
Cerpen : Aku Bukan Nova
Oleh : Aishah MadaDiy
Lagu “Hey Now!” nyanyian indie band, Couple rancak berirama. Ery tersentak daripada tidur. Dia menggosokkan kedua-dua matanya. Pandangannya masih kelabu. Butang phone ditekan.
“Em..Hello..”suaranya masih serak-serak basah.
“Hello, Ery. Whatcha you doing ha? We’re waiting for you right now,”suara E-san kedengaran di hujung talian. Ery menoleh ke dinding bilik. Bebola matanya terhenti pada jam yang tergantung di situ. Huh! 8.30 malam.
“Alamak! Aku janji ngan korang yek..Waduh!! I forgot!”pantas tangannya menepuk dahi sendiri.
“Okey. Cepat sikit la..”
“All right! On da way..” talian dimatikan. Ery terjun dari katil lalu meluru ke bilik air. Selesai membasuh muka, dia menyarung t-shirt hitam dan sweater Adidas. Kemudian, Ery mencapai kasut sukan Adidas dari atas rak dan terus keluar dari bilik.
“Auntie, I pergi dulu okey..”Ery cepat-cepat berlari keluar dan menahan teksi.
**************************************
Setahun lalu….
Handphone Sony Ericsson w660i rancak berirama. Panggilan dijawab.
“Hello..”
“Hello. Nova ni. I’m here right now..”suara Nova masih ceria seperti biasa.
“What? You balik sini? What da hell you didn’t tell me!”
“Surprise! Esok kan our birthday, I nak celebrate dengan family la.. Anyway, you kat mana? I baru je sampai la. I’m waiting for the bus but it’s not coming yet..”
“Em..I’m training.. Tae kwon do.. Before 12, I balik la. You okey ke tak nak balik rumah sorang-sorang ni? Kalau tak, I keluar awal..”
“No, no.. Thanks. I okey je. Jangan risau la. Lagipun dah dekat ni. Kalau tak ada bas, I jalan kaki je..Okay..”
“Eh..Wait! Nova… Nova…”
Perbualan terhenti di situ. Talian terputus dan itulah kali terakhir dia mendengar suara kembarnya, Nova. Bermula daripada saat itu, suara ceria itu tidak lagi menjengah ke gegendang telinganya, lalu Eva dibiarkan kesepian dalam kenangan.
**************************************
“Weh, apasal kau malam ni lain macam je ha? Tak bersemangat langsung!” sergah E-san yang melangkah menghampiri Ery dan duduk di sisinya. E-san mengesat peluh yang mengalir di seluruh wajahnya. Penat. Itulah yang dirasakan sekarang. Penutup botol air 100 plus dibuka dan air isotonik itu teguk perlahan, membasahkan tekaknya yang haus sedari tadi. Dia menoleh ke arah Ery.
“Eh, apasal kau? Kau okey?”
“Em…..okey, okey…Okey je..” Ery bangun dan berlari-lari anak ke luar dewan.
Dia duduk di bangku di luar dewan. Pandangannya terus ke dada langit dan sesekali melayang ke arah jalan raya yang lengang. Malam semakin berusia. Angin malam yang dingin membaluti segenap tubuhnya. Wajahnya diusap dengan kedua tapak tangan. Jarum jam tepat menunjukkan 11 malam. Satu jam lagi untuk meraikan hari lahirnya yang ke-19. Bahagianya kalau Nova ada sekarang.
Gadis kacukan Melayu-Jepun itu mula bermonolog sendirian. Sebelum ni,aku tak pernah sambut birthday sorang-sorang. Kita mesti makan sama-sama dan yang penting, aku mesti kena belanja kau aiskrim perisa vanilla. Kau memang sangat suka aiskrim.. “Ya…Aiskrim..” spontan perkataan itu dituturkannya.
“Ha???”
Ery tersentak. Dia menoleh ke belakang. E-san sudah tercegat di situ sambil memegang dua aiskrim Drumstik perisa vanilla. Ery terpinga-pinga seketika, memandang wajah E-san dan aiskrim yang dipegangnya. Mana dia tahu aku tengah fikir tentang aiskrim sekarang? Pelik.
