Cerpen : Seindah Senja

6 March 2010  
Kategori: Cerpen

3,342 bacaan 13 ulasan

Oleh : Zianne Sulaiman

Duduk seorang diri di kerusi yang menghadap ke lautan memang cukup mendamaikan, fikirnya. Dia tidak kisah untuk menghabiskan masanya di situ walaupun sehari suntuk, sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang begitu mendamaikan hati dan jiwanya. Jauh di sudut hatinya bersyukur kerana masih hidup hingga ke saat ini untuk menyaksikan keagungan Tuhan yang sekian lama dilupakannya.
Dia asyik memerhatikan gelagat kanak-kanak yang leka bermain pasir di tepi pantai. Di bahagian lain pula kelihatan sekumpulan remaja bermain bola tampar dengan riang. Sri Ayu tersenyum sendirian melihat telatah mereka yang tak ubah seperti anak-anak kecil bermain. Sedikit sebanyak kenangan di masa silam yang dipendamnya kini beransur hilang. Hilang bersama arus angin. Hanyut di bawa arus ombak di pantai. Biarlah. Kalau boleh dia tak ingin mengingati masa lepas. Masa yang membuatkan dirinya terseksa begitu lama. Alangkah bagus jika dia tidak pernah mengalaminya. Khayalannya terhenti ketika seorang pelayan perempuan datang dengan menatang minuman yang dipesannya.
Pandangannya kembali menjelajahi seluruh pelosok pantai itu. Dia berasa tenang kini. Kenangan lalu telah dilontarnya jauh-jauh ke dalam laut yang berombak ganas. Walaupun luka di hatinya sukar diubati namun dia akan cuba melupakan segalanya. Dia memasang azam untuk melupakan kisah lama dan memulakan lembaran baru. Dia lantas berlalu menuju ke tepian pantai.
“Maaf, tak sengaja. Awak tak apa-apa?” Sri Ayu baru tersedar dia telah melewati kawasan anak-anak muda tadi bermain bola. Hampir-hampir saja dia terjatuh dan mengenai bola tersebut. Ingin saja dia bersuara memarahi lelaki itu tetapi dibatalkan niatnya kerana tidak mahu mengganggu moodnya yang inginkan ketenangan di situ. Sri Ayu terus berlalu walaupun lelaki tadi masih ingin berkata sesuatu kepadanya.

Datangnya dia ke situ hanyalah untuk mencari ketenangan dan menjauhi pergaulan dengan individu lain. Dia ingin hidup sendirian tanpa kehadiran orang lain dalam hidupnya. Dia cuba mengasingkan dirinya daripada terlibat dengan individu yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia tidak mungkin akan mempercayai sesiapa lagi. Tetapi dia tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki yang berjaya mengubah perspektifnya pada individu lain serta dirinya sendiri.
“Boleh saya duduk di sini?”
Sri Ayu tampak terkejut dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya, atau lebih tepat lelaki yang telah hampir menyebabkan dirinya terkena bola tempoh hari.
“Awak boleh duduk di mana saja awak suka,” balas Sri Ayu tampak kasar. Lelaki itu hanya tersenyum kelat. Faham akan maksud tersirat yang disampaikan gadis itu. Sri Ayu melihat lelaki itu beredar tetapi beberapa saat kemudian dia muncul lagi di hadapannya.
“Awak nak sangat ke duduk di sini? Apa tempat ni ada nama awak ke?”
Lelaki itu tampak terkejut melihat Sri Ayu tiba-tiba sahaja melenting. Hilang sudah keceriaan yang terpancar pada wajahnya sebentar tadi. Lelaki itu lantas mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu dihulurkan pada Sri Ayu.
“Barang awak terjatuh semalam. Saya panggil awak masa tu tapi mungkin awak tak dengar,” jujur pengakuan pemuda yang diagak sama baya dengan dirinya.
Sri Ayu mencapai rantai kunci kristal yang disangkanya telah tercicir di pantai dan dibawa arus ke laut. Terasa menyesal dia memarahi lelaki tadi tanpa mendengar penjelasannya terlebih dulu tetapi tidak sempat untuk mengucapkan apa-apa kerana dia telah jauh pergi meninggalkan Sri Ayu bersendirian di situ.

