
Novel : Rahsia pamela 3
10 February 2010
Kategori: Novel
2,418 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : Haliza Haliz
Minnie masih menatap potret datuknya. Memang kacak dan tampan. Dia lihat pula wajah neneknya. Terselit rasa bangga kerana memiliki nenek yang cantik dan jelita. Keturunan Mat Salih. Jadi, mungkin “kecantikan”nya pada hari ini diwarisi dari neneknya. Nanti, bila dia balik, tentu kawan-kawan yang spesies lembut cemburu gila kerana dia ada datuk dan nenek yang kaya raya dan ada rupa pula.
“Assalamualaikum,” ucap seseorang. Minnie menoleh. Tampan dan kacak juga lelaki di hadapannya. Masa inilah hendak tunjuk cun.
“Waalaikumussalam. Masuklah,” macam dia pula tuan rumah. Encik Harip mengukir senyum. Nampaknya, hampir semua sudah ada. Mungkin juga sudah semua.
“Selamat pagi, mana yang lain?” soal Encik Harip sedikit gementar bercampur risau kerana berdepan dengan lelaki lembut di hadapannya.
“Ada. Dekat atas. Diorang ini, macam tidak faham bahasa orang tengah lapar nak sarapan,”
“Ya ke?”
“Ermů, encik ini hendak cari siapa?” soal Minnie macam menyibuk.
“Oh, saya ini Encik Harip. Peguam keluarga Tuan Rahimi. Encik iniů.,”
“Miss, okay? Miss,”
“Mana-manalah. Layan sahajalah,” detik hati Encik Harip. Apa reaksi Tuan Rahimi agaknya kalau dia masih hidup? Silap-silap dicampak terus budak ini ke bawah bukit sana.
“Ermů..,miss ů..,”
“Miss Minnie but make it simple. Just call me, Minnie,”
Encik Harip hulurkan juga tangan untuk bersalam.
“Minnie, tetapi nama dalam i/c apa agaknya ya?” sengaja Encik Harip buat gaya macam orang bodoh kerana cuba hilangkan gemuruhnya.
“Azmi. Nama penuh Mohd. Azmi Asyraf Bin Ashman. Saya diberitahu, arwah datuk kami suruh kami ke sini. Tetapi, eeeů, kenapa teruk sangat tempat ini?”
Encik Harip senyum. Memang dia tidak pelik dengan kata-kata sebegitu. Azmi atau Minnie memang jenis mulut laju. Encik Harip sendiri pun yang berasal dari Kuala Lumpur dan hanya datang ke sini beberapa kali pun turut sama merasai apa yang Minnie rasa. Mujurlah rumah itu sejuk sikit dan nyamuk tidak menembusi rumah tersebut. Tambah lagi, ada penghawa dingin.
“Ermů, Encik Azmi, maaf Minnie, jadi kamu ini anak kepada Tuan Muda Ashmanlah ya?”
“Lebih kurang begitu. Saya tidak sempat kenal arwah ayah saya sebab dia meninggal semasa saya masih dalam perut mama,”
“Oh, ”
Encik Harip memang sudah melihat data peribadi mereka satu persatu cuma hendak kepastian sebab itu dia bertanya Azmi.
“Encik Harip, pagi lagi sudah sampai,” tegur Mak Timah. Pak Azid pun belum menampakkan bayangnya.
“Saya ini bukan apa, saya ingat mahu merasa nasi lemak buatan tangan Mak Timah,” usik Encik Harip.
“Ada sahaja encik ini. Eh, marilah duduk di meja dulu,” pelawa Mak Timah. Kemudian, dia memandang ke arah Minnie.
“No. I never come before my bro and sis,”
Mak Timah terpaku kerana kurang faham maksudnya.
“Dia tidak akan datang sebelum kakak dengan abangnya,” beritahu Encik Harip. Encik Harip juga sebenarnya kurang selesa dan senang dengan keletah seperti itu. Tetapi, dia maniskan juga wajahnya.
Tiba di meja makan, Mak Timah membisik kepada Encik Harip.
“Dari ceruk mana dia itu datang?” soal Mak Timah.
“Saya pun tak tahu. Inilah kali pertama jumpa dia. Sebelum ini, saya hanya berurusan dengan Azman. Abang dia,” balas Encik Harip geram bercampur kelakar.
“Kenapa pelik sangat? Dia lelaki ke perempuan sebenarnya?”
“Kalau dalam data peribadi dia, sah lelaki. Tetapi, entahlah. Berapa yang sudah sampai?”
“Lima orang. Selain Cik Azza dan Cik Jameela, lewat petang semalam Encik Azman sampai. Kemudian, malam semalam itu ermů., Cik Ain denganůů,”
“Encik Azmi,”
Nampaknya, Zarith iaitu adik kepada Azza belum sampai. Jadi, mungkin lambat lagilah dia akan baca wasiat itu. Encik Harip memegang CD di tangannya dan dia sendiri pun tidak tahu bagaimana pekerja di firmanya menukar wasiat yang berbentuk pita video itu kepada CD. Dalam wasiat, semua orang perlu ada dan jika seorang tiada, wasiat tidak boleh dibacakan.
