Novel : Tahajjud Cinta prolog

16 February 2010  
Kategori: Novel

1,949 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Ayu Neiya

-Prolog-

Suasana nyaman ketika berada di kampung memang mengasyikkan. Angin bertiup lembut mendinginkan suasana seluruh alam sebelum sang mentari datang dengan bahangnya. Embun-embun menitikkan airnya di tengah-tengah kebasahan dedaun dan kabus memenuhi alam sebelum menghilang. Siapa sangka disebalik keindahan ciptaan tuhan, masih ada yang melemaskan. Merimaskan. Menghargaikah mereka melihat alam ini hancur? Masih adakah seorang hamba yang bernama manusia yang berfikiran meluas sampai di persada akhirat? Masih adakah mereka yang simpati atas pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan ciptaanNya berzikir menyebut-nyebut keagungan kuasa Tuhan?

Meskipun jam sudah menunjukkan tepat 7.30 pagi, bunyi-bunyi cengkerik masih kedengaran suyup-suyup disebalik kebisingan motor dan kereta yang merentasi. Berkejar-kejaran ke tempat kerja sebelum jam tepat pada pukul 8.00 pagi.

Tok..tok..tok..

“Iman oh Iman..” Tangannya masih lagi lincah mengetuk pintu bilik yang didiami oleh temannya.

“Assalammualaikum..”

“Mak!!”

“Nina..” Mata yang terkatup rapat terbuka kembali. Lantas dia berpaling kearah belakang.

“Ya Allah, kau ni menakutkan aku la. Aku ingat kau ada dalam bilik tadi. Kau pergi mana tadi?” Gadis bertudung hijau muda itu hanya tersenyum. Tersenyum dengan keindahan sikapnya.

“Maaflah buat kau terkejut. Tadi aku pergi warung Mak Milah, belikan sarapan untuk kita.”

“Nasi lemak?”

“Yelah, kau tak suka ke?” Plastik berwarna merah ditunjukkan kepada Nina. Ada dua bungkus nasi lemak yang masih panas dalam plastik itu. Nina menunjukkan muka sengaja ceria. Perutnya tidak berapa suka dengan santapan nasi lemak.

“Kau tak suka ye..”

“Err,” Nina serba salah. Penat-penat Iman belikan nasi lemak untuk mereka tapi dia tidak menggemarinya. Baru dia tahu yang selama ini dia terlalu memilih dalam bab makanan. Mengada-ngada!

“Kalau kau tak suka aku boleh belikan yang lain. Kau cakap je kau nak apa?”

“Ehh, tak payah. Siapa kata aku tak suka? Aku suka la. Mari bagi aku plastik tu.” Pantas Nina merampas plastik itu dari tangan Iman. Menutup rasa gugupnya.

“Kalau kau tak suka janganlah makan.”

“Aku sukalah. Kau ni..”

“Betul ke?”

“Betullah! Kau tak suka ke kalau aku makan nasi lemak ni? Mesti kau nak lahap semua ni sorang diri,kan?”

Iman melabuhkan punggung diatas kerusi meja makan disertai gelak tawa. Ke situ pual pemikiran Nina Azura?!

“Makan jelah tapi jangan sampai termuntah sudah.” Iman tergelak sambil menyuakan pinggan kepada temannya yang sudah masam mencuka wajahnya.

Selepas membaca doa, Iman menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Nina hanya menelan air liur memandang nasi lemak. Di fikirannya hanya ada satu alasan mengapa dia tidak berapa menggemari nasi lemak. Nasi lemak megandungi kolestrol yang tinggi di samping lemak yang banyak. Itu yang membuatkan dia geli untuk menikmatinya.

Iman hanya menggeleng melihat Nina masih takut-takut untuk menjamahnya. Disaat dia berpaling untuk menikmati semula sarapannya, Iman sedikit tersentak! Dadanya berdegup kencang. Bahang panas tiba-tiba menyelubungi dirinya.

Ada tompok-tompok darah yang mula menitis di atas nasinya. Iman mengesat darah yang kemungkinan datang dari bibirnya. Sangkaannya benar! Ada darah disitu. Pantas matanya dikalih kearah Nina, temannya. Nina masih lagi takut-takut memandang nasi lemak. Masih lagi tak perasan apa yang berlaku kepada dirinya sekarang.

Ya Allah, benarkah itu semua terjadi?! Jangan biarkan hambamu ini yang lemah terus terseksa disebalik waah keceriaan hamba. Ambil sajalah nyawa hamba jika benar nyawa hamba berhenti sampai disini!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"