Pembelian novel Pergilah Air Mata dengan penulisan2u

4 February 2010  
Kategori: Info Terkini

3,109 bacaan 23 ulasan

Kelewatan Penghantaran novel disebabkan pada 28/1/2010 baru kami mendapat stok dari penerbit. Kelewatan berpunca dari pencetak lewat menyiapkan cetakan novel. Kalau mengikut jangkaan sebelum 15hb sudah dapat stok, tapi kelewatan dari mereka.

Pada 28/1/2010 ( khamis ) kami mendapat stok. Kami seterusnya menghantar novel kepad Hanni Ramsul di Shah alam untuk proses tandatangan. 30 Naskah novel yang siap ditandatangan pada malam penghantaran itu, kami edarkan di kawasan sekitar Putrajaya, UKM, UPM. Kami menghantar kepada mereka dari petang sehingga 11.30malam.

Pada 30/1/2010 ( Sabtu ) hari thaipusam. Dan semua pejabat pos tutup. terpaksa proses penghantaran pada hari isnin.

Pada 30/1/2010 ( Sabtu ) kami mengambil baki naskah novel yang siap di tandatangan oleh hanni ramsul. Penulis perlu masa untuk menyiapkan tandatangan untuk memberi suatu yg istimewa kepada peminat dan penyokong penulisan beliau. untuk menyiapkan novel yg di tandatangan dalam jumlah yang banyak 250 mengambil masa. Penulis hanni ramsul mengambil cuti pada hari sabtu bagi menyiapkan secepat mungkin. Terima kasih kepada hanni ramsul. Anda perlu fahami keadaan ini.

Pada hari 1/2/2010 ( isnin ) – cuti di wilayah persekutuan. Untuk proses penghantaran, kami pos novel di kawasan area selangor.  pada 1/2/2010 – isnin – sebanyak lebih 100 naskah novel di pos kepada pembeli. Pihak pos mengambil OT untuk menyiapkan proses penghantaran secepat mungkin kerana jumlah novel yang agak banyak sekaligus. Kami berterima kasih kepada Pejabat Pos Bukit Dukong kerana membantu mempercepatkan proses penghantaran.

Pada malam 1/2/2010 ( isnin ) kami mengambil baki terakhir daripada hanni ramsul di subang jaya.

Pada 2/2 /2010 ( selasa ), lebih 100 naskah lagi di pos untuk pembeli

Pada 3/2/2010 ( rabu ), 50 naskah lagi di pos.

Pembaca perlu fahami proses untuk tandatangan dengan jumlah kuantiti yang banyak perlu masa untuk disiapkan. Proses pembungkusan juga perlu masa untuk disiapkan dalam jumlah kuantiti yang banyak.

Tanpa tandatangan penulis, pada hari jumaat 29/1/2010 kami boleh terus pos kepada anda. Tapi untuk mendapat keistimewaan dengan novel di tandatangani perlu masa untuk disiapkan. Sampaikan penulis hanni ramsul mengambil cuti untuk menyiapkan proses tandatangan. Selepas tandatangan kami perlu siapkan proses pembungkusan.

Kalau kami mendapat stok lebih awal dari penerbit, lebih cepat juga lah kami pos. Masalah dari pencetak itulah yang dibagitahu penerbit.

Untuk mendapat potongan harga boleh terus dengan penerbit atau kedai yang menjalankan promosi. Untuk mendapat keistimewaan novel yang di tandatangani penulis seperti kami lakukan ini, boleh terus melalui kami. Anda tidak akan dapat di mana-mana kedai. Kami membantu penulis dan juga peminat novel PAM untuk mendapat sesuatu yg istimewaan.

250 Pembeli novel online bersama penulisan2u bukan sahaja dapat tandatangan, cenderamata. dan pada bulan March 2010, 250 pembeli novel PAM bersama penulisan2u dapat menyertai kuiz/Peraduan PAM dan berpeluang memenangi hadiah. Jawab soalan mudah berdasarkan novel PAM dan anda berpeluang memenangi hadiah.

Senarai nama yang sudah di pos berserta no penghantaran pos. akan kami siarkan secepat mungkin. Sila Periksa senarai yang akan kami siarkan nanti. Jikalau nama anda tidak ada dalam senarai. Sila bagitahu kami. Insyallah kami akan pos dengan pos laju kepada anda. Masih ada pembeli yang tidak memberi alamat untuk penghantaran. Kami akan siarkan nanti dan proses penghantaran kami akan lakukan dengan pos laju.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Pembelian novel Pergilah Air Mata dengan penulisan2u”
  1. rohayu binti hussain says:

    salam,cerita bestla,terlepas nak beli online kat penang mana bleh beli?

  2. JALEHA ABU says:

    Salam,

    Masa ini tengah tunggu novel PAM sampai. Mudah-mudah sampai minggu ini. Alahai tak sabar rasa dihati nie. Saya dah banyak kali cari buku “Biarlah YM Berbicara” di Kedai Buku di Kuching tapi tak jumpa-jumpa lagi.

  3. Muzri says:

    Buku biarlah ym berbicara sedang buat cetakan semula.

  4. jkk says:

    CAMNE EK NAK BELI NOVEL (P.A.M) NIE….TERLEPAS LAH NAK ORDER ONLINE..

  5. fiza says:

    bila ada kronologi cam nie, baru sejuk sikit hati yg dah tak sabar2 nie… alahai….. novel PAM, bila laa akan sampai…. aku akan setia menanti abg posmen….. biarlaa di kata gila bayang pun… takpe… asal novel nie sampai ke tangan…..hehehehehehehe

  6. kin2 says:

    hehe xpela..xksh pn..asalkan dapat.bese la,nk yg t’baik bkn sng..kalo bole msti penulisan2u pn xnk delay2 ni kn?so,no prob..a big thanks to u.. ;-)

  7. muzri says:

    betul kin. delay sebab pencetak lewat. dan mrk delay sbb tertentu. dan paling utama kena paham, novel tanpa sign boleh hantar terus bila stok sampai. novel kena sign perlu ambik masa utk sign dalam jumlah yg byk, terima kasih kepada hanni yang bertukus lumus sign dan sampai ambik cuti kerja untuk sign. terima kasih kpd mrk yg menyokong hasil penulisan hanni ramsul

  8. adif_rs says:

    salam…En. Muzri
    barulah paham knape PAM lmbat nak publish
    baru lah sejuk jek ati bace..
    tapi…adakah tmpahan online masih lagi boleh di terima
    saya dah emel kpd penulisan2u alamat n tel no…
    cume tu lah…cara bayaran cam ner????
    saya masih lagi menunggu penulisan2u reply emel saya….
    harap2 stok PAM masih ade lagi yer… ;-)

  9. ctzubaidah says:

    salam…sy terlepas nak beli novel ni secara online di penulisan2u…so, bleh kalo sy nak beli novel ni lg???

  10. fir_qis says:

    ok.. dah tau, mesti ada masalah.. sbb tu dapat lambat.. sabar je lah.. anyway, tq di atas penerangan yg detail tu.. :smile: :smile:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"