Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 9

25 March 2010  
Kategori: Novel

8,827 bacaan 6 ulasan

Oleh : Nuril Bahanudin

“What happen to you huh? you lebih pentingkan kerja dari I ni kan?” Yasmin membentak kasar, belum pernah sepanjang perhubungan mereka gadis itu berpelakuan begini. Dia menelan air liur kelat, uigh.. marah benar nampaknya..

“Yas dengar dulu apa I nak kata ni..” dipegangnya bahu gadis itu agar gadis itu memandang wajahnya, tapi hampa, Yasmin lebih selesa matanya menjamah lampu-lampu neon di jalanan, dia menarik nafas dalam..

“Yas, you kena faham keadaan I sekarang ni, staff I cuti sakit, kerja melambak dekat pejabat tu, takkan I nak buang masa I dengan berpoya-poya pula..” dia memohon pengertian.

“Zam, you tau tak, I tak pernah pandang harta you, rupa you ke apa ke, I cuma nak masa you sedikit saja untuk I, tu pun susah sangat ke you nak bagi?”

“I minta maaf sangat-sangat, memang kadang-kadang I rasa bersalah sangat-sangat dekat you I selalu abaikan you, buat you macam tak wujud di sisi I, tapi percayalah hanya you satunya wanita yang ada di hati I tiada yang lain, I cuma minta you faham sedikit saja tentang situasi I ni..”

“Bukan I tak nak faham keadaan you, I cuba tapi you pun tahu kan? kerjaya I tak menentu, sukar untuk kita selalu bertemu, jadi bila ada waktu terluang, I memang teringin nak habiskan masa bersama dengan you macam pasangan-pasangan yang lain tu..”

“Silap I juga yang tak pernah nak fahamkan you, mulai hari ni I janji, I akan cuba tak mengabaikan you, dan akan cuba menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama dengan you” jari jemari runcing milik gadis itu digenggamnya, dibawa kemulut dan dikucup perlahan petanda dia memohon maaf.

“Janji betul-betul janji ok, kalau tak I cari lain.. hah tengok tu ada mamat handsome kenyit mata kat I..” nada suaranya kembali ceria.

“Betul I janji, haa.. mana mamat yang berani kenyit mata dekat you tadi, I nak tomoi mata dia biar jadi macam panda..huh berani dia nak mengurat girlfriend I..” dalam nada marah yang di buat-buat dia menjawab, sengaja mencipta suasana ceria yang mula berputik diantara mereka. Wajahnya ditoleh ke kiri dan kanan kononnya mencari gerangan lelaki yang mengeyit mata tadi.

“Mana ada, I gurau sajalah, boleh tahan cemburu you tu ek..” tangannya menekup ke mulut menahan tawa yang mula terburai.

“Ceh nakal..! saja nak kenakan I kan..” ditariknya geram hidung mancung milik Yasmin itu sehingga gadis itu terjerit kecil.. merah jadinya.

***********

Inilah majlis pernikahan yang paling ringkas sekali yang pernah aku tempuh dan tak sangka terjadi kepada diriku sendiri. Dia mengeluh, segalanya selesai sebentar tadi dia hanya ditemani Suraya dan lelaki pula bertemankan beberapa orang kawannya yang dia sendiri tak kenal, ah tak penting rasanya, Dia hanya menyerahkan segalanya kepada lelaki itu untuk menguruskan semuanya, dia hanya menuruti sahaja, tiada barang hantaran tiada majlis persandingan yang ada hanya sebentuk cincin hadiah dari lelaki itu, itu saja tiada baju kurung songket, jurukamera, tetamu dan sebagainya.

“So, kau nak balik dengan aku atau kau nak balik dengan kawan kau?” Daniel bertanya dengan kedua tangannya disembunyikan di dalam saku baju melayunya, matanya merenung tajam wajah Balqish dari sebalik kaca mata hitamnya.

“Saya drive sendiri tadi, Su naik dengan saya, jadi saya balik dengan dialah..” tak ingin aku naik dengan kau tu.. huh dia mendengus.

“Ok kalau begitu aku balik dululah.. ” ujar lelaki itu terus menuju ke arah keretanya tanpa sempat dia menjawab apa-apa..

“Awak…!” dia memanggil menyebabkan langkah Daniel terhenti.. Hisy apa lagi perempuan ni nak, lambat-lambat dia berpaling..

