Cerpen : Kau yang pertama

7 March 2010  
Kategori: Cerpen

6,624 bacaan 30 ulasan

Oleh : jay

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Aku tidak menafikan pepatah itu. Bagi aku semuanya benar dan masuk dek akal aku yang sempit ini. Ibu dan ayah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan aku padahal aku bukanlah anak yang menjadi impian mereka.

Sepanjang aku membesar dibawah penjagaan mereka,aku terlalu banyak membawa masalah dan sentiasa berlaku tidak adil kepada mereka sehinggalah aku kehilangan mereka .Kehilangan mereka membuatkan aku menyedari kesilapan aku pada mereka.

Tidak mampu lagi aku menahan tangisan yang dipendamkan terlalu lama. Aku sayangkan mereka tetapi mereka terlalu berkira dengan setiap langkag-langkah aku. Ada sahaja yang menjadi pertelingkahan antara kami. Setiap keluhan mereka membuatkan aku berasa tidak berguna. Lagi berguna kain buruk di dapur. Desis aku dalam hati.

Potret ayah dan ibu aku pandang dengan keluhan yang berat. Jika ini adalah permintaan terahkir mereka,aku terima dan aku cuba untuk melaksanakannya dengan hati yang reda. Tiada paksaan seperti selalu. Tiada keluah seperti biasa. Tiada bantahan yang keluar dari bibir mulus ini.

Pintu bilikku di buka dari luar. Wajah Hazwan yang kelat membuatkan aku tersenyum panjang.

“Apa lagi ni?”soal aku perlahan pada anak kecil itu.

Dia melemparkan beg sekolahnya dengan keluhan berat meniti di bibir.

“Cikgu tu..Awan tak nak sekolah lagi la.”ujar anak kecil itu lagi.

Umurnya baru menjengah 8 tahun tapi bijak berbicara. Ada sahaja kata-kata yang mampu membuatkan aku tidak boleh membantah permintaannya.

Aku mengeleng dengan tawa yang melekat dibibir.

“Apa cikgu buat pada awan sampai anak ibu ni tak nak pergi sekolah?”soal aku sedikit lembut. Mahu berbicara lebih rapat dengan anak kecil itu. Ini belum lagi kerenah adiknya, Hanif yang sebiji abangnya. Nakal dan Degil. Dua kali lima dengan ayahnya.

Hazwan mendengus.

Matanya yang tajam memandang jendela membuatkan aku tersenyum. Suka sangat termenung budak ni!gumam aku dalam hati.

“Awan, bagitahu ibu,apa cikgu buat sampai awan jadi macam ni. Anak ibu mana boleh lembik macam ni.”pujuk aku mahu mengetahui hal sebenar dari anak kecil ini.

Hazwan menoleh memandang aku kemudian mencebik.

“Cikgu suruh Awan berlakon. Awan tak suka lah.”marah Hazwan dengan dahinya penuh kerutan.

Aku yang mendengar jawapannya hanya tersenyum.

“Berlakon? Pandai sangat ke anak ibu ni nak berlakon?”soal aku sedikit mahu mengusiknya.

Hazwan tersenyum kecil Dia berjalan ke arah aku yang masih duduk di birai katil. Kepalanya di letakkan ke paha aku. “Itulah cikgu tu. Awan tak tahu lah nak cakap apa. Awan ni bukannya pandai. Awan ni bijak je.”ujarnya dengan kerutan yang tidak hilang dari dahinya.

Mendengar jawapan anak kecil itu aku tersenyum senang.

Pandai dia memuji diri sendiri dalam diam.

**

Aku menuju ke dapur dengan langkah yang berat. Malas rasanya mahu mendapatkan secawan air kosong untuk tekak yang tiba-tiba terasa mual. Melihat televisyen yang masih terpasang aku mengalihkan langkah ke ruang tamu.

Kelihatan Abang Firdaus yang terlelap dengan laptopnya yang masih terpasang. Kelihatan gambar aku dan anak-anak sebagai screensaver laptopnya. Aku tersenyum bahagia.

Badannya aku kuis perlahan. Mahu mengejutkannya untuk naik ke bilik.

“Abang.”panggil aku perlahan.

Lelaki itu bergerak kecil tetapi matanya masih lagi terkatup.

Aku mengeleng perlahan. Liat nak bangun. Perangai tak ubah-ubah. Anak,bapak sama je. Bisik aku dalam hati.

Aku duduk merenung wajah suamiku ini.

Wajahnya sungguh tenang.

Kehidupan kami bukanlah semudah yang disangka. Bukanlah sesukar yang dilihat. Namun kami bahagia. Setiap kali bergaduh,dia bijak memainkan peranannya sebagai ketua keluarga. Dia juga bijak mengambil hati anak-anak yang sentiasa bergaduh merebutkan sesuatu.

“Abang, bangun. Masuk bilik. Tidur luar sejuk la.”ajak aku lembut.

Namun Abang Firdaus masih lagi lena. Langsung tidak bergerak apabila diusik mengunakan bantal sofa.

Aku tersengih sahaja. Lagaknya seperti Hanif dan Hazwan ketika tidur. Wajahnya yang membuatkan aku sentiasa tenang setiap kali mengalami masalah di pejabat. Terubat sikit hati dan perasaan aku.

Memerhatikan lagaknya membuatkan aku teringatkan zaman perkenalan kami. Sungguh luar biasa daripada pernah aku alami. Dia datang menghulurkan salam. Dia menegur memberi nasihat. Dia tiba dengan senyuman berharganya. Dia sentiasa tiba tepat pada masanya. Dia segalanya. Kenangan itu menerjah kembali ke kotak ingatan aku. Bersyukur aku memilikinya.

**

Abang Firdaus merenung aku tajam. Lagaknya seperti mahu menikmati aku dalam sekelip mata. Aku pula tidak mahu kalah. Pandangan tajam itu dibalas juga dengan pandangan yang lebih tajam daripada aku.

“Lambat balik.”tegurnya apabila melihat aku keluar dari kereta dengan langkah yang longlai. Penat bukan main. Hanya bantal dan tilam yang aku perlukan sekarang,bukan suara Abang Firdaus yang tidak puas berceramah.

Ada sahaja yang tidak kena! Sibuk!

Aku mengangguk lantas membuka pagar rumah. Selepas kehilangan ayah dan ibu dalam sekelip mata, aku tiba-tiba rasa kehilangan. Pulang awal ke rumah juga menjadi masalah kepada aku. Kenangan pahit aku terhadap ayah dan ibu membuatkan aku sebal. Aku malu dengan diri sendiri.

“Masuk dulu la ye.”ujar aku selamba mengunci pagar rumah dengan wajah yang kosong. Abang Firdaus yang masih lagi menunggu di luar pagar rumah mendengus geram.

Lantak lau lah mamat. Aku penat!

Pintu rumah aku kunci dengan rapi.

Semuanya aku pastikan selamat sebelum mata ini terlelap.

