
Cerpen : Im your No1 fan!!
Oleh : mieyuki
Tahun ni dah masuk 4 tahun aku pedam perasaan aku ni…..aku dah pasti pe aku buat ni memang tak kan menjadi…..sebab aku menyukai orang yang susah untuk aku dapat.
Aku berkerja sebagai staf menguruskan pentas untuk artis apabila ada event dan Music Corner yang merupakan sebuah rancangan yang menyiarkan penyanyi yang memduduki carta tertinggi lagunya….setiap hari aku melakukan kerja yang sama. Pelbagai sikap dan gelagat diri artis yang sebenar aku dapat lihat.
Aku berkerja disini mungkin sebab takdir aku,ramai kawan-kawan aku meminta bantuan aku untuk bertemu dengan penyanyi kesukaan mereka tak lepas juga dengan bantuan autograf yang mereka inginkan.tetapi aku hanya dapat membantu kawna-kawan aku itu hanya semana aku mampu sahaja. Ini kerana aku sendiri tidak dapat untuk bertemu dengan penyanyi yang aku minat Yunjae….memang seorang penyanyi berbakat,dia juga salah seorang yang menjadi tumpuan semua gadis apabila dia muncul di pentas bersama ahli kumpulannya…….dan dia juga telah merubah perasaan aku untuk menyukai seseoranng semula.
3 tahun yang lepas,aku terpaksa pulang lewat untuk menyelesaikan semua barangan yang masih tidak tersusun di stor,selesai mengemas aku duduk di sebuah bangku yang berhampiran bilik latihan bagi semua penyanyi untuk menari dan berlatih vokal sebelum muncul di pentas….sedang aku duduk sendirian mengeluh….aku terdengar suara seseorang yang seperti sedang menangis,lalu aku mencari punca suara dan ,menghampiri suara itu.
“maaf….sekarang bukan masa….”
Belum sempat aku menghabiskan ayat aku dia mencelah
“maafkan saya….sa..sa…saya cuma nak kembalikan semangat saya…saya tak nak kawan-kawan tahu akan kelemahan saya ini….”
“kelemahan????….sampai awak perlu menangis macam ni?..saya ingat lelaki macam awak ni tak tau akan menangis ni yek….”
“saya pun manusia gak…..apa awak buat kat sini?”
“awak tanya saya buat apa kat sini?….saya kerja kat sini ni la…oh ye,mana bodyguard awak ni? Penyanyi yang tengah hangat dan popular macam ni tak kan di biar seorang je kat sini?”
“saya yang lari dari diorang semua ni…”
Pada malam itu aku menemani Yunjae melakukan latihan menarinya….Yunjae terpaksa berkerja keras untuk melindungi keadaan kakinya yang punyai masalah untuk menari…ini kerana dia kerap kali terjatuh dan memaksa kakinya untuk melakukan apa yang dia tidak mampu,sehingga doktor memberi amaran agar dia berhenti dari menari lagi sebelum kaki semakin mudarat…tetapi sikap keras kepalanya membuatkan dia masih ingin meneruskannya…..hampir setiap malam aku melihat Yunjae menari sendirian di bilik itu.sememangnya semangat Yunjae sekali pun tidak pernah luntur…..hampir beberapa bulan Yunjae membuat latihan tersebut sambil ditemani aku membuat aku tertarik dengan semangat yang Yunjae miliki.
Pada suatu malam,setelah Yunjae penat berlatih aku masuk kebilik tersebut dengan menghulurkan sebotol air mineral dan sehelai tuala kepadanya.kami mula berbual tentang kehidupan kami sedikit demi sedikit pada hari itu.
“kaki kau macam mana? Kalau kau terus berdegil macam ni,akan memudaratkan kaki kau kan?ahli kumpulan kau yang lain dah tau ke pasal ni?”
“aku tak kan beritahu diorang…aku tak nak diorang tau akan hal ni dan memudarat keseluruhan kumpulan kami yang sedang naik ni…..”
“kalau jadi orang popular ni semua benda mesti kena buat ke?sampaikan kesihatan sendiri pun kau nak abaikan …..how about your family lak? Diorang tau ke pasal ni?”
