk dekat korang ni”ucapnya.

“Benda apa.Cuba kau duduk dulu..tarik nafas dan hembus.Ni tak..”getus Along lalu menarik sebuah kerusi untuk Acik duduk.

Selepas beberapa minit,akhirnya saluran pernafasan Acik kembali normal.Diletakkan sebuah buku di atas meja.

“Apa ni?”soal Angah.

“Buku..”jawab Acik sepatah.

“Aku tahulah buku..isk budak ni!Tapi,buku apa?”soal Angah sekali lagi.

“Diari hati Khairina”ujar Acik perlahan.

“Kau gila?Kalau adik tahu kau baca diari dia,kat ICU kau sekarang ni”marah Along,tapi tangannya sudah mula mencapai diari yang berwarna biru tersebut.

“Adik mana ada sekarang.Dia kan ikut rombongan kawan dia bercuti dekat Langkawi 2 hari satu malam.Buku ni aku ambik sebab..”.
Kata-kata Acik mati di situ apabila melihat pandangan mata Along dan Angah yang pelik.

“Owh..kau curi masuk bilik Rin yea”.

“Err..mana ada.Aku cuma..nak..”.Gagap Acik apabila mendengar suara Angah yang penuh curiga.

“Nak apa?Baik kau mengaku cepat.Apa kau cari dalam bilik Rin tu?”sergah Along kuat.

“Aku nak ambik gambar Hanilah”terus bocor rahsia.Acik tekup mulutnya dengan tapak tangan,manakala Along dan Angah sudah mula tersengih-sengih sendiri.

“Oooooooo..”panjang Angah menarik.

“Ada hati dengan Hani rupanya”sambung Along.

“Berlagak cool depan kitaorang selama ni yea..”sakat pula Angah.

“Diam-diam ubi berisi yea”sambung Along pula.

Hakimi hanya mendiamkan diri,melihat aksi mereka adik-beradik.Topiknya tadi sudah habis.Sekarang,masuk pula topik baru.Malas dia nak campur tangan sebab dia bukannya kenal dengan siapa Khairina tu.Jadi,dia hanya pasang mata..telinga dan sesekali tangannya menyuap burger ayam special tersebut.

“Oit!Korang nak soal selidik aku ke,nak baca diari Rin tu”soal Acik,mematikan terus topik mengenai dirinya.

Angah dan Along terdiam.Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Tak naklah aku.Berdosa kau tahu!”ucap Along.

“Entah..kau ni Acik!Tak baik baca diari orang.Ini hak peribadi Rin tau”.

Acik mencebik.”Tapi,kalau korang tak baca,lagi korang menyesal.Kita ni abang-abang dia tau.Dah diamanahkan oleh mak dengan abah nak jaga dia baik-baik.Apa korang dah lupa ke pesanan mak dengan abah sebelum kita dibenarkan datang duduk dekat KL ni?”.

“Kenapa Acik?Rin ada masalah ke?”soal Along.Pelik dia mendengar nada suara Acik yang sungguh serius pada malam ini.Yelah..selama ni,adik tu suka main-main.Perangai pun dah lebih kurang macam Mr.Bean.

“Aku tak tahu pula,yang selama ni Rin ada pendam perasaan dekat sorang mamat ni.Kalau aku tahulah..”.
Angah kerutkan dahi,manakala Along tayang muka blur.

“Mamat mana ni?Mamat yang nyanyi lagu ku pohon restu ayah bonda tu ke?”soal Angah.

“Weh..mamat tu nak buat apa.Mamat lainlah”.

“Mamat lainlah.Mamat lainlah yang mana?Aku tak pernah kenal pun nama mamat lainlah..”.

Acik pandang Angah dengan pandangan yang bengang.Iskk..kang aku hempuk juga kepala abang aku sorang ni atas meja.

“Kawan kitalah..Zakuan tu.Rin dah lama gila bayang dengan Zakuan tu”ujar Acik.

