Novel : Cintamu Segalanya Bagiku prolog

15 March 2010  
Kategori: Novel

377 bacaan 8 ulasan

Oleh : Eisyah Sha

26 Jun 2014…
Angin bersepoi-sepoi bahasa dirasakan amat nyaman menampar-nampar pipinya. Aisha memeluk tubuhnya yang kesejukan di balkoni hotel. Memikirkan kata-kata ibunya yang pernah singgah di telinganya dahulu. Sewaktu dia dahulunya sering dibuli. Kata-kata yang sering dipegang ke mana jua dia pergi.
“Tiada siapa pun yang Allah jadikan sempurna di dalam dunia ni Sha. Semuanya ada kelemahan masing-masing. Macam anak ibu ni, walaupun badan Sha, Allah jadikan gemuk tapi ibu tahu anak ibu ini mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang. Setiap benda yang berlaku itu ada hikmahnya Sha. Ingat pesan ibu ini. Jangan peduli apa yang orang mahu kata.”

“Ha!” Sergah seseorang dari belakang. Pantas Aisha menoleh dan menutup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Tiba-tiba terasa ada tangan memeluk pinggangnya dan kedengaran suara garau seorang lelaki ketawa berdekah-dekah.

“Sayang ni…ni abang lah… Tu lah, termenung sampai tembus dinding hotel sebelah tu. Apa yang sayang fikirkan hm? Hari ini kan ulangtahun kedua perkahwinan kita. Sayang tak mahu ke mana-mana ke? Semalam kita dah jalan sekeliling Cameron Highland ni, hari ni sayang nak ke mana?”

Pantas Aisha memukul manja bahu suaminya. Ya, itu suaminya yang dinikahi dua tahun yang lalu. Suami yang amat dicintai sepenuh hati. Aisha menarik muka masam. “Abang ni, selalu buat Sha macam ni tau. Kalau Sha ada sakit jantung, dah lama Sha…”

Pantas jari Zakrie Iskandar menekup mulut isterinya. Tidak suka isterinya berkata begitu. Kepalanya digeleng beberapa kali tanda dia benci setiap patah yang diluahkan Aisha dalam ayat terakhirnya. Biarlah mereka bersama selamanya, itu doanya siang dan malam. “Jangan cakap macam tu sayang. Abang tak suka. Abang sayangkan Sha. Jangan sesekali tinggalkan abang, sayang. Abang tak mampu bernafas kalau Sha tak ada di sisi abang. You’re my life, my soul, you are everything to me.”

Aisha dapat mendengar getar dalam suara itu. Setiap patah perkataan yang lahir daripada bibir suaminya itu juga doanya tiap waktu. Dia tahu suaminya ikhlas. Walaupun pada permulaan perkahwinan mereka dia tidak dihargai tetapi kini dirinya disayangi sepenuhnya oleh insan bernama Zakrie Iskandar. Pelukan di pinggang suaminya dieratkan.
Tubuh montel Aisha dirangkul penuh kasih sayang yang menggebu. Dia sangat sayangkan isterinya. Sewaktu awal perkahwinan mereka dahulu, Aisha tidak dilayan seperti seorang isteri. Namun kesalnya menggunung apabila sesuatu terjadi antara mereka dan sedari itu dia yakin bahawa hanya Aisha adalah satu-satunya insan yang akan menemaninya tidurnya sepanjang hayat.
Niat nakal mula bermain-main di mindanya. Zakrie Iskandar menarik tangan isterinya menuju ke katil. Didudukkan isterinya perlahan di atas katil sambil kaki Aisha dilunjurkan. Aisha hairan dengan tingkah suaminya. “Abang nak buat apa ni?”

Pantas Zakrie Iskandar merebahkan kepalanya di peha Aisha. Aisha hanya menggeleng melihat telatah nakal suaminya itu. Mengalahkan budak-budak! Getus hati kecil Aisha. Perlahan tangannya membelai lembut rambut Zakrie Iskandar. Sayang pada suaminya itu mencurah-curah. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cintanya dia kepada suaminya itu.

“Sayang, abang nak tahulah macam mana kehidupan sayang sebelum sayang kenal abang, boleh tak? Yelah, kita tak kenal, tahu-tahu terus kahwin. Ceritalah…” Pinta suaminya.

