Cerpen : Aku, Dia Dan Lolipop

14 March 2010  
Kategori: Cerpen

4,672 bacaan 25 ulasan

Oleh : Ralya Ismail

Aku berjalan bersendirian hari ni.Tiada siapa yang menemaniku. Semuanya sedang sibuk dengan kerja masing – masing. Syazrina dengan kerja kursusnya, manakala Ain sibuk dengan mengurus kedai koperasi. Aku memang sentiasa sendiri. Ada kawan pun semuanya sibuk.

Aku melangkah tanpa tujuan. Lalu, aku putuskan untuk duduk di sebuah kerusi yang terdapat di taman permainan berhampiran rumah sewaku. Sewaktu aku sedang asyik melihat anak- anak bermain, datang seorang lelaki dekat dengan kerusi tempat aku duduk. Lelaki itu bertanya “cik, boleh saya tumpang duduk di sini?”. “Di sana masih ada kerusi kosong. Apa kata encik duduk saja di sana ?” kataku sambil menunjukkan kerusi yang masih kosong.

“Kalau cik tidak suka akan kehadiran saya, saya akan pastikan suatu hari nanti awak akan suka pada saya” kata lelaki itu sebelum beredar meninggalkan aku yang masih terpinga – pinga dengan kata – katanya.

————————

Aku masuk ke kelas bersama Syazrina dan Ain. ” Pelajaran hari ni boring betul” kata Ain kepada aku dan Syazrina. “Yela, cikgu tu dah la tua, nyanyuk, garang macam singa betina. Benci aku. Ada ke, dia denda aku yang tak bersalah ni. Aku cuma tertinggal buku dalam kelas, itu pun nak marah ker ? ” kata Syazrina pula. Aku tidak menyampuk, cuma mendengar sahaja kutukan mereka terhadap Pn. Hasnita. Setelah selesai mengutuk Pn. Hasnita, mereka bergegas ke mejaku. Aku yang hairan dengan sikap mereka segera bertanya ” apa yang korang kalut sangat tu ? Wei, apa korang buat kat meja aku tu ? Syazrina segera menjawab ” laa, mak cik dah lupa ker ? Kami kan dah cakap, kalau hang dapat surat peminat dari peminat rahsia hang, kami akan serbu dulu. Hang
bukan layan pun peminat rahsia hang, lebih baik kami yang layan”.
Aku cuma menggeleng kepala melihat telatah kawan – kawan baikku.
Mereka membaca surat itu secara perlahan.
Alya,

Awak dah makan lolipop yang saya bagi semalam?? Kalau dah,
senang hati saya. Kalau tak, awak makanlah tau. Awak mesti
tertanya – tanya siapa sebenarnya saya ni kan?? Saya ni
Mr.Lolipop. Kalau awak nak tau dengan lebih lanjut siapa saya,
awak add la ym saya. Ni alamat ym saya:-
lolipop_coklat@yahooo.com. Awak add tau.

Mr.Lolipop

“Wah, nama dia Mr. Lolipop la. Jangan – jangan dia ni pembuat lolipop tu kot ?” kata Ain setelah membaca surat itu. ” Eh, mengarut la kau ni. Mr. Lolipop tu dah mati dah la.” Kata Syazrina pula. ” Hah!! Kiranya Alya bercinta dengan hantu ker ? tanya Ain. “Mengarut jela korang ni. Dah, bagi balik surat tu. Lolipop tu macam biasala, korang makan” kataku kepada kawan – kawanku.
Surat yang dipegang Ain itu diserahkan kepadaku. Di dalam hati, aku tertanya – tanya siapakah Mr. Lolipop.

———————

Hari ini tiada apa yang aku buat. Semua tugasan dan kerja kursus yang pensyarah semua sudah siap untuk di hantar pada esok pagi. “Hmmm, apa aku nak buat sekarang yer ?” aku bertanya dalam hati. “Kalau keluar mesti jumpa mamat gila hari tu, aku nak wat apa ni ? Boringnya,” kataku sendirian. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk membuka Yahoo Massengger. Aku cuma memandang sepi laptopku. “Hmmmm, bowinknya. Tak dak orang online laa pulak” kataku sendirian. Aku mengambil keputusan untuk off sahaja yahoo massengger. Tiba – tiba, aku teringat tentang surat yang aku dapat bersama lolipop di bawah mejaku. Aku berfikir sebentar. “Hmmm, add ke tak ?” aku bertanya di dalam hati. Aku mengambil keputusan untuk add saja mamat yang nama dia apa entah dan yang cuma mahu dikenali sebagai Mr.Lolipop.

” Alamak, mamat tu online laa pulak,” kataku sendirian apabila mendapati Mr. Lolipop itu online. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk off sahaja yahoo massengger itu. Sebelum aku sempat menekan butang sign out, Mr.Lolipop itu menegur aku menggunakan im.