“Eh, mana kau tahu aku nak belanja aiskrim ni?”E-san duduk di sebelahnya. Satu aiskrim dihulurkan kepada Ery. “Hebatnya kau..Hehe..Nah, ambillah.”jejaka itu tersengih ceria seperti biasa. Ery hanya menurut. Aiskrim diambil dan dimakan perlahan-lahan.
“Apa yang tak kena, Ery? Main futsal malam ni pun jadi tak best, tengok kau macam ni..”ujar E-san selamba.
“Tak ada apa lah..”
“Tak de ape…tak de ape.. Huh. Kau selalu je macam ni kan. At least tell me something. Jangan selalu pendam, nanti sakit jiwa. Tak semua benda kita perlu pendamkan, right?”
“Tapi E-san, tak semua benda kita boleh bagitau. Tak de ape lah. Aku okey je.”
“Haha……Kau memang selalu berahsia. Kenapa ye, kau suka berahsia?” E-san masih ketawa. “Biasanya lelaki je suka berahsia.. Macam aku..”.
Satu penumbuk hinggap di bahu E-san. “Ouch!”
“How dare you……….”
“Owh, sorry kau pun lelaki.. No, no, macam lelaki..”
“Shut up la you, E-san!”Ery bingkas bangun. Marah dan bengang. Laju dia melangkah meninggalkan E-san.
“Weh, sori la. Aku gurau je la. Weh!”teriak E-san. Dia bangun mengikuti langkah Ery. “Kenapa dengan kau ni?”
“Stop following me!” jerit Ery lantang. “I need nobody to understand me! And don’t pretend that you can easily understand me and don’t’ think that you can get into my world that easy!!”
Apa hal dengan minah ni? Langkah E-san terhenti. Dia membiarkan Ery melangkah semakin jauh. “And you.. don’t pretend that you can handle everything!”jerit E-san dari jauh.
“Of course I can, because I’m not Nova!!!”jeritan itu sayup kedengaran. Ery hilang daripada pandangan. Dia sudah menaiki teksi untuk pulang, dan E-san tercegat di situ. Terdiam.
Apa yang dia cakap? Nova??
**************************************
Setahun lalu….
Suara hingar-bingar kedengaran di ruang tamu. Sesekali jeritan dan teriakan yang menyerabutkan kedengaran. Eva dan Nova berpandangan sesama sendiri di dalam bilik. Diam dan termenung.
“Pa and Ma memang macam tu. Dah adat, nak buat macam mana..”ujar Eva perlahan. Nova bingkas bangun dari katil dan mencari sesuatu dari dalam laci. Dia mendapatkan sekeping surat berwarna putih.
“I’m gonna accept this..”Nova menunjukkan surat itu kepada Eva.
“Huh? Are you really sure? Nova…”
“Please.. I can’t cope with this. I need to go out of here. Find my life and concentrate on study. You have to decide too, Eva..”
“Okay.. You think that you can’t handle all these and that’s why you wanna accept the offer. Kolej matrikulasi..”
“Yup, aku nak pergi jauh-jauh. Kalau kau nak stay kat sini, it’s up to you..”
Eva hanya melihat Nova memenuhkan semua borang yang dilampirkan dengan surat tawaran itu. Nova sudah menemukan destinasinya. Keputusan SPM nya membolehkan dia pergi ke mana sahaja yang dia mahukan. Tapi aku? Keputusan SPM aku tak seberapa, ke mana aku akan pergi? Mungkin ini sahaja destinasi aku, belajar komputer dan mengikut apa sahaja arahan papa. Mungkin ini dah takdir aku..
**************************************
Ery asyik berkurung di dalam bilik. Lagu-lagu punk rock bergema di dalam bilik. Sesekali dia menyelak helaian majalah REMAJA, matanya tertumpu di situ namun fikirannya melayang jauh. Kosong dan kelabu.
