Cerpen : Pada dia

28 February 2010  
Kategori: Cerpen

1,992 bacaan 9 ulasan

Oleh : mun

Masuk hari ini dah tiga kali aku menghantar surat kepadanya. Surat? Kalau orang lain dengar mesti cakap aku ni cam desperate sangat nak cari boyfriend. Macam cakap orang tua-tua, ’perigi cari timba’. Ye lah, mana ada hayat keturunan mak bapak nenek moyang aku kalau perempuan pergi cari lelaki. Tapi Saodah ada cakap kat aku, zaman sekarang perempuan ramai. So, kita sebagai perempuan kenalah bagi hint sikit kat kaum-kaum Adam ni kalau kita syok kat depa. Bukan apa…..Nanti melepas! Susah pulak nak cari lelaki lain. Iyakan ajalah kata Saodah tu. Maklumlah Saodah ni ramai berderet adik-beradik lelakinya. Mesti dia lagi tau kan?

Aku suka tengok dia senyum. Memang, time dia senyum kalah gadis-gadis pingitan kat kampung aku biarpun dia sebenarnya lelaki. Hahaha! Kalau dia senyum kat aku, alamatnya tak tidur malamlah aku jawabnya. Tapi aku hanya pandai mengutus surat kat dia. Dalam surat tu aku cakap aku suka tengok dia senyum. Takutlah kononnya nak berdepan dengan dia. Maklumlah budak skema a.k.a. best student a.k.a. school prefect. Nanti kalau dia reject, tak pasal-pasal masuk story, ‘cintaku 100% ditolak’ dalam majalah sekolah. Aduh! Malu sih kat adik aku. Dia yang muda setahun dari aku dah empat kali tukar boyfriend. Nampak gayanya nanti aku kena berlututlah dengan dia tuntut ilmu tackle lelaki ni. Tak pun cara paling berkesan……mandi bunga. Eh, umur aku muda lagilah! Asal aku kena mandi bunga lak? Kacau betullah…….

“Minah, jejaka penusuk kalbu, jantung dan sanubari kau nak join rombongan pengawas hari ni ke KL. Kau tak mahu kirim apa-apa ke kat dia?” sergah Mia dari belakang.

Memang Mia ni salah seorang member kamceng aku. Dia selalu bagi support kat aku bab-bab hantar surat kat dia selain Saodah. Tapi……

“Weh…..kau paggil aku Minah? Ingat aku tak ada nama ke? Sia-sia je tau orang tua aku bagi nama cun-cun kat aku,” memang aku marah kalau nama aku di’hybrid’kan atau di’substitute’kan dengan mana-mana nama.

“Sorry….sorry…..Just joking……. Aku bukan apa, selaku kawan yang paling baik dalam dunia ni just bagi nasihat je kat kau. Aku tak mahulah kau memendam rasa dari jauh. Aku tahulah macam mana gaya orang bercinta ni. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang…..So, apa kata kau introduce yourself kat dia? Kalau kau diam-diam macam ni, tak sampai ke mana hubungan korang. Percayalah…….”

“Pirah….mabuk kau ni Mia! Tau apa ke bendanya oit…..nak bagi falsafah pun banyak salah…….Malu sikit kat adik bongsu kau tu weh.” Mia siap gelak-gelak. Apa? Ingat lawak ke lawak bodoh dia tu…..Tak apalah…..aku gelak sekalilah…..Nanti karang kalau tak gelak Mia ni kecik hati pulak…..Gelak! Gelak! Hahaha!!! Wakakakah!!!!

Jap…..jap….betul juga cakap Mia. Takkan aku nak memendam perasaan ni lama-lama. Alamak gayanya makan hati berulam jantunglah nanti. Hati ayam + jantung pisang……Payah pulak mak nak masak lauk macam tu kat rumah. Tak apalah….idea Mia aku pakai 50%. Lagi 50% aku tolak ke tepi……Wakakakah!!!! Gelak lagi….gelak lagi…….Kali ni Mia pulak tercengang-cengang tengok aku. Dia fikir otak aku dah sewel kot! Lantaklah……….

Surat keempat aku tulis kemas-kemas. Lagi kemas dan cantik dari sebelumnya. Surat ni lain sikit. Aku suruh dia belikan aku coklat Ferraro Rocher kat aku. Lepas ni, sembur parfume sikit…..kasi wangi-wangi……..Fuh! Merebak aroma Eue De Parfume yang selalu aku guna kat dalam kelas. Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri meja dia. Mia dan Saodah awal-awal lagi aku dah suruh jaga line. Takut nanti kena tangkap dek orang bila tengok aku bagi surat kat dia. Aku cari-cari buku Biologi. Biasanya aku akan menyelitkan surat kepada dia dalam buku Biologi. Ha! Ni dia…..Ok…..letak…lepas tu…..chow………Hehehe!!!!

