
Cerpen : Coretan Kasih
Oleh : ika_funnieka
“Ok…pelajar semua..bangun..sekarang kita sudah hampir dengan destinasi kita.Saya harap,kamu semua dapat bersedia dan kemaskan barang-barang kamu yang ada berhampiran dengan kamu semua.Saya tak mahu ada barang yang tertinggal dalam bas ini.Saya harap kamu semua paham maksud kata-kata saya.Kamu semua adalah tanggungjawab saya.” Begitu nyaring sekali suara En.Adnan mengejutkan anak muridnya yang lena dek dibuai mimpi indah itu.Apa yang dimimpikan pun tak tahulah.Memang patut pun pelajar dari sekolah aku menggelarkan dirinya CIKGU PETIR terutama sekali pelajar dari kelas 5 Mawar.Sebabnya,Cikdu Adnan mengajar subjek Bahasa Inggeris.Suaranya yang nyaring bagaikan petir bahkan ada yang mengatakan,bunyi petir pun boleh kalah dengan suara En.Adnan tu.Isk..isk..isk..Kesian Cikgu Adnan..
Setelah hampir 6 jam perjalanan dari Johor ke Kedah,akhirnya senyuman terukir di bibir masing-masing.Tak sabar-sabar rasanya ingin menjejakkan kaki di bumi Kedah ini.Terasa sejuk angin menyapa tubuh diri masing-masing apabila apabila keluar dari perut bas yang memuatkan seramai 38 orang penumpang.Jelas terpancar kegembiraan di setiap wajah.Segala barang-barang keperluan diletakkan di satu tempat agar senang di ambil oleh trak untuk dibawa masuk ke dalam kem.
“Pelajar,seperti yang dirancang kita semua akan berkhemah di Tapak Kem Bendaman selama 6 hari.Saya mahu kamu semua menjalankan tanggungjawab seperti apa yang saya arahkan dan kamu wajib ingat pesan saya ni.saya tidak mahu sebarang kecacatan yang akn berlaku nanti. ‘ONE MORE THING HAVE YOU ALL REMEMBER…ALWAYS ON YOUR MIND..KEKALKAN DISIPLIN KAMU DALAM APA JUA KEADAAN…UNDERSTAND???’..Tegas sekali suara En.Andan mengingatkan pelajarnya di tempat orang.Tambahan lagi,mereka semua akan bersatu dengan Kelab Rakan Muda.
Setelah selasai mendirikan khemah,kami semua diminta berkumpul di tapak perhimpunan kem.Di sini,ramai peserta dari pelbagai negeri yang menyertai Program Sukan dan Belia anjuran Kementerian Sukan dan Belia dengan kerjasama Kelab Rakan Muda dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia.Ramai jugalah yang sempat aku berkenalan.Baik yang sebaya dengan aku mahupun yang lebih tua daripada aku.Baguslah tu kan..Dapat mengeratkan tali persaudaran dan silaturrahim.Tak kira warna kulit dan bangsa,semuanya aku layan…‘Ye la tu..Perasan bagus sangat.Sejak bila jadi peramah aku pun tak tahu..Sejak berkenalan ngan abang-abang handsome lah tu..Wah..gedik juga aku ni..Hehehe..Bukan selalu macam ni…’ Kata hati kecil Adriana…Yela baru dapat kenal dengan abang ‘handsome’…Begitulah dia…
Setelah selasai majlis rasmi pelancaran program ni,semua peserta ke kantin untuk menjamu selera.Mengisi perut yang telah mengeluarkan segala macam jenis bunyi..Lagu yang aku tak suka pun keluar jugak..Hehehe…Aktiviti dalam jadual hari ini kurang sedikit…Sekadar mendengar taklimat,makan dan rehat sahaja.Maklum sajalah…ramai peserta yang tiba di kem hari ini.Dari semua negeri pulak tu…Jadi,pihak penganjur inginkan para peserta rehat dengan cukup kerana jadual hari esok padat dengan aktiviti.Aktiviti yang belum pernah aku buat pun ada juga..Mesti penat ni…Tapi kira ‘best’ jugaklah…dapat pengalaman baru.