“Oish!”Ery tersentak apabila bahunya ditepuk seseorang. E-san tersengih seperti biasa. E-san menuju ke arah radio dan menekan butang off.
“Wei, sape suruh kau masuk bilik aku ni? Suke hati je kau!”
“Sory la. Aku panggil kau tak dengar. Auntie kau suruh aku jenguk kat sini, mana aku tau..Hehe..”
“Eh, E-san..Eh, kau ni buat apa datang sini? Ish….”
“Aku nak jumpa kau la. Dah 3 hari kau tak datang main futsal.. Sory la pasal hari tu..”
“Ha? Pasal apa? Eh tak de lah, aku okey je. Eh, my auntie mana?”
“Ada, tengah duduk bersantai kat luar..Hehe.. Eh, jom kuar..”
“Okeyla, jom…” Tap! Pintu bilik ditutup.
Kereta Satria NEO meluncur laju di atas jalan. Setengah jam kemudian, mereka tiba di satu destinasi.
“Alah, Midvalley lagi. Tak ada tempat lain ke?”
“Banyak cakap pulak kau ni. Drive sendiri la..Haha..”E-san ketawa.
Mereka berjalan-jalan mengisi waktu dan melihat keramaian manusia di situ. Langkah Ery terhenti di kedai aiskrim. E-san menurut sahaja.
“Aiskrim lagi.. Kenapa suka makan aiskrim ha?”tanya E-san.
“Coz..She liked it..”
“Ha??”E-san terpinga-pinga.
“Kak, bagi ni dua..”ujar Ery sambil menunjukkan jari ke arah aiskrim perisa vanilla.
Mereka duduk di bangku sambil menikmati aiskrim.
“Kau belanja ke? Thanks..”ujar E-san. Ery senyum bersahaja.
“Dulu abang aku pun suka giler makan aiskrim…” ujar E-san lagi.
“Um?? Iye?”
“Tapi masa kecik-kecik dulu la. Bila dah besar, dah bawak arah masing-masing. Dia pun dah pergi..”
Tiba-tiba wajah Nova muncul dalam fikiran Ery. Senyuman dan gelak-tawa mereka masih segar di ingatan. Ery bingkas bangun, wajahnya yang sedari tadi berseri kini suram semula. Dia tidak akan bahagia selagi titik hitam ini belum terpadam dari dalam jiwa dan hati. Dendam ini takkan pernah pudar kerana kesakitan Nova ada dalam jiwanya..
“Aku…Toilet…”Ery cepat-cepat berlalu. Sekali lagi E-san ditinggalkan sendiri.
“Apa hal ngan aku ni?”Air matanya dikesat cepat-cepat. Ery membasuh mukanya dan melihat cermin. Dia menggosok-gosok perlahan matanya yang kelihatan kemerah-merahan. Huh.. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Kemudian, dia keluar dari washroom.
“Woi, lamanya…..”seloroh E-san.. “Owh..kau okey?”apabila melihat mata Ery yang kemerah-merahan, nada gurauannya segera disimpan sepi.
Ery masih diam. Wajahnya tidak seceria tadi. E-san masih tidak faham namun dia hanya diam membiarkan Ery mencari ketenangan sendiri.
“Jap. Aku nak beli something..”
“Magazine lah tu..”E-san cuba meneka.
“Yup.. The latest one..”Ery senyum hambar. E-san menanti di luar. Ery masuk ke dalam kedai buku MPH. Dia segera mendapatkan majalah REMAJA isu terbaru dan mengambil kamus mini Oxford. Sejurus selepas membayar, dia keluar.
“Eh, excuse me..”
Ery berpaling ke arah sekumpulan lelaki yang berjalan di sebelahnya.
“Em??”
“Nova! Hei, Nova. Kau..”
“Ha??”mata Ery terbeliak. Langkahnya diatur dengan pantas. “Er..I’m not Nova.”
“Eh, Nova. Betullah, kau Nova kan..”
