Cerpen : Kau Hadir

6 March 2010  
Kategori: Cerpen

8,426 bacaan 47 ulasan

Oleh : zigaki asrar

Aku memerhati gayanya. Entahlah…nampak biasa je. Tak nampak alim pun. Sedap-sedap je cakap orang tak alim, apelah aku ni. Astaghfirullahalazim. Aduh, bagaimana harus kubuangkan perasaan benci terhadap tunangku sendiri? Walau dah 10 tahun kami bertunang, namun inilah kali pertama aku berjumpa dengan dia sejak pertunangan kami. Berutus surat pun tidak pernah, bercakap telefon mungkin dua kali saja, itupun dipaksa oleh Mama dan Papa. Kalian tahu bila aku bertunang dengan dia? Tika itu aku baru Tingkatan Dua…cubalah bayangkan bagaimana harus kutempuhi hidup dengan title “Tunang Orang”. Menyeksakan dan menyesakkan.

Kulihat dia sedang berehat di atas kerusi di beranda. Tak terasa ingin berbual dengan dia pun. Dia memandangku. Aku membalas dengan pandangan kosong. Terukir senyuman dibibirnya. Manis, aku tak tipu. Tergerak untuk melangkah mendekatinya. Aku mengambil tempat di kerusi yang berhadapan dengannya.

“Awak Hakimi?” soalku.

Dia mengangguk dan senyum ke arahku. Dia memerhatiku. Salah ke apa yang aku pakai ni? Jubah and tudung tiga segi hitam …salah ke? Aurat aku dah sempurna ditutup rasanya, ada yang salah lagi ke?

“Ya, saya Hakimi. Dan awak pastinya Tasnim, kan?”

Giliran aku pula untuk mengangguk.

“Boleh saya cakap sesuatu?”

“Apa dia?,” Hakimi membetulkan cermin matanya dan kopiahnya. Tak pernah aku nampak dia tinggalkan kopiahnya itu sejak lima hari yang lalu, sejak kali pertama dia datang ke rumah ini.

Aku melemparkan pandangan jauh ke taman di hadapan kami.

“Hakimi…tunang saya. Awak tahu kan kita bertunang sejak Tingkatan Dua. Itupun sebab ayah awak dinaikkan pangkat and terpaksa bertugas di Sabah. Waktu tu saya masih mentah. Tak tahu apa-apa. Tapi hidup saya tak pernah aman sejak kita bertunang,” ujarku. Itu hanya permulaan…masih banyak ingin kuluahkan padamu.

“Eh? Maafkan saya. Tapi kenapa? Apa salah saya?”

“Mama dan Papa sering bercerita tentang kelebihan seorang insan bernama Hakimi. Segalanya yang saya lakukan, yang saya buat, even kalau saya diam pun, akan dikaitkan dengan Hakimi. Sehinggalah perkara ini betul-betul membuat saya tertekan dan tak mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Saya gagal memasuki kelas Sains, impian untuk menjadi seorang doctor terkubur. Tapi awak pulak cemerlang, dan lagilah dibanding-bandingkan. Segalanya tentang Hakimi. Menjadikan Tasnim ini seorang yang pendiam dan tak banyak bercakap..,” kenangan demi kenangan mula berputar. Aku terkenangkan saat aku gagal dalam PMR. Benar, aku betul-betul tertekan waktu itu. Daripada seorang yang ceria, aku berubah menjadi pendiam.

Hakimi memandangku. Wajahnya menampakkan penuh tanda tanya. Maafkan aku kalau aku terlalu berterus-terang. Tapi nadaku bukannya marah, aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku. Aku bukannya hipokrit.

“Maafkan saya kalau saya berterus-terang. Cuma ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya..”

“Erm, jadi awak tak pernah suka saya?”

