Cerpen : Cinta Qaseh Qaisara

7 March 2010  
Kategori: Cerpen

21,329 bacaan 50 ulasan

Oleh : nana sofea

“Selamat pagi cikgu !”sapa seisi kelas 5 sains 2 sejurus selepas melihat Cikgu Mukhriz melangkahkan kaki memasuki kelas mereka. Kelihatan beberapa pelajar perempuan mula memancing perhatian cikgu muda itu.

“Cikgu ! Cikgu nampak handsome lah hari ni. Teruja saya!” Usik seorang pelajar bernama Maznah.

“Iyalah cikgu! Patutlah berdebar-debar hati saya dari tadi. Rupa-rupanya ada cikgu handsome nak masuk kelas.” Disambung pula oleh pelajar yang bernama Sofea lalu seisi kelas 5 sains 2 tertawa.

Cikgu Mukhriz hanya tersenyum mendengar usikan anak muridnya. Penampilannya dirasakanbiasa sahaja hari ini. Hanya mengenakan kemeja putih dan dipadankan pula dengan tali leher berwarna merah jambu. Merah jambu! Patutlah mereka memujinya semacam pada hari ni.

“Saya pun nak bergaya jugak. Ni baru saya pakai tali leher merah jambu. Belum lagi saya pakai kasut,seluar dan beg merah jambu. Nanti beratur kamu semua mintak nombor telefon saya.” Gurau Cikgu Mukhriz dan sekali lagi seisi kelas 5 sains 2 ketawa.

Cikgu Mukhriz memang selalu menceriakan kelas . Dialah penyeri kelas 5 sains 2. Oleh kerana sifatnya yang sentiasa riang itulah ramai para pelajar dan tidak terkecuali guru-guru meminati Cikgu Mukhriz secara diam. Ditambah pula dengan kulitnya yang putih dan rupanya seakan-akan penyanyi Dafi itu menambahkan lagi kelebihan yang ada pada Cikgu Mukhriz.

“Kamu semua dah siapkan kerja yang saya suruh semalam ?Pastikan sudah kalau belum mungkin ada yang kena berjalan itik lagi seperti semalam”.Cikgu Mukhriz

cuba memberi amaran. Walaupun Cikgu Mukhriz bersifat periang dan baik hati tetapi dia juga amat tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai guru. Pantang baginya jika ada di antara pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Pasti ada sahaja hukuman yang pelik-pelik dikenakan kepada anak-anak muridnya.

“Sudah Cikgu Mukhriz !” jawab pelajar 5 sains 2 serentak.

“Bagus! Kalau begitu kumpulkan buku-buku kamu kepada Qaseh. Dan kamu Qaseh hantarkan buku-buku itu di meja saya seperti biasa. Saya ada mesyuarat yang perlu saya hadiri dan saya ada menyediakan latihan untuk kamu semua siapkan. Saya pergi dulu.” Ujar Cikgu Mukhriz kepada seisi kelas 5 sains 2 seraya meninggalkan kelas itu.

“Amboi Qaseh! Terlopong kau tengok Cikgu Mukhriz ye!Taulah dia handsome tapi takkan lah kau nak biarkan lalat bersarang dalam mulut kau tu.” Tegur Nita selaku kawan baik kepada Qaseh Qaisara.

“Eh! Mana ada! Kau ni merepek je!” Nafi Qaseh lalu terus membuka buku latihan Bahasa Melayu.

“Eleh! Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu!” Ejek Nita.

Qaseh hanya tersenyum mendengar usikan teman baiknya itu. Temannya itu sangat mengerti perasaannya. Kepada dia juga lah dicurahkan segala perasaan tentang cikgu muda itu. Cikgu yang selama ini diminatinya secara diam. Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan agak kolot meminati cikgu sendiri. Tetapi baginya tidak salah. Salahkan dia menyayangi seorang lelaki? Salahkah dia?

‘Cikgu, kalaulah cikgu rasa apa yang saya rasa.’ Desis hatinya.

Sejak kehadiran cikgu muda itu di Smk Taman Sentosa , hidup Qaseh bertambah ceria. Entah minyak pengasih apa lah yang digunakan cikgu itu menyebabkan Qaseh sentiasa merinduinya. Kalau dahulu bilik guru diantara tempat yang paling bosan bagi Qaseh tetapi sejak-sejak ini bilik guru itulah tempat yang kerap Qaseh pergi. Dengan cara itu Qaseh dapat melihat cikgu kesayangannya itu setiap hari.

* * *

“Qaseh ! lepas rehat datang jumpa saya di bilik guru ! Secepat yang mungkin !” Marah Cikgu Mukhriz ketika Qaseh terserempak dengannya di tepi tangga menuju ke perpustakaan.

