Novel : Cermin 18

9 March 2010  
Kategori: Novel

1,532 bacaan 9 ulasan

Oleh : Hasrudi Jawawi

Novel thriller yang pasti menyeramkan hidup anda. “Kuseru kuasamu Datanglah Kau Padaku” Tiliklah wajahmu di cermin

18

LOCENG telah pun berbunyi. Sem menoleh ke belakang melihat meja Dewi, masih kosong. Dia memandang ke arah Siti sambil menjengkitkan keningnya. Cuba bertanyakan di mana Dewi dengan menggunkan isyarat mata. Siti hanya menaikkan kedua bahunya tanda tidak tahu.
Selepas mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen, dia melangkah menuju kemeja Siti. Pelajar-pelajar lain sedang berpusu-pusu ke dewan sekolah untuk mengahadiri pehimpunan mingguan.
“Mana Dewi? Dia tak datang ke hari ni?” Tanya Sem kehairanan.
“Kau ingat aku jiran dia ke?” Perli Siti sambil membetulkan kedudukan tudungnya.
“Aku tanya serius ni?”
“Manalah aku tahu. Dia tak cakap apa-apa pun minggu lepas dia nak ponteng hari ni.”
“Ye ke?”
“Eh, lekaslah, budak lain dah ke dewan. Tak fasal-fasal kita kena tahan nanti.” Jelas Siti sambil terkocoh-kocoh melangkah menuju ke dewan.
“Ada something wrong berlaku pada Dewi ke?” Tanya Sem bimbang.
“Yang kau cemas sangat ni kenapa? Manalah tahu dia demam ke… apa ke…” Siti berandian positf. Langkah semakin laju menuju ke dewan.
“May be jugak.” Akur Sem sambil mengiringi jalan Siti.
Sesampai sahaja di dalam dewan, Siti terus masuk ke dalam barisan kelasnya. Sem pula terus melangkah ke barisan depan, kerana pelajar lelaki memang di asingkan dengan pelajar perempuan. Beberpa minit kemudian, semua pelajar di kehendaki diam dan menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan lagu sekolah. Siti menoleh kebelakang cuba mencari kelibat Dewi, tapi tidak kelihatan.
Selesai sahaja menyanyikan ketiga-tiga lagu wajib setiap kali perhimpunan mingguan itu, semua pelajar di kehendaki berada dalam keadaan senang diri iaitu dengan memegang lengan tangan ke belakang dan membuka sedikit kakangan kaki dalam keadaaan relaks. Giliran untuk guru yang bertugas minggu lepas untuk melaporkan laporannya.
Tiba-tiba Dewi muncul di sebelah Siti. Termengah-mengah nafasnya. Beg sekolahnya di letakkan di atas lantai. Jika beg masih berada pada Dewi, sah-sahlah Dewi datang lambat. Dewi menarik nafas dalam-dalam meredakan mengahnya kerana terpaksa berlari dari pintu pagar menuju ke dalam dewan.
“Apasal lambat?” Tanya Siti dengan nada berbisik. Namun, pandangannya masih menonong ke hadapan.
“Aku bangun lambat.” Jawab Dewi pula penuh berhati-hati mengawal nada suaranya agar tidak di dengari oleh pengawas yang ke hulu-hilir di barisan belakang.
“Peh, first time aku dengar jawapan kau bangun lambat…”
“Aku tidur lambat malam tadi.”
“Apsal? Kau over night tengok movie ke?”
“Aku kena ganggu lagi. Kali ni lagi teruk.”
Siti menjeling Dewi sambil membutangkan matanya. Terkejut dengan jawapan Dewi tadi.
“Hantu tu dah munculkan diri ke?”
“Ha’ah.” Sepatah Dewi menjawab.
“What?” Siti terkejut, nada suara sedikit kuat.
“Syh….” Seorang pengawas memberi amaran dari arah belakang supaya mereka diam.
Terkulat-kulat Siti memohon maaf sambil menyatukan kedua tapak tangannya seolah menyembah raja sambil tersengih sumbing.
“Kat kelas nanti kita sambung.” Pinta Siti lalu kembali fokus pada ucapan cikgu yang bertugas minggu lepas. Dewi hanya mengangguk perlahan.

