Novel : Demi Cinta Meraih Jannah 1

15 March 2010  
Kategori: Novel

5,108 bacaan 3 ulasan

Oleh : HambaTuhan

1.

Cahaya mentari menyengat di luar menambah kehangatan kulit yang tidak beralas.Pancaran cahaya yang memancar-mancar itu menembusi ruangan tingkap yang terbuka lalu menembus ke dalam menyebabkan beberapa mata mulai menyilau.Sesekali tangan mereka diangkat untuk menghalang silauan yang mengenai mata.Namun mereka masih di situ untuk meneruskan niat,belajar sampai habis.Seorang ustaz muda keluar dari bahagian dapur beberapa ketika kemudian sambil menuju ke arah sekumpulan anak muridnya yang masih muda-muda yang semestinya sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.Ustaz lingkungan 20-an itu mengambil tempat lalu duduk menghadap muka anak-anak muridnya sambil memerhatikan helaian di mana mereka berhenti membaca tadi.Wajahnya serius.

“Syafiq,tolong tutupkan tirai,kesian kawan kamu kena panas.”Arah Ustaz muda yang bernama Aliff Fahmi itu.Tanpa suara dan bantahan,anak didiknya,Syafiq yang baru berusia lapan tahun bangun menuju ke birai tingkap lalu menarik tali untuk menutup tirai supaya tidak kesilauan.

“Terima kasih.Ok sekarang,sebelum kita sambung balik,ustaz nak tanya,siapa boleh beri maksud hukum Mad Wajib Muttasil?”Serentak diajukan soalan itu,berpusu-pusu anak murid ustaz muda itu mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diberikan.Ternyata mereka memahami apa yang diajarkan oleh Ustaz mereka itu selama ini.Itu sudah menjadi satu kepuasan bagi Aliff Fahmi,ustaz juga bilal masjid di kampung Tun Razak itu.

“Nanti,nanti,jangan berebut,ustaz bilang satu sampai tiga,siapa angkat tangan dulu,dia jawab,ok,satu,dua,tiga.”Sekali lagi mereka berpusu-pusu mengangkat tangan untuk menjawab,Aliff Fahmi tersenyum,membuat pilihan.

“Ok,ustaz nampak,Najwa yang bersungguh-sungguh angkat tangan dulu,ok,cuba Najwa bagitahu kawan-kawan,apa maksud Mad Wajib Muttasil?”Seraya anak didiknya yang berusia sepuluh tahun itu bangun,walaupun baru mentah usianya,dia sudah mampu menghafal beberapa hukum tajwid yang kadang-kadang orang tua sendiri tidak pernah mendengarnya,ini semua berkat daripada ustaz muda itu yang telah mengajarnya tajwid dan mengaji Al-Quran walaupun belum genap setahun ustaz itu mengajar.

“Mad Wajib Muttasil tu ialah berhimpun huruf mad dan hamzah dalam satu kalimah,ustaz.”Najwa menjawab soalan dengan gayanya tersendiri.Kanak-kanak itu kemudiannya tersengih.

“Urmm…kawan-kawan yang lain setuju tak?”Aliff Fahmi menduga anak didiknya.Serentak mereka mengiakan.

“Betul,Ustaz.”

“Alhamdulillah,tahniah kepada Najwa.Ok,sekarang kita sambung balik bacaan yang tertangguh tadi.Mari kita bismillah semula.”Suara kanak-kanak mengalunkan beberapa buah surah menggemakan ruang tamu rumah kampung itu,tajwid dan kefasahan mereka diperhatikan oleh Aliff Fahmi dengan teliti sekali.Ternyata mereka senang hati apabila ustaz muda itu yang mendidik mereka dalam ilmu tajwid dan Al-Quran ini,selain cara ustaz muda itu mengajar tidak menggunakan rotan,malahan dengan cara yang lembut dan menghiburkan membuatkan anak-anak didiknya tidak pernah membantah dan mengeluh,kanak-kanak tidak boleh dilayan dengan kekasaran,malah berlembut dengan mereka,sudah pasti mereka juga akan berlembut.Di pangkin luar rumah,seorang wanita bertudung biru muda duduk di situ sambil matanya tidak lari dari memerhatikan ke arah pintu rumah yang ternganga menampakkan Aliff Fahmi dan anak-anak muridnya sedang mengadakan sesi mengaji mereka.Sesekali dia tersenyum.Kedua belah tangannya memaut erat bekas makanan bertingkat yang tersimpan lauk yang dibawanya.Dia menunggu hingga sesi pembelajaran itu selesai,walau sesekali peluh mula menitis di dahi licinnya dek terkena panas yang menyambar kulit.

