Cerpen : Ucapkanlah

6 March 2010  
Kategori: Cerpen

6,067 bacaan 39 ulasan

Oleh : aerolit_gurlz

DUA TAHUN SEBELUM ITU…

Jeff ketawa kuat.Sedikit pun dia tidak mempedulikan wajah Nur yang sudah bertukar menjadi mangga busuk.

“Hahahaha..gelaklah lagi”perli Nur kuat.Langsung dia tidak pandang wajah Jeff yang masih setia gelakkannya.
Jeff menghentikan ketawanya.Dia pandang Nur yang sedang mencarik-carik daun kering.

“Alololo..marahlah tu”usik Jeff sambil tersenyum.

Nur mendengus.Dia pandang wajah Jeff sekilas.

“Taklah..awak tak nampak saya tengah happy ni.Happy sangat-sangat sampai saya rasa macam nak nyanyi lagu Amy Mastura yang tajuk Happy tu”.

“Sape suruh awak buat lawak bodoh dengan saya”.

“Bila masa saya buat lawak bodoh dengan awak?Awak ingat saya ni peserta Raja Lawak ke?Tadi,awak juga yang janji awak takkan gelak.Tapi,awak gelak mengalahkan isi perut nak terburai je.Nasib baik depan kita ni ada tasik,kalau tak saya rasa awak mesti nak gelak guling-guling dah”ngomel Nur geram.

Jeff terdiam.”Sorrylah yea.Mana saya nak tahu,yang saya nak gelak sampai macam ni sekali”.Namun,senyuman kecil masih tidak lepas daripada bibirnya.

“Menyesal saya cakap dekat awak pasal lelaki idaman saya”.

“Hee..tapi memang lawaklah awak!Ada ke lelaki idaman yang awak nak tu?Kalau itulah ciri lelaki idaman awak,saya rasa sampai ke tualah awak tak kahwin.Nakkan lelaki yang boleh jadi Aladdin awak?”.

Nur mencebik.

“Suka hati sayalah.Lelaki idaman saya.Bukan lelaki idaman awak”.

“Eh..saya mana ada lelaki idaman.Saya cuma ada wanita idaman aje”balas Jeff selamba.

Nur gigit bibir atas.Menyampah sungguh cakap dengan orang yang suka sangat buat loyar buruk ni.
***************************
Nur mengesat air matanya.Kenangan lalu yang datang mengamit membuatkan hatinya terasa sakit dan pedih.

“Kau menangis Nur?”soal Gee daripada arah belakang,membuatkan Nur tersentak.Pantas air mata yang baru mengalir diseka kasar.

“Kau ni..buat aku terkejut je”getus Nur.Dia mengerling sekilas Gee yang sudah duduk di kerusi batu di sebelahnya.

“Kau ingatkan Jeff ek?”.

“Mana ada..buang `current`ajelah kalau aku ingatkan dia tu”.

Gee senyum sinis.”Sejak bila pula sepupu aku ni dah tukar jadi pencawang elektrik?Kau buat aku macam kenal kau baru 2 saat setengah je.Sedangkan aku dah kenal kau lebih daripada tu.Tolonglah Nur..aku bukan budak-budak kecik yang kau suka-suka hati boleh gebang tau”.

“Bila masa aku gebang kau?”soal Nur.Dia cuba untuk berlagak tenang.

“Habis,yang suara kau sengau semacam tu apa kes?”.

Terus Nur terdiam.Dia berdehem beberapa kali.

“Ala..tadi aku tercekik tulang ikan.Tak sampai ke perut lagi tulang ikan tu.Tu yang suara aku jadi sengau tu”.

Gee mendengus kecil.Sedikit bengang mendengar alasan Nur yang ala-ala budak tadika punya alasan.

“Banyaklah kau punya tercekik tulang ikan.Dahlah!Kalau menangis,cakap ajelah.Ni tak..banyak sangat alasan.Tak pasal-pasal je kau buat dosa kering,kau tahu”.

“Yelah..aku tahulah kau tu doktor kan?Sampai semua penyakit kau dah hafal”ucap Nur.

“Bukan masalahnya aku ni doktor ke tak.Tapi kau tu..buat aku ni macam budak-budak.Aku kenal kau dah lama Nur.Faham sangat dah dengan perangai kau tu.Kalau suara kau sengau macam tu,tu tandanya kau tengah nangislah tu”.

Erk!Terus Nur terdiam.Tidak berkata apa-apa lagi.
*************************
Langkah kaki Nur atur laju.Hampir nak terkeluar biji matanya apabila melihat sebuah kereta Myvi S.E yang berwarna putih terpakir elok di hadapan rumahnya.Elok aje tapak kakinya sampai di hadapan kereta tersebut,pintu bahagian pemandu terbuka.

“Assalamualaikum..”ucap Jeff perlahan.Dia memandang muka Nur yang terus berubah menjadi kelat.

“Wualaikumsalam..”jawab Nur perlahan.Tidak sedikit pun dia memandang muka Jeff.

“Awak sihat Nur?”soal Jeff.Nur senyum sinis.

“Kalau saya tak sihat,saya takkan berdiri di hadapan awak sekarang”.
Jeff tersentak.Berubah sebentar air mukanya,namun terus dia mengukir senyuman nipis.

“Lama kita tak jumpa kan?Saya rindu dengan awak”.

Terus Nur pusing 30 darjah pandang wajah Jeff.

“Rindu?Awak cakap yang awak rindu dengan saya?Lepas apa yang dah jadi,awak boleh cakap yang awak rindu dengan saya?”soal Nur tegas.Dicuba menahan supaya air mata tidak mengalir keluar.

“Saya tahu saya salah.Saya minta maaf”.

“Minta maaf?Dah terlambat untuk semua tu”.

Jeff terdiam.Dia memandang Nur yang sedang mengatur langkah membuka pintu pagar rumahnya.

“Nur..selagi awak tak maafkan saya,jangan harap saya akan mengalah.Saya akan pastikan,yang satu hari nanti,awak tetap akan maafkan saya juga.Awak dengar tak?”jerit Jeff kuat.Namun,jawapan bagi jeritannya itu hanyalah dentuman pintu rumah yang ditutup kuat.
********************************
‘Nur..maafkanlah saya.Saya tahu semua tu salah saya.Silap saya sebab mudah sangat percaya akan cakap orang.I`m sorry.Really sorry’.

