Novel : Jatuh cinta lagi 2

10 March 2010  
Kategori: Novel

958 bacaan 6 ulasan

Oleh : fantaghiro @ lynn allyna

Penat, penat dan penat. Nak angkat tangan pun tak berdaya. Banyak sangat kerja hari ini. mula dari pagi, kelas dan semak kerja pelajar. Lepas tu, siapkan kajian dengan Dr. Lau dan mesyuarat fakulti. Pukul enam petang baru boleh balik rumah. Teramat penat. Traffic jam lagi. lepas tu kena pergi Tesco beli barang lagi. Ada juga yang tidur atas sofa aje ni. Mata pun dah layu dan… senyap.

“Woi..apahal kau tidur kat sini. Kau dah mandi ke belum? Dengan baju tak tukar, serabai betul minah lenggang ni.” Mek yang baru balik dari ofis terkejut melihat Fenn yang sudah lena dibuai mimpi atas sofa. Dah penat sangat agaknya sampai sudah tak sempat nak masuk bilik yang hanya tinggal sejengkal itu.

“Huarghh…kacaulah kau ni. aku tengah mimpi main kejar-kejar dengan SRK ni.” Berat rasa nak membuka mata. Sikit lagilah. Fenn kembali lena. “PAP”. Hah, kan dah kena sebijik.

“Weh… mana aci main buntut. Besar sebelah nanti.”

“Aci tak aci. Bangun. Mandi dulu lepas tu, suka hati kau lah nak tidur terbongkang ke tergolek ke.” Liat betul. Aku sebat dengan batang mop nanti seminggu kau terlentang.

“Ya lah. Kacau lah kau Mek.” Macam orang mabuk todi Fenn jalan. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Nasib baik tak dilanggarnya pintu bilik. Senyap di dalam.

“Chik, hujung minggu ni balik ya. Mak nak buat kenduri arwah.”

“InsyaAllah. Nak buat hari apa?” tangannya membelek planner. Nasib baik hujung minggu ni dia tak ada aktiviti.

“Entahlah. Ibu pun tak pasti. Tapi kalau ikut yang lepas, jumaat malam. Chik tanyalah mak semula.”

“Ok lah. Nanti Chik call dia.” Planner ditutup. Fenn kembali mengadap pc. Lagi dua hari, hari jumaat. Ini yang dia malas. Mesti menangis lagi. walaupun sebelum majlis itu dia dah beribu kali ingatkan diri sendiri supaya tak buat air mata, tapi masih juga air matanya gatal nak keluar. Tension betul. Lepas tu mulalah orang pandang-pandang. Tapi nak buat macam mana. Dia memang jenis orang yang macam tu. Siapa tak sedih kalau kehilangan orang tersayang. Sekejap, dua hari lagi. Maknanya 20 haribulan. Kalau 20 April, maknanya hari lahir abang. Ya Allah. Makin kuatlah aku meraung. Abang…I miss u so so so much.

Chocholate cake secret recipe. Kegemaran abang. Nak buat kejutanlah. Mesti abang suka. Macam-macam idea gila bermain di kepala Fenn. Kalau buat romantik best tak? Kalau tahun lepas, masa hari jadi aku abang buat kejutan. Abang tutup mata aku mula dari masuk kereta sampai dekat satu tempat. Memang tak boleh nak agak dekat mana sebab telinga pun tertutup sekali. Abang suruh aku ikut dia. Tapi tak boleh pegang-pegang tau. Bukan muhrim. Abang suruh aku pegang kayu. Aku pegang sebelah, dia pegang sebelah. Aku rasa sejuk. Rasa sejuk semacam saja. Lepas tu, abang suruh duduk. Macam atas pasir. Macam tahu saja kat mana. Abang buka mata aku. Memang sah. Dekat tepi pantai. Aku pandang bawah, ada kek kegemaran aku. Blueberry Cheese. Dikelilingi cahaya lilin. Alamak, cairnya aku. Rasa macam nak menangis pun ada. Tapi tiba-tiba…

“Surprise!!!” Mak kau meletup…mana pulak datang ni. Aku pandang belakang. Cis, budak-budak ni pun ada sekali. Kacau daun betullah.

“Amboi..takkan nak celebrate duo aje. Tak bestlah. Nah, ambik kau.” POMMM!!! Habis bertaburan cebisan kertas warna pelangi petang di atas pasir pantai.

“Korang!!!Nasib baik tak tercabut jantung aku tau. Sengal.” Habis kek aku yang tak bersalah tu pun kena sekali.

“Rileks lah. Bukannya bom pun. Setakat benda alah ni aje pun nak tercabut jantung. Tak apa, kalau tercabut jantung, abang kau ni ada nak tolong pasang balik.”

“Banyaklah kau punya pasang balik. Ingat jantung aku ni spare part motor ke aci main pasang-pasang balik.”

“Happy birthday B..” abang yang dari tadi senyap bersuara. Terdiam semua orang. Fenn sudah malu-malu. Merah jugalah pipi masa tu.

