Novel : Dr.Cinta 17

18 March 2010  
Kategori: Novel

16,098 bacaan 31 ulasan

Oleh : dyadila @ dia adila

Keluarga Haji Nordin sibuk dengan persiapan-persiapan terakhir majlis antara Dr.Johan dan Dr. Azlin. Terdengar di telinga pujian melambung jiran-jiran tentang tuah Haji Nordin dan Puan Maznah.

“bertuahnya badan kau Nah…seorang dapat Tengku seorang lagi dapat dato…Ya Allah kalau aku bahagianya…” kedengaran suara volume 45 mak Jenap. Macam biasalah wartawan tak diiktiraf sijilnya. Persis gelang sampai kat lengan. Haiii mami jarum alahai mami jarum menyampai cerita cepat dari berita. Stop dah hishh sempat nyanyi plak orang tengah sibuk ni.

Mazliana membantu menyiapkan persiapan di bilik pengantin yang bertemakan warna emas. Eiiii pleaselah…warna emas, ini yang ke sertus satu kali dia membantah warna pilihan pengantin tu. Jawapan Kak Lin senang je.. ada aku kisah!!..

“kak Lin ni buta warna ke apa? Warna emas.. tak cantik langsung, cuba fikir warna ke arah kesejahteraan sikit, ni nampak sangat kebendaan” bebel Mazliana. Azlin hanya tersenyum mendengar omelan adik kesayangannya.

“warna banyak makna konon… kalau nak makna sangat pilih je warna hitam… hahhh hitam itukan menawan” perli Mazliana lagi. Azlin tahu Mazliana tak puas hati apabila cadangannya untuk menggunakan warna putih dah merah hati ditolak mentah-mentah tanpa rayuan.

“alaaa kalau kamu nak, nanti kamu kawan kamu buat sendiri. Nak warna warnipun mak long tak kisah”

Aduhh!! Kan dah kena alamak macamana dia ni ada dekat tempat kejadian ni. Hajjah kamariah merupakan kakak sulong dan satu-satunya adik beradik yang mak ada. Dua beradik je. Mengenangkan ayah aku anak tunggal jadi hajjah kamariah dan suami tercita iaitu Haji Hussin adalah satu-satunya Pak long dan mak long yang aku ada.

“ehhh Mak long bila sampai?” ewahhh tukar topik, pura-pura sopan.

“tahun lepas…” gulppp yes!! Terkena lagi. Mak long memang suka tengok cite mr.bean itu sebab kadang-kadang dia suka bergurau. Kononnyalah.

Puan maznah masih tersenyum lebar. Melihat gambar kenangan anak gadisnya yang manis bergaya dimajis pertunangan mereka. Kedatangan Haji Hussin dan Hajjah Kamariah satu-satunya keluarga yang sanggup datang dari jauh membuatkan dia terharu.

“tak sangkakan kak Long..” puan maznah memecah sunyi.

“apa yang penting budak budak ni bahagia Nah, lagipun kalau nak ikutkan aku berkenan sangat dengan menantu-menantu kau tu.. sedap hati ni tengok”

“senang hati saya kak long, nak pergi nantipun tak adalah hati ni tak senang sebab dah ada orang yang tolong tengok-tengokan anak bertuah tu” sempat Puan Maznah mencuit bahu Mazliana yang baring di riba mak longnya. Manja, macam budak umur 3 tahun.

“emmm bertuah betul anak kesayangan Mak Long ni mak mentua pun baik hati” Mazliana tersenyum manis, dia masih baring manja di ribaan mak Long kesayangannya. Tengku Mariam yang duduk di sisi maknya juga tersenyum.

“Maaflah engku, anak dara ni memang manja dengan saya ni.. kalau saya ada macam kucing siam asyik nak melekat je” jelas Hajjah kamariah. Tak mahu wanita itu salah sangka.

“tak apalah hajjah dia nak bermanja”

“tak apalah mak long, kalau mak long nak tahu Mak engku ni adalah salah seorang daripada ibu-ibu yang tersenarai sebagai ibu penyanyang tahu tak..kata omputihnya A good mother” puji Mazliana. Bukan bodek tapi ikhlas dari hati.