Beberapa minit kemudian,sesi pembelajaran Al-Quran bersama ustaz muda itu selesai,semua anak murid ustaz itu serentak memberi salam dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan guru mereka itu.

“Assalamualaikum,ustaz!”

“Waalaikumussalam,jangan lupa baca Al-Quran kat rumah.”Anak-anak didik Aliff Fahmi beransur pergi,dia menghela nafas lega melihatkan anak muridnya mampu menerima caranya mengajar,dia menjengah pula wajahnya ke arah pangkin di luar rumahnya itu.Wanita yang bertudung biru yang sedari tadi duduk di situ bangun menyedari Aliff Fahmi telah terperasankan dirinya di situ,dia berjalan menghampiri pemuda itu.

“Assalamualaikum,bang.”Sapa wanita bertudung biru itu lembut,dia melemparkan senyumannya ke arah ustaz itu yang juga tunangannya dengan senyuman yang manis sekali.

“Waalaikumussalam,Ima.”Aliff Fahmi membalas salam dan senyuman tunangannya itu,tetapi dia tidak berani bertaut mata,terutama sekali dengan wanita!Entahlah,mungkin itu kelemahan ustaz muda itu agaknya.

“Bang,Ima ada bawakkan nasi dengan lauk untuk abang dengan kakak abang ni.Abang terimalah yek.”Wanita yang bernama Caylie Isma Rouette yang berketurunan Perancis itu menghulurkan bekas makanan bertingkat itu kepada Aliff Fahmi,dia tersenyum.

“Ya Allah,susah-susah aje Ima bawakkan semua ni,Ima yang masak ke?”

“A’ah,Ima yang masak,bang.Saja aje nak cuba masak sendiri,nak tahu sedap ke tak.”

“Patutlah abang bau sedap aje dari dalam rumah tadi.Ima yang masak rupanya.”Aliff Fahmi mengusik.

“Alah,ada-ada ajelah abang ni!Takkanlah sampai dalam rumah boleh berbau!”

“Hehehe…betul,kalau baunya dah macam ni,mesti sedap kan?”

“Entahlah,bang.Ima tak rasa lagi,saja nak abang jadi orang pertama yang rasa.Beri penghormatan sikit kepada orang yang Ima cinta dan sayang ni.”

“Kenapa tak suruh mak Ima rasa dulu?Selagi Ima belum kahwin dengan abang,selagi tu Ima kena letak cinta dan sayang Ima yang utama tu kepada mak Ima.”

“Mak tak ada rumah,bang.Pergi kenduri kat kampung sebelah,bilalah dia nak balik agaknya,alamat tak berusiklah lauk Ima ni.”

“Hmmm..yelah,yelah,Ima.Terima kasih,ya.”

“Sama-sama,bang.Kakak abang ada rumah?”

“Kakak ada,kat dapur tengah memasak.Wah,banyaknya rezeki hari ni,Alhamdulillah.”

“Syukurlah kalau macam tu.Kalau tak ada apa-apa Ima baliklah dulu,ya.Tak elok kalau orang kampung nampak.Kirim salam kat kakak abang ye.”

“Insyaallah,Ima.Kirim salam kat mak Ima sekali.”

“Assalamualaikum,bang.”

“Waalaikumussalam.”Tunangannya Aliff Fahmi yang berwajah barat yang berketurunan Perancis itu berlalu pergi.Aliff Fahmi sekali lagi tersenyum sambil melihat-lihat bekas makanan yang dihulurkan oleh tunangannya tadi itu.Beberapa kali dia mengucapkan syukur di dalam hati,masih ada lagi insan yang mengambil berat tentang dirinya dan kakaknya yang sudah lama menjadi yatim piatu.Untung dia mempunyai tunangan yang baik hati,kuat agama dan prihatin seperti Ima.Aliff Fahmi menuju ke dalam rumahnya semula lalu mengorak langkah ke dapur.Aroma kuah kari menusuk ke dalam hidungnya bertingkah dengan bunyi senduk yang sedang mengcau kuah kari yang sedang dimasak oleh kakaknya Aliff Fahmi yang berusia awal tiga puluh tahun itu.Aliff Fahmi lantas menghampiri kakaknya itu.