“Selamat pagi,” sapa suara di belakangnya. Azman menghulurkan tangan bersalam dengan peguam Encik Harip.
“Lama tidak jumpa, Encik Azman,” kata Encik Harip sedikit gembira.
“Ya,”
Sepupunya yang lain menyusul di belakangnya. Semuanya bersalam dan menyapa Encik Harip.
“Marilah, kita makan,” kata Jameela. Nampaknya, wajah Jameela tidak seperti semalam. Mungkin dia sudah dapat sesuaikan diri.
“Sebelum kita makan, marilah kita berkenalan dulu. Sebab, sebelum ini mungkin hanya segelintir sahaja yang berurusan dengan saya. Yang lain mungkin masih belum. Semua sudah ada ke?”
“Ermů, adik saya, Zarith masih dalam perjalanan. Mungkin masa tengahari kot dia sampai,” Azza berkata. Ain membuat wajah tidak puas hati.
“Lecehnya. Kata abang Azman, walaupun seorang tiada, wasiat tidak boleh didedahkan,” Ain seolah tidak puas hati.
“Hai kak, makin lamalah kita di neraka hijau ini,”
Azman rasa mahu cili sahaja bibir Azmi atau Minnie itu.
“Maaf. Adik saya itu, ada hal bukan dia sengaja hendak lambat-lambatkan datang. Yang kamu berdua hendak cepat sangat ini kenapa? Bukan kamu berdua sahaja yang berasal dari KL,” Azza mempertahankan adiknya.
“Cik Azza Natalia, walaupun awak ini superstar jangan ingat kami takut,” Ain sudah bangun sambil mencekak pinggang. Azman semakin gusar. Dia menoleh ke arah Jameela yang pasti kurang senang dengan situasi itu.
“Saya juga nak awak tahu, saya pun bukan suka sangat hendak duduk dan tinggal di sini. Saya pun banyak hal lain hendak buat di KL,”
Mak Timah juga serba salah. Nampaknya, sudah mula berperang mulut.
“Okay, kalau begitu telefon adik awak suruh dia datang cepat sikit,”
“Ain, ini depan rezeki,” tegur Azman. Ain merengus. Dia memandang wajah Azza dengan penuh kebencian. Ain terus duduk.
“Maafkan adik saya,” ucap Azman kepada Azza yang sedang membaca surat khabar hari ini. Azza senyum sahaja. Dia sempat belek wajahnya pada bahagian hiburan. Ada gossip tentang dirinya lagi. Tetapi, Azza ketawa dalam hati. Itu memang asam garam kerjayanya. Jadi, walaupun rumah ini jauh di ceruk, tetapi surat khabar masih mampu tembus tembok besar rumah ini. Okaylah itu.
“Tak ada apa pun. Lagipun, dia mungkin bosan agaknya. Mungkin juga jemu,” Azza cuba sembunyikan perasaan terasanya.
“Kita ini sepupu, tetapi tidak pernah kenal ya?” Azman cuba cari modal bersembang.
“Kenapa? Pelik ke?” soal Azza kembali.
“Bukanlah. Sekarang, umur Azza berapa ya?”
“Agak-agak,”
“Okay, 26,” teka Azman.
“Hampir tepat tetapi tidak tepat. Saya 28 tahunlah,”
“Oh, Azza muda dua tahun dari saya. Sebaya Ain. Azza anak Pak Su saya, bukan?”
Azza angguk.
“Macamana Pak su sekarang?” soal Azman.
“Ermů, Azman tidak tahu ke? Papa sudah lama meninggal dunia,”
“Bila itu ya?” soal Azman semacam berminat.
“Masa saya umur lebih kurang hampir 5 tahun,”
Azman tersentak.
“Maksudnya, dua tahun selepas papa saya meninggal. Papa saya meninggal ketika saya berusia lima tahun. Ain tiga tahun dan Azmi masih dalam kandungan,”
“Entahlah, Azman. Papa mati dalam keadaan misteri. Doktor kata kena serangan jantung tetapiů, entahlah. Mama kata, jangan persoalkan sangat tentang kematian papa,” Azza meluahkan.
“Papa saya meninggal dunia pun macam misteri. Saya pun hairan. Hendak kata dia sakit, elok sahaja dia temankan saya main bola keranjang petang itu. Pagi esok, terus dia dikatakan meninggal dunia,”
“Nampaknya, pengalaman kita sama. Papa saya pun meninggal begitu,” sampuk Jameela.
“Jameela?” kedua-duanya hairan.
“Saya tidak pernah puas hati dengan kematian papa saya. Mama hanya tahu marah-marah tetapi tidak pernah beritahu kenapa dia marah sangat,” Jameela pula meluahkan isi hatinya.
“Jadi?”
“Mama tidak izinkan saya ke sini pada awalnya tetapi nenek saya pandai memujuk. Saya mahu siasat perkara ini sehingga ke akar umbi,” macam bersemangat sahaja Jameela.