Memang sejak kecil lagi Mazliana rapat dengan Mak Long dan Pak longnya, tambah-tambah lagi Haji Hussin dan Hajjah Kamariah memang tak dikurniakan anak. Jadi Mazliana menjadi tempat mereka mencurahkan kasih sayang. Puan maznah hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya.

“hishhh budak ni..mestilah Mak tu risau…macamlah Mak Long tak kenal siapa Maz tu. Semua yang ada dalam kepala kamu tu ada dalam poket mak long tahu tak” mazliana tak jadi melangkah dia kembali berpaling.

“hah?? Kalau ada dalam poket mak long nak tengok-nak tengok” mazliana meluru kembali ke arah hajjah Kamariah. Tubuh tua itu dipeluk erat. Dia berpura-pura ingin melihat sesuatu pada Mak Longnya.

Puan Maznah tersenyum mendengar latah Kak Longnya, ketawa Mazliana kedengaran riang mengusik Mak longnya. Hishhh budak ni bilalah nak berubah, suka sangat mengusik. Rungut Hajjah kamariah lagi.

“apa yang buat maz jatuh hati dengan Tengku Iskandar yang hensem tu?” Mazliana terkedu dengan soalan cepumas Mak longnya. Hahhh inilah soalan yang sepatutnya difikirkan jawapannya sejak dulu

“hah??!! Itu mak long kena tanya dialah sebab bukan Maz yang jatuh cinta pada dia dulu tapi dia yang terpikat dengan anak sayang mak long ni”

Ewahhh banggalah pulak sejak bila pulak bos besar jatuh cinta dengan dia entah. Perasanlah pulak!!. kalaulah tengku Iskandar dengar pengakuan berani mati aku alamat mesti dia terus duduk dalam bilik tak keluar-keluar sebab tak sanggup nak terima kenyataan. Terlakar senyuman nakal di wajahnya. Hishhh jangan merepeklah si Julia hana tu nak campak mana?.. Tengku Mariam hanya tersenyum mendengar jawapan dari mulut gadis itu. Memang dia akui dia senang berada dalam keluarga serba sederhana itu.

“maaflah Kak Engku, budak ni kalau bercakap bukan tengok orang kiri kanan” segan pulak rasanya dia dengan Tengku Mariam yang hanya tersenyum dengan telatah anak gadisnya itu. Manja sangat!!

“tak apalah, sebab dia macam nilah sayapun dah terpaut sayang..” aku Mak engku jujur. Dari pagi tadi dia duduk membantu apa yang patut. Dalam diam juga dia semakin terpikat dengan telatah bakal menantunya itu.

“ni yang sayang Mak engku ni.. muahhh..” satu fly kiss dari jauh dilayankan ke arah bakal mentuanya. Gila laaa… kalau cerita sebenar terbongkar mesti Mak engku kecewa.

“hishhh budak ni ada ke pulak buat macam tu… bertuah punya budak…” Hajjah Kamariah mencubit kuat pipi anak buah kesayangannya. Membiarkan Mazliana menjerit sakit.

Mereka yang ada disitu ketawa sama melihat kelagat dua beranak itu. Azlin yang sibuk ke hulu ke hilir berhenti seketika untuk turut serta dalam keriuhan di ruang tamu itu. Memang kalau tak ada mazliana dalam rumah alamat sunyilah.

Mak engku merapati mazliana yang sedang mencucuk bunga di pasu.”maz, Si Iskandar dengan Zikri ni mana tak sampai-sampai?” Tanya tengku Mariam perlahan. Semalam dia sudah mengingatkan anaknya tentang majlis ini tak mungkin Zikri juga lupa.

“alaa..mak engku jangan bimbanglah tadi dia call Maz dia kata malam-malam sikit dia datang”

“malam apanya, esok dah nak makan besar? Nak kena Si Iskandar ni.. budak Zikri ni pun sorang lagi entah kemana-mana”

“Mak engku, Zikri kan ke bandung..hahhh lupalah tu” Tengku Mariam menepuk dahinya. Macamanalah dia boleh terlupa yang Zikri dan suaminya ke bandung dua hari lepas. Penat dia membebel sendiri memarahi Zikri dalam hati tadi. Tak pasal-pasal anak yang tak bersalah menjadi mangsa.