Balqish menghampiri menghulur tangan ingin bersalaman dengannya, agak tersentuh hatinya bila Balqish mengucup tangannya.. Hurm berbudi bahasa jugak dia ni kalau perangai garang macam singa dia tiada, sempat lagi hatinya memberi komen.

“Awak terima kasih tau..” ucapnya terus berlalu menuju kearah wolkswagen kesayangannya.

Uikk macam pernah kulihat kereta itu.. hampir terbeliak matanya terkejut dengan kenderaan milik Balqish itu.. tapi di mana ek?? hah…! aku ingat kereta nilah yang block jalan aku sampai aku gaduh sakan dengan si Nita hari tu. Hai tak sangka kecik betul dunia ni, pusing balik dia juga yang aku jumpa..

Inikah namanya jodoh?? Entahlah kadang-kadang aku tak faham dengan rahsia alam ni, yang tak pernah nak jangka mesti akan datang menekan.

*************

“Su kau nak ikut aku atau kau nak balik terus ke rumah?” Balqish bertanya, wajah Suraya yang berada disisinya dikerlingnya menanti jawapan dari temannya itu.

“Kau nak ke mana Qish?” hairan nak kemana pula si Qish ni dengan baju kurung ala-ala perempuan melayu terakhir ni.

“Aku ingat nak balik kampung sekejap, dah lama tak jengah kubur arwah mak, ayah aku.. kau nak ikut tak? tapi kalau kau tak nak ikut taka pa aku boleh hantarkan kau balik..” dia mengulang tanya. Akhir-akhir ni rasa rindu pada kampung halamannya agak membuak-buak, walaupun tiada siapa-siapa di sana.

“Aku ikut kaulah Qish, lagi pun aku tak ada benda nak buat pun hari ni..”

“Ok..” dia kembali diam selepas itu, melayan perasaan sendiri yang bersimpang-siur, macam mimpi pun ya juga apa yang aku alami sekarang ni, alahai..

Suasana di kawasan tanah perkuburan itu sungguh sepi, menenangkan hanya bunyi desiran angin saja sebagai peneman. Haruman bunga kemboja mengisi ruang udara, matanya dipejam seketika mengambil nafas.. Kakinya di atur menuju ke tiga buah pusara yang terdapat dibawah sepohon kemboja itu, bersih seperti dijaga pusara itu tanpa dicemari rerumput pun.

Dia duduk mencangkung disitu bertafakur membaca surah yasin dan al-fatihah menyedekahkan kepada pemiliknya.

Assalamualaikum mak, ayah, atuk.. Ina datang ni, Ina tahu agak lama Ina tak menjenguk seini, tapi bukan sebab Ina melupakan semua, cuma Ina agak kesuntukan masa.. Kalian sentiasa dalam hati Ina, dalam ingatan Ina.. Mak.. di usapnya perlahan batu nisan putih itu milik emaknya, dia mengetap bibir menahan sebak, kerinduan yang menggunung, kenangan lalu menjelma kembali, tapi siapa dia untuk menghalang takdir, semua insan-insan kesayangannya pergi meninggalkannya satu-persatu, tinggallah dia bersendirian meredah dunia mencari hala tuju diri yang masih lagi kelam.

Mak Ina ada sesuatu nak beritahu mak, Ina baru saja bernikah dengan lelaki yang Ina tak cinta, tak kenal siapa dia tapi mak Ina minta mak restukan perkahwinan Ina ni, walaupun Ina tak tahu siapa dia, Ina tetap akan cuba jadi isteri yang baik..

Ayah.. atuk.. Ina dah jadi isteri orang kini, doakan Ina jadi isteri yang taat, redhakan kehidupan Ina yang baru ini.. bisiknya perlahan..

Ina balik dulu mak, ayah, atuk.. nanti-nanti bila Ina ada kelapangan, Ina datang lagi insyaALLAH.. berat sungguh hatinya untuk melangkah pergi, tapi mengenangkan hari juga sudah mula redup, petanda siang akan berlalu, dia terpaksa gagahkan diri juga. Lambat-lambat dia berjalan menuju ke keretanya.

“Kau ok Qish?” melihat wajah tenang tak beriak milik sahabatnya adalah sesuatu yang paling ditakutinya, dia takut temannya kembali seperti perangai lalu, sewaktu baru kematian ibunya, lama Balqish jadi orang yang tak serupa orang, hidup tapi mati jiwanya, tak ada semangat, tak menangis tak bersuara tapi dia tahu temannya kesakitan, berusaha menanggung sendiri luka di hati.

