Cerpen : Diari cinta inaira

14 March 2010  
Kategori: Cerpen

3,767 bacaan 29 ulasan

Oleh : darling@charming

2005 & Sebelum Julai 2006
Saat ini aku masih aku.. seorang budak sekolah yg masih mentah dan masih ‘bebas daripada sesuatu yg bernama cinta. Aku masih aku, yg saban hari akan menghabiskan separuh daripada waktuku di sekolah, bersama kawan2 dan guru2 kesayangan.. di sekolah aku ada 2 orang sahabat yang paling aku sayangi.. Hanny & Hakimah. Hanny seorang sahabat yg aku kenali sejak mula2 aku jejak kaki di sekolah ini. Dia seorang yg ceria, dan sedikit seperti keanak-anakan..bersamanya aku akan jadi seperti itu juga..bersifat keanak-anakan, buat sesuatu yg tidak matang, tapi itulah kunci keakraban kami selama ini. Hakimah… Hakimah pula seorang sahabat yg aku kenal sejak aku di tingkatan 4 tapi keakraban kami bermula ketika di tingkatan 5. Walaupun hanya lebih kurang setahun, namun aku dapat rasakan aku menyayanginya lebih daripada yang lain.. bersamanya, aku boleh menjadi seorang yg agak matang walaupun kdg2 sikapku yg kebudak-budakan dan manja tak pernah terpadam dari dalam diriku.. bersamanya, aku gembira sebagaimana aku bersama Hanny.. kedua-duanya adalah anugerah yg dikirimkan Tuhan utk jadi sahabatku.. dengan guru2 pula, bagiku semua guruku terlalu baik.. erm…itulah kehidupanku di sekolah. Penuh dengan kebahagiaan. Bila balik rumah pula, aku dengan kehidupanku sebagai seorang anak pempuan yg manja, rajin,(ehem2) pendiam tapi periang bila bersama adik beradikku.. inilah aku ketika ‘dia’ belum datang dalam hidupku… ‘dia’ yg datang membawa cinta..

2006
Julai
Tidak aku sangka, di sini ada cinta sedang menantiku..
Hari ini hari pertama aku bertemu dengan ‘dia’. tiada siapa pernah menduga…
Hari ini ‘dia’ masih lagi seorang asing bagiku..lelaki kacak yang langsung aku tidak kenali. Kami hanya bertemu pandang, itu pun cuma buat seketika kerana aku malu untuk terus membiarkan mata ini menjamah wajah bersihnya.. hah! Hati aku tiba-tiba berdegup kencang tatkala aku sedar ‘dia’ sedang tersenyum ke arah aku… eh,.tidak, bukan aku tapi pada orang yang sedang berdiri di sebelah aku…sepupu aku,anak mak longku, Nurul…erm.. siapa nak pandang aku, bukannya aku cantik macam Nurul..
**********
“Ira!” aku memandang ke arah suara yang baru sahaja menyebut nama aku. Seorang lelaki lebih kurang sebaya abang aku yang baru menjadi sepupu baru aku sedang melambaikan tangan dan tanpa membuang masa aku mendekatinya. Namanya Suhaimi.. aku panggilnya abg Mie.
” Ada apa?” aku buat muka selamba walaupun sebenarnya aku malu la jugak nak duduk dekat dengan abang Mie walaupun dia sekarang sudah jadi saudaraku. Maklum la, aku tak kenal sangat pun dia.. tapi dia nampak mesra.
” mari lah sini.. buat apa duduk kat situ sorang-sorang.. kenape tak ikut Nurul tengok pengantin kat atas?” ada senyuman kecil di bibirnya, bagaikan sedang membayangkan sesuatu yang melucukan. Aku turut tersenyum kerana aku rasa aku faham kenapa abg Mie tersenyum begitu.. aku cuba menahan tawa tapi tiba2 saje tawa kami meletus serentak..
“Tak baik la ketawa camtu… salah ke kawin masa usia dh lanjut macam atuk abang n nenek Ira tu??” aku berhenti ketawa. Tapi masih terasa lucunye bila membayangkan nenek aku yang dah berusia 67 tahun sedang menjadi pengantin kepada atuk baruku itu..hai, dunia…dunia.
“Ira dah makan? Ira ni pemalu eh,. Masa jmpa kt majlis akad nikah seminggu lepas pun, Ira x tegur pun abang.”
aku cuma senyum.. mengiyakan pada soalan2nya..
“ni abang kenalkan, kawan abang.. abang Fid..”. Aku cuma angguk dan senyum kepada ‘dia’ yang sedang memandangku.
Tak sempat berbual panjang, tiba2 mak panggil aku suruh naik makan, sebab sekejap lagi dah nak balik.. sememangnya hari ni aku datang ke daerah ini adalah semata-mata untuk meraikan majlis kesyukuran sempena perkahwinan nenekku, nenekku yang sudah sah dinikahkan dengan atuk baru aku seminggu yang lepas..hehe..
Erm..itu lah kali pertama aku kenal dengan ‘dia’.. abang Fid? Ape nama penuhnya pun aku x tau..