“habis si Iskandar ni pulak ke mana?” sekali lagi dia bertanya geram.

Mazliana hanya tersenyum. Perlu ke dia bagi maklumat dimana bos besarnya berada? Mungkin sekarang ni bos besar masih lagi di hospital menemani kekasih hatinya yang sedang sakit. Sesak juga nafasnya bila soalan demi persoalan menerjah masuk ke hatinya. Baik dia diam!!. \

“Mak engku jangan risaulah, nanti dia datanglah tu. mungkin sekarang ni dia sibuk..tak apa nanti Maz call ingatkan dia balik” . Melihat wanita itu mengangguk dia melepaskan nafas lega.

“ehhh mana pak long dengan ayah ni tak balik-balik lagi” bisik mazliana apabila puan maznah melintas di hadapannya.

“kenapa?”

“adalah…ni hal orang laki, mak mana boleh tahu” ketawa Mazliana bertambah kuat. Saja nak kenakan mak.

Dia menjerit sakit apabila Puan Maznah melayangkan satu cubitan berbisa di lengannya. Mak oiikkk berbekas tu. Sakit giler…

Mazliana tersenyum mendengar perbualan rancak Puan maznah, hajjah Kamariah dan Mak engku bersama jiran tetangga yang memenuhi ruang dapur.. Wajah Mak tambah berseri apabila Mak long menceritakan pengalamannya semasa mengerjakan haji. Jelas mak tak sabar menunggu gilirannya. Sesekali Mazliana mencelah apabila namanya dikaitkan.

Puan Maznah dan Haji Nordin akan mengerjakan haji tahun ni. Bagi Haji Nordin ini adalah pengalaman keduanya tapi bagi Puan Maznah peluang inilah yang paling ditunggu-tunggu. Kalau dulu hanya suaminya yang berpeluang tapi sekarang tibalah Rezekinya menunaikan rukun Islam kelima itu.

“mesti bosan bila mak dengan ayah tak ada”

“itulah Mak Long suruh ikut balik kampung tak nak”

“alaaa….bukan tak nak , tapi banyak benda Maz kena buat dekat sini”

“emmm yalah tu mak rasa kerja anak mak ni menyukat jalan dekat Kuala Lumpur” puan Maznah mengusik anaknya lagi.

“nanti tak takut ke tinggal dekat rumah sorang-sorang?” Tanya mak longnya. Saja nak buat drama seram arr tu.

“kak engku ni dah sibuk suruh dia tinggal dengan mereka, pening juga kepala bila fikir cara kak engku layan anak manja saya ni. Tapi tak rasa terkilanlah kalau saya dah tak ada nanti ada jugaklah mentua yang sayangkan dia” Mazliana pantas bangun. Wajah puan maznah dipandang tak puas hati.

“kenapa mak cakap macam tu? Tak sukalah macam ni” kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut mak Long dan Mak engku. Walaupun bukan dia yang buat lawak. Memang kali ini wajahnya serius. Dia paling pantang kalau buka cerita pergi tak kembali ni.

“tak apalah Cik Nah, kita akan jaga anak manja awak ni sebaik mungkin awak janganlah risau.. lagipun kalau nak ikutkan memang sikit lagi dia kena duduk dengan kitapun kan..” usik tengku Mariam. Mazliana tiba-tiba terasa malu. Hishhh alamak merah arr plak muka.

“elehhh malu tapi mahu” sempat Azlin mengusik adiknya. Sekali lagi ruang dapur riuh dengan gelak tawa.

Keriuhan suara Mak Longnya kedengaran di ruang dapur. Bunyinya seakan mengarahkan sesuatu. Memang tak menjadi masalah bagi Mak Long untuk mengendalikan majlis mengenangkan Mak Long adalah pengerusi Majlis gotong royong kampung lumut. Memang bestlah mak long..

Mazliana meninggalkan hiasan sirih junjung yang dibuat apabila mendengar jeritan Azlin dari bilik. Jelas memekakkan anak telinga orang yang berada di situ. Apalah masalah pengantin terjerit-jerit ni.. hishh buat malu orang kampong je..