“diorang…..memang bertuah buat aku kalau diorang ambil berat pasal aku ni…..mak ngan ayah aku dah lama bercerai….sejak diorang bercerai diorang tak pernah pedulikan aku dan adik aku….mak sibuk dengan membuat hal sendiri,makan minum kami beradik pun dia abaikan….kadang-kadang hanya mee segera menjadi santapan aku dan adik aku…bila dia penat menjaga aku dan adik dia akan hantar kami kat ayah….tinggal dengan ayah memang cukup semuanya….tetapi kitorang masih macam orang asing bagi keluarga baru ayah tu…sampai aku ambil keputusan untuk tinggal dengan pakcik kat sini….jadi aku membesar dengan pakcik dan aku berazam untuk tinggal bersama adik aku bila aku dah mampu dan punyai segalanya…dan sebab tu aku tak nak putus asa walau macam mana sakitnya kaki aku ni…aku tetap akan teruskan usaha aku ni…”
“tapi cerita kau ni lain dari apa yang kau cerita kat majalah la…”
“tak kan aku nak story sal life aku yang langsung tak menyeronokan ni….sama la member yang lain diorang pun terpaksa banyak menipu demi peminat semua…”
“tapi macam ni kan tak baik……”
“nak buat macam mana lagi…..aku harap kau tak kan report hal ni kat wartawan lak…sebab aku percaya kau bukan orang macam tu kan…dan aku juga pasti kau pun ada benda yang kau nak orang lain tak nak tahu kan…”
Aku hanya menundukkan kepala aku ke bawah…..memang Yunjae yang aku lihat di pentas dan di media jauh berbeza……bermula malam itu aku merasakan aku semakin rapat dengan Yunjae….Yunjae juga memperkenalkan aku dengan adiknya melalui gambar di telefon bimbit…setiap malam aku bersama Yunjae aku berasa sangat bahagia dan menyeronokan buat aku……
Pada suatu hari, Yunjae dan ahli kumpulan akan mengadakan persembahan,mereka semua mula sibuk dengan persiapan…..semasa aku menguruskan belakang pentas….Yunjae lalu disebelah aku,dia mencuit bahu aku dan hanya memberi tanda seperti ingin aku memberi semangat kepadanya…aku hanya mampu tersenyum padanya ketika itu…..ketika mereka membuat persembahan aku menyaksikan dengan penuh seronok dan mata aku tak pernha lekang memerhatikan gerak geri Yunjae yang ligat dan penuh semangat bersama ahlinya…memang Yunjae di atas pentas dan luar pentas jauh berbeza dari aku kenal sebelum ni…..semasa Yunjae ligat menari aku ternampak seperti Yunjae punyai kaki seperti ada masalah..aku menjadi risau melihat dirinya…tetapi melihat senyuman Yunjae di atas pentas memberi senyuman yang manis kepada pemintanya…membuat aku mempercayai akan dirinya.
Selesai persembahan mereka,Yunjae dan ahli kumpulannya bergegas untuk sesi temu bual bersama wartawan…..dan sekali lagi pada malam itu aku dikehendaki pulang lewat untuk menguruskan barangan yang masih belum dikemas bergitu juga dengan pakaian ahli kumpulan Yunjae yang masih tidak disusun dengan baik oleh managernya.
Semasa aku mengemas pakaian itu sesuatu terjatuh ke lantai dari poket baju salah seorang dari ahli kumpulan Yunjae itu. Aku mengambil gambar itu dan aku terlihat itu adalah gambar Yunjae dengan seorang gadis yang sama serasi dan cantik jauh berbeza dari aku.entah kenapa semasa aku melihat wajah Yunjae yang mesra bersama gadis tersebut membuat aku sedikit sedih dan aku cuba mengendahkan tetapi aku masih tidak dapat mengendahkan…….
Semasa dirumah aku menceritakan segalanya kepada nenek aku, nenek aku hanya mengatakan yang aku telah menyukainya. Aku hanya mempunyai nenek dalam hidup aku ini disebabkan mak aku telah lama membuang aku. Jadi bagi aku segala-galanya adalah nenek aku.
Keesokan harinya,aku bekerja seperti biasa dan sekali lagi pada hari itu Yunjae dan ahlinya mengadakan latihan di kawasan tersebut. Aku cuba mengelak dari bertemu Yunjae pada hari itu. Tetapi entah macam mana aku selalu terserempaknya, setiap kali bertemu Yunjae,dia selalu berpura tidak mengenali aku tetapi dia akan memberi syarat dengan sengaja melanggar aku atau melemparkan senyuman yang manis pada aku…tindakan Yunjae membuat aku menjadi cair dengan serta merta…..memang aku dah jatuh hati pada Yunjae sekarang….dan dia bukanlah orang yang layak untuk aku cintai sebenarnya.
