Cerpen : Hikmah

7 March 2010  
Kategori: Cerpen

3,877 bacaan 11 ulasan

Oleh : Pena Nurani

Pukul tiga pagi. Peluh memercik dari dahiku. Entah kali ke berapa dalam tahun ini aku sering tersedar dari tidurku.Tidurku tidak pernah lena sejak peristiwa itu.Jelas terbayang dalam fikiranku, segala-galanya bagaikan baru semalam berlaku.Tapi hakikatnya, peristiwa hitam itu sudah berlalu dan membekas dalam hidupku enam bulan yang lalu.Ya, setengah tahun yang lalu.Usah dikenang detik itu,bukan salahmu,itu takdir namanya.Ungkapan yang sering singgah ke cuping telingaku yang datang dari mulut seorang sahabat.Gebar yang menutupi badanku ditolak ke tepi, panas, detik hatiku.Kepalaku menyapa bantal empukku, tapi, mataku masih liar memerhati ruangan bilikku yang gelap.Tatkala ihsan lain sedang nyenyak dibuai mimpi, aku keseorangan mengenangkan masa silam.

Ketukan perlahan pintu kamarku membangunkan aku yang baru terlelap sejam yang lalu.Aku bingkas bangun untuk menyahut panggilan dari ibuku lalu mengatur langkah ke kamar mandi.Rasa mengantukku masih bersisa, tapi ku gagahi juga untuk menunaikan rukun islam yang kedua.Selesai berjemaah bersama keluarga, aku menyepi sendirian di dalam kamar.Deringan telefon bimbitku menggangu lamunanku.

“wawa!! Cepat, kita pergi hospital! Siti dah sedar!” suara dahlia di hujung talian tefonku menggegarkan nurani aku.Aku tergamam seketika,antara percaya atau tidak, aku seperti orang yang kebingungan. “Wa, kau dengar tak ni?? Cepat siap, nanti aku jemput kau, kita pergi sama-sama.”

” Ha?? Ok..ok.. aku tunggu kau, cepat sikit..” Bagaikan tersedar daripada mimpi, aku bingkas bangun mencapai tudung dan beg galasku yang terletak di sudut kamarku.Separuh berlari, aku menuruni anak-anak tangga dari kamarku lalu mengatur langkah ke dapur.Sangkaanku tepat, ibu masih di dapur sedang menyediakan sarapan.Berita yang baru diterima dimaklumkan kepada ibu.Ternyata ibu turut bersyukur setelah mendengar berita tersebut.

10 minit kemudian aku sudah berada di dalam perut kereta dahlia.Suasana sunyi menguasai keadaan.Masing-masing membisu, melayan perasaan masing-masing.Perjalanan yang akan mengambil masa satu jam 30 minit untuk sampai ke Hospital Sri Pelangi, sebuah hospital swasta tempat siti dirawat terasa begitu lama.Hatiku diulit rasa gusar. “Lia, aku takutla.Kau rasa, siti akan maafkan aku tak? Aku tak sedap hati ni.” Terpacul soalan daripada mulutku,memecah kesunyian. Dahlia hanya tersenyum tipis. “Ala wa, kau tak payah risau,aku kenal sangat dengan siti tu.Dia bukannya jenis yang suka berdendam.Lagipun, bukan salah kau, benda dah nak jadi..”

Jawapan Dahlia mengunci mulutku.Aku mengangguk perlahan,mengiyakan,tapi hatiku tetap gusar dan gelisah.Peristiwa enam bulan yang lalu bagaikan bermain-main di ruangan mataku.

Enam bulan yang lalu…

“Woi, perempuan miskin,dahla miskin, tak sedar diri pulak tu.Yang kau sepak kaki aku ni kenapa ha?Mata kau tu kau letak kat mana? Herdikan yang agak keras memecah keheningan hutan simpan Gunung selasih.Berpuluh-puluh pasang mata perserta kem jati diri tertancap pada sesusuk tubuh kecil yang sedang terkial-kial untuk bangun. “Ya Allah,Siti, apa dah jadi ni? Sapa buat kau macam ni? Woi,wawa, kau apasal ha?Dah tade keje lain ke,kau ni, kalau tak sakitkan hati siti tak boleh ke?” Dahlia membantu mengutip barang-barang siti yang bertaburan di atas tanah.