“Entahlah. Honestly, saya benci bila dengar nama awak. Seolah-olah dunia saya hanya awak. Saya tahulah awak tu perfect daripada saya. Seorang hafiz 30 juzu’, wara’, handsome, kaya, sekarang ni pun dah nak habis belajar medic. Saya ni banyak kekurangan. Tapi saya tak tahulah kenapa kita ni ditunangkan. Padahal adik saya pun ada. Diorang lagi terror daripada saya. Lagi perfect daripada saya..,” adakah ini sesi meluahkan perasaan? Mungkinkerana dalam masa beberapa bulan lagi kami bakal disatukan dengan ikatan perkahwinan, aku mahu dia tahu aku tak pernah benci atau suka dengan ikatan ini. Aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran peringkat Master di luar Negara. Mama dan Papa ingin menyatukan kami sebelum aku berangkat. Kehadiran Hakimi ini pun kerana dia terpaksa menyiapkan tugasan persatuan di negeriku ini. Selalunya Hakimi akan menemui Mama dan Papa kalau dia punyai kelapangan, tetapi pastinya tidak di rumah kerana kata Hakimi (kata Hakimi lagi), tak elok untuk dia bertandang ke rumah walaupun punyai ikatan pertunangan.

“Tasnim…,”

Aku memandangnya bersahaja. Seolah-olah aku tak punyai perasaan. Ya, kerana segala perasaanku bertahun-tahun yang lalu telah dikuburkan bagi mengelakkan aku menyukai atau membenci Hakimi.

“Tasnim, saya tak tahulah kenapa Mama dan Papa sering membangkitkan nama saya sehingga membuatkan awak terganggu sebegitu. Saya minta maaf. Tapi saya nak bagi tahu sesuatu dekat awak. Mungkin awak pandang saya sebagai seorang insan yang sempurna tapi hakikatnya saya hanyalah insan biasa yang punyai banyak kekurangan. Pertunangan kita membuatkan saya rasa hidup saya selangkah mendekati kesempurnaan. Saya tahu awak ni pendiam tapi awak sebenarnya banyak bercakap. Awak bercakap dengan alam ini kan? Dengan pokok bunga, dengan kucing, dengan langit. Sejujurnya saya perhatikan awak sejak hari pertama saya tumpang di sini. Awak cakap awak tak cemerlang dalam pelajaran tetapi sekarang ni awak dah nak sambung Master…,”

Hakimi bangun daripada tempat duduknya dan berjalan ke arah hujung beranda. Aku menanti bicaranya. Sejak bila pulak dia perhati aku ya? Aku pun tak sedar.

“Awak cakap awak tak perfect. Saya pun tak perfect. Oleh itu, ikatan yang ada antara kita ni akan membuatkan kita saling melengkapi antara satu sama lain. Tasnim, saya bukanlah sempurna seperti yang dibicarakan saban hari oleh Mama dan Papa. Saya ini insan biasa. Saya mencari seorang peneman hidup yang tahu dirinya tidak sempurna lantas sering menyandarkan harapan dan impiannya kepada Pemilik segalanya. Saya mencari seorang srikandi agamaNya yang akan memberikan kekuatan kepada saya apabila saya berdepan dengan kesusahan dan kealpaan di dunia ini. Kalau awak tak suka dengan perkahwinan kita, saya mohon agar awak istikharah dulu. Tak sanggup saya melepaskan seseorang yang Allah dah tentukan buat saya. Awak fikirlah dulu. Assalamualaikum…,” Hakimi meluahkan segala isi hatinya dan berlalu pergi.

Aku termangu sendirian. Istikharah? Tak pernah pun aku beristikharah meminta petunjuk mengenai jodohku daripadaNya. Tiap kali aku qiam pun tak pernah disertai solat istikharah. Mungkin malam ini aku akan mula memohon petunjuk tentang jodohku daripadaNya. Andainya Hakimi benar-benar dihadirkan untukku, aku mohon agar aku diberi perasaan untuk menyukainya…walau sedetik.

*****

Aku termenung sendirian di beranda. Dua hari sudah aku melakukan istikharah memohon petunjuk dariNya. Tapi seakan-akan hatiku belum terbuka untuk menyukai Hakimi. Dua hari juga aku tak bertemu dengan Hakimi. Sengaja aku mengelakkan diri daripadanya. Aku lebih senang sendirian di bilik ketika dia di rumahku. Bila dia keluar untuk urusannya barulah aku akan keluar daripada bilik. Rasanya pagi-pagi lagi dia dah keluar sebab aku tak nampak pun bayang-bayang dia hari ini.