Ogos
Awal ogos..
“Ira, bawak turun air kat sini ye. Td abg rasa ada jag kt ats meja kt dapur tu.” Tiba2 abangku melaung memintaku bawakan air untuk mereka. Aku menjenguk ke bawah, ke arah mereka yang sedang asyik bersembang di atas bangku di bawah pokok mempelam di hadapan rumahku. Sekejapan aku turun dengan menatang dulang berisi sejag air sirap bandung dengan 3 biji gelas. Dengan lagak ayunya aku menuang air ke dalam gelas2 itu. “Minumlah”.
“Thanks”. Ucapnya bila aku memberikan air kepadanya. Aku cuma mengangguk. Gelas terakhir aku berikan pada abangku, tapi belum sempat dia mencapai, aku terlebih dahulu meneguk sedikit air itu. “hisy, budak ni, bak sini la,.” Abgku membulatkan matanya. Aku cuma buat muka toya. Aku lihat ‘dia’ senyum..entah apa yg ada dlm fikirannya bila melihat telatah spontanku tadi. Mesti ‘dia’ fikir aku adik yg nakal… hisy.. malunya.
Apa2pun hari ini aku rasa gembira coz dapat jumpa ‘dia’ lagi..
Seharusnya aku berterima kasih pada nenekku yang membuat majlis kesyukuran sempena kepulangan Pak Su ku yang telah lama berkhidmat di bumi Borneo. Kerana majlis ini, aku dapat bertemu dengannya. Hari ini baru aku tahu bahawa dia sememangnya bersahabat baik dengan abang sepupuku itu, dan sekarang, tengok gayanya, dia juga mungkin bakal menjadi sahabat baik kepada abangku juga.. tengok sahaja mereka bersembang, entah apa-apa, asyik ketawa je.. padahal baru hari ini dia dan abang Mie mengenali abangku yang kebetulannya pulang bercuti.
Hari ini juga aku mengetahui namanya.. Ahmad Firdaus Ahmad Soffian. Erm… cantik.