HASRUL tidak tenang fikirannya bila memikirkan apa yang telah menimpa kawan Sem. Kawan Sem yang di maksudkan adalah Dewi. Apa yang Dewi alami seolah menarik minatnya untuk menyiasat apa sebenarnya yang telah mengganggu Dewi selama dia berpindah ke banglo barunya.
Ini kes pertama yang dia cuba ingin siasat. Sebelum ini, puas dia ingin melihat benda-benda mistik ini secara berdepan. Namun, dia masih tidak di jodohi untuk bertemu dengan benda-benda mistik atau lebih di kenali sebagai makhluk halus ini.
Jika dia mengalami gangguan dari makhluk-makhluk itu pun hanya sekadar gangguan biasa saja iaitu, mendengar suara hilaian wanita, objek bergerak dan bayang-bayang yang melintasinya. Tidak pernah pun dalam hidupnya dia di pertemukan dengan makhluk ALLAH yang di gelar makhluk halus itu.
Banyak yang mengambarkan wajah makhluk halus ini menakutkan. Ada yang mengatakan makhluk halus ini bisa merasuk ke tubuh manusia. Tiada siapa yang berani untuk bertemu dengan makhluk ALLAH yang di gelar makhluk halus ini. Nama lainnya adalah hantu.
Hasrul percaya, hantu itu wujud. Hantu itu ada. Tapi dia teringin sangat di pertemukan dengan makhluk itu yang sememangnya telah di pisahkan alamnya dengan alam manusia. Hanya manusia sahaja yang kadang kala terlalu taksub dengan makhluk itu sehingga ada yang sanggup memuja dan sebagainya hanya kerana untuk meraih kepentingan mereka di dunia semata-mata.
Hasrul mencapai tetikusnya lalu di buka fail yang menyimpan artikal yang di ambil dari sebuah laman web dari Indonesia mengenai legenda cermin yang di jangka ada di banglo dimana oleh Dewi diami sekarang.
Cermin yang di beri nama ‘Sri Muka’ itu telah menarik perhatian Hasrul untuk di siasat mengenai keajaiban cermin itu dengan lebih terperinci. Menurut legenda yang di ambil dari sebuah laman web dari Indonesia itu, cermin ‘Sri Muka’ adalah sebuah cermin kaca yang di bingkaikan dengan menggunakan kayu jati bermutu tinggi. Namun, maklumat dari mana asal usul cermin ini masih tidak ditemui. Tiada siapa pun yang tahu siapa manusia pertama yang telah mencipta cermin ini.
Puas Hasrul cuba mencari di mana cermin ‘Sri Muka’ itu berada kini, selepas di puja oleh waris terakhir cermin itu iaitu Tatty Dwi Damar di laman web – laman web yang ada di dunia ini. Namun, masih tidak ditemui lagi. Mentera untuk memuja cermin itu mengikut legendanya sudah dipelbagaikan.
Awalnya mentera itu berbunyi seperti ini,
“Waduh cerminku yang sakti lagi berseri… aku memuja kuasa mu yang lagi agung dan maha kuasa seantera dunia… kehidupkanmu di balik cemin wajah ini agar mu bisa memenuhi kehendak aku yang mengunung… di malam jumat keliwon ini, aku hidupkan mu… kau datenglah pada ku… menunaikan segala kehendakku.. di malam jumaat keliwon juga kamu bisa di musnah kan….”
Itu mentera 100 tahun lalu, kini mentera itu sudah berubah-rubah. Menurut maklumat yang Hasrul dapat, ada lebih 200 jenis mentera yang telah tercipta dari spekulasi andaian dari mereka-mereka yang mengulas megenai cermin ini. Ntahkan mitos ntahkan benar tentang cermin ini dia sendiri tidak dapat mensahihkannya.
Hanya yang punya waris sahaja yang tahu mentera sebenar untuk memuja cermin itu yang hanya boleh di pecahkan atau di musnahkan menurut ceritanyaa hanya pada malam jumaat keliwon.
Bila sahaja perkataan ‘malam jumaat keliwon’ melintas ruang minda Hasrul ketika ini, lekas sahaja dia menekan logo Mozilla Firefox di desktop laptopnya untuk mencari apa maksud dan bila malam jumaat keliwan bakalan berlaku. Di taip perkata ‘malam jumaat keliwon’ pada ruang search di Google lalu di tekan butang enter pada papan kekunci laptopnya.