“nak apa terjerit-jerit macam tarzan ni.. awak tu nak jadi raja sehari cuba control ayu sikit” sound direct Mazliana kepada kakak kesayangannya. Walaupun ada rasa sedih sebab mazlinda masih tak boleh balik meraikan bersama di sebabkan tanggungjawab beratnya sebagai pelajar tapi keriuhan Mazliana mengubat segalanya.

“tengok ni siapa?” skrin komputer riba milik Azlin dipandang.

Dilihat Mazlinda melambai-lambaikan tangannya dan tanda peace, bajet muka comel. Web cam dibesarkan menjadi full skrin. Menjelajah dunia tanpa sempadan sekejap.

” seronoknya….nak balikkk!!!!” jerit suara yang dirindui itu. Wajah di dalam kotak skrin lap top milik Azlin cukup mengubat rasa rindu. Lamanya kak Ida tak balik.

“itulah siapa suruh belajar jauh-jauh kan dah kantoi tak boleh balik?” ada nada sendu di hujung kata-kata mazliana. hahhh rindunya dia pada kakaknya yang sorang ni.

“Kak Lin dah pakai inai??” tanya Mazlinda, suara itu kedengaran sayup-sayup, mungkin kerana jarak atau keadaan line internet yang menganggu.

Azlin mengangkat kedua-dua belah tangannya, jari jemarinya dilayarkan di depan Skrin. Mereka ketawa lagi. Jari orang cacat dah berinai.. usik mazliana sejak semalam. Sejak kecil lagi Azlin selalu mempertikaikan jarinya yang sedikit berisi. Sejak itu Mazliana akan mengusiknya, budak cacat.

“budak sorang tu tak berinai ke kak?” suara di dalam skrin kedengaran lagi.

“emmm bertuahlah kalau si Maz ni nak berinai…dekatpun tak nak Ida… kalau Ida ada mesti ida yang first gatal-gatal nak berinaikan”

Mazliana mencebik. Hahhh ni nak mula kenakan akulah tu. Mentang-mentang dapat bertentang mata secara online nak kecoh pulak.

“mestilahhh” jerit Kak Ida. Senyumnya jelas kelihatan sampai ke telinga. “kak Lin sorry sebab tak dapat balik.. senah rasa hati ni bila kak lin nak kawin Ida tak ada… sory.., mesti banyak kerja nak buat kan..”

Hahh…sudah nak masuk part sedih laa ni.. ni yang malas nak ikut sekali join kumpulah tangkap jiwang ni. Mazliana dapat melihat air mata Kak Linnya sudah menitis.

“hishhh dah arrr ini kan nak sambut hari bahagia, jangan nak sedih-sedih nanti hilang pulak seri pengantin tu” ewahhh sejak bila aku tahu pasal seri menyeri ni entah.

“emmm betul kata budak sorang tu Kak lin.. tiba-tiba je mak cik tu bagi nasihat yang bernas..” usik Kak Ida di hujung talian.

Mazliana menjulir lidah. Sengaja menayangkan muka tak boleh blahnya.

“ok.. my sis, hadiah ida dah pos… hope u like made in London ok.. selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga anak cucu.. nanti ida balik dah ada baby tau” Mazliana ketawa kuat.

Pesanan ikhlas yang melampau. Siap ada baby lagi tu. Jelas kelihatan wajah kak lin berona merah. Mazliana ketawa dalam hati. Kelakar pulak bila tengok muka Kak Linnya.

***

Walaupun secara luarannya aku membantah habis-habisan perkahwinan Jolin..hah tak faham?!. Jolin= johan + Azlin atau dalam kad raja seharinya JO & LIN. Namun bantahan aku tu tak adalah sampai ke hati, aku atas nama mazliana Haji Nordin adalah orang yang paling gembira. Senyuman manis berseri kak Lin sepanjang menghitung hari bahagianya cukup untuk buat hati ini sejuk.

“haiii…” Johan duduk di kerusi kosong yang bertentangan dengan Mazliana, senyuman terlakar di wajah berseri lelaki tu. Maklumlah bakal pengantin baru.

“ehhh…sejak bila pulak pengantin lelaki boleh lepak rumah pegantin perempuan sesuka hati ni?” Tanya Mazliana selamba. Bukan ke orang tua kata tak manis. Hish-hish budak-budak sekarang bukan boleh dengar kata orang tua. Hehe macamlah aku dengar sangat.

