Novel : My Miss Bodyguard 13

8 February 2010  
Kategori: Novel

4,865 bacaan 20 ulasan

Oleh : Nural Aidan

Banglo biru yang tersergam indah menghadap laut selat melaka tidak dapat mencerminkan keadaan penghuni rumah itu. Damai dan tenang permandangan juga tidak senada dengan gelora hati milik tuannya.

Wanita cantik yang duduk di hadapan meja solek itu masih leka mewarnakan bibirnya dengan gincu warna merah darah. Sesekali mata tajamnya melirik ke arah bayangan di cermin. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, bahang matahari yang memancar terik meningkatkan lagi rasa panas di dada wanita itu.

‘Ishh…mana pergi budak tak guna ni!!!! Aku dah kata pukul 11 ni dah pukul 12 lebih masih tak sampai2’ rungutnya dalam hati.

Sesekali wanita cantik itu berjalan mundar mandir di sekeliling bilik,persis model terkenal. Tubuhnya yang langsing dan menawan tidak membayangkan usianya yang telah menjangkau akhir 40-an.

Bunyi loceng pintu berjaya mengukir senyuman di wajah jelita itu. ‘Hemm….datang pun, ingatkan nak suruh aku menunggu sampai kucing bertanduk tadi,’ rungut wanita itu sendiri.

Sebaik sahaja pintu dibuka muncul 2 wajah yang amat dikenalinya. Hitam dan Botak, 2 org budak suruhan yang tersengih menampakkan gigi kuning mereka.

“Maaf puan…” ungkapan maaf dari kedua-dua lelaki itu tidak dihiraukan. Matanya mencerlung tajam memandang kedua-dua lelaki dihadapannya.

“Korang tau tak kenapa orang melayu selalu kena kutuk?” tiba-tiba persoalan itu diajukan kepada kedua lelaki yang masih tersengih macam kerang busuk. Pantas mereka menggeleng.

“Korang tau tak kenapa kita ni jadi bangsa kelas dua?”

“Tak tahu puan.” Serentak keduanya menggeleng kepala.

“Korang tahu tak kenapa Dr M kata Melayu mudah lupa?”

“Tak tahu puan…”

“Sebab orang macam korang ni tau. Tak ada wawasan, buat perabih boreh, dan paling penting tak reti menghargai masa. Ko tengok jam tu pukul berapa??? Ko janji pukul brapa?? Sebab org macam ko nilah perumpamaan janji melayu tu wujud ko tau…sebab nila setitik…rosak nama semua org melayu.”

“Tapi puan Ixora…”

“Apa tapi-tapi, sebagai manusia kita kena menghargai masa. Even, kalu kita ni org jahat ko tau. Ko tengok kat jepun, kenapa yakuza dia popular dan digeruni ramai? Sebab diorang tau mcm mana nak jg masa diorg. Time bila wang perlindungan perlu dikutip. Ko tengok org cina, Ah Long dia bisnes masyuk…kita org melayu apa ada..ko nak jadi penyangak pun mesti ada wawasan tau!!!!”

Kedua lelaki itu terus mendiamkan diri. Perempuan ni kalau dah membebel mana boleh stop.

“Korang kena ingat tuhan tu cakap demi masa sesungguhnya kita dalam kerugian tau…dan kalu kita rugi macam mana kita nak kaya????ko citer sikit.” Ixora menjengkilkan matanya. Tajam wajah 2 pemuda itu ditatap.

Ish…pompuan tua ni pandai pulak cakap pasal agama pada hal diri tu tak pernah lekang dari buat kesilapan. Kitorang ni lambat pun bukan sebab ko suruh g ugut org ke pagi tadi. Apalah, short term memory lost tol. Nasib baik r ko boss kalu tak dah lama aku blah. Ngomel kedua-dua jebon dalam hati.

“Korang dah buat apa yang aku suh??”

“Errr….yang mana puan??:”

“Eh…lembap yang mana lagi. Our main project, ko tak tau ke??? Bunuh Daniel lah. Bodoh!! Itu pun tak tau!!!” tempelak ixora, garang.

“Ohhh… yang tu! On the way puan,” yakin dan bersahaja sungguh mereka menjawab.