Oktober..
Awal oktober
Aku bertemu ‘dia’ di pusat membeli belah. Alahai..handsome giler.. aku sekadar memandangnya sahaja, lagipun aku tak pasti ‘dia’ cam aku atau tidak. Mungkin tidak, sebab aku bukan siapa-siapa pun, cuma seorang ‘adik’ kepada teman rapatnya, abang Mie. Apa lagi, aku bukan gadis idaman. Tidak mungkin ‘dia’ nak bebankan otak ‘dia’ dengan meletakkan aku dalam salah satu sudut di otaknya itu..kan??
Aku berjalan melintasinya yang sedang leka memilih tali leher di Jefferson. Aku melirik pandang, ahh, ‘dia’ memang tak perasan. Aku lantas menarik tangan adik bongsuku ke bahagian lain. Namun belum sempat aku ingin meneruskan langkah, aku terdengar suaranya memanggil namaku. Aku berpaling. ‘dia’ sedang tersenyum. Alamakkk.. jangan la nanti hatiku terpikat dengan senyumannya itu. Kalau tidak, parah la aku.
‘dia’ berjalan mendekatiku.
“buat apa kat sini? Ira datang dengan sape..?” soalnya mesra. Aku segan tiba-tiba. Mana tidaknya, di hadapanku sedang berdiri seorang lelaki yang pada pandanganku amat kacak,. Segan bila ‘dia’ memandangku lama. Hatiku tiba-tiba berdegup, tapi cepat-cepat aku sedarkan diri bahawa aku tidak boleh merasai apa-apa yang istimewa pun terhadapnya. ‘dia’ bagaikan merak, dan aku, cuma pipit yang tidak punya apa-apa keistimewaan apa-apa pun..
“Ira.?” ‘dia’ kepelikan bila melihat aku seperti mengelamun.
aku tersentak. Malu sendiri.
“Ira bawak adik jalan-jalan je..”
“Kakak nak beli novel..” tiba-tiba adikku pantas menjawab, alamakkkk….
‘dia’ senyum.
“So, dah beli? Jom, abang temankan”. Aahhh.. abang? Baru kali ini aku berpeluang mendengar suaranya, membahasakan dirinya ‘abang’.. sebelum ini, mana pernah aku sempat berbual-bual dengannya. Walaupun sudah lebih dari 2 kali aku dan ‘dia’ bertemu mata ketika di kampung atuk atau di rumah nenek, tapi selalunya hanya pandangan dan senyuman kami sahaja yang saling bertemu.
aku menggeleng. “tak ada yang Ira nak”. Padahal aku segan dengan ‘dia’. aku ni kan jenis yang pemalu sikit, apa lagi aku tidak biasa dengan ‘dia’. aku hanya mengenali ‘dia’ sebagai kawan kepada abang sepupuku.
“Kalau macam tu, mari abang belanja minum, nak.?”
“Nak..” hah! Adikku ini memang tak boleh harap. Aku terpaksa mengikut juga. Tapi sebelum kami ke restoran, ‘dia’ sempat lagi menarik tangan adik bongsu kesayanganku ke Jefferson tadi.
“Abang nak pilih neck tie kejap.. tadi tak sempat nak pilih bila nampak Ira. Tak kisah kan tunggu sekejap?” soalnya sambil mengangkat kening. Aku menggeleng. Aku sekadar memerhati ‘dia’ mencuba tali leher ke badannya satu persatu. Hitam berbelang, purple, biru,… erm… Nampak macam tak de yang berkenan je..
“Yang ini mungkin sesuai untuk abang..” aku memadankan tali leher merah jalur hitam itu ke badannya, seolah-olah seperti memakaikannya tali leher itu.. ‘dia’ nampak terkesima, dan baru aku tersedar dengan aksi spontanku itu.. ahh.. malunya. Cepat-cepat aku jarakkan diri dan biarkan ‘dia’ memegang tali leher yang asalnya tadi kemas aku lekapkan pada dadanya.
‘Dia’ membelek-belek.. “Cantik,. Pandai Ira pilih..” ‘dia’ tersenyum. “abang ambil yang ni dengan yang biru tua ni.. ok kan?” aku mengangguk sahaja. Sungguh, aku masih malu dengan tindakanku tadi.. entah macam mana aku boleh buat aksi spontan macam tu pada seorang lelaki yang baru sahaja aku kenali.. kalaulah abang Mie tahu, mesti aku dikenakan sebab buat macam tu pada kawan baiknya itu…
selepas membuat pembayaran, kami ke restoran. Selepas itu, ‘dia’ dengan senang hati menawarkan diri untuk menghantarku pulang.
Abah? Tentunya ‘dia’ terkejut macam mana aku boleh dihantar oleh ‘dia’. tapi abah tak marah sebab abahku sudah beberapa kali bertemunya ketika di rumah atukku.
Malam..
Aku tidak dapat melupakan kejadian tadi.. sekarang ini, fokusku pada buku nota sejarah ini hilang.. yang aku nampak cuma ‘dia’.. hihi.. Namun aku cepat-cepat sedar, aku masih terlalu muda untuk jatuh cinta. Lagi pun ‘dia’ itu tak seharusnya bergandingan denganku. Ada orang lain yang lebih layak untuknya.. jadi lebih baik aku tidak terlalu mengikut kata hati.. ‘dia’ pasti sudah punya insan istimewa di hatinya.. jika masih belum berpunya pun, tentu ‘dia’ tidak ingin berpasangan denganku.. lihat saja dirinya, ada segala-galanya.. rupa, kerjaya.. sedangkan aku, masih terlalu mentah, belajar pun belum habis.. x de rupa pun..