Lengan Ery ditarik perlahan. Ery berhenti daripada melangkah. Marah dan bengang. E-san berjalan menghampirinya.
“Nova, kau dah tak kenal aku ke? Aku Kaerol la…”lelaki itu tersengih lebar.
“Eh, aku bukan Nova la!”
“Nape ni, Ery??”tanya E-san.
“Ha? Ery? Wei, dia bukan Nova la!” ujar lelaki lain dalam kalangan mereka.
“Er, sorry. I thought you’re Nova. Salah orang, sorry…”ujar lelaki yang bernama Kaerol itu. Kemudian, dia dan kawan-kawannya berlalu pergi. Namun, matanya masih memandang Ery dengan pandangan yang hairan dan pelik.
“Tak ada ape la. Jom..”ujar Ery sambil memandang E-san, serba-salah. E-san semakin buntu dan tertanya-tanya, siapakah Ery dan Nova sebenarnya?
**************************************
Setahun lalu…
Latihan Tae-Kwon-Do tamat lebih kurang pukul 11.45 malam. Eva berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Hatinya berbunga riang. Tentu Nova sudah tiba di rumah. Eva berhenti di sebuah kedai runcit dan membeli dua aiskrim Drumstick perisa vanilla. Lima minit lagi untuk tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, hari lahir mereka yang ke-18 akan disambut bersama.
“Assalamualaikum..”Eva masuk ke dalam rumah. Dia menjenguk ke dalam bilik, tiada sesiapa. Dia pergi ke dapur. Mama sedang membasuh pinggan-mangkuk.
“Ma…”
“Eh, Eva.. Lewat balik hari ni..”ujar mamanya sambil melihat jam di dinding. Eva sudah masak dengan perangai mamanya itu. Seringkali dia dimarahinya apabila pulang lewat kerana berlatih Tae-Kwon-Do. Mama dan papanya memang tidak suka dia melibatkan diri dalam seni mempertahankan diri itu. Ganas dan kelelakian. Itu pandangan mereka.
“Em..Sorry.. Ma, where’s she??”Eva pelik kerana kelibat Nova masih belum kelihatan sedari tadi.
“Ha? Siapa?”ujar mamanya hairan.
“Er….Nova..”
“Em??”mamanya bertambah hairan. Dia mengerutkan kening.
“Yeah..She called me just now. She has arrived and waiting for the bus. I thought.. She’s already at home..”suara Eva tersekat-sekat. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
“What???”mata mamanya terbeliak. “Why didn’t you tell me earlier? Oh no.. And you just let her go back herself?”teriak mamanya lagi.
“Ma, I’m sorry. She just wanna make us be surprised.”
“Then, where’s she now?? It’s already 12″
Eva menggelengkan kepala. Risau, marah dan bengang. Aiskrim yang dibelinya semakin mencair. Mamanya bergegas ke ruang tamu dan mengambil kunci kereta. Eva menurut dari belakang.
“Then..where’s she??”mamanya memberhentikan kereta di tepi perhentian bas. Tidak ramai orang di situ.
“I’ll go..”Eva turun dari kereta dan mencari di sekitar kawasan. Namun, dia hampa. Mamanya sudah bergenang dengan air mata. Risau.
“Ma..Tak ada.”
“Owh, God. Eva, where’s she?? Owh..where’s she?????”teriak mamanya lantang. Mama meletakkan situasi itu di bawah tanggungjawab Eva. Eva sugul dan terdiam seketika. Yeah, that’s my fault. Why didn’t I tell mum so that she can pick her here? Oh no. Nova, where are you?
Mama memecutkan keretanya. Mereka mencari di sekeliling kawasan itu namun hampa. Sudah berkali-kali Eva menelefon Nova tetapi tidak berjawab. Mama memberitahu papa tentang Nova dan papa segera memandu pulang dari outstation.
**************************************
Angin dingin menyelubungi malam. Padang di stadium kosong dan sepi. Dua orang insan sedang duduk dan bercerita tentang kenangan.
“What’d happened after that?”tanya E-san, inginkan kepastian.