Untuk beberapa hari aku mengelaknya…..sehingga satu malam aku di arahkan untuk pulang lewat menguruskan pentas untuk event esok hari. Semasa mendengar event itu aku segera melihat senarai artis yang akan datang….aku amat terkejut melihat kumpulan Yunjae akan datang pada hari esok juga…..jadi aku segera menyiapkan kerja aku,selesai aku meyudahkan kerja aku,aku terduduk ditengah-tengah pentas itu,semasa berada di tengah pentas itu aku mula merasakan perasaan bagaimana semua penyanyi yang akan berhadapan dengan ramai mata peminat yang tidak akan putus memandang gerak geri mereka…..
“oooo…macam ni agaknya perasaan Yunjae….”(keluh aku sendirian)
Semasa aku berkata demikian,seseorang membalas kata-kata aku itu…
“ummm…memang la macam tu perasaan semua artis bukan Yunjae je….”
Aku terkejut melihat Yunjae yang muncul dari belakang aku….aku segera bangun dan sekali lagi cuba mengelaknya…..
“kau nak gi mana ni?”
“tak…ta…tak..aku nak balik..kerja dah abis….”
“oooo…kau tak nak teman aku ke malam ni?”
“aku…pe…penat…sangat….sebab settlekan semua ni..”
“kesian kau…aku selalu tengok ke jadi orang terakhir buat semua persiapan dan uruskan semua kerja kenapa yek?”
“sebab aku suka….aku pun ada matlamat sendiri..aku tak kisah pun nak buat semua ni…”
“bagus la macam tu…..kau penat kan…..duduk la dulu…maybe bila kau ambik masa macam ni kau dapat hilangkan penat kau sikit…”
Entah macam mana aku kalah dengan pujukkan Yunjae….aku tidak banyak soalan untuk bertanya dan bercakap lagi ini kerana aku asyik terbayang wajah gadis bersama Yunjae tu…
“aku ada benda nak tanya kau skit ni….”
“ummm…tanya la…..”
“kau suka aku ke?”
“apa????”
Aku bergitu terkejut bila Yunjae bertanya sedemikia aku menjadi malu dengan pertanyaan tersebut.
“eh,tak de aku gurau je….aku nak tanya benda lain sebenarnya…aku suka kena kan kawan-kawan aku macam tu….lagipun aku anggap kau ni dah macam kawan aku sekarang ni..kawan perempuan yang baik dengan aku…”
“kau tak elok main kan orang macam ni? kalau perempuan tu cakap dia suka kau nanti tak ke susah kan kau je….”
Aku cuba memperbetulkan keadaan yang telah dipermainkan oleh Yunaje tadi….
“kalau diorang cakap diorang suka aku..aku pasti akan cakap aku dah ada orang yang aku suka…”
“kau nak menipu lagi ke?”
“tak la,ni betul la,kau tak percaya tengok ni…”
Yunjae mengeluarkan gambar yang pernah aku lihat sebelum ni memang mimpi telah menjadi kenyataan buat aku kini….saat itu aku terasa amat lemah mendengarnya…aku cuba mengelak dari memandang wajah Yunjae dengan memberi alasan aku ingin pulang sekarang kerana aku mengantuk,Yunjae menawarkan untuk menghantar aku tetapi aku menolaknya,sikap Yunjae yang degil akhirnya membuat aku membiarkan sahaja….semasa dalam perjalanan kerumah aku,Yunjae cuba melindungi mukanya sehabis baik.
Tiba dirumah aku di amat terkejut dengan kehidupan aku…
“kau tinggal kat kawasan ni…”
“ummm…kenapa kau rasa jijik ke dengan kehidupan budak miskin macam aku ni?”
“kau jangan tuduh aku macam ni…aku tak suka orang cakap macam ni….sebab aku kawan dengan kau….lagipun kau tak pernah cerita akan hal kau kat aku kan…”
“ummm….aku memang macam ni…”
“aku harap bila kita jumpa lagi nanti kau story sal family kau ni yek…..”
“tengok la…..”
“kau tak boleh macam ni….kau kena janji dengan aku tau…”
Yunjae menarik tangan aku dan mencantumkan anak jarinya dengan anak jari aku….aku memang terkejut akan tindakannya itu. Sebaik Yunjae hilang dari pandangan mata aku,airmata aku mula menitis…..tanpa sebab yang pasti…..mungkin kerana aku telah kehilangan untuk memilik Yunjae….pada malam itu aku meluahkan pada nenek aku dan nenek aku cuba memujuk aku dengan sebaiknya.