Perjumpaan ketua kontinjen setiap negeri termasuklah ketua Kelab Rakan Muda berkumpul di tapak perhimpunan kem untuk di bagi taklimat tentang aktiviti hari esok dan seterusnya.Pembahagian kumpulan mengikut negeri masing-masing juga diterangkan.Aku..sebagai ketua kontinjen PBSM (perempuan) dan Akif Ahmad ketua kontinjen PBSM (lelaki) bersama-sama ketua dan penolong KRM berbincang sesame sendiri.pelbagai idea aku utarakan.Akhirnya selesai juga apa yang dibincangkan tadi.Kepala pun dah tak sakit nak cari idea-idea.Selesai sahaja ‘mesyuarat’,aku dan Akif pun menjalankan tugas masing-masing.Pembahagian kumpulan harus aku lakukan malam ini juga.Aku ni malas nak buat kecoh pagi-pagi buta.Mana tidaknya,seawall 5.30 pagi semua peserta perlu bersiap sedia.Nak kena solat,nak dengar taklimat lagi,bersenam dan macam-macam lagilah.dah siap semua malm ni,senang sikit kerja untuk esok.Taklah kelam-kabut aku dibuatnya.Akhirnya..dapat jugak aku tidur.Dah mengantuk sangat ni.Mata pun dah berair menahan ngantuk
” PERHATIANNN….Semua peserta diminta membuat barisan di hadapan saya dalam kiraan 10..” Lantang sekali suara Akif.Boleh kalahkan Cikgu Petir a.k.a Cikgu Adnan…Hehehe…Setiap peserta perlu dicatitkan kehadirannya..Takut-takut nanti ada yang belum bangun lagi.Budak-budak ni mananya nak bangun seawal 5.00 pagi.Jenuh nak kejut dia orang ni.Tak pasal-pasal ketua kesayangan aku juga yang kena sambar ‘petir’ dengan Cikgu Adnan ni..Tahu sahajalah cikgu aku tu… “Disiplin tu penting” Itulah ayat ‘cinta’ cikgu aku pada anak muridnya..Guru yang baik ni…Hehehe…
Hari ini,bermulalah segala aktiviti akan dijalankan.Aktiviti ekstrem pun ada juga.Selama 6 hari bermula hari ini kami akan diberi ilmu bagaimana menghadapi saat-saat genting.Sebagai ahli PBSM,kami perlu tahu bagaimana menyelamatkan mangsa apabila ada kecemasan di luar dugaan.Walaupun sedikit ilmu yang diberi,namun bagi kami cukuplah untuk pengetahuan am.Walaupun tidak bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.Memadai jugalah daripada mereka yang tidak tahu apa-apa.
Ahad,hari terakhir kami berada di Tapak Kem Bendaman.Penat lelah mencari ilmu di sini berakhir juga.Dan paling membanggakan lagi apabila kontinjen PBSM dari sekolah aku menjadi juara daripada semua aspek.Atas kerjasama KRM jugalah kami menjadi juara.Majlis penamat kami serikan lagi dengan persembahan lakonan dan kawad Formasi.Segala kenangan di sini tidak dapat aku lupakan.Tambahan pula abang ‘handsome’ dan kakak comel dari kontinjen KRM menjadi kawan baik aku.Mungkin lebih daripada hubungan kawan..Aku jadikan dia sebagai abang dan kakak angkat aku.Tak lebih dari itu OK..Maklum sajalah aku ni anak tunggal mama dan papaku.Sunyi juga bila bersendirian di rumah.
* * * * *
Hari ini tidak seperti hari-hari yang lalu.Panas terik mentari sentiasa menyimbah seisi alam.Bulan mengambang menyinarkan lagi malam-malam yang dingin.Tetapi tidak hari ini.Mendung di siang hari dan kelam di malam hari.Begitu juga hati Puan Sharmila dan suaminya yang bergelora dengan apa yang sudah berlaku pagi tadi.Fikirannya ligat perpusing memikirkan anak tunggalnya.
” PRANGGG….”
” Bang…Tolong Mila bang…Cepat bang…Yana pengsan dekat dapur ni…” Laung Puan Sharmila yang dalam ketakutan apabila anak tunggalnya tiba-tiba pengsan di dapur.