“terima kasih..” ucap Johan dalam senyuman. Berkerut dahi Mazliana mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Keningnya diangkat tinggi. Tayang muka blur.

“terima kasih sebab apa pulak?”

“semuanya…terima kasih sebab terima abang dan terima kasih sebab sudi menjadi adik ipar abang..”lembut suara itu masuk ke telinganya.

Mazliana bangun dari kerusi. Matanya masih tepat memandang ke arah lelaki yang baru 8 jam diterima sebagai bakal menjadi abang Iparnya. Itupun selepas menjalani tapisan 7 peringkat. Nasib baik lulus. Ucapan terima kasih yang diucapkan tadi berjaya diproses.

“alaaa No hal arr, sekarang ni apa yang penting kebahagian kak Lin. Kalau dia pilih Dr.johan maknanya ada sesuatu yang istimewa yang ada dalam diri Dr. Johan” Johan tersenyum, dapat merasakan penerimaan adik iparnya itu. “tapi ingat kalau ada sesuatu yang buat kakak kesayangan saya tu menangis di sebabkan Dr.Johan jangan salahkan saya kalau muka hensem Dr.Johan tu termasuk dalam longkang” sambung Mazliana lagi .serius. Johan ketawa kecil, walaupun dia tahu kata-kata Mazliana itu membawa mesej yang mendalam.

“boleh tapi dengan satu syarat” pinta johan perlahan.

Pulak!! Macam bos besarlah pulak nak main syarat segala. “apa pulak syaratnya?” tanya Mazliana tak puas hati.

“Maz kena tinggalkan panggilan Dr.Johan tu…”

“nak tinggalkan dekat mana pulak?” sengaja buat-buat tak faham.

“mana-manalah…gantikan dengan ABANG JOHAN!!” Mazliana ternganga. Abang?!! Tiba-tiba tekaknya loya.. nak muntah!!.

“emmm bolehlah tapi lepas 30 tahun laa…..” Mazliana menjulir lidah, lalu meninggalkan Johan yang masih dalam sisa tawanya. Apa yang kelakar dia sendiri tak tahu.

***

Senyuman tak lekang dari bibir manis itu. Mazliana tersenyum bila melihat pipi kakak kesayangannya dicium manja oleh Puan Maznah dan Hj Nordin. Tiba-tiba saja paru-parunya terasa sayu. Sedihlah pulak!! Hishhh cover Maz..tak akan dah besar nak nangis kot.

“apa yang maz bualkan dengan abang Johan tadi?” tanya Azlin. Elehh risau aku cakap bukan-bukanlah tu.

“tak ada apa.. Maz Cuma bagi tips sikit dengan si Johan tu macamana nak berdepan dengan perempuan yang ada tali pinggang hitam seni gayung ni pada malam pertama..”

Bulat mata azlin mendengar ayat adiknya. Mukanya merah menahan malu. Gila punya adik..ada pulak cakap macam tu, hishhhh buat malu je. Mak Long yang dari tadi menjadi pendengar hanya ketawa kecil. Sempat dia layangkan penampar jepun di bahu Mazliana. Aduhhh pedihh.. apahalnya sejak dua menjak ni asyik makan penampar ni..ahhhh..

“cuba cakap elok-elok dengan kakak tu” Mazliana mencebik mendengar nasihat Mak Longnya. Elehhh macam dia tak tahu yang mak long pun join sekaki kalau bab mengusik kakaknya tu. Bleh pulak buat ayat cover line.

Mak long adalah tulang belakang majlis. kalau tak mesti puan Maznah tak menang tangan. Mana nak uruskan rumah lagi, nak uruskan kenduri kendara. Walaupun kenduri yang dirancang sederhana tapi dapat dirasakan kemeriahan yang bakal terjadi esok. Mesti best punyalah..

Tiba-tiba nokia 3310nya berdering kuat.

“nak kemana tu?”

“hospital” balsnya pendek.

“siapa maz? Siapa pulak yang masuk hospital?”

