
Cerpen : Bukan kasih untukmu
Oleh : asmara
Dalam hatiku tercatat cintamu sayang.. dalam kalbuku ada rindu yang tersemat, ada sayang yang tak tahu ke mana hujung pangkalnya, ada resah yang mengungkapkan cintaku padamu. Hadirlah sayang untuk sekali ini dan aku pasti akan mencintaimu..
Siapa dia dan siapa aku? Mengapa permainkan hati dan perasaan kami? Tidak cukupkah janji yang kau lafazkan dulu hingga sanggup membuat aku terawang-awang berseorangan begini. Muhammad Zarif, jangan calarkan perasaan dua insan ini..
“Ira, aku suka la mamat tu.. cara dia senyum… Fulamak,cair beb..”cerita Ika dengan bersungguh-sungguh lepas kami baru je habis kuliah psikologi pada suatu petang waktu sedang rehat di kafeteria yang selalu kami lepak. Petang tu memang hari special buat Ika dan mungkin juga hari istimewa buat aku, pertama kali seorang lelaki yang popular kat kolej kami menegur Ika. Kawan rapatku sejak pertama kali aku menjejakkan kaki kat tempat yang amat dibanggai sesiapa sahaja. Ditempat inilah aku ditemukan dengan insan yang dipanggil kekasih dan sahabat..
“Hai, awak pun kat sini juga ye..” Tiba-tiba ada suara yang menegur dari belakang.
“Awak?” Ika tergugup-gugup menjawab pertanyaan itu. Dah la dia tengah mengunyah makanan, rasanya boleh tercekit kot sebab nak sangat membalas teguran itu..
“Ya saya. Ala yang tegur awak tadi masa kat kuliah. Apa pun, saya Zarif. Muhammad Zarif.” Sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Amboi, lagaknya macam la dia sorang je hero yang handsome kat universiti ni. Aku cuma memandang wajah slumbernya tu.
“Saya Ika, Syafika. Nur Syafika.” Cepat pula si Ika ni mengenalkan diri, selalunya kalau ada lelaki yang tegur dia buat derk je. Ahai… Sabar je la..
“Oh, yang sebelah tu plak? Takkan tak nak kenalkan diri kot. Ke bisu?” Amboi.. mulut dia, nak je aku cili-cili mulut dia tu, tak ada insuran jugak mulut dia ni..
“Saya? Saya nama tak tahu. Puas hati? Kataku dengan nada yang amat geram..
“La, cik tak tahu rupanya. Cik tak tahu, boleh tak saya tumpang duduk kat sini? Kat tempat lain penuhlah.” Aku pun tak tahu nape banyak-banyak kerusi, kerusi ni jugak yang jadi mangsa. Padahal kerusi kat kafe ni bukan satu tapi berjuta.
“Ha a, duduklah..” pelawa Ika tanpa segan silu. Si Ika pulak makin galak nampaknya layan lelaki sewel ni. Aku sakit hati betul dengan lagak dia ni. Ya Allah, nape la hati aku ni jahat je bila tengok lelaki ni. Meluat rasa tengok lagak dia tu..
“Awak first semester ke kat sini? Macam pernah tengok je la muka awak ni..” Emm.. modal lelaki yang tak pernah habis.” Kata hatiku bersendirian.. Kali ni aku bagi la peluang kat Ika nak kenal dengan lelaki. Sebelum ni asyik dok berkepit je dengan aku, biarlah dia beri peluang pulak pada orang lain untuk mengenalinya.. Rancak betul Ika dengan budak tak tahu malu tu berbual sampaikan aku yang dekat tepi dia ni tak dilayan. Jenuh aku menunggu mereka habis berbual, aku rasa nak blah je dari tengok muka lelaki ni, tapi tak boleh pulak tinggalkan Ika. Kan merajuk aku jugak yang kena pujuk.
Hai.. Boleh berkenalan??? Sape plak la ni. Ngomelku sendirian setelah mendapat mesej yang entah dari mana aku sendiri tak tahu..
Entah kenapa aku rasa macam nak balas je mesej tu..