“Abang nak tahu pasal apa? Hidup Sha tak ada yang seronok pun. Boyfriend tak ada, apa pun tak ada. Lain lah macam orang tu. Awek cun meletup, duit berkepuk-kepuk, lepas tu, sombong bukan main, tak nak perempuan gemuk konon. Sekarang ni, siapa yang gilakan siapa?” Ujar Aisha diiringi ketawa.
Terasa hati Zakrie Iskandar apabila isterinya itu mengungkit kembali kisah lamanya. Wajahnya dipaling ke arah lain. Aisha yang melihat wajah suaminya berubah mula rasa bersalah. “Abang, maafkan Sha. Sha tak ada niat nak lukakan hati abang. Maafkan Sha.”

Zakrie Iskandar masih lagi membisu sedang perasaan sebak sudah mula menyelubungi jiwa Aisha. Kelopak matanya sudah mula berair. Dalam masa beberapa detik, titik-titik jernih mula membasahi pipi gebu miliknya.
Kedengaran bunyi esakan halus menampar gegendang telinga Zakrie Iskandar. Lantas, wajahnya menatap wajah isterinya. Dilihatnya Aisha sedang mengelap air mata. Zakrie Iskandar bangkit dari pembaringannya dan pantas jari-jemarinya mengesat air mata yang sudah menodai pipi isteri kesayangannya itu. “Jangan menangis sayang. I can’t bear watching your tears. Please, stop crying honey. I am sorry.”

Esakan Aisha sudah beransur perlahan. “Sha minta maaf abang. Maafkan Sha.” Tangan suaminya diraih dan dikucup berkali-kali. Rasa bersalah menggunung apabila suaminya terasa dengan kata-katanya.
Zakrie Iskandar hanya menggeleng melihat kelakuan isterinya. Aisha memang seorang isteri yang baik, seorang yang mudah meminta maaf jika dia tahu dia yang bersalah. Disebabkan itulah kasih dan sayangnya tertumpah sepenuhnya kepada wanita bernama Aisha Aleesha. Kepalanya kembali direbahkan ke peha Aisha. Ingin menumpang manja seadanya. Diusap perlahan tangan Aisha yang membelai rambutnya tadi.

“Dahlah sayang. Abang tak nak tengok isteri kesayangan abang ni menitiskan air mata lagi. Cukuplah sayang. Cepat, abang nak dengar apa yang isteri kesayangan abang ni buat sebelum kahwin dengan abang. Cepatlah sayang…”

Aisha mengesat pipi yang sudah basah dengan belakang tangannya. Tangannya kembali rambut suaminya yang sangat manja itu. “Yelah, Sha akan cerita bermula daripada saat cinta pertama Sha mula berputik…”

**P/S:: saya penulis baru. dah lama dah tulis novel ni tp terbuang sbb laptop rosak. harap2 pembaca berpuas hati. Jgan lupa komen! =)


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Cintamu Segalanya Bagiku prolog”
  1. syathirah says:

    sweetnye zakrie.. :grin:
    bezla cite nie..
    cpt aw smbgnnye..dh xsbr dh nie.. :smile: :grin: :razz:

  2. Siti Soleha Yahaya says:

    Tahniah Eisyah….w/pun baru dlm penulisan tp gaya penceritaan sangat bagus. Tahniah3….

  3. eisyah says:

    thanks pd smua yg komen…insya Allah… bab 1 akan msok mggu hdpan. masih lg dalam editing.. klo nak tgok tempat len leh g http://eisyah-sha.blogspot.com/

  4. aisyah says:

    prmulaan cerita yg best..
    bagus2..

  5. syahira says:

    permlaan yg bagus n bess..
    thumb up! ;-)

  6. yani says:

    walaupun baru pertamakali tapi best.good luck nex episod.

  7. sha ibrahim says:

    salam..citer mcm ni la best..prmulaan saja dh tarik pmbaca utk tahu kisah yg seterusnya….hehehehe…suka citer ni….tahniah pd penulis…best2 kan lagi utk episod seterusnya….

  8. Eisyah Sha says:

    thanks all..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k