Kad ucapan tersebut Nur keronyokkan,lalu dia baling tepat ke dalam tong sampah.Bunga ros putih tersebut dia ambik,lalu turut sama dihumbankan ke dalam tong sampah.

Nur mendengus.Serabut!Serabut sangat kepala otaknya.Wajah Jeff hadir di dalam mindanya tanpa dipinta.Satu keluhan dilepaskan.
******************************

“Hai Nur..”ucap Jeff mesra.Nur yang sedang duduk menunggu bas tersentak.Dia menoleh ke sebelah kiri?Daripada mana mamat ni datang?

“Awak tunggu bas ke?”soal Jeff.Nur masih lagi buat silent mode.Pura-pura buat tak dengar dan tak nampak yang ada seorang manusia bernama Jeff sedang bercakap dengannya.Jeff yang melihat aksi Nur memandang lantai pondok bas.Satu keluhan kecil dia lepaskan sebelum mengangkat kembali mukanya.

“Jom saya hantar awak balik”ajak Jeff masih tidak putus asa.Namun,Nur hanya tayang muka selamba sambil pandangan mata dihalakan ke hadapan.

Tiba-tiba Nur palingkan muka ke sebelah kiri.Jeff tersenyum manis.Rupa-rupanya,Nur melihat bas yang selalu dinaikinya sudah tiba.Jeff mendengus apabila melihat Nur sudah mula berdiri.Tanpa berkata apa-apa,terus Nur menaiki bas tersebut.

‘Apa?Muka aku dengan kerusi batu ni sama sangat ke sampai dia langsung tak perasan aku dekat sini’bebel Jeff.

‘Takpe Nur…dalam mee ada udang,satu hari nanti,aku curi jugak hati kau’.
********************************
Gee mendengus.Dia pandang wajah Jeff yang berada dihadapannya.Jus tembikai di dalam gelas dia kacau perlahan.

“Please Gee..”

“Kau ni memang suka menyusahkan orang kan”.Mukadimah Gee yang pertama.

Jeff angguk kepala,tanda mengiakan kata-kata Gee.Lantaklah..cakaplah dia suka menyusahkan orang ke,orang suka menyusahkan dia ke,dia dah tak kisah.Yang penting,dia dengan Nur berdamai.

“Kau tahu tak apa yang kau dah buat dekat Nur?”soal Gee.
Jeff angguk kepala sekali lagi.Gee mengigit bibir.Iskk..

“Yang kau angguk kepala ni je kenapa?Dah tak ada suara ke?”.

Jeff gelengkan kepala,tanda menidakkan kata-kata Gee.Gee yang berasa bengang terus mencapai beg tangannya,ingin beredar.

“Gee..”panggil Jeff perlahan.Gee pandang wajah Jeff.Haa..tahu pula buat muka kalah muka Esah 50 sen.Dia kembali duduk di kerusi.

“Aku tahu aku salah.Aku dah lukakan hati Nur.Tapi,aku tak tahu yang Nur sukakan aku waktu tu.Kalau aku tahu…aku takkan lukakan hati dia.Yea..memang silap aku sebab percaya sangat cakap Nia tu”.

“Itu kalau kau tahu,masalahnya sekarang kau tak tahu kan..”sindir Gee.

“Yelah..sebab aku tak tahulah,kami jadi macam ni.Kalau aku tahu,aku takkan sakitkan hati Nur”.

“Kalau kau tak tahu sekalipun,kau tak boleh nak tuduh Nur macam tu.Tak baik kau tahu tak.Kau tahu tak,betapa terlukanya hati Nur bila kau buat dia macam tu.Ayat kau waktu tu,langsung tak boleh blah…”.

“Aik?Mana kau tahu?”soal Jeff pelik.

“Apa?Kau ingat aku ni buta sangat macam kau?Kau hantar message dekat Nur,kau ingat aku tak tahulah.Aku bacalah message kau tu.Aku yang tak kawan rapat dengan kau pun boleh rasa macam nak bom aje rumah kau waktu tu,inikan pula Nur yang jadi kawan kau”.

Jeff mendiamkan diri.

“Mana kau tahu yang Nur sukakan kau?”soal Gee,mengalihkan topik.
Jeff pandang wajah Gee.

“Entah..aku teka aje.Betul ke Nur sukakan aku?”.

Gee mendengus.

“Kau pakai main teka aje ek?Entah-entah Nur tu langsung tak sukakan kau”.

“Kalau dia tak sukakan aku,aku akan buat dia sukakan aku.Sebab aku sendiri dah sukakan dia..suka yang macam”

“Macam apa”potong Gee pantas.

“Macam aku tak boleh nak hidup tanpa dia”sambung Jeff perlahan.
*******************************
“Nur..please”.Jeff pegang lengan Nur.Nur yang sedang berjalan terkejut.Dia pandang tajam Jeff,sebelum mengalihkan pandangannya ke lengan.Jeff yang tersedar,terus mengalihkan tangannya.

“Sorry..”ucap Jeff sepatah.Nur hanya diamkan diri.

“Awak janganlah buat saya macam ni.Seksa sangat awak tahu tak?”.

“Buat?Apa yang saya dah buat dekat awak?Saya tengok awak sihat aje”sindir Nur sambil berpeluk tubuh.

“Awak tengok luaran aje.Cuba awak tengok dalaman saya Nur.Jiwa saya,hati saya..sakit sebab awak.Awak tahu tak?Kenapa awak kejam sangat ha?”.

“Saya tahu saya buat silap.Saya tahu yang saya dah lukakan hati awak.Tapi,tak boleh ke awak bagi saya peluang.Saya dah sedar kesilapan saya.Yea..memang dulu saya pernah lukakan hati awak,tapi sekarang..saya janji,saya takkan lukakan hati awak walau sikit pun.Sikit pun saya takkan lukakan Nur”.

“Tak payah awak nak janji apa-apa.Saya dah tak nak dengar semuanya.Semua tu dah terlambat Jef.Dah terlamba!”Nada suaranya dinaikkan sedikit.

“Awak ingat lagi tak message yang awak hantar dekat saya.Hei perempuan!Kau jangan ingat kau tu bagus sangat.Aku kawan dengan kau pun sebab aku nak kau ajar aku aje.Kau kan dekan tiap-tiap sem.Sebab tu aje aku kawan dengan kau.Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan anak penghisap dadah macam kau ni?Sedarlah diri sikit.Mulai sekarang,aku nak beritahu kau,yang kau dengan aku,bukan lagi kawan!”.