November
17 November
Aku menduduki peperiksaan SPM hari ini… sudah hari kedua. Hari ini aku menduduki peperiksaan kertas Bahasa Inggeris. Dari dalam dewan aku nampak kelibat cikgu kesayanganku yang mengajar subjek ini sedang berjalan menuju ke biliknya. Erm.. dalam hati aku nekad, aku akan pastikan aku dapat menjawab soalan hari ini dengan baik. Aku akan hadiahkan keputusan yang baik kepada cikgu yang aku gelar Sir itu.. selama ini, dia sudah begitu banyak mengajarku dan dia juga terlalu baik melayaniku..
Erm.. bila ckp pasal Bahasa Inggeris, aku tiba-tiba teringat ‘dia’. Setahu aku, ‘dia’ seorang guru Bahasa Inggeris, dengan opsyen minornya Pendidikan Seni. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Macam mana nak jumpa, kami berlainan daerah. Aku sendiri sudah maklum, peluang untuk aku bertemunya hanyalah apabila atukku raikan apa-apa majlis je.. masa tu la aku boleh ikut ma dan abah ke sana dan ‘dia’ juga pasti akan ada kerana ‘dia’ bagaikan cucu atukku juga sejak ‘dia’ berkawan dengan Abang Mie. Selain itu, aku juga hanya boleh mencuri menatap wajahnya bila nenekku pula pulang dan buat kenduri kt sini, so, ‘dia’ juga pasti akan datang bersama Abang Mie dan family sebelah atuk.

December
11 December
Aku rasa aku bebas.. tidak perlu lagi menghadapi kepenatan menelaah buku pelajaran. Peperiksaanku sudah selesai.. dan baru je dua hari lepas aku menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada diriku sendiri. Aku sememangnya telah berjanji aku hanya akan menggunakan telefon bimbit selepasa aku dah habis exam. Ini kerana aku tidak mahu pelajaranku merosot kerana pengaruh daripada gajet ini.