“Aku ok Su, jangan risau.. anyway thanks sebab sentiasa ada di sisi aku ni dalam saat-saat sukar macam ni,” jawabnya sambil menghadiahkan senyuman manis pada sahabatnya itu, dia tidak mahu merisaukan Suraya dengan keadaan dirinya itu.

“Tak ada hallah Qish, eh balik ni biar aku drive ek? Kau pun mesti letih punya, so kau berehat ya..” dia menawarkan diri untuk memandu, belas bila melihat raut wajah temannya yang agak keletihan itu.

“Wah baiknya kau, macam tau-tau je aku nak suruh kau drive..hehe, nanti singgah mana-mana mcD ek Su, aku teringin nak makan burger dia..”

“Eh engkau ni, baru tadi nikah takkan dah mengidam kot..” usik Suraya, gembira melihat wajah temannya yang kembali ceria.

“Oiitt kau ni fikiran ke situ pulak, aku memang nak makan dari hari tu, Cuma tak berkesempatan saja tau.. kau belanja aku ek Su”

“Aikk kau yang nak makan kenapa aku yang kena belanja?”

“Sebab hari ni kan hari ‘bahagia’ aku, anggaplah sebagai hadiah dari kau..” sengaja ditekankan perkataan bahagia itu.. kelakar pulak rasanya hari pertama nikah masing-masing dah bawak haluan sendiri, tak pernah di buat orang.

“Yelah-yelah.. demi kau belanja 10 biji burger dia pun aku sanggup, dah cepat masuk kereta, hari pun dah nak gelap, aku ni dahlah rabun malam.. hisy..”

************

“Hai sayang.. jom keluar, I boringlah tak ada benda nak buat, you tu semenjak I balik langsung tak bertanya khabar, apa you dah dapat pengganti I ke?” suara Syeryle kedengaran merengek manja di hujung talian sehingga membuatkan dia mencebik. Aduy berbulu telinga aku mendengar manja dibuat-buat ni.

“Nak keluar ke mana? I letih ni ingat nak rehat saja, you pun tau I banyak kerja akhir-akhir ni,” Daniel memberi alasan kerana sesungguhnya dia memang tiada mood hendak menghabiskan masa dengan gadis itu, buat tambah serabut aku saja kalau keluar dengan kau, nak kena layan kerenah kau, bertambah mengong aku jadinya nanti.

“Ala you ni, biasanya pantang diajak, you on je tak pernah menolak, ni lain pulak, baru pukul 8 malam tak akan you nak terperap je kat rumah, come on esokkan hari sabtu, jomlah lepak kat BB, I betul bosan ni tinggal sorang-sorang, lagi pun I rindukan you, dah lamakan kita tak jumpa..”

Eh..eh tak faham bahasa pula perempuan ni, dah aku kata aku letih tu pun tak faham ke.. rindu konon, rindu kan duit aku kot.. isk perempuan bukan boleh dipercayai sangat.

“Next time sajalah kita keluar I betul-betul letih, nak rehat, ok bye Syeryle.. “ terus talian di matikan dia tak peduli kalau selepas ini gadis itu nak mengamuk ke, nak merajuk 300 hari ke, baginya semua tak penting, apa yang penting sekarang ialah kemelut yang melanda dirinya, betul-betul buat dia jadi separuh biul.

Pelik betul aku dengan si Balqish ni, kenapa dia sanggup ambil langkah berani, suruh aku nikah dengan dia? Hisy kolot betul fikiran dia ni, dia ingat terlanjur sekali dengan seseorang tu mesti terus bernikah dengan orang tu, dan hidup bersama dengan orang tu, dahlah kat luar lebih ramai lagi perempuan yang dah terlanjur berkali-kali tapi still bebas je hidupnya, entah datang dari ceruk manalah dia ni, isk.. dahlah dia tak kenal langsung dengan aku, buatnya aku ni pembunuh bersiri ke, mat pit ke, hisy dia tak fikir langsung ke bila nak buat keputusan? ke dia ni nak nikah dengan aku sebab tengok aku ni macam orang yang beharta, macam orang berada, apa dia ingat kalau dia nikah dengan aku dia dapat kikis duit aku kot, heh jangan haraplah kalau itu niatnya, satu sen pun aku tak akan bazirkan untuk dia.

