
Cerpen : Bulan Yang Sama
Oleh : mizamaisara
“Ya Allah ya tuhanku , semoga apa yang bakal hamba lakukan ini akan mendapat rahmat dan keberkatan . Sekiranya apa yang bakal hamba lakukan ini adalah salah dan hanya mendatangkan keburukan berikanlah hamba petanda untuk tidak melakukannya. Jika ianya boleh menjawab persoalan hamba selama ini maka berikanlah hamba kekuatan untuk melaksanakannya . Amin.”
Selesai berdoa Umaira lantas mencapai sebuah Al-Quran lalu membaca ummul kitab dan surah Yaasin . Sudah menjadi kebiasaannya membaca surah Yaasin setiap kali selepas solat Subuh . Kebiasaan tersebut lantaran dahulu disekolah dia dilatih yang sedemikian . Begitu juga dirumahnya . Neneknya telah melatihnya untuk taat pada perintah agama .
Hari ini Umaira telah membulatkan tekadnya untuk mengetahui jawapan kepada persoalannya sejak beberapa tahun ini . Telah beberapa tahun dia hanya memendam rasa kerana statusnya sebagai ‘kanak-kanak bawah umur’. Tahun ini dia sudah boleh bernafas lega. Dia bukan lagi tergolong dalam kategori kanak-kanak. Malahan dia juga boleh disaman jika melakukan kesalahan jalan raya. Juga boleh disabitkan bersalah jika melakukan jenayah tetapi bukan dibawah kategori pesalah juvenile lagi . Biarlah jika ianya akan mengecewakannya di kemudian hari tapi apa yang penting dia tidak mahu dipermainkan oleh sesiapa. Dia berhak mengetahui apa yang patut dia ketahui fikirnya.
“Hmm.. Ahmad, kau ada tak nombor Cikgu yang baru ? Aku tak tau nombor baru dia tu,” soal Umaira selamba kepada sahabat baiknya walaupun wajahnya merona merah kerana malu .
“Hmm… Cikgu yang mana satu ? Cikgu Fatimah , Cikgu Ismail atau Cikgu Ridhwan ? Cikgu ada banyak cikgu sekolah tadika kita pun aku ada ,” jawab Ahmad .
“Hmm… Cikgu sekolah tadika kita kan dah meninggal. Mana pula kau dapat nombor dia ? Cikgu Ridhwan lah . Ada tak?” Umaira tidak dapat menahan sabar atas gurauan Ahmad. Wajahnya bertambah merah .
“Hehehehe. Aku saja je nak test kau. Ada . Ni nombornya kau salin sendiri dari phone book aku ni ,” Ahmad menyerahkan handsetnya kepada Umaira. Beberapa saat kemudian Umaira mengembalikannya.
“Ahmad , aku nak minta kebenaran untuk pinjam identiti kau boleh ?” Umaira kembali memulai bicara.
“Hmm… What for? Umaira , aku ni taklah kaya sangat . Duit pun mak ayah yang bagi . Kalau kau nak duit …..” Ahmad mula mengeluarkan teori hampehnya berkenaan permintaan Umaira.
“Ahmad! Listen ! Aku nak pinjam identiti kau untuk sms dengan Cikgu Ridhwan . Kalau aku guna nama aku sendiri kompom punya dia tak layan . Aku cuma nak tau apa yang sebenarnya berlaku dengan dia,” Umaira memotong percakapan Ahmad dengan yakin .
“Oh… Begitu ceritanya . Hmm.. Boleh-boleh. Aku pun malas nak sms dengan dia tu. Dah kau volunteer nak ganti aku ni boleh juga. No problem .” Ahmad menjawab kegirangan .
***********************************************************************
“Assalamualaikum cikgu. Lama tak dengar cerita . Apa khabar?”
Ridhwan menerima sebuah mesej dari nombor yang tidak dikenalinya. Ikutkan hatinya, dia memang malas hendak membalasnya. Tapi oleh kerana si penghantar sms ni sangat bersopan santun maka dia mengambil keputusan untuk membalasnya.
“Walaikumsalam. Sihat2 je. Sape ni? Cikgu takde save number awak.”