Aku mendengar pintu grill rumah sebelah dibuka kasar. Pasti itu Abang Firdaus yang bengang dengan perangai aku yang buat-buat bodoh dengan dirinya.

Nak marah?

Ada aku kisah. Matilah kau!

**

Mak Ijah pagi-pagi sudah menyapu halaman rumahnya. Daun pokok mangga yang seringkali menjadikan kawasan rumahnya tampak berselerak di satu dengan perlahan. Wanita tua ini terlalu rajin. Biasanya ini menjadi kerja Abang Firdaus membantu ibunya diwaktu pagi-pagi minggu.

Aku berjalan ke arah pagar yang memisahkan kawasan rumah kami.

Mak Ijah yang sibuk menyapu berpusing mencari aku yang tersengih memandangnya. Kawasan rumah aku juga sudah kelihatan bersih selepas aku kerjakan pada subuh-subuh hari. Disebabkan tidak boleh melelapkan mata aku lebih suka membelek pasu dan pokok bunga kegemaran arwah ibu.

“Mira, tak kerja ke?”soal Mak Ijah yang mengerutkan dahinya. Mungkin dia hairan melihat aku yang masih melekat di rumah.

Aku tersengih.

“Tak. Ambil cuti. Abang Firdaus ada Mak Ijah?”soal aku mencuba nasib. Kalau ada lelaki itu mahu aku ajaknya ke Bukit tinggi. Ada sesuatu yang menarik untuknya di situ. Niat cuma mahu menunjukkan rasa berterima kasih kerana sentiasa menunggu kepulangan aku daripada tempat kerja sehingga larut malam.

Mak Ijah tersenyum.

“Dia ke Sepang. Ada kes baru.”ujar Mak Ijah dengan senyumannya yang tidak mati. Aku hanya mengangguk. Terlepas niat baik aku. Baru je nak bersedekah, alih-alih dia sibuk. Patutla tak nampak batang hidung pagi-pagi hari.

Aku tersenyum lagi. “Mak Ijah, hari ni masakkan Mira Ikan 3 rasa. Teringin nak makan la. Dulu arwah ibu selalu jamu Mira. Boleh tak Mak Ijah. Nanti kita beli barang tuk masak.”pinta aku tiba-tiba.

Aku juga tidak tahu kenapa ringan pula mulut aku menyuarakan harapan aku.

Mak Ijah mengangguk-angguk kepalanya.

“Boleh je. Lagipun bahan dah ada Mira. Nanti Mira datang tolong. Firdaus pun tak balik hari ni. Petang agaknya.”ujar Mak Ijah sebelum membuka pagar rumahnya menyambut kedatangan aku yang tersengih-sengih.

Cantik sangat lah tu.

Tak ada abang Firdaus, Hidup aku sikit punya aman. Kalau tidak 24 jam nasihat berjela-jela. Mual, Muak.

**

Lauk yang terhidang menyemarakkan selera aku yang menatapnya. Mak Ijah yang sibuk memotong timun untuk disajikan dengan sambal belacan tempoyak berjalan menuju ke ruang makan.

Segalanya nampak sempurna untuk menjamu tetamu seperti aku.

Aku tergelak kecil. Senang hati dengan hasil yang berada di depan mata.

“Pandai Mira masak.”puji Mak Ijah yang baru duduk di kerusi makan dengan pingang di tangannya. Pingan itu diserahkan satu kepada aku yang masih teruja melihat hasil kami berkoloborasi meyediakan makan tengah hari.

Aku tersengih. “Nampak sedapkan Mak Ijah. Teringin nak makan. Jom makan!.”ujar aku sambil menuangkan air kelapa yang aku beli di warung Wak Kassim di hadapan kawasan rumah.

Mak Ijah tergelak kecil.

“Bismillah dulu.”sahut satu suara dari belakang.

Mak Ijah tersenyum. “Kata balik petang Firdaus.”tegur Mak Ijah sambil bangun dari duduknya. Mahu menuju kemana? Dapur?

Abang Firdaus tersengih. “Mak nak pergi mana tu? Makan la. Faidaus naik atas dulu. Nak mandi. Badan rasa melekit. Makan jangan lupa baca doa, Mira.”usiknya di ahkir kata-kata.

Aku mendengus dalam hati.

Ada je benda nak sakitkan hati aku. Tahulah nak baca doa! Marah aku diam-diam. Melihat Abang Firdaus yang hilang ke bilinya aku mengucap syukur. Sakit hati je bertentang mata dengan dia. Nak buat baik kena sebijik.

Makan jangan lupa baca doa,Mira. Ajuk aku geram dalam hati.

**

Mak Ijah mengeluh perlahan. Aku yang sedang enak berbaring di sofa rumahnya menoleh. Rumah mak Ijah sudah menjadi seperti rumah aku sendiri. Sekali kali hujung minggu,rumah Mak Ijah menjadi tempat aku melepak. Mak Ijah pula senang menerima kedatangan aku kerana Abang Firdaus sentiasa sibuk pada hujung-hujung minggu.

Aku memandang Mak Ijah kehairanan. Tak pernah-pernah wanita tua ni mengeluh. “Mak Ijah,kenapa mengeluh ni. Tak baik.”usik aku nakal.

Mak Ijah menjeling manja.

Dia tahu aku mengusiknya. Dia yang sibuk melipat baju memberhentikan perbuatannya. Sekali lagi dia mengeluh.

“Mira tolong Mak Ijah nasihatkan abang Firdaus. Minta dia jangan lambat sangat kahwin. Mak Ijah teringin nak ada cucu. Kalau setiap kali hujung minggu dia hilang. Tinggal Mak Ijah sorang-sorang. Sekarang ni Mira masih lagi solo. Kalau Mira dah nikah nanti, tinggal Mak Ijah sorang-sorang.”adunya sedikit kesal.

Aku mengerutkan dahi.

Nasihat Abang Firdaus? Nak ke dia dengar nasihat aku padahal aku lansung tidak mengambil port dengan nasihatnya pada aku. Nasihatnya bagaikan awan yang berarak, angin yang mendayu-dayu.

Mak Ijah memandang aku meminta simpati.

Aku terpaksa mengangguk mengiakan permintaannya.

Kesian aku melihat wanita tua ini. Dia teringinkan cucu daripada anaknya. Anaknya pula bila hujung minggu je lesap. Macam pelesit!

“Mak Ijah,entah-entah setiap hujung minggu ni dia pergi jumpa awek dia kut. Kita mana tahu.”ujar aku sedikit memprovok Mak Ijah.

Mahu dia lebih tenang dan tidak terlalu memikirkan tentang anak terunanya.

Mak Ijah mencebik.

“Yelah tu. Entah-entah berkabung dalam office. Bukannya Mak Ijah tak tahu betapa sibuknya dia. Awek pun bukannya ada. Kalau ada dah lama Mak Ijah tahu.”jawab mak Ijah selamba membuatkan aku terdiam.

Amboi Mak Ijah,sebijik perisik antarabangsa FBI.