Awal-awal pagi lagi Sri Ayu sudah merayau di sekitar pantai dan mencari-cari kulit siput dan kerang untuk dibuat pesanan. Dia menyusun satu-persatu kulit siput dan kerang yang dikutip tadi menjadi satu ayat.
Dan seperti dijangkanya lelaki yang ditemuinya kelmarin menghampiri dirinya. Sri Ayu pura-pura tidak nampak.
“Saya dapat komplen ada pelawat yang membuat sepah kat tepi pantai tadi dengan sengaja menaburkan kulit-kulit siput dan kerang di situ. Mujur ia sudah dibuang ke tepi pantai dan tidak lagi membahayakan pengunjung yang lain.”
“Apa? Dah dibuang? Jadi awak tak bacalah mesej tu?” Sri Ayu bersuara lantang. Langsung dia terlupa untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan lelaki di hadapannya. Lelaki itu tampak terkejut dengan jeritan Sri Ayu.
“Jadi, awaklah yang punya angkara semua ni?” lelaki itu turut meninggikan suaranya. Giliran Sri Ayu pula yang terkejut. Dia berura-ura untuk meninggalkan tempat itu pabila lelaki itu menggapai sikunya.
“Adakah ayat yang awak buat menggunakan kulit siput itu ditujukan kepada saya? Kalau begitu saya sudah membacanya sebelum mengemaskannya semula.”
“Berani awak mempermainkan saya!” Sri Ayu sudah mengangkat tangannya ingin membuat serangan tetapi sepantas kilat lelaki itu berjaya menepisnya dengan kemas.
“Saya juga pernah belajar taekwando sewaktu sekolah dulu,” lelaki itu berseloroh sambil tersenyum lebar.
“Saya Amar. Selamat berkenalan.” Lembut ucapan itu dituturkan seperti hembusan bayu pagi itu.

“Apa yang awak suka tentang pantai?”
Lelaki yang dikenalinya sebagai Amar bertanya pada dirinya. Hari itu mereka menghabiskan masa bersama dengan berjalan mengelilingi pantai sebelum berhenti berehat di bawah pohon kelapa yang berdiri condong. Angin petang bertiup lembut bersama desiran pohon-pohon melambai di tepian pantai. Sri Ayu berfikir sejenak sebelum menjawab.
“Saya sendiri pun tak tahu. Mungkin kerana saya suka bila berjalan di tepi pantai tanpa berkasut, bermain ombak, menghidu bau lautan…rasa seperti semua masalah hilang dengan sendirinya,” jawab Sri Ayu sama cerianya dengan kicauan burung di atas pokok. Sudah lama dia tidak berbicara dengan seseorang dan berkongsi cerita tanpa perlu rasa tertekan. Mungkin dia berjumpa dengan orang yang sesuai untuk diajak berbual.
“Saya rasa pantai ini seperti manusia.”
Sri Ayu tidak memahami butir bicara yang diperkatakan Amar sebentar tadi. Dia masih menunggu apa yang ingin diterangkan Amar perkaitan antara pantai dan manusia. Kadang-kala Amar kelihatan seperti seorang pujangga yang sedang menghasilkan karya puitis untuk tatapan orang seni dan adakalanya dia bagaikan seorang ahli falsafah yang banyak pengalaman hidup.
“Bila kita gembira, pantai juga akan bergembira. Dan bila kita sedih pantai turut akan bersedih. Semua perasaan kita sudah digambarkan oleh pantai ini. Seperti hidup manusia juga yang tak lari dari hambatan perasaan. Mereka akan gembira, bahagia bila sesuatu itu disukai mereka dan mereka juga akan bersedih dan menangis bila dilukai. Tak percaya, cuba awak dengar bunyi ombak dan tiupan angin. Apa yang awak rasa?”
Sri Ayu lantas memejam matanya dan menumpukan deria pendengaran pada bunyi ombak dan juga tiupan angin.
“Mereka bagaikan sedang bernyanyi!” suara Sri Ayu separuh menjerit. Amar segera menepuk lengan Sri Ayu supaya menghentikan perangai buruknya yang suka menjerit dan bersuara nyaring. Sri Ayu sekadar tersengih sahaja menerima teguran Amar.
“So, walaupun kita mengharungi pelbagai kesulitan dalam hidup kita harus berfikir dengan tenang dan cuba bayangkan seperti awak mendengar bunyi ombak dan desiran angin di pantai. Pasti masalah awak dapat diatasi dengan mudah.”
Kata-kata Amar itu memberi kesan yang mendalam pada diri Sri Ayu. Amar seolah memahami perasaannya walaupun Sri Ayu tidak meluahkannya secara terang-terang. Mungkin dia dapat membaca dari riak wajah aku bahawa aku mempunyai masalah, teka Sri Ayu dalam hati nya.
“Saya ada satu rahsia lagi nak tunjukkan kat awak. Cuba tengok sana.”
Sri Ayu menghalakan pandangannya pada arah yang ditunjukkan Amar. Sri Ayu terkesima memerhatikan keadaan langit sudah berubah yang hanya dihiasi cahaya merah keemasan yang berbalam-balam. Mewujudkan suasana yang indah dan mengasyikkan.
“Tahukah awak senja itu sungguh indah tapi terlalu singkat. Kita hanya dapat bertemunya sekejap saja. Senja telah mewarnai dunia ini di mana saat terakhir matahari berada di bumi,” terang Amar tanpa dipinta. Sri Ayu sekadar mengangguk-anggukkan sahaja tanpa melepaskan pandangannya dari panorama itu. Amar turut melabuhkan pandangan ke arah langit yang dihiasi pelbagai warna menarik. Angin petang berhembus lembut dan tenang.
“Saya suka pantai adalah kerana sebab ini. Setiap kali ke sini pemandangan ini tak lepas dari perhatian saya. Waktu yang bersifat pilu tapi mengasyikkan.”
Sri Ayu menyokong kata-kata Amar itu. Dan entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi pilu. Dia tahu dia tidak selamanya akan berada di sini dan dia harus meneruskan perjalanan hidupnya sendiri. Tapi sukar untuk dia huraikan perasaannya tika itu. Hanya pesanan yang ditinggalkan di kanvas pasir berhurufkan kulit siput:
Sori, tq….

