
Pembelian novel Pergilah Air Mata dengan penulisan2u
4 February 2010
Kategori: Info Terkini
3,109 bacaan 23 ulasan
Kelewatan Penghantaran novel disebabkan pada 28/1/2010 baru kami mendapat stok dari penerbit. Kelewatan berpunca dari pencetak lewat menyiapkan cetakan novel. Kalau mengikut jangkaan sebelum 15hb sudah dapat stok, tapi kelewatan dari mereka.
Pada 28/1/2010 ( khamis ) kami mendapat stok. Kami seterusnya menghantar novel kepad Hanni Ramsul di Shah alam untuk proses tandatangan. 30 Naskah novel yang siap ditandatangan pada malam penghantaran itu, kami edarkan di kawasan sekitar Putrajaya, UKM, UPM. Kami menghantar kepada mereka dari petang sehingga 11.30malam.
Pada 30/1/2010 ( Sabtu ) hari thaipusam. Dan semua pejabat pos tutup. terpaksa proses penghantaran pada hari isnin.
Pada 30/1/2010 ( Sabtu ) kami mengambil baki naskah novel yang siap di tandatangan oleh hanni ramsul. Penulis perlu masa untuk menyiapkan tandatangan untuk memberi suatu yg istimewa kepada peminat dan penyokong penulisan beliau. untuk menyiapkan novel yg di tandatangan dalam jumlah yang banyak 250 mengambil masa. Penulis hanni ramsul mengambil cuti pada hari sabtu bagi menyiapkan secepat mungkin. Terima kasih kepada hanni ramsul. Anda perlu fahami keadaan ini.
Pada hari 1/2/2010 ( isnin ) – cuti di wilayah persekutuan. Untuk proses penghantaran, kami pos novel di kawasan area selangor. pada 1/2/2010 – isnin – sebanyak lebih 100 naskah novel di pos kepada pembeli. Pihak pos mengambil OT untuk menyiapkan proses penghantaran secepat mungkin kerana jumlah novel yang agak banyak sekaligus. Kami berterima kasih kepada Pejabat Pos Bukit Dukong kerana membantu mempercepatkan proses penghantaran.
Pada malam 1/2/2010 ( isnin ) kami mengambil baki terakhir daripada hanni ramsul di subang jaya.
Pada 2/2 /2010 ( selasa ), lebih 100 naskah lagi di pos untuk pembeli
Pada 3/2/2010 ( rabu ), 50 naskah lagi di pos.
Pembaca perlu fahami proses untuk tandatangan dengan jumlah kuantiti yang banyak perlu masa untuk disiapkan. Proses pembungkusan juga perlu masa untuk disiapkan dalam jumlah kuantiti yang banyak.
Tanpa tandatangan penulis, pada hari jumaat 29/1/2010 kami boleh terus pos kepada anda. Tapi untuk mendapat keistimewaan dengan novel di tandatangani perlu masa untuk disiapkan. Sampaikan penulis hanni ramsul mengambil cuti untuk menyiapkan proses tandatangan. Selepas tandatangan kami perlu siapkan proses pembungkusan.
Kalau kami mendapat stok lebih awal dari penerbit, lebih cepat juga lah kami pos. Masalah dari pencetak itulah yang dibagitahu penerbit.
Untuk mendapat potongan harga boleh terus dengan penerbit atau kedai yang menjalankan promosi. Untuk mendapat keistimewaan novel yang di tandatangani penulis seperti kami lakukan ini, boleh terus melalui kami. Anda tidak akan dapat di mana-mana kedai. Kami membantu penulis dan juga peminat novel PAM untuk mendapat sesuatu yg istimewaan.
250 Pembeli novel online bersama penulisan2u bukan sahaja dapat tandatangan, cenderamata. dan pada bulan March 2010, 250 pembeli novel PAM bersama penulisan2u dapat menyertai kuiz/Peraduan PAM dan berpeluang memenangi hadiah. Jawab soalan mudah berdasarkan novel PAM dan anda berpeluang memenangi hadiah.
Senarai nama yang sudah di pos berserta no penghantaran pos. akan kami siarkan secepat mungkin. Sila Periksa senarai yang akan kami siarkan nanti. Jikalau nama anda tidak ada dalam senarai. Sila bagitahu kami. Insyallah kami akan pos dengan pos laju kepada anda. Masih ada pembeli yang tidak memberi alamat untuk penghantaran. Kami akan siarkan nanti dan proses penghantaran kami akan lakukan dengan pos laju.














macam mana nak beli novel ni? saya baru dapat tau dan saya tak sabar untuk membeli novel ni
kalau nak order online lg blh ker…brp lamer br dpt…
haah..kalo nak order on9 bleh lagi ker?nak jugak!!