Beberapa hari selepas kejadian itu aku cuba memberi semangat baru pada diri aku,di awal pagi aku menyiapkan semua kerja aku ini kerana aku sengaja membuat diri aku menjadi sibuk agar aku melupakan perasaan aku terhadap Yunjae….
Semasa waktu rehat,aku tidak menyedari yang Yunjae dan ahli kumpulannya berada dikawasan aku bekerja itu.aku melihat senyuman Yunjae kepada ahlinya,melihat senyuman Yunjae membuat aku semakin semangat,semasa aku cuba untuk lalu berhampiran Yunjae,seseorang gadis menghampiri yunjae,melihat kemunculan gadis itu Yunjae segera memeluknya dengan erat dan memberi satu cium di pipi gadis itu. Rakan-rakan Yunjae saling berbisikkan antara mereka,setelah itu aku melihat Yunjae memimpin tangan gadis itu lalu membawanya pergi.sekali lagi hati aku tersangat sedih melihat kejadian itu. Semasa aku asyik melihat Yunjae pergi,rakan-rakan Yunjae yang lain lalu disebelah aku dan sedang rancak menceritakan hal Yunjae.
“bertuah betul Yunjae tu yek,dapat aweks yang cun macam Yurin tu,,,dah lah anak orang kaya lepas tu berpindidikan plak…memang patut la setiap malam di asyik bergayut dan sayang sangat kat Yurin tu yek…”
“ala pe ni Alex….bunyi macam jelous je,kalau nak aweks macam Yunjae tu gi la cari….jangan asyik nak mengata Yunjae kat belakang je…”
Sebaik aku mendengar perbualan itu aku dengan sendiri menitiskan airmata,lalu aku cuba menyembunyikan diri dari dilihat oleh semua orang….aku telah bersembunyi jauh dari semua orang dan airmata aku tidak henti-henti menitis….setelah lama aku cuba meredakan tangisan itu,aku keluar dari tempat persembunyian itu,semasa aku keluar dari tempat itu aku telah terlanggar seseorang dan aku segera meminta maaf kerana telah menjatuhkan pakaian yang dibawa oleh orang tersebut. Tetapi sebaik aku memandang ke wajah orang tersebut aku amat terkejut kerana itu adalah Yunjae,dan aku segera mengelak dari dia memandang pada aku,tetapi aku telah terlambat untuk mengelak darinya….
“apa kau buat kat sini????….”(dalam nada bisik)
Aku cuba tidak menjawabnya……bila aku tidak menjawabnya,Yunjae dengan pantas menarik tangan aku ke tempat aku sembunyi sebelum ini semula….
“kau baru lepas menangis kan…..apa yang berlaku kat kau ni?”
Aku tidak mampu berkata apa-apa ini kerana tangisan aku ni disebabkan olehnya juga…..kami duduk di sebalik almari besar yang menyimpan barang yang tidak berguna lagi,Yunjae masih ingin penjelasan dari airmata aku…tetapi setiap kali melihat wajahnya airmata aku dengan sendiri keluar…lalu dalam keadaan itu aku dengan sendiri menyatakan aku menangis disebabkan terkenang kisah silam aku dan keadaan nenek aku.
“entah kenapa….aku tiba-tiba menjadi sedih bila aku duduk sendirian tadi,entah macam mana wajah mak aku boleh muncul….dia bencikan aku,sebab aku anak luar nikah dia, dia tinggalkan aku dengan nenek,dia sedikit pun tak pandang aku dan biarkan aku menangis dalam pelukan nenek…entah kenapa mak buat macam tu,sedangkan semua ni bukan salah aku…sejak tu juga aku hanya ada nenek,semua aku buat adalah kerana nenek,kat sekolah tak de orang nak kawan aku,semua ejek aku,dah banyak kali aku menangis macam ni,aku selalu kena buli,aku dibenci oleh orang,tapi nenek tak pernah penat lindungi aku,walaupun orang baling aku dengan batu…..tapi bila nenek sakit aku hanya mampu lakukan kerja ni sahaja untuk bantu nenek,duit aku dapat ni semua untuk kesihatan nenek…..aku tak nak nenek tinggalkan aku suatu hari nanti…sebab tu aku sedih Yunjae…..”
