Novel : Opps! Pintu Hatiku! 1

2 February 2010  
Kategori: Novel

10,562 bacaan 22 ulasan

Oleh : Noraz Ikha

Bab 1

LARI!! Lari cepat! Aku mesti selamatkan diri. Ya ALLAH! Apa dah jadi dengan mamat seorang ni?? Dah gila ke? Aku menoleh ke belakang sekali lagi. Kelihatan lembaga yang menyerupai seorang lelaki masih mengejarku. Aku tidak dapat mengecam siapakah gerangannya. Keadaan persekitaranku begitu gelap dan hanya sesekali muncul cahaya. Namun cuma samar-samar. Apakah ini? 0hh! Sungguh aku tidak faham. Situasi ini sungguh menakutkan. Kecut perut aku dibuatnya.

Aku memberanikan diri untuk menoleh lagi. Harap-harap lembaga itu sudah tiada. Alamak! Jangankan sudah hilang, malah semakin dekat denganku. Ya ALLAH…. tolonglah hambaMu ini. Eh, apakah objek yang dipegang oleh lembaga itu? Nampak seperti kayu panjang. Cahaya yang tadinya hanya samar-samar semakin cerah…. cerah…. dan terus cerah menerangi segenap pelosok tanah airku yang tercinta.

Kali ini aku dapat melihat lembaga itu dengan jelas. Tidak syak lagi lembaga itu ialah seorang lelaki yang umurnya barangkali sebaya denganku. Aku menoleh ke arah tangannya. Alangkah terkejutnya aku tatkala menyedari bahawa objek yang digenggamnya itu merupakan sebilah parang. Eh, silap… sebilah pedang sebenarnya. Bila kuperhatikan lagi, nampak seperti kayu pula. Ahh….!! Entahlah. Otakku sudah tidak dapat berfikir lagi. Ketakutan sudah mula menguasai diriku. Adakah lelaki itu mahu membunuhku? Apa pula salahku?

Aku cuba perhatikan wajahnya pula. Hah? Itu bukankah Hakimi?? Ketua kelasku di sekolah? Mengapa pula wajahnya begitu bengis seperti mahu menerkamku hidup-hidup?

“Kimi!!!” Sambil berlari aku cuba menjerit sekuat hati memanggil namanya. Sedarlah Hakimi…. tolong sedar apa yang kau mahu lakukan ini.

Namun jeritanku seperti tidak dapat melepasi kerongkong. Aku cuba menjerit sekali lagi. Tidak berjaya juga. Mengapa begini? Adakah aku sudah bisu? Tak mungkin!!!! Aku sudah tidak berdaya lagi. Sudah terlalu lama aku berlari. Namun Hakimi tetap tidak penat. Kenapa? Sedangkan aku telah letih separuh mati.

“Aduh!!” Aku terlanggar sebatang pokok yang entah dari mana munculnya. Sungguh aku tidak sedar. Tidak mungkin dalam sekelip mata tumbuh sebatang pokok yang sebegitu besar di hadapanku. Adakah ini realiti atau khayalan sahaja? Entah… bingung aku jadinya.

Aku terjelepok di bawah pokok tersebut. Badanku terasa amat lemah. Tidak berdaya mahupun untuk mengangkat tangan. Dan disaat genting ini, Hakimi sudah berada tepat di hadapanku sambil menghayun senjata di tangannya. Aku pejamkan mataku rapat-rapat.

“Jangan!!! Kimi!! Kimi….!!” Barulah aku dapat mendengar suaraku.

“Eika! Eika… kenapa ni? Sakit ke?”

Eh, suara siapa pula tu? Badanku terasa sengal dan seperti digoyang-goyangkan. Aku membuka mata perlahan-lahan. Bayangan Hakimi yang ganas itu sudah menghilang serentak dengan suara tersebut. Mama? Mama… terima kasih kerana menyelamatkanku. Tanpa sedar air mataku mengalir deras.

“Eika, kenapa menangis pula ni? Ya ALLAH! Sedarlah Eika, kau mengigau ni,” suara Datin Sarina lagi.

“Mengigau? Betul ke mama? Ya ALLAH, syukurlah.” Eika terus memeluk Datin Sarina.

“Yalah, mengigau. Siapa Kimi?” Tanya Datin Sarina.

“Hah? Eika ada sebut nama Kimi ke…..? Kimi tu ketua kelas Eika. Entah macam mana boleh masuk dalam mimpi,” ujar Eika.

“Ehm, sudahlah. Pergi tidur, awal lagi ni. Ha… sebelum tu jangan lupa, basuh kaki tu dulu. Nanti tak pasal-pasal terjerit-jerit macam orang kena histeria lagi,” nasihat Datin Sarina separuh menyindir sambil melangkah keluar dari bilik Eika. Eika segera bangkit lalu melangkah ke arah bilik air.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Novel : Opps! Pintu Hatiku! 1”
  1. Noraz Ikha says:

    E-Novel Ops! Pintu Hatiku ini bakal menemui anda dalam versi cetak pada bulan MEI 2011. Klik pautan di bawah ini untuik membaca sinopsis dan maklumat lanjut.
    http://kakinovel.com/index.php?option=com_content&view=article&id=9&Itemid=3

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"