“Awak nak apa lagi daripada saya Jeff?Kita bukan dekat zaman kolej lagi.Awak dah ada kerja awak,dan saya pun dah ada kerja saya.Awak dah tak perlukan saya lagi sebagai kawan pura-pura awak.Awak kan suruh saya sedar diri?Saya dah terlebih sedar diri saya sekarang ni.Jadi,awak nak apa lagi daripada saya?”tengking Nur kuat.Air mata yang mengalir dipipinya dibiarkan tanpa diseka.

Jeff terpana,tidak sangka yang Nur masih lagi mengingati message yang dia hantarkan.Pada permulaannya,memang dia berkawan dengan Nur sebab nak mintak tunjuk ajar Nur.Nur pandai..cerdik!Pelajar kesayangan pensyarah.Sedangkan dia?Pelajar yang pernah mendapat surat gagal bersyarat satu.Sebab tu,dia berkawan dengan Nur.Lama-kelamaan,dia selesa dengan Nur.Nur banyak ajar dia perkara yang dia tidak tahu.Membuka mindanya.Hatinya.Dan sekaligus,cintanya.Tapi,dia terlalu buta waktu tu.Cinta Nur,sayang Nur,keprihatinan Nur,lambat mengisi ruang hatinya.Kata-kata Nia,pelajar satu kursus dengan mereka,terlalu senang menerjah masuk ke dalam hatinya.Nur berkawan sebab nak menumpang senang.Nur berkawan sebab nak sembunyikan rahsia yang Nur anak seorang penagih dadah.Nur itu..Nur ini..

“Nur..”

“No!Stay away from me!”ucap Nur tegas apabila merasa yang jemari Jeff bila-bila masa akan mendarat di pipinya.

“Tolong Jeff..kalau awak nak saya maafkan awak,tolong jangan muncul
depan saya lagi”tegas Nur sebelum laju melangkah,meninggalkan Jeff yang sedang meraup mukanya.
*********************************
Pn.Nadia mengelengkan kepalanya.Dia menyarung seliparnya sebelum melangkah mendapatkan anak terunanya itu yang sedang termenung jauh.Satu tepukan kecil dilepaskan di bahu anaknya itu.Jeff tersentak.Dia berpusing sedikit ke belakang.

“Ma..”panggil Jeff perlahan.Pn.Nadia tersenyum kecil.Dia duduk di atas buaian yang terletak khas di taman rumahnya.

“Jauh mengelamun.Ingatkan kerja ke atau ingatkan aweks?”.
Jeff tersenyum.

“Ingatkan aweks yang Jeff takkan dapat”jujur Jeff menjawab.Pn.Nadia mengerutkan dahi.

“Kenapa?Aweks yang Jeff suka tu hak milik orang lain ke?”.

“Taklah ma..dia bukan hak milik kekal sape-sape pun.Cuma,dia aje yang tak suka dekat Jeff.Maklumlah..Jeff pernah buat salah dekat dia”.

“Jeff maksudkan Nur ke?”.

Jeff tersentak.Dia pandang Pn.Nadia yang masih lagi tersenyum.

“Mana ma tahu?”soal Jeff.

“Ma yang lahirkan Jeff.Ma tahulah apa yang ada dalam hati anak ma ni”.

“Tapi ma..takkanlah ma lahirkan Jeff sampai ma boleh teka dengan tepat pasal Nur tu.Ajaib ni”.

Pn.Nadia ketawa.Dia usap perlahan bahu Jeff.

“Ma tahulah.Ma ni kan keturunan nujum pak belalang.Ma tahu apa yang terjadi dekat anak ma ni.Nasihat ma cuma satu aje,kalau betul-betul Jeff sayangkan dia,rebut dia balik.Tawan balik hati dia.Ma yakin,yang Nur pun sayangkan Jeff juga”.

Jeff terdiam.Menusuk ke kalbu nasihat yang Pn.Nadia berikan.Tangan Pn.Nadia dia pegang,dan dia kucup lembut.

“Trimas ma..Jeff hargai sangat”.

“Satu aje ma nak pesan..bawak Nur balik dekat rumah kita ni sebagai menantu okey”.

Sengihan muncul di muka Jeff.

“Ma..betul ke ma ni keturunan nujum pak belalang?”soal Jeff.Lari jauh daripada topik yang sedang dibincangkan.Pn.Nadia ketawa kecil.

“Taklah..ma gurau aje”jawab Pn.Nadia.

“Habis,mana ma tahu pasal Nur?”soal Jeff pelik.Apa?Ada orang yang bagitahu Pn.Nadia ke?

“Ma terbaca diari Jeff.Lepas tu jumpa pula gambar Nur dalam diari tu”.

Erk!Jeff terpana.Serta-merta merona merah wajahnya.Pn.Nadia hanya ketawa melihat Jeff malu-malu kambing.
************************************
Dah dua hari berlalu.Tidak lagi ternampak bayang Jeff.Nur mengigit bibir bawahnya.Sejak daripada hari yang dia minta supaya Jeff jangan tunjukkan muka di hadapannya,memang tidak nampak langsung kelibat lelaki tersebut.

Satu keluhan Nur lepaskan.Entahlah..dia sendiri tidak tahu,apakah salah apa yang dia buat?Yang dia tahu,dia cuma meluahkan apa yang dia rasa.Perasaan terhina,perasaan marah,geram dan sebagainya yang sudah bercampur-aduk.Bohongkah dia pada diri sendiri?

‘Jeff..’Nur sebut perlahan nama tersebut.Rindukah dia pada Jeff?Satu lagi keluhan dilepaskan.

Nur segera berdiri apabila bas yang dinaikinya sudah sampai.Tempat duduk di belakang selalu menjadi pilihannya.Langkah kaki diatur menuju ke tempat duduk yang kosong.Belum pun sesaat dia duduk di tempat duduk tersebut,tempat duduk disebelahnya diduduki oleh seorang remaja perempuan.

“Akak..”panggil remaja perempuan tersebut,menyentakkan Nur.Nur tersenyum manis.

“Ada orang bagi”ucap remaja perempuan itu,sebelum menyerahkan satu bungkusan kepada Nur.Nur mengerutkan dahi.

“Sape yang bagi?”soal Nur pelik.