“Tetapi, tidak ada apa-apa yang boleh kita buat selagi wasiat itu belum dibacakan,” Azman berkata. Dia juga rasa aneh ketika dihubungi Encik Harip setahun lepas. Encik Harip tidak terangkan soal wasiat itu secara terus terang. Dia kata, dirinya akan tahu sebaik sahaja dia datang ke rumah ini. Dia beritahu tentang Encik Harip kepada mama. Tetapi, mama hanya diam seolah-olah berfikir.
Walaupun mama tidak berkata apa-apa tetapi perubahan pada diri mama semakin ketara. Mama mula rajin ke masjid dan dia dengar mama ada menemui beberapa orang pakar agama. Malah, mama banyak habiskan masa dengan berfikir dan membaca buku-buku agama. Mama juga jarang melepak bersama teman-teman korporatnya sebaliknya habiskan masa di rumah dengan berfikir di bilik bacaan. Sebulan lalu, dia dihubungi Encik Harip sekali lagi dan meminta dia datang ke rumah ini. Dua orang adiknya yang bekerja di luar negara disuruh pulang. Masing-masing macam terpaksa sahaja.
Ain yang berada di Los Angeles, USA dan Azmi yang berada di Switzerland kena pulang tidak semena-mena. Masing-masing buat muka toya bila sampai. Tiga minggu mereka asyik berbahas sahaja. Akhirnya, dia akur datang dahulu dan mereka kemudian.
“Malaysia ini panas rupanya,” rungut seseorang. Mereka bertiga berpaling.
“Ada air cond,” sahut Azza. Ain berpusing.
“Hei, adik manis saya tidak bercakap dengan anda,”
“Memanglah. Tetapi, kamu itu berlagak macam kamu ini ratu dunia. Tidak tahan panas konon. Ini baru panas dunia belum akhirat lagi,”
“Hei, jangan hendak berceramah atau berusrah dengan saya. Saya tidak suka!”
“Ain!” tempik Azman. Dia pun geram dengan sikap Ain.
“Ermů., saya ingat sini banyak agas,” Ain berkata kemudian berlalu.
“Saya harapů.,”
“Azman, saya pun salah juga. Saya tidak patutnyaů.., entahlah,”
Azza masuk kembali ke kamarnya.
Dia masih memandu di jalan kampung itu. Dia rasa kampung itu amat terpencil. Jauh benar ini. Dia melihat pada papan tanda jalan. Kampung Teratai Risik 60 KM? Dia kaget. Masih jauh lagi rupanya. Dia melihat peta yang diberikan kepadanya oleh Azza. Dia meneguk air mineral yang dibawanya. Itupun tinggal sedikit.
“Mama, Zarith tak mahu pergi,” bentak Zarith.
“Zarith, kalau Zarith tak mahu pergi wasiat itu tak boleh dibacakan,” mati-mati mama jelaskan. Penting ke harta itu?
“Mama, Zarith tak mahu pergi. Zarith ada show hari itu. Mama, ”
“Baiklah, Zarith. Mama rasa ada baiknya Zarith pergi esoknya. Tetapi, ingat. Zarith kena bertahan di rumah itu. Jaga kak Azza kamu,”
“Mama, harta ituů..,”
“Zarith akan tahu nanti. Tetapi, buat masa ini mama mahu kamu dan Azza pergi ke rumah itu,”
Zarith ingat akan kata-kata itu. Zarith masih tidak faham apa-apa. Zarith pun tidak tahu yang datuknya orang kaya. Dia juga tidak tahu apa-apa pun tentang Tuan Rahimi. Tetapi, pemanduannya terganggu tatkala melihat sesuatu di hadapannya. Zarith memusingkan steringnya.
Benda itu sudah berlalu pergi tetapi Zarith masih cemas. Dia menghela nafas. Dia segera keluar dari kereta melihat kiri dan kanan. Dia lihat tiada apa-apa. Sedar dan tidak sedar, dia berada di hadapan tasik.
“Apa itu?”
\\Dia cuba periksa Kia Spectranya tetapi tiada apa-apa.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara. Zarith menoleh.
“Waalaikumussalam,” dia menjawab. Seorang lelaki berserban putih dan berwajah bersih di hadapannya.
“Jika tidak silap, ini macam jalan hendak ke rumah sana itu,”
Nampaknya, anak muda ini macam tahu sahaja arah jalannya.
“Jangan takut. Saya ini manusia biasa bukan hantu. Semua dari kita makhluk ciptaan Allah. Siapa nama kamu, sahabat?”
“Saya Zarith. Saya ini cucu Tuan Rahimi. Kamu kenal?”
Zarith masih gementar.
“Alhamdulilah. Sejak semalam, saya memerhati dari rumah saya di sana,”
Dia menunjuk ke arah sebuah rumah papan yang tidak jauh dari situ.
“Nampaknya, mungkin kamu juga datang untuk mendengar wasiat itu. Nasihat saya, bersabar dan janganlah terus buat kesimpulan. Buatlah keputusan seperti orang yang bijak membuat keputusan. Assalamualaikum,”
Dia berlalu. Zarith masih tiada idea. Dia masuk semula ke kereta dan berlalu dari situ.