Ira: Ya saya boleh saya tahu siapa di sana tu?
Haikal: Hai, saya Haikal. Dah lama saya intai-intai awak tapi mungkin awak je yang tak pernah tengok saya.
Ira: Macam mana nak kenal,dah saya tak kenal pun awak.
Haikal: Amboi…garangnya. Em..Ira, nak mintak izin boleh? Kalau awak tak bagi pun saya tetap nak, kita kawan boleh tak? Boleh tak beri peluang pada saya untuk mengenali awak seadanya?
Ira: Hai, tak kenal tetiba nak kawan? Em.. nanti saya fikir. Boleh la kot sebab awak minta dengan baik. Tapi dengan satu syarat. Jujurlah dalam perhubungan biarpun kita tak pernah ketemu.
Haikal: Terima kasih Ira..
Ira: Kasihmu ku terima seadanya..
“Ira, aku bahagia sangat-sangat. Dialah lelaki yang selama ini aku tunggu-tunggu, tapi kenapa tiada perkataan cinta pun yang keluar dari bibirnya. Adakah selama ni dia cuma menganggap aku sebagai kawannya saja. Dah sebulan Ira tapi aku rasa macam dia tak ada hati je dengan aku.” Aku tengok Ika tu macam frust je kali ni.
“Sabarlah Ika, bagi masa sikit. Mungkin dia dalam proses nak kenal kau, peribadi kau. Sabar o.k?” Aku cuba menenangkan Syafika. Aku tahu dia dalam keresahan.
“Ira,aku balik dulu yek. Ada hal la,aku nak jumpa sepupu aku kat mall. Nanti kau balik sorang yek dengan bas. Jaga diri elok-elok tau. Nak hujan ni, kau bawak payung tak?”soal Ika bila melihat aku yang bermuka kasihan ni dek kerana terpaksa pulang berseorangan.
“Kau jangan risau la, aku balik naik bas. Ala, hujan air bukannya api” kataku pada Ika yang dah menerjah masuk ke dalam perut teksi untuk berjumpa dengan sepupunya yang paling rapat, Syima yang tinggal berdekatan dengan tempat kami belajar.
“Alamak, mamat ni lagi” kata ku sendiri. Entah kenapa hujan turun dengan lebat hari ni. Senja pula mula merangkak datang.
“Ira, naik la hujan lebat ni.” Pelawa Zarif bila melihat aku mula kebasahan akibat tempias hujan yang menyapaku tadi.
“Tak apa la, Ira boleh balik sendiri. Lagipun Ira masih ada kaki lagi ni.”
Hai.. Cepat benar pulak mamat ni turun dari keretanya. Tak faham-faham ke yang aku tak nak naik kereta dia ni.
“Ira, mai la, Arif bimbang ni. Dah la Ira tu sorang-sorang,nak malam pulak ni. Nanti kan ada buaya-buaya tembaga datang kan susah.”
“Tak mengapa lah Arif, baik datang buaya tembaga dari buaya tak tahu malu.” Dengan slumbernya aku memulangkan paku buah keras yang selama ini aku pendamkan di sudut hati. Aku ni bukan ape, tak boleh lah nak tengok muka dia buat aku geram je. Tiap kali dia keluar dengan Ika mesti aku jadi peneman setia. Lepas tu pulak boleh dia sindir-sindir aku. Nak cari gaduh je kejenya. Kali ni giliran aku pulak nak bidas balik kata-kata dia kat aku dulu. Aku tersenyum sendiri dengan niat jahatku itu.
“Ni nape senyum sorang-sorang ni? Angau ke? Jom…” kata Zarif kepadaku sambil menarik tanganku naik ke dalam keretanya. Eh..eh..eh.. Sesedap hati je dia ni ye nak pegang-pegang aku. Apa dia ingat aku ni hak milik dia ke? Sorry yek..