” Kenapa ni Mila?”
” Mila tak tahulah kenapa dengan Yana ni.Tiba-tiba Mila dengar bunyi pinggan pecah.Tu yang tengok apa sebabnya.Bila Mila sampai,Yana pengsan.Mila takut bang…”
” Awak pergi hidupkan enjin kereta dulu.Saya nak angkat Yana nak bawa dia pergi hospital.Lekas sikit…”
” Boleh saya bercakap dengan keluarga pesakit?Sila ikut saya ke bilik saya.Ada perkara penting yang perlu saya beritahu anda.”
” Saya bapa kepada Adriana dan ini ibunya.” Tanpa membuang masa,Puan Sharmila dan suaminya mengekori langkah Doktor Kamarul ke biliknya.Pelbagai spekulasi negatif yang bermain di benak mindanya.
” Sila duduk.Saya harap Encik Razif dan Puan Sharmila bertenang dengan apa yang saya ingin perkatakan.Anak encik dan puan…”
” Kenapa dengan anak kami doctor? ” Air mata Puan Sharmila tidak dapat ditahan lagi.Setitik demi setitik air jernih mula mengalir keluar dari tubir mata.Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.Encik Razif pula seperti orang yang kebingungan.Tidak sepatah kata yang terucap di bibirnya.
” Bersabarlah encik…puan…Ini semua dugaan dari Ilahi.Kita harus tabah menerimanya.”
Pintu bilik Doktor Kamarul dikuak dengan perlahan.Kaki melangkah menuju ke bilik Adriana dengan lemah sekali.Bagaikan tidak bermaya lagi tatkala melihat sekujur badan yang terbaring di atas tilam hospital.Air mata sekali lagi mengalir laju.Jantung seolah-olah tidak fungsi.Terlalu hiba melihat penderitaan anak kesayangannya itu.Sakit buah pinggang Adriana semakin parah.Buah pinggang sebelah kiri anaknya hamper tidak berfungsi.Harapan untuk sembuh hanya 50-50 % .Anaknya akan terselamat jika ada penderma yang sudi mendermakan buah pinggangnya.
‘Bagaimana dengan reaksi Adriana tatkala tahu keadaan dirinya yang sebenar?Sudah pasti anaknya menjadi tidak tentu arah.Perasan tertekan pasti menjalar di segenap ruang dirinya.Ohh…TIDAK …’ Hati bapa mana yang tidak runtun dengan nasip anaknya.Walaupun dia tahu anak tunggaknya aktif dalam kokurikulum.Acap kali dia melarang anaknya menyertai sebarang aktiviti lasak.Namun anaknya yang seorang ini terlalu keras kepala.
” Papa tak usahlah risau pasal Yana.Yana sihat sahajalah papa.Mama pun janganlah sedih sangat.Kalau papa dan mama sedih,Yana tak ada semangatlah nak hidup.Selagi Yana sihat,mama dan papa janganlah risau.Ingat janji Yana pada mama dan papa dulu?Yana akan hantar mama dan papa pergi tunaikan haji bila Yana dah jadi doktor nanti.Mama dan papa janganlah macam ni okey…” Itulah kata-kata Yana setiap kali menyertai aktiviti sekolah.Walaupun dia tahu anaknya menderita.Tetapi atas semangat dan azamnya yang tinggi,dia teruskan juga sisa-sisa hidupnya.
* * * * *
” Kringgg…Kringgg…” Telefon yang sememangnya diletakkan di atas meja,dibiarkan sahaja menjerit-jerit meminta diangkat.Namun tiada sebarang tanda telefon bimbitnya diangkat.
” Hello…Boleh saya bercakap dengan Adriana? ”
” Ya…Saya Adriana.Boleh saya tahu siapa di talian? ”
” Yana,ni abanglah.Abang Nafie KRM ketua kumpulan kita tu…Takkan dah tak ingat kat abang lagi…”
” Ohh…Abang.Macam mana tahu nombor telefon Yana?Setahu Yana,Yana tak pernah nak beri nombor telefon Yana pada abang.”Pelik juga bila ada orang telefon dia.Sedangkan dia tak kenal dengan pemanggil tersebut.Terutama sekali dengan pemanggil lelaki.
