Sepupuku Suamiku

8 February 2010  
Kategori: Novel Di Pasaran

57,441 bacaan 155 ulasan

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.

Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Semenanjung : RM 19
Sabah Dan Sarawak : RM22

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

155 ulasan untuk “Sepupuku Suamiku”
  1. nik says:

    sye x beli lg novel ni…tp nk sgt cbb sy pn cple ngn spupu tp prents x bg..cple gak..

  2. ame izmar says:

    sy pun cri jgak tp tk da….btl k..bkn k hnya bt ahli je yg pdat potongan harga?

  3. admin says:

    Ahli kaki novel dapat potongan harga RM4, kos pos percuma. pendaftaran ahli percuma sahaja

  4. normi says:

    suka sgt bc novel2 nie… camna nk jd ahli

  5. ferra babyna says:

    mcm best aje cite ni.. msti bli.

  6. dhiah says:

    :mrgreen: crta ni rasanya best…hari sabtu sya gi bli novel kat mph belum ada jual lagi buku sepupuku suamiku yg lain ada laaa…rembat la…2 buah buku kaki novel,C and S dan GT, buku novel..memang laris kat ctu…skjp jaaa..dah habis…saya harap saya dapat beli buku sepupuku suamiku,crta ni ada sedikit persamaan dengan novel hadirnya cinta :smile:

  7. zulain says:

    dah lmer ad kat pasaran ke? nak gak beli

  8. nita nawawi says:

    Salam, dah baca novel ni memang best. Jalan penceritaan yang sangat menarik. Tahniah kepada penulis.Tak rugi beli.

  9. nis aisa says:

    nk gk nvel neh………cm best je…….. ;-)

  10. ajune says:

    Salam.. Kepada sesiapa yg lum beli dan baca novel nie..haaah! ape lg g beli cepat2.. Rugi tau sapa yg x baca novel nie. Jalan ceritanyer mmg best sangat2. Terasa macam saya berada dalam cerita nie..Confirm…bengkak2 mata bila baca novel nie..SEDIHHH….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"