Sebaik aku menceritakan semua itu airmata aku semakin banyak keluar dan sukar untuk diberhenti lagi…..semasa airmata sukar dikawal itu,Yunjae menarik aku menghampirinya dan dia memeluk aku dengan eratnya….pelukan Yunjae itu dapat memanaskan badan aku ketika itu.
Setelah hari berganti hari bulan berganti bulan,hubungan persahabatan aku dengan Yunjae semakin erat,kadang kala Yunjae datang ke rumah aku kami sering bersama secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh sesiapa…..bersama Yunjae dalam masa itu juga membuat aku banyak terluka buat beberapa kali ini kerana aku dapat melihat juga kemesraan Yunjae bersama kekasihnya Yurin semasa menjawab panggilan Yurin dan semasa Yurin memerlukannya……selama masa itu juga mulut Yunjae tak pernah berhenti dari menyatakan aku sebagai kawan baiknya…..perkataan itu membuat aku semakin jauh menyembunyikan perasaan aku terhadapnya di suatu ruang yang sukar untuk dikorek lagi…..
Kini setelah 4 tahun berkawan secara sembunyi bersamanya aku masih tidak mampu meluahkan perasaan padanya……..
Pada suatu hari Yunjae semakin sibuk dengan aktivitinya dan kami mula jarang berjumpa…..nenek aku juga ada bertanyakan hal Yunjae kepada aku……aku cuba menerangkan pada nenek aku segalanya.
“Yuna….nenek tengok kamu dah lama berkawan dengan Yunjae kan….dia tau ke perasaan kami ni?”
“nenek…..walaupun Yuna pendamkan perasaan ni,Yuna masih rasa seronok dan bahagia sebab dia ingin jadi kawan Yuna nek…..nenek pun tau kan,dia tak mungkin suka Yuna sebab dia ada orang lain yang dia cinta dan sayang…mungkin perasaan Yuna ni sama macam peminat dia yang lain je….”
“peminat dia tu takkan dapat bercakap dan kenal hati budi dia macam kamu ni…”
“dah la nek….lagipun dah 4 tahun Yuna kawan dengan dia….ni pun dah cukup buat Yuna nek….”
Sebaik aku berbual dengan nenek aku,aku masuk kebilik dan mengeluarkan album yang mempunyai gambar Yunjae dan barangan Yunjae yang dia pernah guna sebelum ni,mungkin sikap aku ni kelihatan seperti seorang stalker……tapi apa yang pasti aku tak nak dia tahu akan ni….dan aku hanya berbisik dihati aku yang aku ni hanya peminat no1 dia saja…..
Pada suatu hari aku mendapat berita yang Yunjae dan ahli kumpulannya akan berada di Jepun untuk promosi albumnya untuk 3 bulan,dan disana juga adalah tempat kekasih Yunjae berlajar…..entah kenapa aku amat risau akan berita itu. Pada malam Yunjae dan ahli kumpulannya berlepas ke Jepun aku terasa ingin menangis ni kerana aku takut untuk merindui Yunjae. Pada malam itu juga dengan sengaja aku pulang lewat walaupun tidak ada kerja untuk dilakukan…..aku masuk ke bilik latihan itu,aku duduk bersandar pada cermin dinding bilik itu,sesekali aku tidak lagi mampu untuk menahan airmata ……semasa aku menangis di dalam bilik itu aku mula teringat akan kenangan aku bersama Yunjae dan saat kali pertama aku bertemunya….semua kenangan itu membuat aku tersenyum sendirian.setelah lama berada disitu aku menghampiri sebuah lokar yang Yunjae sering gunakan..ketika aku menghampiri lokar itu aku terlihat satu nota yang dilekatkan di dalam lokar itu.
‘OIT,AKU GI TAK LAMA…KO JGN SDH PLK….AKU PST RNDUKN KWN BEK MC KO NI…OH YE,KO JGE NENEK BEK2 T AKU BLK KTE MEN SM2 AG K!!!!!KO TGU AKU BLK T YEK….N JGN LPE KJYAN AKU NG KMPL AKU N XLPE GK SAL AKU DPT JMP YURIN NI YEKKKKK…..LOV U MCH PRENZZZZ!”
Membaca nota itu sekali lagi membuat aku bergitu sebak,lagi-lagi perkataan kawan dari mulut Yunjae yang tak pernah berhenti itu.
