Novel : Mr & Mrs BFF 3

3 February 2010  
Kategori: Novel

2,958 bacaan 14 ulasan

Oleh : kak tyea

Buat baik dibalas baik, buat jahat, aku balas dua kali ganda..

“Shah, apa kata abah?.”

Amishah angkat bahu. “Depends lah. Kita nak hotel yang mana cuma janganlah hentam sangat duit abah tu. Kita pilih yang murah, okeylah. Dua bilik.”

“Kalau macam tu, tak apalah. Kau simpan duit abah, biar aku yang belanja untuk bayaran hotel malam ni.”

“Kau nak belanja?.” Soal Amishah dengan mata bulat memegang kedua belah lengan Khusyairi. Khusyairi angguk-angguk. Memang dia nak membelanja Amishah makan malam sebenarnya tapi memandangkan sudah ada peluang, lebih baik tunaikan sekarang. Takut-takut nanti tidak sempat.

“Ya Allah, Ri…baik pula kau sejak kita kahwin ni ya. Kalau dulu bukan main liat lagi kau nak keluar duit dengan aku. Asyik aku aje yang belanja.”

“Itulah pasal.” Rambut pendek Amishah dia sentuh. “Aku saja nak bagi kau rasa duit ‘suami’ kau ni macam mana. Kira macam nak qadha yang dulu-dulu jugaklah.”

“Oh ya…waktu-waktu kau kedekut dulu. ”

Khusyairi cuma mampu tersengih. Dulu-dulu bukannya kedekut sangat cuma dia terbiasa dengan sikapnya yang lebih suka menggunakan wang belanja Amishah daripada duitnya sendiri. Lain ‘rasanya’ makan dengan duit orang, sedapnya lebih.

“Jadi kita nak menginap dekat mana ni?.”

“Tak nak Equatorial. Bosan. Aku dah pernah stay kat sini jadi aku nak merasa hotel lain pula.” amishah sudah ketawa suka. Alang-alang sudah ada orang mahu membelanja, inilah peluangnya hendak merasa tinggal di hotel yang lebih gempak dari segi service, keselesaan dan yang paling penting harganya.

Langkah Amishah laju menghala ke arah kereta. Khusyairi cuma mampu terkebil memandang isterinya sudah berlalu. Tak nak Equatorial, dia nak ke mana lagi? Hotel apa lagi yang best?

“Eh, cik abang?.” Kepalanya terjengul keluar dari celah tingkap kereta yang dibuka. Amishah memandang hairan pada Khusyairi. “Kau ni nak menginap di sini juga ke? aku tak nak.”

“Then kau nak ke mana pula?.”

“Kau takkan tahu kalau kau tak gerak masuk dalam kereta ni, Ri.” Sebal. Amishah menjeling bosan dan akhirnya naikkan semula cermin, memastikan sejuk tanah tinggi Cameron tidak masuk ke dalam kereta. Sejuk mengalahkan salji! Boleh mati pembuluh darah dibuatnya nanti.

Dengan malas bercampur kecil hati, dia menurut juga. Memasukkan semula beg pakaian ke dalam but kereta dan terus masuk ke ruang pemandu.

“Give me the direction!.”

Kereta Perodua Myvi biru gelap Amishah berhenti betul-betul di depan sebuah hotel ala resort mewah yang dah cukup membayangkan betapa mahalnya bayaran masuknya. Khusyairi gigit bibir mengerling Amishah di sisi kiri.

Tanpa bicara, Amishah keluar dengan isyarat bukalah-but-tu-cik-abang. Zip jaket dinaikkan ke paras dada. Sejuknya amat!

Sebaik mengeluarkan dua beg yang disimpan di dalam but, dia mengetuk cermin kereta. Khusyairi masih termenung dengan muka masam cemberut di dalam. Belum berganjak malah enjin pun belum dimatikan.

“Ri, apa lagi ni? Jom keluarlah, kita check-in. nanti lambat-lambat, tak ada available room kan susah.” Suaranya cuba direndahkan. Khusyairi kalau merajuk, mesti pandai memujuk. Kalau tak, di mana dia berhenti di sanalah dia sampai Amishah datang. Ah, Ri…childish betullah.