Mr.Lolipop: salam..
Alya: w’slm
Mr.Lolipop: Alya apa khabar??? Sihat??
Alya: baik. Saya sihat jer. Hmmm, okla saya nak out dah ni..
Mr.Lolipop: laa..nak out dah ker?? Nnti kesepian laa saya..
Alya: Saya peduli apa awak kesepian ker apa ker..
Mr.Lolipop: mestilah awak kena peduli..saya ni kan bakal suami
awak??
Alya: hello…sejak bila saya umum nak jadikan awak suami
saya. Tak hingin saya… Okla bye… Saya out dulu..

Akibat terlalu geram dengan mamat sewel itu, aku mengambil keputusan untuk sign out saja. Fikiranku kusut kerana mamat sewel tu. ” Dari aku membebel kat sini, lebih baik aku amik udara kat luar. Segarlah sikit fikiran ni. Takla kusut,” kataku sendirian. Tanpaku sedari, Aiman, rakan sekelas yang tak pernah aku peduli sedang melihat aku dari jauh. Dia memerhatikan aku sehinggalah aku pulang dari taman permainan. Aku bergegas masuk kerana ketakutan. Manakala, Aiman berkata dalam hatinya, ” andai kata kau dapat membaca isi hatiku. Andai aku ini orang yang berani akanku luahkan padamu betapa aku sangat menyanyangimu Alya”.

——————-

Pada pagi itu, aku melangkah malas ke kolej. Ain dan Syazrina menegurku pada pagi itu namun aku tak menghiraukan mereka. Rasa marah dan sakit hati datang lagi apabila melihat lolipop dan sekeping surat dari Mr. Lolipop. Akibat terlalu geram dengan kata – katanya sewaktu chat denganku semalam, aku mengambil keputusan untuk membuang sahaja lolipop dan surat yang diberikan Mr. Lolipop. Sewaktu aku mahu membuang lolipop itu, Aiman, lelaki yang tidak pernah aku tegur, menegurku “Alya, kenapa awak nak buang lolipop tu ? Lolipop tu kan sejenis makanan jugak. Jangan dibuang. Tak berkat hidup awak membuang rezeki”. Kata – kata Aiman itu telah menusuk hatiku. Pada saat itu, aku merasakan jantungku berdegup kencang sewaktu aku menatap matanya. Fikiranku terasa lapang sewaktu aku menatap mata yang berwarna hitam milik Aiman itu.

“Alya, awak tak apa – apa ker ?” tanya Aiman apabila mendapati diriku mengelamun sendirian. ” Eh, takdelah. Saya cuma memikirkan apa yang awak cakap jer. Betul cakap awak. Walaupun lolipop ni boleh memudaratkan kesihatan tapi ia jugak merupakan sejenis makanan. Saya tak patut buang rezeki,” kataku setelah Aiman merenungku dengan aneh. “Kalau awak tak nak lolipop tu, awak boleh bagi dekat saya,” kata Aiman. “Eh, awak suka makan lolipop ker ?,” aku bertanya pada Aiman. ” Ya, saya memang suka makan lolipop. Sejak kecil lagi,” kata Aiman yang menerangkan dengan bersungguh – sungguh.

———————-

Sejak hari itu, aku dan Aiman semakin rapat. Aku juga tidak lagi mendapat surat dari Mr. Lolipop. Aku juga telah membiasakan diri dengan lolipop sehingga ia menjadi salah satu makanan kegemaranku selain coklat. Aku juga sering diajak oleh Aiman untuk belajar bersamanya. Akibat terlalu sibuk dengan kerja kursus, aku terpaksa menolak ajakan Aiman. Sesekali, aku rasa teramat kecewa kerana terpaksa menolak ajakan dia.

Kini, aku sering merasakan bahawa hatiku berbunga – bunga apabila aku bertemu dengannya. Apabila terpaksa berpisah dengannya di hadapan rumah, aku merasa sangat sedih seolah – olah aku tidak dapat berjumpa dengannya lagi.

Setelah selesai kelas pada hari itu, aku berazam untuk bertemu dengan Aiman untuk meminta no phone dan emailnya. ” Aiman boleh saya bercakap sebentar dengan awak ?,” kataku apabila mendapati dia keluar dari kelas. “Awak nak cakap apa ?” tanya Aiman kepadaku. ” Boleh saya mintak email dan no phone awak tak ?,” tanyaku sambil merenung wajahnya yang ibarat Edward Cullen dalam cerita Twilight pada pandanganku. ” Hmmm, saya takder no phone. Saya masih tak mampu untuk membeli phone. Kalau email saya ada la. Ni email saya,” kata Aiman sambil menghulurkan sekeping kertas kepadaku. Berderau darah yang mengalir dalam tubuhku apabila mendapati bahawa Aiman itu adalah Mr. Lolipop. ” Kenapa dengan awak, Alya ?,” tanya Aiman apabila melihat wajahku berubah menjadi pucat. Hatiku teramat sedih dan kecewa apabila mendapati dia adalah Mr. Lolipop. hatiku meronta – ronta untuk bertanya kepadanya, ” kenapa kau tak jujur kepadaku ?. Kenapa kau mesti mempermainkan hatiku ?”.