**

Sekali lagi aku pulang lewat. Bukan sengaja tetapi terlalu banyak projek masuk ahkir-ahkir bulan ini. Tander yang ada sebelum ini pun belum lagi selesai untuk diuruskan. Wajah Abang Firdaus kelihatan kelat. Sekelat buah mangga muda.

Akulah buah mangga muda yang akan diterkam Abang Firdaus sekejap lagi. “Ni,lambat lagi. Sengaja ke memang nak buat abang tertunggu-tunggu ni?”soalan Abang Firdaus membuatkan aku boring.

Hari-hari aku nampak muka dia. Dia,dia,dia.

Nasib baik ada rupa.

Ada duit.

Ada kereta.

Ada rumah.

Eh! Melalut. Macam nak buat laki.

Simpang!

Aku tersengih sahaja. “Sorry. Tak sedar dah lambat. Tadi ingat nak tidur je dekat office tapi bila teringatkan abang Firdaus yang setia menanti,kesian pulak kalau tak balik. Berembum pulak malam-malam macam ni.”jawab aku selamba.

Abang Firdaus mendengus. Geram.

“Dah berembum pun. Mira jangan balik lambat sangat macam ni. Bahaya Mira. Minggu depan abang tak ada. Cuba balik awal minggu depan.”arah Abang Firdaus selamba.

Aku memandangnya lantas mengerutkan dahi.

Minggu depan kau tak ada? Alhamdulillah!

“Okey!”jawab aku laju sebelum masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang meleret. Aman hidup aku kau tak ada.

Indahnya dunia, Tuhan!

Pintu rumah aku kunci dengan rapi. Aku meninjau kawasan luar rumah dari tingkap bilik. Abang Firdaus masih lagi berada di tembok rumah dengan berbekalkan handponennya yang bercahaya.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi menandakan ketibaan masej baru.

‘Tidur awal, pergi kerja awal. Balik kerja awal.’

Masej itu aku pandang dengan perasaan yang berbaur geram,sayang,marah dan muak. Lelaki ini memang mahu mengawal hidup aku.

Hei mat! Suka hati aku lah hidup aku!

**

Pemergian Abang Firdaus dihantar dengan kerisauan yang bermukim di hati kecil Mak Ijah. Aku hanya tersenyum dalam hati. Lega melihat kereta Honda itu berlalu meninggalkan kawasan perumahan.

Teringat perbualan singkatnya bersama Abang Firdaus di luar rumah sementara menunggu Mak Ijah menyediakan sesuatu untuk dijamu Abang Firdaus sepanjang perjalanannya ke Johor Bharu.

“Tolong tengokkan mak abang.”pinta Abang Firdaus sebelum dia meletakkan begnya di tempat duduk penumpang dibelakang.

Aku hanya mengangguk.

Walaupun abang Firdaus tidak meminta,pasti aku akan tengok-tengokkan Mak Ijah. Mak Ijah la yang sentiasa menjaga aku selepas kehilangan ayah dan ibu.

“Mira pun sama. Jaga diri. Jangan balik lambat. Kerja tetap kerja tapi keselamatan diri kena jaga. Awak tu perempuan.”sambung abang Firdaus masih lagi mahu mengungkit kelemahan aku yang sentiasa gagal untuk pulang ke rumah pada waktu awal yang seperti diperuntukkan oleh abang Firdaus.

Aku mencebik.

“Yelah. Tak janji.”ujar aku selamba.

Malas lah nak dengar nasihat dia. Macam bagus sangat!

Abang Firdaus tersenyum. Mungkin tertawa dengan sikap aku yang buat-buat tidak endah dengan nasihatnya.

Aku memandang abang Firdaus yang membetulkan bajunya yang sedikit kedut. “Abang Firdaus, Mak abang suruh abang kahwin. Dia suruh Mira nasihatkan abang.”ujar aku sedikit perlahan tidak mahu didengarai Mak Ijah.

Abang Firdaus mengangkat keningnya.

“Mira ajak abang kahwin?”usik Abang Firdaus selamba.

Aku mengigit bibir. Geram! Main-main pulak dia ni.

“Mira malas la nak nasihatkan abang. Bukannya lut pun. Mira ni kesiankan Mak Ijah je sebab tu lah Mira buka mulut bagitahu abang Firdaus.”ujar aku tidak mahu kalah.

Abang Firdaus menganggukkan kepalanya.

“Nanti abang hantar rombongan pinang Mira tapi tunggu abang balik JB dulu.”balas Abang Firdaus sebelum dia ketawa besar melihat wajah aku yang berkerut seribu.

Geram! Main-main! Tak serius!

Mak Ijah yang tiba-tiba muncul menyukarkan aku untuk membalas kata-katanya. Pergi lantak lah! Ada aku kisah ke!

**

Lima hari aku pulang ke rumah lebih awal daripada biasa. Memang tidak aku nafikan yang aku mengambil berat dengan nasihat Abang Firdaus. Sebelum pukul 9 malam aku sudah sampai ke rumah. Langkah-langkah keselematan yang lebih teratur aku praktikkan sepanjang ketiadaan Abang Firdaus. Rasa kehilangan muncul apabila kepulangan aku tidak disambut Abang Firdaus seperti biasa.

Sudah pukul 1 pagi namun aku masih tidak mampu melelapkan mata. Seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Aku mengurut dada dengan perasaan yang tidak selesa. Perlahan-lahan aku menuruni tangga. Melihat pintu rumah yang tertutup rapat membuatkan aku lebih berani melangkah.

Tiba-tiba aku rasakan badan aku terdorong ke belakang.

Wajah seorang lelaki yang terselindung disebalik topi hitamnya membuatkan aku cuak. Tangan lelaki itu laju menekup mulutku. Aku yang mahu menjerit terasa tersekat nafas. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa kecewanya aku.

Ayah!

Ibu!

Tolong Mira!jerit aku dalam hati.

Aku mendengar lelaki itu tergelak kecil sebelum aku tidak mampu untuk membuka mata. Hati ini meloncat-loncat mahu melepaskan diri tetapi aku seolah-olah tiada tenaga untuk itu. Terasa badan aku diseret entah ke mana.

Ya ALLAH,jika ini pembalasan aku kerana sentiasa mengecewakan arwah ayah dan ibu. aku pasrah dan reda dengan takdirmu.

**

Perlahan-lahan aku membuka mata yang terasa berat sekali. Suasana itu terasa begitu asing. Aku membuang pandangan ke arah syiling. Ini bukan bilik aku. Ini bukan rumah aku. Aku menoleh ke kiri.

Wajah Mak Ijah yang terlena disebelah aku membuatkan air mata aku berderai. Apa yang terjadi pada aku? Perlahan-lahan aku cuba mengangkat tangan kiri aku untuk mengejutkan Mak Ijah tetapi tangan ini terasa berat.

Kenapa?

Pintu bilik dibuka dari luar membuatkan aku laju berpura-pura tidur.