Beku. Tiada respon.

“Ri, come. Keluar ya. Aku check-in 2 bilik untuk kita.”

Khusyairi cuma berdehem. Menjeling pun tidak pada Amishah di sebelah.

“Come on, Ri. Kenapa ni? Tak suka ke datang Cameron? Nak balik rumah your parent ke?.” amishah masih terus mencuba. “Okey, kalau kau nak balik rumah parent kau, biar aku yang drive. Mesti kau dah penat. Nak balik?.”

“Shah!.”

“Aku simpan beg kita dalam but dulu ya. Kau pindahlah sini, aku nak drive lepas ni.” Amishah tolak pintu kereta mahu keluar tetapi tiba-tiba tangannya ditarik dari dalam. Khusyairi sengaja ukir senyuman.

“It’s okay, shah. Kita dah sampai sini, kan. Jomlah keluar.”

“Aik?.”

“Apa yang aiknya?.”

“Kaulah. Baru sekejap tadi merajuk, tiba-tiba dah sejuk. Betul ke tak kau ni?.” Kepala Khusyairi disentuh. Dia cuba mengelak tapi Amishah lebih cepat.

“Aku tak merajuklah. Pandai-pandai nak serkap jarang ya.” Khusyairi cepat keluar. Mengisyaratkan isterinya supaya keluar sama. “Jomlah, kata nak cepat check-in.”

“Betul kau dah okey ni?.”

“Shah, kalau kau tanya lagi, kau tahulah apa rasanya penangan cubitan aku ni.” Ugutnya dengan mata membulat. Amishah sudah terkekek ketawa tetapi cepat-cepat juga keluar mendapatkan Khusyairi. Dengan selambanya, pinggang Khusyairi diraih dan ditolak dari belakang. Ketawa keduanya semakin kuat.

Auwww….sejuknya..Tuhan, kuatkan imanku!!!

“Kau memang sengaja nak perabihkan duit aku yang tak seberapa ni, kan?.” Khusyairi berdiri sambil memeluk tubuh di balkoni bilik hotel mewah yang memakan sejumlah besar duit gajinya.

Dia memang tak tahu pun The Laketown Resort ini mahalnya melampau-lampau. Dia tak pernah pun datang ke sini. Sumpah tak pernah.

Masih dia ingat pertengkarannya dengan Amishah di lobi tadi. Kalau tak mengenangkan maruah isterinya itu, dah lama dia lari keluar. Punyalah banyak hotel yang jauh lebih murah, sesuka hati dia saja nak menginap di sini.

“Alah, Ri. Takkan itu pun nak berkira sangat dengan aku? I’m your wife, okay?.” Amishah datang dekat. Memeluk pinggang Khusyairi dengan mesra. Selama ini pun mereka berkawan, pegang-pegang memang dah biasa cuma tak adalah berpeluk macam sekarang. Seganlah.

“Kau mengaku wife aku bila nakkan something aje kan?,”

Sengih. “Kau memang betul-betul my best friend, Ri. Kau ajelah yang lebih faham diri aku ni, kan?.”

Khusyairi cebik bibir. Bahu Amishah dia peluk. Kesejukan angin yang dibawa memeluk dirinya buat dia merasakan mahu saja memakai dua tiga lapis baju panas. Sejuknya, tak boleh tahan.

Entah macam mana, nasiblah baik Amishah sudi juga kongsi satu bilik dengannya tadi. Kalaulah dia tetap nakkan dua bilik, ahh…Khusyairi geleng kepala. Sudahlah duit gaji bulan ini habis buat kenduri kahwin, ini nak honeymoon dengan wife boros gila-gila, oh Tuhan…memang tak mampu.

“Apa geleng-geleng tu, Ri?.” Amishah pandang pelik. Dari tadi Khusyairi jadi pelik. Mula-mula merajuk bagai nak rak, tiba-tiba cool. Ini diam-diam dia senyum, lepas tu geleng-geleng kepala pula.

“Nothing.”

“Yelah sangat nothing tu. Aku bukan tak kenal kau, Ri. Kita kawan dari kecik sampai alih-alih kita dikahwinkan, jangan nak menipu.”