Hakimi mengerutkan dahi.Zakuan?Zakuan mana?Makin seronok pula Hakimi mendengar cerita tersebut.Lupa sekejap akan masalahnya.Sah-sah isu yang dibincangkan memang serius sampaikan dia yang berada di tengah-tengah pun boleh diaorang buat dunno je.

“Zakuan kekwat tu ke?”soal Angah.

“Zakuan kekwat tu nak buat apa.Ala..Zakuan anak mak cik Mila dengan pak cik Rashid tu.Yang dulu gila punya ramai peminat dekat sekolah.Yang ada iras-iras muka macam Faizal Hussien tu”terang Acik.

Mulut Along membentuk bentuk O,manakala Hakimi menganggukkan kepalanya.

“Zakuan yang playbot tu?”.

“Playboy la..bukan playbot”perbetul Acik.Dah besar tua bangka pun lidah tak berapa nak betul lagi.

“Eh..Rin tu mereng ke apa syok dekat mamat tu?Daripada dia syok dekat mamat tu,baik dia syok dekat jaga depan RHB bank ni”.
Hakimi tersengih mendengar apa yang diucapkan oleh Along.Sengal sungguh!Agak-agak kalau adik diaorang yang nama Khairina tu betul-betul suka dekat jaga depan RHB Bank ni,sanggup ke diaorang semua terima jadi adik ipar?

“Aku rasalah kan..itu cintan sejati Rin kot.Kau tahu tak,dia pendam perasaan dekat Zakuan tu,sejak sekolah menengah lagi.Punyalah lama tu.Patutlah dia tu tak ada boyfriend sampai sekarang”getus Acik.

“Setia rupanya Rin tu kan”ujar Angah perlahan.

“Kesian..dia mesti makan hati bila dapat tahu yang Zakuan tu dah kahwin.Zakuan tu kan sama umur dengan kau Acik”.
Acik menganggukkan kepala,tanda mengiakan apa yang Along cakap.Hakimi terdiam.

‘Kenapa perempuan ni setia sangat orangnya?’desis hatinya.

“Habis..apa kita nak buat sekarang?Nak biarkan Rin terus makan hati?”.
Acik terdiam.Begitu juga dengan Angah.Masing-masing mengeluh.

“Aku sayangkan Rin,dan aku tak nak dia terus dibuai perasaan yang bukan-bukan.Walaupun aku tahu dia dah besar,tapi aku tahu ada kalanya dia suka buat sesuatu di luar pertimbangan akal.Aku rasa,kita kena buat sesuatu”ucap Along.

“Kau nak buat apa?”celah Hakimi tiba-tiba.Entah kenapa,dia turut rasa terpanggil untuk turut sama didalam perbicangan tersebut.
Along pandang Hakimi,lalu tersengih.

“Entah..kau ada idea?”soal Along membuatkan Angah,Acik dan Hakimi menepuk dahi.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Episode 1437 2”
  1. am.. says:

    wowwwww…best gak citer…penggunaan ayat yg agak sempoi….so, senang la nak fham…hahaha

  2. am.. says:

    …jaln citer yg bgus+bhse yg sempoi…keep it up..

  3. wan says:

    blh thn… ;-)

  4. zana says:

    best citer…..kisah loving family….i like it… :razz: :razz: :razz:

  5. Ayi says:

    Best.. :razz:

  6. naquiah says:

    I LIKE THIS…SEMPOI GLER…SNANG NAK PHAM..CTE PON KLAKAR…WAT JADI NOVEL LAH…HIHIHIHII……BES GLER

  7. Reen says:

    best sangat2..
    sempoi la jln cerita dia..’

    keep in touch dear
    i will support u
    =) :razz:

  8. iza says:

    Sebuah cerita yang menarik. mampu mengajak pembaca meneruskan pembacaan hingga ke akhir…Tahniah :lol:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"