Kelihatan wajah Abang Firdaus dan perempuan berjubah putih melangkah masuk dengan wajah yang sunggul. Aku tertanya-tanya. Apakah berkenaan aku? Mengenai kesucian aku sebagai wanita. Apa yang lelaki jahanam tu dah buat apa aku?

Ingin sahaja aku menjerit namun suara ini ini tidak melontarkan bunyinya.

“Kita tunggu laporan perubatan dia, Firdaus. Kalau betullah apa yang kita semua fikirkan..we need to do something. Maybe you can talk to her. Pujuk dia lembut-lembut. Biar dia terima hakikat sebenar.”ujar Doktor perempuan itu.

Aku melihat Abang Firdaus mengeluh keras.

“I’ll wait for the medical report .”ujar Abang Firdaus sedikit keras.

Doktor itu mengangguk sahaja.

“Sementara itu, kita rahsiakan dulu. Dia perempuan. Benda itu penting bagi dia.”ujar Abang Firdaus sedikit perlahan.

Aku mampu menangkap kata-katanya.

Benda itu?

Apa tu?

Aku membuka mata dengan hati yang panas.

Apa yang sebenarnya terjadi pada aku? Apa yang lelaki jahanam tu dah buat pada aku? Apa yang dah jadi pada malam tu! Apa semua ni! Jantan jahanam! Bentak aku dalam hati. Wajah aku yang mempunyai kesan lebam di tatap abang Firdaus.

“Mira,dah sedar.”bisik Abang Firdaus perlahan.

Sepertinya dia tidak mahu menganggu tidur Mak Ijah.

Aku memandangnya dengan pandangan yang sayu.

“Terus terang je abang. Mira pasrah. Semua ni salah Mira sebab selalu kecewakan arwah ayah dan ibu. Selalu abaikan nasihat abang. Kurang ajar dengan ayah,ibu,abang.”ujar aku sedikit serak.

Air mata yang panas yang mengalir di pipi aku disapu Abang Firdaus dengan ibu jarinya. Matanya tajam merenung wajah ku.

“Tak baik cakap macm tu. Ini bukan salah Mira. Ini takdir Mira.”pujuk Abang Firdaus. Aku mengeluh dalam hati. Air mata yang mengalir dibiarkan abang Firdaus. Dia tidak lagi mengesat air mata aku.

Pasti dia juga jijik dengan aku!

**

Aku membuangkan pandangan ke halaman rumah dengan keluhan yang berat. Hari ini Mak Ijah menemani aku seperti biasa. Abang Firdaus juga selalu ada bersama. Aku tersenyum dalam hati. Mak Ijah terlalu baik pada aku walaupun dia tahu aku bukanlah gadis yang bersih. Aku kotor!

Aku bukan gadis yang diimpikan lelaki-lelaki yang baik namun aku reda. Hidup aku pasti kesunyian mulai sekarang. Aku reda! Pasrah!

“Mira,nak makan apa hari ni?”soal Mak Ijah yang sudah duduk berhadapan denganku. Aku memandang wanita tua ini. Dia sebagai orang tua pasti tidak mahu menerima menantu yang kotor seperti aku.

Aku tersenyum.

“Tak nak makan. Kenyang.”ujar aku dengan senyuman tawar.

Mak Ijah juga tersenyum.

“Mana boleh. Perut kena isi sayang. Nanti lapar. Mak Ijah masak ikan 3 rasa ye.”pujuk Mak Ijah lantas mengusap rambut aku. Aku rasa bahagia dengan usapan itu. Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala aku ke paha orang tua itu.

Mak Ijah tersenyum senang. Rambut aku dibelainya penuh kasih sayang.

“Mak Ijah, kalau ibu masih ada mesti dia pun akan usap rambut Mira. Ayah pulak mesti cari lelaki yang rosakkan Mira.”ujar aku perlahan.

Mak Ijah yang mengusap rambut aku terhenti perbuatannya.

Hatinya yang sebak ditahan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu aku melihat air matanya. Mak Ijah,menangis lah. Barulah Mira berani menangis. Mira tak nak menangis sorang-sorang.bisik aku dalam hati.

“Mira,mak Ijah ada. Biar mak Ijah jaga Mira. Biar mak Ijah cari jantan jahanam tu sampai dapat. Mira serahkan pada Mak Ijah. Mak Ijah jaga Mira ye.”pujuk Mak Ijah dengan linangan air matanya yang tidak boleh dikawal lagi.

Empangan air matanya roboh.

Mira tersenyum dalam tangisannya.

“Kalau arwah ibu ada lagi, mesti dia peluk Mira rapat-rapat.”ujar aku meluahkan perasaan yang mencengkam dada. Hidup aku tidak tenteram.Musnah.

Mak Ijah mengesatkan air matanya.

“Mak Ijah janji. Mak Ijah jaga Mira. Mak Ijah janji nak.”ujar Mak Ijah dengan perasaannya yang tersayat pilu.

Aku hanya tersenyum.

Lega dengan ucapan orang tua itu. Mak Ijah,aku memerlukanmu sepanjang hidup aku. Aku tak mampu lagi. Aku rasa hidup ini lebih baik ditamatkan.

**

“Mak setuju?”soal Abang Firdaus meminta kepastian daripada Mak Ijah yang merenung anaknya tajam.

Aku tahu.

Tiada sesiapapun yang mahukan aku sebagai menantunya termasuk Mak Ijah.

Aku terdiam di kerusi makan di rumahku.

Wajah Abang Firdaus dan Mak Ijah lansung tidak berani untuk aku tenung.

“Mak?”tanya Abang Firdaus kali kedua.

Aku sangat pasti!

Sebaik-baik Mak Ijah,dia pasti menolak aku. Siapa yang mahukan aku yang kotor dan sampah ini. Darjat aku setanding anjing kurap bagi masyarakat sekeliling.

Aku bangun dari duduk ku.

Panas perasaan aku. Apa yang sedang dilakukan Abang Firdaus. Dia mahu menjadikan aku sebagai isterinya hanya kerana simpati? Aku tak perlukan itu! Aku boleh hidup sendiri!

“Dah la abang Firdaus. I don’t need you sympathy. Mira kotor. Tak ada sesiapa yang mahukan Mira. Mira boleh hidup sendiri. Mak Ijah banyak naikkan semangat Mira. Mira tak nak hubungan kita hancur sebab hal kecik. Abang berhak untuk dapatkan yang terbaik untuk dijadikan isteri.”ujar aku laju.

Wajah mak Ijah yang tegang lansung tidak berani aku pandang.

Silap pandang makan diri.

Aku mendengar Abang Firdaus mengeluh.

“Mira, please. Mak! Janganlah macam ni. Firdaus ada hak untuk dapatkan sesiapa sahaja yang Firdaus mahu untuk menjadi teman sehidup semati Firdaus. Mak!”rayu Abang Firdaus.

Aku mengangkat wajah memandang mak Ijah yang masih berdiam diri. Aku tersenyum tawar. Kenapa Abang Firdaus? Kenapa sekarang kau mahu rosakkan hubungan kita. Aku tiada sesiapa dalam dunia ini selain Mak Ijah. Kalau tiada Mak Ijah,gelaplah kehidupan aku.