Dalam masa 3 bulan itu aku cuba memberi semangat pada diri aku supaya aku mampu untuk menganggap Yunjae sebagai kawan aku seperti mana Yunjae lakukan…..hari demi hari aku berbual dengan nenek. Sehingga la pada suatu malam,penyakit nenek aku semakin teruk dan mula merebak semakin banyak. Aku amat takut pada ketika itu,aku cuba menjadi tabah akan nenek aku.
Untuk beberapa hari aku tidak dapat hadir untuk bekerja kerana sibuk menjaga nenek yang sakit,sehingga majikan aku menghantar surat perletakkan jawatan buat aku…..aku tidak mampu berbuat apa lagi,dan ketika keadaan yang menimpa aku itu aku amat sedih dan menjadi sangat lemah apa yang aku harap ketika itu hanya Yunjae berada disitu dan mendengar semua ni tapi aku pasti aku tak boleh sedemikian selalu.
Sepanjang aku menjaga nenek aku cuba mengembalikan kekuatan pada diri aku,pada suatu pagi semasa aku menjaga nenek di hospital aku terdengar berita akan Yunjae dan ahlinya melalui televisyen,aku tersenyum akan hal itu dan tanpa aku duga aku mendengar satu berita yang amat menyedihkan iaitu akan pertunangan Yunjae ketika dia pulang ke Malaysia semula.aku segera mengelak dari mendengar berita itu,aku menangis disisi nenek aku ketika itu. Aku betul-betul amat sedih ketika itu.
“kenapa semua ni jadi dalam masa yang sama…..Yuna betul-betul dah tak boleh nak berhadapan dengan Yunjae lagi nek…nenek sembuh la semula,Yuna ada nenek je sekarang…..Yuna betul nak nenek sembuh….nenek….”
Pada hari Yunjae pulang ke Malaysia,nenek aku juga telah meninggalkan aku buat selamanya,aku mula merasa sunyi dan buntu ke mana aku ingin pergi dan apa yang aku nak buat lagi ketika ini……hampir sepanjang hari aku berkurung di bilik aku dan menangis.
“sekarang aku dah tak de siapa-siapa lagi…aku dah tak de siapa-siapa lagi…..aku betul kembali bersendirian……”
Dalam beberapa hari itu aku tidak mendengar berita Yunjae lagi,aku berharap agar hubungan kami berhenti disitu sahaja,ketika aku memutuskan sedemikian Yunjae datang kerumah aku…dia juga telah mengetahui berita pemergian nenek aku,Yunjae datang mencari aku kerana risau akan aku,lagi-lagi dia juga mengetahui akan aku telah diberhentikan kerja,aku sedikit hairan macam mana dia mengetahui semua hal aku,sedangkan aku tidak mempunyai kawan yang tahu akan hal aku dengan mendalam. Semasa Yunjae datang kerumah aku dia segera memeluk aku dan meminta maaf pada aku.
“kau tak bersalah…..semua ni bukan salah kau…kau tak boleh datang jumpa aku lagi Yunjae….kau tak boleh macam ni….”
“kenapa aku tak boleh…..kita kan kawan….aku berhak jaga kau sekarang…”
“dah la….sampai bila kau nak seksa aku macam ni,kau akan bertunang tak lama lagi aku tak nak aku menjatuh imej kau dan orang yang kau sayang…kau pergi la…..pergi la….”
Aku cuba menolak Yunjae…entah kenapa ketika aku cuba bertindak tegas aku berasa pening dan kepala aku sangat berat ketika itu,sebaik aku menyentuh bahu Yunjae aku tidak menyedarkan diri lagi.
Sebaik aku terjaga,aku menyedari aku telah berada di hospital dan Yunjae berada disisi aku bersama dengan Yurin.
“Yuna…kamu dah bangun…..”
“ummmm…..”
“kamu ni demam panas mungkin sebab apa yang berlaku kat kamu sebelum ni kan….”
Aku amat keliru ketika itu……Yunjae tiba-tiba menghampiri aku dan memegang tangan aku lalu dia meminta maaf pada aku…..
“maafkan aku sekali lagi Yuna…..aku sayangkan kau memang aku sayangkan kau…tetapi kalau kau terlebih awal muncul dalam hidup aku,aku pasti aku akan menyukai kau….tetapi aku dah terlebih awal memberi hati aku kepada Yurin…..Yurin juga dah tau semuanya akan kita….”
Aku masih keliru ketika itu….dan Yunjae bersama Yurin cuba menerangkan segalanya pada aku…..