” Abang minta nombor telefon Yana pada Kak Ain.Tu yang telefon Yana malam-malam ni.Tengah buat apa?Abang ganggu Yana ke? ”
” Ehh…Taklah mengganggu…tapi…kacau Yana.”Dia hanya tergelak.Suka kenakan abangnya yang seorang itu.
” Sorry kacau Yana…Tak apalah kalau macam tu…”Jawabnya dengan nada yang sedih.Sedangkan sebaliknya dia menahan ketawa.Dia tahu perangai ‘adik’nya yang suka bergurau.
” Yana gurau je lah…Takkan merajuk…Hehehe…”
Agak lama jugalah perbualan dua orang ‘adik-beradik’ ni.Macam dah bertahun-tahun tidak jumpa.Gayanya macam bercakap dengan buah hatilah pulak…
* * * * *
” SURPRISE…HAPPY BIRTHDAY…SEMOGA SIHAT DAN CERIA SELALU…” Satu kejutan dari arah belakangku.Macam nak gugur jantung aku apabila Kak Ain dan Abang Nafie sergah.Nasib baik aku tak ada sakit jantung.Sabar sahajalah dengan gelagat kakak dan abangnya itu.Ada sahaja kejutannya buat adik angkatnya yang satu itu.
” Terima kasih…Sayang akak dan abang…” Jelas terpancar kecerian di wajah pucat Adriana.Walaupun dia tahu keadaan dirinya yang agak lemah,dia tetap menguatkan kudratnya berjumpa dengan ahli keluaga angkatnya itu.Sekurang-kurangnya dia tidak kesepian lagi.Ada juga yang sanggup menerima dirinya yang sedang menanggung derita.Seolah-olah ada nafas baru dalam hidupnya kini.Dia tahu hayat hidupnya akan berakhir pada bila-bila masa sahaja.Dia sudah bersedia menyerahkan nyawa dan jasadnya kepada Ilahi tatkala malaikat mencabut nyawa menjemputnya ke rahmatullah.
* * * * *
Kereta merah mula kelihatan bergerak menuju ke halaman rumah papan Puan Aminah.Tuan empunya rumah seperti kaget melihat kereta mewah memasuki halaman rumahnya.Belum pernah dilihatnya orang kaya mengunjungi dirinya atau ahli keluarganya yang lain.Perasaan curiga mula menjalar di lubuk hati.
” Assalamualaikum…” tanda orang memberi salam.
Dengan segera,Nafie menyambut salam pemilik kereta mewah itu.Tanpa perasan curiga,lantas dia menjemput tetamunya memasuki rumahnya.Kelihatan perempuan 40-an keluar dari bilik.Bersih sekali wajahnya walaupun kelihatan agak berumur.Sedangkan umurnya baru mencecah 46 tahun.Begitulah nasib ibu tunggal yang memelihara 2 orang anak yang masih bersekolah.Anak sulungnya kini berada di pusat pengajian tinggi di tahun akhir dalam jurusan kedoktoran.Manakala anak keduanya bakal memasuki universiti di kota politan.Bertambahlah bebannya untuk mencari sesuap nasi demi melihat anak-anaknya berjaya.Biarlah mereka hidup tanpa bapa.Dia ingin membuktikan tanpa seorang suami di sisi,dia mampu memelihara anak-anak sehingga berjaya.Walaupun hatinya penuh dengan luka yang belum tentu terubat dengan kata-kata maaf daripada suaminya.Dia ingin melihat anak-anaknya berjaya itulah pengubatnya yang selama ini menderita.
” Nafie,tolong ibu buatkan air untuk tetamu.Ibu mahu berbual dengannya.Tolong ibu ya Nafie? ” Perintah Puan Aminah kepada anak bujangnya.Nafie sahajalah temannya kini untuk berbual-bual di kala kesunyian.Anak bujangnya yang seorang ini tidak sesekali mengecewakannya setiap kali di suruh.Andai kata masa silamnya tidak berlaku,sudah pasti dia kini bersama dengan anak perempuannya.Atas desakan suaminya yang tidak mahu anak perempuan,akhirnya dia menyerahkan anak bongsunya kepada bekas majikannya.