“emmm kawan Maz mak.. nak pergi tengok kejap”

“nak pergi dengan siapa tu? Suruh pak long hantar..” cadang Mak Longnya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah. Hishh kalau buatnya Pak long tengok Bos besar dekat hospital tak ke kes bertambah panjang.

“tak apalah mak Long, Maz pergi dengan adik maz je..” Mak long tersenyum. Fahamlah dia siapa yang dimaksudkan. Puan Maznah hanya mengeleng perlahan melihat Mazliana yang sudah hilang bersama Taufiq.

“budak ni…suka risaukan hati orang…” Puan Maznah berbisik perlahan.

“dia anak yang baik ” sambut hajah kamariah. Tengku Mariam hanya tersenyum mengiyakan kata-kata yang baru didengar tadi.

Pintu wad d412 ditolak perlahan. Kali ni dah masuk tiga kali dia menjadi pengunjung di sini, sempat jugalah melihat-lihat kawasan hospital yang cantik ni. Maklumlah bukan hospital kerajaan yang selalu pergi tu, tapi hospital yang ada taraf bintang gitu.

Selepas salam diberi dia menolak lembut pintu, bukan sebab dia dah jadi perempuan melayu terakhir tapi tak nak pulak nanti kalau ada pulak pintu hospital yang tercabut. Siapa yang susah dia juga.. mana nak cari duit nak bayar?.

“macamana keadaan kak Hana ok?” tanyanya perlahan tak nak mengejutkan tengku Iskandar yang sudah terlena di sofa yang terletak di hujung tepi bilik. Mesej lelaki itu mengingatkan dia agar membawa bubur ayam McD untuk kekasih hati. Ada pulak awek dia nak makan aku pulak yang kena. Ada ke patut??!!

“ok… alaa lagipun akak bukan sakit apa, Cuma stress je” seyuman manis wajah wanita itu tak pernah lekang dari bibirnya.

Wajah Tengku Iskandar yang masih lena dijeling seketika. Emmm sayang betul bos besar dengan kak hana ni sampai sanggup tidur dalam keadaan tak sempurna macam tu.

“mungkin dia penatlah tu.. sampai tetidur dekat situ” bahasa Julia hana lembut. Aduhh lemah semua sendi aku dengar. Kalaulah Mazliana Haji nordin cakap ala lenggong bahasa macam tu alamatnya kena buat kenduri 7 hari 7 malamlah Haji Nordin.

Emm alamak bos besar tidur macamana nak ingatkan dia pasal esok ni. Kalau esok dia lupa majlis kak Lin alamat kena belasahlah dengan Mak engku. Mazliana cuba memikir cara, kalau nak bagi sms macam tak berkesan ini dah masuk 12 kali dia bagi sms tapi satu balasanpun tak diterima.

“nak akak kejutkan dia?” tanya Julia hana.

“eh tak apalah kak, biarlah dia tidur. Ini bubur yang akak nak.. lepas tu tolong bagi pesanan ni dekat Bos besar ek” Mazliana mencapai pen dan sehelai kertas di hujung meja. Kertas pesanan itu ditinggalkan kepada Julia hana.

Dia tak pasti samaada statusnya sebagai tunang bos besar sudah dimaklumkan kepada julia hana atau belum. Tapi macam belum sebab macam tak ada apa-apa je minah ni nampak aku. Hahh lantaklah..

****

Majlis berjalan lancar, dari pagi senyuman mekar diwajah manis Azlin dan Johan. Malah orang paling gembira kedua ibu bapanya. Sepanjang hari senyuman berona si wajah. Dia tersenyum bahagia.

Taufiq dan adik-adiknya juga rajin membantu, tak apa lepas ni kena mintak kak Lin habuan sikit untuk mereka. Tak kurang juga syamin yang dari tadi dok usung pinggan mangkuk ke sana ke sini. Pura-pura sibuk arr tu. Pelakon betul. Boharin sekeluarga juga ada datang tadi tapi sekejap saja sebab ada lagi kenduri. Maklumlah makan free, bobo bukan boleh makan free ni. Perutpun dan besar macam blue hypo.

Cuma yang dari tadi tak nampak batang hidung dan lubang hidung adalah tunangnya siapa lagi kalau bukan Tengku Iskandar Tengku mazlan. Penat juga dia kena menjawab bila ada jiran yang dok sibuk menanya. Mangkuk betullah bos besar ni.