“Tu..”jawab remaja perempuan tersebut sebelum menudingkan jari telunjuknya ke luar tingkap.Nur pantas mengalihkan pandangannya.Kelihatan Jeff sedang bersandar di tiang tempat menunggu bas,tersenyum memandangnya sebelum melambaikan tangan.Nur mengerutkan dahi.Sejak bila Jeff ada disitu?desis hatinya.Tidak lepas dia memandang Jeff sebelum bas tersebut bergerak pergi.
****************************
Bibir Nur mengorak senyuman kecil.Kotak muzik yang berwarna hitam itu disentuhnya perlahan.Dibukanya kotak muzik tersebut.Kedengaran alunan muzik yang perlahan dan indah.Ditutupnya kembali kotak muzik tersebut.Kad yang disertakan sekali diambil dan dibukanya.

Nur…

Awak cakap yang saya tak boleh muncul depan awak kan?Jadi..saya bagi hadiah ni sebagai pengganti diri saya.Saya tak tahu apa nak cakap lagi.Tapi,yang saya tahu…perkataan maaf takkan pernah lekang daripada bibir saya,untuk awak selagi awak belum maafkan saya dan..selagi hati awak belum menjadi milik saya yang sepenuhnya.

Jeff

Nur tergelak kecil.Standart bahasa Melayu mana yang Jeff ni guna.Air mata yang bergenag di kelopak matanya dikesat.Hai perempuan..kenapa mudah sangat mengalirkan air mata.Sikit-sikit menangis..sikit-sikit menangis.

“Wallaaaa..ada orang dapat hadiahlah”jerit Gee kuat.Nur beristighfar.Dia pandang Gee dengan wajah yang geram.

“Anak kanggaru tak reti menyelam,tak reti-reti nak bagi salam?”soal Nur geram.Gee tersengih.Tanpa mempedulikan soalan Nur,musicbox diatas katil diambil dan dibelek.

“Sape bagi?”soal Gee.Nur hanya mendiamkan diri.Gee menjuihkan bibir.Tanpa sebarang amaran,kad kecil yang berada ditangan Nur dirampas.

“Ooooo…”panjang Gee menarik.”Jeff bagi rupanya”.

Nur buat-buat pandang ke arah lain.Wajahnya mula merona merah sedikit demi sedikit.

“Kau tak nak beritahu aku ke,kenapa dia bagi hadiah ni?”soal Gee.

“Bukan kau dah baca ke surat tu?”soal Nur pula.Gee mencebikkan bibir.

“Kau sayang dia lagi ke Nur?”soal Gee berbunyi lain pula.

Nur terdiam.Dia merenung lantai bilik tidurnya.Entah kenapa,rasa tenang dan damai pula bila tengok lantai bilik tidur tersebut.

“Macamlah ada jawapan bila kau tenung sampai nak berlubang lantai bilik kau ni”getus Gee selamba.Nur mendengus.Bantal peluk sederhana panjang yang berwarna biru dia ketuk kuat di bahu Gee.

Gee angkat kening pandang wajah Nur.

“Kita sepupu kan?”soal Gee perlahan.Penuh perasaan dia menuturkan ayat tersebut.

“Yelah..”jawab Nur akhirnya.Dia pandang wajah Gee.Satu anggukan dilepaskan.

“Apa maksud anggukan tu?”soal Gee buat-buat tanya.Nur mendengus.

“Untuk soalan kau tulah..”.

“Apa?”.

“Yea..aku mengaku yang aku sayangkan Jeff.Puas hati!”ucap Nur tegas.Sudah malas dia hendak menepis perasaan sendiri.

“Sayang sebagai apa?”soal Gee lagi.

Nur terdiam beberapa saat.

“Entahlah..aku tak tahu aku sayangkan dia sebagai apa”akhirnya jawapan itu yang diberikan.Gee mengeluh.Dia memeluk bahu Nur.

“Kau kalau sayang,cakap sayang.Kalau cinta,cakap cinta.Tak payah kau nak sorok-sorok perasaan kau tu.Kau tahu,dan aku pun tahu,yang kau suka,sayang dan cintakan Jeff.Jadi,kenapa kau segan sangat nak mengaku?”.

“Aku takut kalau aku dikecewakan sekali lagi Gee.Aku takut,kalau kisah hitam aku kembali jadi ungkitan.Aku bengang dengan diri aku sendiri!Sejak daripada aku dengan Jeff tak bertegur sapa,aku masih tak boleh nak lupakan dia.Sampai sekarang,Gee..Sampai sekarang.Aku malu dengan diri aku?Kenapa aku boleh simpan perasaan macam ni dekat dia?Kenapa aku boleh sukakan dia?Kenapa aku boleh cintakan dia?Dan..kenapa aku masih cintakan dia lepas dia dah lukakan hati aku?Kenapa?Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.Sangat-sangat tak tahu apa yang aku nak”luah Nur.

Tidak berkelip mata Gee memandang Nur.

“Soalan kau tu,kau nak aku jawab ke?”soal Gee.

“Habis,kalau kau tak jawab..sape lagi nak jawab?”soal Nur.Gee menyerahkan handphonenya kepada Nur.Nur mengerutkan dahi.Gee pegang tangan Nur,dan letakkan handphone miliknya ke tangan Nur.Tangan Gee memegang tangan Nur,dan meletakkan handphone tersebut di telinga.

“Sebab awak masih sayangkan saya”ucap ayat daripada sebelah sana.Nur membuntangkan biji mata.

“Sebab awak sayangkan saya Nur.Sebab tu,awak tak boleh nak lupakan saya.Sebab tu,awak tak boleh nak buang saya daripada hati awak.Sebab itu aje..Sebab awak sayangkan saya”ucap Jeff sekali lagi.
Terus Nur tekan butang merah.Dia pandang wajah Gee yang langsung tidak beriak.

“Aku cuma tolong aje..”getus Gee.

“Kau malukan aku,kau tahu tak?”.

Gee tayang muka bosan.Nur yang melihat rasa macam nak cekik-cekik leher Gee.

“Tolonglah Nur..kau tu ego sangat!Kau ego nak mengaku yang kau sayangkan Jeff.Kau ego nak mengaku yang kau cintakan dia.Tolonglah rendahkan ego kau tu..sebelum terlambat”ucap Gee sebelum bangun.

Nur terpana memandang langkah Gee yang hilang dibalik pintu.Musicbox yang terletak diatas katil kembali disentuhnya.