” Ini… betul ke Puan Aminah bt Rahim? ” Tersekat-sekat suara Puan Sharmila ketika bertemu dengan dirinya.
” Ya…Saya Puan Aminah.Kamu ini siapa? ” Akhirnya satu pelukan dilepaskan kepada Puan Aminah tanda rindu daripadanya.Masing-masing melepaskan kerinduan yang selama 17 tahun tidak ketemu selepas dia berhenti bekerja di rumah Puan Sharmila sambil disaksikan oleh anak bujangnya dan Encik Razif.
” Ibu…ini air yang ibu suruh Nafie buat.Jemput minum pak cik dan mak cik. ” Sedulang air teh panas bersama kek lapis ibunya dihidangkan di atas meja.Lalu dia pun beredar keluar tanda tidak mahu mengganggu perbualan ibunya dan tetamu yang berada di hadapannya.Namun langkahnya terhenti tatkala ibunya memanggil.Akur sekali anak bujangnya menurut perintah dan duduk di sisi ibunya yang tua.
Bagaikan tidak percaya dengan apa yang diperkatan oleh Encik Razif sebentar tadi.Apa benar anak bongsunya itu sedang menderita menunggu ajal.Bumi berputar siang dan malam terasa terhenti putarannya.Jantungnya bagaikan gugur dan seolah-olah tiada nafas lagi untuk dihembuskan.Terasa perit hati tatkala mendengarkan kata-kata yang selama ini tidak terduga.
” Ohh!!!Tak mungkin semua ini akan berlaku.Apalah nasib anakku ini YA ALLAH…Hidupnya menderita sekali setelah aku memberikannya kepada orang lain.Maafkan ibu nak…” Dia hanya merintih dan tidak terdaya lagi untuk membayangkan nasib anaknya.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pilu hatinya.
* * * * *
Air mata sudah mula membasahi baju kurung biru.Hati tua mula tidak keruan.Langkah semakin laju menuju ke wad kecemasan.Dunia bagaikan terhenti selepas mendengarkan berita yang tidak disangkanya.Baru pagi tadi dia melihat Yana mempamerkan senyumannya yang manis kepada mama dan papanya.Kini,berita yang disampaikan oleh guru kelasnya bagai meragut jantungnya.Apalah nasib anaknya yang seorang itu.
” Doktor,bagaimana dengan anak saya?Adakah dia baik-baik sahaja?Tolonglah doctor.Saya sanggup lakukan apa sahaja unutuk anak saya. ” Bertalu-talu pertanyaan Puan Aminah kepada Doktor Kamarul.Namun,belum ada tanda jawapan yang akan keluar dari mulut doktor muda itu.Air mata mula deras keluar dari bibir mata.Hatinya terlalu sedih kerana dikhuatiri dia akan kehilangan anaknya kembali.Dia tidak mahu anaknya pergi untuk selama-lamanya.
” Saya harap puan bertenang dahulu.Anak puan sekarang dalam keadaan koma.Kami akan cuba sedaya-upaya menyelamatkan anak puan.Cuma…” Kata-katanya terkunci seketika.
” Cuma apa doktor?Kenapa dengan anak saya doktor? ”
” Ibu,bawa bertenang.Adik pasti tiada apa-apa.Adik Cuma koma sahaja.Ibu,cuba bawa bertenang dan beristighfar. “Nafie cuba menenangkan hati ibunya walaupun dia tahu keadaan adiknya yang koma dan keadaannya yang tidak stabil.
” Kami…kami perlukan penderma buah pinggang untuk menyelamatkan anak puan.”Akhirnya Doktor Kamarul bersuara setelah melihatkan Puan Aminah bersama-sama Puan Sharmila dan suaminya tenang.Begitu juga dengan anak lelaki Puan Aminah.
Sebagai seorang abang,dia rela berkorban untuk adiknya yang selama ini tidak penah berjumpa.Dia rela mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada adiknya.Segala ujian telah dijalankan terhadap Nafie dan akhirnya nafas lega terhembus juga.Esok adalah hari penentuan samada adiknya akan selamat atau tidak Operasi pembedahan akan dijalankan pada jam 10.00 pagi.