Dalam kereta yang meluncur separuh laju tu, aku mula mencari idea untuk mengenakan si Zarif. Entah kenapa otakku tidak dapat berfungsi dengan baik ketika bersama Zarif. Aku terdiam seribu kata sambil memandang ke luar tingkap kereta melihat pemandangan ketika hujan. Aku rasa teramat tenang terutamanya ketika itu Zarif memasang cd lagu yang aku minat, Hujan dari arwah Sudirman Hj Arshad. Aku tahu Zarif sedang memandang aku. Tapi aku tak mahu ambil peduli sangat. Entah kenapa aku rasa perjalanan ini sungguh jauh.
“Ira, kenapa diam je? Arif ada buat Ira marah dan sakit hati ke selama ni?” soal Zarif tiba-tiba.
“Tak adalah.” Ai.. kenapa ngan mulut aku ni?o.k tak?aku pun pelik kenape la aku tiba-tiba baik je dengan Arif.
“Zarif, bleh Ira tanya sesuatu?”
“Apa dia Ira?”
“Arif benar-benar serius tak dengan Ika?”
“Nape Ira tanya?”
“Bukan ape, Ira nak Arif tau yang Ika tu kawan baik Ira. Ira tak nak dia kecewa.” Tiba-tiba Zarif memberhentikan keretanya di depan sebuah restoran. Restoran Seri Melati. Kami mengambil keputusan untuk duduk jauh daripada orang ramai dan mengambil tempat yang agak tersorok sedikit dengan cahaya yang kelam berbalam.
“Ira, kita makan dulu. Arif belanja. Lagipun jarang sekali Arif dapat makan dengan Ira.”
“Tapi Ira tak boleh lewat-lewat tau, dah maghrib ni. Ira nak balik solat pulak.”
“O.k” jawab Zarif ringkas.
Inilah pertama kali aku tengok Zarif terlalu baik dengan aku. Selalunya bukan macam ni.
“Bersuaralah gadisku, aku ingin mendengar kelembutan suaramu itu.” Bisik hati kecil Zarif. Hatiku berdebar bila bersamamu. Mengapa? Kau terlalu sempurna buatku. Amat memahamiku. Alangkah indahnya hidupku jika kau tahu siapa aku. Aku memerhatinya, tapi kenapa dia seperti tidak tahu bahawa aku wujud di depannya. Bisik hatiku.
“Arif, nape tengok Ira macam tu? Ada sesuatu ke kat muka Ira?
“Tak ada apa-apa. Makan la Ira.”
“Arif..” tiba-tiba Ain bersuara dalam kesepian yang mereka ciptakan sendiri.
“Arif, Ira harap Arif dapat jaga Ika elok-elok ye. Jangan lukakan hatinya itu. Ira tahu Arif akan bahagia dengan Ika, lagipun Arif dan Ika sama-sama padan. Jangan permainkan dia Arif. Cintai dia seadanya. Cinta bukanlah perkara saja-saja atau sengaja. Tapi cinta itu satu tanggungjawab. Kita bukan nak hidup satu atau dua hari bersamanya tapi kita perlu mencintainya seumur hidup. Jangan permainkan dia Arif. ” lembut suara Ira menerjah ke telinga Zarif. Bukan itu yang diharapkan, bukan itu yang ingin didengar oleh Zarif sebenarnya. Zarif tersenyum lembut, menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.
“Hai,buat-buat comel la pulak si Zarif ni, nasib baik la dia tu bakal pak we Ika, kalau tak.. Em, tak tahu la aku.” Bisik hatiku sendirian.
“Ira, bagitaulah Ika yang Arif terima dia seadanya, Cuma buat masa sekarang Arif nak dia beri masa pada Arif.” Ika.. Ini yang kau harapkan bukan? Telah ku tunaikan.
Zarif kemudiannya menghantarku pulang, entah kenapa kami hanya mendiamkan
diri tanpa banyak bicara. Malam telah melabuhkan tirainya. Selepas menunaikan solat maghrib, telefon bimbitku berdering. Aku tahu ini mesti dari Haikal,insan yang ku kenali cuma dalam sistem pesanan ringkas.
Haikal: Assalamualaikum. Ira apa khabar hari ni? Kal rindukan Ira..