Abang Firdaus mendengus keras.

“Mak tak nak terima Mira? Ok. Baiklah. Mak menang tapi jangan sesekali bayangkan Firdaus bernikah. Selain Mira tiada sesiapa yang Firdaus akan angkat sebagai isteri Firdaus. Mak tahu kan..Firdaus sayangkan Mira daripada dulu. Kan Mak!”duga Abang Firdaus tidak mahu putus asa.

Aku yang terkejut dengan pengakuannya terdiam. Dalam hati aku tersenyum senang. Abang Firdaus,kau insan yang sangat mulia. Kau sanggup mengambil aku sebagai isteri walaupun tahu keadaan aku yang sebenar.

Terima kasih abang.

**

Majlis perkahwinan kami diadakan dengan meriah. Mak Ijah la yang menjadi orang penting majlis aku dan Abang Firdaus. Memandangkan aku yang sebatang kara, Mak Ijah lebih mengutamakan aku daripada anaknya.

Layanan Mak Ijah lansung tidak berubah terhadap aku.

Katanya dia menerima aku kerana percaya yang aku boleh melahirkan cucu untuknya. Ceritanya lagi dia sangsi dengan aku untuk menjadi menantunya bukan sebab kerana aku tidak suci tetapi kerana tidak percaya aku akan melahirkan cucu untuknya.

“Mak Ijah.”panggil aku perlahan apabila dia sibuk mengemas ruang tamu.

Dia menoleh kemudian mengerutkan dahinya. “Mak Ijah?”soalnya pelik. “Cuba panggil Mak.”ajarnya sedikit geram.

Aku hanya tersengih. “Tak biasala. Apa kata mula-mula ni Mak Ijah. Bila dah selesa Mira panggil Mak.”ujar aku sedikit nakal.

Dia tergelak kecil.

Abang Firdaus yang mengemas halaman rumah bergegas masuk ke dalam rumah. Matanya melilau mencari sesuatu.

“Cari apa tu?”soal Mak Ijah yang pelik melihat gelagat anaknya.

Abang Firdaus tersengih menjawab pertanyaan maknya. Dia memandang aku kemudian mengerutkan dahinya. “Mira,nampak kunci kereta abang?”pertanyaannya membuatkan aku berfikir panjang.

“Dalam bilik.”jawab aku laju.

Dia tersengih lantas menuju ke bilik atas.

Mak Ijah mengelengkan kepalanya. Pelik.

“Mira!”panggil Abang Firdaus dari atas. Mak Ijah memandang aku yang sedikit terkejut dengan panggilan Abang Firdaus.

“Pergi tengok. Dia tu kalau cari barang mesti tak jumpa.”arah Mak Ijah sebelum mendengus geram.

Aku tersenyum sahaja. Ye ke tak jumpa?

**

Perlahan-lahan aku meniti menaiki tangga. Wajah Abang Firdaus yang bersenyum panjang di dalam bilik membuatkan aku bersenyum nakal. Sengaja!

“Dapat tak kunci tu?”duga aku sengaja.

Abang Firdaus tersengih. Hodoh!

Perlahan-lahan Abang Firdaus menarik tangan aku ke arah katil lantas didudukkan aku di birai katil. Dia melutut di hadapan aku dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibirnya.

“Best ke tipu abang?”soalannya membuatkan aku terpingga-pingga.

Aku memandangnya kehairanan. “Tipu?”

Abang Firdaus tersenyum sinis.

“Bila pandai menipu ni? Siapa ajar?”duga Abang Firdaus lagi.

Aku hanya diam. Tidak mengerti dengan maksud yang diberikan. Sampul surat coklat dikeluarkan dari poketnya diberikan kepada aku. Terlopong mulut aku membaca surat itu. Aku cuba tersenyum tetapi lebih ke arah tawa yang besar.

“Tak sengaja.”ucap aku perlahan. “Betul,tak ada niat pun. Mira bagitahu Mak Ijah,lepastu mak kata diamkan dulu. Mira ingat nak bagitahu abang malam ni”ujar aku sedikit melirih. Sengaja mencari simpati daripada lelaki baru sahaja menjadi suami aku.

Abang Firdaus mengeluh tidak puas hati.

“Laporan ni mengesahkan yang Mira sihat-sihat belaka. Bersih-bersih belaka tapi kenapa nak belagak jadi orang tak sihat,tak bersih. Mira buat abang tak lena tidur.”ujarnya sedikit keras.

Aku tersengih sahaja.

“Alah, nak buat macam mana. Dah Mak Ijah pun kata yang abang risaukan Mira. Alang-alang risau biar terus buat bini.”usik aku selamba.

Abang Firdaus yang mendengar jawapan aku menarik hidung aku geram. Aku yang meronta-ronta minta lepas lansung tidak dihiraukan Abang Firdaus.

**

Aku memandang wajah Mak Ijah dan Abang Firdaus yang leka mengemas halaman rumah yang sedikit berselerak dengan daun-daun kering. Kehidupan aku selepas menjadi isteri Abang Firdaus lebih terisi. Terasa hidup mempunyai tujuan dan arah yang benar. Tidak lagi terumbang-ambing.

“Mira!”panggil Abang Firdaus dari luar rumah.

Aku yang sedang enak menonton rancangan cartoon di tv8 setiap pagi sabtu dan ahad mengeluh perlahan. Lelaki ini suka benar mengacau. Panggil sana,panggil sini!

Aku melangkah keluar dengan wajah yang dimasamkan.

Abang Firdaus yang tersengih melihat wajah aku menarik aku keluar pantas. Aku mencebik geram. Mak Ijah tergelak kecil melihat wajah aku.

“Apa benda?”soal aku sedikit boring.

Abang Firdaus menghulurkan sesuatu dari gengamannya.

Aku yang blur menyambut dengan kerutan di dahi.

“Kunci?’soal aku kehairanan.

Abang Firdaus tersenyum. “Rumah untuk Mira dari abang. Kita pindah.”ujar Abang Firdaus dengan senyumannya yang tidak hilang.

Aku memandangnya kemudian memandang mak Ijah yang turut senang melihat aku dan anaknya yang bersatu. Perlahan-lahan aku mengeleng. “Mak?”soal aku sedikit terusik. Tinggalkan Mak Ijah sendirian? Serupa juga meninggalkan aku sendirian.

Abang Firdaus memandang maknya. “Tengok,dia sayangkan mak lebih dari Firdaus. Firdaus dah cakap mak tak nak percaya. Buat habis duit je beli rumah mahal tu untuk dia.”bebel Firdaus memandang maknya yang tersenyum.

Aku hanya menundukkan kepala dengan nafas yang berat.

Mak Ijah memandang aku sayu. “Mak tinggal sini. Jaga rumah arwah ayah dan ibu Mira. Mira pindah ya nak. Lupakan kenangan yang pahit ni. Mulakan kehidupan yang baru.”pujuk Mak Ijah tidak mahu usaha anaknya sia-sia.