“UUU…romantiknya..bilalah si Joe tu nak buat macam ini kat aku.” Usik Ash.

“Kau tunggu kucing bertanduk pun tak dapat Ash.” Semua ketawa terbahak-bahak. Kesian betul dekat si Ash. Nasiblah dapat pakwe ‘nerd’ macam si Joe tu.

“Cepatlah potong kek. Aku dah kebulur ni.” Bab makan memang serah kat Mek. Memang pakar. Silap haribulan, boleh habis kek sebiji tu nanti.

Itulah hari lahir terakhir yang aku raikan dengan abang sebab tahun selepas itu abang sudah pergi mengadap Yang Maha Kuasa. Dan aku pun sudah tak sambut hari lahir lagi. Kawan-kawan pun hanya bagi ucapan sahaja sebab aku dah bagi amaran awal-awal yang aku sudah tak mahu sambut hari lahir. Kawan-kawan pun memang sporting. Terima kasih kawan-kawan. Kamu semua memang best. Untung dapat kawan macam kamu semua. Abang pun. Walaupun jodoh kita hanya sekejap saja, tapi B bahagia sebab dapat juga rasa jadi isteri abang. Walaupun tak sama macam isteri lain, tapi secara jujurnya B sangat bahagia. Dapat cium tangan abang, dikucup abang walaupun hanya sekali, but it’s really makes me feel that I’m yours forever. Terima kasih abang sebab sudi bagi kehabagiaan itu pada B…

Kenduri arwah selamat diadakan. Dan macam biasalah, banjir air mata. Nasib baik ada Del. Yang lain tak dapat datang. Sibuk. Mak pun menangis juga. Aku nampak dia kesat air mata. Ahli keluarga abang yang lain semua ada kecuali seorang, Angah. Majlis perkahwinan kami pun dia tak hadir sebab dia masih belajar di UK, buat PhD. Kalau ikut perancangan, bulan Disember nanti, habislah. Keluarga aku pula, selain ibu dengan abah, Yong saja yang datang. Yang lain semua sibuk. Tak dapat balik.

“Sabarlah Faz, dah ajal dia.” Mak pujuk aku. Dari dulu, itu lah jugak ayat Mak nak pujuk aku. Habis, nak kata apa lagi, takkan nak suruh aku meraung macam orang gila. Ibu di sebelah senyap saja. Sudah kehabisan kata-kata nak pujuk aku. Masa awal-awal dulu lagi teruk. Sebulan lebih aku tak boleh buat apa-apa. Makan tak boleh, nak kerja pun tak boleh, nak keluar rumah pun tak ada daya. Ibu dengan abah sudah tak tahu nak buat apa lagi. macam-macam air penawar yang diberi. Lepas dua bulan barulah ok sikit. Sudah boleh pergi kerja, dah boleh makan. Badan pun dah kerempeng.

“Fenn, kau nak makan tak? Biar aku tolong ambil ya?” Del bangun untuk mengambil makanan.

“Tak payahlah Del. Aku tak ada seleralah.” Del kembali duduk. Kesian Del. Dengan dia sekali tak makan. Jahatnya aku.

Pinggan kotor aku bawa ke sinki, lipat lengan baju dan terus basuh.
Biar sibuk sikit. Kalau tak, nanti aku menangis lagi.

“Siapa tu Kak Ton? Dari tadi saya tengok saja.”

“Itulah isteri arwah. Lupa pulak akak nak kenalkan.” Mak menarik tangan kawannya menuju ke sinki.

“Faz, ni Puan Syarifah. Kawan lama mak. Dulu duduk KL. Sekarang ni dah pindah sini.”

“Ohh..” Aku salam ngan Puan Syarifah. Apahal tiba-tiba. Oh, kawan baik Mak kot.

“Faz nak habiskan basuh ni dulu.” Tak selesa pula rasanya tiba-tiba. Puan tu pandang aku semacam saja. Mungkin dia kesian kot. Ya lah, muda-muda dah jadi janda. Agaknyalah.

Malam itu, pukul dua belas baru boleh balik rumah Ibu. Mak ajak tidur di rumahnya saja tapi seganlah pula. Ada Ijoy dengan Ijam. Walaupun pangkat adik ipar, tapi berlainan jantina juga kan? Kami bukannya rapat. Lepas bersihkan semua pinggan mangkuk, sempat juga berborak dengan Puan Syarifah. Patutlah dia pandang semacam. Nasib kami serupa. Dia pun sudah tak ada suami. Meninggal empat tahun lepas. Itu yang dia balik kampung. Dulu dia duduk di Kuala Lumpur. Rumah kerajaan. Masa kenduri kami, dia tiada di Malaysia. Pergi Perancis. Tengok anak dia yang belajar di sana. Itu yang dia tak kenal aku. Borak punya borak, tak sedar sudah pukul dua belas malam. Aku ajak dia tumpang kereta aku, tapi pemandu dia sudah tunggu. Boleh tahan kaya juga makcik ni. Ya lah, anak semua sudah kerja. Tinggal seorang lagi yang masih belajar di universiti. Perempuan. Habis cerita pasal Auntie Pah. Bosan pula kalau cerita panjang-panjang.