‘Apa kena dengan cikgu ni ? Tak pasal-pasal marah aku.’Desis hatinya.Perlahan-lahan Qaseh berjalan menuju ke bilik guru dengan hati yang tidak menentu. Cikgu Mukhriz tidak pernah meninggikan suara kepada sesiapa pun. Pasti ada yang tidak kena.

‘Apakah salahnya?’ Hatinya tertanya-tanya.

“Asalamualaikum cikgu. Ada apa cikgu cari saya?” tutur Qaseh lembut.

“Kenapa lembab sangat datang ni! Terhegeh-hegeh!” Jerkah Cikgu Mukhriz.

Qaseh terdiam.

“Kenapa cikgu marah-marah ni?Apa salah saya cikgu?” Ucap Qaseh perlahan. Tidak mahu rasanya menyimbah minyak pada api yang sedang marak.

“Awak sedar tak apa yang awak dah buat ni memalukan saya? Awak sedar tak? Awak tu pelajar dan saya ni guru status kita tidak sama! Awak dan saya tak boleh bercinta! Hiduplah di alam yang nyata Qaseh! Sedarlah diri tu sikit!” hambur Cikgu Mukhriz bertalu-talu kepada Qaseh.

Qaseh beristighfar panjang memohon keampunan daripada yang Maha Esa. Kalau diikutkan hati mahu saja dia menghamburkan segala apa yang tersimpan di dalam hati. Tetapi mengenangkan status mereka yang berbeza Qaseh membatalkan niatnya.

“Bila masa pula saya malukan cikgu? Cikgu jangan nak tuduh yang
bukan-bukan jika cikgu tiada bukti!” Balas Qaseh separuh marah.

“Awak jangan pura-pura tidak tahu Qaseh! Semua orang sedang bercakap tentang kita sekarang! Mereka kata awak menebarkan fitnah yang saya dan awak sedang bercinta dan akan mengikatkan tali pertunangan.Apa semua ni Qaseh Qaisara binti Yahya?! Awak tu SPM pun belum ada hati nak fikir pasal kahwin-kahwin ni! Awak ni dah gila ke?!!” kali ini suara Cikgu Mukhriz makin lantang. Beberapa orang pelajar sudah mula menjenguk-jenguk ke dalam bilik guru untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Ya ALLAH! Siapa yang fitnah ni cikgu? Saya berani bersumpah saya tak cakap macam tu. Mereka yang fitnah saya cikgu. Saya tak bersalah!”Kelihatan air mata Qaseh sudah mula berair dan bersedia untuk mengalir. Tidak disangka dia difitnah sebegini. Ya ALLAH aku mohon kekuatan dariMU!

“Itu saya tak peduli! Awak kena bersihkan nama saya jugak! Malu saya awak tahu! Semua orang dah pandang serong pada saya! Saya tertekan Qaseh!”bentak Cikgu Mukhriz.

“Saya tak sangka cikgu yang selama ni saya fikir matang boleh bersifat seperti ni.Cikgu tak dengar lagi penjelasan saya tapi cikgu boleh sesuka hati menuduh. Cikgu tidak adil! Cikgu tidak layak menjadi seorang guru!”hambur Qaseh kepada Cikgu Mukhriz lantas berjalan keluar dari bilik guru. Sakit hati , geram dan marah bercampur-baur. Dia nekad untuk melupakan cikgu itu! Cikgu seperti itu tidak layak untuk disukai!

Qaseh berjalan terus ke bilik air. Dia ingin melepaskan segala apa yang dirasai. Kalau diikutkan hati mahu saja dia balik ke rumah dan menangis sepuas hati. Kejadian tadi amat memalukan! Tetapi dia beruntung kalau bukan kerana kejadian tadi dia pasti tidak tahu akan perangai sebenar cikgu yang disayanginya itu.ALLAH MAHA BESAR! Dia
bersyukur.

* * *

“Kau kenapa ni Qaseh? Sedih je ibu tengok. Ada masalah ke dekat sekolah?” tanya ibu Qaseh ketika Qaseh pulang dari rumah.

“Mana ada apa-apa ibu. Qaseh okay je. Letih sikit kot banyak kerja sekolah cikgu bagi tadi” Balas Qaseh acuh tak acuh.

Masalahnya biarlah dia saja yang selesaikan. Kalau lah ibunya mengetahui tentang masalah sebenar Qaseh pasti ibunya itu akan berkhutbah 5 hari 5 malam. Tidak sanggup Qaseh mendengar selama itu. Ibu mana yang tidak kecewa melihat anaknya yang terlalu memikirkan lelaki berbanding pelajaran. Tambahan pula, Qaseh akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

‘Ibu ! Qaseh sayang ibu!’ jeritnya di dalam hati. Entah kenapa dia terasa terlalu memerlukan belaian seorang ibu di waktu ini. Dipeluk ibunya seerat yang mungkin.