Malam..
Aku leka membaca novel.. tiba-tiba, aku mendapat satu SMS. Sape ni?
> Hi.. my girl..
sape ye..? aku pening sendiri. Aku tak kenal langsung nombor ni.
>Hi.. sape ye?
lama aku menunggu. Resah juga. Dalam hati, teruja nak tahu dia ini siapa… secret admire aku ke? Hehe.. tapi sape yang nak minat aku.. bukan popular sangat pun kat sekolah.
>What are you doing?
ai, aku yang tanya dia, dia yang tanya aku balik? Sape ye dia ni..? silap nombor ke..
>Sorry ye. Awak ni sape? Silap nombor ye? Erm… lain kali, tgk betul-betul nombor tu sebelum tekan, ok..
aku mula panas hati.. entah sape-sape la yang sesat ni.. malas aku nak melayan.
>It’s me.. erm.. abang ni..
hah! Abang mana ni? Abang aku bukan pakai nombor ni.. abang mana? Abang Mie ke? Tak mungkin.. mamat tu dah ada tiga nombor.. takkan beli nombor baru lagi.
>Abang mana? Saya tak kenal. Sory ye. Rasanya kita tak ada urusan apa-apa..
aku tak tau sape dia ni.. sape abang?
>Abang ni. Fid. Sekarang, dah kenal, kan?
aku melopong. Alamak…. Biar betul. ‘Dia’ ke? Heee… malunya.
>Nape senyap? Tak nak mengaku kenal abang ke..?
haaaa… apa aku nak ckp ni ye..
>Sory.. abang ke..? hehe.. ingatkan sape tadi.
itu je yang boleh aku cakap.
>What are you doing?
>Bc novel.. dh abis exam ni, boring tak tau nak buat apa..
>Ira sihat..? lama abang tak nampak.
>Sihat.. abang?
>Ok jer.. just sakit sikit..
>Sakit? Sakit apa? Teruk?
aku hairan dengar ‘dia’ sakit.. tapi ada kemungkinan juga, sebab aku pun dah lama tak dengar khabar ‘dia’.
>Sakit rindu.
Ya Allah. Sakit rindu??? Pada sape.? Buang tabiat agaknya ‘dia’ ni, ada pulak bagitahu kat aku macam tu.
erm… nape bagitahu kat Ira? Bagitahu la kat orang yang buat abang sakit rindu tu.. nanti, dia bagi kiss, sure abang tak sakit lagi dah.. hehehehe..
aku sudah mula dengan perangaiku yang suka mengusik. Memang aku agak nakal apa lagi dengan orang yang aku rasa selesa bersamanya.
>Nak ke dia bagi.. kalau dia bagi kiss betul-betul, tak pe la, kalau dibuatnya dia bagi pelempang,..
>hahahahaha….
>abang call, boleh?
haaaa?? ‘Dia’ nak call? Eeii, segan pula rasanya. Lama aku berfikir.
>tak apa la, lain kali mungkin,. Ira dah nak tido ye? Ok la.. gud nite my girl. Sweet dream.
aku terkedu. Alaa. Melepas aku nak dengar suara ‘dia’. tu la, sape suruh aku fikir lama sangat.erm.. aku akhirnya meletak novel atas meja, dan fikiranku mula terbayang-bayang wajahnya hinggalah aku terlena….
Ini adalah permulaan.. ini adalah SMS pertama daripadanya.. aku akui aku suka ‘dia’, tapi aku sering berusaha untuk menidakkan kerana aku tahu, aku tak sepatutnya menyimpan apa-apa perasaan pada orang sepertinya. ‘Dia’ tentunya punya kehidupan sendiri. Usianya 6 tahun lebih tua daripadaku. ‘Dia’ sudah berkerjaya, punya harta, rupa lagi.. aku..? aku masih layak bergelar budak sekolah. Tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan pada diriku selain kelebihanku dalam pelajaran. Kalau aku bergandingan dengannya, ‘dia’ pasti akan diketawakan. Sebab apa? Sebab bagiku, ‘dia’ seorang yang lengkap pakejnya sebagai lelaki idaman. Lihat saja wajahnya. Putih.. matanya, Ya Tuhan, cantikkkk…. Hitam pekat. Sudah la begitu, ‘dia’ miliki seulas bibir yang merah.. sebab tu aku suka.. ‘dia’ umpama keju.. dan aku, macam belacan je rasanya..
Pagi
>Sleep nicely last nite?
Pagi-pagi lagi ‘dia’ sudah rajin menghantar SMS kepadaku. Aku senyum. Entah kenapa aku rasa bahagia..
>Yup.. mimpi jumpa Prince Charming..
aku sengaja membalas begitu.
>Abis, Ira buat apa bila jumpa dia?
>Ira Tak buat apa-apa..
aku sengaja jawab macam tu, ingin menduga apa yang sedang ‘dia’ fikir.
>Tak kan tak buat apa-apa.. tak kan tak rindukan dia. dia rindukan Ira.
hisy… nape aku rasa macam nak faham je apa yang ‘dia’ cuba sampaikan.. tapi betul ke? ‘Dia’ sedang maksudkan Prince Charming itu adalah dirinya sendiri..
>Ira Rindu dia jugak….
aku tak tau kenapa aku menjawab begitu. Tapi yang aku pasti, aku seolah-olah membiarkan sahaja suara hatiku itu terluah.. aku rasa ‘dia’ faham..
Aku dikejutkan dengan deringan telefon sebaik sahaja aku selesai menghantar SMS itu kepadanya. ‘Dia’..

Januari 2007
Hidupku mula berubah. ‘Dia’ hadir dalam hidupku dengan membawa cinta. Tak pernah aku menduga. Aku bahagia dengan apa yang ‘dia’ berikan. ‘Dia’ seorang yang baik, penyayang, selalu berfikiran terbuka malah selalu memahami aku. Cuma kadang-kadang ‘dia’ suka mengusikku kerana katanya ‘dia’ suka melihat aku merajuk..
Sungguh, aku bersyukur dengan kehadirannya. ‘Dia’ membuatkan aku belajar banyak perkara tentang kehidupan. ‘Dia’ selalu mengajar aku menjadi seorang yang matang. Sungguh, aku terlalu bahagia. Kadang-kadang ‘dia’ mengakui bahawa ‘dia’ bimbang aku akan berubah perasaan terhadapnya, kerana baginya aku masih muda, mungkin perasaan sayang yang aku ada terhadap dirinya itu sekadar cinta monyet.. tapi seringkali aku menegaskan, aku tahu apa yang aku rasa. Dan aku pernah berteru terang yang sehingga sekarang ini aku merasa takut.. takut kerana sedar aku dan ‘dia’ berbeza. Aku bimbang suatu hari nanti akan ada halangan disebabkan perbezaan ini. Lagi pula, aku sering merasa rendah diri untuk mendampinginya,, rasa macam aku tak layak untuk seorang lelaki yang ‘sempurna’ sepertinya. Tapi ‘dia’ pernah memarahi aku kerana berfikiran seperti itu.. erm.. dari sifat-sifatnya, aku dapat merasakan aku semakin menyayanginya.. bukan main-main..
Hubungan kami berlangsung tanpa banyak masalah. Mungkin kerana ‘dia’ lebih tua daripadaku, jadi ‘dia’ mampu mengawal keadaan supaya sentiasa dalam keadaan baik. Sehinggalah aku sudah menyambung pelajaran dalam tingkatan 6 pun, ‘dia’ masih setia menemaniku. Aku senang dengan setiap layanannya. Aku bahagia. Cuma ada ketikanya aku sendiri tertanya-tanya kenapa ‘dia’ memilih aku sedangkan ramai perempuan di luar sana yang rasanya lebih cantik.. aku kadang-kadang keliru.