“Handphone aku”Gee tiba-tiba berpatah balik menyebabkan Nur terkejut.Gee mencapai handphonenya.

“Fikir-fikirkanlah Nur”pesan Gee perlahan.
*********************************
Jeff memanjangkan lehernya.Satu keluhan dilepaskan.Kerisauan mula datang bertandang di dalam hati.Dikerling jam tangannya.Sudah menunjukkan pukul 6.30.

‘Mana Nur ni’soal hati Jeff.Daripada pukul 5.00 tadi,dia sudah
terconggok di tempat menunggu bas.Ingin dia berjumpa dengan Nur.Dia yakin,yang Nur sayangkan dia.Perbualan curi-curi yang dia dengar semalam,semasa Gee berbicara dengan Nur menyakinkan dia sepenuhnya.Tidak sia-sialah dia topup RM 50 semalam.Tidak sia-sia juga dia menghabiskan duit topupnya menelefon Gee yang memakai talian Celcom sedangkan dia pulak pakai talian Maxis.Nasib baiklah dia pernah berkenalan dengan Gee,sepupu Nur dua tahun sebelum itu.Kalau tak..mungkin dia mati akal macam mana nak pujuk balik Nur.

Satu senyuman terukir dibibir apabila melihat Nur yang mengorak langkah menuju ke arahnya.Nur yang melihat Jeff terus menghentikan langkahnya.

‘Aduh!Apa yang dia buat dekat sini?’runggut hati Nur.Sengaja dia keluar lambat daripada pejabat hari ni sebab tidak mahu berjumpa dengan Jeff.Memang dia yakin,yang Jeff akan menunggunya.Sebab itu,dia ingin mengelakkan diri daripada Jeff.Namun nampaknya…hari-hari makan ikan keli,alamat punahlah harapan ku ini.

Nur buat-buat tidak nampak Jeff.Beg tangan dia genggam erat.Seolah-olah dengan mengenggam beg tangannya itu,dapat mengurangkan debaran dada yang tiba-tiba datang menjengah.Jeff yang melihat aksi Nur berdehem beberapa kali.Dia sedar,yang Nur malu.Dia pun malu sebenarnya.Tapi,anak lelaki mana boleh mengalah?Dah ditanamkan tekad dalam hati,Nur mesti menjadi miliknya.

“Err..Nur”.Baru sahaja Jeff hendak melontarkan ayat,bas yang dinaiki Nur sampai.Tanpa membuang masa,Nur terus memanjat tangga bas.Jeff mengenggam jemarinya.Dikuatkan semangat dirinya.Terus dia ikut memanjat tangga bas.

Dengan selamba dan bersahaja,Jeff duduk disebelah Nur.Debaran di hati Nur semakin tidak tertahan.Ketika melihat Jeff menaiki bas tadi,jantungnya hampir-hampir nak terkeluar.

Nur duduk semakin tidak selesa,apatah lagi bila kakinya dan kaki Jeff bersentuhan.Sudah tidak mampu dia hendak menghimpitkan diri ke tepi.Dah tak ada ruang!Dalam hati,berbakul-bakul kutukan dihadiahkan kepada Jeff.

‘Say something Jeff ‘ desak hati Jeff.Dia meneguk air liur.Cuba mencari kekuatan untuk berbicara dengan Nur.

‘Relax Jeff..yang dekat sebelah kau ni cuma Nur.Bukannya manusia kanibal’.

Jeff alihkan duduknya,menghadap Nur.Nur yang menyedari terus alihkan pandangan ke luar tingkap.Jeff menarik perlahan lengan baju kurung Nur.Nak pegang lebih-lebih,tak pasal-pasal nanti kena penendang OngBack pula.

Nur buat muka keras,buat-buat tidak perasan yang lengan baju kurungnya ditarik.Jeff gigit bibir.Owhh..buat keras kepala ek.Okay..

Terus Jeff menarik kuat beg tangan Nur.Nur hampir menjerit dibuatnya.Dia pandang wajah Jeff yang selamba meletakkan beg tangan di pehanya.

“Apa awak ni?”soal Nur marah.Tapi,Jeff buat-buat bodoh sambil menyanyi-nyanyi kecil.Nur mendengus geram.Jeff pandang wajah Nur.

“Awak nak ni?”.Jeff buat-buat tanya sambil mengangkat beg tangan Nur.Nur angguk kepala.Jeff sengih nakal.

“Kalau awak nak..panggil saya sayang dulu”.

Terbuntang biji mata Nur.Nasib baiklah biji mata ni Allah ciptakan tak macam cerita The Mask tu.Kalau tak..payah nak kutip balik biji mata yang tersembul keluar.

“Awak gila ke?”tanya Nur bengang.Jeff mengelengkan kepalanya beber apa kali.

“Itu bukan yang saya nak dengar”ucap Jeff.Terus dia bangun,dan duduk di kerusi yang berselang tiga daripada tempat duduk Nur.
Nur mati kutu apabila melihat Jeff yang duduk agak jauh daripadanya.Dia pandang sekeliling.Tidak banyak penumpang pun dalam bas ketika itu.Hanya dia dan Jeff sahaja yang duduk dibahagian belakang bersama-sama dengan seorang penumpang lelaki lain yang duduk di bahagian paling belakang.Penumpang lain,hanya memenuhi tempat duduk di hadapan.

“Jeff..”jerit Nur sedikit kuat.Bengang dia rasa apabila melihat Jeff hanya membisikan perkataan sayang.Nur membuang pandangan ke luar tingkap.Dia menarik nafas perlahan sebelum kembali berpusing memandang Jeff.

“Sayang..”panggil Nur,pura-pura.Padahal dalam hati,nak aje dia sepak laju-laju muka Jeff yang tengah tersengih nakal.

Jeff mengukirkan senyuman manis.Berhasil cubaannya.Namun,sengaja dia ingin memperkenakan Nur sekali lagi.Jemarinya ditarik ke dua-dua hujung belah bibir kanan dan kiri.Menyuruh Nur tersenyum sambil mengucapkan perkataan sayang.Nur yang melihat menjegilkan biji mata.
Jeff angkat kening 3 saat,menanti tindak balas Nur yang seterusnya.
Nur beristighfar didalam hati.Sekali lagi,nafas ditarik perlahan.