“Itu aku punya pasal la,sapa suruh budak miskin ni,sepak kaki aku?” suaraku yang separuh menjerit sekali lagi memecah keheningan tapak perkhemahan kami. “Kau….” belum pun sempat dahlia mengangkat tangannya ke mukaku, tiupan wisel salah seorang fasilitator mengalih perhatian kami.Lima minit kemudian, semuanya kembali kepada kerja masing-masing untuk mendirikan khemah. “Siapla kau, tak pasal-pasal aku yang kena marah!” getus hatiku yang sedang amarah sambil menyimpan dendam kesumat.

“Eh, apasal pulak saya kena buat kerja ni dengan budak ni! Kan ramai lagi, kenapa saya pulak?” aku meluahkan perasaan tidak puas hati kepada seorang fasilitator yang mengarahkan aku dan siti untuk mencari kayu untuk kumpulan kami yang seramai sepuluh orang.Dendamku masih bersisa. “Eh, apa masalah awak ni? Ni arahan , kalau awak tak buat, saya akan denda awak! Awak nak saya denda awak depan semua peserta?Dah nama kem jati diri, awak mesti ada semangat dan sikap bekerjasama dan tolak ansur!” Bebelen fasi tadi mematikan rungutan aku.Mataku tajam menjeling ke arah siti sambil kakiku lambat-lambat berjalan masuk ke dalam hutan yang lebih tebal . Sengaja aku membiarkan siti berjalan di hadapanku. “Cepatla sikit, kalau tak, bila kerja nak siap?” marah fasi tersebut lagi. “Ah!!” aku mendengus.

Sepuluh minit berlalu.Aku masih berjalan di dalam hutan dengan tangan yang masih kosong.Aku lihat tangan siti separuh penuh dengan kayu yang dikutipnya.Aku hanya membiarkan dia bekerja sendiri, kerana rancanganku nanti, apabila kembali ke tapak kem, aku akan merampas semua kayu tersebut lalu menuduhnya tidak menjalankan tugas.Ha, di situla dendamku akan terbalas. Aku lihat siti begitu tekun menjalankan kerjanya, terdetik hatiku, mengapalah siti ni senang dibuli.Lemah sangat, sama sahaja dengan watak-watak heroin dalam drama tv yang hanya tahu menangis .Ah, itu semua tak penting, yang penting, hatiku puas.

“Eh, apa ni!” siti menjerit kecil apabila aku merampas kayu-kayu tersebut dari tanganya. “Kau diam! Aku punya suka la aku nak buat apa! Haha..” Hatiku girang kerana berjaya menyakiti siti.Tapi, akibat terlalu gembira, aku tidak sedar apabila kakiku tergelincir di tepi jurang apabila aku berjalan mengundur tadi. “Aaaaaa….” Aku menjerit dengan sekuat hati, kayu-kayu yang aku pegang tadi bertaburan jatuh ke dalam jurang,tapi tanganku sempat berpaut pada tebing.Siti memegang lenganku dan sedaya upaya menarik aku ke atas, dan teryata usahanya berjaya.Jantungku berdegup kencang, hatiku berbaur takut dan cemas setelah diselamatkan oleh siti tadi.

Aku lihat, siti menyeka dahinya, kepenatan.Masing-masing membisu,perasaan terkejut masih bersisa. “Argh!!!” Belum hilang panikku, aku menggelabah apabila melihat tanah tempat siti berdiri runtuh, dan kini siti pula berada dalam posisi seperti aku tadi, berpaut di tebing jurang.Naluri kemanusiaanku timbul,hilang segala rasa benci aku terhadap siti sebelum ini.Tanganku segera mencapai lengan siti.Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu,perit tangan aku kerana berpaut tadi masih belum hilang.Perlahan-lahan lengan siti terlepas dari tanganku. “SITI!!!!!” Lengan siti terlepas dari genggamanku.Mataku menangkap tubuh kecil siti berguling-guling di celah-celah pokok.

“Ya Allah!!” Jeritan beberapa orang fasilitator yang baru tiba bersama-sama beberapa peserta kem menjadikan suasana begitu panik.Mereka bergegas ke sini apabila mendengar jeritan aku sebentar tadi.Tindakan segera diambil.Panggilan kecemasan dibuat oleh ketua fasilitator.Beberapa peserta dan fasilitator lelaki bergegas menuruni jurang tersebut.Berhati-hati,teryata, struktur tanah di situ tidak berapa kukuh.Beberapa kali mereka terjelepok, di tambah pula dengan akar-akar pokok yang menyulitkan perjalanan mereka menuruni jurang tersebut.