Oklah Balqish, apa pun niat kau kita tengok siapa yang jujur siapa yang tak, aku nak tengok sejauh mana kau ikhlas dengan perkahwinan ini, sekadar nak menjaga maruah diri kau yang dah tercemar itu ataupun kau ada niat lain di sebalik semua ni, kita tunggu dan lihat saja.. Kalau kau berani bermain dengan aku, aku pun tak teragak-agak untuk turut serta dalam permainan kau ni Balqish.. aku tak akan sekali-kali pun lepaskan kau kalau kau berani mainkan aku.. tekad hatinya.

Nasib baik minggu depan aku kena pergi UK, boleh jugak aku tenang-tenangkan fikiran aku kat sana, nak pergi ke night club, rasa macam serik, takut pulak aku tidur dengan perempuan mana pulak, tak pasal-pasal kisah aku dan Balqish berulang kembali, tak sanggup aku.. huh satu ni pun rasanya tak tertanggung aku dibuatnya. Nasib baik rahsia masih kekal rahsia, tapi sampai bila? Aku percaya satu hari nanti daddy dan mummy mesti dapat tau jugak, kalaulah hari tu menjelma, masak aku kena dengan mereka nanti, silap-silap mereka akan membebel panjang siang dan malam, tapi bagus jugak, adalah alasan aku untuk lepas dari dijodohkan dengan si Suhail tu. Perempuan tu depan mak ayah dia saja pakai tudung litup, belakang huh… nauzubillah.. tudung melayang entah ke mana, baju jenis tak cukup kain, dahlah lebih ligat dari perempuan-perempuan yang aku kenal.

Daniel ingat lagi malam tu seperti biasa dia berhibur di club yang biasa dikunjunginya, sedang asyik rancak berbual melayan muzik yang berdentumya terpandangkan pada seorang gadis yang sedang asyik berpelukan, bertukar pasangan demi pasangan begitu ligat dan lincah sekali.. lama diperhatikannya sehinggalah dia dapa mengecam siapa gadis itu. Semenjak hari itu terus ditanamkan rasa benci pada gadis itu. Huh hipokrit, depan orang tua saja tunjuk baik sampai mummy dan daddy aku pun tertipu. Lebih baik aku berkawan dengan perempuan yang macam Syeryle, Nita atau si Syerry tu dari berkawan dengan orang yang hipokrit belagak baik tapi sebenarnya teruk macam orang munafik.

Adeyys masalahnya sekarang hanya aku yang tau perangai sebenar perempuan tu, kalau aku ceritakan pada mummy mesti dia kata aku reka-reka cerita, macamlah aku tak faham perangai mummy tu kalau dah suka seseorang tu mesti dia letak kepercayaan seratus peratus lepas tu siap puji melambung-lambung lagi. Hisy perempuan macam tu mati hidup balik pun aku tak mahu nak buat bini. Jahat-jahat aku tetap nak perempuan yang baik sebagai isteri, senang sikit aku nak jaga dan nak kawal. Ya lah aku ni dahlah teruk kalau pilih perempuan yang teruk di buat isteri, mesti huru hara hidup aku.. eh tapikan aku sekarang dah beristeri.. isteri ke si Balqish tu?? Huh macam tak percaya pulak aku dah pun bernikah.. alahai.. dia mengeluh.. nak buat macam mana aku yang cari susah, sekarang tanggung sendiri..

Apalah yang kau tengah buat sekarang ni Balqish? Adakah kau pun tengah termenung macam aku ni atau kau tengah bersukaria? Kenapa dia tak call aku pun? Ke dia lupa yang dia dah bersuami… suami?? Apa yang aku melalut ni.. Isk tiba-tiba pula si Balqish ni boleh terselit ni kenapa.. ah.. tak naklah fikir pasal perempuan tu.. huh




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu 9”
  1. fatiah says:

    erm.. episode nie xbest ar…

    sngkat sngt ar….

    hrp2 kuar dlm bntuk nvl plak AR..

    Xsbr nk bli ar

  2. yanti says:

    salam….
    ada blog x???? nk tau crita slanjutnya…cpt la smbung… ;-)

  3. Siti Soleha Yahaya says:

    Nuril…nape pendek je….bab ni dah serius dah….daniel pun dah baik…betul ke…

  4. zazaa says:

    emm.. pendek sangat.. macam tak puas nak baca.. sambung cepat ehh..

  5. Nuril says:

    Salam~ thanks smua,
    sory n3 agk pndek..
    yg nk bce ep strusnya ley klik kat my name terus..
    ~tQ~

  6. rosmpkmn says:

    pendek tp best. nak baca next plak

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"