“On the way kepala hangguk ko!!! Aku dah pesan kan bulan ni mesti siap. Kenapa ko tak settle2 kan lagi??”
“Sebenarnya puan kerje tu patut settle last week lagi, kitorang dah try upah pembunuh upahan yang puan suruh tu tapi gagal juga,” terketar-ketar hitam memberi laporan. Hemm…nilah padah kerja dengan orang jahat, takut memanjang.

“Dah tu??? Kalau dah tau gagal buatlah lagi. Korang ni memang patut jd penyangak tau. Dahlah bebal, lembap pulak, korang tak tau ke usaha itu tanda kejayaan??” geram Ixora mendengarkannya, kalau nak diikutkan hatii mau sahaja dipelangkungnya kedua mangkuk itu.

“Tapi puan ada satu lagi masalah besar puan,” Botak yang sedari tadi diam pula bersuara.

“Korang ni tak abis-abis lagi dengan tapi korang tu???? Hah, tapi apa pulak kali ni???”

Ish…pompuan aku mau ngadu pun x nak dengar kang aku pencen kang baru ko tau. Eh manableh aku pencen kang tak memasal tak de duit. Aku bukan keje ngan kerajaan kalu pencen dapat duit pencen.

“Macam ni puan, bodyguard baru Daniel tu boleh tahan puan,” minda Botak ligat berputar mengenang kembali peristiwa di hari lahir Dato’..err…Dato’….weh aku ni org jahat kalau memori aku bagus aku dah jadi saintislah. Yang penting ari tu aku nampak macam mana pompuan tu tepis dulang yang patutnya putuskan urat nadi mamat tu.

“Apa maksud korang dengan boleh tahan?” berkerut kening Ixora mendengarnya.

“Boleh tahan cun puan…..” serentak kedua malaun itu menjawab.

“Apa?!?” menyirap darah Ixora mendengarkan perkara itu.

“Eh…tak, tak puan…errr…” ish macam mana boleh tersalah cakap ni. Tapi memang betul apa pompuan yg jaga Daniel tu memang cun. Meletup gua cakap lu.

“Taklah puan, boleh tahan terrornya. Kitorang pun terkejut tengok. Dia boleh terbang lagi. Ala-ala gini…wayeahhh!!!!” Hitam mengayakan aksi terbang yang dilihatnya tempoh hari. Namun begitu belum sempat dia melayangkan badannya kepalanya dihempuk dengan kusyen. Berdebuk jatuhnya ke atas lantai.

“Apa ni puan saya nak buat stunt pun tak boleh ke?” pantas hitam bertanya. Tangannya sibuk menggosok kepala. Apa dia ingat aku ni tak bayar zakat kapla ke. Aku bayar tau.

“Ko ingat ko stuntman nak buat stunt??? Dah keluar aku tau keje ni settle. Kalau tak korang yg settle.”

Tegas ayat Puan Ixora memberi amaran. Botak dan Hitam hanya mampu mengangguk setuju. Hemm.. nasib baik bos cun meletup ko tau, kalu tak dah lama kitorang blah. Bisik hati masing2.

Ixora hanya mampu melihat kedua lelaki itu berlalu. Geram dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Tapi betulkah perempuan tu cukup hebat? Hemm…kalau tak cukup hebat takkan Daniel mampu selamat lebih dari sekali. Aku kena berhati2, aku akan siasat siapa pompuan ni. Daniel mesti mati!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Novel : My Miss Bodyguard 13”
  1. ezz says:

    ble lg nk smbg citer ne…..cpt la smbg,dah lama tggu

  2. anonymous says:

    salam…novel nie mmg xde smbungan ke?

  3. anonymous says:

    salam…novel ni bez lar…cpat lar smbng…nk taw gk ending dya cmna??chaiyok!!! :grin:

  4. ikan bilis says:

    mane cite pasal danielnye?
    upload la lg… kalu suh bli novel pun x pe…
    i do… :mrgreen: :mrgreen:

  5. fatinn says:

    mana sambungannya?lambatnyee

  6. ezz says:

    ad blog x????

  7. sofea says:

    penulis adew blog tak????tak silap sya penulis adew blogkan?tpi sya dah lupew r..atau pom tersilap.hehhehhehe…nak blog!pleazzzzzzz

  8. ezz says:

    lama tul tggu n3 tp x ad pun….mmg nvl ne t’gantung ke??????
    pe blog???

  9. rasya aleeya says:

    sambung meyh..suke arr novel neyh..plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

  10. anis says:

    haiya… dah bertahun tunggu sambungan..nape x sambung2?????

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"