Aku hanya mampu menangis teresak-esak menyesali kegagalan aku menyelamatkan siti.Beberapa peserta wanita lain cuba mentetenteramkan aku. “Ini semua sebab kau! Kau yang patut bertanggungjawab!!!” Suara herdikan tersebut mengejutkan aku.Beberapa peserta lain kelihatan sedang memegang Dahlia yang cuba menyerang aku.Matanya merah dan bengkak.Aku hanya pasrah menunggu apa yang akan dilakukan oleh Dahlia,sememangnya aku yang bersalah.Tapi sangkaanku meleset, dahlia terduduk sambil menekup mukanya setelah berjaya ditenteramkan.Bahunya terhingut-hingut,menangis teresak-esak.Perlahan-lahan aku mendekati Dahlia, lalu memeluknya dengan erat,hatiku terkejut apabila dahlia membalas pelukanku.Air mataku samakin laju membasahi pipiku,begitu juga Dahlia.

“Wawa, kau tak nak turun ke?” Suara dahlia mematikan lamunanku pada peristiwa hitam tersebut.Aku bergegas turun dari kereta milik dahlia dan berjalan beriringan memasuki bangunan hospital.Mukaku masih murung ketika kami berdua menunggu di hadapan lif.Wad wawa diletakkan di tingkat tiga.Tanganku memegang kemas tali beg sandangku.Dahlia yang sejak tadi memerhatikan aku mula bersuara. “Kau tak payah risau la.Yang penting siti selamat.Aku yakin,siti tak salahkan kau .” “Ya, yang penting siti selamat.”Aku membalas percakapan dahlia tadi antara dengar dan tidak.

Semakin kami menghampiri bilik siti, hatiku semakin berdebar.Kelihatan seorang wanita yang berumur lewat 50 an keluar dari bilik tersebut.Mak siti. “Eh,wawa, lia, masuklah, siti ada kat dalam, baru sedar.Mak cik nak ke surau kejap,nak bersolat.” Pelawa wanita tersebut sambil air matanya masih berlinang,bersyukur.

Tanpa berlengah,dahlia menarik tanganku menemui siti.Siti terbaring lesu di atas katilnya.Matanya sayu melihat aku. “Wawa…” Aku terpingga-pingga apabila mendengar siti memanggil namaku.Masih gelisah, sangkaanku pasti aku akan dihalau keluar.Tapi, sangkaanku meleset apabila melihat bibir siti menyukir senyuman manis yang penuh ikhlas.Ya Allah, aku bersyukur kepadamu.Tubuh siti segera kupeluk dengan erat.Dahlia hanya memerhatikan kami berdua sambil tersenyum.Benarlah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kini, aku memperoleh sahabat yang benar-benar sejati dan ikhlas.Terima kasih Ya ALLAH.

P/S: Ini merupakan karya pertama ciptaan penulis.Pandangan ,nasihat dan teguran daripada pembaca amat dihargai.Terima kasih.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Cerpen : Hikmah”
  1. s! BuDak H!T@m says:

    ok la..kalo pjg cket lg, mst lg best..hehe… pndpat sy jew la… ;-)

  2. nikku says:

    arghhh…suka suka..
    bykkan cerpenyg bertemakan out dari cinta..
    borink dah asyik2 cinta jek..

    teruskan usaha..

  3. kiki says:

    patutnye siti tuh toleh tmpt lain terus,jgn dipandang wawa yg berhati binatang tuh! eiiii, geram aku!

  4. nurul khusna says:

    cerita dah best tp baru nak syok bace dh abih..
    bnyk suspen la dlm cite ni tp ok gak
    :grin:

  5. farah amanina says:

    nice.. cntik.. tapi kalo panjangkn sikit.. dah nak feel tadi.. cuma terstop.. heheehe… lag satu bnykkn dialog.. dialog tu asingkan dri perenggan.. baru senng baca.. heheeh.. juz pendapt jugk nih.. :)

  6. i m sleepy says:

    nice~~
    tp pnjgkn lg..huhu :shock:

  7. Que_Lyana says:

    Salam. Cerita ringkas, good story tentang persahabatan dan erti kemanusiaan. Cerita lain dari kebiasaan, ialah biasanya kisah cinta saja. Teruskan berkarya.

  8. akxkesah says:

    pndpt ak sme jew ngn kt ats tu ^ hee
    br nk feel ckit da abis. .hee
    len dr y len. .
    niceeee~
    gud job n gud luck writer. .
    truskn usaha ;-) ;-) ;-)

  9. IRA says:

    bagus teruskan berkarga lain ye…

  10. Wan Nur Athirah says:

    kalau dipanujangkan ni mesti bagus…anyway..teruskan berkarya dan tingkatkan lg usaha..good luck..semoga berjaya

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"