**

“Bila?”soal Abang Firdaus ketika aku dan dirinya sibuk menyusun perabut yang baru sampai untuk rumah baru kami di Kota Warisan,Sepang.

Aku menoleh memandangnya.

Keluhan berat kedengaran perlahan ditelinganya.

“Nak tunda sampai bila ni?”pertanyaan itu dibiarkan aku tanpa jawapan.

Aku masih lagi tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang boleh membuatkan aku fobia. Abang Firdaus tahu akan hal itu tetapi kenapa dia seolah-olah mahu mendesak aku? Aku mengeluh dalam hati.

Melihat aku yang terdiam,dia memeluk aku lembut daripada belakang.

“Abang sayang Mira. Mira jangan macam ni.”pujuknya apabila aku kaku tanpa bersuara. Perlahan-lahan Abang Firdaus melepaskan pelukannya. Anak matanya yang hitam pekat mencari anak mataku. “Trust me.”bisiknya perlahan.

Aku hanya mengeluh kesal.

Fobia! Kejadian dahulu masih lagi menghantui aku.

Tiba-tiba panggilan handphone milik Abang Firdaus mematikan perbualan dari hati ke hati antara kami suami isteri. Wajahnya berkerut menjawab panggilan telefon itu.

“No! Listen to my instruction Vivian. They need to find more evidence so do us. Jangan hanya bergantung pada penyiasatan polis. Kita tak boleh asyik bergantung pada bukti yang sedia ada. Pihak lawan akan ada fakta yang lengkap serta kukuh.”ujar Abang Firdaus sedikit meninggi.

Aku yang mendengar hanya terdiam.

“Okey,I’ll ask a favour from Jia Ying. She’s the one who always ready to dealing with people like this.”ulas Abang Firdaus lagi.

Aku hanya mengeluh kesal.

Kenapa aku tidak boleh menerima dia? Ya ALLAH. Berdosanya aku.

**

Abang Firdaus yang leka menjamu serapan pagi bernyanyi-nyanyi kecil Wajahnya yang malam tadi berkerut-kerut menahan rasanya seperti hilang sekelip mata. Aku hairan dengan perubahannya tapi lantas aku biarkan. Tidak mahu isu semalam dibangkitkan lelaki ini.

“Mira,malam ni abang balik lambat. Kena pergi JB.”ujarnya ketika aku sedang menuang air kopi untuknya.

Nasi goreng dipingannya bersih. Semuanya ditelan! Lapar ke?

Aku hanya mengangguk.

Wajahnya aku pandang sekilas.

“Abang pergi dulu. Mira jangan balik lambat sangat tau.”ujar Abang Firdaus sebelum dia melangkah ke pintu rumah dua tingkat mewah yang diberikan kepada aku sebagai hadiah perkahwinan kami.

Aku mengekorinya daripada belakang.

“Careful.”ucap aku sepatah sebelum tangannya aku cium penuh hormat.

Abang Firdaus tersenyum senang. Ciuman kasihnya tumpah di dahi aku.

Sungguh lelaki ini bisa menjaga aku.

Benar lelaki itu bisa menyintai aku.

Dia tersenyum lagi. Kereta Hondanya bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah yang lapang.

Aku menoleh jam dinding yang berdetik tanpa hentinya.

“Ibu,ayah..Mira bahagia tapi bahagiakah Abang Firdaus?”soalan aku terbit apabila potret insan yang aku sayangi itu aku tatap lama. Gambar mak yang terletak disebelah kedua-dua potret ayah dan ibu aku tenung lama. “Mak. Maafkan Mira.”ucap aku perlahan. Apakah sebenarnya yang sedang aku lakukan?

Menolak hak Abang Firdaus sebagai seorang suami?

Aku mengeluh sekian kalinya.

**

Kereta milik Abang Firdaus aku ikuti dari belakang. Mengapa pula Abang Firdaus berada di kawasan Cheras padahal tempat kerjanya di Putrajaya? Aku mendengus dalam hati. Apa pulak suami aku ni?

Khaleeda yang berada disebelah aku mengerutkan dahinya. Hairan melihat cara aku yang memandu secara sembunyi-sembunyi.

“Mira, kenapa kau ni? Eh,jalan pergi office kirilah!”ujar Khaleeda sedikit meninggi.

Aku mendengus memandangnya.

Tujuan aku bukan untuk kembali ke pejabat tetapi mengejar langkah suami aku yang sedikit membuatkan aku berasa sangsi.

“Mira.”panggil Khaleeda perlahan.

Aku menoleh mamandangnya. “I’m following my husband. Can you please be relax. We’re not going far from this area.”ujar aku sungguh yakin.

Manalah tahu kalau Abang Firdaus semakin jauh keluar dari daerah tempat kerja aku. Nak ke aku ikut? Soalan itu bermain difikiran aku. Khaleeda mengerutkan dahinya.

“Kenapa kau buat semua ni. Why don’t you trust him?”soal Khaleeda membuatkan aku terpusing.

Yelah! Kenapa aku tak percayakan Abang Firdaus?

Kenapa mesti aku mengikut dia dari belakang pada waktu aku berkerja?

Aku mengeluh perlahan.

Kereta Abang Firdaus berhenti di sebuah Restoran yang lengang. Wajahnya yang tersenyum membuatkan aku sangsi. Bertambah sangsi apabila kehadirannya disambut seseorang.

Siapa perempuan tu?duga aku dalam hati.

Khaleeda yang menyedari perubahan aku cuba menyenangkan perasaan aku.

“Mira, dah. Kau tak sepatutnya ekori dia. Ini semua bukan macam kau fikirkan. Jangan selalu bersikap jarang pada suami sendiri. Jom,kita balik office.”pujuk Khaleeda sampai tangannya menarik muka aku yang masih tertacap pada pintu depan Restoran.

Aku mengeluh dalam hati.

Inikah sebab dia tidak lagi meminta malam pertama kami?

Inikah punca dia selalu pulang lewat dengan alasan ke JB?

Aku hanya terdiam. Tanpa sepatah perkataan yang muncul dari bibir ku ini aku memandu kereta dengan perasaan yang kosong. Mengenangkan perbuatan Abang Firdaus yang membuatkan aku tersentak,jiwa aku tiba-tiba kosong. Apa makna semua ini?

**

Seminggu aku hanya berdiamkan diri. Di dalam rumah kami hanya berbual benda-benda yang penting. Selagi tiada benda yang penting untuk ditanyakan ataupun di bualkan aku hanya mendiamkan diri sehingga ditegur Abang Firdaus.

Namun seperti dahulu,tegurannya,nasihatnya aku tolak tepi dengan angkuh. Wajah Abanf Firdaus yang lesu muncul di pintu rumah. Aku mengeluh kesal.

Dengan perempuan mana pulak hari ni?soal aku dalam hati.

Abang Firdaus memberikan senyumannya.