“Eh! Kenapa pulak kau ni Qaseh? Pelik lah ibu tengok kau ni.”

Qaseh tersenyum. Cukup dengan memandang muka insan yang paling disayanginya itu , segala masalah Qaseh bagaikan terbang menghilang.
Kenapalah dia harus menyemakkan fikirannya dengan benda yang remeh-temeh. Dia harus berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang bagi membuktikan pada Cikgu Mukhriz bahawa tanpa cikgu itu dia juga boleh berjaya!

‘Kau boleh buat Qaseh! Kau boleh!’ Semangat Qaseh semakin membara. Akan dia buktikan pada sesiapa yang menfitnahnya itu bahawa hati dia tidak tergugat dengan tohmahan yang dilemparkan padanya malah semakin membara semangatnya untuk berjaya di dalam SPM walaupun tanpa sokongan daripada cikgu kesayangannya itu.

* * *

Hari berganti hari , tahun berganti tahun. Kini sudah tahun yang terakhir Qaseh melanjutkan pelajaran di universiti. Keputusan SPM 10A1 yang amat membanggakan membuatkan Qaseh layak untuk memasuki Universiti Islam Malaysia , universiti yang diidamkannya selama ini.Teringat dia akan kata-kata terakhir yang diuucapkan oleh Cikgu Mukhriz pada hari terakhir dia mengajar di Smk Taman Sentosa.

“Maafkan saya Qaseh. Saya dah banyak buat salah dekat awak. Berdosa rasanya saya menfitnah awak tanpa menyelidik terlebih dahulu. Benar kata awak. Saya tak layak digelar seorang guru. Terima kasih Qaseh kerana menyedarkan saya.”

“Benda sudah lepas cikgu. Saya sudah lama memaafkan cikgu. Tiada
langsung dendam di hati saya pada cikgu. Saya doakan cikgu berjaya di dunia dan diakhirat. InsyALLAH.”balas Qaseh.

Tiada apa yang perlu didendamkan lagi bagi Qaseh. Benda yang sudah berlalu biarkan berlalu. Dia juga insan biasa seperti Cikgu Mukhriz. Sering membuat dosa dan kesalahan di bumi ALLAH yang fana ini.

* * *

“Qaseh! Ada orang masuk meminang kau. Ibu dah pun terima.” Kata ibu Qaseh ketika Qaseh pulang ke rumahnya apabila cuti semester.

“Haa?!! Kenapa ibu terima? Ya ALLAH! Qaseh tak bersedia nak
kahwin lagi lah ibu. Lagipun Qaseh tak kenal siapa laki tu. ibu nak Qaseh kahwin dengan penyangak ke? Sampai hati ibu!” balas Qaseh.

“Apalah yang kau merepek ni? Budak tu anak kawan ibu. Handsome orangnya. Kau pasti suka. Percayalah Qaseh. Ibu nak yang terbaik untuk kau.”

Jauh di sudut hati Qaseh, dia masih mempunyai perasaan pada Cikgu Mukhriz. Kenapa lah susah sangat untuk dia melupakannya. Bicaranya dan gelak tawanya selalu berlegar-legar di ruang fikiran Qaseh.

‘Qaseh! Sudah bertahun-tahun kau meninggalkan zaman persekolahan tetapi masih juga kau ingatkan dia. Adakah dia juga mengingatimu? Tidak mungkin! Lupakan dia Qaseh! Mungkin dengan cara menerima lelaki lain di dalam hidup kau mampu menggantikan tempat Cikgu Mukhriz di dalam hati kau. Kau harus mencuba untuk itu! Harus!’ Getus hatinya.

* * *

“Kenapa masam je muka pengantin baru ni? Senyum lah sikit. Baru aura pengantin baru tu datang.” Bisik mak andam di telinga Qaseh pada hari pernikahan Qaseh dengan lelaki yang hanya dikenali sebagai Azril. Baju serba putih berlabuci yang dipakai Qaseh menambahkan lagi keayuan wajahnya.Qaseh tersenyum paksa. Berat hatinya untuk berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya malah tidak dikenalinya sama sekali! Adakah dia akan bahagia bersama bakal suaminya itu? Qaseh tertanya-tanya.

“Aku nikahkan dikau Muhamad Mukhriz Azril bin Helmi dengan Qaseh Qaisara binti Yahya dengan mas kahwinnya RM300 tunai.”

“Aku terima nikahnya Qaseh Qaisara binti Yahya dengan mas kahwinnya RM300 tunai”.

Dengan sekali lafaz lelaki itu sah bergelar suaminya. Bahagiakah dia dengan perkahwinan yang telah diatur oleh ibunya ini? Dapatkah dia melupakan Cikgu Mukhriz yang selama ini sering bermain diingatannya?

‘Argh! Cinta boleh dipupuk selepas kahwin.’ Bisik hatinya.