“Assalamualaikum…,” aku berpaling mengadap suara itu. Hakimi? Eh, bukan ke dia keluar?

“Waalaikummussalam.” Balasku seraya berpaling semula mengadap taman.

“Sorang ke?”

Nak kata aku duk sorang, memang soranglah ni. Ke ada orang lain kat tepi aku?

Aku mengangguk saja.

“Awak termenungkan pasal apa?” soalnya.

“Takde apa. Cuma teringatkan sesuatu…,”

“Awak ingat lagi tak kenapa saya nak jadi doctor?” soalnya tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi. Kenapa aku perlu ingat? Ada kaitan dengan aku ke? Eh, terlupa. Dulu masa kecil-kecil, kami tadika di tempat yang sama. Tadika tu terletak tak jauh daripada rumahku sekarang ini. Inilah rumah yang telah aku diami sejak kecil hingga sekarang. Waktu itu Pak Cik Anuar dan Mak Cik Sa sekeluarga tinggal di kawasan kejiranan ini juga. Hubungan keluarga kami memang rapat. Hakimi ni anak diorang yang kedua. Seingat aku Kak Yan tua 4 tahun daripada kami. Aku pula anak sulung dan ada 3 orang lagi adik. Kesemua adik-beradik kami perempuan. Makanya, Papa dan Mama amat gembira kalau Hakimi sering berada di rumah kami.

“Awak dah terbang jauh ke mana?” soal Hakimi mematikan lamunanku. Aku menggeleng.

“Awak ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu kita selalu main bersama. Balik je tadika, confirm kita akan singgah di taman permainan kat hujung sana atau ke kedai Pak Hasan untuk beli aiskrim. Awak ingat tak? Dan masa kecik-kecik dulu kita amat rapat. Ke mana Tasnim pergi, di situlah Hakimi akan pergi dan sebaliknya…macam kembar yang tak dapat dipisahkan..,” Hakimi memulakan ceritanya mengimbau saat-saat dulu yang sengaja aku belajar untuk melupakannya. Kerana semua itu amat pahit untuk dikenang. Kulihat dia tersenyum sendiri.

“Suatu hari, bila kita tengah main-main kat taman permainan, saya tanya awak, apa awak nak jadi bila besar-besar nanti. Awak cakap awak nak jadi doctor. Lepas tu saya ejek awak. Saya cakap awak tak boleh jadi doctor. Awak marah dan kejar saya. Saya lari pusing-pusing kat taman tu sampai la awak terjatuh, dahi awak luka. Lepas tu awak nangis….,”

Aku meraba-raba dahiku. Memang ada kesan parut kat situ. Sebabnya aku dah lupa…dan sekarang barulah aku teringat. Tiba-tiba sahaja kenangan lalu berputar di mindaku.

“Saya pujuk awak jangan nangis. Lepas tu saya gendong awak kat belakang saya dan bawak awak balik. Awak tak nak Mama atau Papa yang sapu ubat. Awak nak saya yang sapu ubat kat awak. Lepas tu saya cakap yang saya yang akan jadi doctor untuk ubati awak kalau awak sakit…sebab tu saya tak nak awak jadi doctor. Awak senyum je lepas tu. Awak comel masa tu and kenangan tu sangat manis…,”

Tiba-tiba aku termalu sendiri. Tapi…erm, takpelah. Time tu aku kecik lagi.

“Saya tak pernah lupakan awak dan kenangan kita selama ini. Saya sedar perubahan awak lepas saya berpindah. Tapi saya tak tahu pula itu sebab saya. Saya mintak maaf sangat-sangat…”

“Takpe,” hanya sepatah jawapan itu yang terkeluar daripada mulutku.

“Awak dah dapat jawapan?”

Aku memandangnya.

“Belum. Boleh saya mintak sesuatu?”

“Apa dia?” mata Hakimi memandangku penuh mengharap.

“Boleh tangguhkan perkahwinan kita?”

“Maksud awak?”

“Well, seperti yang saya cakap, saya masih tak punyai apa-apa perasaan terhadap awak. So, saya rasa ada baiknya kita tangguhkan dulu perkahwinan kita. Bila saya balik daripada luar Negara baru kita kahwin..”