“Sayang..”panggil Nur sekali lagi.Kali ini,dengan penuh lagak manja dan senyuman manis.Senyuman terus mekar di pipi Jeff.Terus Jeff bangun,dan duduk kembali di sebelah Nur.Nur yang melihat,rasa macam nak tumbuk-tumbuk bahu Jeff.Tak pun,nak aje dia tolak Jeff daripada bas yang sedang bergerak tu.

“Yea sayang..”sahut Jeff mesra.Nur menjeling tajam.Jeff hanya tersengih.

“Awak nak ke tak nak beg tangan awak ni?”soal Jeff nakal.Terus Nur pandang wajah Jeff.Dia menganggukkan kepalanya,berulang kali.Jeff ketawa.Dia memegang kuat beg tangan Nur.Risau kalau Nur main tarik-tarik dekat dalam bas ni.

“Awak maafkan saya tak?”soal Jeff perlahan.Dia pandang muka Nur dengan wajah yang serius.Kali ni,dah tak ada main-main.Bertentang mata dengan Nur,mengetarkan seluruh urat sendinya.
Nur diam,tidak dapat memberikan jawapan.Dia cuba mengagahkan dirinya bertentang mata dengan Jeff.

“Saya tahu saya silap awak..saya silap banyak dengan awak.Tapi,saya minta maaf.Maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.Kalau awak doktor,awak boleh bedah hati saya.Yang awak akan jumpa,hanya perkataan maaf untuk awak.Maafkanlah saya awak.Saya tahu saya bodoh,bebal,begok.Betullah kata arwah ayah saya,saya ni memang 3B.Saya tak patut hina awak.Tapi,waktu tu saya terpengaruh dengan cakap-cakap Nia.Saya ni kan senang terpengaruh dengan cakap orang.Saya betul-betul dah menyesal.2 tahun saya hidup dengan rasa kesal saya.Hidup dengan bayangan awak.Hidup dengan nama awak..”

Kata-kata Jeff mati di situ.Dia menarik nafasnya perlahan.Nur terpana apabila melihat mata Jeff yang kelihatan merah.

“Saya tak tahu bila awak curi hati saya Nur.Saya tak tahu bila awak buka hati saya.Saya tak tahu bila `cahaya`awak menghuni hati saya.Saya tak tahu bila saya sayangkan awak,bila saya rindukan awak.Yang saya tahu,saya nak cari awak..nak minta maaf dengan awak.Sejak daripada hari kita langsung tak bertegur sapa,hati saya rasa sakit sangat.Sakit yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.Waktu tu,hanya awak aje yang ada dalam fikiran saya”luah Jeff sambil meletakkan sebelah tangan di dadanya.

“Saya tahu saya ambik masa yang lama untuk berdepan dengan awak.Saya cuma tak ada kekuatan untuk berdepan dengan awak.Saya ingat saya nak lupakan awak,tapi awak langsung tak boleh hilang sesaat pun daripada ingatan awak.Saya cuma nak awak tahu,saya sayang awak sangat-sangat.Sayang sampai saya langsung takkan mengalah untuk pikat hati awak”.

“Awak ingat tak lagi lagu yang awak suka tu?I`d come for you..?Saya akan selalu datang dekat awak,bila awak nak.Dan..kalau awak tak perlukan saya lagi,saya akan pergi.Pergi jauh daripada awak.Daripada bayangan mata awak.Tapi,kalau awak bagi saya peluang,saya akan buktikan yang sayalah Alladin awak.Sampai mati Nur..sampai mati saya akan jadi Aladdin awak”.

Jeff bangun,lalu menekan loceng bas.Dia memandang Nur sambil tersenyum.

“Saya tunggu awak esok dekat taman reakreasi,tempat yang selalu kita lepak tu pukul 6.00.Kalau awak rasa,yang awak sudi maafkan saya,awak datanglah yea.Kalau awak tak datang,saya faham…dan saya takkan kacau awak lagi”ucap Jeff.Beg tangan Nur dikembalikan kepada Nur sebelum melangkah turun daripada bas yang sudah berhenti.
************************************

Nur pandang jam di tangan.Sudah menunjukkan pukul 4.50 petang.Sebentar lagi,waktu kerja dia akan tamat.Kuramg daripada dua jam sebelum pukul 6.00.

Nur menarik nafasnya.Hatinya bermain-main dengan bicara akal.Apa keputusan yang harus dibuat?Apa yang hati dia nak?Betul ke segala keputusan yang dia akan lakukan nanti?

‘Aku sayangkan Jeff ke?’desis hati Nur.Dia mengeluh.Sayangkah dia pada Jeff?Cintakah dia pada Jeff?Kalau dia tak sayang,kalau dia tak cinta,kenapa dia masih tak boleh nak lupakan Jeff walaupun 2 tahun sudah berlalu?Kenapa air mata masih setia menjadi peneman setiap kali nama lelaki tersebut mengetuk pintu hati.Jeff ke lelaki idaman dia?Lelaki idaman yang sanggup muncul pada bila-bila masa bila dia memerlukan?Jeff ke lelaki yang sanggup menjadi Aladdin dia?

Nur memejamkan matanya,seketika.Hatinya tekad!Dia sayangkan Jeff..itu yang pasti.Sudah penat dia bermain dengan perasaan sendiri.Beg tangan di atas meja dicapai,dan dia terus berlalu apabila jarum jam menunjukkan pukul 5.15 petang.
**************************
Jeff mengukir senyuman manis apabila melihat Nur yang semakin menghampiri.Dia terus bangun daripada kerusi batu yang didudukinya.Penantiannya daripada pukul 5.00 tadi membuahkan hasil.Penat dia bersoal-jawab dengan hati sendiri.

“Nur..”..

“Jeff..saya datang nak minta maaf”ucap Nur perlahan.Jeff melangkah menghampiri Nur.

“Tak..awak tak payah nak minta maaf.Saya yang salah.Saya yang patut minta maaf dengan awak”ucap Jeff laju.Nur mengangkat tangannya,menyuruh Jeff berhenti.

Nur menarik nafas,mengumpul seluruh kekuatannya.Dia bertentang mata dengan Jeff yang ketika itu turut memandangnya.

“Saya mengaku yang saya sayangkan awak..tapi rasa sayang tu dah mati Jeff”luah Nur lambat-lambat.Jeff terpana.