“Ummm…sedapnya bau,kak.”Pujinya.Kakak Aliff Fahmi yang lebih mesra dipanggil Kak Ros itu tersenyum mendengar pujian dari adik kandungnya-satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal kini.

“Hmmm…biasa-biasa aje.Bukannya kau tak pernah makan.”

“Saya tak tipulah kak.Walau dah banyak kali makan masakan akak,saya tak pernah boringlah.Akak punya masak memang best.”

“Memanglah kau cakap best.Dah akak je yang kena masak untuk kau,siapa lagi yang jaga kau sekarang ini kalau bukan akak.”

“Saya nak pindah akak tak bagi.”

“Liff,kau aje ahli keluarga yang tinggal sekarang ni.Kita tak ada mak-bapak saudara,mak ayah pun dah lama tak ada,siapa lagi akak nak tumpangkan kasih?Akak ikhlas jaga kau sebagai adik kandung akak,Liff.Itu memang tanggungjawab akak.”Kak Ros berhenti mengacau kuah,dia berdiri menghadap Aliff Fahmi sambil mengutarakan hujahnya.Aliff Fahmi terdiam.

“Akak tak nak kahwin ke?Sampai bila akak nak jaga Aliff macam ni?Aliff dah besar kak,kakak pun ada hak untuk aturkan hidup akak.Aliff tak mahu jadi penghalang untuk akak meneruskan hidup macam orang lain.”Kak Ros tersenyum mendengar hujahan si adik kandungnya pula.Dia mengacau semula kuah kari yang sedang hangat di atas dapur.Kalau boleh,dia tidak mahu lagi mengulangi kisah cintanya.Serik.

“Aliff,kalau boleh akak nak lepaskan kau dulu,bila kau dah selesai,barulah akak lega nak aturkan hidup akak sendiri.Kalau kau dah kahwin dengan Ima nanti,Insyaallah jodoh akak tak ke mana.Lagipun,akak masih tawar hati lagi.Dahlah,kakak tak suka nak bincang pasal ni,berat pulak kepala nanti,ha,apa yang kat tangan kau tu?”Kak Ros mengubah topik,dia tidak kuasa membincangkan hal ini lagi,dia menyoroti mulutnya ke arah bekas makanan yang masih dijinjit oleh Aliff Fahmi yang diam di sebelahnya itu.Dia tidak tahu hendak berkata apa.Kakaknya masih dengan pendiriannya.

“Oh,ni,Ima datang tadi,dia kasi lauk kat kita.Katanya masak sendiri,nak suruh kita rasa dulu.Dia kirim salam kat akak.”

“Waalaikumussalam.Urmmm…kalau Ima dah pandai masak,maknanya tak lama lagilah.”

“Apa yang tak lama lagi kak?”Aliff Fahmi mengangkat sebelah keningnya ingin mengetahui apa yang dimaksudkan oleh kakaknya itu.

“Iyalah,kalau Ima tu dah pandai masak,maknanya dia dah boleh jadi bini orang!Akak tak mau tunggu lama-lama.Kalau boleh akak nak kau orang nikah secepat mungkin,baru akak lega sikit.”Aliff Fahmi tergelak kecil.Rasanya dia masih belum bersedia untuk berkahwin,kerana dia ingin menunaikan satu hasratnya dahulu.

“Rasanya tak bolehlah kak kalau dalam masa terdekat ni..”

“Apasal tak boleh?”

“Aliff ingat nak sambung belajarlah,kak,nak ambik MA.Aliff nak sambung ke Mesir.”Aliff Fahmi tunduk menyatakan hasratnya itu sambil meletakkan bekas makanan yang dijinjitnya sedari tadi ke meja di sebelahnya.Kak Ros menghela nafas kecil.Dia berfikiran seketika.

“Akak bukan tak bagi kau sambung belajar lagi,Liff.Tapi kalau boleh kau bernikahlah dengan Ima tu dulu,lepastu suka hati kaulah nak buat apa yang kau nak.Akak tak setuju kau orang nak bertunang lama-lama,tak elok kata orang.”Kak Ros mengerutkan dahi menyatakan ketidaksetujuannya.Aliff Fahmi mengeluh kecil.Dia sudah menjangkakan yang kakaknya itu memang tidak setuju dengan hasratnya itu.

“Kak,Aliff cuma nak sambung belajar aje kak.Kalau Aliff nikah sekarang,nanti Aliff kena tinggalkan Ima kat sini,kesian kat Ima kalau Aliff tak ada.Kalau Aliff sambung belajar dulu,balik baru nikah,lagi elok kak,tak adalah Ima merana kat sini.”Aliff Fahmi mencari alasan untuk membuatkan kakaknya itu berlembut hati untuk melepaskannya menyambung pelajaran.