Handset Umaira berbunyi menandakan mesej masuk. Umaira lantas mencapainya .
“Oh. Ni saya Ahmad cikgu. Number lama dah tak guna . Ni number baru saya . Saja nak inform kat cikgu .”
“Oh. Ahmad rupanya . Patutlah baik je muqadimahnya. Hehehe… Ok juga ada teman berchatting di kala sunyi ni .” Ridhwan bermonolog sambil tersenyum .
“La … awak rupanya Ahmad. Apa khabar . Sekarang kat Matrikulasi kan ? Mesti ramai peminat ni . Heheheh …”
Umaira tersenyum sendirian . Langkah pertama telah berjaya. Sekarang dia hanya perlu meyakinkan bahawa dia adalah benar-benar Ahmad . Sms tersebut agak mesra baginya.
“Wah ! Takdelah ramai sangat . Dua tiga orang tu ada juga. Hehehe. Cikgu pula macam mana ? Bila nak makan nasi minyak? 
Seminit telah berlalu. Tiada sebarang jawapan. Umaira mulai resah . Adakah soalannya keterlaluan ? Dia tahu bahawa cikgunya agak sensitif dengan persoalan kahwin-mahwin ni . Adakah rahsianya telah terbongkar ?
Handsetnya berbunyi, dengan pantas dia mengambilnya .
“Hmm… awak ni .. cikgu ni dah tak laku. Tak kahwin pun takpa. Umaira kat sana juga kan?”
Huh… dia tanya pasal aku lah. Biar betul? Aku semacam tidak percaya. Ok. Umaira tenang. Tarik nafas perlahan-lahan dan sedut oksigen banyak-banyak.
“A’ah. Dia kat sini juga. Cikgu takde contact dia ke?”
Huh.. Soalan yang agak direct daripada seorang wanita. Wakaka..
“Dah lama dah tak contact girlfriend awak tu . Takut awak marah kat cikgu pula.”
Amboi mamat ni , mulalah nak buat gossip basi dia tu .Takpe. Ini dia statement balas untuk statement tadi .
“Takdenya saya nak marah kat cikgu . Lagipun Umaira tu not my girlfriend. Saya dah ada yang sweet-sweet gitu orangya. Umaira bestfrend je. Hehehe. Lagipun saya tengok dia macam tak minat je dengan spesis Adam ni. Problem juga budak tu .”
Chewah… ayat-ayat power tu . Mari kita tengok responnya.
“Awak ni biar betul. Habis tu dia minat kat spesis apa ? Adam+Hawa= Manusia dua alam?”
Ridhwan memulangkan paku buah keras dengan bergurau .
Hari demi hari berlalu. Hubungan ‘Ahmad’ palsu dengan Ridhwan semakin erat seperti sahabat karib yang telah lama berkenalan . Seperti yang dijangkakan Umaira, Ridhwan lebih bersifat terbuka terhadap Ahmad berbanding dirinya. Perlahan-lahan dia merungkai persoalan demi persoalan . Satu persatu mulai terjawab.
Bagi Ridhwan pula dia mulai merasakan sesuatu yang aneh . Kalau dalam sehari dia tidak menerima sebarang sms daripada Ahmad, dia akan merasa resah . Hatinya tidak akan tenang. Hingga akhirnya dia yang akan menghantar sms terlebih dahulu. Kadang-kadang dia rasa bahawa dia sudah gila. Tetapi ada sesuatu mengenai Ahmad yang cukup membuatkan dia tidak lena tidur. Tika dia mulai kehilangan motivasi dalam hidupnya, Ahmad datang dengan meniupkan semangat untuk bangkit semula . Pernah seseorang seperti yang ini hadir dalam hidupnya. Tetapi kenapa dia berpatah arang ? Entah apa yang difikirkannya hingga menyebabkan dia tega untuk membiarkan perasaannya sendiri terluka kerana tidak mahu berterus terang . Ahmad seperti penawar untuk dirinya. Dia melihat Ahmad cukup matang berbanding Ahmad yang dia kenali dulu. Jika dibawa berbicara mengenai agama juga Ahmad tidak kekok. Malah kadang-kadang Ahmad yang akan mengutarakannya dahulu. Soal dunia juga tidak ketinggalan. Ahlak dan sosial remaja juga menjadi topic perbualan mereka sehari-harian. Begitu juga dengan pelajaran masing-masing dan mereka saling mendoakan . Boleh dikatakan hubungan mutualism mereka berjalan lancar. Ridhwan pula semakin berani membahaskan dirinya sebagai aku dan memanggil ‘Ahmad’ sebagai sayang.