LEKAS sahaja Siti menarik tangan Dewi munuju ke tandas sebelum sempat Dewi meletakkan begnya di dalam kelas. Pelajar-pelajar yang lain sedang melangkah balik ke kelas masing-masing. Perhimpuanan mingguan baru sahaja tamat.
“Apa ni Siti, kok ye pun bagilah aku letak beg aku kat kelas. Tak baik tau bawak ilmu masuk ke dalam tandas. Ilmu tu kan sesuatu yang suci dan bersih untuk kegunaan kita di masa akan datang. Tak baiklah bawa masuk tandas rumah syaitan.” Rungut Dewi sambil mencuba melepaskan tangannya yang di genggam erat oleh Dewi ketika ini.
“Ala, tak apa. Kita tak payah masuk tandas. Kita kat luar je. Aku nak kau cerita pada aku fasal hantu yang kau jumpa malam tadi.” Pinta Siti beria.
“Tak mahulah cerita kat sini. Ramai orang ni.” Keluh Dewi sambil memandang pelajar perempuan lain yang keluar masuk ke tandas. Ada yang memanang serong pada mereka.
“Nantilah aku cerita pada kau. Waktu rehat nanti ke… Kita dah lambat ni, buatnya cikgu Aris dah masuk kelas macam mana? Tak ke niaya kena perli sampai habis subjek dia nanti?” Jelas Dewi bimbang.
Dia sudah masak dengan perangai Cikgu Aris. Jika ada pelajar yang buat masalah dengannya di kelas. Sudah pasti akan di sindir dan di perli sepanjang waktu subjeknya. Dia tidak mahu menjadi bahan sindiran Cikgu Aris yang sinis lagi menyakitkan hati itu.
“Sampai hati kau Dewi tak mahu cerita pada aku.” Siti merajuk.
“Waktu rehat nantilah. Dah jom, nanti lambat pulak.” Ajak Dewi beria. Tiba-tiba matanya tertangkap wajah Andy yang berada di koridor kelasnya sambil tersenyum padanya.
“Okeylah, jom.” Akur Siti sambil memonyokkan muka.
Ajakkan Siti tiba-tiba tidak diendah. Di lihat Dewi tersenyum sendiri di depannya sambil memandang sesuatu. Siti mengekor pandangan Dewi. Apa? Dewi senyum pada Andy?
“Dewi, kau senyum pada Andy?” Lekas Siti menerpa lamunan Dewi.
Dewi tersentak dan lekas-lekas melarikan padangan.
“Mana ada, kau ni mengarutlah.” Jawab Dewi tersekat-sekat sambil mencuri pandangan ke arah Andy yang telah pun masuk ke kelasnya semula bila melihat Siti mula perasan perbuatan mereka tadi.
“Kau jangan nak tipu, aku nampak tadi. Kau tahu tak Andy tu bu…”
“Dahlah jom masuk kelas. Dah lambat ni.” Ajak Dewi terkocoh-kocoh sambil menarik tangan Siti menuju ke kelas sebelum sempat Siti menghabiskan kata-katanya. Dia tidak mahu hubungan baiknya bersama Andy diketahui oleh Siti. Buat setakat ini dia belum bersedia untuk berterus terang pada Siti mengenai hubungan baiknya dengan Andy.