“Ok, jom member-member aku yang aku sayangi sekalian…”

“Apa punya lamalah kau ni Husna? Ingat kau nak bertapa kat atas meja budak tu dah tadi……Nasib baik kami tak chow tadi….” Saodah sedikit bengang dengan kelewatanku.

“Sorry…sorry…..ni surat special sikit. Sebab tu lambat.”

“Oh, patutlah sampai sembur minyak wangi……..! Nak termuntah aku menciumnya….”sampuk Mia. Aku hanya tersengih kecil.

“Dah…dah….jom pergi makan. Aku laparlah……”Kami beriringan ke kantin untuk mengalas perut, menghabiskan sedikit waktu yang tersisa ini.

Aduhai, lama benar masa berlalu! Maklumlah dah 2 hari dia tak ada kat depan mata aku. So, mestilah aku rindu sangat-sangat kat dia. Apasallah aku tak jadi pengawas juga? Kalau tak bolehlah aku ikut dia pergi KL. Mana tau boleh mencambah rasa cinta-cinta dalam hati dia….Kucho kucho hota hai…….Mare mann……..Dan mata aku semakin terlelap bersama senyuman yang maha mempersona…..

“Awak……bangun! Bangunlah awak……Bangunlah cinta hati saya……Sayang, bangunlah! Saya dah balik ni…….,” samar-samar aku lihat bayang-bayang wajah dia tersenyum manis ke arahku. Kacaknya dia. Lepas ni sah, aku dah tak cari orang lain lagi. Memang dia yang bertakhta di hatiku…..

“Ye awak……saya nak bangun ni. Bila awak balik sayang?” balasku bersahaja. Aku cuba menggosok-gosokkan mataku dengan kedua-dua belah tapak tangan. Cuba mencari wajah tampan dia……Dia…..alamak! Mana dia ni? Asal wajah Cikgu Maimunah ada kat sini? Bila masa dia transform jadi Cikgu Maimunah? Oh….tidak………..!!!

“Awak berdiri kat luar kelas sampai masa saya habis.” Tegas sekali suara Cikgu maimunah merangkap guru Add Math kelasku. Alamak! Kenapalah aku boleh tertidur ni? Malunya aku…….Serentak itu, kedengaran suara-suara sumbang yang membingitkan keadaan, hati dan perasaanku…..

“Sayang…..abang balik esoklah sayang……”

“Sayang…..sayang rindukan abang ye….”

“Sayang…..bila kita nak keluar dating?”

“Sayang….kesatlah dulu air liur basi tu…..”

Ya Allah, berilah aku ketabahan dan kesabaran menhadapi ujian ini……Kalau aku tak sabar, mahunya aku menghayun flying kick aku kat depa ni….Tapi, Cikgu Maimunah ada tu! Sabar Husna! Sabar! Sabar itu sebahagian dari iman……

Hari ini aku melangkah ke sekolah dengan hati yang riang. Maklumlah, semalam dia dah balik, so, hari ini bolehlah aku menatap wajah dia puas-puas. Kisah aku kena denda semalam oleh Cikgu Maimunah aku biarkan saja. Buat apa dikenang benda yang memalukan. Saodah dan Mia awal-awal lagi dah gelak sakan kat aku dalam bilik semalam. Tak guna punya kawan baik. Tapi, nasib korang jugalah dapat kawan angau tak bertempat macam aku ni. Hehehe!

Langkah kaki kanan masuk dalam kelas kena baca Bismillah…..Ambil berkat. Ceh, ambil berkat apa kau ni Husna! Orang lain ke kelas nak belajar. Bukan nak pergi menatap wajah jejaka tampan idaman kalbu. Ya Allah, ampunilah hambamu! Aku nak bertaubat! Aku nak betulkan niat! Lepas ni kalau dia tak bagi aku coklat, aku tak mahu kacau dia lagi dah. Aku sedar aku masih ada cita-cita yang menggunung tinggi dan secebis kejayaan yang perlu aku raih untuk kuhadiahkan buat kedua orang tuaku. Tiba-tiba………

“Salam…..Husna, ni coklat yang awak pesan……” Ha! Apa ni? Coklat? Dia bagi aku coklat? Dia tahu ke aku yang hantar surat padanya selama ni? Alamak…….kantoi! Aku agak dia ada ilmu forensiklah…..boleh kesan cap jari aku kat surat-surat tu.