“Tak Aliff.Apa-apa pun akak nak kau orang nikah dulu.Kau jamin ke Ima sanggup tunggu kau lama-lama kat sini?Jangan kau gigit jari bila kau balik sini nanti,kita tak tentu pasal soal ni,sebab tu akak nak kau orang bernikah cepat-cepat.”

“Akak,ada jodoh,Insyaallah tak kemana.”

“Jangan cakap aje ada jodoh,kau sendiri kena usaha supaya peluang tu tak lari,Liff.”

Kak Ros menyudahi kata-katanya.Aliff Fahmi tidak mampu berkata-kata lagi.Hatinya semakin memberontak untuk ditunaikan hajat yang terbuku di hati!

“Kau tak pergi masjid,Liff?”

“Insyaallah,lepas ni pergilah.Ada kelas dengan orang dewasa pulak.”

Kak Ros mengangguk.Keadaan membisu.

Matanya melilau ke sekeliling ruangan solat di dalam masjid itu.Nampaknya,seorang ‘anak’ muridnya pun belum nampak batang hidung lagi.Aliff Fahmi tersenyum.Mungkin mereka semua ada hal.Sekejap lagi,sampailah tu.Ujarnya sekadar menyedapkan hati.

Mengadakan kelas untuk orang dewasa ni tak sama dengan kelas mengajar kanak-kanak.Orang dewasa banyak benar alasannya kalau terlambat,tak hadir.Kadang-kadang kalau nasib baik,adalah lima enam orang yang hadir.Kakinya melangkah ke dalam lagi.Membuka suis kipas di bahagian hadapan saf pertama.Dia menuju pula ke rak tersusunnya kitab-kitab di sebuah penjuru di dalam ruangan solat itu,lalu mencapai rehal dan mashaf Al-Quran.Di hadapan mimbar,dia bersila,membuka lipatan rehal dan membuka mashaf Al-Quran dengan penuh tertib.

Arrahman..

‘Allamal Quraan..

Suara pemuda itu memenuhi ruangan solat.Keadaan sekeliling sunyi membuatkan hatinya semakin ‘khusyuk’ mengalunkan bacaan dengan lenggoknya tersendiri.Burung-burung di luar berkicau-kicauan seakan-akan mengalu-alukan bacaannya.Di sebalik pintu,ada mata yang memerhati dirinya tanpa dia sedari.Wanita itu tersenyum lebar.Kedua belah telapak tangannya diletakkan di dada menggambarkan betapa sukanya dia asyik melihat lelaki itu dari balik pintu.Suara lelaki itu cukup menggetarkan jiwanya…cukup membuat hatinya tenang dengan alunan merdunya…Ah!

Indahnya kalam yang dialunkan jika disertai Bayati,Hijjaz,Sikah,Jiharkah…Lebih indah lagi dibacakan oleh seorang yang mengerti akan setiap bait pengertiannya..juga lebih cantik lagi jika dibacakan oleh orang yang tahu menghargai-nya sebagai mukjizat maknawi-kalam tuhan…

Segala-galanya indah!

Beruntungnya gadis yang mendapatkan pemuda itu.Sungguh beruntung.Wanita itu amat yakin yang pemuda itu mampu menjadi nakhoda yang baik untuk melayarkan ‘kapal’nya.

Tetapi,bukan semua orang berpeluang…

Memang mustahil dia akan meraih cinta pemuda itu…

Tapi,berilah dia peluang menghayati dari jauh saja cinta itu,biarlah dia pendam sendiri.Lagipun,Aliff Fahmi tidak pernah layak untuknya…

“Anis,buat apa ni?!”Wanita itu tersentak!Alunan dari ruangan solat juga terhenti.

Wanita itu kaget,wajahnya bertukar pucat lesi tak berdarah!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Demi Cinta Meraih Jannah 1”
  1. Ahmad muaz mohd iszeham says:

    best..tapi ada sedikit yang perlu diperbaiki..tapi jangan saya kata anda perlu memperbaiki anda putus asa..teruskan lagi..saya yakin jikalau kita berusha dengan bersungguh sungguh mesti berjaya..tapi macam mana pun saya ucapkan good..

  2. i m sleepy says:

    rse cam best..
    keep it up :)

  3. layla says:

    best, cpat lr smbung.. :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"