
Cermin
23 March 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
6,566 bacaan 19 ulasan

Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi, mena…rik perhatiannya. Di antara bilik-bilik yang ada di dalam banglo usang yang… dibeli oleh ibunya itu, hanya bilik terakhir sahaja Dewi anggap cantik dan sesuai dengan jiwanya. Semenjak Dewi dan ibunya berpindah ke banglo usang di pinggir bukit itu, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dalam hidup Dewi. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan.
Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?
Apa yang ditakuti oleh Sem akhirnya terjadi. Siti, kawan baiknya sendiri menjadi mangsa sakit hati Dewi. Namun, Dewi juga teman baiknya. Sem dan Siti sama-sama sayangkan persahabatan mereka dengan Dewi. Lalu, Sem meminta tolong Hasrul yang mahir dalan hal-hal dunia mistik.
Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang mana jika dipuja, ia bisa menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu.
Adakah Dewi telah memuja cermin Sri Muka itu? Jika ya, apakah cermin itu mampu dimusnahkah demi menghapuskan sumpahan cermin itu? Dan Andy, lelaki yang menyayangi Dewi namun menggores luka di hati itu, ke manakah hilangnya? Adakah kehilangan Andy disebabkan sumpahan cermin Sri Muka atau akibat putus cinta?
Semuanya bakal terjawab di dalam novel CERMIN yang sarat dengan kisah misteri, semangat setiakawan dan keikhlasan cinta.
Novel gabungan antara unsur seram dan Cinta. Lain dari yang lain.
Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur. Temui Penulis pada 28/3/2010 Di Pesta Buku Antarabangsa
Penulis : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM18.90
Sabah/Sarawak : RM21.90
Untuk Pembelian novel secara online klik Borang Langganan Disini













sy da beli novel ni….
mmg puas hati dpt bce sampai abis…
Hanna dah beli kat Pesta Buku Ke.? Thank Hanna teruskan menyokong penulis penulisan2u. Best ke hanna
Saya pun dah beli di pesta buku. best cerita ni. puas hati.
Kenapa saya cari kat kedai takda pun. suka sgt novel ni. mana ek nak cari. saya jauh, tak dapat nak pergi kat pesta buku.
belum ada kat kedai buku ker?
Belum lagi bunga raya. mgkn dalam bulan 4. Beli dengan penulisan2u ada tandatangan penulis
saya gi pesta buku pada hari last .. tapi x dapat beli sebab dah abis …
huaaa… geramnya.
buku tak mungkin ku hindari juga tak dapat beli sebab
dah abis. tensennnnn..
tumpang tanya, novel ni ade bape muka surat?