Dari jauh sudah kelihatan susuk tubuh lelaki yang sudah bergelar suaminya itu menghampiri biliknya. Degupan jantungnya makin berdegup kencang.

‘Cikgu Mukhriz?! Cikgu Mukhriz suami aku? Tak mungkin!’ Qaseh tersentak apabila melihat rupa suaminya itu adalah lelaki yang selama ini dipujanya dalam diam. Adakah Mukhriz dan Azril orang yang sama?

“Asalamualaikum isteri abang.” Sapa Cikgu Mukhriz lantas digenggam erat tangan isterinya itu seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

“Cikgu? apa semua ni cikgu? Cikgu suami saya?”tanya Qaseh kebingungan. Pelbagai soalan berlegar-legar di fikirannya.

“Saya bukan lagi cikgu Qaseh. Saya sudah jadi suami Qaseh. Panggil saya abang. Boleh?” Tutur Cikgu Mukhriz lembut sambil dikucupnya tangan isterinya itu.

“Abang yang suruh mak abang masuk meminang Qaseh. Sebenarnya abang dah lama sukakan Qaseh.Tapi disebabkan status abang sebagai guru pada masa itu membuatkan abang terpaksa melupakan Qaseh. Berat hati abang. Tapi apa lagi yang abang boleh buat. Sekarang Qaseh dah hampir tamat belajar . Masa ini lah abang sambar Qaseh awal-awal. Nanti orang lain dapat merana abang.”sambung suaminya.

Ya Allah! Benarkah apa yang didengarnya tadi? Cikgu Mukhriz juga menyukainya di dalam diam? Ya Allah! Hebatnya perancanganMU!

“Abang cakap abang suka dekat Qaseh tapi abang tengking-tengking Qaseh. Itu yang abang cakap suka?” Qaseh sudah mula memanggil suaminya itu abang. Geli juga rasa hatinya tetapi dalam masa yang sama dia bahagia.

“Abang takde niat Qaseh. Abang terpaksa. Semua cikgu paksa abang masa tu. Lagipun itulah satu-satunya cara supaya Qaseh membenci abang. Maafkan abang Qaseh. Kita tutup buku lama kita buka buku baru. Abang tak pernah berhenti menyayangi Qaseh.Qaseh yang pertama dan terakhir dalam hidup abang. Percayalah Qaseh.” Tutur Cikgu Mukhriz lembut dan romantis. Segera didakapnya isteri yang baru dinikahinya itu. Bibit –bibit cinta mula mekar di hati mereka berdua.

“Abang janji jangan tinggalkan Qaseh lagi. Qaseh sayang abang!” bicara Qaseh sambil menangis kegembiraan. Tidak disangka bahagia akhirnya menjadi milik mereka berdua. Syukur padamu Ya Allah!

‘Ya Allah! Satukanlah hati kami ini seperti Engkau satukan hati Adam & Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Nabi Muhamad s.a.w. & Siti Khadijah. Kekalkan jodoh ini hingga akhir hayat dan permudahkanlah agama kami dengan berkat ikatan ini.’ Doa Qaseh di dalam hati. Semoga ikatan ini kekal dan mereka disatukan di al jannah yang kekal abadi. InsyALLAH.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

50 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Qaseh Qaisara”
  1. nana sofea says:

    salam, terima kasih diatas komen yang diberikan. saya amat hargainya. saya tau critanya terlalu klise dan boleh dijangka ending nya, tetapi cerpen ini saya tulis berdasarkan pngalamn saya sendiri. dan ini juga crpen saya yg prtama. trma ksh diatas krtikan dan pujian yg diberikan.

  2. zack says:

    bercinta ngan cikgu sendiri?
    no no no no .
    naseb baik cikgu aku x de yang kacak2

  3. za says:

    mcm kisah aku dulu2 tapi jodoh xpanjang…aku kawin ngan org lain,die kawin ngan org lain…tapi itulah true love aku…ermmmm

  4. siti rahana says:

    ok good job.. :mrgreen:

  5. princess says:

    eeuuww..cinta ngn cikgu,geli ase…
    hahahaha..but stil gud job!!!!!!!!!
    aza aza fighting…. :lol: :o ;-)

  6. amy says:

    jodoh itu datangnya dari yg satu….YANG MAHA ESA…..mana tau jodoh kita dgn sapa kan….asalkan kita bersyukur aja

  7. ohH bunga says:

    best ,
    mcm cter kwN aku Larh .huhu
    hepi ending .

  8. mieza_hafizar says:

    nice……
    but still something missing bcoz this story something lyk others…
    give something unique and special…
    good luck okeyh…
    huhu…

  9. Ina says:

    Slm..
    suka sy dgn cerpen ni..harap dpt membaca karya sofea next time..
    epy ending juga..
    by the way..gud luck..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"