Pada awalnya Umaira agak kekok. Baginya perkataan itu tidak selayaknya diberikan kepadanya yang bukan muhrim kepada Ridhwan. Dia mencuba mencari alasan supaya tidak dipanggil demikian .Tetapi Ridhwan tetap berkeras .
“Sayang tengah buat apa? Study?”
Umaira membalas.
“Yup. Tengah buat ulangkaji . Cikgu tak bestlah panggil sayang-sayang ni . Tak manis. Elok panggil saya adik .”
“Napa pula. Sayang ingat saya ni gay ke? Saya sayang kat awak macam adik la.Tak salah kan saya panggil adik saya sayang”
Umaira jadi serba salah. “Permainan ini telah sampai ke tahap serius. Aku juga tidak dilayan sebegini baik . Tapi kenapa Ahmad seorang lelaki dipanggil sayang?” dia bermonolog sendirian .
“Tak salah, Cuma saya tak selesa. Saya tak biasa dengan panggilan-panggilan macam ni .”
“Tak kisahlah, awak. Saya tetap juga nak panggil awak sayang .Okelah awak, teruskanlah study ye. Saya pun tak lama lagi exam . Nak studi juga. Hehehehe.”
Umaira hanya mampu tersenyum . Gaya cikgunya seperti orang yang telah jatuh cinta . Umaira merasa ada sedikit kebahagiaan dalam dirinya. Tapi, kesedihan tetap menjalar di hatinya kerana berbanding dirinya, Ahmad lebih disayangi dan diutamakan .
“Sampai bila aku nak teruskan permainan ni? Kalau dia jatuh cinta pun bukan dengan aku Umaira Abdullah. Tapi dengan Ahmad palsu yang aku ciptakan. Tidak! Aku tak boleh teruskan .”
************************************************************************
Assalamualaikum ..
Kepada cikgu yang amat saya hormati dari dulu hingga sekarang. Semoga cikgu di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu.
Cikgu jangan salah faham dengan surat ni. Ini bukanlah surat pujukan ataupun meminta maaf tapi hanya penjelasan atas apa yang telah saya lakukan. Saya akan bertangunggjawab atas segala yang telah terjadi. Jika cikgu mahu membenci saya pun saya redha. Saya akan terima kebencian cikgu .
Dua belas tahun yang lalu, saya bersekolah di sebuah sekolah rendah di sebuah kampung. Ketika itu saya berada dalam tahun 2. Satu hari, seorang guru baru masuk ke sekolah tersebut. Cikgu muda keluaran UITM dalam bidang Matematik . Matanya sepet dan kulitnya putih persis seorang lelaki berketurunan Cina . Seorang guru baru yang boleh di katakan establish . Kemudian, cikgu tersebut mula mengajar saya Matematik . Taarufnya simple. Siapa yang boleh jawab teka-tekinya akan dapat RM1. Setiap hari ada sahaja teka-tekinya. Saya hanya mampu menjawab yang berkaitan dengan sifir sahaja. Seorang cikgu yang sangat baik hati dan peramah serta disenangi semua pelajar. Hari berganti hari, tahun berganti tahun.Kereta jenama Toyota bertukar kepada Proton Wira. Saya rasa saya mulai rapat dengan cikgu tersebut. Saya rasa gembira kerana ada seorang cikgu yang ambil perhatian terhadap diri saya dan sentiasa bagi semangat kepada saya. Mungkin kerana latar belakang yang hampir sama. Anak yang lahir tanpa seorang ayah untuk menjaga dan menasihati. Bonus buat saya kerana saya ada seorang ‘abang’ yang menjaga saya ketika disekolah. Saya tidak pedulikan cakap-cakap orang kerana saya yakin dia berniat baik . Hinggalah satu hari saya meninggalkan sekolah tersebut untuk masuk ke sekolah menengah. Tawaran memasukki sekolah menegah Sains saya tolak .
