
Hadirmu Takdirku
18 March 2010
Kategori: Novel Di Pasaran
21,193 bacaan 28 ulasan

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
Penulis : Alina haizar
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak: RM21
Untuk Pembelian novel secara online klik Borang Langganan Disini













Tahniah2 wat penulis….
karyamu betul2 membuat diri pembacamu ini sentiasa bergenang dgn air mata….
Best sesangat….
novel ini mempunyai klimaks yg sangat menarik dan membuat saya tertarik untuk memiliki novel ini
novel dh ade kt pasaran ke???
Sudah berada di pasaran
novel ni bez giler…
gud job this writer…
hurm…thniah tok pnulis…critenyerrr memg best…
nie pun best.pun br beli smlm

cter x m’hmpakan…..
ending menarik……
ape ending cite ni? happy tak?
Salam, cerita ni happy ending saya paling suka part Hana telah berubah dari budak kantin kepada seorang wanita yang berjaya dan terkenal. Tapi sayang, Hana tak memilih pengiran sebagai suami dia tetapi Jeffery. Ok jugak cerita dia.
novel nieyh mest dibeli…best cgt2…