Ira: Waalaikumussalam. Ira pun rindukan Kal. Macam mana masalah Kal? Dah selesai ke? Maaf kalau Ira tak dapat tolong Kal, Ira cuma mampu memberi nasihat dan dorongan je.
Haikal: Tak ape Ira, Kal tak kisah. Lagipun Ira nasihat Kal pun dah banyak membantu. Kal dah selesaikan hal Kal tu. Jangan la Ira risau. Hari ini Ira buat ape?
Ira: Hari ini Ira tak buat ape-ape tapi Ira ada keluar dengan seorang lelaki, nama dia Zarif. Maafkan Ira ye Kal. Kal marah tak?
Haikal: Nape pulak nak marah, Kal tak ada hak ke atas Ira tau tak? Ira punya hak yang tersendiri. Ira, kalau Ira jadi mak we Kal baru la Kal boleh nak marah Ira.
Ira: Ha a kan, Ira bukan mak we Kal, mana boleh nak marah-marah.
Haikal: Ira, nape cam merajuk je ni sayang?
Ira: Tak adalah mana ada. K la malas la nak mesej. Tak ada mood. K jaga diri lek lok. Assalamualaikum.
Nur Amira, kenapa tak kau katakan yang kau cinta padaku? Aku sebenarnya menunggu jawapanmu itu sayang…
Hari ini dah hampir tiga bulan aku mengenali Haikal. Bila aku bertanya siapa dia yang sebenarnya, dia pasti mengelak dari menjawab pertanyaanku itu. Aku tidak tahu siapa dia tapi yang pasti perasaan ini sentiasa ingin bersamanya. Haikal terus-teranglah padaku siapa kamu yang sebenarnya?? Hatiku bertanya sendirian.
Hari yang indah untuk aku memulakan perjalanan hidupku yang penuh dengan suka dan duka kehidupan. Hari ini Zarif nak jumpa aku tapi aku tak tau kenapa mungkin dia gaduh dengan Ika kot. Emm.. dah couple banyak bulan tapi aku jugak yang jadi mangsa kena jadi orang tengah pulak.
Aku melihat sekitarnya, kami berada di puncak bukit. Suasana amat tenang, ditambah pulak ada pasangan yang berkasih-kasihan kat situ sampaikan aku jealous tengok mereka. Tiba-tiba Zarif datang rapat padaku. Entah kenapa hatiku ini bergetaran.
“Ira, Arif sedar yang sebenarnya Arif tak pernah cintakan Ika..” terkejut aku dibuat oleh si Zarif. Apasal ni? Aku sendiri buntu untuk memikirkannya. Aku tergamam seketika. Tak tahu apa yang aku nak perkatakan. Zarif merenung aku di kejauhan, dia meyandarkan badannya itu pada kereta Myvi yang berwarna putih bersih itu. Aku pula hanya melihat dia dengan muka sayunya itu. Aku tahu Zarif bukan benar-benar cintakan Ika. Kalau tidak Ika tidak akan merungut pada aku mengatakan Zarif sentiasa sibuk dengan kerjanya, tak ada masa nak keluar. Kalau ada masa pun jarang-jarang je.
“Ira, sebenarnya Arif.. Arif..” apa yang kau ingin katakan? Zarif tergagap-gagap seketika. Dia memegang tanganku. ” Arif sayangkan Ira.” Aku rasa separuh daripada nyawaku melayang, bagai hilang sudah di telan masa.
“Apa Arif mengarut ni. Arif sedar tak yang Arif tu hak orang. Anif tak boleh buat macam ni. Tak mungkin Ira akan mencintai Arif. Arif milik Ika. Sedarlah Arif.” Aku mengamuk sakan dengan Zarif pada hari yang indah itu.
“Arif tahu ni semua kerja gila. Tapi Ira tau tak sejak Ira hadir dalam hidup Arif, Arif selalu terkenangkan Ira. Gelak tawa Ira semua ada dalam ingatan Arif. Ira nak tahu kenapa Arif selalu nak jumpa Ika? Sebab Arif nak tengok Ira, walau untuk sesaat Arif dah cukup bahagia.” Zarif meletakkan kedua tapak tangannya di pipiku. Memandang aku tanpa henti. Jarinya menyentuh air mataku. Aku dapat rasakan perasaan Zarif sekarang. Mengapa hadir dalam hidupku?