BUNYI sahaja loceng dari arah bilik guru, menandakan tamatnya subjek Bahasa Melayu pagi ini. Selesai Cikgu Aris mengemas bukunya di atas meja, dia terus bersedia untuk keluar dari kelas.
Sem memberi arahan bangun dan di turuti oleh semua pelajat 3 Mutiara yang lain. Selepas Sem mengucapkan terima kasih, semua pelajar pun mengajuk ucapan itu. Selangkah Cikgu Aris melangkah keluar, bertaburan pelajar lain berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah.
Masing-masing ketika ini sedang dihambai oleh rasa lapar yang sudah mencengkam-cengkam. Maklumlah sudah masuk waktu rehat, sesiapa yang kenyang pun bisa rasa lapar semula. Tapi perkara itu tidak terjadi pada Dewi dan Siti di kelas itu. Mereka hanya mengambil sarapan pagi sahaja setiap pagi tampa mengambil brunch.
“Sem, kau nak ke mana?” Tanya Dewi selepas melihat Sem terkocoh-kocoh melangkah keluar dari kelas.
“Aku nak brunchlah. Aku tak breakfast pagi tadi. Lagi pun lepas rehat nanti aku ada metting pengawas sampai pukul 12 tengah hari. Takut tertidur pulak kat metting tu sebab kelaparan.” Jawab Sem tergesa-gesa.
Dewi hanya angguk akur lalu kembali mengemas buku rampaiannya yang sedikit bersepah di atas meja. Pen bertaburan di sana-sini. Dia menoleh ke arah Siti di meja sebelah.
“Argh!” Dewi menjerit separa teriak bila Siti memandangnya dengan wajah blurr sambil mengherot-herotkan bibirnya. Seolah menanti sesuatu dari Dewi.
“Terkejut aku. Kau apa hal tengok aku macam tu?” Tanya Dewi hairan sambil mengurut dadanya.
“Kau jangan nak berdalih-dalih ek? Sejam aku tunggu ni.” Kata Siti serius menuntut janji.
“Kau tunggu apa?” Sengaja Dewi berbasa-basi untuk melengahkan lagi perbulan mereka.
“Fasal cerita hantu yang kau kata nak cerita pada aku pagi tadilah. Kau jangan kata time balik nanti pulak kau nak cerita?” Jelas Siti serius sahaja mukanya.
“Kalau macam tu… time balik nantilah aku cerita ye?” Makin galak Dewi mengusik.
“Kenapa kau tak cakap minggu depan ke? Tahun depan ke?” Rungut Siti bengang sambil melarikan pandangan ke tempat lain sambil memonyokkan mukanya. Bengang perasaannya ketika ini terhadap Dewi.
“Kalau macam tu… tahun depanlah aku ceritakan pada aku.” Dewi masih mahu mengusik kawan baiknya itu.
“Suka hati kaulah.” Siti bengang.
Dewi tersenyum sendiri melihat gelagat kawan baiknya itu. Buruk benar muka Siti bila merajuk.
“Okeylah aku cerita…” Dewi mula mengatur ayat untuk memulakan ceritanya.
“Malam tadi, suara tu muncul lagi…” Dewi menjeling pada Siti. Siti masih menonongkan wajahnya seolah tidak berminat untuk mendengar ceritanya.
“Suara tu bukan sahaja panggil nama aku… tapi dia panggil nama orang lain juga.” Sambung Dewi lagi. Sengaja dia bercerita dengan nada suara perlahan. Dia ingin melihat riaksi seterusnya dari Siti bila mendengar ceritanya itu.
“Dia panggil nama siapa selain nama kau?” Tanya Siti cemas secara tiba-tiba.
Dewi tertawa kecil.
“Ingatkan kau dah tak nak dengar cerita aku.”
“Kau ni… dalam kes macam ni pun kau masih nak bergurau?” Rajuk Siti benci.
“Okeylah, aku cerita. Kau pun dengarlah. Jangan asyik nak merajuk je.”
“Yelah aku dengarlah ni.”
“Suara tu ganggu aku lagi. Aku nampak ada bayang lain di dalam cermin solek aku. Bayang tu tersengih sinis pada aku malam tadi.” Jelas Dewi serius.
Siti tiba-tiba tergelak.
“Kenapa kau gelak?” Tanya Dewi hairan.
“Dah kau tersengih sinis depan cermin tu. Mestilah bayang tu pun sengih sinis pada kau balik.” Jelas Siti sambil terkekeh-kekeh tergelak.
Dewi merungut. Inilah yang dia tidak suka jika bercerita dengan Siti. Tidak pernah Sti mencuba untuk mempercayai ceritanya. Hilang moodnya untuk bercerita.
“Masalahnya, bayang tu bukan bayang aku. Bayang orang lain.” Sangkal Dewi bengang bila Siti terus terkekeh-kekeh mentertawakannya.
Tawaan Siti tiba-tiba terhenti bila melihat dewi mula bengang.
“Dah tu, bayang siapa yang kau nampak kat dalam cermin tu?” Tanya Siti hairan.
“Bayang seorang perempuan. Garang wajah perempuan tu.”
“Kau kenal perempuan tu?”
“Tak.” Sepatah Dewi menjawab.
Siti semakin di belenggu kehairanan.
“Aku rasa, rumah aku tu ada penunggunyalah Siti.” Keluh Dewi seolah ketakutkan.
“Apa kata kau jumpa bomoh atau pawang je… manalah tahu banglo kau tu memang berpenunggu?” Siti hanya mencadang.
Dewi hanya mengeluh. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Ibunya sendiri tidak mempercayai apa yang telah dia alami malam tadi. Dia tidak mahu di anggap gila atau disangka tertekan.
“Aku cerita pada ibu aku. Tapi… dia tak percayakan cerita akulah.” Keluh Dewi berat.
“Dah tu, apa kau nak buat sekarang? Sanggup ke kau asyik di ganggu suara tu tiap-tiap malam?” Tanya Siti simpati.
Dewi beria menggeleng dalam kegelisahan.

Novel Ini akan berada di pasaran dalam masa terdekat. Insyallah akan berada di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Cermin 18”
  1. epy_elina87 says:

    hohhohoho….
    hrp2 hasrul dpt mbaatu dewi sblum smuanya trlmbt…
    kcian dewi….
    mak dewi pun xpcaya…
    best2x…..

  2. Liani says:

    yer ke nk dbuku kn?bleh beli online tk?inform tau…tk sabar nk bca smpi habis…best giler…

  3. ummi says:

    bla novel nie nk ad kt pasaran..
    xsbar nk nk bli.. :mrgreen:

  4. nieza says:

    tak sabar tunggu novel nie kat pasaran…

  5. beela says:

    beela slalu bce malam2..kdang2 meremang blu roma dibuatnya..

  6. liena jasni says:

    under publisher mane novel n bakal dkeluarkn?
    nnt sng nk cri….
    mmg menarik citer n…
    xsbr nk taw kesudahannya…

  7. Muzri says:

    Pada tahun ini penulisan2u berkerjasama dengan kaki novel dan Fajar Pakeer.

    Untuk Novel ni. Under Fajar Pakeer.

  8. liena jasni says:

    thanks 4 ur information :razz:

  9. bee90 says:

    memang menyampah la kt siti nie.. :x :twisted: :|

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k