“sebelum aku pergi Jepun aku ada singgah di rumah kau untuk bertemu nenek…..semasa aku berbual dengannya nenek dah beritahu aku segala hal kau kat aku…dan nenek juga dah beritahu akan perasaan kau kat aku….ketika nenek memberitahu hal itu aku berasa amat bersalah dekat kau…..jadi nenek hanya memesan pada aku jika aku tak dapat menyintai kau nenek menyuruh aku menjaga kau…nenek dah tau yang penyakitnya tak dapat diubati dia hanya berpura dihadapan kau,sepatutnya nenek kena buat pembedahan,tetapi dia menolaknya….aku juga ada menawarkan untuk membiayai pembedahan itu tetapi nenek melarang aku dari berbuat sedemikian,ini kerana dia takut aku semakin banyak memberi harapan pada kau,jadi aku hanya mendengar kata-kata nenek ketika itu,nenek juga dah tunjuk apa yang kau simpan berkaitan aku,aku tak anggap kau stalker Yuna…..sebab aku faham perasaan kau,dan slogan kau untuk aku tu memang menarik..’aku peminat no1 Yunjae’,memang agak kebudakan tetapi aku seronok bila kau masih cuba untuk mengelak perasaan kau sebenar tu……..”
“dah la…kau jangan cakap lagi…..aku tak nak kau cakap lagi…aku cuma nak tau kau akan suka aku atau tak je,sekarang aku dah tau…..aku terima semua ni…sebab aku hanya akan menjadi peminat kau selamanya je kan….aku peminat kau Yunjae….”
Hati aku memang sedih saat itu,aku tak sangka kisah aku ni menjadi sedemikian tak seperti cerita yang aku pernah tengok atau seperti kata orang Hero akan mencari Heroinnya semula,tapi tu bukan kisah aku…….Yurin juga merasa bersalah akan hal ni beberapa kali Yurin memohon maaf pada aku,tetapi aku menjelaskan padanya ni salah aku bukan dia,memang Yurin berhak keatas Yunjae bukan aku….aku orang yang boleh merosakkan keadaan mereka sahaja……
Aku mengambil beberapa bulan untuk memulihkan perasaan aku ni, aku cuba menghindari dari mendengar berita Yunjae lagi tapi aku pasti itu takkan mampu aku lakukan…..Yunjae juga bergitu bersalah pada aku dan entah macam mana aku menyebabkan Yunjae terlibat akan masalah sedemikian. Aku tau perasaan menyukai seseorang memang sukar untuk dibuang tetapi perasaan semasa mula menyukai seseorang memang mudah untuk melekat dihati…..mungkin ini sudah menjadi lumrah kehidupan manusia………
Setelah lama aku menghilangkan diri aku kembali semula kerumah aku,aku kembali kedalam rumah itu dan menyusun semua gambar Yunjae yang aku pernah simpan sebelum ni……..aku sudah cuba memberi semangat dan azam pada diri aku agar aku akan menjadi peminat setia buat Yunjae selamanya…dan aku juga telah menanamkan dihati aku agar aku akan menjadi peminat no1 buat Yunjae selamanya…dan aku cuba memulakan jarak kehidupan sebagai peminat biasa buat Yunjae.
Pada suatu malam,aku kembali ke tempat kerja aku secara senyap-senyap dan aku masuk ke bilik latihan tersebut,semasa aku masuk kesitu,aku melihat tiada orang disitu,lalu aku duduk berhampiran dinding cermin dan bersandar pada dinding itu,semasa aku termenung jauh dari situ Yunjae muncul dan duduk disebelah aku.
“akhirnya kau kembali semula…….mana kau pergi dalam tempoh ni?”
“aku mencari ketenangan buat diri aku…..tak salahkan….”
“ummmm….memang tak….tapi kau buat aku rindukan kau,kau tau….”
“aku tau kau mesti cakap macam ni…tapi aku harap kau jangan kerap cakap macam ni lagi tau,sebab aku tak nak aku mula jatuh hati kat kau lagi…cukup sebagai peminat no1 kau yek…macam mana dengan Yurin……”
“dia….dia nak aku jadi peminat no1 dia juga…..”
“apa?….kau ni tak payah nak perli aku boleh tak?”