“Saya dah penat sayangkan awak.Begitu penat untuk mencintai awak.Menyayangi awak.Trimas sebab awak pernah hadir dalam hidup saya.Menceriakan hari saya.Trimas sebab selama 2 tahun ini,awak buat saya rasa,betapa menderitanya merindui seseorang.Awak buat saya rasa saya kuat bila saya lemah,awak buat saya rasa betapa berharganya diri saya walaupun saya cuma anak seorang penagih dadah”.

“Nur…”Jeff cuba menghalang percakapan Nur,namun Nur meletakkan jemarinya dibibir,menyuruh Jeff supaya tidak bersuara.
Nur tersenyum nipis.Disekanya air mata yang mengalir di pipi.

“Saya sayang dekat awak,tapi saya takkan biarkan perasaan sayang ni semakin bercambah untuk awak.2 tahun saya cuba untuk melupakan awak,tapi saya gagal.Cukuplah sekali awak buat saya terluka.Saya tak sanggup lagi terluka demi awak.Air mata saya..biarlah untuk kali terakhirnya menangisi awak.Sebab saya penat menangis demi awak.Kalau lagi sekali saya terluka,saya tak tahu samada saya kuat untuk menghadapinya atau tak.Kenapa awak muncul dalam hidup saya Jeff?Awak buat saya penat bermain dengan perasaan saya sendiri.Hati saya..sakit sangat.Sakit kerana mengharapkan satu hari nanti yang awak akan sedar kehadiran saya dekat sini.Tapi,bila awak dah sedar kehadiran saya,hati saya macam dah tak boleh nak terima awak.Saya minta maaf Jeff.Saya dah tak sanggup hidup dalam mainan perasaan ni”.

Jeff mengalihkan pandangannya ke arah tasik.Dia fikir,dia dan Nur akan ada harapan kembali.Dia fikir,dia akan bawa Nur pulang ke rumah dia.Memperkenalkan Nur dengan bangga kepada Pn.Nadia.Namun..semuanya..hampa!

“Jeff..semoga awak akan jumpa dengan perempuan yang mampu membahagiakan awak sepenuhnya”ucap Nur sebelum melangkah pergi.
Jeff memerhatikan langkah Nur yang berlalu pergi.

‘Cuma awak aje perempuan tu Nur..cuma awak aje.Kenapa awak tak nak bagi saya peluang?’soal hati Jeff sedih.
*************************
“Jeff..bangunlah!Tolonglah bangun”rayu Nur sambil teresak-esak menangis.Dia memandang Gee dan Pn.Nadia yang sedang memandangnya.Air matanya tidak berhenti turun sejak dia terpandang Jeff yang terbaring kaku di atas katil.Baru beberapa jam tadi dia menangis sebab Jeff,dan kali ini..dia menangis sekali lagi.

“Nur..bawak-bawak bersabar”pujuk Gee perlahan.Nur gelengkan kepalanya beberapa kali.

“Ni semua salah aku,Gee.Semua ni salah aku.Betul kata kau,aku ni ego!Ego sebab tak nak mengaku yang aku sayangkan Jeff.Ego sebab tak nak mengaku yang aku nak hidup sama-sama dengan dia.Ego sebab..”
Nur tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila esakan tangisannya semakin kuat.
********************************

“Untuk kau…”ucap Gee perlahan.Dia menyerahkan sehelai kertas kepada Nur.Nur yang sedang duduk termenung di dalam bilik tersentak.Dia buka perlahan kertas tersebut.Anak matanya meliar membaca tulisan di kertas tersebut.

Just One more moment, thats all thats needed.
Like wounded soldiers in need of healing.
Time to be honest, this time I’m bleeding
Please don’t dwell on it, cause I didn’t mean it

I cant believe I said I’d lay our love on the ground
But it doesn’t matter cause i’ve made it up forgive me now
Everyday I spend away my souls inside out
Gotta be some way that I can make it up to you now, somehow.

By now you’d know that I’d come for you
No one but you, yes I’d come for you
But only if you told me to
And I’d fight for you
I’d lie, it’s true
Give my life for you
You know I’d always come for you

I was blindfolded, but now I’m seeing
My mind was closing, now I’m believing
I finally know what just what it means to let someone in
To see the side of me that no one does or ever will
So if your ever lost and find yourself all alone
I’d search forever just to bring you home,
Here and now this I vow

By now you’d know that I’d come for you
No one but you, yes I’d come for you
But only if you told me to
And I’d fight for you
I’d lie, it’s true
Give my life for you
You know I’d always come for you
You know I’d always come for you

No matter what gets in my way
As long as there’s still life in me
No matter what, remember you know I’ll always come for you

Yes I’d come for you, no one but you,
Yes I’d come for you
But only if you told me to

And I’d fight for you
I’d lie, it’s true
Give my life for you
You know I’d always come for you

No matter what gets in my way
As long as there’s still life in me
No matter what, remember you know I’ll always come for you
I’d crawl across this world for you
Do anything you want me to
No matter what, remember you know I’ll always come for you
You know I’ll always come for you

“Jeff kemalangan Nur..”luah Gee lambat-lambat.Nur terpana.Dia terus bangun.Anak matanya merenung anak mata Gee.Mencari kejujuran dan kepastian.Gee angguk kepala berulang kali.Nur menekup mulutnya dengan telapak tangan.

“Dia kemalangan dekat simpang nak masuk rumah kita.Aku baru balik daripada kerja waktu tu.Nampak ramai orang dekat simpang.Aku turun daripada kereta,dan aku tengok kereta Jeff remuk teruk.Waktu orang ramai keluarkan dia,dia belum pengsan lagi.Dia cam aku dan dia bagi aku kertas ni..suruh bagi dekat kau”.

Mengalir air mata Nur.Gee memeluk erat bahu Nur.

“Jom..aku bawakan kau ke hospital.Kau mesti nak jumpa dengan Jeff kan?”soal Gee perlahan.
********************************
Nur mendongakkan kepalanya.Dia memandang Gee yang berdiri disebelahnya.

“Semua ni salah aku kan?”tanya Nur perlahan.Gee duduk disebelah Nur.

“Kau tak salah..semua ni takdir Nur”.

Nur tersenyum sinis.

“Takdir yang aku reka untuk diri aku sendiri.Betul kata kau Gee..aku ego!Bodoh!”.

“Kau yang buat keputusan tu,kau yang cakap dekat Jeff yang kau dah penat menangis demi dia.Sekarang,untuk apa air mata ni?”soal Gee.