Aku hanya kaku. Tiada senyuman. Tiada tawa apabila kami bersama. Dia hanya mengikuti rentak aku. Jika aku mendiamkan diri.dia juga begitu.

“Sorry lambat.”ujar Abang Firdaus ketika dia melabuhkan pungangnya di sofa. Badannya yang letih disandarkan dengan senyuman yang meniti dibibir.

Terpesona aku dengan senyuman itu namun dikala diri ini disimbah dengan perasaan tidak puas hati aku menoleh ke arah televisyen yang masih menayangkan cerita pada lewat-lewat malam begini.

“Mira.”panggilnya perlahan.

Aku tidak menoleh lagilah menyahut. Panggilan itu aku biarkan sepi.

“Mira,abang minta maaf kalau selalu biarkan Mira sorang-sorang tapi ikhlas abang katakan yang abang memang sibuk dengan kes-kes baru. Abang dalam office je tadi.Esuk pulak nak pergi mahkamah.” Sambung Abang Firdaus mahu menarik perhatian aku.

Aku mencebik dalam hati.

Yelah,dalam office! Fikir aku tak nampak office mana kau pergi?

“Bila masa pulak office abang dekat Cheras?”soal aku tiba-tiba.

Aku juga tidak menyangka soalan itu terkeluar dari bibir aku. Abang Firdaus yang melelapkan matanya menoleh memandang aku yang tajam merenung wajahnya.

Air wajahnya berubah kelat. Tidak setenang biasa.

Ha! Kan dah kantoi dengan aku.

“Mira ikut abang? Mira tak percayakan abang?”suaranya perlahan ditambah dengan kekesalannya.

Aku hanya mencebik. “Tak ada masa la Mira nak ikut abang. Mira lagi banyak kerja berbanding abang yang ada masa lepak dekat Restoran waktu-waktu orang kerja. “jawab aku selamba. Dia memandang aku tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari bibir ini. “Mira tak ada niat tak percayakan abang tapi hari tu memang tuhan nak tunjuk pada Mira siapa abang sebenarnya. Siapa abang yang konon-kononnya sayang dan cintakan Mira.”sambung aku lagi.

Kau rasakan! Kau dah sakitkan hati aku dengan tidak berlaku jujur.

Aku sakit,kau pun sakit!

Aku melihat Abang Firdaus menelan air liurnya. “Kenapa Mira tak tegur abang time nampak abang dekat Restoran Cheras tu?”soalannya membuatkan aku tersenyum sinis.

Nak aku sapa kau?

Nak buat kau mati terkejut tengok aku dapat tangkap kau yang selamba membenarkan lengan kau dipeluk perempuan lain? NO!

“Abang fikir maruah Mira ni rendah sangat ke sampaikan samggup nak memalukan diri suami Mira sendiri depan orang ramai. Nak tegur abang supaya jaga batas-batas abang dengan perempuan-perempuan lain. Gila lah Mira.”jawab aku selamba.

Aku melihat Abang Firdaus berdiri memandang aku Dia tersenyum sahaja. Terserlah ketenangan pada wajah itu. Sungguh aku sayangkan lelaki ini tapi kenapa dia sanggup menipu aku? Benarkah aku yang menjadi idamannya daripada dahulu ataupun hanya berkahwin dengan diri ini semata-mata kerana kasihan?

“Abang tanya Mira. Mira sayang abang?”soalan itu membuatkan aku mengerutkan dahi ini. Soalan apa ni!

Aku mendengus geram. “Soalan jenis apa ni?”duga aku geram.

Abang Firdaus tersenyum sinis.

“Answer my question Mira Hana. Do you love me?”soalnya sedikit keras. Suaranya kedengaran kuat dipendengaran aku.

Aku memandangnya tajam. Kenapa lelaki ini terlalu mendesak. Suka mendesak daripada dahulu! Dia buat semua yang terjadi ini adalah salah aku semata-mata. Tak adil! Aku hanya mengangguk perlahan. Wajahnya aku tenung kembali.

Renungannya menghantar seribu pengertian. Dia mahukan aku mendengar kata-katanya. Berdosakah aku untuk mengetahui hal sebenar. Jika dia tidak lagi mahukan aku,lepaskan aku!

Abang Firdaus tersenyum.

“Abang sayangkan Mira. Mira bukan tempat abang melempiaskan nafsu abang,bukan juga pada perempuan-perempuan di luar tu. Mira adalah tempat abang rasakan keselesaan dan kedamaian. Abang tak meminta hak abang sebab abang nak Mira yang serahkan sendiri pada abang.”ujarnya seperti mengetahui isi sebenar perasaan ini.

Dia melepaskan keluhannya.

Matanya tajam merenung wajah aku yang tertunduk.

“Apa yang Mira nampak di Cheras bukan yang Mira fikirkan. Perempuan yang sambut dan peluk lengan abang tu sebenarnya adik tiri abang. Mak tak pernah tahu kewujudan dia.Hari tu hari jadi dia. Abang sembunyikan hal ini dari mak. Abang memang ada niat nak ajak Mira tapi Mira selalu sibuk,balik rumah pun lagi lambat dari abang. Abang cuba fahamkan diri abang untuk berada dalam situasi Mira. Abang cuba Mira.”luah Abang Firdaus cuba merapati aku.

Aku melangkah kebelakang.

Benar? Betul ke? Salah aku lagi? Hurgh!

“Sepatutnya abang ceritakan pada Mira. Ini tidak,bila Mira tanya abang kata semua okey. Baik. Abang tak bagi tahu Mira pun pasal Majlis adik abang tu.”adu aku tidak puas hati. Aku melihat Abang Firdaus melepaskan keluhan boringnya.

Dia boring dengan sikap aku?

Aku lagi sakit hati!

**

Abang Firdaus memeluk aku dari belakang. Dua hari dia cuba memujuk aku yang berlagak sombong dengannya. Majalah Wanita yang aku baca terkedek-kedek aku letak dengan hati yang panas.

Main peluk-peluk lah pulak!

“Marah lagi?”soalnya perlahan.

Nafasnya dapat aku rasai di tengkuk. Deras nafas itu membuatkan aku terdiam tanpa suara. Aku hanya mengeleng menjawab soalannya.

Dia tersengih. Pipi kiri dan kanan mendapat habuan ciuman daripadanya.

“Dah tu kenapa masam je ni. Cuba senyuman sikit untuk suami yang Mira kata sayang ni.”usiknya sambil tangannya kuat memelukku. Terasa kedamaian disitu.

Aku senang dengan perbuatannya.

Dia memberikan aku ketenangan. Sungguh.

Aku mengeluh perlahan.

“Abang kahwin dengan Mira ni sebab kasihan dengan Mira ataupun memang abang dah sayangkan Mira daripada dulu?”pertanyaan aku yang tiba-tiba mengalihkan suasana romantic antara kami membuatkan dia mengerutkan dahi. Dia melepaskan perlukan itu dengan muka yang berubah kelat.

“Tak puas hati lagi. Nak gaduh ke?”Abang Firdaus tidak menjawab soalan itu.