Jawapan Amishah buat senyumannya melebar ke telinga. Dia tahu Amishah sebenarnya cuma nak serkap jarang. Dia lebih kenal anak perempuan tunggal Haji Rusdi ni. Amishah bukannya pandai membaca fikiran orang. Kalau meneka dan serkap jarang supaya dapat jawapan tu, memang Amishah pakar amat.

Suhu yang makin sejuk membuatkan dia sudah tak tertahan. Lagi lama duduk di luar, boleh beku dibuatnya. “Jom, masuklah shah. Apa kata kita tengok tv? Aku tak tahanlah duduk kat luar ni, sejuk gila.”

“Sejuk ke?.”

“Taklah. Panas sangat.” Sengaja ditekannya kata panas dan Amishah terus ketawa. Belum sempat Khusyairi melepaskan pelukan, dia sudah terlebih dahulu memanjat ke belakang dan merangkulkan tangan di bahu Khusyairi.

“Hei, beratlah cik puan! Kau ingat aku keldai ke?.”

“Kalau kau rasa kau keldai, itu pandangan kau sendiri. Aku tak cakap.” Amishah di belakang menahan ketawa. “Angkatlah masuk. Bila lagi kau nak rasa angkat aku? Lepas ni kita dah nak bercerai, tak adalah peluang nak buat macam ni lagi.”

Cebikan bibir Khusyairi melebar. “Macamlah aku teringin sangat nak merasa angkat kau ya. Perasan betul.”

“Alah, tak nak mengaku, tak apa.”

“Aku dah puaslah angkat kau waktu sekolah rendah dulu. Lagipun waktu camping pengakap dulu, ada orang tu mengada tak dapat turun bukit. Nak kena dukung juga. Sakit kakilah konon.”

Lapan tahun lepas, semasa perkhemahan unit beruniform pengakap, dia dah memecahkan rekod mendukung anak dara orang dari atas bukit sampai ke tapak khemah. Nasiblah baik Amishah tak berat sangat.

Dan nasiblah baik Amishah cantik. Tak adalah sebal sangat nak menghadap mukanya sejauh dua kilometer tu. Khusyairi senyum sendiri.

“Ri, angkatlah cepat. Kata tak tahan sejuk. Nasib baiklah kau tak accept offer belajar dekat oversea dulu tu. Kalau tak, asal winter aje mesti kau demam teruk.”

“Tak apa. Kalau aku demam teruk pun, kau kan ada. Kaulah yang kena jaga aku kat sana.”

“Oh dear.” Gelaknya semakin kuat. Bahu Khusyairi semakin keberatan dengan beban badannya. “Macamlah aku nak buang masa pergi temankan kau duduk kat UK tu. Pelajaran aku sendiri pun tak habis tau. Nasib baik dapat masuk maktab. Kalau tak, hah, jadi anak dara pingitan duduk rumah tunggu dipinang.”

“Kalau kau jadi anak dara pingitan yang menunggu pinangan, biarlah aku yang pergi masuk meminang kau. Bawa kau pergi oversea sama. Tolong masak, tolong teman aku tidur.” Usik Khusyairi namun Amishah cuma mencebik bibir.

Dia sudah anggap Khusyairi macam kembar. Dia memang tak pernah berperasaan pun padanya. Nak temankan tidur? Oh..oh…terasa merah panas pipinya.

“Ah, dah lah. Daripada kau merepek nak beli jiwa aku kat sini, seribu kali lebih baik kau angkat aku sekarang. Kita masuk, naik katil dan tidur.” Daripada membiarkan Khusyairi terus merepek, dia lebih rela tidur. Alahai, sejuk-sejuk begini…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Mr & Mrs BFF 3”
  1. naquiah says:

    kan bes…ala ble dorang nak saling jatuh hati nie…hihi

  2. naquiah says:

    bes2..smbg cpt2222

  3. kak tyea says:

    to naquiah :
    tunggu…tunggu..tunggu… :lol:

  4. Miss_Purple says:

    hehhee….
    tungu punyer tnggu..
    akhirnya…
    cepatlh smbung lg

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"