September
Permulaan kisah sedihku dalam percintaan ini. Entah dari mana datangnya seorang perempuan yang mengaku sebagai kekasihnya.. aduh! Betapa hanya Tuhan sahaja yang tahu sakitnya aku rasakan. Bila aku bertanyakan kepadanya, ‘dia’ menafikan. Katanya itu hanyalah temannya. Tapi lain pula kisah yang perempuan bernama Aisha itu beritakan. Perempuan itu sering menggangguku dengan SMS-SMSnya, menceritakan keindahan-keindahan yang dilalui bersama ‘dia’.. ‘dia’ yang aku sayang! Aku minta ‘dia’ berterus terang.
“Dia kawan abang aje Syg. Okay. Abang ngaku dia pernah hadir dalam hidup abang, tapi tu dulu.. dulu Syg, sebelum abang jumpa Ira.” ‘Dia’ bersungguh-sungguh. Aku rasa nak nangis. Kenapa ‘dia’ tak cakap dari awal.?
“Tapi dia selalu ganggu Ira. Tahu tak, terlalu menyakitkan..”
‘Dia’ mengangguk. “abang tahu.. Ira rasa sakit.. sebab Ira sayang abang.. abang tau.. please syg, jgn fikir lagi hal ni. Jgn layan dia. Dia hanya akan sakiti Ira. Jgn layan dia. kalau layan, camni la jadinya..”
‘Dia’ mendekatiku yang sedang mengesat air mata. ‘Dia’ memandangku. Aku tunduk.
“Abang sayang Ira aje”..
Aku pandang anak mata hitamnya. Mencari keyakinan. ‘Dia’ mengangguk. Aku senyum..
*******
> I kluar dengan ‘dia’ tadi. Kitorang pergi shopping. I ada tanya ‘dia’ pasal u. ‘dia’ cakap u yang syok sendiri.. memang u ni jenis tak sedar diri, ye?
Aku mendapat SMS daripada perempuan itu lagi. Aku tahu perempuan ini mendapat nomborku daripada ‘dia’. aku tiba-tiba rasa pedih.. sakit.. betul kah? Atau sengaja perempuan ini mereka cerita? Kenapakah perempuan ini seperti ini selalu menyakitiku? Kenapa harus dia berusaha menyakitiku lagi sedangkan hubungannya dengan ‘dia’ sudah lama berakhir? aku cume diamkan diri sahaja. Tidak pernah membalas. Aku juga tidak memaklumkan kepada ‘dia’ tentang apa yang perempuan ini sudah buat.
Aku ke sekolah.. berada dalam kelas, tapi hatiku jauh..berada di sampingnya..teringat-ingat kata-kata perempuan itu semalam.
Malam ini, aku sudah tidak tahan menanggung sedihku sendiri. Aku SMS ‘dia’.
>Abang, do you still love me? (Tak kira la sebagai apa). Ira tak tau kenapa Ira sensitive sangat kebelakangan ini.. do you still love me?
Aku sabar menanti.
>Why did you asked me so, Syg? Kenapa ni? Dia kacau lagi ye? Ira, I will always love you, ok. I love you accidentally, I love your character, so close to me.. abang sayang Ira… I don’t know how can I love you as I know you are too young for me to love.. please, percaya, abang tak pernah tipu Ira bila abang kata abang sayang Ira.. ok, syg.
Aku mengeluh menbaca ayat-ayat itu. Lega sedikit walaupun dalam hati aku masih bimbang. Namun, aku senang dan tenang, sekurang-kurangnya aku tahu ‘dia’ masih bersama-samaku.. ‘dia’ memang begitu, tak pernah biarkan aku menangis..