Dia memandang aku tajam.

Aku mencebik tidak menghiraukan kata-katanya.

“Jawab dengan jujur. Kahwin sebab suka ke ataupun kahwin sebab kesian dengan Mira yang kotor.”soal aku selamba.

Pertanyaan aku membuatkan dia terperanjat.

Perlahan-lahan tangannya mengengam tangan milikku. “Mira, Mira gadis yang suci sehingga kini. Kita dah 2 bulan kahwin tapi Mira tetap suci. Kalau abang meninggal tiba-tiba,gelaran janda berhias milik Mira tau.”ujar Abang Firdaus mahu menghilangkan rasa tidak senang dalam hati kami berdua.

Aku tahu dia tidak senang bila aku mengungkit kenangan dahulu.

Aku hanya menayang wajah yang kosong.

Abang Firdaus mengeluh.

“Mira boleh fikir sendirilah betapa pentingnya Mira dalam hidup abang. Betapa abang bersusah payah menunggu Mira setiap kali Mira balik dari kerja dulu. Betapa lewat macam mana pun abang akan tunggu Mira. Keselamatan Mira keutamaan abang sehingga kini. Mira rasa itu tak cukup lagi?”

“Abang diamkan keinginan abang sebagai seorang suami. Abang mahukan Mira rasa selesa berada bersama abang jadi abang tak hiraukan hak abang,hak sebagai seorang suami. Mira mesti tahu kan betapa dalamnya rasa sayang abang pada Mira sampaikan abang sanggup abaikan hak abang semata-mata menunggu Mira?”

Luahannya membuatkan aku terdiam.

Dia sayangkan aku.

Aku pun sayangkan dia.

Jadi?

“Abang nak tuntut hak abang?”duga aku mahu mengenakannya.

Dia tersenyum nakal. “Mira rasa?”

Aku mencebik. “Lelaki semua sama.”ujar aku selamba mengenakannya sekali lagi. Mata Abang Firdaus terbuka luas. Dia memandang aku dengan hatinya yang lega melihat aku mula tersenyum.

“Eh,Mira hak abang. Abang punya sorang. Tak ada yang lain. Abang punya je.”ujarnya selamba menarik aku rapat kepadanya.

Aku tersenyum senang.

Abang Firdaus tergelak apabila aku mencebikkan wajah yang comel ini. Terima kasih Abang Firdaus. Terima kasih kerana sayang dan cinta ini.

**

Kenangan itu terbang mendadak apabila pipi aku tiba-tiba dicium seseorang. Aku memandang ke arah Abang Firdaus yang sudah tersenyum nakal. Wajahnya yang tenang itu membuatkan aku kembali tersenyum.

Dia memandang aku kemudian mengerutkan dahinya.

“Kenapa tak tidur lagi ni?”soalnya pelik.

Selalunya pada waktu-waktu seperti ini aku sudah terlelap. Aku hanya tersenyum. Tangan ini laju membantunya mengemas segala document-document penting. Laoptopnya yang menayangkan wajah aku dan anak-anak dipandangnya dengan senyuman.

“Lawa gambar ni. Keluarga sapa ek?”usik aku apabila dia tidak sudah-sudah menjamu matanya melihat gambar aku,Hazwan dan Hanif.

Dia tergelak kecil.

“Keluarga Firdaus la.”jawabnya selamba.

Aku hanya tersenyum senang.

“Abang, Mak kirim salam.”ujar aku sedikit perlahan apabila dia betul-betul berada disebelah aku yang sudah terduduk di atas sofa.

Abang Firdaus menyambut salam itu. Dia memandang aku kehairanan.

“Bila jumpa mak?”soalnya sambil tangannya laju menyudahkan kerja-kerjanya. Aku hanya mencebikkan bibir.

Sibuk sangat ke sampai tak boleh tengok mak sendiri? Soal aku dalam hati. Abang Firdaus yang baru habis berkemas duduk disebelah aku dengan senyumannya.

Tangannya mengengam jari-jemari aku.

“Mak rindu abang tau.”ujar aku sedikit perlahan. Tidak mahu dia terasa dengan kelalaiannya terhadap maknya yang keseorangan di rumah orang tua itu.

Abang Firdaus tersenyum sahaja.

“Abang lagi rindukan Mira.”ucapnya penuh dengan kelembutan.

Aku tersenyum tawar. Dia ni sengaja nak tukar topic ke!

“Awan dan Anif dah tidur ke? Papa tak sempat nak borak-borak dengan dorang.”soalan Abang Firdaus seperti untuk dirinya.

Aku mengangguk sahaja.

“Itulah sibuk sangat kerja. Mak,anak,isteri semuanya terbiar.”ujar aku selamba. Mahu dia sedikit peka dengan perubahan dirinya. Terlalu sibuk menguruskan pekerjaannya dan seakan melupakan kami.

Abang Firdaus tergelak kecil.

“Abang sayangkan Mira,anak-anak dan terutama sekali Mak. Mana boleh lupakan Mak. Ada jugak abang ziarah Mak bila ada masa. Dua hari lepas baru abang pergi jenguk dia tau.”ujar Abang Firdaus sedikit belagak.

Dia mahu menunjukkan yang dia bukanlah seperti kacang lupakan kulit. Dia masih lagi menjenguk maknya. Itu sudah cukup baik bagi aku.

“Mira,terima kasih sebab ingatkan abang pada tanggungjawab abang. Mira buat abang tenang dan rasa damai. Jangan tinggalkan abang. Jangan lupa nasihatkan abang. Abang perlukan nasihat-nasihat daripada isteri abang.”ujarnya membuatkan aku tersenyum senang.

Sentiasa! Sentiasa akan ada nasihat untuknya dan untuk diri aku sendiri daripadanya untuk menjadikan kami pasangan yang saling memahami. Perlahan-lahan tangannya itu aku cium penuh hormat. Terima kasih sekali lagi Abang Firdaus kerana mencintai Mira sepenuh hati abang. Moga abang akan sentiasa murah dengan senyuman dan bahagia di samping keluarga yang kita bina ini. Hati ini kau yang punya. Beruntung diri ini memiliki cinta dari dirimu.

-TAMAT-


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Cerpen : Kau yang pertama”
  1. Eyn says:

    nice!! :razz:

  2. bungaraya says:

    ok

  3. alynn says:

    sooo sweeet!!

  4. faqir says:

    deyh~~
    panjang tol~~

  5. nuriz says:

    best…
    cume cter psal org bertopeng 2 mcm tgntung..

  6. yani says:

    wah..bahagia betul klau dapat keluarga macam tu.

  7. Que_Lyana says:

    Salam. Satu je nak komen, kemaskini ejaan. Untuk penulis Tahniah, teruskan berkarya. ;-)

  8. iman says:

    best….truskan usaha..

  9. blueskyz says:

    best..menusuk jiwa..

  10. akxkesah says:

    best. .
    stju ng nuriz,psl org brtpeng 2 tgntung. .
    btw, gud job writer. .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"