“They were told that Nova was found. But…only her body. The real Nova was already gone…”airmata Ery mengalir laju.
“Ery..I’m sorry..”E-san sugul mendengar kisah itu.
“You know what’d happened to her? and her twin, Eva?”
E-san hanya menggelengkan kepala. Ery terus berbicara.
“The worst birthday gift in their life. Nova was brutally raped and murdered…in a store house..by numbers of men. Cruel and evil!!!!!!”Ery berteriak lantang, melepaskan amarah dan meleraikan sebuah rahsia yang tersimpan kukuh selama setahun ini. E-san masih terdiam, terkejut dan berkongsi kesedihan yang dialami oleh sahabatnya itu.
“Then..their mum and dad kept on blaming Eva for the incident that’d happened. Then, they didn’t realize the presence of Eva, the only daughter who is left for them.. They continued their life as usual but with the hatred and emptiness in their eyes.. Soon they left the country and went abroad and they said ‘for the better life’…”
“And Eva??” E-san mencelah.
“Eva.. She knew that she has to continue her life, alone. She has been given all the burdens and blames.. She knew that whatever happened, she must have to cope with all those things. But yet, she lives in the evil hatred and the dark memory that will never faded from her mind…forever..”Ery berjalan meninggalkan E-san di situ.
“Then, she tries to lie herself and be the person whom she’s not! She acts like a man.. I wonder, why did she want to be a man?
The group of people who create the darkness in her life??”jerit E-san.
Langkah Ery terhenti. Dia berpaling memandang E-san yang sudah ditinggalkan agak jauh.
“Because..She hates men! Not the men themselves but the evil desires of them.. and she hates women! Not the women, but the weaknesses of them. Then in reality, she doesn’t want to be either one!!”
“Stop pretending, Ery! Eva is you! Ariana Eva!!”
Ery terus berpaling ke belakang, melangkah dengan laju. Dia meninggalkan E-san di situ dengan satu jawapan yang telah pasti.
**************************************
E-san merenung sekeping gambar bersaiz 4R yang ditampal di dinding bilik. Itulah gambar terakhirnya bersama abangnya. Pada waktu itu, E-san yang berumur 12 tahun tersenyum riang memegang trofi kemenangan pertandingan bola sepak remaja. Abangnya yang lebih tua tujuh tahun daripadanya turut tersenyum menyaksikan kegembiraan adik tercinta. Namun, kegembiraan itu telah bersemadi selama lebih kurang sepuluh tahun lalu sebelum abangnya menghilangkan diri.
E-san menarik keluar sebuah kotak yang tersimpan di bawah katilnya. Dia mengambil beberapa keratan akhbar yang tersimpan di dalam kotak itu. Aku mesti hentikan semua ini. Aku mesti tamatkan apa yang telah dimulakan oleh abangku sendiri.
**************************************
Tuk..Tuk..Pintu bilik Ery diketuk. Sejurus kemudian, daun pintunya dibuka perlahan. Lagu Simple Plan menggegarkan ruang. Radio ditutup. Ery yang asyik membaca English Novel, “Hideaway Hospital Murders”, tersentak. Ibu saudaranya berdiri sambil tersenyum dan menghulurkan satu sampul surat yang sederhana saiznya kepada Ery.
“Surat untuk Eva..”
“Em?? Okay, thanks auntie..”
Ibu saudaranya melangkah keluar dari bilik. Ery bingkas bangun dan menekan butang on di radio. Lagu Simple Plan kembali berirama. Dia membuka sampul surat itu.
“Huh??”Ery hairan. Isi kandungannya adalah beberapa helai keratan akhbar dan sekeping nota. Keratan-keratan akhbar itu diteliti satu persatu.
“Rape and Murder Case”.. “Daughter of a famous businessman is missing”.. “Nova’s birthday turns into the darkness”.. “Pengedar dadah, perogol dan pembunuh”.. “Suspek-suspek kes Nova ditahan”.. “Uphold justice for Nova’s case”.. “One of Nova’s murderers was found death”.. “Mystery: Nova’s murderer”.. “Nova’s case solved! Case closed!”