* * * * *
” Hai…tengah buat apa tu?Ohh…nak pergi jalan-jalan tak nak ajak akak.Ni adil ni.Nak merajuklah macam ni.”
” Eh…janganlah macam tu.Ingatkan nak buat kejutan kat akak.rupanya tak jadi.Mesti abang Nafie yang beritahu kak ni.Jahat betullah abang Nafie ni.Siaplah abang Yana kerjakan…” Hahaha…tergelak dia seorang diri di dalam bilik selepas mendengar telatah kakak angkatnya itu.Seperti kanak-kanak sahaja.Memang dia dan abangnya berjanji ingin membawa kakaknya ke pantai untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.Tetapi abangnya itu telah menjadi mulut tempayan.Geram sungguh hatinya dengan sikap abangnya.
” Kak,esok jangan lupa tau pakai yang cantik-cantik.Yana ada sesuatu nak berikan pada kakak.Ingat tau…”
” Iyalah adikku sayang.Akak akan ingat.”
” Ingat tau.Okey…Bye…Esok Yana dan abang jemput kak kat rumah.Selamat malam…”
” Okey…Bye…” Talian ditamatkan.
* * * * *
” Ha…berangan ya?”
” Yana….” Jeritnya kuat sambil mengurut-urut dada.Nasib baik dia tak lemah semangat.Kalau tidak,dah pengsan dia kat buaian.
Tunggu apa lagi,main kejar-kejar lah mereka dua beradik.Habis satu halaman rumah neneknya dia mengejar adiknya.Setelah penat berkejar-kejar,mereka duduk di buaian melepaskan penat.
” Abang janji dengan adik tau.Sayang Kak Ain tu macam sayang nyawa abang sendiri.Jaga dia baik-baik.Minggu depan abang dah nak kawin dengan dia. Lagi best ni…hehehe…”
“Abang akan sayang dan jaga dia macam nyawa abang sendiri.Kenapa tawa?Adalah tu nak kena kana bang.”
” Tahu tak apa.”
Tidak pernah terlintas di lubuk hatinya bahawa Nafie itu abangnya.Abang ‘handsome’ yang menjadi ketua kumpulannya semasa di Tapak Kem Bendaman,Kedah 3 bulan yang lepas.Dia kini sedar bahawa dia hanyalah anak angkat mama dan papanyaNamun,mama dan papanya tidak pernah melarang dia berjumpa dengan ibunya di kampung.Inilah hari yang paling menggembirakan hatinya.Harapan ingin mempunyai seorang abang tercapai jua.Paling yang tidak disangkan terhadap abangnya ialah abangnya sanggup memberikan sebelah buah pinggang kepadanya.Walaupun dia tahu risiko yang akan abangnya alami.Tidak terduga dengan sikap abangnya yang agak manja sanggup berkorban untuk kebahagian adiknya.
Malam itu,mereka menghiasi rumah ibunya dengan gelak tawa.Yang lain,hanya melihat dari jauh gelagat mereka berdua.Sungguh bahagia sekali mereka pada hari itu.Bertambah gembira apabila Nafie akan berkahwin pada minggu hadapan.Bertambah meriahlah mereka sekeluarga.














stju ngn que lyana. .

pew pon truskn usaha yer writer
gud luck
boleh diperbaiki lg..tingkatkan lg usaha..jangan mudah putus asa n gud luck..semoga berjaya..
komen saya…
watak dan perwatakan tak jelas dan tak diperjelaskan
plot tersusun tp kurang kemas
fakta-byk tak betul, kena buat byk homework lagi spy kredibiliti awk sbg penulis yg menyampai dan menceritakan fakta tak dipersoalkan
bahasa-baiki lagi penggunaan perkataan dan susunan ayat
idea-ada idea dan mesej yg ingin disampaikan. idea menarik.
tu jelah.sy bukan cikgu BM.bukan juga novelis, atau ahli tatabahasa.
sy hanyalah observer yg meminati karya sastera
may you;writer keep improve and dont give up