“Ira, beri peluang pada Arif Ira. Arif janji akan terus-terang dengan Ika. Arif perlukan Ira.”
“Senang benar Arif meluahkanya. Bagaimana dengan Ira? Hati Ira? Pernah tak Arif fikir. Macam mana Ira nak berhadapan dengan Ika? Ira letih Arif. Penat dengan semua ni.”
“Arif tau Ira cintakan Arif bukan?” Tanya Arif ingin mendapat kepastian daripadaku. Aku rasa semuanya cepat berlalu. Apa yang harus aku katakan, sedangkan aku jua tak mengerti hatiku ini.
“Tidak Arif, Ira tak cintakan Arif. Ira cintakan orang lain. Ira cuma nak jadi milik dia bukan milik insan lain.” Aku jua tak pasti dengan jawapanku itu.
“Siapa dia?”
“Haikal. Muhammad Haikal.” Petang itu berlalu begitu saja. Zarif menghantarku pulang tapi antara kami hanya mendiamkam diri. Aku jua tak tahu adakah keputusanku ini benar-benar tepat.
“Ira, lewat kau balik hari ni? Tanya Ika, aku cuma mendiamkan diri. Berlalu masuk ke dalam bilik. Aku mengurungkan diri sepanjang malam tu. Entah kenapa Haikal jua tidak menghantar mesej kepadaku.
Haikal: Assalamualaikum sayang.. selamat pagi.
Ira: Kal, nape tak anta mesej kat Ira semalam?
Haikal: Maaf sayang, semalam Kal sibuk sikit, tak sempat nak mesej. Nape ni sayang ada masalah ke?
Ira: Masalah? Tak adalah.
Haikal: Betul ke ni? Selalunya kalau Kal tak mesej, sayang tak ada la nak merungut kat abang macam ni.
Ira: Ni nape bersayang-sayang ni?dah angau ke?
Haikal: Ha a,angau kat sayang, sayangku Nur Amira.
Ira: Pandai la tu. Kal boleh tak kita jumpa?
Haikal: Tak menyesal ke nanti jumpa Kal?
Ira: Tak, nape Ira nak menyesal pulak?
Haikal:Ye la, Kal ni bukan handsome pun kan?
Ira: Kal, Ira tak pernah tengok pada rupa. Ira cuma mahu jumpa Kal, mengenali siapa Kal yang sebenarnya.
Haikal: O.k jumpa esok kat Kafeteria Mewangi. Kal tunggu Ira kat situ lepas kelas.
Ira: Tapi macam mana Ira nak kenal Kal?
Haikal: Ira akan kenal Kal kalau Kal sudah benar-benar di hati Ira..
Hati ku berdebar-debar, siapa Haikal? Aku telah nekad untuk menerima Haikal yang sebenarnya. Aku tidak tahu apa reaksi aku nanti. Setiap lelaki yang lalu kat depan aku mesti aku akan sangkakan itu Haikal.
“Nur Amira?” Aku melihat Haikal tersenyum padaku.. Aku tergamam seketika. Betulkah dia? Hatiku tertanya-tanya sendiri. “Ira, Haikal la ni. Dah lama ke Ira tunggu Kal kat sini.” Tanya Haikal.
“Awak ke Haikal? Bukan awak ni kawan….” Aku tak mampu meneruskan kata-kataku. Adakah aku sedang dipermainkan? Aku rasa nak blah je dari situ tapi hatiku ini menghalang aku daripada lari darinya.
“Ya, kawan Arif.”
Seorang jejaka yang mudah tersenyum ini sedang berada di hadapanku. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku serba salah kerana dia kawan Zarif. Macam mana aku nak hadapi semua ni?