Oktober
‘Dia’ membawaku ke satu tempat. Pantai.. ‘dia’ menggamit tanganku ke arah satu sudut. Aku berhenti melangkah. Sunyi je kawasan ni. Dalam hati ada debar. Kenapa ‘dia’ ke sini bawa aku bersama?
‘Dia’ yang menyedari kekakuanku turut sama berhenti melangkah.berpaling kepadaku. Tersenyum.
“Kenapa Ira?”
“Kenapa kita datang sini.. sunyi je.. tak ada orang pun, abang..”jelas di wajahku ada kegusaran. ‘Dia’ masih senyum namun makin lebar je aku tengok. ‘Dia’ mendekatiku. Rapat, sambil matanya merenungku.. aku makin la resah. Tak pernah-pernah ‘dia’ begini.
“Ira ni kenapa? Ira takut ye..? kenapa nak takut.. Ira dengan abang, kan? Orang yang Ira syg jugak..” apa maksudnya? ‘dia’ semakin dekat sambil menarik tanganku ke dalam genggamannya. Kemas. Aku takut. Aku cuba memandangnya.
“Ira fikir abang nak buat tak elok ye?”
Soalnya sambil senyum nakal. Aku malu sendiri. ‘Dia’ memandangku.
“Kalau abang nak buat macam tu, dah lama dah abang buat syg, tak perlu tunggu hari ni”.. ucapnya bersahaja.. namun masih tersenyum. Aku mencubitnnya. Lega mendengar kata-katanya.. ‘dia’ ketawa tiba-tiba. Barangkali dari tadi ‘dia’ menyimpan tawa itu. Aku mencubit lengannya buat kesekian kalinya. ‘Dia’ pantas menangkap tanganku.
“Ira tak percayakan abang nampaknya, sebab tu boleh fikir sampai ke situ. Kan?”
Aku serba salah dengan soalannya. Bukan aku tak percaya.. aku mempercayainya. Selama ini, ‘dia’ memang menjagaku. Sentuh pun tidak, cuma sesekali bila ‘dia’ terleka atau ingin menenangkan ku, tanganku akan dibawa ke dalam gengganmannya.
“Bukan.. Ira percaya abang.. Cuma sekadar berhati-hati, mana tahu tadi abang hilang kawalan..”aku membalas kata-katanya sambil melirik manja. Ketawanya meletus.
“Memang kalau ikutkan hati, hari-hari abang boleh hilang kawalan bila dengan Ira.” ‘Dia’ menjawab nakal. Aku menjerit manja. ‘Dia’ ketawa.
“Dah la, jom. Abang nak bawak Ira jumpa seseorang. Aisya.”
Mendengar kata-kata itu, senyumanku hilang. ‘Dia’ mengerti, namun terus menarik tanganku.
“Lagi cepat kita jumpa, lagi cepat settle. Jom. Tak ada apa-apa, ok. Jangan bimbang.” ‘dia’ meyakinkanku. Aku mengikuti langkahnya. Ada seorang perempuan sedang duduk minum di bawah pondok kecil yang dibina khas oleh pemilik restoran di situ untuk pelanggan yang suka suasana santai. Hatiku berdebar tiba-tiba.
“Assalamualaikum.”
Perempuan itu berpalinng. Ada segaris senyum di bibirnya namun mati bila melihat aku ada bersama. ‘Dia’ menarik kerusi untukku, dan memesan air untukku. Perempuan itu hanya memerhati..
“Fid, kenapa dia ada sama? You kata ada hal nak bincang..” suara perempuan berdarah campuran Melayu-India itu agak menekan. Aku akui wajahnya cantik. Ada daya tarikan. Kenapa ye ‘dia’ boleh berpisah kasih dengan perempuan ini..?
“Fid tak de masa lama ni. Apa kata kita straight to the point.. erm..” kata-katanya putus bila seorang pelayan datang membawa minuman. Satu je? ‘Dia’ menolak gelas minuman itu kepadaku. Aku memandangnya.
“abang?” soalku.
‘Dia’ senyum. “Tak, syg. Minum je. Nanti kalau abang nak, abang order. Minumlah.” ‘dia’ menjawab lembut. Aku perasan perempuan itu sedang mencebik.
“Apa yang you nak sebenarnya, Sha? Kita dah lama tak ada apa-apa. Kenapa nak ganggu Fid lagi?” suara ‘dia’ tegas. Aku cuma memerhati. Aisha nampak terkejut.