Tahun berganti tahun . Saya bertemu semula dengan cikgu tersebut di sebuah acara sukan . Walaupun berada dalam kampung yang sama dan kedudukan sekolah yang berdekatan, tapi jarang sekali saya berkesempatan bertemu dengannya. Hari itu, dia begitu ceria sekali. Keceriaan yang sama pernah saya lihat sewaktu bersamanya di sekolah . Saya juga sangat gembira hari itu . Saya seperti menemui sesuatu yang hilang dalam hidup saya. Guaruan yang sama . Senyuman yang sama . Jarak usia sebanyak 18 tahun dilupakan begitu sahaja. Bagi saya, pada hari itu, dia adalah seorang kanak-kanak yang menikmati harinya. Sepanjang beberapa tahun saya tidak bersamanya lagi, banyak cerita yang saya dengar mengenainya. Ada juga yang cuba mengaitkan saya dengannya . Malah ada suara sumbang yang mengatakan kami adalah pasangan kekasih. Saya tak peduli semua tu . Hinggalah Proton Wira bertukar wajah menjadi Honda Civic. Ianya seperti menukar ganti cikgu saya dengan orang lain . Perubahan demi perubahan. Saya bukan lagi ‘rakannya’. Setiap kali melihat wajah yang sugul, muram dan penuh kebencian tu membuatkan saya sedih dan kecewa. Saya mula merasakan sesuatu. Kenapa terlalu lewat saya menyedarinya?
Alam persekolahan saya tinggalkan dengan pelbagai persoalan . Saya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi hingga saya terlalu desperate untuk mengetahui jawapannya. Kemudian saya Ahmad palsu mula bertindak . Saya cuba membantu cikgu untuk bangkit semula yang mana saya tidak dapat laksanakan sebagai Umaira . Saya gembira melihat Encik Ridhwan bangkit semula dalam kehidupannya. Sama seperti yang saya kenali dulu. Hinggalah, satu hari , hati saya minta untuk menghentikan ini semua. Cikgu, saya adalah apa yang saya perlihatkan ketika menjadi Ahmad palsu. Hanya nama sahaja yang palsu. Tapi hati dan perasaan saya tidak palsu. Jika cikgu rasa bercinta selama seminggu dengan saya sebagai Umaira selepas saya mendedahkan identiti saya dan meninggalkan seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku dapat memuaskan amarah cikgu , saya terima. Terima kasih kerana pernah menceriakan hari-hari saya. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membantu cikgu . Terima kasih kerana berterus terang menyukai dan mencintai saya sejak dari bangku sekolah lagi. Terima kasih juga kerana menjawab beberapa persoalan saya selama ni . Terima kasih juga kerana meninggalkan saya untuk berjuang sendirian.
Saya tahu untuk berdiri sama tinggi dengan cikgu saya tertinggal 15 tahun di belakang. Banyak yang perlu saya lakukan . Jika pada ketika saya sudah berjaya, cikgu kembali semula kepada saya, itu adalah jodoh . Saya akan sentiasa ingat akan pesanan cikgu untuk capai kejayaan . Satu hari, cikgu pasti akan mendengar berita kejayaan saya. Dan setelah itu, saya akan berjuang untuk mendapat semula cinta saya melalui lafaz yang sah . Sekarang saya sudah punya cinta yang paling agung dan hakiki yang tidak akan mengecewakan saya iaitu cinta Allah . …
***************************************************************************
Ridhwan melipat kembali surat tersebut dan menyimpanya semula dengan kemas . Airmatanya bergenang. Dia tidak menyagka Umairah Abdullah begitu matang sekali berbeza dengan wanita-wanita lain . Pada awalnya dia menyangka Umairah juga akan tumbuh seperti wanita-wanita lain . Memang benar Umairah pernah mewarnai kehidupannya ketika dahulu. Lantaran rasa prejudis terhadap wanita, dan kerana jarak usia yang begitu berbeza dia membuang perasaannya jauh-jauh. Dia membina tembok antara dirinya dan Umairah hingga dia hampir terjebak dalam percintaan terlarang dengan Ahmad palsu. Dia mulai mengerti akan kesilapannya menghakimi orang lain sesuka hati. Umairah berbeza. Kerana Umairah juga dia masih bertahan hingga hari ini . Dia melihat Umairah membesar menjadi seorang gadis yang sejati dan tabah . Kerana itu juga dia merasa tidak layak bersama Umairah padahal dia juga merupakan nadi kehidupan Umairah selain keluarganya.