“aku cakap betul la…..lepas kau tinggalkan kami,dia rasa bersalah dengan aku,tapi aku cakap aku tak buat apa-apa kat dia…..and dia putuskan kami jadi kawan biasa lagipun dia nak sambung belajar lagi……dia cakap….dia tau perasaan perempuan sebab dia pernah suka seseorang macam kau ni dulu,tapi aku dah dulu luahkan pada dia…..jadi dia amat jelas akan kau…dia kata dia tak nak perasaan yang sama dia alami jadi kat orang lain plak,walaupun dia tahu aku memang cintakan dia…nampaknya kita semua ni ada peminat tersendirikan…….”
Aku tergelak mendengar Yunjae berkata demikian,selain itu,Yunjae juga menyatakan khabar gembira buat aku iaitu tentang kakinya yang sudah kembali sembuh……sejak malam itu juga aku mula bekerja di tempat itu semula atas bantuan Yunjae.
Apa aku tau kini aku akan tetap mejadi peminat no1 Yunjae….bergitu juga Yunjae pada Yurin dan Yurin pada lelaki yang diminati…..jadi seorang peminat no1 tak semesti akan mendapat dia sebagai orang yang akan bersama ke hingga akhir hayat ……
peminat no1 satu mestilah orang yang sentiasa memberi semangat kepada dia walau apapun yang dia buatkan……jadi aku mula sedar akan kehadiran peminat yang gila macam aku ni,menjadi seorang peminat ni memang seronok sebab kita boleh berimaginasi tetang dia 24jam…dan semangat akan datang sebab dia…ummmm….memang peminat yang tak boleh dikawal lagi.
Aku juga kembali memulakan hidup seperti biasa,seperti janji Yunjae dia akan menemani aku untuk bermain bersama,memang dia tunaikan……tentang adik Yunjae pula,dia kerap meminta bantuan aku untuk melihat adiknya dan menceritakan halnya seperti mana peminat no1 lakukan kepada penyanyi disukainya…..aku amat seronok dan mendapat kebahagian dengan keadaan sedemikian,aku juga tidak berasa sunyi lagi buat masa ni,ini kerana bukan aku berkawan dengan Yunjae sahaja malahan dengan ahli kumpulannya yang lain dan mereka masing-masing ingin menceritakan kebenaran pada aku seperti mana Yunjae lakukan……walaupun aku dapat menghampiri artis popular ni,tetap aku masih seorang peminat YUNJAE NO1 FOREVER!!!!!!!!!!!!!!













Apa yang saya nak komen:-
1) Bahasa perlu jaga, tak teratur dan banyak kesalahan ejaan.
2) Olahan cerita perlu diperbaiki.
3) Cerita ada kelainan tetapi ideanya tak berapa menarik.
4) Perlu pelajari penggunaan bahasa
Walau bagaimanapun tahniah kepada penulis. Teruskan berkarya.
menarik…cuma ada kesalahan dr segi ejaan dan ayat… apa2pun..satu bentuk cite yang okey…
so far ok..walaupun ada unsur2 korean drama..tapi still ada identiti sendiri..harap dapat beri penekanan pada ejaan dan penyusunan cerita,supaya lebih mantap..keep it up a good work!(n_n)
ok la. .

tp prlu prkmaskn ag trutama ejaan n olahan stry. .
mantapkan ag gaya pncrtaan. .
truskan usaha n gud luck k. .
cerita yang menarik….
sy tertarik nagn kisah yang dipaparkan..
teruskan usaha berkarya……
i think this story da oky… but still byk yg prlu di prbaiki.. sy rs sy kliru lar ngn name2 yg hmpir sme 2… n bnyk ksalahan ejaan,, ayt pon x wape oky lg.. sorry 2 say dad…huhu,, but jln crita da mnarik,,juz perbaiki n mantap kn lg utk crpen yg strusnye oky…

emmm…
cerita okey but ayat kena perbaiki lagi laaa…
kalau boleh buat ayat tu jadi menarik dan tersusun lagi k!
menarik
uat cye tringat kt yunjae cte full house
or lbey tepat mr rain
comey nye…
satu ja komen sy..
kelemahan cerpen ni dari segi teknik penceritaan
awak;writer perlu byk lagi baca novel2 di pasaran,
kaji atau belajar cara penceritaan dari novel2 tu,
awak;writer ada idea dan jln cerita yg menarik utk cerpen ni,cuma kelemahan dari teknik penceritaan.
sy yakin, juga pasti, kalau awk rajin buat homework, awak pasti berjaya satu hari nti
keep writing and improve
all the best
bes tapi mcm sumtin’ missing lar…
anyway,always keep the faith….