“Ira, Kal tahu Ira keliru bukan? Tapi percayalah, Arif tak ada kena mengena dalam hal ni. Dia tak tahu apa-apa Ira, Kal yang usaha sendiri dapatkan nombor telefon Ira. Kal sudah lama nak mengenali Ira, sejak mula-mula kita satu kuliah lagi. Ira, Kal tak tipu. Ira tak percaya pada Kal ke?” mungkin dia perasan muka aku yang serba salah sekarang ni sampaikan dia boleh cakap macam tu. Alahai.. nak buat macam mana nasiblah kau muka, nampak sangat kau tak pandai nak sembunyikan perasaan aku ni kan?
Pertemuan aku dengan Haikal itu seumpama mimpi. Rasa macam tak nak berhadapan je dengan Haikal, lepas dia hantar aku balik semalam aku memang tak hubungi dia. Aku takut nak berdepan dengan kenyataan. Aku tidak tahu perasaan sendiri, yang aku tahu aku tidak mahu berhadapan dengan Haikal lagi.
Kelas Komunikasi sememangnya kelas aku dengan Haikal. Nampaknya aku memang terpaksa berhadapan dengan takdir ini. Lepas kelas tu Haikal memanggil aku. Ingin je aku lari dari Haikal, tapi aku pun tak tahu bagaimana nak lari daripadanya.
“Ira, nape Ira nak lari dari Kal?” Haikal cuba membuatkan aku jadi serba salah.
“Muhd Haikal. Tolong jangan ganggu saya lagi. Saya tak suka.” Spontan je jawapan aku tu. Haikal tergamam seketika. Aku kemudian berlalu meninggalkan dirinya terpinga-pinga sendirian.
Haikal: Ira dah tak nak kawan dengan Haikal kan? Nape ira diamkan diri dengan Haikal? Nape tak balas mesej Haikal? Em…
Aku baca mesej tu berulang kali. Aku tahu Haikal kecewa dengan aku. Aku sayangkan Haikal. Bagaimana aku nak meluahkannya? Aku cuma mampu menitiskan air mata dan menahan dari tersedu sedan di keheningan malam itu.
Ira: Haikal, jumpa Ira lepas kelas.
Aku hantar mesej tu dengan debaran yang menggunung di hati.
Hari ni aku tak nampak pun muka Haikal dekat kelas. Mana perginya? Aku jua tak mengerti. Aku cuba Tanya Rahman, kawan yang agak baik dengan Haikal. Rahman pun tak tahu ke mana hilangnya Haikal. Hatiku mula risau. Aku tidak mengatakan kepada sesiapa kerisauanku ini. Tapi aku tahu Ika pun sudah melihat perubahan mukaku ini. Tapi aku cuba buat slumber je dulu.
Ira: Haikal..nape tak datang kelas hari ni? Ira risau…
Mesej yang dihantar kepada Haikal tidak dibalas pun. Nampaknya Haikal menjauhkan diri daripada aku atau Haikal dah berputus asa untuk menambat hatiku yang semakin dingin dipeluk rindu yang mencengkam.
“Arif kenapa layan Ika macam ni? Apa salah Ika? Sampai hati buat Ika macam ni. Nape menjauhkan diri dari Ika?” bertalu-talu soalan itu dilontarkan Syafika kepada Arif. Namun Arif hanya mampu mendiamkan dirinya semata-mata, mencari jawapan yang entah ke mana perlu dimulakannya.
“Ika, Arif nak bagitahu sesuatu tapi Arif harap Ika dapat bersabar ye.”
” Apa dia?” Tanya Syafika seperti dapat mengagak hati Arif.
” Nur Syafika, Arif nak bagitahu yang sebenarnya Arif tak mahu bersama Ika lagi. Bukan niat Arif nak melukakan hati Ika tapi Arif rasa buat masa sekarang biarlah masing-masing berfikir untuk kepentingan diri dahulu.”
“Kepentingan diri. Apa maksud Arif” Ika termanggu dengan persoalan itu. Apa seenarnya permainan Zarif selama ini?
“Arif nak tumpukan pada study dan kerja yang mungkin bakal Rif hadapi nanti. Lagi pun yang sebenarnya Arif tak boleh cintakan Ika. Arif dah cuba tapi tak boleh Ika. Maafkan Arif.”