“Terima kasih awak. Macam mana awak tahu yang sayalah yang suruh awak beli coklat tu?” jujurnya pertanyaan aku. Maklumlah, dalam perhubungan perlu ada kejujuran. Aceceh…..!

Kulihat dia senyum lagi. Senyum dan senyum. Kenapalah senyuman awak ni sangat manis? Kalau kita kahwin nanti, mesti saya tak payah beli gula untuk buat air. Pakai je senyuman awak, mesti air milo ke….air teh ke…air sirap ke…..comfirm manis!!!!

“Adalah……..” Aik? Main tarik tali pulak……..Dia berlalu lagi bersama senyuman yang begitu manis.

Sejak hari itu, hubungan kami berdua menjadi semakin erat. Erat? Tak adalah jugak….Cuma kalau berselisih jalan, kami akan saling berbalas senyuman. Tak boleh lebih-lebih, pantang sekolah aku ni kalau tahu ada antara pelajar-pelajarnya yang ber’couple’. Hehehehe…….Maklumlah, sekolah agama. No dating! No couple! Aku….ah, sukarnya nak kawal hati dan perasaan bila dah sukakan seseorang!

Petang itu aku menerima sepucuk surat. Ringkas dan padat isinya. Surat dari dia.

’Saya takutkan Tuhan. Saya takut andai saya terlalai dan terleka dalam mengejar redha dan keberkatannya. Biarlah takdir yang menentukan arah perjalanan hidup kita. Seandainya satu hari kita bertemu jodoh, Insyaallah!’ itulah antara bait-bait kata yang dititipkannya untukku. Ya Allah, aku juga terlalai dan terleka dalam cinta dunia. Ampunilah aku Ya Allah.

Kini, tiada lagi senyuman yang kuterima darinya. Seandainya kami berselisih jalan, kami hanya menundukkan pandangan masing-masing. Cuba menjaga adab dan sopan dalam perhubungan kami. Sesungguhnya, kami memang membataskan hubungan kami agar tidak lebih dari seorang kawan. Pernah juga Farid, teman sepermainanku menghulurkan cintanya padaku. Namun aku tahu dan sedar, cinta ini tidak sampai ke mana-mana. Hanya mengemis sekadar di persimpangan kehidupan. Lantas, kututurkan ayat yang sama kepada Farid, ayat yang pernah dituturkan olehnya untukku dalam warkah terakhir. Semoga Farid mengerti bahawa cinta yang hakiki merupakan cinta pada Tuhan.

Senja itu, aku menghantar pandangan redup ke langit. Kutahu, hari ini dia telah berangkat meneruskan pengajiannya ke Mesir dalam bidang perubatan. Memang itu cita-cita dia. Doaku, semoga perjalanan hidupnya dipermudahkan. Aku? Biarlah aku terus di sini, menyambung cita-citaku dan aku yakin sedikit masa nanti aku juga akan menjadi insan yang bisa berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Langit UKM terus memerah, mendesakku menunaikan satu kewajipan lagi. Tapi…..ah, salahkah aku menggantungkan harapan padanya lagi?


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Pada dia”
  1. A.1 says:

    cite bestttttt
    tp mgkin kna wat smbngan kotttttt

  2. nikku says:

    WAK LA SMBUNGAN AG….
    AGAK MENARIK LA…
    ISLAMIK SECARA TAK LNSUNG…

  3. syada says:

    hrp writer smbung cite ni ah..
    nk tau gak pe jd kt diorg..
    b’satu ke x?

  4. fiza says:

    hrp ada smbgn…cita slps msg2 dh tamat bljr…hope hepi ending la…

  5. ariesyah says:

    cam cter betul je…memang sempoi ar klu perempuan berani camtu :x

  6. nurul khusna says:

    cerita best tapi macam tergantung
    tak tahu sama ada husna dapat bersama dengan org y disukainye tidak
    boleh tak sambung lagi cerita ni agar pembaca tahu prnghujung dan ada ending y menarik

  7. imanaisyah says:

    sambong…..x sabar nieh….
    syok..

  8. billynain says:

    mmg betul2 short story, pendek sgt
    but sedap di baca,bagus juga cara penyampaian cerita yg agak sempoi pd permulaan dan pengakhiran yg sedkit islamik
    kan bagus kalau lebih panjang dan cerita tak tergantung…
    kpd penulis…keep writing n improve

  9. Dee says:

    wah…
    islamiknya cter ni…
    t’tibe rse insaf plak even aq x couple.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k