Sri Ayu masih menanti di situ memerhati penuh khusyuk gelagat anak-anak kecil yang sedang bermain air. Kelihatan riang gembira. Dia tersenyum sendiri. Hatinya dibuai kesenangan. Dia kini merupakan salah seorang pelukis profesional yang menempa nama di London dan juga disegani dikalangan penggiat seni tanah air. Berkat usahanya yang bermula dari bawah telah mendatangkan hasil sekarang. Semuanya bermula di sini.
Ringan saja kakinya melangkah menuju ke tempat yang mempunyai kenangan manis padanya. Sri Ayu gembira melihat ombak seakan mengejarnya ke pantai. Terasa dirinya kembali ke zaman remaja. Tiupan angin yang seakan berbisik itu menyejukkan hatinya. Dia begitu merindui saat ketika dia berada di sini 20 tahun yang lalu. Masih lagi pantai yang sama, lautan yang belum tercemar, burung camar yang terbang sebebasnya, sedikit pun tidak berubah seperti kali pertama dia menjejakkan kakinya di sni. Cuma terdapat kemudahan baru seperti rumah penginapan dan taman rekreasi yang dibina untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke pantai tersebut.
Tiba-tiba saja dirinya dikerumuni oleh sekumpulan anak-anak kecil yang ketika itu sedang bermain bola. Dan datang seorang lelaki pertengahan umur meredakan keadaan. Nampaknya, lelaki itu sedang memberi arahan pada salah seorang dari budak tersebut untuk bermain di tempat lain.
“Comel cucu-cucu awak tu.” Sri Ayu menegur lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum seraya berpaling ke arah sekumpulan budak yang sedang bermain bola tadi.
“Awak pertama kali datang sini?” suara garau lelaki terbabit memecahkan kebisingan bunyi ombak di pantai. Rambut putih serta janggut yang dijaga dengan rapi tetapi telah dihinggapi oleh uban halus jelas membayangkan umurnya.
Ayu sekadar mengangguk.
“Cuma singgah di sini saja, dan saya rasakan tempat ini begitu cantik. Mungkin saya akan datang lagi.” Sri Ayu memerhatikan sekeliling. Entah kenapa hatinya tidak keruan.
“Ramai pelancong selalu datang berkunjung ke tempat ini. Pantai di sini tidak tercemar dan udara pun masih segar. Di sana pun masih terdapat lagi rumah persinggahan yang lama tapi masih kukuh lagi. Seperti dulu juga.” Lelaki itu menerangkan tanpa dipinta. Kedengaran bunyi telefon berdering dan Sri Ayu menjawabnya.
“Saya terpaksa pergi dulu,” ucap Sri Ayu selepas menamatkan panggilannya. Lelaki itu sekadar mengangguk dan beredar pergi. Sri Ayu memerhatikan dari kejauhan sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya.
“Nampaknya dia sudah menemui kebahagiannya sendiri,” ada nada keluhan dalam butir bicara Sri Ayu. Dia mula mengorak langkah berjalan menyusuri gigi pantai sambil mengingati memori indah bersama Amar. Tidak, ia sudah pun menjadi kenangan baginya.
Sewaktu melangkah, kakinya terpijak kulit siput dan dia berhenti untuk mengutipnya. Dia baru sedar kulit siput itu sengaja diletakkan di situ kerana ia seperti sudah disusun. Dia teringat akan mesej yang pernah dia buat dulu. Lalu dia berlari ke tempat yang pernah dikunjungi dia bersama Amar tetapi tiada sesiapa pun di situ. Aku bermimpi ke, desis hatinya.
“Adakah tempat ini begitu penting bagi awak?” suara garau tadi menerpa cuping telinganya. Dia tahu Amar berada di situ dan dialah yang meninggalkan mesej yang sama seperti yang dilakukannya dulu.
“Jadi awak sudah baca mesej yang saya tinggalkan di pantai tadi, Sri Ayu?”
Sri Ayu terasa sebak. Dia masih mengingati diriku.
“Awak masih ingat akan cerita pantai dan manusia?” Amar bertanya sambil mereka duduk menghadap lautan.
Sri Ayu tersenyum seraya mengangguk. Amar turut tersenyum. Mereka memejamkan kedua belah mata lalu mendengar bunyi deruan ombak dan desiran angin di pantai. Seperti waktu dulu juga. Seketika mata mereka terarah ke satu tempat. Pemandangan senja waktu itu sungguh cantik dan mempesonakan. Pemandangan yang telah menyatukan mereka dulu, kini dan selamanya. Indah waktu itu seindah anugerah yang telah diberikan kepada mereka berdua walaupun hanya sesingkat waktu senja. Sri Ayu bersyukur kerana telah menemui jalan hidupnya sendiri.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Seindah Senja”
  1. eisyah says:

    romantiknya……
    =)
    go go fighthing!

  2. cikgulizz says:

    hmm..x faham sgt apa yg penulis cuba sampaikan..yg pasti senja di pantai memang indah dan mengasyikkan..apa masalah ayu??..apa yg berlaku?..siapa amar??..bahasa cerita menarik..cuma x fhm isi dia..

  3. nuriz says:

    penulis cube mnyampaikan ttg keindahan pantai shj?
    bnyk persoaln y timbul..
    sy cdgkn agar penulis ceritakan 1 per 1, agar kami lebih phm..

  4. nurul khusna says:

    cerita y7 hanye temanye utk pantai sahaja
    plot y x menarik n x dpt fhami bila mmbace
    penulis juga x terangkan siapa amar dlm cerpen ni
    cume mungkin nilai y nampak keindahan alam semula jagi terutama
    pantai tidak tercemar dgn keadaan pembangunan y dibina di tepi pantai.
    tak teruskan lagi penulisan :lol:

  5. sceretlady says:

    xpahm ap y dmaksdkan…
    kata2 indah
    tp x fokus pd jln cte

  6. violet says:

    Cerpen ini lebih kearah kedamaian, dan keindahan alam semula jadi. Keindahan yang diciptakan oleh Tuhan untuk manusia dinikmati. Walau bagaimanapun, penulis meletakan sedikit watak cinta di dalamnya walau saya sendiri tidak dapat memahami sepenuhnya. Penamatnyapun agak tergantung…

    Teruskan usaha anda.

  7. epy_elina87 says:

    hohoho…
    btul2….
    apa ksdhan crta ni…
    apa jd amar ngn ayu???
    pe pun gud job…

  8. ain 94 says:

    :razz: saya tak faham langsung cite……???????!!!!!!!!!!!!!tapi best la!!!!!!!!!!!!buat la sambungan …..tentang cite nie …….bagi saya faham…

  9. zianne sulaiman says:

    thanks a lot di ats komen2 yg mbina td
    mgkn cerita ni terlalu pnjg/kompleks so sy ringkaskn mjd cerpen
    cerpen ni berkenaan alam dan manusia tdk dpt dipisahkn.
    selebihnya saya nk biarkn pmbaca berteka-teki (jhtkn saya)
    mgkn sy akn cb selitkn cerpen ini dlm novel sy akn dtg
    nantikanlah…

  10. billynain says:

    ringkas cerita, saya mmg tak paham cerpen ni.
    sori, cuba lagi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"