“Umairah Abdullah…” Ridhwan bermonolog sendirian . Dia lalu bangkit untuk mengambil wudu’ untuk menunaikan solat Isyak memandangkan azan sudah berkumandang .
“Ya Allah, Ya Fattah.Tuhan yang membuka segala jalan. Kau bukakanlah jalan buat Umairah Abdullah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Jika memang Umairah Abdullah adalah jodoh yang telah Engkau ciptakan untukku melayari kehidupan dunia dan di alam seterusnya, Kau tetapkanlah hati kami dan Kau teguhkanlah iman kami. Dekatkanlah kami melalui ikatan yang sah melalui lafaz yang sah . Jadikanlah kami halal untuk satu sama lain . Amin.”
Ridhwan berdoa dengan khusyuk . Hatinya telah bulat dan tekad. Jika Umairah boleh menunggunya selama itu, dia juga pasti bisa. Tiba-tiba dia teringat akan sebuah sms yang pernah dia hantarkan pada Umairah satu ketika dahulu : “Walau kita berjauhan dan masa yang berbeza tapi kita tetap melihat bulan yang sama di langit.”
Perlahan-lahan dia melangkah keluar rumahnya dan mendonggak ke langit. Bulan tidak terang tetapi cukup indah. Perlahan-lahan dia berbisik sambil tersenyum “Ya Umairah, adakah kau juga sedang melihat bulan yang sama?”
*******************************
Umairah bangun dari tidurnya . Dia bermimpi melihat bulan bersama seseorang yang amat dia kenali.
“Adakah kau juga melihat bulan yang sama?”














SWEET… TAPI SAYANG KAT ENDING CM TERGANTUNG.. KALO SAMBUNG SIKIT LAG. MESTI CANTIK… APAPON.. BEST
best citer ni tapi tergantung la..
knape tergantung….
hrap2 x de citer y
tgntung agi…
cam nie…
salam.. thanks 4 all comments. sebenarnya, cerpen ni diolah drpd sebuah kisah yg benar2 berlaku . jd endingnya mmg takde lg smpi skrg. kisah 2 org tu memang tergantung mcm tu jer. ending yg tergantung tu pun sy tambah juz utk penyedap cerita jer. hehehe.nak buat ending yg x gantung sy xde idea lg skrg. maybe nak 2ngu ending sbnar ad dulu kot. tp cerita ni memang ikut cerita asal . juz ad certain2 part yg sy tambah2.
anyway, klu sy dah ada idea utk ending nyer maybe sy akn smbg cerita ni . sy pun harap cerita sbnarnya akn dpt ending yg best .

ermm..
lmanya dia tggu..
ppon cnta sjati mbawa ke akhirnya……
~~~bestbest!!!
bagus..teruskan lagi..saya suka..good luck
karya yg simple dan menarik
jln cerita mcm dah best tp at last x ada juga kesudahannya
sedikit kecewa…
walaupun kisah benar, tp x slh kalau kita berimaginasi utk menambahkan ‘perasa’ pd karya kita.barulah sedap,barulah menarik,barulah best…
teruskan usaha mengasah bakat dlm penulisan krn sememangnya awak berbakat
heheh… karya yang bagus.. saya rasa ending macam tu lagi bagus… lagipun cerita tu macam tak tergantung pown… so sweet punya story… teruskan berkarya… chaiyo2x!!!!

best story…
i like it…
if it based on the true story
i hope cinta diorg berdua bersama ke akhirnya..
amin.. hehehe..
if it true story la..
amin..
if it based on the true story
i hope cinta diorg berdua bersama ke akhirnya..
amin.. hehehe..
if it true story la..
amin..