Pagi esoknya, sebelum balik, aku singgah kubur abang dulu macam biasa. Tapi sekejap saja sebab Del ada. Segan pula kalau nak menangis.

Huh…Seronoknya dapat berehat begini. Rasanya sudah enam bulan dia tak rasa rileks begini. Habis sahaja projek di Petaling Jaya, dia terus minta cuti tiga hari. Balik kampung melawat mama. Kesian mama duduk sendirian.

“Aik, awal bangun. Biasanye, kalau tak bau ayam masak kurma, tak ada maknanya kamu nak bangun. Kenapa? Kencing atas tilam ke?” usik Puan Syarifah.

“Ish, ada pulak ke situ mama ni. Saja aje nak bangun awal. Masak apa ma pagi ni? Lapar lah..” DZ gosok perut. Puan Syarifah geleng kepala. Tak ada kerja lain budak seorang ini. Makan tidur saja tahu.

“Ada kat dapur tu. Bihun goreng. Pergilah makan.” DZ senyum macam kambing Pak Hassan.

“Kalau ada isteri kan senang. Bila nak kahwin ni?” Mulalah mama aku ni. Ini yang malas nak balik kampung ni. Tak ada topik lain. Mesti ini juga yang jadi topik hangat. Tanyalah pasal MU lawan Liverpool ke, Formula 1 ke, apa-apa sajalah, asalkan bukan topik yang satu ini. Alergik. Tanya pasal amoi jual buah kat pasar pun boleh. Rimas betullah kalau asyik tanya pasal kahwin.

“Abang!!Mama tanya ni. Dia boleh buat pekak badak aje. Geram betullah. Ada anak lelaki seorang pun tak boleh harap.” Macam itulah anak bujangnya kalau ditanya bab kahwin. Buat bodoh saja. Sumbat dalam peti ais baru tahu.

“Apa dia mama? Sedap bihun ni ma. Mama tak makan sekali ke?” Ish budak bertuah ini. Memang sah pekak badak. Ada ke bihun perginya.

“Oi, telinga tu dah berapa tahun tak service? Mari sini nak tolong gerudi. Buatlah macam itu lagi. Nanti betul-betul tak dengar baru padan muka. Hah, lepas tu, tak ada anak dara yang nak. Biar tak kahwin sampat tua.” Geram betul Puan Syarifah. DZ ketawa mengekeh. Pandai betul mama buat lawak.

“Bang, hari tu mama ada nampak seorang perempuan tau. Berkenan betul mama. Baik, sopan, cantik pula tu. Kalau jadi menantu pun ok tu.” Hah..itu lagi satu kepakaran mama. Tukang cari jodoh. Masuk kali ini dah tiga orang anak dara yang dia perkenalkan kepada aku. Tapi satu pun tak jadi. Tak kuasa aku.

“Mama pergi pinang terus boleh?” Hati Puan Syarifah sudah berbunga-bunga. Tak kira. Dia mahu juga.

“Ish, ada pula macam tu mama ini. Suka-suka hati nak pinang orang. Sekali bini orang ke, nenek orang ke…”ade plak mama ni. Sesuke hati nak pinang org. sekali bini org ke, nenek org ke..”

“Takkanlah mama nak pergi pinang nenek orang. Kau ni beragaklah sikit. Mata mama tak rabun lagi tau.”

“Tak naklah. Malas nak fakir pasal kahwin-kahwin ni. Bukannya tua sangat pun.”

“Tak tua? Anak auntie Zah tu sudah ada dua orang anak tau. Sebaya saja dengan abang. Tak apa. Mama memang rajin fakir pasal kahwin ni. Abang sedia saja. Mama akan uruskan semua. Get ready, ok.” Tak kira. Kali ini anaknya mesti setuju. Yang dia tahu, Fazreen mesti jadi menantunya. Kejam tak mama macam ini? Demi kebahagiaan anaknya juga. Kalau tak bahagia macam mana? Ah, kalau dengan si Fazreen tu, mesti bahagia.

“MAMA!!!”


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Jatuh cinta lagi 2”
  1. farah amanina says:

    HAHAHAAHAAH.. KESIAN DZ… DPT MAMA CM TU.. TAPI KIRA OK LAH.. MAMA DIA NAK BERMENNTUKAN SEORNG JNDA… PERRGGHHH…. NAK LAG.. SAMBUNG.. MAKIN BEST JER NIH
    :)

  2. panda says:

    aahhah … da agak..msti mama DZ suke faz..huhu

  3. naj says:

    mmg best giler citer neh….yg latest bab 23 da bce kat blog dye..huhu

  4. aisyah says:

    ;-) wow best nyer saye pun nak buat novel juga :!:

  5. Siti Soleha Yahaya says:

    BEST…baru tahu Fazreen kematian suami…sedih

  6. far_east says:

    ala per alamat blog dier..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"