Nur seka air mata di pipinya.

“Dua tahun aku cuba bohong diri aku sendiri.Bohong dengan ucapkan yang aku langsung tak sayangkan Jeff.Cintakan dia.Aku tak tahu sejak bila dia dah mula menghuni hati aku.Bila dia hantar message yang begitu menyakitkan hati,berbakul-bakul sumpah seranah aku hadiahkan dekat dia.Tapi bila ada masanya,aku terkenangkan dia,air mata aku akan mengalir.Sakit hati aku Gee..sakit sebab rindukan dia.Kenapa aku tak boleh nak lupakan dia?Kenapa aku jadi lemah sampai macam ni sekali?Betapa susahnya hendak melupai seseorang yang sudah mula bertapak dalam hati.Aku ingat,aku mampu untuk terus buang bayangan dia.Sebab tu,aku cakap yang…”

Kata-kata Nur tersekat disitu.Dia seka air mata yang semakin laju mengalir turun.

“Aku tak boleh hidup tanpa dia.Rasa sayang dan cinta aku terhadap dia..buat aku hilang kawalan diri.Buat aku rasa..aku macam manusia bodoh Gee.Bodoh sangat-sangat”.

“Saya pun macam tu jugak awak..bodoh sebab awak”.

Nur tersentak.Dia pandang sebelah kanan.Kelihatan Jeff sedang tersenyum manis padanya.Nur gosok kedua-dua belah matanya.

“Awak sayangkan saya tak?”soal Jeff romantis.Nur yang bagai dipukau menganggukkan kepalanya.

“Eh salah soalan.Awak cintakan saya tak?”.

Nur bangkit daripada tempat duduknya.

“Seumur hidup saya awak..”ucap Nur perlahan.Digosok matanya yang terasa kabur.

“Saya pun..seumur hidup saya hanya untuk awak.Cuma untuk awak aje”ucap pula Jeff.

“Tapi..bukan awak..pengsan dekat..”Nur tunjukkan arah katil Jeff.

“Ini semua idea Gee..bukan idea saya.Saya..”

Kata-kata Jeff mati apabila Nur memukul kuat badannya dengan beg tangan.Tersentak Jeff dibuatnya namun dia hanya membiarkan.Nur teresak-esak menangis.

“Sampai hati awak..sampai hati awak.Awak tahu tak,nadi saya dah berhenti bila dapat tahu awak kemalangan.Awak tahu tak,akal saya dah tak boleh nak fikir apa-apa bila tengok awak terlantar macam tu..awak tahu tak..”

Jeff letakkan jemarinya di bibir Nur,membuatkan Nur terus terdiam.

“Saya nak awak tahu..apa yang awak rasa,tak sama dengan apa yang saya rasa.Bila awak cakap,yang rasa sayang awak dah tak ada untuk saya,lutut saya jadi lembik awak.Saya rasa macam kaki saya dah lumpuh.Bila awak cakap yang awak dah penat mencintai saya,saya rasa macam dengupan di jantung saya dah ditarik secara perlahan-lahan.Dan bila awak berpaling pergi daripada saya,sikit pun awak tak toleh ke belakang,udara bagaikan tak sudi nak menerjah masuk dalam anggota badan saya.Apa yang awak rasa,sepuluh kali ganda saya rasa lagi teruk daripada awak”.

Nur terpana.Dia pandang anak mata Jeff.Ya Allah!Sekiranya dialah pembimbing aku dunia akhirat,peneman syurga cinta aku,tolonglah berkatilah hubungan kami.

“Ehem..kalau yea pun nak buat cerita Hindustan dekat sini,ingatlah orang lain sama”getus Gee.

Nur berpaling memandang Gee.Satu dengusan dia lepaskan.

“Kau ni memang kan..sengaja nak cari pasal dengan aku.Berani kau komplot dengan Jeff nak kenakan aku”marah Nur.Dia memukul kuat bahu Gee.

“Eh..bukan aku dengan Jeff aje tau”ucap Gee.

“Mak pun masuk campur juga”sampuk Pn.Nadia.Nur gigit bibir bawah.Merona merah wajahnya.

“Bulan depan..mak hantar rombongan masuk meminang yea..”ucap Pn.Nadia sambil memeluk Nur.

Nur hanya tersenyum manis.Dia membalas pandangan mata Jeff yang setia merenungnya.Dapat dia lihat di dalam anak mata tersebut,cinta yang diharap-harapkannya.

**Assalamualaikum..Diharap semoga cerpen ‘Ucapkanlah’ini dapat diterima oleh pembaca semua.Saya hanyalah seorang manusia yang melakarkan imaginasi melalui tulisan.Sekiranya terdapat kesilapan ayat,tatabahasa,ataupun jalan cerita yang agak membosankan dan steretoip,mohon ampun dan maaf.

PENULIS CERPEN :
Kerana Mobil
Hanya Dirimu
Love You Yes
Cintaku Full House

PENULIS NOVEL :
Episod 1437


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

39 ulasan untuk “Cerpen : Ucapkanlah”
  1. akxkesah says:

    best2. .
    ayt jwang gler. .
    gud job writer :smile: :smile: :smile:

  2. farah amanina says:

    PERRGGHHH… SIYES BEST.. MASA FIRST TERTANYA2 APA LAH SALAH SI JEFF NI… TAPI X MENGHAMPAKAN…. GOOD JOB.. TULIS LAG…

  3. A.1 says:

    sgat bestttttttttttttttt

  4. Que_Lyana says:

    Salam. Ini pandangan saya la ye. Saya rasa penjelasan cerita tak berapa ok dan jalan cerita tak berapa menarik, simple. Tapi oklah. Tahniah pada penulis. Teruskan berkarya

  5. blueskyz says:

    best!!!!sgt2..

  6. iman says:

    boleh tahan la..tapi masih perlu diperbaiki..

  7. liesz says:

    jln cte mnarik..sempoi jerk..xssh nk phm..gud job writer.. :smile:

  8. Wan Nur Athirah says:

    sooooo….best…teruskan lagi usaha dan teruskan berkarya..jalan cerita yg menarik..yg paling penting,jangan mudah berputus asa..yakinkan diri awak..sy yakin awak boleh..

  9. kay says:

    Terserlah kedewasaan dlm mengolah ayat2. Keep it up! I likee

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"