Bagai nak terduduk Ika mendengar itu semua. Kenapa Arif sanggup buat macam ni pada dirinya sedangkan selama ini dia bersungguh membuktikan cinta itu.
Hari itu berlalu dengan penuh kepedihan, kesunyian dan perpisahan. Menghancurkan hati orang rupanya lebih mudah dari mengharapkan ketulusan cinta yang tiada penghujungnya.
Aku menunggu Haikal,tapi dah tiga kali dia tidak datang ke kelas, kalau nak harapkan kelas lain memang dah tak nampak mukanya, cuma kelas Komunikasi sahaja yang menemukan aku dan dia. Sudahnya penantianku ini cuma sia-sia, dah la minggu ni adalah minggu terakhir perkuliahan.
Segalanya seperti kelam dan suram, Ika juga seperti menyendiri dan tidak mahu bercakap dengan aku, exam juga dah habis dan masa exam Komukasi aku cuma tengok Haikal dari jauh, masa itu Zarif bersama Haikal dan hatiku lega bila menatap wajah Haikal yang semakin ku rindu.
Ketenangan dapat ku rasakan apabila aku berada di kampung, bersama keluarga membuatkan aku sedikit terlupa tentang Haikal, bagaimanakah dia? Aku tertanya-tanya sendiri.
Alunan lagu Laguku Untukmu dari nyanian Meet Uncle Hussain menyedarkan aku dari lamunanku yang panjang itu. Rupanya panggilan dari Haikal, hatiku berbunga-bunga saat itu.
“Hello, ini Ira ke?”
“Ya saya, tak kan Kal dah lupakan Ira?”
“Maaf, saya bukan Haikal tapi saya Adi kawan baik Haikal”
“Haikal kat mana? Nape Adi yang call Ira?”
“Ira, Haikal kemalangan”
“Apa? Macam mana boleh jadi macam tu?” Nur Amira terduduk di atas lantai, terasa ingin pengsan tapi ditabahkan juga hati ini untuk menerima ketentuanNya.
“Hello, hello Ira awak tak apa-apa ke?”
“Ya, saya masih di sini. Sekarang dia kat hospital mana?”
“Dia sekarang berada di Hospital Sultanah Bahiyah.”
“Baik la, nanti saya akan cuba ke sana.
Ira menghubungi Aida, teman rapatnya sejak dari kecil lagi. Persahabatannya dengan Aida ibarat isi dengan kuku, seperti adik beradik apatah lagi rumah mereka tidak jauh antara satu sama lain. Setelah diterangkan Ira, Aida bersetuju untuk menghantarkan Ira ke hospital.
Sampai sahaja di hospital tersebut, Ira mengamati seluruh ahli keluarga Haikal yang nampak keresahan dan kemudian bersalam dan mengenalkan diri. Haikal masih lagi dalam Wad Kecemasan, kemudian Ira menatapi wajah seseorang yang Ira kenal, duduk di satu sudut di antara bangku-bangku di dalam hospital tersebut. Zarif, wajahnya muram sahaja seperti menunggu sesuatu yang tak mungkin berlaku. Zarif kebingungan melihat aku yang berada di situ dan kemudiannya menarik aku ke satu sudut. Tempat yang agak jauh dari pendengaran orang lain.
“Jadi, Haikal yang Ain maksudkan hari tu adalah Mohd Haikal Amirul b. Mohd Amir?”
“Ya, kenapa?” Soalan itu dilemparkan tanpa sebarang jawapan dan yang ada hanyalah renungan dari pandangan seorang lelaki yang bernama Zarif.
Setelah lebih sejam menunggu, akhirnya doktor yang merawat Haikal keluar. Wajah yang suram itu seperti memberikan tanda.
“Maafkan saya, dia tak dapat diselamatkan, pendarahan yang berlaku teramat banyak dan keadaan yang kritikal itu tidak mungkin membuatkan dia bertahan lama.” Kata-kata yang terlontar itu telah menenggelamkan seluruh hidupku dan juga seluruh keluarga insan yang ku sayang namun tak dapat ku kecap sayang itu sehingga ke saat nafas terakhirnya. Di saat itu,hanya kepiluan yang tergambar jelas di hati ini, hati yang teramat menyesal kerana tidak pernah membenarkan cinta itu masuk dan tumbuh segar di jiwa ini. Hati ini kini layu, umpama gugurnya bunga yang telah mati.