“You know I still love you.. ”
“Tp kita dah lama pilih untuk break, kan. Pilihan kita. Pilihan you. dan sekarang tolong jangan ganggu kehidupan Fid lagi.. dan please, jangan pernah ganggu Inaira. I warn you.” Aku terkejut. Suaranya begitu berbaur marah. Dalam hati aku bersyukur andai ‘dia’ betul-betul ikhlas menjagaku.
“Sha tak faham la dengan Fid.. apa yang dia ni ada..? bukannya cantik pun..!”
Aku rasa ingin menangis saat itu juga. Aku cuba tahan. ‘Dia’ bangun dari kerusi.
“You tak pernah berubah, Sha. Biar Fid je yang nilai kat mana kecantikan dia!” ‘dia’ pantas menarik tanganku agar banggun. Air yang masih bersisa aku tinggalkan. Aku berdiri disebelahnya. Hatiku sedikit terpujuk dengan kata-katanya.
“Fid tak main-main. Terimalah hakikat yang kita dah tak ada apa-apa. Dan cari lah kebahagian Sha sendiri.” Dengan kata-kata itu kami melangkah meninggalkan perempuan itu.
*******
“Maafkan abang syg. Dia memang macam tu. Dan sekarang, Ira tahu kenapa abang sanggup kehilangan dia dulu kan..? dan sekarang juga Ira tau yang abang memang sayang Ira.. lebih daripada abang pernah sayang dia dulu.. sebab Ira lain dari yang lain. Selau buat abang rasa dihargai, dihormati, dan disayangi.. Ira buat abang tenang.. abang sayang Ira.,.tau?” ‘dia’ menghidupkan enjin kereta. Bersedia meninggalkan kawasan pantai yang menjadi saksi perasaanku dilukai kata-kata perempuan itu, dan juga menjadi saksi perasaanku diubati dengan kata-kata ‘dia’..
Aku pantas menyentuh tangannya yang erat menggenggam gear. ‘Dia’ berpaling. Pertama kali aku melakukan sedemikian. Tentunya terkesan di hatinya.
“Terima kasih sebab sayang Ira.. Ira sayang abang sangat..” air mataku menitis ke baju sesudah aku mengucapkan kata-kata itu. ‘Dia’ merenungku. Dalam. Aku cuba tersenyum. ‘Dia’ meletakkan tangannya ke atas kepalaku yang dilitupi tudung.. aku dapat merasakan kasih sayangnya. Beransur-ansur aku rasa ada sesuatu yang menyelinap masuk dalam hatiku.. kalau ianya halal, sudah lama aku menyalaminya dan mencium tangannya, memeluknya dan menghadiahkan sebuah ciuman untuknya…… terima kasih sayang…
Semoga diari Ira akan hanya dipenuhi kisah-kisah manis cinta kita selepas ini, tiada lagi catatan yang menyakitkan…….


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

29 ulasan untuk “Cerpen : Diari cinta inaira”
  1. fara says:

    sangat sangat best.. suka ngan fid.. hehehe..

  2. miera says:

    kalau lah dalam dunia realiti ada lelaki mcm fid tu mesti bahagia idup…zaman sekarang semua lelaki tak guna…hampeh..

  3. niena says:

    hmmm….ad lg ke org mcm fid 2 eyk???? :???:

  4. miss hasry says:

    ada..hahahhaa.. bf aku..hahahahaha…. hurm.. protecting n mcm tu la… hahahhaa.. btw beza dy aku ngn dy sebaya.. tp dy mang matng dari umurnya.. i love him..hehhehee

  5. wana says:

    so cute….
    luv it

  6. haney says:

    congrats pnlis..
    so sweet..ske ngn wtak fid..
    gentle abes la…
    i like..
    n my bf klon fid..hoho..
    :mrgreen:

  7. eDaYa says:

    :cool: …..

  8. darling @ charming says:

    well, tq2 ats sokongan anda semua..

  9. teratai putih says:

    Aku tau doh…Kisoh yg hampir2 perang dunia ke seteusnya,,haha..Aisya hok dok Geting tuh…Hheee

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"