Pinggan berisi nasi minyak dah beberapa jenis lauk diletakkan di depan Tengku Iskandar. Mazliana sedikit terkilan dengan sikap sambil lewa bos besarnya. Entah kenapa kehadiran bos besarnya sejak pagi tadi ditunggu. Jam menunggukan pukul 5 petang, semua tetamu dah balik pengantin pun dah salin baju.

“haiii maz tak akan tunang tak datang tolong kot?”

“maz mananya kau punya tak akan tak nampak muka?”

“haiii maz ada masalah laa tu, budak baru nak menetas macam tulah”

Huhhh macam nak menanahlah telinga ni dengar macam-macam kata orang. Itu belum kira bebelan Mak engku lagi. Macam-macam dia suruh call, Mms, sms dan segala jenislah. Tapi almaklumlah 3310 kesayangan aku manalah ada nak 3G, MMS segala tu.

“emmm makanlah, bukan untuk tontonan semata-mata” baru sekarang nampak muka. Baik tak payah datang. Marah hatinya.

“mama mana?” tanya Iskandar sambil matanya melilau mencari seseorang.

“ada dekat dalam tu, lepas ni bos besar kena tadah telingalah.. saya dah nak dekat 2 jam dengar dia membebel…” Tengku Iskandar hanya mengangguk. Nasi minyak di depannya membuka selera dah dua hari makannya tak tentu semuanya disebabkan rasa risau yang menguasai hati.

“tak apa kalau dia marahpun sekejap je, lepas tu reda balik”

Mazliana mencebik. Macam tak bersalah pulak mamat ni. Tak ada perasaan betul.

“oklah bos makanlah ek.. kalau nak apa-apa mintalah dekat siapa-siapa yang ada dekat sini” Mazliana merajuk?!! Eiiii betul ke ni ehhh biar betul.. aku ke ni?. Tapi kenapa pulak aku nak merajuk? Hahhh sudah.

” marah nampak?… sorry saya lambat.. lagipun hari ni Hana keluar hospital” jelas Iskandar sambil meneruskan suapannya. ada aku kisah!!.. jawab mazliana dalam hati.

Mazliana hanya tersenyum, malas nak panjangkan cerita. Kalau nak cerita sampai lusa pun belum tentu habis. Baik tunggu dan lihat ambik langkah berdiam diri.

“tak kisahlah bos apa yang penting bos besar datang meraikan majlis” ucapnya lagi. Setelah diperkenankan oleh hati dan mindanya memproses lancar, jadi kesalahan Tengku Iskandar dimaafkan. Lagipun memang mamat ni makan semut berpuluh-puluh ekor sehari itu yang jadi pelupa.

“awak tak marah?”

“hishhh bukan majlis saya, yang patut marah pun sepatutnya Mak engku. tadi nak dekat berpuluh kali jugalah dia tanya pasal bos besar”

Tengku Iskandar hanya mengangguk sambil melajukan suapannya. Nampak macam mangsa gempa bumi pula bos besar ni makan. Dah berapa hari tak makan mamat ni.

“lapar sangat ke bos?”

“emm bolehlah..” jawab Tengku Iskandar sambil ketawa kecil. Hishhh terus tak jadi nak marah mamat ni. Apalah ilmu dia pakai. “maz cakap sesuatu boleh?”

“perlu ke minta izin?” soal mazliana, tengku Iskandar mengeleng. Mazliana membetulkan baju kurung yang sudah kedut seribu.

“hah apa dia?” tanya maz lagi lepas lama mereka terdiam.

“cantik awak hari ni…” Mazliana tersenyum. Mangkuk punya bos besar saja nak buat jantung aku tak stabil. Mazliana berlalu meninggalkan Tengku Iskandar apabila melihat wajah garang Tengku Mariam yang sudah berjalan menghala ke arah mereka.

“Maz nak ke mana tu.. tolonglah saya” dapat menganggak yang mama akan menyerangnya,

“sendiri makan pengat sendiri mahu ingatlah..”

***




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Dr.Cinta 17”
  1. Nur Dara Adalia says:

    x sabar nak tunggu Maz ada ‘feel’, kaka..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"