Setahun kemudian..
“Zarif, Ira akan menyambung pelajaran di Australia. Ira harap Arif takkan cari Ira lagi.” Kata-kata yang terlontar itu memberi seribu kepastian bahawa Ira juga akan meninggalkan dirinya sama seperti Haikal meninggalkannya dulu.
“Jadi, Ira juga nak tinggalkan Arif?”
“Bukan Ira nak tinggalkan Arif, tapi Ira nak tinggalkan segala kenangan yang pernah wujud.”
“Apa maksud Ira? Ira tahu kan yang Arif perlukan Ira?” biarlah persoalan itu terjawab hari ini, sekurang-kurangnya dia bakal tahu apa jawapan Nur Amira yang selama ini tidak pernah memberikan kepastian.
“Arif, Ira nak Arif tahu sesuatu, dulu ada getar di hati ini buat Arif, tapi getarannya itu tidak sekuat yang Ira rasa pada Haikal. Mungkin Ira lebih rapat dan kerap berjumpa dengan Arif. Tapi sebenarnya hati ini lebih rapat kasih dan sayangnya pada Haikal. Ira menyesal kerana hati ini tidak pernah memberi peluang pada Haikal sewaktu hayatnya, sehingga Ira kehilangan dirinya di saat Ira benar-benar memerlukannya. Ira pernah melukakan perasaan orang yang Ira sayang dan kali ni Ira takkan mengulanginya untuk kedua kali, Ira sayangkan Arif tapi cuma sebagai kawan, tetapi Ira juga sayangkan Ika. Biarlah rahsia ini menjadi memori kita berdua, jangan sesekali biarkan Ika merana. Ira tak mahu melukakan sesiapa lagi.” Kata-kata terakhir itu membuatkan Arif terdiam. Mungkin ini kesudahan cerita cinta yang pernah dilalui olehnya. Terasa air mata ingin mengalir tetapi ditahan kerana egois dirinya seorang lelaki.
Seminggu kemudian, Ira kemudian berangkat ke Australia.
“Mungkin ini adalah kebaikannya untuk semua orang.” Bisik hati Nur Amira, dan dengan perlahan dia membuka nota terakhir seorang lelaki, Mohd Zarif semasa mereka bertemu di lapangan terbang .
“Bulan tetap akan bersama matahari walaupun matahari tak dapat melihatnya.bulan dan matahari tetap bersama cuma masa yang memisahkannya.bulan pada malamnya, matahari pada siangnya namun mereka tetap di langit yang sama..
Yang amat menyayangi (Muhd Zarif)”













nice story!

bcnte xsmstinye mmiliki..
huhu..very sad..
citer yang best..
terasa kehilangan bila dah tiada…
so,hargai lah ketika ianya ada….
tahniah!!!!!
bes lh cite.. mmg sdh bl baca..
thniah kepada penulis..
knpe ira tak cuba beri peluang pd zarif? mgkin dia takkan rasa menyesal seperti mana dia kehilangan haikal.
mgkin juga dengan mencintai zarif, rasa kehilangan haikal akan terubat.
give him the second chance..lgpun ira boleh cuba untk mencintai zarif sebab zarif tak boleh terima cinta ika..
well, cedey la…
bg sy, ira lbh pntgkn nilai persahabatan dia dgn Ika..sbb tu la dy xtrima si zariff tu..klu sy d tempat ira pom sy wt camtu..pape pom citer ni best..thniah..=)
haikal…..!!!! huhuhu
erm btoi..pa2 pn kta kna utamakn persahabatan…
mencintai xsemestinya memiliki…
nice story…mmg sdih…
boring.
try to search “a journal for jordan”.
Best sgt..ksian haikal,.sdihnye..
hmm..