“Tapi, saya serius.”

“Saya pun serius,” ujarku.

Hakimi mengeluh kecil.

“Awak, apa yang saya cakap tu memang serius. Saya nak awak di samping saya. Menjadi peneman saya. Dan saya rasa kahwin tu tiada salahnya, boleh mengelakkan zina hati. Saya tak mahu mencemari hati dengan mengingati seseorang yang belum sah saya nikahi. Lagipun saya ni hafiz, kena jaga semua tu. Biarlah saya yang menjadi ‘doctor’ buat awak tak kira awak senang atau gembira,”

Kusedar dia ikhlas. Kutahu dia betul-betul sayang padaku.

“Izinkan saya cakap sesuatu. Saya tahu awak ikhlas dan serius. Saya tak kata kahwin tu salah. Cuma, cubalah awak fikir. Saya akan ke luar Negara dan awak akan stay kat sini untuk habiskan awak punya study. Takkan la awak nak ikut saya, kan? Kalau awak tahu salah untuk ingati seseorang yang belum sah milik awak, kenapa awak nak ingat? Tiada bezanya kita kahwin sekarang atau nanti. Cuma, saya rasa baik la kita belajar berjuang daripada menyerah kepada cinta insan. Hakimi, awak tu hafiz, saya yakin awak boleh handle perasaan awak dengan baik. Biarkan saya pergi untuk saya cari diri saya dan cinta saya terhadap awak. Biarkan saya pergi agar saya tahu saya boleh hadirkan cinta insani ini. Kita masih muda, Hakimi. Saya tahu awak sibuk dengan kerja-kerja persatuan awak tu. Biarlah kita jadi pejuang agamaNya dulu. Biarlah kita ni menjadi penuntut ilmuNya. Kalau ada jodoh, kita pasti bersatu juga. Assalamualaikum…,” jelasku panjang dan terus berlalu.

Seuntai kata kupersembahkan untuk dirimu

Diri ini seakan mencari suatu sinar yang hanya terbias di persisiran

Setelah sekian lama kau hadir menapak dalam hidupku

Membawa sinar itu untukku

Bukan ku menolak segalanya, bukan ku ingkar semuanya

Kuhanya mencari sebuah ketulusan jiwaku untukmu

Kumencari sebuah ruang untukku menyatakan perasaanku padamu

Agar kita bersama di bawah keredhaanNya…


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

47 ulasan untuk “Cerpen : Kau Hadir”
  1. sham says:

    :smile: saya suka sgt jgn lipa smbung

  2. Eyn says:

    yupp! nice..smbung yer! :razz:

  3. zigaki asrar says:

    salam.
    terima ksih krn sudi mmbaca karya sy yg kedua ni.
    sambungan? InsyaAllah bakal menyusul.
    apa yg baik, amiklah jd pegangan. yg buruk, tinggal2kn… :smile:

  4. A.1 says:

    smbunglaaaaaaaaaaaa
    plezzzzzzzzzz

  5. farah amanina says:

    ALA…. SEDIH GAK.. TAPI HARAP2 DEPA BERSAMA.. EHEHE.. TRUSKAN USAHA

  6. Que_Lyana says:

    salam…saya rasa cerita ni ada persamaan dengan cerita yang pernah saya baca, cuma nanti kalau sambung garap story ni berlainan sikit. Tahniah pada penulis kerana telah menghasilkan dua karya. Teruskan berkarya, InsyaAllah pasti menjadi penulis yang bagus.

  7. akxkesah says:

    slm. .
    urm ley thn. .
    cme ak ase cm trgntung jew. .
    lau ley, tlg smbung eh writer. .
    thx n gud luck

  8. beela says:

    rse cm tergantung la..takpe2 asalkan best..

  9. hijab4piz says:

    best r citer ni ;-) :smile: :razz: :o
    harap ade sambungan
    jgn lpe yer penulis ^_^ :mrgreen: :lol: :grin: :cool:

  10. IRA says:

    ahh best lain dari yang lain…xsabar nak tunggu sambungan dia..cepat2lah sambung yee…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"