Ery mengambil keratan akhbar yang terakhir dan menelitinya. How can I forget about this? Owh, God. Case closed!!!
“One of Nova’s murderers namely Faizal Yusof was found death because of a mystery disease. The surgeon said that…………………………………………………….
Nova’s case is already at the end. The other three of Nova’s murderers will be sentenced to death……………………………………………………………………………..”
Ery tersenyum dalam tangisan. Ya, kes ini sudah beberapa bulan selesai. Hanya dendam dan amarah yang marak dalam diri membuatkan aku terlupa, seolah-olah peristiwa ini baru sahaja terjadi.. dan segalanya masih belum berubah..peristiwa hitam itu masih di situ.. Case closed, Ery! Already closed!! How can I forget it? Idiot. Stupid.
Ery membaca satu nota yang dikepilkan sekali bersama keratan-keratan akhbar itu.
‘It’s over!! You don’t have to live in the shadow of Ariani Nova. The justice has been upheld. What you must do now is to give the justice to yourself, your life and your dreams…”
**************************************
Di dewan….
“Eh, kau sure ke Ery datang ni? Kita punya team dah nak lawan jap lagi..” rungut salah seorang rakan futsal mereka. E-san memandang mereka sambil tersenyum.
“Yup..I’m very sure!!”ujar E-san bersemangat. Kemudian dia pergi ke luar dewan dan membuat panggilan. “Hello, Ery. Kau terlupa something ke?”
Di rumah….
Ery menggosok-gosok mata sambil melihat jam dinding. “Oh God! Futsal! I’m late!” teriak Ery. Talian terus dimatikan. Handphone dicampakkan ke tepi dan dia bingkas bangun mencapai tuala lalu terus ke bilik air.
Selesai bersiap, dia berkejar ke luar rumah dan menahan teksi.
“Sorry guys. I’m late…Over slept..”Ery masih tercungap-cungap.
“Em…dah agak dah….”
“Sorry E-san..Thanks for callin’…”Ery tersengih bersahaja. E-san mengangguk. Dia menunjukkan ‘thumbs-up’.
“Are you ready guys?” tanya E-san lantang.
“Yeah..”jawab mereka sebulat suara. Mereka berjalan memasuki gelanggang.
Ery menarik lengan baju E-san.. “Thanks…”
E-san memandangnya bersahaja. “For what??”
“For everything….It’s from you, right….Yeah, it’s from you. Ihsan Yusof.. I know it right away!!”
E-san tersenyum lebar sambil berjalan meninggalkan Ery di belakang.
…..Aku tak suka kau disalahkan atas apa yang berlaku seperti mana aku tak suka disalahkan atas kesilapan yang pernah abangku lakukan.. Ujar E-san dalam hati…
TAMAT
*thanks for reading ![]()













ARIANA EVA???
MCM KENAL JEK..
DALAM GEMERCIK KALBU EK..
NICE STURY… I LIKE IT
ok cerita y best la
walaupun mula2 bace mcm biase je x de feeling tp ok la
layan je la..huhu
haha,hihi
ehheheh… best.. seronok.. lain dri yg lain.. keep it up.. good job
plot citer mmg best.
mcm dlm picture motion rasa nye..
ehehe..
all the name sounds so cool..
love it!
nice story…
len dari y len..
good job..
Salam. Saya suka jalan cerita teratur. Bahasa pun kemas. Penyusunan bacaan pun tak keliru. Cuma ada banyak flashback tu x berapa menarik untuk cerpen.Kalau novel rasanya ok. TAHNIAH kepada penulis. Teruskan berkarya
bg ak best r cter nie. .


flshback 2 kire mlngkapkn ag plot. .
overall best
gud job writer
bagus juga cite ni.menarik..teruskan lagi..i like it
bagus cerita ni..good..teruskan berkarya lg..good luck..semoga berjaya..