Aku cuma memandang sepi wajah Aiman. Aku tidak tahu ke mana hilangnya rasa sayang dan cintaku kepadanya selama ini. Aku cuma merasakan kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat. Aku pulang bersendirian hari itu. Apabila tiba di rumah, aku mengambil keputusan untuk berkurung di dalam bilik. Rakan-rakan serumahku cuma memandangku dan cuba bertanya, namun aku tidak mengendahkan mereka. Hari itu, dengan mudahnya aku menitiskan air jernih yang selama ini sukar untuk ku keluarkan.

Pada malam itu, aku tidur bersama titisan air jernih yang membasahi pipiku. Aku bermimpi bertemu dengan saudara kembarku yang telah meninggal dunia sewaktu mahu menyelamatkan aku daripada dilanggar kereta. Dia menasihatiku agar segera bertemu dengan Aiman dan berbincang mengenai masalah ini. Dia juga menyuruh aku untuk meluahkan perasaan aku kepada Aiman.

Setelah selesai makan malam bersama keluarganya, Aiman mengambil keputusan untuk berehat di bilik. Dia menyentuh kertas yang bertulis alamat emailnya. ” Alamak, matilah. Alya mesti dah tahu yang aku ni Mr. Lolipop. Mesti dia tak nak bertegur lagi dengan aku. Apa aku nak buat ni ?” Aiman bertanya kepada hatinya sendiri.
—————–

Pada keesokan harinya, aku datang ke kelas awal untuk menyelesaikan masalah yang terjadi di antara aku dan Aiman. Sewaktu aku lihat dia duduk di sebuah kerusi di taman kolej, aku segera menghampirinya. Aku melemparkan semua surat yang pernah diberikannya kepadaku. Lalu aku berkata, ” puas hati kau sekarang dapat permainkan aku ? Sekarang aku dah tahu kebenarannya. Baik kau jelaskan semua ni. Kau sengaja nak permainkan hati aku kan ? Tak kan semudah tu, Aiman”. Aiman yang terkejut dengan kehadiranku mengutip surat – surat yang telah ku lemparkan kepadanya. ” Jangan buang sampah di merata – rata, nanti Alya jugak yang kena denda. Pasal surat – surat ni saya boleh jelaskan”. Aiman menarik nafas panjang dan mempersilakan aku untuk duduk di kerusi yang dia duduk. Setelah itu, dia mula menceritakan suatu – persatu tentang aku dan dia. ” Alya, sejak pertama kali saya bertembung dengan awak di perpustakaan, waktu tu saya mula sedar yang saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak. Namun, awak lansung tak perasan saya pasal awak nak bergegas dari situ. Sejak itu, saya mula merancang untuk memberitahu awak perasaan saya. Tapi, awak sering buat – buat tak dengar bila saya panggil. Awak lansung buat tak tahu bila saya datang ke kerusi yang awak duduk kat taman dulu. Malah, awak halau saya.

Sejak hari tu, saya berazam saya akan dapatkan awak walau apa pun caranya. Saya tak sangka hari tu awak berniat nak buang lolipop yang saya bagi. Sejak tu, kita jadi rapat. Saya nak beritahu awak namun saya tak berani sejak awak beritahu saya yag awak dah ada orang yang awak suka. Sejak tu, saya tak yakin dapat memiliki hati awak. Jadi, saya berputus asa. Saya anggap awak dah lupakan tentang Mr. Lolipop, jadi saya ambil keputusan untuk tidak lagi mengganggu hidup awak. Saya cuba lupakan awak dengan menjauhi awak, namun semakin saya menjauh, semakin awak rapat dengan saya”. Air jernih mula mengalir di pipiku. Aku berasa amat bersalah atas kesilapan yang telah aku lakukan.

” Saya sayangkan awak,” kata Aiman yang setelah melihat air jernih mula mengalir di pipiku. Ternyata apa yang aku ingin dengar daripada orang yang sangat aku sayangi terluah. Aku mula mengucapkan syukur kepada-Nya kerana telah mengabulkan doaku. ” Saya pun sayangkan awak,” kataku apabila melihat Aiman seperti mahu beredar dari tempat itu. Apabila mendengar kata – kataku itu, Aiman menoleh kepadaku dan memelukku dengan erat.

Sejak hari itu, kami berdua menjadi sepasang kekasih. Aku baru sedar bahawa cinta berada di sekeliling kita, malah, kita juga boleh jatuh cinta kepada rakan baik kita sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Cerpen : Aku, Dia Dan Lolipop”
  1. ratna says:

    bolehlah

  2. andu says:

    ceter nie ok…bole layan dan tidak memboring kan…..best,,,di harap awk boleh buat cerpen lagi….

  3. hyena says:

    bolehla..

  4. syira says:

    ok citer nie…….
    but nape pndek sgt…….
    klo pnjangkan agy mesty bez….
    ape2 pown good luck.. :razz: :cool:

  5. echanano says:

    ;-)
    boleh lahh.. :oops: :idea:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"